Page 1 of 1

Malam Gala Gunung Online - 14 April 2018

Posted: 09 Feb 2018, 19:47
by betterman
Malam Gala Gunung Online

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua sahabat pendaki gunung sekalian. Bersempena dengan ulangtahun Gunung Online (GO) yang ke-20 pada 26 Disember 2017 yang lepas, pihak GO akan menganjurkan Malam Gala Gunung Online buat kali ke-3.

Majlis ini diadakan setiap 5 tahun. Untuk makluman rakan-rakan, ia pertama kali dianjurkan pada tahun 2008 bersempena ulangtahun ke-10 dan yang kedua adalah pada tahun 2014 untuk meraikan tahun ke-15 wujudnya GO di alam maya yang bermula dari web forum fortunecity/bravenet sehinggalah ada domain sendiri (gunungonline.com) dan seterusnya facebook.

Malam Gala Gunung Online ini ialah majlis makan malam yang bertujuan untuk meraikan dan menghimpunkan para pendaki gunung di dalam satu majlis eksklusif yang bersifat neutral. Semua pendaki boleh datang memeriahkan majlis ini tanpa mengira umur, kaum mahupun persatuan.

Pendaftaran boleh dibuat secara online menggunakan Google form seperti di 👇🏻:

https://goo.gl/forms/gBRwmo1qrz5Vn0vi1

Mohon kerjasama semua yang hadir untuk mengisi borang. Jika bawak pasangan atau anak, sila nyatakan sekali detail pasangan dan anak di dalam borang online bagi memudahkan segala urusan berkaitan pengurusan tempat duduk dan juga pembayaran.

Aturcara majlis :
Pendaftaran
Makan malam
Persembahan
Cabutan bertuah
Tayangan video
Penyampaian anugerah
Permainan
Pakaian terbaik - king and queen
Sessi bergambar

Butiran majlis:
Tarikh : 14 April 2018
Lokasi : Dewan Gemilang Yayasan Felda, SS6 Kelana Jaya
Masa :
- Pendaftaran : 6:00 hingga 7:30 Malam
- Majlis : 8:00 hingga 11:00 Malam

TEMA PAKAIAN : HITAM DAN HIJAU

Bayaran:

Individu:
0 - 6 Tahun : Percuma (tapi wajib daftar jugak)
7 - 12 Tahun : RM30
13 Tahun ke atas : RM60

Kumpulan:
1 Meja (10 orang) : RM 550

Tarikh akhir penyertaan : 1hb April 2018

Untuk urusan pembayaran sila masukkan ke akaun :

Maybank : 562807535312
Penama: Pertubuhan Sidang Warga Gunung

Emailkan Nama Penuh dan Bukti Pembayaran ke pgurlz_eazmz@yahoo.com atau sms/whatapps ke +60 17-681 4015 (Cik Zamz).

Nota :
*Anda diminta untuk membawa sebarang hadiah yang bernilai RM5 atau kurang untuk sessi penukaran hadiah. Tetapi kalau sesiapa yang bermurah hati nak beli hadiah yang lebih dari RM5 pun tiada masalah.

Kalau nak jimat, boleh beli meja terus. Harga jimat RM50 dari jumlah pembayaran keseluruhan untuk satu meja. Kalau secara individu satu meja ialah RM600, tapi kalau beli secara kumpulan, harga jadi RM550 yakni sorang RM55. Tapi ini tidak mengira umur. Jadi maksudnya kalau kanak-kanak pun kena termasuk dengan harga ini.

Berkenaan dengan tema pakaian, boleh pakai apa sahaja janji ada menggabungkan warna HITAM dan HIJAU. Boleh pakai busana melayu, long dress, kpop, rockers atau apa sahaja janji dalam tema warna. Pakai cantik-cantik ok, ada hadiah untuk king and queen.

Pihak GO juga akan mengadakan jualan merchandise GO pada hari kejadian. Sesiapa yang berminat bolehlah bawak duit lebih sikit. T-shirt GO pun ada.

Jika ada sesiapa yang bermurah hati untuk menyumbang hadiah bagi cabutan bertuah, bolehlah berhubung dengan :

Arif Azmi : 0132048857

Untuk sebarang pertanyaan, bolehlah diajukan kat sini ataupun boleh hubungi salah satu nama di bawah.

Bett : 0122900494
Jenal : 0122333765
Cik Zam : 0176814015

Kita jumpa di sana!

Mohon share dan tag rakan-rakan anda.

Terima kasih semua.

Dari pendaki untuk pendaki

Team AJK

Re: Malam Gala Gunung Online - 14 April 2018

Posted: 09 Feb 2018, 20:19
by UnderAge
Terbaek bett....insyallah ..jumpa disana...tapi lom register lagi ni...

Re: Malam Gala Gunung Online - 14 April 2018

Posted: 09 Feb 2018, 20:33
by wnazry
Insyaallah... ader rezeki kita jumpa ramai2... :)

Re: Malam Gala Gunung Online - 14 April 2018

Posted: 09 Feb 2018, 21:46
by beckham@chayok2
Yuhuhu. Jom kita meriahkan malam gala GO

Re: Malam Gala Gunung Online - 14 April 2018

Posted: 09 Feb 2018, 22:32
by abat_syed
lamenye tak masuk sini... huhuhu...
jasa GO ku kenang...

skem

Re: Malam Gala Gunung Online - 14 April 2018

Posted: 09 Feb 2018, 22:35
by Kasnalagat
InsyaAllah tiada aral ketemu kita di malam Gala G.O tahun ini. Rindu sama rakan2 sepergunungan sekalian.

Re: Malam Gala Gunung Online - 14 April 2018

Posted: 09 Feb 2018, 22:36
by abat_syed
[quote=Kasnalagat post_id=85937 time=1518186902 user_id=3658]
InsyaAllah tiada aral ketemu kita di malam Gala G.O tahun ini. Rindu sama rakan2 sepergunungan sekalian.
[/quote]

Tuan Kasnalagat... terpikir bru teringat... Taufeeq rupenye... hi Topek... 😘

Re: Malam Gala Gunung Online - 14 April 2018

Posted: 09 Feb 2018, 22:46
by spy
Akhirnyaaaaaa walaupunnnn#matakeatastangandibahu hahhahhaaa..

In sha Allah lama tak jumpa kwn2 lama dan baru.. jumpa nanti

Re: Malam Gala Gunung Online - 14 April 2018

Posted: 09 Feb 2018, 22:56
by Lapore
Insya Allah... ;P

Re: Malam Gala Gunung Online - 14 April 2018

Posted: 09 Feb 2018, 23:04
by nowa
Akhirnya..posting pertama setelah bertahun ditinggalkan

Re: Malam Gala Gunung Online - 14 April 2018

Posted: 09 Feb 2018, 23:13
by MinahGunung
Assalamualaikum semua. Lama betul tak singgah cni...! 😍

Re: Malam Gala Gunung Online - 14 April 2018

Posted: 09 Feb 2018, 23:13
by arifazmi
yeaaaaa, macam x percaya ooo sembang dalam ni balik... terbaik laaaaa

Re: Malam Gala Gunung Online - 14 April 2018

Posted: 09 Feb 2018, 23:18
by uglysister
Testing.. hahahaha

Re: Malam Gala Gunung Online - 14 April 2018

Posted: 09 Feb 2018, 23:20
by seper4alif
Wooo

Re: Malam Gala Gunung Online - 14 April 2018

Posted: 09 Feb 2018, 23:22
by uglysister
Dok carik nak like post ni.. rupanya tak boleh like 😂

Re: Malam Gala Gunung Online - 14 April 2018

Posted: 09 Feb 2018, 23:24
by am
jumpa di sana sahabat gunung online sekalian.

Re: Malam Gala Gunung Online - 14 April 2018

Posted: 09 Feb 2018, 23:27
by nowa
[quote=uglysister post_id=85947 time=1518189725 user_id=8]
Dok carik nak like post ni.. rupanya tak boleh like 😂
[/quote]

Ko jgn macam2 ben..jgn ditenyeh skrin hp tu

Re: Malam Gala Gunung Online - 14 April 2018

Posted: 09 Feb 2018, 23:33
by spiralscorp911
Last login 2012.. 😁😁

Re: Malam Gala Gunung Online - 14 April 2018

Posted: 09 Feb 2018, 23:40
by am
sedang yg asal ada disini pun masih lagi tak kenal semuanya, inikah lagi rakan maya di FB. hehehe.. esok lusa la bayor sama kak zam pgurl

Re: Malam Gala Gunung Online - 14 April 2018

Posted: 09 Feb 2018, 23:42
by betterman
Ramai masuk balik ni hehehe

Re: Malam Gala Gunung Online - 14 April 2018

Posted: 09 Feb 2018, 23:49
by UnderAge
Puas nak like yer..

Re: Malam Gala Gunung Online - 14 April 2018

Posted: 09 Feb 2018, 23:50
by e_lan
Salam warga GO...TQ Bett...lamanya x bersiaran

Re: Malam Gala Gunung Online - 14 April 2018

Posted: 10 Feb 2018, 01:14
by seremban mai
Adik mohon tumpang lalu ye abam2 kaka2.....
.
.
.
.
Nk lalu lg sekali boleh??

Re: Malam Gala Gunung Online - 14 April 2018

Posted: 10 Feb 2018, 01:49
by chimm
Seronok pulak dpt masuk balik go..moh ler register reramai ..bukan selalu buat dinner GO nie..

Re: Malam Gala Gunung Online - 14 April 2018

Posted: 10 Feb 2018, 10:45
by abe~G
Lapur diri dulu setalah sekian lama menyepi,
malam gala saya mesti hadir.

Re: Malam Gala Gunung Online - 14 April 2018

Posted: 10 Feb 2018, 15:25
by kacang ler
Lamanya tak sign in..
Terima kasih rakan GO yang berusaha untuk organise pada tahun ini..
Insyaallah, moga ada kesempatan untuk join kali ini..

Re: Malam Gala Gunung Online - 14 April 2018

Posted: 13 Feb 2018, 09:55
by azlinasofia
akhirnya boleh enter go page.. tq admin.. jumpa 14 april 2018...

Re: Malam Gala Gunung Online - 14 April 2018

Posted: 13 Feb 2018, 19:25
by shah_1816
Salam..nak test jugak..last login 2015..tahniah gunung online..dah sweet 20 umur nyer..

Re: Malam Gala Gunung Online - 14 April 2018

Posted: 15 Feb 2018, 00:56
by shahrul
[quote=am post_id=85948 time=1518189879 user_id=63]
jumpa di sana sahabat gunung online sekalian.
[/quote]

kita jumpa online saahabat :)

Re: Malam Gala Gunung Online - 14 April 2018

Posted: 15 Feb 2018, 13:50
by pgurlz
last login 2017. ader la singgah kejap2 cari info.

mana yg kata nak daftar.... aku x nampak💰💰 pun lagi nih..... keke

Re: Malam Gala Gunung Online - 14 April 2018

Posted: 19 Feb 2018, 14:55
by yongyap
wow malam gala geli

Re: Malam Gala Gunung Online - 14 April 2018

Posted: 27 Feb 2018, 10:37
by Lionel Messi
Personally aku mmg puas hati sangat-sangat...
tak kisah lah nak kata aku syok sendiri ke hapa ke...
tapi aku sebagai pengerusi malam gala go rasa sangat teruja dan tak sangka dapat hasil yang over expectation aku sendiri.
http://bit.ly/2CI4gLO
http://bit.ly/2ESK4Jj
http://bit.ly/2CHCuiH
http://bit.ly/2EPxY7I
http://bit.ly/2FwtqQw
http://bit.ly/2opPbdD

Re: Malam Gala Gunung Online - 14 April 2018

Posted: 27 Feb 2018, 11:28

Posted: 28 Feb 2018, 15:09
by kabusgunung
tadaaaaaaaa