M2M Challenge: Gunung Besar Hantu

Aktiviti Gunung • Khas untuk aktiviti gunung sahaja

Moderator: nadir

Locked
User avatar
AzmanZainal
Pendaki Gunung
Posts: 105
Joined: 02 Apr 2008, 08:55
Contact:

M2M Challenge: Gunung Besar Hantu

Post by AzmanZainal »

Salam, ini member aku minta tolong sebarkan info M2M pasal ada masalah nak register new user kat GO..


PRESS: CABARAN COLEMAN MOUNTAIN TO MOUNTAIN – GUNUNG BESAR HANTU
4 & 5 Julai 2009 di Gunung Besar Hantu, Kuala Klawang, N9


Cabaran Coleman Mountain to Mountain siri kedua akan diadakan di Gunung Besar Hantu, Jelebu Negeri Senbilan pada 5 Julai 2009 akan datang. Larian akan bermula dari Rimba Sabana hingga ke puncak Gunung Besar Hantu sejauh lebih kurang tiga belas kilometer.

Kira-kira 200 orang peserta dijangka akan mengambil bahagian. Pihak penganjur, Persatuan Kembara Negara telah menyediakan 200 helai t-shirt pertandingan untuk 200 peserta yang mendaftar awal.

Menteri Penerangan Dato Seri Utama Dr. Rais Yatim yang juga Ahli Parlimen Jelebu dijadualkan hadir untuk menyampaikan hadiah kepada para pemenang.

Selepas larian kedua ini, satu lagi larian akan diadakan di Gunung Bujang Melaka di Kampar, Perak pada bulan November. Juara keseluruhan akan dinobatkan sebagai King of the Mountain 2009. Juara keseluruhan ditentukan mengikut jumlah pungutan mata yang dikumpul oleh peserta yang mengambil bahagian di dalam ketiga-tiga larian tersebut.

Para pemenang akan diberikan hadiah wang tunai dan barangan serta sijil penyertaan. Hadiah wang tunai serta jersi King of the Mountain 2009 juga akan diberikan kepada juara keseluruhan Cabaran Coleman Mountain to Mountain 2009 ini.

Borang penyertaan boleh dimuatturun melalui laman web Persatuan Kembara Negara, www.kembaranegara.net. Untuk keterangan lanjut, sila hubungi Sekretariat Coleman Mountain to Mountain Challenge 2009 ditalian 013-3763698 (Mohd Dendera Billah) atau 019-2500022 (Ahmad Reduan).

INFO

Hasil meeting bersama agensi2 kerajaan di Jelebu.

1.Pendaftaran peserta bermula pada:-

Masa :8.00 am
Tarikh :4 JULAI 2009
Tempat :Dewan Kampung Chenna

2.Setiap peserta perlu hadir di kampung Chenna sebelum 4.00 pm,untuk membawa masuk peserta ke tempat permulaan pada 4 JULAI 2009. Peserta akan dibawa masuk secara sekali gus sahaja. Selepas jam 4.00 pm pihak penganjur tidak akan menyediakan kemudahan pengangkutan kepada peserta.

3.Tempat permulaan dan tapak perkhemahan peserta akan ditempatkan di Rimba Sobana. Peserta hendaklah membawa makanan dan segala keperluan sendiri. Pihak penganjur hanya menyediakan tapak perkhemahan sahaja.

Locked