Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua sahabat pendaki gunung sekalian. Bersempena dengan ulangtahun Gunung Online (GO) yang ke-20 pada 26 Disember 2017 yang lepas, pihak GO akan menganjurkan Malam Gala Gunung Online buat kali ke-3.
Majlis ini diadakan setiap 5 tahun. Untuk makluman rakan-rakan, ia pertama kali dianjurkan pada tahun 2008 bersempena ulangtahun ke-10 dan yang kedua adalah pada tahun 2014 untuk meraikan tahun ke-15 wujudnya GO di alam maya yang bermula dari web forum fortunecity/bravenet sehinggalah ada domain sendiri (gunungonline.com) dan seterusnya facebook.
Malam Gala Gunung Online ini ialah majlis makan malam yang bertujuan untuk meraikan dan menghimpunkan para pendaki gunung di dalam satu majlis eksklusif yang bersifat neutral. Semua pendaki boleh datang memeriahkan majlis ini tanpa mengira umur, kaum mahupun persatuan.
Pendaftaran boleh dibuat secara online menggunakan Google form seperti di
https://goo.gl/forms/gBRwmo1qrz5Vn0vi1
Mohon kerjasama semua yang hadir untuk mengisi borang. Jika bawak pasangan atau anak, sila nyatakan sekali detail pasangan dan anak di dalam borang online bagi memudahkan segala urusan berkaitan pengurusan tempat duduk dan juga pembayaran.
Aturcara majlis :
Pendaftaran
Makan malam
Persembahan
Cabutan bertuah
Tayangan video
Penyampaian anugerah
Permainan
Pakaian terbaik - king and queen
Sessi bergambar
Butiran majlis:
Tarikh : 14 April 2018
Lokasi : Dewan Gemilang Yayasan Felda, SS6 Kelana Jaya
Masa :
- Pendaftaran : 6:00 hingga 7:30 Malam
- Majlis : 8:00 hingga 11:00 Malam
TEMA PAKAIAN : HITAM DAN HIJAU
Bayaran:
Individu:
0 - 6 Tahun : Percuma (tapi wajib daftar jugak)
7 - 12 Tahun : RM30
13 Tahun ke atas : RM60
Kumpulan:
1 Meja (10 orang) : RM 550
Tarikh akhir penyertaan : 1hb April 2018
Untuk urusan pembayaran sila masukkan ke akaun :
Maybank : 562807535312
Penama: Pertubuhan Sidang Warga Gunung
Emailkan Nama Penuh dan Bukti Pembayaran ke pgurlz_eazmz@yahoo.com atau sms/whatapps ke +60 17-681 4015 (Cik Zamz).
Nota :
*Anda diminta untuk membawa sebarang hadiah yang bernilai RM5 atau kurang untuk sessi penukaran hadiah. Tetapi kalau sesiapa yang bermurah hati nak beli hadiah yang lebih dari RM5 pun tiada masalah.
Kalau nak jimat, boleh beli meja terus. Harga jimat RM50 dari jumlah pembayaran keseluruhan untuk satu meja. Kalau secara individu satu meja ialah RM600, tapi kalau beli secara kumpulan, harga jadi RM550 yakni sorang RM55. Tapi ini tidak mengira umur. Jadi maksudnya kalau kanak-kanak pun kena termasuk dengan harga ini.
Berkenaan dengan tema pakaian, boleh pakai apa sahaja janji ada menggabungkan warna HITAM dan HIJAU. Boleh pakai busana melayu, long dress, kpop, rockers atau apa sahaja janji dalam tema warna. Pakai cantik-cantik ok, ada hadiah untuk king and queen.
Pihak GO juga akan mengadakan jualan merchandise GO pada hari kejadian. Sesiapa yang berminat bolehlah bawak duit lebih sikit. T-shirt GO pun ada.
Jika ada sesiapa yang bermurah hati untuk menyumbang hadiah bagi cabutan bertuah, bolehlah berhubung dengan :
Arif Azmi : 0132048857
Untuk sebarang pertanyaan, bolehlah diajukan kat sini ataupun boleh hubungi salah satu nama di bawah.
Bett : 0122900494
Jenal : 0122333765
Cik Zam : 0176814015
Kita jumpa di sana!
Mohon share dan tag rakan-rakan anda.
Terima kasih semua.
Dari pendaki untuk pendaki
Team AJK