Sapa nak gi naik gunung jgn lupa mintak permit

Aktiviti Gunung • Khas untuk aktiviti gunung sahaja

Moderator: nadir

betterman
Pemegang Amanah GO
Posts: 2828
Joined: 04 Dec 2005, 08:39
Location: Bawah beirut
Contact:

Sapa nak gi naik gunung jgn lupa mintak permit

Post by betterman »

Assalamualaikum....
Aku dapat berita dari lasah yang jabatan hutan sekarang nie aktif nak tangkap budak yang nak gi panjat gunung takde permit....
buleh dikatakan hari-hari diorang ronda....

ini especially gunung-gunung yang belah-belah kg lerlar sana mcm cus dan gerah...

sebab bebaru nie ada kes budak kena tahan tgh jalan dan jabatan hutan mintak permit...
bila tunjuk takde permit diorang bagi amaran dan halau balik...

so jgn lupa mintak permit ye kengkawan...
bukan mahal pun RM10 je...

kalau tak kena tangkap tuh kira bernasib baik lah...
tapi kalau kena?
Getting to the summit is optional, getting down is mandatory...

rotiturbo
Pendaki Gunung
Posts: 70
Joined: 08 Aug 2006, 08:50

Post by rotiturbo »

haiya.
semo gunung kene mintak permit ker??
mcm mane ngan gunung nuang??
dulu kene letak name kt ranger pastu dh leh naik kan???

betterman
Pemegang Amanah GO
Posts: 2828
Joined: 04 Dec 2005, 08:39
Location: Bawah beirut
Contact:

Post by betterman »

ini especially gunung-gunung yang belah-belah kg lerlar sana mcm cus dan gerah...
Getting to the summit is optional, getting down is mandatory...

esir
Pendaki Tegar
Posts: 286
Joined: 24 Jan 2006, 03:06
Location: KL/Perak
Contact:

Post by esir »

kasi info camne prosedur nak apply permit.maybe ramai tak tau ni.. :)
:.."wei orang depan.,.tak nak duduk jap ke..???":

esir81@gmail.com
www.esir.multiply.com

umai
Pendaki Gunung
Posts: 50
Joined: 05 Dec 2005, 09:25

Post by umai »

ini especially gunung-gunung yang belah-belah kg lerlar sana mcm cus dan gerah...
bett, nak msk hutan or gunung kalau ikut undang-undang mestilah mohon permit. tapi kan kenapa???? dalam tempoh tertentu.... kawasan tertentu je yg diberi perhatian pasal permit ni.

kenapa??? dia orang takut ke.... budak2 gunung jadi reporter or infomer pasal hutan kat malaysia termasuk hutan simpan yang "DILULUSKAN" untuk pembalakan.

budak2 gunung bawa keluar gambar, pengalaman n kenangan jer.... yang dia orang bawa keluar balak bertan2, berlori2... semua tu ada permit ke :roll: :roll:

Lt.Cmdr. Kamal Ariffin
Kerabat Gunung
Posts: 1318
Joined: 12 Jan 2006, 11:43
Location: Gunung Bawah Laut
Contact:

Post by Lt.Cmdr. Kamal Ariffin »

Mengikut Undang undang yang telah sedia ada memang kena ambik permit cuma penguatkuasaan kurang selama ni. Sama ada diaorang malas atau banyak no makan gaji buta. Lagipun diaorang pikir korang suma masuk utan daki gunung je tak curi balak. Kalau Tokey balak masuk memang diaorang ikut la sebab nak :shock: :x
1. Permit Masuk Hutan oleh Jabatan Hutan & Taman Negara (tertakluk dimana anda masuk)
2. Permit Polis.(Keselamatan)

Positifnya.
Nak control utan tu, jangan suma orang masuk buat kemusnahan ke bakar utan ke atau memburu secara haram atau melombong emas secara haram. Kalau Kerajaan tak kawal siapa nak kawal lagi hutan kita ni.

Permit Polis kena ambik sebab hutan dan gunung ni tempat yang tinggi risikonya dari segi keselamatan. Senang nak ditac korang kalau ada kemalangan nanti. Nak ambik pakai heli ke. Hutan kita ni penuh dengan komunis masa dolu dolu. So ada banyak jerangkap samar yang diaorang tanam dulu. So Polis control jangan korang lalu tempat yang dijangka banyak tanam bom lama.

Nagetifnya.
Korang suma masuk utan bawak kemera, nanti banyak ambik gambar kemusnahan dan kuar kat paper ataupun forum ni. Banyak kemusnahan yang telah dirakamkan. Nampaklah diaorang tu tak buat keja. Atau diaorang dah banyak sangat makan :?:

yongyap
Pendaki Gunung
Posts: 76
Joined: 07 Dec 2005, 10:26
Location: Bawah Fly
Contact:

Post by yongyap »

senang citer kita ikut je la undang²...
tak susah cuma kena buat keje sket.
biar bersusah dulu , bergambar kendian.

paling kurang pun ambik permit polis je.
Kasihan Hutan Kita

adisos2002
Otai Gunung
Posts: 969
Joined: 07 Dec 2005, 07:36
Location: Semak Samun
Contact:

Post by adisos2002 »

senang citer kita ikut je la undang²...
tak susah cuma kena buat keje sket.
biar bersusah dulu , bergambar kendian.

paling kurang pun ambik permit polis je.
Dan lebih tepat lagi...

POLIS = Kita tak ambik permit kat depa. Kita MEMAKLUMKAN kemasukan kita.
Tujuan = Jika kecemasan mereka akan masuk bantu atau mengkoordinasi bentuk bantuan dgn semua pihak yg perlu.
Sebab tu time balik jgn lupa MAKLUMkan semula pada depa... kalau tak penat depa kena call rumah2 peserta nak tahu dan selamat sampai ke belum..

JABATAN HUTAN = Permit didapati dengan memohon melalui Jabatan tersebut. Buat surat RASMI, Senarai Nama, RM10wang pos (untuk sesetengah gunung, ada yang kena bayar lebih contoh di Gunung Bintang... sebab tue ada yg masuk ikut jln lain)
Tujuan = Memenuhi peruntukan UNDANG2 kalau ditangkap boleh kena SAMAN, BARANG DISITA, TIDAK dibenarkan mendaki..

muzs
sos
<no one left behind> nolb
Berminat mendapatkan guide gunung/ teambuilding?? Contact Silver Outdoor Sports di 012-5317141atau email adisos2002@yahoo.com

aBu
Pendaki Gunung
Posts: 26
Joined: 04 Jul 2006, 14:53
Location: kb
Contact:

Post by aBu »

macamana dengan gunung nuang?sblm naik tu kan perlu tulis dlm buku renjer pjbt hutan..so,tulis dlm buku die tu,dah kira dah dapat permit ke?....

Willy
Pendaki Gunung
Posts: 24
Joined: 12 Sep 2006, 14:22
Location: Sg Buloh
Contact:

Post by Willy »

Bro betterman,

Boleh kasi detail lebih lanjut ??

Permohonan permit boleh dibuat di cawangan lain ?

Kalau permit masuk Taman Negara tu boleh buat untuk 1 tahun. Itu pun termasuk permit camera dan permit pancing.
.

adisos2002
Otai Gunung
Posts: 969
Joined: 07 Dec 2005, 07:36
Location: Semak Samun
Contact:

Post by adisos2002 »

Permit dibuat bagi kawasan hutan yang akan kita masuk.. bila dah buat time masuk maka consider dah comply dgn regulation.
Cth : Transtitiwangsa Korbu - YBelar = Permit dari Jab Hutan Kinta
tak perlu dari Jab Hutan Gua Musang.

Bagi sesetengah gunung yg diwartakan sebagai hutan rekreasi.. Jab Hutan tak suruh ambik permit sebab kadang2 orang naik secara day trip sahaja.. Itupun depa suruh kita tulis nama dlm buku sebagai langkah pengawasan org keluar masuk dari hutan.
So untunglah... tak payah bayar..

Tapi kalau kat PERAK nie... semua gunung yg nak naik kena Apply Permit..
Dan permit dipohon pada Jabatan Hutan Daerah bagi gunung tersebut contohnya Yong Yap dibawah pentadbiran Jab Hutan Kuala Kangsar.

Permit memasuki Hutan adalah berbeza dgn permit bawak masuk pancing, kamera dll... (namanya pun dah lain kan kan..)

Diaorang buat kerja dan tanggungjawab depa... so kita plak selaku pendaki ada tanggungjawab sendiri...

Dan PEMAKLUMAN XPDC ke Balai Polis sangatlah penting sebelum suatu pendakian...
Dan anda jangan silap.........
Sesetengah BALAI POLIS bukan boleh terima sebarang PEMAKLUMAN dari anda.. Ada yang takkan benarkan anda masuk jika tidak disertakan sekali dengan salinan PERMIT Jab Hutan.

muzs
sos
<no one left behind> nolb
Berminat mendapatkan guide gunung/ teambuilding?? Contact Silver Outdoor Sports di 012-5317141atau email adisos2002@yahoo.com

cs_goh
Pendaki Sondol
Posts: 491
Joined: 08 Dec 2005, 09:34
Location: KL/Taiping

Post by cs_goh »

[quote="Lt.Cmdr. Kamal Ariffin"]Mengikut Undang undang yang telah sedia ada memang kena ambik permit cuma penguatkuasaan kurang selama ni. Sama ada diaorang malas atau banyak no makan gaji buta. Lagipun diaorang pikir korang suma masuk utan daki gunung je tak curi balak. Kalau Tokey balak masuk memang diaorang ikut la sebab nak :shock: :x
1. Permit Masuk Hutan oleh Jabatan Hutan & Taman Negara (tertakluk dimana anda masuk)
2. Permit Polis.(Keselamatan)....................

Permit Polis kena ambik sebab hutan dan gunung ni tempat yang tinggi risikonya dari segi keselamatan. Senang nak ditac korang kalau ada kemalangan nanti. Nak ambik pakai heli ke. Hutan kita ni penuh dengan komunis masa dolu dolu. So ada banyak jerangkap samar yang diaorang tanam dulu. So Polis control jangan korang lalu tempat yang dijangka banyak tanam bom lama.[quote]

dulunya memang apply kat Special Branch dari Ibupolis Daerah/ibupolis negeri tertakluk. masa saya naik G Bintang 1996, surat masuk ke Ipoh. Special Branch called saya....tanya details.....akhirnya approved juga

sekarang semua dah apply dgn Perhutanan....
THE ONLY EASY DAY WAS YESTERDAY
--------------------------------------------
S.E.A.L

betterman
Pemegang Amanah GO
Posts: 2828
Joined: 04 Dec 2005, 08:39
Location: Bawah beirut
Contact:

Post by betterman »

umai
yes korek...
betoi apa ko cakap tuh...
kadang2 ada udang di sebalik mee
mcm kat hutan belum, mmg ada renjer jabatan hutan yang jaga tak bagi orang masuk sbb ada pembalakan haram...

gunung nuang dah diwartakan sebagai hutan rekreasi sebab tuh takyah mintak permit...
kalau hutan simpan dan taman negara yang kena ada permit...
pastuh gunung santubong kat sarawak pun takyah mintak permit...

kita mintak permit kat jabatan hutan kawasan gunung tuh...
kalau nak gi cus, buleh mintak kat jabatan hutan sg siput atau kuala kangsar...
permit tak mahal pon, RM10 je...

kalau nak gi korbu, buleh mintak kat pejabat hutan kinta...
lebih lanjut tanya SOS lah sbb diorang lebih arif

bukan apa, kalau jadik apa-apa mcm mana?
cth mcm kes kat gunung kenderong last week...
nasib baik paper semua lengkap...

kita harus ingat, memang ada LAW yang buleh mendenda orang yang masuk utan tanpa permit...
Getting to the summit is optional, getting down is mandatory...

beckham@chayok2
Pendaki Terlampau
Posts: 646
Joined: 03 Apr 2006, 03:21
Location: 30 minit sblm sampai puncak...

Post by beckham@chayok2 »

emmm... mmg penting permit ni ek.. 8)
*Sebenarnya bukan gunung yang hendak ditawan, sebaliknya diri kita sendiri.....*.
-9w2bck-

yongyap
Pendaki Gunung
Posts: 76
Joined: 07 Dec 2005, 10:26
Location: Bawah Fly
Contact:

Post by yongyap »

POLIS = Kita tak ambik permit kat depa. Kita MEMAKLUMKAN kemasukan kita.
Tujuan = Jika kecemasan mereka akan masuk bantu atau mengkoordinasi bentuk bantuan dgn semua pihak yg perlu.
Sebab tu time balik jgn lupa MAKLUMkan semula pada depa... kalau tak penat depa kena call rumah2 peserta nak tahu dan selamat sampai ke belum..
ya betul..kalau malas sgt nak apply permit jabatan hutan maklumkan aje pada polis.
sbb lain ialah polis akan check dulu samada kawasan tu bebas dr sebarang aktiviti tentera dsb.
Kasihan Hutan Kita

adisos2002
Otai Gunung
Posts: 969
Joined: 07 Dec 2005, 07:36
Location: Semak Samun
Contact:

Post by adisos2002 »

Hmm untuk sedikit penjelasan lagi berkenaan PERMIT bagi kawasan PERAK

Jab Hutan KINTA
Gng KORBU
Gng CHABANG
Gng SUKU
Gng BUJANG MELAKA
Gng PENINJAU (kadang2 tak payah sebab geran bawah adalah dibawah JKK Kg Chepor, so depa suruh maklum pada POLIS je)
Mana2 gng sebelum daerah Tapah

Jab Hutan KUALA KANGSAR
Gng YONG YAP
Gng BUBU

Jab Hutan GERIK
Gng CHAMAH
Gng HULU SEPAT
Gng KENDERONG
Gng INAS

Jab Hutan TAPAH/Perak Selatan
Gng BATU PUTEH
Gng BAR GADING
Gng LIANG EAST
Gng LEBAH
Dan lain-lain gng hingga ke sempadan Selangor...


Mungkin ada yang tertanya2... "aik ari tu aku naik gng tu tak payah mintak PERMIT pun??? takda sapa tangkap pun??"

Jawapan:
Banyak orang bawak laju.. tapi bukan semua kena speed trap pun.. Tapi bila kena............... Jawab sendiri laa.. sebab tue ada yg risau nak iklan program secara terbuka.. sebab ada sesetengah tak apply permit (bukan semua).
Elakkan risiko yang tidak perlu.. Saya sendiri selaku pengendali program Outdoor pun apply permit walaupun dah biasa dengan sesetengah area.

Bila terbaca mesej nie HARAP2 ada 2-3 program yang akan datang tue pegi la apply PERMIT... sebab iklan sana-sini semua org dah tau...
So jgn sampai TERKANTOI... malu woooo.

Jujur aku katakan yg aku sendiri suatu masa dulu pun tak tahu macam sesetengah dari anda.. tapi lepasa terkantoi kat LELW suatu masa dulu terus aku COMPLY dgn segala keperluan yg ada..

Bayangkan time tue dengan peserta dari segala pelosok negara dah standby nak mendaki... tup tup kena tahan... depa suruh pegi TAPAH apply permit dulu... fuhhhhhhh berpeluh kejap.
Nasib baik la dapat kontek RENJER area tu.. dapat kebenaran LISAN. Itupun atas bantuan "kawan-kawan".

beringat sebelum kena... :?:

muzs
sos
<no one left behind> nolb
Berminat mendapatkan guide gunung/ teambuilding?? Contact Silver Outdoor Sports di 012-5317141atau email adisos2002@yahoo.com

gunung
Pengasas
Posts: 55
Joined: 04 Dec 2005, 00:50

Post by gunung »

Abg Muzs,

Boleh kasi contoh surat rasmi?

mali
Pendaki Gunung
Posts: 24
Joined: 06 Jan 2006, 14:52

Post by mali »

jangan lupa' makluman polis amat penting, anda boleh didakwa mengendalikan perkumpulan haram apabila melebihi 6 orang berkumpul pada 1,1 masa.(pernah ada pengalaman} nyaris tdo lokap. kalau depa nk buat mmg boleh. selain memudahkan tindakan menyelamat dan menghubungi waris.

darkass
Pendaki Gunung
Posts: 1
Joined: 26 Nov 2006, 18:13
Location: trek balak

Post by darkass »

tapi kalau naik chamah dari gua musang kena apply permit dari jbt. hutan gua musang la.RM 10 tu untuk satu kepala ke atau satu group.
nak apply permit kena pergi jabatan hutan tersebut atau guna faks or email?

User avatar
nadir
Ahli Kehormat GO
Posts: 1586
Joined: 05 Dec 2005, 16:30
Location: Penang Darul Mamak
Contact:

Post by nadir »

darkass,
kalau baca kat atas, sekali apply permit, rm 10.00 , bukan ikut kepala. Fax / email ? kalau wang pos difax atau di email laku, bolehla kot guna cara tu...... :!:

Aduuuhhh ngidamnya nak panjat gunung.......
Ahmad Nadir Askandar
http://www.outdoordynamics.com.my - Buy outdoor gear online - free delivery !
Join us at FaceBook! - http://www.facebook.com/group.php?gid=340358030429

adisos2002
Otai Gunung
Posts: 969
Joined: 07 Dec 2005, 07:36
Location: Semak Samun
Contact:

Post by adisos2002 »

Huuu kalau Founder GO pun dah panggil Abg nie yg buat aku malu nie... wei aku muder lagi daaa baru 30.. ilmu pun seberkas jerkk...
Orga tu ok gak kalau panggil Abg... sifoo besau tue.. Rembau pun ok gak.. Abggggggggg Rembauuu.. sedap tueee nama tuu..

contoh surat rasmi
Kepada
Tuan Pengarah Perhutanan Daerah XXX
Jabatan Hutan Daerah XXX


Daripada
En YYYYZZZ
Alamat korang
Poskod Korang
(penting untuk memudahkan dia berurusan nanti)
No telefon korang (lagi penting jugak takut2 kalau tak sempat siap ker atau tak boleh naik ker.. so dia akan inform melalui call... lagi senang)

Perkara : Permohonan Mendaki Gunung ABCDEFG

TUAN

MERUJUK PADA PERKARA DIATAS KAMI INGIN MEMAKLUMKAN BAHAWA PIHAK KAMI AKAN MENGADAKAN EKSPIDISI MENDAKI GUNUNG ABCDEG DENGAN MEMULAKAN PENDAKIAN DARI JKLMNS
DENGAN ITU KAMI TERLEBIH DAHULU INGIN MEMOHON PERMIT MENDAKI DARI PIHAK TUAN BERKENAAN PERKARA TERSEBUT. TARIKH AKTIVITI ADALAH SEPERTI DIBAWAH.

TARIKH : 13 AUGUST HINGGA 14 AUGUST 2005
JUM. PESERTA : 20 ORANG


NAMA PESERTA ADALAH SEPERTI YANG TERCATAT DILAMPIRAN BELAKANG

SEGALA KERJASAMA DARI PIHAK TUAN SANGATLAH DIHARGAI

SEKIAN TERIMA KASIH



___________________
Muzafar Bin Mohamad
Managing Director
Silver Outdoor Sports
Harap dapat memberi panduan berguna untuk rakan2.

Berkenaan pembayaran wang PERMIT..ada sesetengah kawasan di negeri lain mengenakan PERMIT mengikut per-kepala sebagai contoh Gng Bintang RM5 seorang (kalau ikut cara halal dan sah... :lol: maknanya kalau kantoi seperti sesat, hilang, cedera... ataupun kena tahan takla susah nak menjawab.. rescue pun cepat sampai..)
Gng Ledang lain pulak.. Gng Tahan lain... Gng Stong lain... so apa yg saya maksudkan tentang RM10 satu kumpulan adalah untuk di Perak.

He he he... kalau ada yg masuk mintak kat polis permit tuhhhh nampak sangat dah lama tak apply ataupun tak pernah langsung.

Untuk pengetahuan para pendaki apabila ada kumpulan yang mencurigakan memohon kemasukan untuk mendaki maka ianya akan diforwardkan dulu pada POLIS takut ada benda "yg tak kena" itu je.

So kalau risau takut tak lulus boleh dapatkan khidmat bantuan kami untuk memohon bagi pihak anda dengan bayaran yg berpatutan. :arrow:

muzs
sos
<no one left behind> nolb
Berminat mendapatkan guide gunung/ teambuilding?? Contact Silver Outdoor Sports di 012-5317141atau email adisos2002@yahoo.com

esir
Pendaki Tegar
Posts: 286
Joined: 24 Jan 2006, 03:06
Location: KL/Perak
Contact:

Post by esir »

GooD Job.. :)
:.."wei orang depan.,.tak nak duduk jap ke..???":

esir81@gmail.com
www.esir.multiply.com

User avatar
palie
Pendaki Gunung
Posts: 23
Joined: 14 Jun 2006, 14:30
Location: Atas Bukit
Contact:

Post by palie »

Err... nak panjat bukit tabuh kena pakai permit tak? :roll:

beckham@chayok2
Pendaki Terlampau
Posts: 646
Joined: 03 Apr 2006, 03:21
Location: 30 minit sblm sampai puncak...

Post by beckham@chayok2 »

palie wrote:Err... nak panjat bukit tabuh kena pakai permit tak? :roll:
nak panjat bukit tabuh 2 x yah pakai permit, ko naik selamba jer.. ada berani?? :lol:
tp 4 safety, klu rajin la, gi ler buat report kt balai polis tmn melawati 2. 8)
*Sebenarnya bukan gunung yang hendak ditawan, sebaliknya diri kita sendiri.....*.
-9w2bck-

betterman
Pemegang Amanah GO
Posts: 2828
Joined: 04 Dec 2005, 08:39
Location: Bawah beirut
Contact:

Post by betterman »

bukit tabur kalau berani gi lah buat report :)
jgn harap lah polis nak bagi naik sbb dah banyak sgt kes
Getting to the summit is optional, getting down is mandatory...

pekatu
Pendaki Tegar
Posts: 293
Joined: 05 Dec 2005, 11:19
Location: last waterpoint

Post by pekatu »

Just nak share information.....

Permit2 untuk trip guna route Lasah-Khemar dibekukan buat sementara atas alasan keselamatan oleh Jabatan Hutan Kuala Kangsar
.......ni merangkumi YY , Gerah etc la....
Jalan pun teruk sangat time ni hari2 ujan je.....
Renjer pun kerap buat rondaan time2 ni..... begin with kes Singaporean naik sana xd permit ...local guide bawak ( Lasah ) pastu kecoh skek argue dgn renjer...
tp last dpt permit xpress 1day je... lepas kes ni yg strict skek...

Bubu pun buat masa ni until 18dec x ble masuk coz MB nak masuk sana buat lawatan so beku la....

Those yg mana dah plan...cam Gerah & YY solely coming soon ni ble naik gak le curi2 just elakkan masuk lewat...coz renjer start kul 8 & elak gebang/loading kat pekan Lasah... byk informer la...

Source ni dari kawan aku renjer Lasah & pegawai hutan kualer....
permit beku ni pun depend la..kalo cuaca ok...xd problem la..

betterman
Pemegang Amanah GO
Posts: 2828
Joined: 04 Dec 2005, 08:39
Location: Bawah beirut
Contact:

Post by betterman »

thanks fizi for the info
Getting to the summit is optional, getting down is mandatory...

adisos2002
Otai Gunung
Posts: 969
Joined: 07 Dec 2005, 07:36
Location: Semak Samun
Contact:

Post by adisos2002 »

Pembetulan sikit untuk info dari fizi@pekatu
Yong Yap
Bubu
- Tak dibenarkan untuk sementara waktu

Gerah
Chamah Ulu Sepat
- On seperti biasa.. yang penting apply ikut jabatan hutan yg betul.
Untuk pengtahuan pekatu dan rakan2, yg dibekukan adalah permohonan bagi gunung2 dibawah pengawasan Jabatan Hutan Kuala Kangsar sahaja.

- Untuk ke CUS dan Gerah sila apply terus ke Jabatan Hutan Gerik. Sebab semalam dan kelmarin ada 2 trip ke CUS dibawah permohonan SOS - Ryoq trip dan UTM trip telah pun masuk.

Berkenaan Trip Singapore yg kantoi tue sebenarnya adalah trip bawah kelolaan SOS dimana permit telah pun dipohon tetapi "TARIKH SILAP" kebetulan pula tak bawa permit pada hari tu.

So depa tahan dan minta ke pejabat hutan bagi temuramah.. Pengurusan SOS menelefon sendiri Pegawai Renjer dan memohon semula dengan segera pada hari yang sama dan kumpulan tersebut dapat masuk walaupun PERMIT belum siap atas "jaminan mulut" oleh pengurusan SOS

Sekadar info

muzs
sos :arrow:
<no one left behind> nolb
Berminat mendapatkan guide gunung/ teambuilding?? Contact Silver Outdoor Sports di 012-5317141atau email adisos2002@yahoo.com

betterman
Pemegang Amanah GO
Posts: 2828
Joined: 04 Dec 2005, 08:39
Location: Bawah beirut
Contact:

Post by betterman »

tapi kalau gi gerah dgn cus tuh permit mintak pejabat hutan kuale pun buleh kan?
sbb dah mmg ada sejarah budak mintak kuale punya dan lepas

btw, mcm mana nak mintak kat pejabat hutan grik?
melalui pos ke?
Getting to the summit is optional, getting down is mandatory...

User avatar
pakkolan
Pendaki Gunung
Posts: 30
Joined: 15 Sep 2006, 11:37
Location: underground

Post by pakkolan »

adisos2002 wrote:Pembetulan sikit untuk info dari fizi@pekatu
Yong Yap
Bubu
- Tak dibenarkan untuk sementara waktu

Gerah
Chamah Ulu Sepat
- On seperti biasa.. yang penting apply ikut jabatan hutan yg betul.
Untuk pengtahuan pekatu dan rakan2, yg dibekukan adalah permohonan bagi gunung2 dibawah pengawasan Jabatan Hutan Kuala Kangsar sahaja.

- Untuk ke CUS dan Gerah sila apply terus ke Jabatan Hutan Gerik. Sebab semalam dan kelmarin ada 2 trip ke CUS dibawah permohonan SOS - Ryoq trip dan UTM trip telah pun masuk.

Berkenaan Trip Singapore yg kantoi tue sebenarnya adalah trip bawah kelolaan SOS dimana permit telah pun dipohon tetapi "TARIKH SILAP" kebetulan pula tak bawa permit pada hari tu.

So depa tahan dan minta ke pejabat hutan bagi temuramah.. Pengurusan SOS menelefon sendiri Pegawai Renjer dan memohon semula dengan segera pada hari yang sama dan kumpulan tersebut dapat masuk walaupun PERMIT belum siap atas "jaminan mulut" oleh pengurusan SOS

Sekadar info

muzs
sos :arrow:

Muz,
Aku pegi chamah-ulusepat-gerah tahun baru cina ari tu apply permit kat PEJABAT HUTAN KUALA KANGSAR. Yang aku tahu kawasan lasah adalah KAWASAN HUTAN SIMPAN PIAH DALAM DAERAH KUALA KANGSAR. TERMASUKLAH POS KHEMAR DAN KUALA MU. Aku penah call jabatan hutan GRIK dan jawapannyer adalah BUKAN DAERAH KAMI. TAPI SEKIRANYER NAK MASUK MELALUI GRIK, KENA AMBIL PERMIT KAT JABATAN HUTAN GRIK tu je yang aku tahu...terkompius lak

Permit yang aku apply tu siap ada salinan kepada
1)Pengarah hutan negeri,Perak
2)Ketua polis Daerah kuala kangsar
3)Ketua cawangan audit,Ipoh
4)Pegawai Renjer Hutan,Lasah

so mana yang silap mana yang betol dan manakah pembetulan? :?

betterman
Pemegang Amanah GO
Posts: 2828
Joined: 04 Dec 2005, 08:39
Location: Bawah beirut
Contact:

Post by betterman »

pakkolan,
ko nie gi dgn reen dan lan rejang kan...
ko yg mana satu ye?
Getting to the summit is optional, getting down is mandatory...

pekatu
Pendaki Tegar
Posts: 293
Joined: 05 Dec 2005, 11:19
Location: last waterpoint

Post by pekatu »

adisos2002 wrote:Pembetulan sikit untuk info dari fizi@pekatu
Yong Yap
Bubu
- Tak dibenarkan untuk sementara waktu

Gerah
Chamah Ulu Sepat
- On seperti biasa.. yang penting apply ikut jabatan hutan yg betul.Untuk pengtahuan pekatu dan rakan2, yg dibekukan adalah permohonan bagi gunung2 dibawah pengawasan Jabatan Hutan Kuala Kangsar sahaja.

- Untuk ke CUS dan Gerah sila apply terus ke Jabatan Hutan Gerik. Sebab semalam dan kelmarin ada 2 trip ke CUS dibawah permohonan SOS - Ryoq trip dan UTM trip telah pun masuk.


muzs
sos :arrow:
Ekceli ni bukan regarding ikut jabatan hutan yg betul or salah....
dah memang betul pun apply ikut jbtn hutan K Kangsar...
cuma bila boleh apply gak thru' J.H.Gerik tu dah kira mcm bonus la untuk pendaki... maybe kesinambungan dulu2 masa grup masuk CUS ikut gerik apply kat sana & available smp skrg...

Tp aku prefer apply dr Kuala...coz dekat ,senang & masa report masuk pun kat balai polis Lintang/Lasah under renjer/polis kuala punya territory..

Pakkolan...permit CUS ari tu sure selang satu siri je dgn aku hehe

adisos2002
Otai Gunung
Posts: 969
Joined: 07 Dec 2005, 07:36
Location: Semak Samun
Contact:

Post by adisos2002 »

He he he.... Pekatu betul... Pakolalan pun betullll
Saya pulak... tak salah.... (betul jugak la tue)

He he he... takpe SOS dah biasa dgn kerja2 pelik dari Jab Hutan nie... ingat para pendaki!! Taktik teknik adalah perkara berbeza... Pengalaman mengajar!! :lol:

Asas 1 Permit mesti dipohon
Asas 2 Pemakluman mesti dibuat
Asas 3 Masuk awal (bak kata pekatu) :lol:
Asas 4 Establish connection... :)

Hutan Simpan Piah sampai mana??
Hutan Simpan Korbu kat mana??

He he he... nak apply ikut jalan masuk??? atau jalan keluar??? atau kawasan dituju??? :lol: ini semua kita panggil TAKTIK

muzs
sos
<no one left behind> nolb
Berminat mendapatkan guide gunung/ teambuilding?? Contact Silver Outdoor Sports di 012-5317141atau email adisos2002@yahoo.com

User avatar
pakkolan
Pendaki Gunung
Posts: 30
Joined: 15 Sep 2006, 11:37
Location: underground

Post by pakkolan »

betterman wrote:pakkolan,
ko nie gi dgn reen dan lan rejang kan...
ko yg mana satu ye?
Ye la aku lan rejang, yang g benum ngan ko dan makan boka pose kat tmn melawati ari tu...renkaber dah siap bile nak amik?

muz,
aku tak pasti keluasan HUTAN SIMPAN PIAH, tapi yang aku pasti sesiapa yang nak amik permit mestilah dari jalan masuk...nak gak belajo taktik ko tu



pekatu...te la tu kan kita separing ari tuh hehehee

betterman
Pemegang Amanah GO
Posts: 2828
Joined: 04 Dec 2005, 08:39
Location: Bawah beirut
Contact:

Post by betterman »

tukor nick ye...
ko bukan guna nick rejang ke?
Getting to the summit is optional, getting down is mandatory...

User avatar
pakkolan
Pendaki Gunung
Posts: 30
Joined: 15 Sep 2006, 11:37
Location: underground

Post by pakkolan »

betterman wrote:tukor nick ye...
ko bukan guna nick rejang ke?
:D rejang tuh kembor aku sekarang dia tamau keluor dah ..sibuk belajor :)

pekatu
Pendaki Tegar
Posts: 293
Joined: 05 Dec 2005, 11:19
Location: last waterpoint

Post by pekatu »

cess nick pakkolan siriyes aku x kenal :) ..
ingat budak mana tadi...rupanya otai lan haha

kalo ada trip2 underground sound2 la...ble saing lagi :)

User avatar
pakkolan
Pendaki Gunung
Posts: 30
Joined: 15 Sep 2006, 11:37
Location: underground

Post by pakkolan »

[quote="pekatu"]cess nick pakkolan siriyes aku x kenal :) ..
ingat budak mana tadi...rupanya otai lan haha

jangan cakap cam tuh otai tu dah tua orangnyer dan aku masih muda dan baru dalam pergunungan nih...banyak benda yang perlu belajar lagi...kalu salah tolong tunjukkan yee




pekatu....pojek underground xdela..pojek topground adala...maklumla leh bwk banyak awex2 hehehe :)

cempedak
Pendaki Gunung
Posts: 90
Joined: 01 Mar 2006, 19:09
Contact:

Post by cempedak »

:P
forest is my soul...

lennon
Pendaki Gunung
Posts: 14
Joined: 08 May 2006, 15:34

Post by lennon »

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..
nak tanya skit..
aku nak naik bukit tabur, kena buat report polis kt tmn melawati ke? apa ke benda prosedur yg kena buat lagi yek?
terimakasih kerana reply ye

Post Reply