wet tissue_ tuk beristinjak

Isu agama Islam yang berkaitan dengan aktiviti luar
Post Reply
User avatar
wonder pets
Pendaki Gunung
Posts: 10
Joined: 31 Oct 2008, 16:39
Location: ipoh mali maa
Contact:

wet tissue_ tuk beristinjak

Post by wonder pets »

salam..

nak tanya lah...klu kita guna wet tissu tuk beristinjak (di mana tempat xde air).. apa hukum nya?

pastu klu nak solat nanti sah tak?
'kami tak besar & kami tak kuat,
bila berkerjasama semua jadi mudah,
wonder pets....apa yg penting KERJASAMA'

User avatar
vanhemeir
Pendaki Hebat
Posts: 399
Joined: 12 Dec 2006, 13:47
Location: Abu Dhabi, UAE
Contact:

Post by vanhemeir »

itu ok ada wet tissue... zaman dulu2x tak de wet tisu, tak de air... pakai daun je...

dah tak de air nak buat macamana..

nanti adalah ustaz jawab

User avatar
orga
Senator Gunung
Posts: 2088
Joined: 05 Dec 2005, 22:09
Location: n9 & melaka
Contact:

Post by orga »

PENGERTIAN ISTINJA’

Istinja’ bererti menghilangkan najis yang keluar dari qubul atau dubur dengan air atau batu atau benda keras yang seumpama batu serta suci, dapat menghilangkan najis dan tidak haram menggunakannya.

HUKUM ISTINJA’

Hukum istinja’ untuk menghilangkan najis adalah wajib.

Sunat beristinja’ dengan batu kemudian dibasuh dengan air.

Harus memilih untuk beristinja’ dengan hanya menggunakan air sahaja atau menggunakan sekurang-kurangnya tiga biji batu jika dapat menghilangkan najis. Walaubagaimanapun, lebih afdhal menggunakan air kerana air lebih berupaya dan berkesan untuk menghilangkan najis.

Jika menggunakan batu, diwajibkan menyapu dengan sekurang-kurangnya tiga biji batu atau tiga penjuru dari sebiji batu dengan syarat:
1. Najis yang hendak dibersihkan itu tidak kering.
2. Tidak merebak ke bahagian lain.
3. Tidak bercampur dengan najis yang lain.

Sekiranya tidak memenuhi syarat-syarat tersebut, maka hendaklah menggunakan air.


ADAB MEMBUANG AIR

1. Haram menghadap ke arah qiblat atau membelakanginya apabila membuang air di kawasan lapang. Walaubagaimanapun, disunatkan juga tidak menghadap atau membelakangi qiblat apabila membuang air di dalam bangunan seperti tandas atau apabila ada dinding atau tabir antara orang itu dengan qiblat.

2. Makruh membuang air di dalam air yang tidak mengalir atau di dalam air mengalir yang sedikit, tetapi jika air mengalir itu banyak, maka yang lebih baik dielakkan dari membuang ke dalamnya. Ini berdasarkan hadith riwayat Muslim yang bermaksud:
“Bahawa Nabi sallallahu ‘alayhi wasallam menegah membuang air (kencing) di dalam air yang tidak mengalir.”

3. Makruh membuang air di bawah pokok buah-buahan sama ada ketika berbuah atau tidak.

4. Makruh membuang air di dalam lubang dan di celah rekahan tanah.

5. Makruh membuang air di jalan, di tempat teduh dan di dalam lubang yang bukan digali khas untuk membuang air.

6. Makruh bercakap ketika membuang air kecuali kerana sesuatu keperluan.

7. Makruh menghadap ke arah matahari atau bulan ketika membuang air.

8. Sunat berlindung daripada pandangan manusia.

9. Haram membawa bersama-sama sebarang benda yang ada catatan nama Allah, Al-Qur’an dan seumpamanya ketika membuang air.
ISTINJAK DENGAN TISU, SATU PERBAHASAN HUKUM

Istinjak bermaksud membuang kotoran dari diri seseorang atau ia bermaksud menyucikan najis yang keluar dari qubul dan dubur selepas membuang air kecil atau air besar dan hukumnya adalah wajib.

Pensyari'atannya sabit dengan hadis Nabi s.a. w.; Al-Bukhari dan lain-lainnya meriwayatkan dari Ibn Masud. katanya:
أتى النبى صلى الله عليه وسلم الغائط فأمرنى أن آتيه بثلاثة أحجار
Ertinya:
., Nabi memasuki tandas, Baginda menyuruhku membawa tiga biji batu."
Harus beristinjak dengan menggunakan air mutlak yang merupakan sumber asal dalam menghilangkan najis sebagaimana juga harus beristinjak dengan sesuatu yang beku yang boleh menghilangkan najis seperti batu, kertas dan lain-lain.

Persoa1annya jika seseorang menuntut di negara yang bercuaca sejuk, di tandas-tandas mereka tidak disediakan air. Air yang ada hanyalah pada sink dan air yang digunakan untuk menolak najis ke sa1uran paip.Apabila ditekan butang tertentu keluarlah air tersebut. Selain itu yang ada hanyalah kertas tisu tandas untuk tujuan istinjak. Adakah diharuskan dari segi syarak beristinjak dengan kertas ini?

Apabila seseorang ingin beristinjak kerana membuang air kecil dan juga air besar, hendaklah ia menghilangkan terlebih dahulu najis yang ada dengan sesuatu yang beku lagi suci yang boleh menghilangkan najis. la juga bukanlah sesuatu yang diharamkan menggunakannya seperti batu, kertas kosong yang disediakan khusus untuk itu atau menghilangkan najis tersebut dengan menggunakan air atau mengumpulkan sekaligus antara air dan benda yang beku tadi untuk tujuan menghilangkan najis tersebut.

Penggunaan kertas tisu yang disediakan di da1am tandas di negara-negara yang bercuaca sejuk untuk beristinjak adalah harus, Kertas ini mengambil tempat air, Syarak sendiri tidak pemah membebankan seseorang supaya melakukan sesuatu yang tidak mampu dilakukannya firman Allah s.w.t:

لا يكلف نفس إلا وسعها
Bermaksud: sesungguhnya Allah tidak membebankan satu-satu jiwa itu kecuali mengikut apa yang diusahakan.(al-Baqarah: 286)

Firman Allah s.w.t. lagi:
يريد الله بكم اليسر ولا يريد بكم العسر
Bermaksud: Allah s.w.t menginginkan Kepada kamu kemudahan dan ia tidak menginginkan kepada kamu kepayahan.

Para salafusoleh menjelaskan termasuk dalam erti kata batu yang sesuai untuk istinjak ialah setiap sesuatu yang beku lagi suci yang boleh menghilangkan najis dan tidak haram menggunakannya. Mereka menjelaskan termasuk sesuatu yang beku ini ialah kertas tisu yang terdapat di dalam tandas-tandas hari ini dengan syarat harganya adalah murah dan tidak ada nilai, di samping membuangnya tidak mendatangkan sebarang kerugian dari sudut ekonomi. Selain daripada itu tisu tersebut tidak mengandungi sebarang tulisan, kerana Islam memuliakan ilmu.
Antara nas yang digunakan oleh Imam al-Syafie tentang masalah ini ialah.
Disyaratkan benda yang hendak dijadikan bahan istinjak itu bukan benda yang haram menggunakannya di sisi syarak. Tidak sah beristinjak dengan sesuatu diharam menggunakannya seperti roti, tulang dan lain-lain. Termasuk juga perkara yang dilarang beristinkjak dengannya ialah kertas yang ditulis ilmu syarak seperti fikah dan hadis atau ilmu ke arah memahami ilmu agama seperti ilmu Nahu, Sorof, Matematik dan lain-lain. Berhubung dengan tulisan-tulisan lain daripada yang disebut di atas maka tidaklah haram menggunakannya untuk istinjak.

Secara ringkasnya para ulamak telah menentukan antara benda yang boleh digunakan untuk istinjak ialah:

i. Yang diharuskan seperti air mutlak dan benda-benda yang keras dan kesat seperti kayu, batu, kertas, daun kering dan sebagainya.
ii. Yang diharamkan seperti bahan makanan, tulang-tulang dan benda-benda yang ditulis dengan nama Allah, nabi-nabi, ayat Al-quran dan hadis.

Para ulama juga menggariskan antara cara beristinjak ialah:
i. Membasuh tempat-tempat yg najis dgn air sehingga suci.
ii. Membersihkan qubul dan dubur dgn alat-alat yang diharuskan sebanyak 3 kali. Jika tidak suci diulangi sehingga suci.
iii. Cara yg terbaik adalah menyucikan najis dgn benda-benda yg kesat kemudian dibasuh dgn air sehingga suci.

Para fuqaha’ menyatakan antara syarat-syarat beristinjak dengan benda kering ialah:
a. Benda-benda kesat itu hendaklah kering.
b. Najis yang melekat itu belum kering lagi.
c. Najis itu tidak berlumuran pada tempat keluar najis.
d. Tidak terkena najis yang lain atau sesuatu yang lain walaupun air.
e. Najis itu tidak keluar pada tempat yang lain.
f. Hendaklah disapu sekurang-kurangnya 3 kali, jika tidak suci diulangi sehingga suci.

Kesimpulan

Dapatlah difahami penggunaan tisu murah untuk istinjak ketika wujudnya satu-satu penyakit atau takut ditimpa penyakit atau takut kepada musuh adalah dibolehkan selagi mana menepati dengan syarat-syarat yang dinyatakan di atas. Maka adalah elok dikumpulkan sekali antara penggunaan kertas untuk menghilangkan ani najis dengan basuhan dengan air.

Wallahua'lam
Ihsan dari: Bicara Muslim
Pendapat yg mengatakan wajib dgn air adalah tiada asalnya. yang benar, penggunaan air itu adalah lebih aula (lebih baik). Pengecualian diberikan kepada arab badui supaya menggunakan batu kerana itulah yg mudah bagi mereka dan air dapat digunakan utk keperluan minuman. Boleh pula menggunakan toilet roll (tisu tandas) yg disediakan dalam toilet2 moden hari ini. (fatawa alQardhawi, Fiqh Taharah)
berdasarkan keterangan2 kt atas..bole dikatakan bhw wet tisu dibolehkan utk beristinjak dan lebih lagi sbb ia lembab maka lebih aula dr tisu biasa..asalkan wet tisu tu tidak dibuat dr bahan2 yg haram atau memudaratkan..

Allahualam..
ImageImageImage

User avatar
span
Pendaki Sondol
Posts: 415
Joined: 22 Aug 2008, 10:44
Location: atas batu
Contact:

Post by span »

waa caya la bro penjelasan yang terang n lengkap gler
-L@YAN JeW MeNtEL Tu BeB-

User avatar
soulfly
Kerabat Gunung
Posts: 1147
Joined: 18 Mar 2008, 15:57
Location: SENTUL

surau

Post by soulfly »

en,orga..
terimakasih bebanyak info yang en, bagi tu..

mkrose
Pendaki Gunung
Posts: 27
Joined: 27 May 2008, 18:24

Post by mkrose »

wonderpet , aku datang.
kalau hang tak berapa yakin dan kalau beg hang besar masa trekking
bawak wet tissue dan satu botol kecil bulat spray air.
lepas guna wet tissue, spray pulak ngan air mutlak tu. hee leh gak.
sorry aaa aku bagi jalan alternatif

killerbees
Otai Gunung
Posts: 818
Joined: 26 Jun 2006, 11:06

Post by killerbees »

klu buleh 2 2 ade lg bagus, wet tisu and dry tisu.

berguna sngt2 ms treking.... dn dlm ms kecemasan/kecederaan...boleh ke cedera... :lol: mcm men bola laks.... :lol:

sbb sy musykil, wet tisu tuh kan ke berair sket, dan dikhuatiri akan kembangkan lagik dan ditakuti akan mengenai bahagian2 lain laks...lau dry tisu...dah tentu kering....lebih bagus la gitew

sbb dlm reply bro orga tuh, tisu kering taoooo...bukan wet...ataupon mata sy rabunnn...

jazakallah khair

User avatar
wonder pets
Pendaki Gunung
Posts: 10
Joined: 31 Oct 2008, 16:39
Location: ipoh mali maa
Contact:

Post by wonder pets »

killerbees wrote:
sbb sy musykil, wet tisu tuh kan ke berair sket, dan dikhuatiri akan kembangkan lagik dan ditakuti akan mengenai bahagian2 lain laks...lau dry tisu...dah tentu kering....lebih bagus la gitew

sbb dlm reply bro orga tuh, tisu kering taoooo...bukan wet...ataupon mata sy rabunnn...
betul tuh..ishkk...musykil lagi nih..ade sape lg leh komen pasal ni?
'kami tak besar & kami tak kuat,
bila berkerjasama semua jadi mudah,
wonder pets....apa yg penting KERJASAMA'

DewiGunung
Pendaki Gunung
Posts: 20
Joined: 07 Dec 2005, 14:38
Contact:

Post by DewiGunung »

ii. Membersihkan qubul dan dubur dgn alat-alat yang diharuskan sebanyak 3 kali. Jika tidak suci diulangi sehingga suci.
laplah pakai wet tissu sampai suci. Lebih kering dan suci bagi pendapat aku.. dr buang air di toilet rumah lepas tuh terus pakai suar tanpa keringkan tempat sulit guna tisu.. lembab2 terus sarung sepentot... :lol:

User avatar
nizran
Pendaki Tegar
Posts: 205
Joined: 22 Aug 2006, 01:52
Location: belakang pokok..
Contact:

Re: wet tissue_ tuk beristinjak

Post by nizran »

bab nie, saya nak beri satu pendapat, just 4 the sake of perbincangan ilmiah,, ya, tidak berniat untuk menentang hukum2 ye...

okey cerita nye begini, memandangkan konsep para pendaki adalah kegiatan sambil menyelam minum air, sambil mendaki, menyintai hutan... untuk memelihara alam, wajar juga alternatif lain dipergunakan..

ada tak sapa2 ahli G.O yang mengamalkan mengompos sendiri bahan terbuang mereka sambil mewujudkan tanah yg subur sendiri? ini boleh di lakukan sendiri di rumah, tanpa menggunakan ruang yg besar, ada juga teknik mengompos yg melibatkan cacing.. cheh... apa aku merapu nie..

oleh itu saya cuma nak memaklumkan, pro dan kontra penggunaan wet tissue, hasil eksperimen yg belum tempoh setahun, antara barangan2 pendakian yg di eksperimen tahap kecepatan penguraian dalam tanahnya adalah wet tissue... ianya masih belum terusik mahupun hancur...
telah saya rujuk kepada satu persatuan yg rajin mengompos nie, menurut mereka,. wet tissue memang tidak boleh dikitar semula. oleh itu, sayugianya saya ingin mengingatkan para pendaki, sekiranya dibawa turun wet tissue itu, ianya tetap tak boleh diguna pakai semula mahupun dijadikan "by product"... dengan erti kata lain, pembakaran adalah cara yg tinggal..

sekiranya hal ini adalah benar, maka, setelah wet tissue di lapkan ke bahagian2 yg sepatutnya, ianya perlu dibasuh dahulu (atau tidak) dan seterusnya di bakar....

sekian... my 1 1/2 cent
mane satu belakang pokok???
Image

User avatar
kaki jalan
Pendaki Gunung
Posts: 77
Joined: 21 Sep 2007, 12:20
Location: dalam sleeping bag

Re: wet tissue_ tuk beristinjak

Post by kaki jalan »

en nizran, ulasan anda mantap.

cik nizran ader pernah jd instructor tali kat allson klana ker...mcm pernah ku jmpa tp dimana ya...

br nih aku ader terbaca psl debu suci yg dijual oleh 1 syarikat bumiputra. mungkin kita leh pakai time dlm utan bila xder air utk bertayamum...
Tumpang sekaki...

User avatar
nizran
Pendaki Tegar
Posts: 205
Joined: 22 Aug 2006, 01:52
Location: belakang pokok..
Contact:

Re: wet tissue_ tuk beristinjak

Post by nizran »

instructor tali?
mana dapat cerita tipu nie tuan? saya manaleh jadi instructor.. konduktor boley laa..

mengenai mengambil wudhuk dengan menggunakan lumut pokok pada batang pokok juga bole.. sesuai dengan hutan basah kita.
mane satu belakang pokok???
Image

Post Reply