CABARAN TELAPA BUROK 2011

Aktiviti Gunung • Khas untuk aktiviti gunung sahaja

Moderator: nadir

Post Reply
kenoi
Pendaki Gunung
Posts: 61
Joined: 14 Jan 2011, 21:43
Location: S2, Moscow

CABARAN TELAPA BUROK 2011

Post by kenoi »

Tarikh : 1 Julai 2011/Jumaat (Pendaftaran Peserta)
2 Julai 2011/Sabtu (Pertandingan)
Tempat : Jelebu, Negeri Sembilan
Anjuran : Pejabat Daerah Jelebu/Lembaga Pelancongan Negeri Sembilan/Pejabat Belia
dan Sukan Jelebu/Persatuan Rekreasi Daerah Jelebu.
Tarikh Tutup ; 24 Jun 2011

Para peserta perlu membuat pendaftaran pada 1 Julai 2011 di Dewan Majlis Daerah Jelebu sebelum jam 4.00 Petang. Bagi yang menaiki 4x4 boleh membawa kenderaan terus ke kawasan Jeram Enggang (Tapak Acara) selepas pendaftaran. Bagi yang tiada 4x4, sekiranya menaiki kereta parking kenderaan adalah di dalam kawasan Dewan Majlis Daerah Jelebu. Pihak penganjur akan membawa peserta masuk ke kawasan acara. Penginapan adalah dibawah tanggungan peserta. Peserta perlu membawa khemah sendiri untuk penginapan. Pihak penganjur akan menyediakan makan minum kepada semua peserta. jadual secara ringkas :

1 Julai 2011 (Jumaat)

2.00 - 4.00 petang : pendaftaran peserta
4.30 - 5.00 Petang : Pergerakan masuk ke tapak acara
8.00 - 9.00 Malam ; Makan Malam (Disediakan oleh penganjur)
9.00 - 10.00 Malam: Taklimat Teknikal Pertandingan
10.00 : Rehat

2 Julai 2011 (Sabtu)

6.30 - 7.30 Pagi : Sarapan
8.00 - 2.00 Petang: Flag Off/Pertandingan
4.00 - 5.00 Petang: Penyampaian Hadiah
6.00 - 6.30 Petang: Pergerakan Keluar

Para peserta juga dibenarkan untuk terus menginap di kawasan acara sehingga 3 Julai 2011 sekiranya berminat.Tetapi makan minum tidak disediakan. Sekiranya inginkan makan minum, sila maklumkan dahulu kepada pihak penganjur. Pihak urusetia akan menyediakan makan minum minum kepada peserta yang berminat mengikat kadar harga yang berpatutan.


zu fadzli bin Yahya 019 941 5341
Pejabat Belia dan Sukan Daerah Jelebu

~saya sampaikan saja, keterangan lanjut hubungi pegawai di atas.tq

User avatar
azlinazaini
Pendaki Gunung
Posts: 61
Joined: 20 Feb 2009, 10:35
Location: kl
Contact:

Re: CABARAN TELAPA BUROK 2011

Post by azlinazaini »

noted

kenoi
Pendaki Gunung
Posts: 61
Joined: 14 Jan 2011, 21:43
Location: S2, Moscow

Re: CABARAN TELAPA BUROK 2011

Post by kenoi »

Maklumat lanjut, refer kt link nih: http://www.telapakburok.blogspot.com/

Terima kasih.

kenoi
Pendaki Gunung
Posts: 61
Joined: 14 Jan 2011, 21:43
Location: S2, Moscow

Re: CABARAN TELAPA BUROK 2011

Post by kenoi »

info tentang Jeram Enggang, Jelebu: http://jeramenggang.blogspot.com/

Post Reply