Mountain To Mountain Challenge 2009 (M2M09) Bujang Melaka

Aktiviti Gunung • Khas untuk aktiviti gunung sahaja

Moderator: nadir

Post Reply
User avatar
AzmanZainal
Pendaki Gunung
Posts: 105
Joined: 02 Apr 2008, 08:55
Contact:

Mountain To Mountain Challenge 2009 (M2M09) Bujang Melaka

Post by AzmanZainal »

Image

Penganjuran ‘Mountain To Mountain Challenge 2009’ (M2M09) sebagai satu-satunya acara larian mendaki gunung (climbathon) yang berkonsep sirkit.

M2M09 merupakan kesinambungan acara Sirkit Kembara Negara yang telah dianjurkan oleh PKN sejak tahun 2005 yang dijenamakan semula kepada Mountain To Mountain Challenge bagi memantapkan lagi acara climbathon di semenanjung Malaysia.

Kepada warga malaysia yang sukakan aktiviti lasak ini sahutlah cabaran di zon 3. Daftarkan diri anda dan war-war kepada rakan-rakan anda pasti menyeronokkan. Sila muat turun borang penyertaan "Mountain To Mountain Challenge 2009" di:-

Borang Page 1
Borang Page 2

Tempat Pendaftaran : Komplek Rakan Muda, Daerah Kampar.
Tarikh : 7.11.2009 hingga 8.11.2009
Masa : 2.00pm hingga 7.00am- 8.11.2009.


Sedikit maklumat untuk ke Komplek Rakan Muda Kampar. Dari arah KL mengikuti PLUS menuju ke arah Utara, masuk ke Tapah selepas tol lampu isyarat ambil kanan ke arah Kampar. Terus jumpa shell lampu isyarat kanan terus ambil ke arah pekan Kampar dari shell jarak lebih kurang 16 ke 18 km. Terus sehingga jumpa balai polis Kampar terus ambil kiri terus sehingga jumpa terowong dan terus anda akan jumpa Komplek Rakan Muda Kampar. Ini dengan menggunakan kereta.

Sekiranya ada yang ingin menaiki keretapi anda boleh terus turun di Kampar jarak dari situ berjalan kaki lebih kurang dalam 10 minit untuk ke Komplek Rakan Muda.

Sekian terima kasih.

Info: http://kembaranegara.net/pkn/
*Hanya tolong post bagi pihak penganjur, sebarang pertanyaan sila hubungi pihak penganjur:-
Sekretariat ‘Mountain To Mountain Challenge 2009’ (M2M09)
Sportec’s Outdoor Centre,
Taman Tasik Cempaka, Bandar Baru Bangi,
43650 Bandar Baru Bangi, Selangor Darul Ehsan.
Tel: 013-3763698/019-2500022 Fax: 03-55195882

User avatar
orga
Senator Gunung
Posts: 2088
Joined: 05 Dec 2005, 22:09
Location: n9 & melaka
Contact:

Re: Mountain To Mountain Challenge 2009 (M2M09) Bujang Melaka

Post by orga »

adehh..wiken ni la plak
ImageImageImage

Post Reply