Perkongsian ilmu bersama ahli gunung

Isu agama Islam yang berkaitan dengan aktiviti luar
al_razy89
Pendaki Gunung
Posts: 50
Joined: 23 Apr 2010, 04:42
Contact:

Perkongsian ilmu bersama ahli gunung

Postby al_razy89 » 14 Aug 2010, 08:00

Assalamualaikum..terlebih dahulu saya memohon ampun dan istighfar kepada Allah, jika tersalah dan tersilap pula perkara yang saya ingin sampaikan ini , dan niat saya tidak lain hanyalah untuk memberi pemahaman yang tepat ttg agama Islam. Topik ini juga saya buka bagi menyambung perjuangan killerbess dalam beberapa topik dan melihat ruangan surau ini ibarat sepi seketika.Harapan saya juga agar tiadalah yang menuduh saya sesat, atau mencaci, atau menghukum saya atas kelemahan atau tidak dapat menerima perkara yang saya tulis.

Islam itu agama yang mudah, namun oleh kerana pengaruh Islam yang masuk ke dalam negara kita dipengaruhi oleh banyak fahaman, maka sedikit sebanyak ia menimbulkan pelbagai isu. Ini ditambah pula dengan sikap orang Melayu yangterlalu beradat dan adakalanya isu timbul kerana sifat baik org Melayu yang terlalu peka....(contohnya dalam hal sahur)

Islam ini tunjangnya ialah Quran dan Sunnah. Masalah tidak berlaku terhadap Quran(kecuali Syiah ) namun masalah berlaku terhadap hadith. Penipuan Hadith berlaku berleluasa dan lebih malang apabila perkara ini diambil ringan sedangkan bahawa penipu HAdith ini berat hukumannya di akhiraat.Oleh sebab itu saudara saudari, jangan terlalu cepat mengambil hadith daripada sumber even penceramah yang diragui. DAn sekiranya tidak berani, maka ambillah dari SAhih Bukhari dan Muslim kerana ia lebih selamat. Juga berhati-hati kepada mereka yang menipu dengan menyandarkan hadith2 mereka kepada bukhari dan muslim

ok.Apabila berhujah dengan orang Melayu, mereka akan menyatakan bahawa "kami ini mengikut mazhab syafiee" Sebenarnya saudara saudari, kita ini menganuti agama Islam, bukan mazhab syafie. Imam Syafie sendiri menyatakan bahawa "Sesungguhnya apa yang benar itulah pendapatku(rujukan dari HAMKA) dan "kalau ada pendapat yang lebih sahih dari pendapatku, maka campakkanlah pendapatku ke dinding(rujukan dr asri ). JAdi merujuk kepada tulisan saya tadi, bukanlah pendapat Imam Syafie itu sempurna, dan tidak patut untuk kita menolak pendapat mazhab-mazhab lain kerana pendapat mereka juga berpandukan kepada Quran dan Haadith, selagimana pendapat itu berdasarkan disiplin Ahli Sunnah wal Jamaah. Sedangkan Imam Syafie sendiri menuntut dengan Imam MAlik...

Ini baru isu yang jelas dalilnya...namun begitu ramai juga malahan ada dari kalangan ustaz sendiri yang menggunakan hujah "KAmi ikut imam Syafie " ini sebagai sandaran. Sedangkan Imam Syafie juga melarang perkaraa perkara ini. Sebagai contoh, dari Imam Syafie, kitab fiqh Manhaji,kitab 1:

"MAkruh membuat bising ketika mengiringi jenazah bahkan disunatkan supaya tidak meninggikan suara dengan membaca Al Quran dan berzikir serta lainnya. DAn hendaklah digantikan (perbuatan bising itu) dengan bertafakur mengenai kematian dan memerhatikan kesudahannya berdasarkan hadith Abi Daud (317)dari Abi Hurairah r.a daripada Rasulullah S.A,W bersabda -"Jangan kamu mengiringi jenazah dengan bersuara dan membawa api""

"Bidaah keluarga si mati sibuk membuat makanan dan menjemput orang ramai menikmatinya sebagaimana yang dilakukan zaman sekarang. Perbuatan ini adalah perkara bidaah yang jelas sekali bertentangan dengan sunnah Rasulullah......."

"Di antara bidaah juga ialah membaca Quran di majlis-majlis rasmi (sebagai takziah kepada keluarga si mati) sebagaimana yang berlaku hari ini. Sesungguhnya ucapan takziah yang disunatkan untuk keluarga si mati ialah dalam tempoh tiga hari daripada tarikh kematian sebagaimana disepakati ulamak"..


Ini tulisan Imam Syafie, bukan saya. dan ada beberapa bab lagi yang mana orang kita selalu menyandarkan kepada Imam Syafie sedangkan Imam Syafie tidak pun menganjurkannya. Ini belum kita melihhat pendapat Imam-Imam lain, dan belum lagi kita selami pemikiran Ahli Sunnah dan Fahaman Salafiyyah, kiranya lemah lagi ilmu kita sebenarnya.

Lebih malang apabila segelintir puak fanatik yang sewenang2nya menghukum kafir serta memfitnah dengan pelbagai gelaran seperti wahhabi, sesat dan pelbagai lagi. Sedangkan akar ilmu yang dipelajari orang-orang ini kadangkala menghalang mereka daripada berfikir..

Apa yang saya cuba bawa ialah pemahaman Islam yang Tulen. Islam di negara kita mempunyai banyak pengaruh yang tidaklah menyelesakan seperti pengaruh Syiah, Terekat Sufi yang melampau dan beberapa pengaruh ekstrem lain. Saya pada dasarnya banyak belajar dan menerima dari mp3 dan video2 dan kuliah2 mp3 dr Asri, Dr Yusuf Qardhawi, Ustad Fathul Bahri serta pelajaraan saya secara rasmi di salah sebuah kolej di Selangor, namun untuk berbicara tentang topik ini secara meluas, sungguh saya tidak berani, kerana mengelakkan pandangan serong masyarakat, juga saya tidak mahu orang lain menyesat2 sesama Islam, ditambah pula dengan kecetekan Ilmu saya, maka cukuplah kiranya saya cuma mengambil dari Imam Syafie dahulu, tidak lain hanyalah supaya kita dapat memahami sedikit sebanya realiti sebenar Islam yang sedang diduga dari pelbagai sudut, dan sedang diperjuangkan untuk mengembalikan Keaslian dan Berpegang kepada ajaran Rasulullah S.A.W sepenuhnya

Insya Allah, ada topik,ada masa, saya cuba mengupas dari skop penggiat aktiviti luar nanti

Yang lemah adalah saya , Yang Benar semua dr Allah
Mohon keampunan Allah dan semua
"menulis bukan kerna nama"
"aku menulis bukan kerna nama"
http://metainfo.multiply.com

User avatar
poncho
Senator Gunung
Posts: 1890
Joined: 05 Dec 2005, 15:59
Location: southern
Contact:

Re: Perkongsian ilmu bersama ahli gunung

Postby poncho » 14 Aug 2010, 10:32

wslm w.b.t.

dibaca.
terima kasih kerana berkongsi.
tak sabar baca kupasan pasal dunia outdoor pula.
if a tree falls in the woods... do all the other trees laugh at it?

Image Mounthopper

al_razy89
Pendaki Gunung
Posts: 50
Joined: 23 Apr 2010, 04:42
Contact:

Re: Perkongsian ilmu bersama ahli gunung

Postby al_razy89 » 16 Aug 2010, 06:57

"aku menulis bukan kerna nama"
http://metainfo.multiply.com

al_razy89
Pendaki Gunung
Posts: 50
Joined: 23 Apr 2010, 04:42
Contact:

Re: Perkongsian ilmu bersama ahli gunung

Postby al_razy89 » 16 Aug 2010, 08:24

Alhamdulillah pada pagi ini dapatlah saya kongsikan pendapat dan pandangan peribadi saya tentang pengembaraan @ aktiviti luar dengan agama Islam. Biarlah saya bermula dengan Hadith pemula Sahih Bukhari Kitab(Bab) Permulaan Wahyu:-

Dari Humaidee(Abdullah ibnu Zubair) berkata, dari Sufian berkata, dari Yahya bin Said al-Ansari berkata, dari Muhammad Ibrahim at- taimiy berkata, al Qamat ibn Waqqas(maaf kalau tersalah eja) berkata, dia mendengar dari Umar al Khattab di Mimbar, dari Rasulullah S.A.W

"Sesungguhnya setiap amalan itu dengan niat,sesungguhnya bagi setiap seseorang berdasarkan apa yang dia niatkan, sesiapa yang Hijrahnya pada dunia yang dia ingini, atau pada perempuan yang dia akan kahwini, maka hijrahnya kepada apa yang dia hijrah"
Riwayat Bukhari (rujukan kuliah Sahih Bukhari Dr Asri Zainal Abidin serta tafsiran dari pelbagai sumber kitab sahih bukhari)


Setiap perbuatan itu adalah pada niat, dan saya memandang berat kepada niat ini. Ini kerana, niat yang ikhlas hanya kepada Allah yang membezakan satu ibadat dengan adat. Hanya dengan berniat untuk Allah, dan juga baik niat dan natijahnya, maka perkara itu boleh diterima sebagai ibadah. Maka niat yang baik merupakan perkara pokok yang sering saya tekankan dalam kembara.

Jadi apakah niat baik dalam pengembaraan? Seringkali apabila saya mengembara, apa yang cari adalah sedikit kepayahan hidup, kerana apabila manusia ini hidup dalam keadaan susah, maka dia akan belajar erti syukur.

“Jika kamu bersyukur maka Aku (Tuhan) akan menambah (nikmat) itu kepada kamu. Dan jika kamu engkar maka sesungguhnya seksa Aku amat pedih.” – (Surah Ibrahim, ayat 7)"

Maka seringkali terlalai dan terleka, kehidupan kembara mengajar saya untuk bersyukur dan menghargai kehidupan saya di dunia ini. Di dalam pengembaraan, hidupnya tidaklah selesa, makan pun tidak semewah, tidur pun tidak se selesa mana, tenaga dikerah, tidak lain hanya untuk menambah kesedaran, keimanan dan ketaqwaan kepada Allah.

Setelah itu, selalunya, apa yang saya cari itu, akan terjumpa sesuatu yang di jarang-jaraang saya jumpai, membuatkan perkara ini menjadi satu sebab lagi untuk saya mengembara. Keindahan alam, keajaiban ciptaan Tuhan, Keajaiban sifat manusia, kesusahan dan semangat orang lain, dan banyak lagi pengajaran yang akhirnya membuatkan saya terhenti untuk menyatakan "Maha Suci Allah".

Lalu berfikirlah saya, akan isi kandungan Surah Ar Rahmaan yang diulang-ulang. Ayat ini diulang-ulang dalam surah tersebut.

Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?
Ar-Rahmaan..

Sungguh besar nikmat Allah kepada saya, itupun terkadang selalu juga terleka. Jika terleka, bermaksud saya perlu lagi keluar mengembara, mencari lagi erti kehidupan supaya lebih dekat dengan Pencipta.

Lalu stelah luas pemandangan, luas jugalah ilmu yang dapat saya bawa. Ilmu ini juga satu tuntutan agama. Ilmu yang ada, sebarkanlah. Tinggi darjat ilmu dalam Islam. Dan kebetulan pula memang minat dan kebanyakan kerja dan aktiviti saya melibatkan pelajar sekolah, maka sedikit pun ilmu yang saya dapat, amat berguna untuk saya ceritakan, dan sampaikan kepada mereka.

Itulah sedikit perkongsian ilmu, kali ini, dari pandangan peribadi saya sendiri. insya Allah, ada lagi ilmu,skop,dan kupasan, akan saya kongsi lagi dalam topik ini. Mungkin selepas ini saya ingin berkongsi pandangan tentang Islam, konsep total defence dan ahli kembara,insyaAllah.

Yang Lemah dari saya, Yang Benar dari Allah jua.
"Menulis bukan Kerna Nama"
Moga Allah Mengampunkan segala kesilapan saya
"aku menulis bukan kerna nama"
http://metainfo.multiply.com

Lt.Cmdr. Kamal Ariffin
Kerabat Gunung
Posts: 1318
Joined: 12 Jan 2006, 11:43
Location: Gunung Bawah Laut
Contact:

Re: Perkongsian ilmu bersama ahli gunung

Postby Lt.Cmdr. Kamal Ariffin » 16 Aug 2010, 15:29

Terima kasih
Tapi tak sempat nak komen sekarang... nanti kita kongsi ilmu untuk kebaikan

User avatar
orga
Senator Gunung
Posts: 2088
Joined: 05 Dec 2005, 22:09
Location: n9 & melaka
Contact:

Re: Perkongsian ilmu bersama ahli gunung

Postby orga » 16 Aug 2010, 16:39

tq..perkongsian yg menarik..
teruskan pesanan2 yg baik ni..
ImageImageImage

Farid McGuire
Pendaki Gunung
Posts: 128
Joined: 03 May 2006, 11:05
Contact:

Re: Perkongsian ilmu bersama ahli gunung

Postby Farid McGuire » 16 Aug 2010, 20:41

Imam Syafie sendiri menyatakan bahawa "Sesungguhnya apa yang benar itulah pendapatku(rujukan dari HAMKA) dan "kalau ada pendapat yang lebih sahih dari pendapatku, maka campakkanlah pendapatku ke dinding(rujukan dr asri ).

عن الشافعي رحمه الله انه قال إذا وجدتم في كتابي خلاف سنة رسول الله صلى الله عليه وسلم فقولوا بسنة رسول الله صلى الله عليه وسلم ودعوا قولى: وروي عنه إذا صح الحديث خلاف قولى فاعملوا بالحديث واتركوا قولى أو قال فهو مذهبي وروى هذا المعنى بالفاظ مختلفة

Imam Syafie berkata: "Apabila kalian mendapati di dalam kitabku menyelisihi sunnah Rasulullah SAW, maka katakanlah yang sunnah itu dan tinggalkanlah apa yang aku katakan "

[Sir A'lam al-Nubala', Juz 10. ms. 34]

Farid McGuire
Pendaki Gunung
Posts: 128
Joined: 03 May 2006, 11:05
Contact:

Re: Perkongsian ilmu bersama ahli gunung

Postby Farid McGuire » 16 Aug 2010, 20:47

Shukran atas artikel. Dalam memperkatakan tentang As-Sunnah. Buat seperti menarik rambut dari tepung. Rambut tak putus. Tepung tak berselerak.

JazakAllah Khayr.

al_razy89
Pendaki Gunung
Posts: 50
Joined: 23 Apr 2010, 04:42
Contact:

Re: Perkongsian ilmu bersama ahli gunung

Postby al_razy89 » 17 Aug 2010, 00:38

InsyaAllah ....Tidaklah saya ini seorang yang Syeikh dalam agama...sekadar mahu agama Islam itu hendaklah kemabali bertunjang kepada amalan Rasulullah SAW....


KHUTBAH TERAKHIR

(Khutbah ini disampaikan oleh Rasulullah SAW pada 9 Dzulhijjah 10 H
di lembah Uranah, Arafah)
Buat peringatan kita semua...

Ya, saudara-saudaraku, perhatikan apa yang akan aku sampaikan, aku tidak tahu apakah tahun depan aku masih berada di antara kalian. Dengan itu dengarkan baik-baik apa yang kukatakan dan sampaikan ini kepada mereka yang tidak
dapat hadir pada waktu ini.

Ya, saudara-saudaraku, seperti kita ketahui, bulan ini, hari ini dan kota ini adalah suci, oleh itu pandanglah kehidupan dan milik setiap orang Muslim sebagai kepercayaan yang suci.

Kembalikan barang-barang yang diamanah kepadamu kepada pemilik yang sebenarnya. Jangan kau lukai orang lain sebagaimana orang lain tidak melukaimu

Ingatlah bahwa kamu akan bertemu dengan Allah SWT dan Dia akan memperhitungkan amalanmu dengan sebenar-benarnya. Allah SWT telah melarang mu memungut riba, oleh itu mula dari sekarang ini dan untuk seterusnya kewajiban membayar riba dihapuskan.
Waspadalah terhadap syaitan, demi keselamatan Agamamu. Dia telah kehilangan semua harapannya untuk membawa kalian pada kesesatan yang nyata, tapi waspadalah agar tidak terjebak pada tipuan halusnya.

Ya, saudara-saudaraku, adalah benar kamu mempunyai hak tertentu terhadap isteri-isterimu, tapi mereka juga mempunyai hak atas dirimu . Apabila mereka mematuhi hakmu maka mereka memperoleh haknya untuk mendapat makanan dan pakaian secara layak.

Perlakukanlah isteri-isterimu dengan baik dan bersikaplah manis terhadap mereka, kerana mereka adalah pendampingmu dan penolong mu yang setia. Dan adalah hakmu untuk melarang mereka berteman dengan orang-orang yang tidak kamu sukai, dan juga terlarang melakukan perzinaan

Ya, saudara-saudaraku, dengarkanlah baik-baik, sembahlah Allah, Solat Lima kali dalam sehari, laksanakan Puasa selama bulan Ramadhan, dan tunaikanlah Zakat, serta laksanakan ibadah Haji bila mampu. Ketahuilah bahwa sesama Muslim adalah bersaudara. Kamu semua adalah sederajat. Tidak ada Perbedaan satu terhadap yang lain kecuali Ketaqwaan dan Amal Shalih.
Ingatlah,
Suatu hari kamu akan menghadap Allah dan harus mempertanggung jawabkan semua amalanmu. Karena itu berhati-hatilah jangan menyimpang dari jalan kebenaran setelah kepergianku nanti.

Ya, saudara-saudaraku, tidak akan ada Nabi atau Rasul sesudahku dan tidak akan ada agama lain yang lahir. Oleh itu dengarlah baik-baik ya Saudaraku, dan pahamilah kata-kata yang kusampaikan kepadamu, bahwa aku meninggalkan dua pusaka, Al-Qur'an dan contoh-contohku sebagai As-Sunnah dan bila kalian mengikutinya tidak mungkin akan tersesat.

Siapa yang mendengarkan perkataanku ini wajib menyampaikannya kepada Yang lain dan seterusnya dan mungkin yang terakhir memahami kata-kataku ini akan lebih baik dari yang langsung mendengarkan. Demi Allah aku bersaksi bahawa aku telah menyampaikan ajaran-Mu kepada umatku ya Allah.



الْيَوْمَ يَئِسَ الَّذِينَ كَفَرُوا مِنْ دِينِكُمْ فَلاَ تَخْشَوْهُمْ وَاخْشَوْنِ، الْيَوْمَ أَكْمَلْتُ لَكُمْ دِينَكُمْ وَأَتْمَمْتُ عَلَيْكُمْ نِعْمَتِي وَرَضِيتُ لَكُمُ الإِسْلاَمَ دِينًا
Pada hari ini orang-orang kafir telah putus asa untuk (mengalahkan) agama kalian. Oleh karena itu, janganlah kalian takut kepada mereka, tetapi takutlah kalian kepada-Ku. Pada hari ini Aku telah menyempurnakan untuk kalian agama kalian, telah mencukupkan atas kalian nikmat-Ku, dan telah meridhai Islam menjadi agama bagi kalian ( al-Maidah ayat 3).

Sesungguhnya yang benar itu dr Allah, dan yang lemah itu dari saya...
Semoga Allah Mengampunkan saya
Semoga akan post lagi selepas ini dengan topik seterusnya
"aku menulis bukan kerna nama"
http://metainfo.multiply.com

User avatar
orga
Senator Gunung
Posts: 2088
Joined: 05 Dec 2005, 22:09
Location: n9 & melaka
Contact:

Re: Perkongsian ilmu bersama ahli gunung

Postby orga » 17 Aug 2010, 12:20

salam..khutbah terakhir ni ada sambungan nya lg tak..atau panjang tu je..
ImageImageImage

User avatar
killerbees
Otai Gunung
Posts: 818
Joined: 26 Jun 2006, 11:06

Re: Perkongsian ilmu bersama ahli gunung

Postby killerbees » 17 Aug 2010, 12:34

syukran.....
kongsi lagi bila ade masa k...

al_razy89
Pendaki Gunung
Posts: 50
Joined: 23 Apr 2010, 04:42
Contact:

Re: Perkongsian ilmu bersama ahli gunung

Postby al_razy89 » 17 Aug 2010, 13:41

begitulah panjangnya khutbah ini....xd sambungan lagi sepengetahuan saya....
tq killerbees...kalau ada ilham...menulis lagi lah akan hamba lakukan....:D
"aku menulis bukan kerna nama"
http://metainfo.multiply.com

al_razy89
Pendaki Gunung
Posts: 50
Joined: 23 Apr 2010, 04:42
Contact:

Re: Perkongsian ilmu bersama ahli gunung

Postby al_razy89 » 22 Aug 2010, 04:23

(surat buat teman)
Assalamualaikum Warahmatullah Wabarakatuh
Buat teman-temanku
Terdahulu ingin saya memohon ampun dan maaf kepada Allah, juga kepada semua sekiranya tulisan ini kiranya akan menyinggung kalian, tetapi adalah yang saya akan tulis ini adalah kerana kasih sayang terhadap kalian semua. Janganlah selepas ini saya dimusuhi, dicerca, satau disesatkan. Saya menerima apa saja kutukan terhadap saya, namun minta teman-teman fikirkan apa yang bakal saya tulis, dan harapan saya agar janganlah teguran ini memutuskan tali silaturrahim antara kita.

Berhati-hatilah ketika membuat penilaian iman dan ketika marah, atas beberaapa isu semasa jangan sehingga kalian termakan diri. Janganlah sesuka hati meletakkan hukum kafir dengan serius, kerana ini taku-takut akan kembali mudhaaratnya kepada kalian. Ini satu perkara akidah di mana kita berpegang kepada Ahli Sunnah wal Jamaah, dan kiranya perkara tadi dipandang ringan, takut-takut kalian terjerumus ke arah akidah khawarij atau muktazilah.

Perkara iman menurut Ahli Sunnah..
Maksud iman ialah mempercayai di dalam hati, mengaku dengan lisan dan mengamalkan dengan perbuatan atau anggota. Iman ialah mempercayai Rukun Iman dengan tidak mengesyak dan ragu-ragu, kepercayaan yang tetap yakin tidak bergoncang dan berdolak dalik,tidak ada kesamaran dan keraguan dalam hati dan perasaan. Iman juga dikaitkan dengan akidah iaitu satu ikatan tali yang kuat dan kukuh. Ketika Jibril A.S. bertanya kepada Baginda Rasulullah S.A.W tentang iman maka Rasulullah S.A.W menerangkannya yang bermaksud:
" Iman itu ialah engkau beriman kepada Allah, Malaikat-malaikatnya,Kitab-kitabnya,Rasul-rasulnya,serta Hari Akhirat;dan engkau beriman kepada takdir ( yang ditentukan oleh Allah )- Baiknya dan buruknya..."
( Riwayat Muslim )
(JAKIM)

Menjadi perbezaan antara Ahli Sunnah dan khawarij ialah ahli sunnah percaya bahawa pelaku dosa besar tidak kafir, dan iman itu boleh bertambah dan berkurang. Yang mana mngemalkan dengan perbuatan itu, adalah merupakan syarat sempurna iman, bukanlah syarat sah. Maka menurut ahli sunnah, tidak boleh kita mengkafirkan seseorang selagimana iqraar lisan individu itu masih dalam syahadah.(cuma fasiq)

Lain dengan akidah khwarij yang mana berpegang bahawa pelaku dosa besar adalah Kafir.

antara pegangan mereka
· berpendapat bahawa pelaku dosa besar adalah kafir
· mengkafirkan serta menghalalkan darah semua umat islam yang berbeza kepercayaan / iktikad dengan mereka
· membataskan sumber syariah hanya kepada al-quran sahaja

(http://www.sabah.edu.my/cwm010/akidahahlisunnah.htm)

Berjaga-jaga dengan akidah khawarij.

Ahli sunnah juga tidaklah mengkafirkan mereka yang tidak sependapat dengan mereka, kerana perkara iman adalah perkara hati ,yang mana cuma Allah yang tahu, namun nilaian manusia adalah cuma pada iqrar.Kerana kita tidaklah mampu membaca pada hati.

Kerana itu haruslah berhati-hati kerana takut-takut pada ayat ini,

"Memusuhi orang mukmin adalah fasiq, Memerangi orang mukmin adalah kufur"

Ada juga ayat-ayat quran yang digunakan sebagai hujah mengkafirkan orang lain, sedang ayat itu hendaklah ditafsir dengan caraa yang benar, adalah sangat takut kepada kedangkalan ilmu saya ini, tidaklah saya mahu menulis tentang itu, tetapi dengarlah dr orang yang lebih 'alim dari saya.

SS Dr Asri Mantan Mufti Perlis
http://www.mediafire.com/?d9zwztsc98y

Sebagai tambahan, berjaga-jaga juga kepada akidah murjiah, yang mana mereka pula percaya bahawa "mengamalkan dengan perbuatan atau anggota" itu langsung tidak berkaitan dengan iman.Sedangkan amalan mengikut ahli sunnah merupakan syarat sempurna, yakni ia diperlukan dalam iman, sedangkan mereka berpendapat ia tiada kaitan langsung. Makanya akdaah ini dapatlah difahamkan dengan mudah dengan kata-kata ini.

"Jangan lihat perbuatan saya, yang penting hati saya"

Berjaga-jaga juga dengan akidah ini. Kerana rama anak muda yang kurang ilmu dan terpengaruh dengan budaya luar, mereka menyatakan bahawa hati sahaja penting, dan xmahu hipokrit dalam beragama, maka mereka kata bahawa amalan itu tidak penting, tetapi hati.

Kiranya amatlah perlu kalian termasuk saya, dalam apapun tindakan kita menyokong atau menjadi ahli pada mana-mana pihak, namun jagalah jangan sampai perkara akidah, perkara iman yang sangat penting ini tergelincir kita dari jalanNya.

Sesungguhnya sungguh berat isu ini untuk saya mengupasnya, namun atas rasa terlalu sayang akan teman-teman maka teguran ini saya tulis, dan kiranya terdapat kesalahan pada tulisan ini kiranya itulah kelemahan dari saya kerana kejahilan saya, mohon diampunkan saya.

“Sampaikanlah dariku walau satu ayat, dan ceritakanlah tentang Bani Israil, tidak mengapa dan barangsiapa mendustakan terhadap diriku secara sengaja maka hendaklah dia sediakan tempat duduknya di dalam neraka.” (Riwayat Al-Bukhari)

Yang benar dari Alah, yang lemah dari saya
Semoga diampunkan dosaku pada kessilpan tulisan ini
"Menulis bukan kerna nama."

rujukan.:
http://www.mediafire.com/?d9zwztsc98y Kuliah Sahih Bukhari SS DR Asri
http://al-qayyim.net/index.php?option=c ... 8&Itemid=2
http://www.sabah.edu.my/cwm010/akidahahlisunnah.htm
http://baheis.islam.gov.my/web/musykil_ ... enDocument
Kitab Terjemahan Hadith Sahih Bukhari, Klang Book Centre
"aku menulis bukan kerna nama"
http://metainfo.multiply.com

al_razy89
Pendaki Gunung
Posts: 50
Joined: 23 Apr 2010, 04:42
Contact:

Re: Perkongsian ilmu bersama ahli gunung

Postby al_razy89 » 03 Sep 2010, 23:24

21-Sekiranya Kami turunkan Al-Quran ini ke atas sebuah gunung, nescaya engkau melihat gunung itu khusyuk serta pecah belah kerana takut kepada Allah. Dan (ingatlah), misal-misal perbandingan ini Kami kemukakan kepada umat manusia, supaya mereka memikirkannya.
[22]
Dia lah Allah, yang tidak ada Tuhan melainkan Dia; Yang Mengetahui perkara yang ghaib dan yang nyata; Dia lah Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
[23]
Dia lah Allah, yang tidak ada Tuhan melainkan Dia; Yang Menguasai (sekalian alam); Yang Maha Suci; Yang Maha Selamat Sejahtera (dari segala kekurangan); Yang Maha Melimpahkan Keamanan; Yang Maha Pengawal serta Pengawas; Yang Maha Kuasa; Yang Maha Kuat (menundukkan segala-galanya); Yang Melengkapi segala KebesaranNya. Maha Suci Allah dari segala yang mereka sekutukan denganNya.
[24]
Dia lah Allah, Yang Menciptakan sekalian makhluk; Yang Mengadakan (dari tiada kepada ada); Yang Membentuk rupa (makhluk-makhlukNya menurut yang dikehendakiNya); bagiNyalah nama-nama yang sebaik-baiknya dan semulia-mulianya; bertasbih kepadaNya segala yang ada di langit dan di bumi; dan Dia lah Yang tiada bandingNya, lagi Maha Bijaksana.


Surah Al-Hasyr....21-24

Kalau ada masalah dalam hutan atau luar hutan, terutama dengan makhluk lain, ini salah satu ayat dari ayat2 yang saya amalkan ..

Yang Benar dari Allah,Yang Lemah dari saya
terjemahan dari http://www.iiu.edu.my/deed/quran/malay/59.html
"aku menulis bukan kerna nama"
http://metainfo.multiply.com

atomic
Pendaki Gunung
Posts: 36
Joined: 21 Oct 2008, 11:00
Location: kedah
Contact:

Re: Perkongsian ilmu bersama ahli gunung

Postby atomic » 29 Sep 2010, 22:53

Terima kasih dengan perkongsian ini..
====

al_razy89
Pendaki Gunung
Posts: 50
Joined: 23 Apr 2010, 04:42
Contact:

Re: Perkongsian ilmu bersama ahli gunung

Postby al_razy89 » 01 Oct 2010, 01:35

BERIKAN PEMAHAMAN TEPAT TERHADAP MAZHAB

Kehidupan beragama di Malaysia sangat berhubung rapat dengan mazhab. Sebenarnya imam-imam besar ini (4 orang) juga ulama'-ulama'(scholar) terkemudian tidak mempunyai masalah terhadap pentafsiran atau ijtihad masing-masing. Mereka menghormati pendapat masing-masing dan ada antaranya merupakan guru dan pelajar, dan ada antara ulama' terkemudian juga mempunyai ilmu setanding imam2 besar yang 4 ini, sebagai contoh Imam Bukhari. Ini adalah sumber-sumber yang sebenarnya perlu didalami oleh mereka yang belajar dan kesedaran bahawa 'ulamak ini tidak kebal atau maksum' menjelaskan bahawa setiap ulama' terdedah kepada kesilapan, jadi tidak ada masalah jika ulama' berselisih, cuma dalil yang dipegang hendaklah dikaji kekuatan dan kajian asalnya.

Ulama'(scholar) tidak mempunyai masalah tentang perkara ini. Namun begitu orang yang terkemudian telah tersalah tafsir juga taksub terhadap masalah ini. Mungkin kerana kurangnya ilmu atau egois menyebabkan masalah perselisihan di kalangan mazhab berlaku. Ini bertambah malang apabila mereka yang memegang kuasa agama(spt pihak berkuasa, pendakwah dan guru agama) memberikan gambaran yang salah terhadap kepelbagaian mazhab, mungkin kerana kurangnya ilmu atau taksub kepada mazhab. Ini sebenarnya yang ,erumitkan perkara ini.

Dalam masyarakat Melayu, sejak dari kecil saya diberi fahaman, bahawa kita "menganuti" mazhab Syafie kerana imam Syafie yang paling teliti, atau paling hebat, ada juga yang menganggap yang paling TEPAT. Inilah punca awal kepada konflik ini. Fahaman inilah satu fahaman yang salah, namun begitu ia tersebar luas dalam kalangan masyarakat kita. Apabila pemahaman sedemikian berlaku, ditambah pula dengan pandangan serong terhadap pengikut mazhab lain yang berbeza cara dan pandangan terhadap kita, menjadikan konflik tercetus. Kita tersilap dengan memikirkan mazhab lain silap, salah dsb, kadangkala hanya kerana logik pemikiran dengan ilmu yang cetek. Sebagai contoh, perbuatan bersentuhan tangan memang bertentangan dengan budaya kita, jadi apabila mazhab Syafie menyatakan bersentuhan membatalkan wudhu', maka kita terima ia mengikut logik akal kita. Apabila imam lain menyatakan tidak, kita menganggap ia bertentangan dengan budaya, dan ditambah dengan kekurangan ilmu, maka kita cenderung meletakkan label "SALAH" kepada imam-imam lain. Sedangkan suatu fatwa adalah berdasarkan dalil Quran dan sunnah, cuma tafsiran yang berbeza. Tetapi perkara ini GAGAL diterangkan dengan seterang-terangnya. Kadangkala, ada tafsiran satu imam, lebih tepat dari tafsiran imam yang lain. Inilah merupakan satu hujah bahawa kita TIDAK BOLEH TERIKAT DENGAN MAZHAB sekiranya kita tahu bahawa tafsiran satu ulama'(scholar) LEBIH TEPAT dari satu ulama'(scholar) yang lain,kerana kita hendaklah mengambil yang benar,dan mengapa lakukan yang silap atau tidak kuat sedangkan kita tahu ada dalil yang lebih kuat? Dan dalam beberapa kes, dalil ulama'(scholar) yang terkemudian adalah lebih kuat dari imam yang 4(contoh-al Bukhari).Dan kita mesti menerima perkara ini.
Kerana kita tidak menganuti imam, kita cuma mengambil pendapat mereka. Imam Syafie sendiri berkata..

"Apabila kalian mendapati di dalam kitabku menyelisihi sunnah Rasulullah SAW, maka katakanlah yang sunnah itu dan tinggalkanlah apa yang aku katakan "
[Sir A'lam al-Nubala', Juz 10. ms. 34]

Islam itu adalah berdasarkan Quran dan Sunnah. Maka hendaklah diambil berdasarkan perkara itu. Dan imam besar, ulama'(scholar) juga mengambil dari itu. Dan jika tersilap dan dapat dibuktikan, maka ibarat kata imam Syafie, hendaklah diambil yang Sunnah, kerana Islam adalah berdasarkan Quran dan Sunnah.

Harapan saya agar perkara ini dijelaskan dengaan tepat, supaya kita dapat menghormati dan akhirnya bersatu sesama Muslim walaupun berbeza pendapat. Tidak salah jika mengikut pendapat imam Syafie, sekiranya seperti di Malaysia, di mana sekolah-sekolah mengajar fiqh imam Syafie, maka diikuti ilmu beliau, itu tidak mengapa jika dia memang tiada pengetahuan pada mazhab lain, maka dipegang ilmu yang lebih kuat itu adalah lebih meyakinkan. Namun jika dia telah berpeluang belajar, dan mengetahui hakikat dengan lebih dalam, maka tulisan saya di atas hendaklah diambil sebagai pertimbangan.Dan kita juga perlu menerapkan dalam kalangan masyarakat supaya meluaskan pelajaran fiqh supaya dapat meliputi atau menerobosi sempadan mazhab, dan mempelajari ilmu Islam berdasarkan Quran dan Sunnah, tanpa dibatasi sempadan mazhab. Perkara ini sebenarnya adalah lebih baik, tanpa menyinggung mana-mana pihak.

Saya bukanlaah ulama', ustaz, cerdik, dan bukanlah saya cuba meenyinggung atau mencari sengketa dengan sesiapa, cuma harapan saya agar apa yang benar, perlu dijelaskan dengan cara yang benar. Saya cuma penulis yang kerdil dan lemah ilmu.Apa yang benar dari Allah, jika tersilap semuanya dari saya. Moga saya Diampunkan oleh Allah.Saya memohon ampun dari Allah atas kelemahan pada penulisan saya.Minta ditegur jika tersilap, terutamanya dari kalangan ahli yang lebih bijak dari saya.

"Menulis bukan kerna nama"
"aku menulis bukan kerna nama"
http://metainfo.multiply.com

User avatar
nazryst
Pendaki Terlampau
Posts: 650
Joined: 16 Feb 2006, 12:17
Location: Natural Geography
Contact:

Re: Perkongsian ilmu bersama ahli gunung

Postby nazryst » 01 Oct 2010, 03:06

Terima kasih tuan berkongsi ilmu, ia amatlah bermanfaat kepada saya yang terlalu cetek pengetahuan hukum hakam agama tambah lagi saya ni buta huruf. Maklumlah sekolah sampai darjah 3 suku....

Lt.Cmdr. Kamal Ariffin
Kerabat Gunung
Posts: 1318
Joined: 12 Jan 2006, 11:43
Location: Gunung Bawah Laut
Contact:

Re: Perkongsian ilmu bersama ahli gunung

Postby Lt.Cmdr. Kamal Ariffin » 01 Oct 2010, 08:39

Terima Kasih kerana sudi menyalurkan ilmu untuk kami yang kerdil ini.
Nazry: bukan cikgu ko tu mati masa darjah 2 tiga suku kan.

User avatar
nazryst
Pendaki Terlampau
Posts: 650
Joined: 16 Feb 2006, 12:17
Location: Natural Geography
Contact:

Re: Perkongsian ilmu bersama ahli gunung

Postby nazryst » 01 Oct 2010, 09:00

Oooo Tuan Kamal... cikgu yang mati tu dia ajar saya Bahasa Melayu..."Cikgu suka main bola, tiap tiap hari cikgu suka tidur"... cikgu sudah tido mari kita main....hahahhaha

al_razy89
Pendaki Gunung
Posts: 50
Joined: 23 Apr 2010, 04:42
Contact:

Re: Perkongsian ilmu bersama ahli gunung

Postby al_razy89 » 01 Oct 2010, 14:07

"ini bukan huruf M.....ini huruf Khaaa..." "hahahahahahahahahaha :kah: :keke: :kah: :keke:
"aku menulis bukan kerna nama"
http://metainfo.multiply.com

harry56
Pendaki Gunung
Posts: 4
Joined: 28 May 2017, 18:34

Re: Perkongsian ilmu bersama ahli gunung

Postby harry56 » 28 May 2017, 19:23

Salam bro poncho..lama dah dgr cite hang..


gclub


Return to “Surau”

Who is online

Users browsing this forum: No registered users and 3 guests

cron