Gunung Online

Warisan Khazanah Pergunungan
It is currently 21 Aug 2014, 02:29

All times are UTC + 8 hours




Post new topic This topic is locked, you cannot edit posts or make further replies.  [ 104 posts ] 
                         Share
Go to page 1, 2, 3  Next
Author Message
 Post subject: Sirkit Cabaran Mendaki Gunung Negeri Sembilan II
PostPosted: 12 Apr 2008, 02:49 
Offline
Senator Gunung
User avatar

Joined: 05 Dec 2005, 22:09
Posts: 2088
Location: n9 & melaka
Salam..ni aqu bukak topik baru sambungan dr topik dulu..
aqu kopi pes je balik intro topik dulu k..

Image


Dalam usaha memperkenalkan eko pelancongan utk gunung2 di NS serta menggalakkan aktiviti mendaki gunung di kalangan belia, Kerajaan Negeri Sembilan dgn kerjasama Persatuan Mendaki dan Kegiatan Luar N. Sembilan (MENDAKI N9) akan menganjurkan program Sirkit Cabaran Mendaki Gunung N.Sembilan. ( Gunung Datuk, Gunung Tampin, Gunung Telapak Burok dan Gunung Angsi ). Program ni merupakan pertandingan mendaki gunung mengikut laluan yang telah ditetapkan oleh penganjur.

Info berkenaan sirkit ni spt berikut;

Tarikh;
Gunung Datuk - 29 Mac 2008
Gunung Tampin - 6 April 2008
Gunung Telapa Burok - 10 Mei 2008
Gunung Angsi - 5 Jul 2008

Kategori;
Terbuka - 21 ke atas
Remaja - 13 - 21 thn

Penyertaan - Terbuka RM10 Remaja RM5

Hadiah
1.RM400+hamper
2.RM300+hamper
3.RM200+hamper
4 hingga 10. RM50+hamper

Pendaftaran - dibuka mulai sekarang
Pembayaran Yuran - 7pagi - 9pagi (pd hari pertandingan)
Pelepasan peserta - 9.30 pagi

Starting point
Gng Datuk - Hutan Lipur Gng Datuk (trek kebun)
Gng Tampin - Stadium Tampin
Gng Telapa Burok - Hutan Lipur Jeram Toi
Gng Angsi - Hutan Lipur Ulu Bendul

No tepon seketariat : 06-7634830

_________________
ImageImageImageImageImage


Top
 Profile  
 
 Post subject:
PostPosted: 12 Apr 2008, 02:53 
Offline
Senator Gunung
User avatar

Joined: 05 Dec 2005, 22:09
Posts: 2088
Location: n9 & melaka
aqu nk ucapkan selamat berjaya kpd sumer peserta yg bakal mencuba nasib di 2 gunung lg iaitu gng telapa burok dan gng angsi..berdasarkan penyertaan sblm ni, aqu tengok peningkatan pd jumlah peserta di tampin hampir sekali ganda dr di datok..jd, aqu pon tak sangka sambutan luar dugaan dr peminat sirkit mendaki gng nih masih hangat skang..

sepanjang sirkit dulu berlangsung, pd aqu nampaknya sasaran kerajaan negeri utk memajukan eco tourism di n9 wajar bertemu objektifnya..juga kesungguhan mendakiN9 utk menarik minat golongan remaja n9 pd aktiviti mendaki gunung secara tak langsung tercapai..setidaknya, usaha ini turut menarik perhatian berbagai pihak bhw gng juga mampu menyatukan belia sambil menjana kemajuan pelancongan negara..

dalam menjayakan sirkit ni, aqu pon nk ucap mekaseh bebyk kt individu yg yk membantu aqu secara peribadi samada secara langsung atau idak..pada GO yg beri ruang promot kt sini..kt rembau, vanhemeir, mawi, adik idan dan ramai lg yg pjg plak kang nk sebut..mau pon pd peserta sumer dan warga GO..mekaseeeeeh!

jugak, mintak maap kalo ada apa kelemahan sepanjang sirkit ni berlangsung..aqu akui utk memenuhi segala pendapat sumer pihak bkn satu keja yg mudah..pon begitu, aqu puji sifat keterbukaan yg ditunjukkan oleh rakan2 gunung sekalian yang saling memahami..sokongan meski dr segi moral setidaknya akan mendorong pd usaha yg lebe baek lg masa akan dtg..

Insyallah, jika bertemu ruang dan waktu..ujung thn ni ada plan nk anjur event beso lg skek..ni utk bg peluang lak kt golongan santai turut sama amik bhg..apa rupanya nnt aqu bagitau..hope sumer nye akan berjln lancar..aqu tak janji tp akan ada usaha ke arah tu..

_________________
ImageImageImageImageImage


Top
 Profile  
 
 Post subject:
PostPosted: 12 Apr 2008, 03:03 
Offline
Senator Gunung
User avatar

Joined: 05 Dec 2005, 22:09
Posts: 2088
Location: n9 & melaka
ni aqu quote beberapa berita dr keratan akhbar utama di Malaysia..

Quote:
Berita Harian 9 April
Sentral: Peserta Kenya Raih Juara Daki Gunung



TAMPIN: Dua peserta dari Kenya, Thomas Matheka Muli dan Rose Gherotich, masing-masing muncul juara kategori lelaki dan wanita terbuka Cabaran Mendaki Gunung Negeri Sembilan 2008 bagi sirkit Gunung Tampin yang berlangsung di sini, baru-baru ini.

Kejayaan mereka bertambah manis apabila rakan senegara, Julius Kipalam Kimuge turut muncul naib johan kategori lelaki terbuka dan meninggalkan peserta tempatan, R Samgup dari Melaka yang terpaksa berpuas hati di tempat ketiga.

Tempat kedua dan ketiga kategori wanita terbuka pula dimenangi Ma Ah Moi dari Seremban dan Aiza Idawaty dari Jelebu, manakala kategori lelaki remaja diraih T Narendran dengan naib johan dan ketiga, masing-masing dimenangi J Khartik dan S Parameswaran.

Kategori perempuan remaja juga diungguli peserta tuan rumah dengan wakil Kuala Pilah, Izzah Nur Fatimah Md Derham muncul johan, diikuti Nurul Hidayah Md Nasir dari Johor di tempat kedua dan Azizah Awang di tempat ketiga.

Sirkit mendaki Gunung Tampin yang mempunyai ketinggian 706 meter dari aras laut disertai 635 peserta dalam empat kategori dengan majlis pelepasan disempurnakan Ketua Polis Tampin, Superintendan Zull Aznam Haron, manakala penutup dan penyampaian hadiah oleh Pegawai Daerah Tampin, Datuk Mohd Yusof Yunus.

Gunung Tampin adalah destinasi kedua dalam Sirkit Cabaran Mendaki Gunung Negeri Sembilan 2008 selepas Gunung Datuk, Rembau yang diadakan pada 29 Mac lalu dan menarik 392 penyertaan, manakala destinasi lain ialah Gunung Telapak Burok di Jelebu dan Gunung Angsi, Kuala Pilah.

Sementara itu, Muli yang ditemui selepas pertandingan berkenaan, berkata beliau sudah menyertai lebih 100 pertandingan mendaki gunung sebelum ini, tetapi pendakian Gunung Tampin adalah yang paling mencabar dan gembira kerana berjaya muncul johan.

"Saya akan terus mengambil bahagian dalam sirkit ketiga dan keempat, selain memendam impian mendaki gunung lain di negara ini, termasuk Gunung Kinabalu," katanya.

Rakan senegaranya, Gherotich turut mengakui cabaran mendaki Gunung Tampin yang mana bukan saja kerana laluannya yang licin, tetapi juga faktor cuaca panas yang menyebabkan peserta mudah letih.

Sementara itu, Izzah Nur Fatimah, pelajar Sekolah Menengah Sains Tuanku Ja'afar, Kuala Pilah, tidak menjangka muncul johan kategori perempuan remaja kerana tidak berpengalaman menyertai pertandingan sedemikian.


Quote:
Utusan Malaysia 28 March

Sirkit mendaki gunung bermula Sabtu


SEREMBAN 27 Mac - Buat julung kalinya kerajaan negeri bersama Persatuan Mendaki dan Kegiatan Luar Negeri Sembilan menganjurkan sirkit cabaran mendaki gunung di negeri ini yang bermula Sabtu ini sehingga Julai depan.

Setiausaha Kerajaan negeri, Datuk Norzam Mohd. Noor berkata, sirkit mendaki gunung itu akan melibatkan empat gunung di negeri ini iaitu Gunung Datuk, Rembau; Gunung Tampin, Tampin; Gunung Telapak Burok, Jelebu dan Gunung Angsi, Kuala Pilah.

''Program ini merupakan yang pertama kali dianjurkan oleh kerajaan negeri, di mana bertujuan untuk menarik minat golongan belia dan pelajar menceburi aktiviti rekreasi yang mencabar ini dan pada masa yang sama memperkenalkan destinasi pelancongan di Negeri Sembilan," katanya.
Norzam berkata demikian pada sidang akhbar sirkit cabaran itu di Wisma Negeri, di sini semalam.

Hadir sama Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pelancongan, Perpaduan, Kebudayaan, Keseniaan dan Warisan negeri, Mohamad Razi Kail.
Kata Norzam, cabaran pendakian yang pertama dalam sirkit ini akan berlangsung pada Sabtu ini di Gunung Datuk, Rembau di mana melibatkan pendaki dari dalam dan luar negara.

''Pada 6 April, cabaran eksplorasi Gunung Tampin akan bermula dan pada 10 Mei, sirkit ketiga menyaksikan pendakian di Gunung Telapak Burok, Jelebu," ujarnya.

Katanya, acara kemuncaknya akan berlangsung di Gunung Angsi, Kuala Pilah pada 5 Julai depan, di mana akan turut diadakan majlis penyampaian hadiah keseluruhan cabaran ini.

''Sirkit cabaran mendaki gunung ini terbuka kepada remaja lelaki dan perempuan berusia 13 hingga 21 tahun, selain kategori terbuka bagi lelaki dan wanita berusia 18 tahun ke atas," jelasnya.

Lebih menarik lagi kata Norzam, sirkit ini juga menyediakan hadiah kepada pemenang mengikut kategori di mana tempat pertama sehingga ke-10 akan menerima hadiah wang tunai dan hamper.

''Orang ramai masih boleh menyertai sirkit ini dan borang boleh diperoleh di Unit Penggalakan Pelancongan dan pejabat-pejabat daerah Rembau, Tampin, Jelebu dan Kuala Pilah," katanya.

Sebarang pertanyaan mengenai sirkit ini bolehlah menghubungi talian berikut, 06-7659734, 06-6851225, 06-4421229, 06-6136311 atau 06-4814155 serta Sekretariat Mendaki di talian 06-7634830.


Quote:
Negeri Sembilan cabar peminat rekreasi
Oleh Wan Shahara Ahmad Ghazali (rekreasi@utusan.com.my)


Menyusuri jalan-jalan utama Negeri Sembilan, tidak dinafikan landskap negeri ini penuh dengan ladang-ladang pertanian. Bukit-bukit dengan ladang kelapa sawit adalah pemandangan biasa di sepanjang kiri kanan jalan atau lebuh raya. Namun ini tidak bermakna negeri yang kaya dengan adat pepatih ini membosankan peminat rekreasi memandangkan ada banyak aktiviti yang boleh dilaksanakan.

Ada banyak lokasi menarik yang boleh dikunjungi bagi mereka yang mahu berjinak-jinak dengan dunia aktiviti lasak atau peminat pelancongan yang berkaitan alam semula jadi. Antaranya ialah 12 hutan lipur di seluruh negeri dan empat gunung-gunung utamanya.Malah kerajaan negeri dan Unit Penggalakan Pelancongan Negeri Sembilan (UPENS) telah mula mempromosikan potensi eko-pelancongan di negeri.

Empat gunung utama yang disenaraikan dalam pertandingan Sirkit Cabaran Mendaki Gunung Negeri Sembilan (Mendaki N9) tidak kurang hebatnya walau mungkin tidak setinggi atau sesukar Gunung Kinabalu, Gunung Korbu atau Gunung Tahan. Gunung Datuk, Gunung Tampin, Gunung Telapak Burok dan Gunung Angsi masing-masing mempunyai keunikan tersendiri dan sesuai untuk dicuba oleh pendaki-pendaki baru.
Program Mendaki N9 itu akan bermula hari ini di Gunung Datuk serta berakhir pada 5 Julai depan di Gunung Angsi.

Sementara itu, bersempena sambutan bulan Pesta Air Kebangsaan tahun ini pula, Negeri Sembilan menawarkan hadiah wang tunai keseluruhan bernilai RM20,000 untuk pemenang Pesta Pancing Port Dickson kedua 12 April depan.Pertandingan yang akan diadakan di Pantai Bagan Pinang itu adalah sebahagian daripada acara Pesta Air peringkat Negeri Sembilan (Pesta Air Port Dickson).

Hampir keseluruhan aktiviti yang dirancang untuk Pesta Air Port Dickson akan diadakan di Pantai Batu 6, kecuali pertandingan memancing yang diadakan di Batu 3. Sebenarnya, Pantai Bagan Pinang Port Dickson telah diketahui sebagai lokasi yang agak popular di kalangan pemancing pantai.
Ini kerana pelbagai spesies ikan berkualiti tinggi boleh dinaikkan di situ termasuk ikan pari, kapas, tetanda, alu-alu dan bolos bersaiz besar sehingga enam kilogram. Lagipun, pantainya mengunjur sejauh dua kilometer memudahkan pemancing melontar umpan tanpa perlu bersesak-sesak.

Pantai ini juga telah membawa tuah kepada seorang pemandu Tenaga Nasional Berhad (TNB) Ayob Mat Usup, yang berjaya menaikkan ikan caping belang seberat 4.4 kilogram dalam pertandingan tahun lepas.
Sekaligus melayakkannya membawa pulang hadiah wang tunai RM7,000 mengalahkan hampir 1,000 lagi kaki pancing yang mencuba nasib.
Justeru, tidak mustahil pertandingan kali ini bakal menarik lebih ramai kaki pancing memandangkan hadiah utama telah dinaikkan kepada RM10,000.

Info sirkit Mendaki N9

a) Gunung Datuk
Sirkit cabaran bermula hari ini dengan Gunung Datuk, yang mana peserta akan berkumpul di Hutan Lipur Gunung Datuk di Rembau.
Gunung ini setinggi hanya 880 meter dari aras laut. Namun ia merupakan antara gunung yang terkenal di kalangan pendaki kerana bentuk muka bumi yang sangat cerun sehingga kira-kira 85 darjah.

b) Gunung Tampin
Sirkit kedua bakal berlangsung di Gunung Tampin pada 6 April depan. Peserta akan berkumpul di Hutan Lipur Batu Maloi yang terletak kira-kira 15 minit dari pekan Tampin.
Dari segi topografi, gunung yang hanya setinggi 764 meter ini dianggap sebagai pengakhiran kepada banjaran Titiwangsa. Seperti Gunung Datuk, keunikan Gunung Tampin adalah bongkah-bongkah batu besar yang membentuk sebahagian daripada cabarannya.

c) Gunung Telapak Burok
Pusingan ketiga sirkit cabaran diteruskan pada 10 Mei di Gunung Telapak Burok yang terletak di Jelebu. Dengan ketinggian 1,193 meter dari aras laut, gunung ini adalah yang tertinggi di antara empat gunung pertandingan ini.

Pendakian akan bermula di Hutan Lipur Jeram Toi berhampiran Kampung Ulu Klawang. Uniknya hutan ini ialah ia mempunyai dua jenis hutan iaitu Dipterokarpa Bukit dan Dipterokarpa Tanah Tinggi. Ini menjadikannya antara hutan yang kaya dengan pelbagai tumbuhan bernilai perubatan.
Di puncak gunung ini juga terdapat menara pemancar telekomunikasi milik Celcom.

d) Gunung Angsi
Pusingan terakhir sirkit ialah mendaki Gunung Angsi pada 5 Julai depan. Gunung ini terletak di Hutan Lipur Ulu Bendul kira-kira 20 minit dari Seremban. Gunung setinggi 825 meter dari aras laut ini juga agak terkenal di kalangan pendaki yang gemar mendaki dengan menyusuri Sungai Batang Terachi.

Hubungi seketariat Mendaki N9 di talian 06-7634830 atau 06-7659734 untuk makluman lanjut.


Quote:
Harian Metro,8 April
Budak 10 tahun catat sejarah tawan gunung


TAMPIN: Seorang kanak-kanak perempuan mencatatkan sejarah tersendiri dalam sirkit kedua larian mendaki Gunung Tampin di sini, kelmarin apabila berjaya menawan puncak setinggi 706 meter dari paras laut itu dalam tempoh tiga jam.

S Malar, 10, mengambil masa tiga jam dan 25 minit untuk berlari pergi dan balik sejauh 14 kilometer bermula dari Mini Stadium Tampin sekali gus meletakkan dia di tempat ke tujuh dari 265 peserta.

Bagaimanapun, disebabkan pihak penganjur menetapkan kategori remaja perempuan untuk peserta berusia 13 hingga 23 tahun saja, kanak-kanak itu tidak dikira sebagai salah seorang daripada 10 pemenang sebaliknya diberi hadiah istimewa wang tunai.

Ketika ditemui kanak-kanak berasal dari Air Keroh, Melaka itu berkata minat terhadap sukan lasak seperti itu mendorongnya untuk terus tekad berlari tanpa henti walaupun sedar dia bersaing dengan peserta lebih tua.
“Saya hanya berbekalkan semangat tidak mahu mengalah dan dorongan keluarga. Saya sendiri tidak menyangka dalam percubaan kali pertama ini saya mampu menyaingi 265 peserta yang lebih senior serta berpengalaman.

“Saya sedar dan sudah dimaklumkan pihak penganjur, penyertaan saya tidak dikira kerana kategori remaja perempuan menetapkan had 13 hingga 23 tahun tetapi disebabkan sokongan keluarga saya tetap berlari,” katanya yang ditemui.

Menurutnya, dia akan terus menyertai sirkit ketiga mendaki Gunung Telapak Buruk pada 10 Mei ini dan ke empat di Gunung Angsi, Jun depan.

“Saya sebenarnya tidak mengharapkan hadiah cuma mahu mengasah bakat dalam diri,” katanya.

Sementara itu, Yang DiPertua Majlis Daerah Tampin (MDT), Datuk Mohd Yusuf Yunus, berkata kebolehan kanak-kanak itu sesuatu yang sukar ditemui.

“Sehubungan itu, saya berharap bakatnya dapat digilap dan dibimbing sewajarnya kerana dia memiliki potensi sebagai ahli sukan,” katanya.

Larian mendaki empat gunung iaitu Gunung Datuk, Rembau; Gunung Tampin, Tampin; Gunung Telapak Buruk, Jelebu dan Gunung Angsi, Kuala Pilah itu dianjurkan kerajaan negeri serta Persatuan Mendaki dan Kegiatan Luar Negeri Sembilan (Mendaki N9) dengan kerjasama Unit Penggalakan Pelancongan Negeri dan Daerah.

_________________
ImageImageImageImageImage


Top
 Profile  
 
 Post subject:
PostPosted: 13 Apr 2008, 16:26 
Offline
Pendaki Gunung
User avatar

Joined: 19 Mar 2008, 05:48
Posts: 35
Location: nilai 3
orga,jmpe kt tlapak burok nnt.

sori x dpt ikut sondol.ade exm la time tu.hehe

nnt upload la ye gmbr track utk tlapak burok. :)

_________________
'let nature be our teacher'


Top
 Profile  
 
 Post subject:
PostPosted: 13 Apr 2008, 22:39 
Offline
Pendaki Gunung

Joined: 11 Feb 2008, 23:34
Posts: 177
Location: bawah pokok
kecik ko dtg semban hri pe? nnti smpei col aku :evil:


Top
 Profile  
 
 Post subject:
PostPosted: 14 Apr 2008, 11:07 
Offline
Pendaki Gunung
User avatar

Joined: 05 Oct 2007, 16:53
Posts: 13
Location: serdang-putrajya
kecik jgn lupa kat telapa buruk blnja kitorg mCd


Top
 Profile  
 
 Post subject:
PostPosted: 14 Apr 2008, 12:19 
Offline
Pendaki Gunung

Joined: 11 Feb 2008, 23:34
Posts: 177
Location: bawah pokok
sokong 200% heheheh klo mc D x de ayam kentaki pun o.k gak :keke: :kah: :evil:


Top
 Profile  
 
 Post subject:
PostPosted: 14 Apr 2008, 12:28 
Offline
Senator Gunung
User avatar

Joined: 06 Dec 2005, 13:16
Posts: 1354
Location: Kuala Lumpur
orga... insyallah nak daki gng telapa buruk ni..daki gng je..tak lari lah..tak larat hehehe!!!


Top
 Profile  
 
 Post subject:
PostPosted: 14 Apr 2008, 16:28 
Offline
Pendaki Gunung
User avatar

Joined: 19 Mar 2008, 05:48
Posts: 35
Location: nilai 3
xde hal la bro..tp kalo nk mcD kne tggu lps race la..hehe.. :lol: :lol:

kekerk,ak trun srmban lmbt lg..9mei aku dtg ngan dayah.ape2 hal kte roger2 k. kem slm kt orga yg baik hati.hehe 8)

_________________
'let nature be our teacher'


Top
 Profile  
 
 Post subject:
PostPosted: 14 Apr 2008, 16:35 
Offline
Pendaki Gunung

Joined: 11 Feb 2008, 23:34
Posts: 177
Location: bawah pokok
o.k tade hal..keyi x ikut ko skali ke? :roll:


Top
 Profile  
 
 Post subject:
PostPosted: 14 Apr 2008, 23:46 
Offline
Pendaki Gunung
User avatar

Joined: 05 Oct 2007, 16:53
Posts: 13
Location: serdang-putrajya
kerk aku firm mai telap buruk,hang wat ler BBq ker..baru meriah mlm tu,hehehe


Top
 Profile  
 
 Post subject:
PostPosted: 15 Apr 2008, 09:41 
Offline
Pendaki Gunung

Joined: 11 Feb 2008, 23:34
Posts: 177
Location: bawah pokok
aku pun cadang mcm 2 gak...ko dtg ar awl kte g tangkap ayam utan kt telapak burok :keke: :kah: :mrgreen:

bleh wat BBQ ehheh...

aku rse nnti kecik siap bwk la bro...


Top
 Profile  
 
 Post subject:
PostPosted: 15 Apr 2008, 10:23 
Offline
Pendaki Gunung
User avatar

Joined: 26 Mar 2007, 14:19
Posts: 194
Location: antara 2 puncak
aisey kerk..aku x dpt polow la ms telapak buruk n angsi... :|
tp xpe..nnti aku hantar wakil..dayah.. :lol:


Top
 Profile  
 
 Post subject:
PostPosted: 15 Apr 2008, 10:46 
Offline
Pendaki Gunung

Joined: 11 Feb 2008, 23:34
Posts: 177
Location: bawah pokok
ape barang X pgi? x kn dok kt umah keras je kot ? :kah:

kte org ingt nk wat BBQ..tpi klo ko x dtg aku mkn kn utk ko je lah :keke: :evil:


Top
 Profile  
 
 Post subject:
PostPosted: 15 Apr 2008, 11:14 
Offline
Pendaki Gunung
User avatar

Joined: 26 Mar 2007, 14:19
Posts: 194
Location: antara 2 puncak
kena gantung beg kt rumah 3 bln daa..hahaa

makan bagi pihak aku pn boley.. :lol:


Top
 Profile  
 
 Post subject:
PostPosted: 15 Apr 2008, 12:13 
Offline
Senator Gunung
User avatar

Joined: 05 Dec 2005, 22:09
Posts: 2088
Location: n9 & melaka
baek nye meriah korang ek..taper kali ni aqu duk bwh je..

kecik..nnt kalo dtg naik bas, amik kt terminal 1..gi platfom brapa ntah..nnt aqu chek balik skedul bas ke sana..

keyi..gantung beg kunon..gantung beg deuter la ye dak..beg karrimor still availabel lg kan..kan :roll:

fezal..bwk le teman kecil molek ko tu skali yea..hehe

lily..nk lari bole..nk daki pon bole..nk tgk bulan lelama pon bole..ekekeke
jom le lipak jeram toi dulu mlm tuh..

_________________
ImageImageImageImageImage


Top
 Profile  
 
 Post subject:
PostPosted: 15 Apr 2008, 13:27 
Offline
Pendaki Gunung

Joined: 26 Dec 2005, 15:42
Posts: 164
Pada abg Orga dan Pihakpenganjur...

yang masuk ramai giler termasuk hampir ranking open Top 15 adalah dari Full time runner / pro dan trainer dari ATM..

ramai gak yang veteran tak adil nak bersaing dengan orang muda dan dorang yang pro nihh..

CADANG BUAT LAH sikit pembaharuan untuk beberapa katagori ini juga akan menaik kan Nama penganjur dan ia mendajadi medan untuk peminat lebih ramai turun di event kerana peluang untuk semua katagori agak se imbang..ini tentu menguntungkan Penganjur di masa akan datang.

Aku cadang sikit ;-
1. Ada kan medal sampai ranking top 20 ( setidak tidak pun, bape sen sangat dengan saigan yang bertambah hebat dan cabaran di lalui)

2. Kalu dapat katagori junior veteran..bagi suma orang rasa baru adil..ini tentu menarik minat lebih ramai menyertai nanti.

ok sikit sikit lah....


Top
 Profile  
 
 Post subject:
PostPosted: 15 Apr 2008, 14:11 
Offline
Senator Gunung
User avatar

Joined: 05 Dec 2005, 22:09
Posts: 2088
Location: n9 & melaka
biskut..aqu tader power nk ejas balik dedua cadangan tu..sbb menda ni awal2 da ditetapkan bersama oleh penganjur..n byk menda2 lain yg kena ejas balik..
mebi nex taim ada sapot kita wat lain lak k..

_________________
ImageImageImageImageImage


Top
 Profile  
 
 Post subject:
PostPosted: 15 Apr 2008, 16:28 
Offline
Senator Gunung
User avatar

Joined: 06 Dec 2005, 13:16
Posts: 1354
Location: Kuala Lumpur
Orga...teringat zaman dolu2 ehh. ..ngan awie, buluk , billy, berkat hehhee!! kita camping kt jeram toi... :lol: asyik g mandi tiruk je jeram gading ler... yg tak leh lupa aah... masa time korang ramai2 timba2 sorang2 hahaha kena hempap ramai2... :lol:

aqu rindu ler ngan zaman dolu2 ler.. :wink:

nak daki je gng telapa buruk tu orga.. kategori veteran tak de hehehe!!! so aqu masuk acara bebas hehehe!!!!


Top
 Profile  
 
 Post subject:
PostPosted: 16 Apr 2008, 00:29 
Offline
Pendaki Gunung

Joined: 11 Feb 2008, 23:34
Posts: 177
Location: bawah pokok
wahai org2 kampong...dtg ar beramai2 kt telapak burok heheheh :evil:


Top
 Profile  
 
 Post subject:
PostPosted: 16 Apr 2008, 03:48 
Offline
Pendaki Gunung
User avatar

Joined: 19 Mar 2008, 05:48
Posts: 35
Location: nilai 3
kerk,ak ad projek baik mse kt tlapak burok nnt.
tp x bole story skrg r.
nnt kt sne ak bgtau.hehe :lol:

_________________
'let nature be our teacher'


Top
 Profile  
 
 Post subject:
PostPosted: 16 Apr 2008, 07:24 
Offline
Pendaki Gunung

Joined: 11 Feb 2008, 23:34
Posts: 177
Location: bawah pokok
proyek baek?? proyek pe? best ke x best? awek ke? :keke: :evil:


Top
 Profile  
 
 Post subject:
PostPosted: 17 Apr 2008, 11:42 
Offline
Pendaki Gunung
User avatar

Joined: 19 Mar 2008, 05:48
Posts: 35
Location: nilai 3
haha..kerk,nnt ko hasut ira tau.
sruh die join race skali.
smlm ak da pncing die sket.

orga,cmfirm ke ko dok bwh kt tlapak burok nnt?? :roll:

_________________
'let nature be our teacher'


Top
 Profile  
 
 Post subject:
PostPosted: 17 Apr 2008, 20:27 
Offline
Pendaki Gunung

Joined: 11 Feb 2008, 23:34
Posts: 177
Location: bawah pokok
klo ko pkai pncing aku nk pkai pukat rimau la :keke:
bru blek telapak ni...kt sne ko stnby je la...rotan..buluh..resam ngan adik beradik dia da tungu ko kt sane heheeh


Top
 Profile  
 
 Post subject:
PostPosted: 18 Apr 2008, 03:14 
Offline
Pendaki Gunung
User avatar

Joined: 19 Mar 2008, 05:48
Posts: 35
Location: nilai 3
eh,knape msj ak bnyk sgt kt ats tu.hm..

kerk,nnt upload r sket info utk sirkit tlapak burok ni ye.

_________________
'let nature be our teacher'


Top
 Profile  
 
 Post subject:
PostPosted: 18 Apr 2008, 14:22 
Offline
Pendaki Gunung

Joined: 11 Feb 2008, 23:34
Posts: 177
Location: bawah pokok
nnti en orga ksi up la info ke telapak burok 8)


Top
 Profile  
 
 Post subject:
PostPosted: 18 Apr 2008, 15:47 
Offline
Senator Gunung
User avatar

Joined: 05 Dec 2005, 22:09
Posts: 2088
Location: n9 & melaka
Freelance wrote:
Orga...teringat zaman dolu2 ehh. ..ngan awie, buluk , billy, berkat hehhee!! kita camping kt jeram toi... :lol: asyik g mandi tiruk je jeram gading ler... yg tak leh lupa aah... masa time korang ramai2 timba2 sorang2 hahaha kena hempap ramai2... :lol:

aqu rindu ler ngan zaman dolu2 ler.. :wink:

nak daki je gng telapa buruk tu orga.. kategori veteran tak de hehehe!!! so aqu masuk acara bebas hehehe!!!!


lily..nak ingat pasal dedulu mmg besh le kot,hehe..kim slm dorang sumer..dorang aktif lg ka..bla ar da kawin tanak naik gng plak..hehe
nnt aqu roger ko lily kalo nk gi telapa burok lak..

kecik nnt nex wek aqu up apa patut lg heh..

_________________
ImageImageImageImageImage


Top
 Profile  
 
 Post subject:
PostPosted: 18 Apr 2008, 17:54 
Offline
Senator Gunung
User avatar

Joined: 06 Dec 2005, 13:16
Posts: 1354
Location: Kuala Lumpur
orga wrote:
Freelance wrote:
Orga...teringat zaman dolu2 ehh. ..ngan awie, buluk , billy, berkat hehhee!! kita camping kt jeram toi... :lol: asyik g mandi tiruk je jeram gading ler... yg tak leh lupa aah... masa time korang ramai2 timba2 sorang2 hahaha kena hempap ramai2... :lol:

aqu rindu ler ngan zaman dolu2 ler.. :wink:

nak daki je gng telapa buruk tu orga.. kategori veteran tak de hehehe!!! so aqu masuk acara bebas hehehe!!!!


lily..nak ingat pasal dedulu mmg besh le kot,hehe..kim slm dorang sumer..dorang aktif lg ka..bla ar da kawin tanak naik gng plak..hehe
nnt aqu roger ko lily kalo nk gi telapa burok lak..

kecik nnt nex wek aqu up apa patut lg heh..


haiya ramai yg udah kahwin... dah tak aktif lagi.. ko tgk je ler awie dan fida..hehehe.. sudah aktif sama anak lah... :lol: lama pun tak jumpa geng2 lama.. sekarang ni dah generasi baru.. geng2 baru lah pulak...
:D


Top
 Profile  
 
 Post subject:
PostPosted: 22 Apr 2008, 01:43 
Offline
Pendaki Gunung

Joined: 11 Feb 2008, 23:34
Posts: 177
Location: bawah pokok
kecik ko kt mane?? x kn maen game je kot?? eheheh..x joging ker? telapak burok ni o.k la, trek 5 star :evil: :keke:


Top
 Profile  
 
 Post subject:
PostPosted: 22 Apr 2008, 01:44 
Offline
Pendaki Gunung

Joined: 11 Feb 2008, 23:34
Posts: 177
Location: bawah pokok
pejai ko kt ne?? mcm mne ngan gunung buah? o.k ker? ksi up ka gambr kt g.o ahaks ahaks.. :evil:


Top
 Profile  
 
 Post subject:
PostPosted: 22 Apr 2008, 09:13 
Offline
Pendaki Gunung
User avatar

Joined: 26 Mar 2007, 14:19
Posts: 194
Location: antara 2 puncak
kekerk wrote:
kecik ko kt mane?? x kn maen game je kot?? eheheh..x joging ker? telapak burok ni o.k la, trek 5 star :evil: :keke:


g telapak x hajak siot... :roll:


Top
 Profile  
 
 Post subject:
PostPosted: 22 Apr 2008, 13:15 
Offline
Pemegang Amanah GO
User avatar

Joined: 06 Dec 2005, 08:41
Posts: 1394
kekerk wrote:
kecik ko kt mane?? x kn maen game je kot?? eheheh..x joging ker? telapak burok ni o.k la, trek 5 star :evil: :keke:


godaan nie....kekerk apa yg 5 bintang tu..atau kau dah kena 5??? :lol:

_________________
Dan Kami jadikan di bumi gunung-ganang yang menetapnya, supaya bumi itu tidak menggegar mereka; dan Kami jadikan di celah-celahnya jalan-jalan laluan, supaya mereka mendapat petunjuk.(Surah Al-Anbiyaa':31)


Top
 Profile  
 
 Post subject:
PostPosted: 22 Apr 2008, 19:44 
Offline
Pendaki Gunung

Joined: 11 Feb 2008, 23:34
Posts: 177
Location: bawah pokok
pendaki bebas wrote:
kekerk wrote:
kecik ko kt mane?? x kn maen game je kot?? eheheh..x joging ker? telapak burok ni o.k la, trek 5 star :evil: :keke:


g telapak x hajak siot... :roll:

bkn x nk hajak lar, ko kn ade exam, nnti buleh menjejas kn reputasi pelajar cemerlang U.T.M plak heheheh :mrgreen:


Top
 Profile  
 
 Post subject:
PostPosted: 22 Apr 2008, 19:52 
Offline
Pendaki Gunung

Joined: 11 Feb 2008, 23:34
Posts: 177
Location: bawah pokok
rembau wrote:
kekerk wrote:
kecik ko kt mane?? x kn maen game je kot?? eheheh..x joging ker? telapak burok ni o.k la, trek 5 star :evil: :keke:


godaan nie....kekerk apa yg 5 bintang tu..atau kau dah kena 5??? :lol:[/quot]

trek kt telapak mmg 5 star la..tpi yg 5 tu aku kne kutu vavi la heheh
adik dpt lebih dri 5.. :evil:
mangu dpt 5 ekor kot
tpi orga setkat ni dia da ternak sendri heheheh :evil:


Top
 Profile  
 
 Post subject:
PostPosted: 23 Apr 2008, 18:28 
Offline
Pendaki Tegar

Joined: 28 Jan 2008, 14:38
Posts: 266
kecik wrote:
haha..kerk,nnt ko hasut ira tau.
sruh die join race skali.
smlm ak da pncing die sket.

orga,cmfirm ke ko dok bwh kt tlapak burok nnt?? :roll:


ira mesti turun punyer...
dia dok ajak aku..
kalau dia tak turun..
aku kasi starlite dahi dia..
huhuhuuu...

_________________
kishirosan.multiply.com
<b>X-TREKKER</b>
Mencari Rahsia Alam


Top
 Profile  
 
 Post subject:
PostPosted: 23 Apr 2008, 21:38 
Offline
Senator Gunung
User avatar

Joined: 05 Dec 2005, 22:09
Posts: 2088
Location: n9 & melaka
jomma turun meriahkan majlis..

info skek..so far aqu n kengkwn da setting beberapa route yg sesuai utk pertandingan nnt..lepas gomen approve memana route yg nk guna, aqu up la detail nyer nnt k..janji santai ye dak..heh

_________________
ImageImageImageImageImage


Top
 Profile  
 
 Post subject:
PostPosted: 23 Apr 2008, 22:07 
Offline
Pendaki Gunung
User avatar

Joined: 05 Oct 2007, 16:53
Posts: 13
Location: serdang-putrajya
kekerk wrote:
pejai ko kt ne?? mcm mne ngan gunung buah? o.k ker? ksi up ka gambr kt g.o ahaks ahaks.. :evil:


haha..ko tgk multiply r,aku x suka publisiti nie,hehehhe


Top
 Profile  
 
 Post subject:
PostPosted: 23 Apr 2008, 22:35 
Offline
Pendaki Gunung

Joined: 11 Feb 2008, 23:34
Posts: 177
Location: bawah pokok
o.k nnti aku tgk la 8)
pejai ko dtg hr pe? aku jumaat pgi mnkin da ade kt sne kot, ko brape org dtg?


Top
 Profile  
 
 Post subject:
PostPosted: 25 Apr 2008, 01:23 
Offline
Pendaki Gunung

Joined: 11 Feb 2008, 23:34
Posts: 177
Location: bawah pokok
keyi...
ko dtg telapak nnti x? dtg je la heheh..bleh lepak mse mlm nnti hehhe

kecik...
ko racun keyii suh dia dtg jgk heheh :evil: :evil:


Top
 Profile  
 
 Post subject:
PostPosted: 25 Apr 2008, 23:58 
Offline
Pendaki Gunung
User avatar

Joined: 19 Mar 2008, 05:48
Posts: 35
Location: nilai 3
8) 8) 8) 8) 8) 8)
salam kpd sume rakan2..
hehe..maaf la lme menyepi.skrg ni ngah busy final exam la.
tp mmg nk nangis r nk jwb exm ni.ssh gle r.bole pcah otak ak.huhu

_________________
'let nature be our teacher'


Top
 Profile  
 
Display posts from previous:  Sort by  
Post new topic This topic is locked, you cannot edit posts or make further replies.  [ 104 posts ]  Go to page 1, 2, 3  Next

All times are UTC + 8 hours


Who is online

Users browsing this forum: No registered users and 1 guest


You cannot post new topics in this forum
You cannot reply to topics in this forum
You cannot edit your posts in this forum
You cannot delete your posts in this forum
You cannot post attachments in this forum

Search for:
Jump to:  
cron
Powered by phpBB® Forum Software © phpBB Group