Page 1 of 1

Gunung Tebu - 23 - 25 Sept 2011

Posted: 31 Aug 2011, 14:08
by hairel
Sukacita dimaklumkan, bersempena dengan Program Cabaran Kinabalu 2011 anjuran MBPJ, satu program latihan telah dirangka untuk para peserta. Program ini dirancang dan akan diadakan pada tarikh dan ketetapan seperti berikut:-

Lokasi : Hutan Simpan Gunung Tebu, Besut, Terengganu
Hari : Jumaat hingga Ahad
Tarikh : 23 hingga 25 September 2011

Kepada rakan-rakan yang berminat, yuran penyertaan sebanyak RM 50.00 (makan minum dan khemah sendiri) dan hendaklah dijelaskan sebelum 9 September 2011 kepada pihak urusetia.

Sebarang pertanyaan hubungi@ sms 012-2614765 :lol:

TENTATIF PROGRAM
EKSPEDISI MENDAKI GUNUNG TEBU, BESUT TERENGGANU
23 – 25 SEPTEMBER 2011

HARI PERTAMA
23 SEPT 2011 – JUMAAT

08.00 Malam - Berkumpul di Ibupejabat MBPJ
09.00 Malam - Bertolak menaiki Bas ke Jerteh, Besut, Terengganu


HARI KEDUA
24 SEPT 2011 – SABTU

05.30 Pagi - Di jangka tiba di Hutan Lipur Lata Belatan, Besut, Terengganu
- Persiapan Diri
- Solat Subuh
07.00 Pagi - Sarapan Pagi
07.30 Pagi - Senaman Pagi
- Taklimat Pendakian oleh Penunjuk Arah (Guide)

08.30 Pagi - Pendakian bermula dari Camp Base Hutan Lipur
Lata Belatan.
12.00 Tengahari - Makan Tengahari di Batu Mat Hasan
01.00 Petang - Meneruskan pendakian ke puncak Gunung Tebu
05.00 Petang - Dijangka tiba di Puncak Gunung Tebu
[ketinggian 3401 kaki di atas paras laut]
‐ Minum Petang
‐ Solat
‐ Menyiapkan khemah
‐ Melihat panorama matahari terbenam dari puncak gunung

07.30 Malam - Solat maghrib
- Makan Malam
- Istirehat
08.30 Malam - Solat Isyak
- Istirehat


HARI KETIGA
25 SEPT 2011 – AHAD

07.00 Pagi - Sarapan Pagi
07.30 Pagi - Senaman Pagi
08.30 Pagi - Mengemas tapak perkhemahan
- Taklimat menuruni Gunung Tebu
09.30 Pagi - Memulakan perjalan turun ke Hutan Lipur Lata Belatan.
02.00 Petang - Di jangka tiba di Hutan Lipur Lata Belatan
02.30 Petang - Bertolak ke Kuala Terengganu
- Membeli-belah di Pasar Payang
06.30 Petang - Bertolak ke Petaling Jaya
11.00 Malam - Dijangka sampai ke Ibupejabat MBPJ.
- Bersurai

Re: Gunung Tebu - 23 - 25 Sept 2011

Posted: 04 Sep 2011, 01:11
by sany ADALAH alger
aduh sempat ke nak fitness lepas raya nie...

Re: Gunung Tebu - 23 - 25 Sept 2011

Posted: 08 Sep 2011, 15:50
by seper4alif
alaaah tebu jer kot..... ko kan power heehehehe