kenapa ramai tidak sembahyang bila "outing"

Isu agama Islam yang berkaitan dengan aktiviti luar
Post Reply
User avatar
lusuh adventure
Pendaki Gunung
Posts: 189
Joined: 14 Aug 2008, 14:44
Location: kuala Lumpur
Contact:

kenapa ramai tidak sembahyang bila "outing"

Post by lusuh adventure »

Salam,
Kenapa le ramai peminat-peminat outdoor ni meninggalkan solat yang menjadi pembeza antara manusia dengan binatang, kafir dan muslim sedangkan kita tahu ia wajib. Kita renung diri, kenapa kita masuk hutan dan keluar hutan, naik gunung dan turun gunung, untuk apa semua itu? jawapan yang pasti dan selalu didengar ialah untuk melihat ciptaan Allah yang maha berkuasa.
Dimasa itu apabila kita lihat keindahan itu....(alam yang terbentang) ada yang bersyukur, ada yang menangis dan menangkap gambar tidak berhenti-henti, dan macam-macam karenah lagi...
Tidak anda terfikir bahawa itu hanya sementara sahaja dan keindahan itu entah sampai bila akan bertahan. Terfikirkah kita penat lelah kita mendaki gunung atau apa saja akan dibalas dengan siksaan yang amat dahsyat (di alam barzah)dan dineraka jahanam kerana meninggkalkan tiang agama itu.
Marilah kita ubah diri kita menjadi insan yang baik dan taat kepada perintah Allah. Apa yang buat ini kana diperlihatkan dihari pembalasan nanti. Warga gunung dan pecinta alam sekelian marilah kita berjaya di dunia dan di akhirat. (akan bersambung)...

salam dari saya:
lusuh adventure
http://lusuh.multiply.com
welcome adventure to lusuh adventure ever-green exprience
we sale outdoor gear by online, visit us: http://lusuh.com.my/

TuanTanahKedaung
Pendaki Gunung
Posts: 50
Joined: 06 Mar 2008, 12:11
Location: Bandar Sunway
Contact:

Re: kenapa ramai tidak sembahyang bila "outing"

Post by TuanTanahKedaung »

terima kasih atas ingatan
to RETREAT is to RETRIEVE !!

nazryst
Pendaki Terlampau
Posts: 650
Joined: 16 Feb 2006, 12:17
Location: Natural Geography
Contact:

Re: kenapa ramai tidak sembahyang bila "outing"

Post by nazryst »

Sebabnya itu lah kententuan qada' dan kadar pada setiap manusia dan hamba hambanya... Sesungguhnya Allah itu berkehendak kepada sesuatu yang ia kehendaki... sebab itu kita kena akur dan bersimpati kepada mereka yang belum menemui dan ditemui... takder salahnya mereka yang bersembahyang dan tidak bersembahyang... kerana setiap mereka mereka itu ada memberi ertinya tersendiri pada mereka yang beroleh akal.... salah pada kita cepat menghukum kerana penilaian kita tidaklah sesempurna yang mencipta lagi mengetahui... apa yang boleh kita lakukan dan amalkan ialah memberi peluang dan berdoa semoga kita dan mereka mereka itu akan peroleh kesempatan dan sebaik baik memperbetulkan apa jua yang perlu....

"Sesungguhnya sembahyang dan amalan yang baik itu adalah payah dan sukar, melainkan kepada orang orang yang beriman dan orang orang yang dikehendakinya"... beruntung pada mereka yang memperoleh hidayah dan bersimpati kepada mereka yang belum memperolehnya.

Jangan dihukum yang mana bukan hak kita untuk menghukum.... menilai lah dengan sebaik baik nilaian yang memberi menafaat pada diri kita sendiri... kerana mereka mereka ini memberi peluang kepada kita untuk bertafakur serta munasabah keegoan, kesombongan serta kebodohan diri sendiri.... mereka tetap mereka diatas kehendaknya, dan kita tetap kita diatas kehendaknya... maka hormatilah keadaan ini apabila tiba masanya....

Lt.Cmdr. Kamal Ariffin
Kerabat Gunung
Posts: 1318
Joined: 12 Jan 2006, 11:43
Location: Gunung Bawah Laut

Post by Lt.Cmdr. Kamal Ariffin »

Yang tak sembahyang tu bukan bila outing je. Diaorang memang tak pernah sembahyang :kah:
Yang amik gambar sampai malam tu sebab kitaorang memang amik gambau waktu malam je. Sebab orang selalu amik gambau siang siang kiataorang belajar macam mana nak ambil gambar waktu malam.
Tengok dulu baru cakap. Jangan suka suka hentam budak naik gunung tak sembahyang. Yang main Gof yang keja sampai lupa dunia, yang dok lepak kat Dangdut, kat kedai nombor ekor 24 jam, yang pay hun tak hingat dunia, yang merempit remput kat Fedral Highway dan yang melayan bapok kat Lorong Haji Taib dan yang macam macam lagik yang dah tentu haramnya.

Kita naik gunung memuji kejadian alam, besarnya anugerah tuhan. Sebab kitaorang nak tengok dunia. Sebab hidup didunia bukan untuk sembahyang sahaja. Banyak lagi. Sembahyang tak tentu hala sampai tak tahu hal dunia apa ke jadahnya.

User avatar
nizran
Pendaki Tegar
Posts: 205
Joined: 22 Aug 2006, 01:52
Location: belakang pokok..
Contact:

Re: kenapa ramai tidak sembahyang bila "outing"

Post by nizran »

sokong abang kamal...
sebenarnya mungkin juga niat encik Lusuh adalah untuk menasihati kawan2 pendaki gunung...
terima kasih di ucapkan..
namunbegitu, mungkin ada cara dan teknik dakwah yg lain yg lebih baik...
kalo dulu2, sambil mendaki, kita di bimbing oleh otai2, dan ada sesi ilmiah yang sentiasa mengaitkan keadaan dan suasana hutan & gunung utk di jadikan iktibar dan dakwah serta boleh di aplikasikan dengan keadaan hidup manusia di alam moden la sangat ni...

malangnya keadaan ini berkurangan.. namunbegitu, syabas juga golongan pendaki kini lebih menyedari keperluan untuk mendaki sambil menikmati keadaan alam dan memuji kebesaran Yang Esa. Oleh itu saya ingin menegur diri saya sendiri, agar berdoa dan memohon kepada Yang Esa, supaya keinginan kita yg itu disertai dengan rasa ke insafan yang boleh mendorong kita melakukan amal soleh. sambil mendaki, pendaki akan melihat dan memuji...

adalah lebih baik juga kalau,, sebelum mengerjakan Solat sewaktu mendaki, ajak2 lah kawan2 bersama... maaf saya kata disini, saya sendiri tidak begitu... maaf, ini kekurangan saya pada masa ini dan saya berharap dapat memperbaiki hal yg ini nanti...
namunbegitu, saya pernah merasa kesannya, apabila sedang trekking, tetiba kengkawan yg lain mengerjakan Solat... kita yg melihat, sedikit sebanyak mesti tercalit sikit punya... nanti pasti mereka akan try... bukan apa, communication skill yg foul semasa mendakwah kadang2 lebih meng "annoy"kan berbanding mendakwah...
mane satu belakang pokok???
Image

Freelance
Senator Gunung
Posts: 1355
Joined: 06 Dec 2005, 13:16
Location: Kuala Lumpur

Re: kenapa ramai tidak sembahyang bila "outing"

Post by Freelance »

alhamdulillah!!! berpesan2 kepada kebenaran :wink:

saya lebih suka menggunakan perkataan solat dari perkataan sembahyang.. sembahyang ni lebih kepada umum..... dah terbiasa guna perkataan solat... ni disebabkan timbul kesedaran dari anak sedara yg kecik ni berumur 8 tahun...... "cik long dah solat ke?" kadang2 kawan2 datang rumah pun dia tegur gak.. "abang dah solat ke?" :wink:

alhamdulillah sepanjang saya menceburi aktvt pendakian gunung ni.. atau mana2 trip outdoor ... pelbagai karenah dan ragam manusia.. kadang2 kita pun terlalai gak..... ramai gak saya ketemu kawan.. yang saling ingat mengingatkan saya atau kawan lain... "dah solat ke?" ...terimakasih kerana ada yang menegur... ada juga kawan lelaki yang menegur.. "lily ko dah solat ke?" .... terimakasih juga tolong mengingatkan....

ada juga kawan2 saya yang diluarnya enjoy gak mcm kawan2 bila time2 treking....... bila time solat .... depa solat secara berjemaah bersama2 ngan kawan2 lain... secara tidak langsung.. menarik kawan2 skali utk bersama mengerjakan solat secara berjemaah terutamanya lelaki... ingatlah hadis... berpesan2 kepada kebenaran...
kita tidak boleh mengatakan atau meletakkan hukum atau menjatuhkan hukum seseorang yang meninggalkan solat.. nyatakan hadis dan firman skali utk memperkukuhkan hujah kita.. supaya kata2 tersebut akan memberi kesedaran kepada kawan2 kita.. jangan menjatuhkan hukum pada seseorang....
kalo kita mengatakan." aqu solat.. apasal korang tak solat..." jangan sampai menimbulkan riak dan takbur di dalam hati kita... syaitan dan iblis sentiasa ada untuk menyesatkan manusia... hati tu yang perlu dijaga...
Semoga kawan2 sentiasa mendapat kawan2 yang saling berpesan2 dan saling mengingatkan kita tentang solat... insyallah. sekiranya kita berkawan dengan orang baik... akhlaknya baik..insyallah satu hari nanti kita pun menjadi baik.... :wink:

mspakngah
Pendaki Gunung
Posts: 6
Joined: 15 Jan 2009, 14:07

Re: kenapa ramai tidak sembahyang bila "outing"

Post by mspakngah »

nazryst wrote:Sebabnya itu lah kententuan qada' dan kadar pada setiap manusia dan hamba hambanya... Sesungguhnya Allah itu berkehendak kepada sesuatu yang ia kehendaki... sebab itu kita kena akur dan bersimpati kepada mereka yang belum menemui dan ditemui... takder salahnya mereka yang bersembahyang dan tidak bersembahyang... kerana setiap mereka mereka itu ada memberi ertinya tersendiri pada mereka yang beroleh akal.... salah pada kita cepat menghukum kerana penilaian kita tidaklah sesempurna yang mencipta lagi mengetahui... apa yang boleh kita lakukan dan amalkan ialah memberi peluang dan berdoa semoga kita dan mereka mereka itu akan peroleh kesempatan dan sebaik baik memperbetulkan apa jua yang perlu....

"Sesungguhnya sembahyang dan amalan yang baik itu adalah payah dan sukar, melainkan kepada orang orang yang beriman dan orang orang yang dikehendakinya"... beruntung pada mereka yang memperoleh hidayah dan bersimpati kepada mereka yang belum memperolehnya.

Jangan dihukum yang mana bukan hak kita untuk menghukum.... menilai lah dengan sebaik baik nilaian yang memberi menafaat pada diri kita sendiri... kerana mereka mereka ini memberi peluang kepada kita untuk bertafakur serta munasabah keegoan, kesombongan serta kebodohan diri sendiri.... mereka tetap mereka diatas kehendaknya, dan kita tetap kita diatas kehendaknya... maka hormatilah keadaan ini apabila tiba masanya....

Solat itu tiang agama, salah satu dari rukun Islam, tidak boleh berkompromi
dengan hukum Allah. Tidak ada sebarang alasan bg mereka yg cukup syarat untuk
melaksanakan semua rukun yg telah ditetapkan. Walau dalam keadaan mana sekalipun,
kita perlu solat, sehinggakan dalam syariat, org yg sakit pun ditunjukkan cara untuk
solat, inikan pulak kita yg sihat walafiat.

Kita tidak boleh menganggap sume itu takdir semata-mata atau anggap sume itu qada' dan
qadar... ini ada sesuatu yg SALAH dalam Islam, walaupun Allah Maha Tahu dan 'benarkan"
org yg tak solat itu tetap menikmati nikmat dan rahmat-Nya tetapi perlu diingat semua
perbuatan dosa yang dibuat itu TIDAK diredhai oleh Allah dan mendapat dosa. dosa ini
bukan boleh dipandang ringan oleh kita. Kita telah diberi akal utk berpikir dan berusaha..
jd apa guna akal dan tenaga kita kalau tidak mencari Islam? Iman itu bukan bleh dibeli
atau diwarisi..kena cari...usaha..ikhtiar...

sesungguhnya betul hidayah itu dari Allah, tetapi apakah tanggungjawab kita untuk
mendapat hidayah itu? kita tidak boleh berharap untuk mendapat hidayah itu datang
seperti bola yg datang bergolek, kita perlulah CARI hidayah Allah.

Alhamdulillah, kita Umat akhir zaman tidak ditimpa balasan seperti umat2 Nabi sebelum ini,
ada umat terdahulu yg terus menerima balasan dr Allah bila melakukan dosa..nauzubillah..
mujur Nabi Muhammad menadah tangan berdoa kepada Allah agar umatnya tidak ditimpa
balasan seperti umat2 terdahulu...sehingga nafas yg terakhir...dan Allah memakbulkan
doa Muhammad ini...seperti yg diberitahu oleh ramai ulama, umat akhir zaman di beri
masa utk BERTAUBAT sehingga nyawa berada di kerongkongnya...
begitulah antara nikmat yg Allah beri kpd umat akhir zaman...

wallahuta'ala'alam..

nazryst
Pendaki Terlampau
Posts: 650
Joined: 16 Feb 2006, 12:17
Location: Natural Geography
Contact:

Re: kenapa ramai tidak sembahyang bila "outing"

Post by nazryst »

mspakngah wrote:

Maaf ya pakngah.... saya budak baru belajar... baru kenal dan nak belajar alam dan kemanusiaan.... maaf sekiranya statement saya tu menyinggung.... wasalam

akademiks
Pendaki Terlampau
Posts: 617
Joined: 08 Jul 2006, 10:08
Location: tpt yg mendamaikan

Re: kenapa ramai tidak sembahyang bila "outing"

Post by akademiks »

nazryst wrote:

ok le 2 sir.........
alhamdulillah...ada gak yg sudi tegur.
tegur menegur ke arah kebaikan amalan yg mulia..
Sedarlah wahai manusia........dunia adalah sementara.Hargailah apa yg telah dicipta olehNYA

killerbees
Otai Gunung
Posts: 818
Joined: 26 Jun 2006, 11:06

Re: kenapa ramai tidak sembahyang bila "outing"

Post by killerbees »

salam,

kita amek yg jernih k.... :minum:

pr oli
Pendaki Tegar
Posts: 287
Joined: 12 Dec 2008, 04:34
Location: Lembah kelang
Contact:

Re: kenapa ramai tidak sembahyang bila "outing"

Post by pr oli »

killerbees wrote:salam,

kita amek yg jernih k.... :minum:
buang yg keruh..
- peace no war-
9W2OAT

User avatar
nizran
Pendaki Tegar
Posts: 205
Joined: 22 Aug 2006, 01:52
Location: belakang pokok..
Contact:

Re: kenapa ramai tidak sembahyang bila "outing"

Post by nizran »

sungguh seronok melihat ahli G.O berfikir dan response dengan waras dan matang! tahniah!
mane satu belakang pokok???
Image

betterman
Pemegang Amanah GO
Posts: 2828
Joined: 04 Dec 2005, 08:39
Location: Bawah beirut
Contact:

Re: kenapa ramai tidak sembahyang bila "outing"

Post by betterman »

sebenarnya kan, boleh atau tidak kita solat jamak qasar ketika xpdc?
adakah xpdc mendaki gunung ini termasuk dalam syarat-syarat yang memboleh kan kita menunaikan solat jamak qasar..?
Getting to the summit is optional, getting down is mandatory...

uglysister
Pemegang Amanah GO
Posts: 360
Joined: 05 Dec 2005, 07:37
Location: 18m Underwater
Contact:

Re: kenapa ramai tidak sembahyang bila "outing"

Post by uglysister »

sebenarnya kan, boleh atau tidak kita solat jamak qasar ketika xpdc?
adakah xpdc mendaki gunung ini termasuk dalam syarat-syarat yang memboleh kan kita menunaikan solat jamak qasar..?
setau aku, kalau area/ negeri gunung tu berada lebih dari 2 marhalah daripada tempat kite bermastautin, dibolehkan jamak dan qasar, tp kalau tempat tu tak sampai 2 marhalah, tp pendakian kite kadang2 amik masa yg panjang dan lama, tak pasti plak, sebab aku ada dgr macam2 pendapat, harap yg arif dapat berkongsi ilmu.
Sebabnya itu lah kententuan qada' dan kadar pada setiap manusia dan hamba hambanya... Sesungguhnya Allah itu berkehendak kepada sesuatu yang ia kehendaki... sebab itu kita kena akur dan bersimpati kepada mereka yang belum menemui dan ditemui... takder salahnya mereka yang bersembahyang dan tidak bersembahyang... kerana setiap mereka mereka itu ada memberi ertinya tersendiri pada mereka yang beroleh akal.... salah pada kita cepat menghukum kerana penilaian kita tidaklah sesempurna yang mencipta lagi mengetahui... apa yang boleh kita lakukan dan amalkan ialah memberi peluang dan berdoa semoga kita dan mereka mereka itu akan peroleh kesempatan dan sebaik baik memperbetulkan apa jua yang perlu....
part lain aku setuju, cuma kurang setuju part yg aku 'bold' tuh, sebab sudah terang solat itu wajib dan ada dalam rukun islam, jadik secara tak langsung kalau tak solat itu tentunye salah, tp mungkin cara ko nk cakap lain so aku tersalah tafsir ke mintak maaf ek..

betterman
Pemegang Amanah GO
Posts: 2828
Joined: 04 Dec 2005, 08:39
Location: Bawah beirut
Contact:

Re: kenapa ramai tidak sembahyang bila "outing"

Post by betterman »

nak buat solat jamak qasar nie pon banyak syarat-syarat dia...
selain dari 2 marhalah... salah satu kena tgk tujuan kita pergi...
kalau macam SAR team yang masuk mencarik asan nie mmg sesuai sgt lah buat solat jamak qasar sebab memudahkan...
let say aku nak gi johor sebab nak tgk konsert, takkan nak buat solat jamak qasar...

aku sebenarnya nak tau lah kalau niat kita mendaki gunung tuh dibolehkan buat jamak qasar...
ataupun jamak je ke...
atau pun qasar sahaja je...
ataupun sebenarnya tak boleh...
Getting to the summit is optional, getting down is mandatory...

Lt.Cmdr. Kamal Ariffin
Kerabat Gunung
Posts: 1318
Joined: 12 Jan 2006, 11:43
Location: Gunung Bawah Laut
Contact:

Re: kenapa ramai tidak sembahyang bila "outing"

Post by Lt.Cmdr. Kamal Ariffin »

Kalau masa SAR cari Asan mungkin boleh. Sebab tujuan perjalanan tu untuk menyelamatkan orang. tapi kalau naik gunung memang tak boleh sebab yang dibolehkan jamak atau Qasar adalah perjalanan untuk tujuan menegakkan agama sahaja.

Kalau salah tolong betulkan sebab aku belajo Notical Sc je

Farid McGuire
Pendaki Gunung
Posts: 128
Joined: 03 May 2006, 11:05
Contact:

Re: kenapa ramai tidak sembahyang bila "outing"

Post by Farid McGuire »

quotes soalan encey yunus dari sebuah forum agama...
persoalannye:
mcmane nk nenunaikan solat 5 waktu sewaktu mendaki??

katakan masuk waktu solat, tp time tu kite mmg dlm hutan... nk wat camane? ambil wuduk dgn bertayammum...tp mcmane pulak dgn solatnye?

1. ade kwn aku ckp solat untuk menghormati waktu je dulu time dlm hutan tu (mgkn bleh duduk jek klu tkde kawasan yg rata)...nnt dh smpi tmpt yg dituju (campsite/puncak gunung/kawasan rata) hendaklah diqada'.... betul ke?

2. ade plak yg ckp bleh wat jamak sepnjg perjalanan kite camping di hutan selagi kite tk smpi balik ke rumah kite.... (emm..mcm tk logik je...)

al-jawap...
yang dinamakan musafir itu apabila dia keluar dari tempat dia bermastautin. secara bahasanya, musafir bermaksud orang yang dalam perjalanan. berlawanan dengan muqim iaitu orang yang menetap.

jadi, dalam hal mendaki gunung ni, ia juga adalah safar. dan pendaki tersebut adalah musafir. jadi boleh lah dia nak qasar.

dan disebabkan kesulitan untuk mencari ruangan untuk solat diatas gunung, maka dibolehkan jama'.

"Dalam hal ini tidak ada perbezaan musafir itu menggunakan kapal terbang, kereta api dll, juga samada perjalanan itu bertujuan menunaikan perintah Allah ataupun utk tujuan-tujuan lain dan termasuk juga perjalanan orang-orang yang pekerjaaannya mengharuskan selalu berada dalam keadaan musafir spt kelasi kapal laut, konduktor kereta api dll, sebab pada hakikatnya itu juga termasuk musafir." (Fiqh Sunnah, terjemahan Victory (1990) , 2/216)

Umumnya musafir memang ada kesukaran. Tak kiralah apa tujuan musafir pun, ia tetap dinamakan musafir sekiranya ia menempuh perjalanan.

Hukumnya solat safar ini valid utk apa jua jenis safar (perjalanan) Dalilnya:
AQT 4: 101 [dan apabila kamu bermusafir di atas muka bumi, maka tidak berdosa kamu memendekkan solat]

Ref: Tafsir al-Syinqithi (Adhwa' al-Bayan, 1:360)

1. Wudhu' ketika safar hendaklah menggunakan air dan tidak dibenarkan tayammum kerana di Malaysia sumber airnya adalah mudah. tayammum adalah dalam kes di padang pasir.

2. kelonggaran yg diberikan ialah pendaki gunung tidak perlu menanggalkan kasut mereka selama 3 hari dan cukup dgn menyapu sepatu sahaja.

3. solat hormat yg dimaksudkan dalam fiqh syafi'iyah ialah ketika kegawatan yg memuncak spt seseorang sedang bersembunyi dari kepungan musuh, manakala dalam keadaan normal spt kembara di pergunungan tidak termasuk dalam kes solat hormat waktu.

4. Solat jama'-qasar hendaklah terus diamalkan selagi mana kembara itu belum berakhir. Ia berakhir bila kesemua peserta kembara sudah kembali semula ke kampung atau pekan masing-masing.

betterman
Pemegang Amanah GO
Posts: 2828
Joined: 04 Dec 2005, 08:39
Location: Bawah beirut
Contact:

Re: kenapa ramai tidak sembahyang bila "outing"

Post by betterman »

terima kasih atas jawapan.

buleh tau daripada forum mana?

bicara muslim ke?
Getting to the summit is optional, getting down is mandatory...

killerbees
Otai Gunung
Posts: 818
Joined: 26 Jun 2006, 11:06

Re: kenapa ramai tidak sembahyang bila "outing"

Post by killerbees »

dari sini bett....

ihsan - http://al-fikrah.net/Forums/viewtopic/t=1856.html

ps - bila nak dtg cyberjaya...?? :minum:

esir
Pendaki Tegar
Posts: 286
Joined: 24 Jan 2006, 03:06
Location: KL/Perak
Contact:

Re: kenapa ramai tidak sembahyang bila "outing"

Post by esir »

Alhamdullilah,
sekurang kurangnya ada rakan2 kita yg ambil berat pasal ni.

solat mesti di tunaikan dalam keadaan apa sekali pun. darurat,perang,sakit semua ni ada cara untuk kita menunaikan solat pd situasi tersebut(sebagai umat islam kta mesti belajar semua ilmu ni). kdg2 terdetik jugak dihati, kenapa ada antara kita boleh menggunakan semua tenaga kita untuk menggagahi hutan rimba, dgn alasan menikmati ciptaan tuhan, tetapi utk sujud kpd Allah kita sering terlupa/terlewatkan.

sy sering teringat kata2 member baik sy sewaktu kami trekking bersama, "sebenarnya cabaran yang paling kuat buat diri aku dalam hutan ni ialah, cabaran yg aku akan tetap berusaha menunaikan solat dlm keadaan apa sekalipun." takkira lah jamak,qasar atau qada. yg wajibnya solat itu.

apa yg sy dah belajar dan baca,setahu sy,solat jamak/qasar boleh di tunaikan tidak semestinya sebab musafir..ada sebab2 lain lagi,seperti darurat,ketakutan,sakit,masa yg terdesak dan sebab2 lain lagi..

boleh buat rujukkan disini.. http://drmaza.com/himpunan_fatwa/?p=14

ilmu Allah ini luas,semoga kita sentiasa mempelajari ilmu islam dgn lebih mendalam...

TQ
:.."wei orang depan.,.tak nak duduk jap ke..???":

esir81@gmail.com
www.esir.multiply.com

User avatar
soulfly
Kerabat Gunung
Posts: 1147
Joined: 18 Mar 2008, 15:57
Location: SENTUL

Re: kenapa ramai tidak sembahyang bila "outing"

Post by soulfly »

terima kasih tuan tanah sudi bukak topik nih..
ia memang menyentuh perasaan aku,yang skarang ini semakin ramai pendaki gunung atau penggiat rekriasi,yang seakan lupa akan rukun islam yang ke DUA ini,banyak telah di kupas kat ats tuh ...
harap semua paham apa yang en punya topik ni maksusudkan..
aku tak tersinggung pun walau aku jarang2 solat ketika berekriasi,malah aku bersyukur ada hamba ALLAH' yang sudi menegur@mengingatkan antara satu sama lain,itulah yang terbaik.
lama sangat...

lastman
Pendaki Terlampau
Posts: 615
Joined: 14 Jan 2008, 23:51

Re: kenapa ramai tidak sembahyang bila "outing"

Post by lastman »

soulfly wrote:terima kasih tuan tanah sudi bukak topik nih..
ia memang menyentuh perasaan aku,yang skarang ini semakin ramai pendaki gunung atau penggiat rekriasi,yang seakan lupa akan rukun islam yang ke DUA ini,banyak telah di kupas kat ats tuh ...
harap semua paham apa yang en punya topik ni maksusudkan..
aku tak tersinggung pun walau aku jarang2 solat ketika berekriasi,malah aku bersyukur ada hamba ALLAH' yang sudi menegur@mengingatkan antara satu sama lain,itulah yang terbaik.
dei mamak lu kenal sape tuan punye topik nie???

User avatar
maclan
Pendaki Tegar
Posts: 256
Joined: 15 Jan 2007, 17:39
Location: Kaki Gunung
Contact:

Re: kenapa ramai tidak sembahyang bila "outing"

Post by maclan »

eerrmmm...leh nk kgsi pandangan x sal ni...sory xbace habis semua di atas,,sebahagian jek..

rasenye semua dh dikupas di atas..xperlu nk ulang lagi..n semua tau keWAJIBan kite as MUSLIM tuk tunaikan SOLAT....

Sorang leader trip juge bertanggungjawab n menanggung dosa jika join trip ni menyebabkan peserta xsolat..tp ade kondisi tertentu la...

Sorang Leader sudah mesti la jgn tggalkan SOLAT...
Sorang Leader jgk harus sediakan waktu utk SOLAT..jika ontrek..mesti take 15 minit tuk solat..tp bukan sekadar take 5 biase.. dlm tentatif pon sediakan mase tuk SOLAT..
Sorang Leader harus gtau semua peserta..brenti rehat ini adalah utk solat..so..arahkan seua peserta solat..tp tidak boleh dgn paksaan..klu saye..slalu gunekan sindiran klu ade peserta xsolat ni...hehe..bia terase kit..pernah saye mtk kwn yg beragama lain yg menyindir peserta beragama ISLAM yg xsolat ni..bia lg terasa..hehe.tp sindiran dlm gurauan la..xde la sampai gaduh...
sediakan tempat solat sekali...
klu kat campsite..ade ruang..berjemaah lagi elok...

Untuk menjadi sorang leader..walaupon skdr leader xpdc...tgjawab n tgs..amat la berat..
jgn sesekali abaikan SOLAT ketika berXPDC....moga XPDC kite di berkati...Insyaallah...
http://www.kerex.multiply.com
outdoor in everywhere...

Image

User avatar
soulfly
Kerabat Gunung
Posts: 1147
Joined: 18 Mar 2008, 15:57
Location: SENTUL

Re: kenapa ramai tidak sembahyang bila "outing"

Post by soulfly »

lastman wrote:
soulfly wrote:terima kasih tuan tanah sudi bukak topik nih..
ia memang menyentuh perasaan aku,yang skarang ini semakin ramai pendaki gunung atau penggiat rekriasi,yang seakan lupa akan rukun islam yang ke DUA ini,banyak telah di kupas kat ats tuh ...
harap semua paham apa yang en punya topik ni maksusudkan..
aku tak tersinggung pun walau aku jarang2 solat ketika berekriasi,malah aku bersyukur ada hamba ALLAH' yang sudi menegur@mengingatkan antara satu sama lain,itulah yang terbaik.
dei mamak lu kenal sape tuan punye topik nie???
alooo en,apa mau minum?..
aku kenal nama jer..orang aku tak kenal sape erk?
lama sangat...

viceroy
Pendaki Gunung
Posts: 70
Joined: 29 Mar 2007, 12:36

Re: kenapa ramai tidak sembahyang bila "outing"

Post by viceroy »

topik yg baik...harap lepas nih kita leh buat yg terbaik !! itu belum sentuh bab pakaian tuh..?!!
mamak...ko tak terase...?!!

User avatar
soulfly
Kerabat Gunung
Posts: 1147
Joined: 18 Mar 2008, 15:57
Location: SENTUL

Re: kenapa ramai tidak sembahyang bila "outing"

Post by soulfly »

viceroy wrote:topik yg baik...harap lepas nih kita leh buat yg terbaik !! itu belum sentuh bab pakaian tuh..?!!
mamak...ko tak terase...?!!
memang terasa,bak kata man bai"mash aku terasa..
lama sangat...

beckham@chayok2
Pendaki Terlampau
Posts: 646
Joined: 03 Apr 2006, 03:21
Location: 30 minit sblm sampai puncak...

Re: kenapa ramai tidak sembahyang bila "outing"

Post by beckham@chayok2 »

aku pun terasa gak beb... cubit peha kanan, peha kiri terasa juga...
InsyaAllah, aku akan berubah dlm trip2 yg akn dtg... :oops: :oops: :oops:
*Sebenarnya bukan gunung yang hendak ditawan, sebaliknya diri kita sendiri.....*.
-9w2bck-

betterman
Pemegang Amanah GO
Posts: 2828
Joined: 04 Dec 2005, 08:39
Location: Bawah beirut
Contact:

Re: kenapa ramai tidak sembahyang bila "outing"

Post by betterman »

sama-sama lah kita berusaha utk tidak meninggalkan solat ketika xpdc...
Getting to the summit is optional, getting down is mandatory...

suhairi
Pendaki Gunung
Posts: 1
Joined: 21 Apr 2010, 09:30

Re: kenapa ramai tidak sembahyang bila "outing"

Post by suhairi »

esir wrote:Alhamdullilah,
sekurang kurangnya ada rakan2 kita yg ambil berat pasal ni.

solat mesti di tunaikan dalam keadaan apa sekali pun. darurat,perang,sakit semua ni ada cara untuk kita menunaikan solat pd situasi tersebut(sebagai umat islam kta mesti belajar semua ilmu ni). kdg2 terdetik jugak dihati, kenapa ada antara kita boleh menggunakan semua tenaga kita untuk menggagahi hutan rimba, dgn alasan menikmati ciptaan tuhan, tetapi utk sujud kpd Allah kita sering terlupa/terlewatkan.

sy sering teringat kata2 member baik sy sewaktu kami trekking bersama, "sebenarnya cabaran yang paling kuat buat diri aku dalam hutan ni ialah, cabaran yg aku akan tetap berusaha menunaikan solat dlm keadaan apa sekalipun." takkira lah jamak,qasar atau qada. yg wajibnya solat itu.

apa yg sy dah belajar dan baca,setahu sy,solat jamak/qasar boleh di tunaikan tidak semestinya sebab musafir..ada sebab2 lain lagi,seperti darurat,ketakutan,sakit,masa yg terdesak dan sebab2 lain lagi..

boleh buat rujukkan disini.. http://drmaza.com/himpunan_fatwa/?p=14

ilmu Allah ini luas,semoga kita sentiasa mempelajari ilmu islam dgn lebih mendalam...

TQ
LostandSurvive ada buat modul khas iMuslim Survivor. Rujuk www.lostandsurvive.com

helmie
Pendaki Gunung
Posts: 5
Joined: 16 Jul 2010, 01:02

Re: kenapa ramai tidak sembahyang bila "outing"

Post by helmie »

salam....disini aku x menyentuh ttg budak2 go je...ttp utk diri aku dan saudara2 muslim aku...kaedah syarak menjelaskan hukum asal perbuatan adalah bergantung kpd syarak...

takwa-memelihara diri dari di azab oleh api neraka
rohani-kesedaran individu akan hubungan dgn pencipta
ibadah-melakukan perkara yg disuruh dan meninggalkan apa yg di larang...
syaksiyah islam-pemikiran islam+perasaan islam..

permasalahan ini wajib d lihat secara menyeluruh /kaffah kerana islam adalah lengkap..-al maidah (03)

tapi dalam perkara2 agama jgn lah kita sama2 melenting utk mempertahankan hujah akal kita...melainkan kita mempunyai dalil yg rajih...

mengenai fikih (solat jama@qasar) ni ada ulama mujtahidin berbeza pendapat..ttp kt harus jelas apakah mujtahid itu,mujtahid pula terbahagi 3,mujtahid mutlak,mujtahid masalah,mujtahid mazhab..kta sbg org2 yg x mampu berijtihad boleh memilih samada mengikut pendapat 1 imam(mukallid ammi) atau mengambil pendapat pendapat imam yg lebih tepat dgn dalil syarak(mukallid mutabbi')...

User avatar
seper4alif
Kerabat Gunung
Posts: 2100
Joined: 01 Jun 2006, 09:42
Location: gelanggang TokMeor
Contact:

Re: kenapa ramai tidak sembahyang bila "outing"

Post by seper4alif »

killerbees wrote:salam,

kita amek yg jernih k.... :minum:

alhamdulillah... akhirnya kamu ke pangkal jalan yer... he eh ehe

time kasih suma...... ingat mengingati tanggung jawab bersama... tapi hukum hanya datang dari allah...... tiada yang HAQ melainkan dia.......................................................................................................

selamat hari raya... aaaaaaaaaaaaaa salam
seper4alif
:::masuk tempat orang bawak otak bukan pisau:::
Image ImageImage

Farid McGuire
Pendaki Gunung
Posts: 128
Joined: 03 May 2006, 11:05
Contact:

Re: kenapa ramai tidak sembahyang bila "outing"

Post by Farid McGuire »

posting mr.yunus tahun lepas tu atan... hehehe..

User avatar
seper4alif
Kerabat Gunung
Posts: 2100
Joined: 01 Jun 2006, 09:42
Location: gelanggang TokMeor
Contact:

Re: kenapa ramai tidak sembahyang bila "outing"

Post by seper4alif »

hee hee setahun bagai kan sehari di dunia yg fana nih... tetapi siminit bagaikan beribu tahun di padang masyar.....

erk!!

renung renung kan selamat beramal...
seper4alif
:::masuk tempat orang bawak otak bukan pisau:::
Image ImageImage

User avatar
lusuh adventure
Pendaki Gunung
Posts: 189
Joined: 14 Aug 2008, 14:44
Location: kuala Lumpur
Contact:

Re: kenapa ramai tidak sembahyang bila "outing"

Post by lusuh adventure »

hee hee setahun bagai kan sehari di dunia yg fana nih... tetapi siminit bagaikan beribu tahun di padang masyar.....

erk!!

renung renung kan selamat beramal...

i..like..
welcome adventure to lusuh adventure ever-green exprience
we sale outdoor gear by online, visit us: http://lusuh.com.my/

User avatar
seper4alif
Kerabat Gunung
Posts: 2100
Joined: 01 Jun 2006, 09:42
Location: gelanggang TokMeor
Contact:

Re: kenapa ramai tidak sembahyang bila "outing"

Post by seper4alif »

hee hee yer loh...

solat tuh wajib.... tiada alasan kecuali gila dan meniggal dunia atau belum balikh.....
dan tiada perlu pula utuk kita menghukum nya.... kecuali anak anak kita sendiri.... ''anak kecil jgn di bunuh... BAKAAARRR'' ayat mak lampir.... haahaha

tanam kan sifat mempelawa orng BERJEMAAH adalah cara terbaik untuk mengajak seseorang bersolat dalam bahasa halus tanpa mengguris hati kengkawan yg tak paham konsep islam.... jika mereka menyifatkan kita nih menunjuk atau poyo... lantak lah deme.. kamu dah pon jalan kan tugas kamu sebagai hamba nyer,....

sentiasa berwuduk adalah perkara paling baik untuk mensucikan diri dan akan menjadikan kita sedikit terikat dari melakukan perkara yg tidak elok terutama perkara kecil yg kita terlepas pandang... korek idung pon kotor bang heehehe.... pastu mintak kudap kawan eyeeerk tuh....

seperti apa yg di tulis kat atas.... betul GOGO adalah kuasa besar yang bukan sahaja akan memastikan anak buah mereka tidak sesat di dalam trek malah juga WAJIB memastikan mereka juga tidak hanyut dalam perbualan/perbuatan.... nih lah yang wajib di persoalkan kepada seorang GOGO adakah kamu layak untuk menjadi ketua? heehehe payah nak jawab kalu aku yang kena... diri sendiri pon SENGET hah haahaha...

rerajin lah membaca wahai sahabat ku semua, dengan membaca banyak perkara yg dapat kita perolehi, jgn menunggu sayfaat darinya tanpa usaha..... sesungguh ada satu benda yg aku pernah aku baca di laman web seorang tokoh terhebat puak zionis di dalam websid dia..... '' satu perkara yang akan menguntungkan puak mereka adalah bila mana umat ISLAM di dunia sudah kurang MEMBACA''
subhanallah... Katakanlah wahai Muhammad, Aku berlindung kepada Allah Pemulihara sekalian manusia. yang menguasai sekalian
manusia, Tuhan yang berhak disembah oleh sekalian manusia, dari kejahatan pembisik penghasut yang timbul tenggelam, yang melemparkan bisikan dan hasutannya ke dalam hati manusia, Iaitu pembisik dan penghasut dari kalangan jin dan MANUSIA..... amin
ini surah terakhir dalam al-quran.... surah an-nas
seper4alif
:::masuk tempat orang bawak otak bukan pisau:::
Image ImageImage

User avatar
lusuh adventure
Pendaki Gunung
Posts: 189
Joined: 14 Aug 2008, 14:44
Location: kuala Lumpur
Contact:

Re: kenapa ramai tidak sembahyang bila "outing"

Post by lusuh adventure »

seper4alif wrote:hee hee yer loh...

solat tuh wajib.... tiada alasan kecuali gila dan meniggal dunia atau belum balikh.....
dan tiada perlu pula utuk kita menghukum nya.... kecuali anak anak kita sendiri.... ''anak kecil jgn di bunuh... BAKAAARRR'' ayat mak lampir.... haahaha

tanam kan sifat mempelawa orng BERJEMAAH adalah cara terbaik untuk mengajak seseorang bersolat dalam bahasa halus tanpa mengguris hati kengkawan yg tak paham konsep islam.... jika mereka menyifatkan kita nih menunjuk atau poyo... lantak lah deme.. kamu dah pon jalan kan tugas kamu sebagai hamba nyer,....

sentiasa berwuduk adalah perkara paling baik untuk mensucikan diri dan akan menjadikan kita sedikit terikat dari melakukan perkara yg tidak elok terutama perkara kecil yg kita terlepas pandang... korek idung pon kotor bang heehehe.... pastu mintak kudap kawan eyeeerk tuh....

seperti apa yg di tulis kat atas.... betul GOGO adalah kuasa besar yang bukan sahaja akan memastikan anak buah mereka tidak sesat di dalam trek malah juga WAJIB memastikan mereka juga tidak hanyut dalam perbualan/perbuatan.... nih lah yang wajib di persoalkan kepada seorang GOGO adakah kamu layak untuk menjadi ketua? heehehe payah nak jawab kalu aku yang kena... diri sendiri pon SENGET hah haahaha...

rerajin lah membaca wahai sahabat ku semua, dengan membaca banyak perkara yg dapat kita perolehi, jgn menunggu sayfaat darinya tanpa usaha..... sesungguh ada satu benda yg aku pernah aku baca di laman web seorang tokoh terhebat puak zionis di dalam websid dia..... '' satu perkara yang akan menguntungkan puak mereka adalah bila mana umat ISLAM di dunia sudah kurang MEMBACA''
subhanallah... Katakanlah wahai Muhammad, Aku berlindung kepada Allah Pemulihara sekalian manusia. yang menguasai sekalian
manusia, Tuhan yang berhak disembah oleh sekalian manusia, dari kejahatan pembisik penghasut yang timbul tenggelam, yang melemparkan bisikan dan hasutannya ke dalam hati manusia, Iaitu pembisik dan penghasut dari kalangan jin dan MANUSIA..... amin
ini surah terakhir dalam al-quran.... surah an-nas
Terbaik...tuan..