Bagaimana ingin menjadi seorang sweeper

Klinik Gunung • Khas untuk ruangan diskusi ilmu pergunungan sahaja.

Moderator: orga

User avatar
span
Pendaki Sondol
Posts: 415
Joined: 22 Aug 2008, 10:44
Location: atas batu
Contact:

Bagaimana ingin menjadi seorang sweeper

Post by span » 12 Feb 2009, 09:33

salam kepeda otai2 GO
saya budak baru nak berjinak dan nak belajo :) nak tanya cikit ilmu2 tuk menjadi seorang sweeper
aper ciri2 yang di perlukan tuk menjadi seorang sweper 8) ,
persiapan sekiranya kita nak jd sweeper,
dan perlu ader apa2 lagi nasihat @ pandangan tuk jd seorang sweper yang berjaya

kalau ader otai2 yang kat sini yang dah biasa jd sweeper boleh kongsi pengalaman pahit :evil: n manis :lol: selama menjadi seorang sweeper
sbb bg saya jawatan sweeper ni adalah 1 jawatan yang penting dalam sesuatu kumpulan kerana dia akan memastikan dia adalah orang yang terakhir dalam kumpulan tersebut dan dia perlu menjaga semua ahli dalam kumpulan nya. kene kalo ader kengkawan yang injurt dia adalah teman yang setia. :minum:

so kepada kengkawan dan otai2 di dalam GO saya amat berharap sekiranya dapat menimba ilmu dan berkongsi pendapat daripada warga GO

p/s : teringin nak jd sweeper yang berjaya la kengkawan :keke:
-L@YAN JeW MeNtEL Tu BeB-

nazryst
Pendaki Terlampau
Posts: 650
Joined: 16 Feb 2006, 12:17
Location: Natural Geography
Contact:

Re: Bagaimana ingin menjadi seorang sweeper

Post by nazryst » 12 Feb 2009, 10:34

Sweeper....

Silently/ Slowly Wipeout Everyperson Everybelongings Permanently Exit Resolution.... kalau kau paham makna ni... kira ok sangat laa tu ... tak payah nak citer bebanyak...

1 topik yang betol menyentap jiwa kepada para Sweeper....

"ATTITUDE SWEEPER"

Perkara yang paling penting kepada seorang Sweeper ialah "SABAR".... Perkara kedua penting ialah "SABAR".... Perkara ketiga penting ialah "SABAR".... Memang kesabaran adalah tunjang utama yang terutamanya pada seorang Sweeper...

Sweeper akan menggalas bag sebesar besar... yang mana bag itu akan di isi dan dikandungi keperluan asas kehidupan peribadi sweeper, asas kehidupan kumpulan, asas ikhtiar hidup peribadi dan kumpulan, dan untuk menjawab paling mudah ialah "BEBAN MAKSIMUM TANGGUNGJAWAB KESELURUHAN OPERASI & KUMPULAN".... Objektif konsider gagal sekira Sweeper tidak muncul di titik terakhir pertemuan.

Sweeper memerlukan jiwa dan mental yang kental... kerana sweeper selalu berperang dengan perasaan, keberanian, ketakutan, dan pelbagai lagi yang tentunya sukar digambarkan kepada mereka yang tak ambil tahu ketika dan waktu sepanjang XPDC berjalan.... Sweeper sangat sensitif pada setiap detik, ketika, waktu dan saat... seolah olah bercerita dan menyapa penghuni yang tiada dari pandangan zahir.... dan sehinggakan berlaku konflik mental yang maksima apabila perubahan siang ke malam yang akan mengundang "cerekarama" seribu satu cerita... penghayatan yang tidak boleh dijangkau oleh kewarasan akal fikiran... dan kerana itulah Sweeper merupakan ANUGERAH yang telah diberikan khas kepada mereka mereka yang tertentu sahaja.....

Keperibadian seorang Sweeper, murah dengan senyuman walau bagaimana hebat dugaan dan azab yang menimpa akan membuat kumpulan menjadi kembali bersemangat meneruskan perjuangan adalah merupakan faktor yang tersangat pentingnya... Mengeluh, mengomel serta merintih... atau lebih senang "menyumpah" pada setiap yang berlaku ... tiada dalam kamus... Pasrah dan Redha, mempercayai hakikat, qada' dan kadar serta berzanji setiap langkah dalam langkah adalah teman paling setia pada seorang Sweeper.... Tiada keputusan yang teragak agak ketika didalam kedaifan kewarasan fikiran... membuat ketepatan kesimpulan yang tak terurai oleh logik akal.... Tetapi tidak sedikit pun kecacatan yang nampak....malah ketelitian menjadi kualiti setiap pertikaian....

Seorang Sweeper yang baik.... sentiasa mengenal musuhnya... tak lain dan tak bukan ialah KEEGOAN, KEBODOHAN, KEHEROAN diri sendiri.... sedetik perkara ini terlintas.... maka keberangkalian besar untuk menatapi azab serta musibab maka kemalangan yang tak sepatut berlaku akan mudah dihadapi oleh sweeper dan kumpulannya... Pengalaman semaksimum mungkin didalam hutan dara, kelamin maupun janda haruslah diterokai seboleh mungkin... ini kerana kesesuaian penghayatan alam semula jadi tiada dalam ALAM TEORI..... Manakala pengetahuan asas Teori semestinya di hujung jari tangan dan kaki sebolehnya....

Sekiranya anda memahami 100% yang hanya 10% terpahat diatas.... maka anda adalah selayak layaknya sweeper dan merupakan ANUGERAH didalam dunia Pendakian....

Selebihnya ilmu seorang sweeper... sebaik baiknya anda perlu berjumpa dan menterai janji serta mengikat kasih dengan mereka yang berkecimpung didalam dunia Sweeper pendakian. Dan kepada mereka yang selalu mendaki berseorangan.... kerana mereka sahaja mengenal seorang sweeper dan seorang pendaki tegar.... tetapi tak hebat......

Sekian... :minum:

User avatar
span
Pendaki Sondol
Posts: 415
Joined: 22 Aug 2008, 10:44
Location: atas batu
Contact:

Re: Bagaimana ingin menjadi seorang sweeper

Post by span » 12 Feb 2009, 10:46

mekashih bro nazryst satu nasihat yang berguna dan penuh maksud yang tersurat dan tersirat :D
-L@YAN JeW MeNtEL Tu BeB-

User avatar
biNGai
Kerabat Gunung
Posts: 3216
Joined: 19 Dec 2005, 13:18

Re: Bagaimana ingin menjadi seorang sweeper

Post by biNGai » 12 Feb 2009, 15:42

ciri-ciri sorg sweeper..

1. kene kuat tido
2. slambe tido ontrek sorg2
3. byk stok jajan
4. byk stok air sedap2
5. kuat temberang
6. gagah perkasa
7. beg beso

muekeke..
M.A.L.A.S - Copyright © 2003-2009. All rights reserved.
"Demi langit beserta seluruh binaannya, Demi bumi serta yang ada di hamparannya, Demi jiwa dan seluruh penyempurnaannya.."

User avatar
span
Pendaki Sondol
Posts: 415
Joined: 22 Aug 2008, 10:44
Location: atas batu
Contact:

Re: Bagaimana ingin menjadi seorang sweeper

Post by span » 12 Feb 2009, 16:22

ciri-ciri sorg sweeper..

1. kene kuat tido
2. slambe tido ontrek sorg2
3. byk stok jajan
4. byk stok air sedap2
5. kuat temberang
6. gagah perkasa
7. beg beso

muekeke..
waaa tips yang menarik 2 bro ngai :wink:
nanti leh saya praktikkan :keke:
but anway thank 4 da info
-L@YAN JeW MeNtEL Tu BeB-

melati
Pendaki Terlampau
Posts: 748
Joined: 11 Jan 2006, 15:31
Location: b'worth
Contact:

Re: Bagaimana ingin menjadi seorang sweeper

Post by melati » 12 Feb 2009, 17:39

wa...murninya hasrat...bagus2...bkn semua org sanggup jd sweeper

jgn nnt ms awal dgn rela hati tawar diri jd sweeper..bila yg di sweep dh tk larat..terus tinggal kn org tu jln
sorang..itu cinpeng punya sweeper... :evil:

terus kn niat murni anda..dn pasti kn kuncinya sntiasa di pegang "sabar" dn "smgt setiakawan" dn selalu la parktiskn buat muka selumber walau pn time tu anda sendiri rasa hampir nk mampos.. :kah:

User avatar
span
Pendaki Sondol
Posts: 415
Joined: 22 Aug 2008, 10:44
Location: atas batu
Contact:

Re: Bagaimana ingin menjadi seorang sweeper

Post by span » 12 Feb 2009, 17:47

mmmm mekashih kak melati
sblum ni penah gak rase nak tingalkan orang yang di sweep tp kutahan jugak jebat :keke:
-L@YAN JeW MeNtEL Tu BeB-

User avatar
rembau
Pemegang Amanah GO
Posts: 1394
Joined: 06 Dec 2005, 08:41

Re: Bagaimana ingin menjadi seorang sweeper

Post by rembau » 12 Feb 2009, 22:17

sweeper...........bila ayat nie keluar den tak pasti....

istilah yg tumbuh selepas trip follow guide ini wujud kot....dan bila kita tak kenal semua ahli dan yang kita pasti beberapa kerat yg berwibawa dlm kumpulan itu..secara tak langsung jadi sweeper/

bagi aku sebaiknya sweeper adalah mereka yg bakal jadi leader atau dah jadi leader nak perhati Perintis dia jadi ketua XPDC...perpindahan illmu pengurusan xpdc diajar secara tidak langsung disini dan masih dlm kawalan....

dedulu aku dipratikan dgn menyediakan semua bidang /posisi sebelum layak diangkat sebagai sweeper(dulu dikenali sebagai pembantu ketua xpdc)...yang berada dikedudukan 2/3 daripada belakang dan ada kemungkinan dibelakakng sekali seperti yg kerap kelihatan dlm era xpdc skrg...

kedudukan ini untuk memudahkan informasi dr ketua dipindah ke sweeepr ke ahli lain dgn berkesan...ianya juga merupakan tulang belakang kejayaan program apabila sesuatu krisis berlaku ...dan beliau adalah salah seorang yg selalu diminta memberi keterangan akan kekuatan xpdc .... atau selayaknya akan memikul tanggungjawab ketua apabila sesuatu berlaku pd ketua....
Dan Kami jadikan di bumi gunung-ganang yang menetapnya, supaya bumi itu tidak menggegar mereka; dan Kami jadikan di celah-celahnya jalan-jalan laluan, supaya mereka mendapat petunjuk.(Surah Al-Anbiyaa':31)

User avatar
soulfly
Kerabat Gunung
Posts: 1147
Joined: 18 Mar 2008, 15:57
Location: SENTUL

Re: Bagaimana ingin menjadi seorang sweeper

Post by soulfly » 13 Feb 2009, 00:23

sweeeper...........

sweeper ni pada aku satu kerja yang memerlukan kometmen yang tinggi,
dan yang paling penting kita kena kenal isi perut hutan itu sendiri,maksud aku bila kita buat sesuatu XPDC tu, kita kena tau keadan tempat tu,keadaan laluan itu sendiri,barulah perjalan kita jadi mudah..bukan setakat kita gagah gendong bag jer..emosi peserta yang berada dihapan kitalah yang akn menjadi musuh utama kita,

sebelum kita nk jadi sweeper kita kena jadi leader yang baguih terlebih dahulu,ia itu ketua XPDC,lepas tu dengan sendirinya kita akn jadi sweeper :lidah:
lama sangat...

User avatar
biNGai
Kerabat Gunung
Posts: 3216
Joined: 19 Dec 2005, 13:18

Re: Bagaimana ingin menjadi seorang sweeper

Post by biNGai » 13 Feb 2009, 00:49

salah sorg sweeper yg gagah pernah kukenal..nik amri mono radio :kah:

slalu org yg jadik sweeper merungut dlm ati..tapi kalo dia jadik sweeper, org yg dia sweep tuh yg memaki hamun dalam ati :kah:

but he's a very nice guy..honestly and truly :mrgreen:
M.A.L.A.S - Copyright © 2003-2009. All rights reserved.
"Demi langit beserta seluruh binaannya, Demi bumi serta yang ada di hamparannya, Demi jiwa dan seluruh penyempurnaannya.."

adisos2002
Otai Gunung
Posts: 969
Joined: 07 Dec 2005, 07:36
Location: Semak Samun
Contact:

Re: Bagaimana ingin menjadi seorang sweeper

Post by adisos2002 » 13 Feb 2009, 01:01

Salam Span dan rakan2 pendaki gunung..

1. Bab istilah nie bile wujud tak pasti lak..
2. Bab sikap yg kena ada sbg sweeper nie.. sama mcm kwn2 cakap spt:
-sabar - dgn org blkng (sbb mula nak mengalah) dgn org depan (sbb tak pikir pasal org belakang) dgn diri sendiri (sbb mula penat)
-tenang - dgn kemungkinan pelbagai situasi spt beg putus, letih, sakit, tak jumpa jalan dan macam2
-tegas - dgn org blkng (sengaja melengah2 kan, kedegilan yg mmbawa mudarat)
-fleksibel - dgn situasi.. cth terpaksa brhenti masak, rehat, tido dll

3. Bab kelengkapan
- mncukupi bagi merawat 1stResponse..
- ada makanan utk diri sdr dan sedikit utk org lain
- bahan api dan elemen alatan yg mmpu menampung kperluan survival

4. Bab ilmu = dekat2 sama dgn no 3... tambahan sedikit, mengetahui arah tuju dan laluan yg bakal ditempuhi

5. Bab beg berat ke ringan ker.. itu hal kedua kut. Sbb ramai yg telah menjadi pserta SOS dan korang sdr dah tengok mcm2 cara aku sweep dan mcm2 situasi yg aku alami.. dari yg hilang, sesat, cedera, sakit, mati dan lain2. Dan maaf kalau aku katakan disini.. adalah kurang bijak meletakkan 'seorang' yg ber'beg berat sbg sweeper. Sbb bila emergency ko nak angkut berapa byk???
So buat sesuatu biar munasabah sikit laaa... Tapi mgkn ada yg kekuatan cam 'hulk' kut.. Aku sendri byk kali sweep dgn beg kecik jer.. dan nampak lebih munasabah. Janji brg cukup.. bukan ber'lebih'.

So bila jadi sweeper nie paling penting expect the unexpected..
Pendek kata kena suka terima 'suprise'

Bak kata soulfly tue... mmg tepat sekali, utk jadi seorang sweeper... anda kena belajar jadi leader. Dan belum tentu seseorang yg menjawat jawatan leader dlm xpdc tue mampu bertindak sbg sweeper..

Percayalah.. dah byk kali aku tengok, leader lagi bermasalah dari peserta.

muzs
SOS
<no one left behind> nolb
Berminat mendapatkan guide gunung/ teambuilding?? Contact Silver Outdoor Sports di 012-5317141atau email adisos2002@yahoo.com

kambinggurun
Senator Gunung
Posts: 557
Joined: 26 Jan 2006, 23:01
Location: gua kayu batu
Contact:

Re: Bagaimana ingin menjadi seorang sweeper

Post by kambinggurun » 13 Feb 2009, 05:29

aku lebih prefer beberape orang yang berilmu average dipertanggungjawabkan jadi sweeper secara berkumpulan daripada seorang otai gile beraksi sbg sweeper bersendirian.

kumpulan sweepers bg aku sepatutnya:

1) lingkungan 3 ke 4 orang oke la.. at leats kalo ade kecemasan pade orang yang di sweep, ade orang yang ley ditugaskan untuk jadi messenger.. dan salah seorang dari beberape orang nih perlu la dilantik jadi ketua sweeper.

2) equipment yang ade di kalangan sweepers sepatutnya cukup untuk set up kemsait. contoh mcm fly, tali, ground, dapor, mestin, ration. in case kalo tetibe takley nak catch up ngan peloton sbb maybe kepala air ke ape kan, ade kelengkapan yang cukup untuk menenangkan keadaan.

3) so bile equipment/ration da boley share, beg pon ade space lagi. nanti nak angkut barang budak yang kene sweep takde la ngeri semacam jek.. hehehe.. ley share siket sorang..

4) power klentong. hahaha!! good motivator.. cane pon nak kene bawak gak budak yang slow tuh.. kalo takley, kene jadi cam nik amri a.. hahaha!!

5) 1st aid. yang slow da tentu tak bape sehat kan... nak kene ade ubat leerr...

6) yang lain tu basicnya mcm yang dicerita oleh rakan2 kat atas tuu laa....
::SRC-Total Outdoor::

User avatar
span
Pendaki Sondol
Posts: 415
Joined: 22 Aug 2008, 10:44
Location: atas batu
Contact:

Re: Bagaimana ingin menjadi seorang sweeper

Post by span » 13 Feb 2009, 09:07

mekashih bro rembau, soulfly, ngai, mus & kambinggurun.
banyak ilmu yang baru dan berguna yang di kongsikan
bermacam2 pendapat dan ilmu yang di bincangkan

ilmu yang telah di turunkan ini saya akan guna kan dngan sebaik2 nya

kepada warga GO yang lain sekiranya anda mempunyai ilmu atau pandapan yang lain boleh la kita kongsi bersama untuk menambahkan lg ilmu d dada

p/s : dah ader keyakinan tuk jd sweeper pas ni :keke:
-L@YAN JeW MeNtEL Tu BeB-

frostice
Pendaki Terlampau
Posts: 701
Joined: 09 Jan 2006, 10:43
Location: Middle Earth
Contact:

Re: Bagaimana ingin menjadi seorang sweeper

Post by frostice » 13 Feb 2009, 09:55

ciri-ciri sorg sweeper..

1. kene kuat tido
2. slambe tido ontrek sorg2
3. byk stok jajan
4. byk stok air sedap2
5. kuat temberang
6. gagah perkasa
7. beg beso

muekeke..
Ni citer pasal sweeper ke citer pasal ko ni ngai.. :kah:
~Ain't No Mountain Too High~
KP Hiker's Club

nazryst
Pendaki Terlampau
Posts: 650
Joined: 16 Feb 2006, 12:17
Location: Natural Geography
Contact:

Re: Bagaimana ingin menjadi seorang sweeper

Post by nazryst » 13 Feb 2009, 11:45

Hmmm memang seorang sweeper dan sebaik baik sweeper adalah dari seorang leader.... sebaik baiknya lagi ialah seorang leader yang pernah lead didalam kumpulan leader...

Sweeper amat memahami bila dan dimana kegunaan demokrasi, diktator, serta sistem komunis diguna pakai.... macam contoh arahan, pemberitahuan, makluman... ia perlu pada situasi serta senario tertentu....(ni boleh tanya pada Rembau)

Pasal Bag besar tu.... bukan bermakna kapasiti bag memenuhi bag 100%... tetapi sentiasa ada reserve bagi kebarangkalian buruk berlaku....

"Reserve" sentiasa perlu dan berwaspada pada setiap keadaan....

User avatar
biNGai
Kerabat Gunung
Posts: 3216
Joined: 19 Dec 2005, 13:18

Re: Bagaimana ingin menjadi seorang sweeper

Post by biNGai » 13 Feb 2009, 13:54

ya btul..kapasiti beg kalo bole musti laa diklepet seklepet yg mungkin bagi membolehkan alasan "alaaa beg aku daa penuh laa" dgn harapan agar dapat menampung unforeseen situation :keke:

aisfros ;

majoriti cite psal aku laa..tapi tu cite dulu, skang aku suke kene sweep dgn org blakang :kah:
M.A.L.A.S - Copyright © 2003-2009. All rights reserved.
"Demi langit beserta seluruh binaannya, Demi bumi serta yang ada di hamparannya, Demi jiwa dan seluruh penyempurnaannya.."

User avatar
span
Pendaki Sondol
Posts: 415
Joined: 22 Aug 2008, 10:44
Location: atas batu
Contact:

Re: Bagaimana ingin menjadi seorang sweeper

Post by span » 13 Feb 2009, 16:12

so maksud disini kebanyakan sweeper adalah orang yang dah lama berkecimpong dalam dunia pergunungan adalah calon yang terbaik tuk jd seorang sweeper.
lagi satu kene pandai mengelengtong la ekk. :lidah:

saiz beg yang biasa si sweeper bawak berapa liter ekk
sbb kengkadang barang pribadi kita pown dah nak separoh beg dah

bg kawasan treaking yang x der air mksudnya kiter kene pikol air tuk kengkawan skali la
maksudnya double dari orang lain kew

slalu saya dengar cerita daripada orang 2 yang pernah jd sweeper diaorang la yang selalu terkene pengalaman yang angker huhuhuh :evil:
-L@YAN JeW MeNtEL Tu BeB-

kambinggurun
Senator Gunung
Posts: 557
Joined: 26 Jan 2006, 23:01
Location: gua kayu batu
Contact:

Re: Bagaimana ingin menjadi seorang sweeper

Post by kambinggurun » 13 Feb 2009, 17:08

aku pakai beg 55+10 je.. salunye aku sweep dalam grup of 4 or 5 orang. so tak risau sgt tak cukup space walopun beg tak la besar manee....sharing is caring.. hahahha!

bab pikul air tu.. kalo team tu mmg pandang tinggi kat teamwork, maka setiap orang akan cube buat ape saja yang termampu untuk kawan2.. so bawak air tu tugas semua orang la.. tapi kalo sniri rasa nak bawak double dari orang lain, dan mampu, silakan ajee..

ni style aku ngan grup aku aa.. tiap geng ade style memasing..
::SRC-Total Outdoor::

User avatar
span
Pendaki Sondol
Posts: 415
Joined: 22 Aug 2008, 10:44
Location: atas batu
Contact:

Re: Bagaimana ingin menjadi seorang sweeper

Post by span » 13 Feb 2009, 17:44

mmm ok saya sokong
lain team lain style
tp ok la dapat belajar bermacam cara tuk sweep
hehehe :)
-L@YAN JeW MeNtEL Tu BeB-

User avatar
biNGai
Kerabat Gunung
Posts: 3216
Joined: 19 Dec 2005, 13:18

Re: Bagaimana ingin menjadi seorang sweeper

Post by biNGai » 13 Feb 2009, 18:51

antara sweeper team peserta yg common sentiasa dgn team peserta open program, tension dia lain wooo..

:lidah:
M.A.L.A.S - Copyright © 2003-2009. All rights reserved.
"Demi langit beserta seluruh binaannya, Demi bumi serta yang ada di hamparannya, Demi jiwa dan seluruh penyempurnaannya.."

kambinggurun
Senator Gunung
Posts: 557
Joined: 26 Jan 2006, 23:01
Location: gua kayu batu
Contact:

Re: Bagaimana ingin menjadi seorang sweeper

Post by kambinggurun » 13 Feb 2009, 19:04

antara sweeper team peserta yg common sentiasa dgn team peserta open program, tension dia lain wooo..

:lidah:

open program ngeriii wooo kalo jadi sweeper.. takot aku.. hehehe.
::SRC-Total Outdoor::

gogoyeaha
Otai Gunung
Posts: 897
Joined: 07 Dec 2005, 20:29

Re: Bagaimana ingin menjadi seorang sweeper

Post by gogoyeaha » 15 Feb 2009, 07:57

salah sorg sweeper yg gagah pernah kukenal..nik amri mono radio :kah:

slalu org yg jadik sweeper merungut dlm ati..tapi kalo dia jadik sweeper, org yg dia sweep tuh yg memaki hamun dalam ati :kah:

but he's a very nice guy..honestly and truly :mrgreen:
hehehe
mcm siut ko ngai
tp mmg betul ckp ko tu
kena kenal baru cinta
kalu xkenal mmg nak tumbuk je rasa kalu dia 'pasang radio'. hehehe

User avatar
span
Pendaki Sondol
Posts: 415
Joined: 22 Aug 2008, 10:44
Location: atas batu
Contact:

Re: Bagaimana ingin menjadi seorang sweeper

Post by span » 16 Feb 2009, 08:45

antara sweeper team peserta yg common sentiasa dgn team peserta open program, tension dia lain wooo..

:lidah:
oo maksudnya kiter sweep orang yang kite x kenal kew
-L@YAN JeW MeNtEL Tu BeB-

User avatar
crampizium
Pendaki Gunung
Posts: 143
Joined: 21 Nov 2006, 15:19
Location: Depan Laptop
Contact:

Re: Bagaimana ingin menjadi seorang sweeper

Post by crampizium » 16 Feb 2009, 13:24

ayat popler sweeper :

kes sweep org mmg betul2 xlarat / injured
1) xpe, pelan2 kayuh, yg penting sampai..
2) kalo xlarat, lepak dlu...
3) jgn duduk, nnt lg cepat penat
4) ok, kite shoot smpai abis pacak ni pastu kite take 5 ek?

kes sweep org malas na jalan
1) jgn stop2.. nnt cepat penat
2) xyah na ngengada berenti, bistu na sampai pkl bape?
3) bape jauh? dekat jek... jalan jek...kang pejam2 celik, sampaila..

ayat paling pasrah yg sweeper terpaksa cakap
1) bukak beg, brg ko kene kurangkan ni (sbb tau kompem akn jadi lori tanker nnt)
2) ok, kite berenti kemsite sini

p/s : sonok wo layan emosi ni.. :keke: :keke:

User avatar
crampizium
Pendaki Gunung
Posts: 143
Joined: 21 Nov 2006, 15:19
Location: Depan Laptop
Contact:

Re: Bagaimana ingin menjadi seorang sweeper

Post by crampizium » 16 Feb 2009, 13:27

antara sweeper team peserta yg common sentiasa dgn team peserta open program, tension dia lain wooo..

:lidah:
sweep org common ok sket sbb kite tau serba sikit introduction hati budi dorang, sweep org open program ni, kang salah cakap, ada kene sembur balik.. huuuuhuhuh :lidah: :lidah:

User avatar
span
Pendaki Sondol
Posts: 415
Joined: 22 Aug 2008, 10:44
Location: atas batu
Contact:

Re: Bagaimana ingin menjadi seorang sweeper

Post by span » 16 Feb 2009, 15:04

ayat popler sweeper :

kes sweep org mmg betul2 xlarat / injured
1) xpe, pelan2 kayuh, yg penting sampai..
2) kalo xlarat, lepak dlu...
3) jgn duduk, nnt lg cepat penat
4) ok, kite shoot smpai abis pacak ni pastu kite take 5 ek?

kes sweep org malas na jalan
1) jgn stop2.. nnt cepat penat
2) xyah na ngengada berenti, bistu na sampai pkl bape?
3) bape jauh? dekat jek... jalan jek...kang pejam2 celik, sampaila..

ayat paling pasrah yg sweeper terpaksa cakap
1) bukak beg, brg ko kene kurangkan ni (sbb tau kompem akn jadi lori tanker nnt)
2) ok, kite berenti kemsite sini

p/s : sonok wo layan emosi ni.. :keke: :keke:

tu ayat yang biasa dengar hehehhe
lagi satu ayat ag yang boleh membuat kita tension

"jauh ag kew bang"
"bila nak sampai"
"nak pitam la bang"

hehehehe :kah:
-L@YAN JeW MeNtEL Tu BeB-

User avatar
lats840
Pendaki Gunung
Posts: 66
Joined: 07 Dec 2008, 09:07
Location: PD
Contact:

Re: Bagaimana ingin menjadi seorang sweeper

Post by lats840 » 17 Feb 2009, 08:07

ape2 pun, sweeper tk leh la curi2 mkn meggi..
lpas tu plastik die sorok bwh khemah..

hahahaha...

nnti bile kire stock, ade je jer yg short.....
:kah:
:lidah:

peace
lats840

azlanhuzaifah
Pendaki Gunung
Posts: 125
Joined: 16 Feb 2009, 16:49

Re: Bagaimana ingin menjadi seorang sweeper

Post by azlanhuzaifah » 17 Feb 2009, 08:42

satu lagi ayat yg boleh diguna pakai, 'apa!! nk berenti kt sini..ko tgk kiri kanan ko ada apa? nk mati kena makan?????'

wakakakakkaka

User avatar
span
Pendaki Sondol
Posts: 415
Joined: 22 Aug 2008, 10:44
Location: atas batu
Contact:

Re: Bagaimana ingin menjadi seorang sweeper

Post by span » 17 Feb 2009, 10:38

ape2 pun, sweeper tk leh la curi2 mkn meggi..
lpas tu plastik die sorok bwh khemah..

hahahaha...

nnti bile kire stock, ade je jer yg short.....
:kah:
:lidah:

peace

x pown mkn megi dlm kemah .
masak cover2 nanti kengkawan nampak susah
hehehhee :kah:
-L@YAN JeW MeNtEL Tu BeB-

User avatar
span
Pendaki Sondol
Posts: 415
Joined: 22 Aug 2008, 10:44
Location: atas batu
Contact:

Re: Bagaimana ingin menjadi seorang sweeper

Post by span » 17 Feb 2009, 10:42

satu lagi ayat yg boleh diguna pakai, 'apa!! nk berenti kt sini..ko tgk kiri kanan ko ada apa? nk mati kena makan?????'

wakakakakkaka

bkn semua orang mkn ngan ayat ni
penah skali ari 2 aku cakap awat cam 2
dia boleh kuar parang pastu ddk lpak kat ctu sambil isap rokok
kter plak balik tension tengok dia
kita nak bg dia cuak balik2 kter lak yang tension :evil:
rase nak :tembak: jew
-L@YAN JeW MeNtEL Tu BeB-

nazryst
Pendaki Terlampau
Posts: 650
Joined: 16 Feb 2006, 12:17
Location: Natural Geography
Contact:

Re: Bagaimana ingin menjadi seorang sweeper

Post by nazryst » 17 Feb 2009, 13:27

satu lagi ayat yg boleh diguna pakai, 'apa!! nk berenti kt sini..ko tgk kiri kanan ko ada apa? nk mati kena makan?????'

wakakakakkaka

bkn semua orang mkn ngan ayat ni
penah skali ari 2 aku cakap awat cam 2
dia boleh kuar parang pastu ddk lpak kat ctu sambil isap rokok
kter plak balik tension tengok dia
kita nak bg dia cuak balik2 kter lak yang tension :evil:
rase nak :tembak: jew

Tenguk time laa bang oiii... tenguk pulak jarak perjalanan.... agak agak orang yang dah sampai dulu dah siap masak ke apa ke... kira orait laa layan orang nak lepak isap rokok ke apa ke... tapi kalau duduk belakang tetiba brader tu tanya soalan yang menyentap jiwa dan akal.. sebagai contoh " pengalaman abang mendaki ada tak abang terserempak dengan rimau, gajah, hantu...??" Ini punya kesss.... ada baik nya kau shoot dan tinggal kan malaun ni sorang sorang.... jangan ambil risiko yang memang sengaja nak cari..... hehehehehe...

Bukan pasal lama atau baru ... jadi sweeper ni kan dah cakap awal awal...ia adalah "ANUGERAH".... macam "MAGIK" laaaa.... sweeper ni orang paling coooollll laaa senang citer... jalan malam pun tak kisah... sampai pukul 12 tengah malam pun takper...

frostice
Pendaki Terlampau
Posts: 701
Joined: 09 Jan 2006, 10:43
Location: Middle Earth
Contact:

Re: Bagaimana ingin menjadi seorang sweeper

Post by frostice » 17 Feb 2009, 16:38

satu lagi ayat yg boleh diguna pakai, 'apa!! nk berenti kt sini..ko tgk kiri kanan ko ada apa? nk mati kena makan?????'

wakakakakkaka

bkn semua orang mkn ngan ayat ni
penah skali ari 2 aku cakap awat cam 2
dia boleh kuar parang pastu ddk lpak kat ctu sambil isap rokok
kter plak balik tension tengok dia
kita nak bg dia cuak balik2 kter lak yang tension :evil:
rase nak :tembak: jew

Tenguk time laa bang oiii... tenguk pulak jarak perjalanan.... agak agak orang yang dah sampai dulu dah siap masak ke apa ke... kira orait laa layan orang nak lepak isap rokok ke apa ke... tapi kalau duduk belakang tetiba brader tu tanya soalan yang menyentap jiwa dan akal.. sebagai contoh " pengalaman abang mendaki ada tak abang terserempak dengan rimau, gajah, hantu...??" Ini punya kesss.... ada baik nya kau shoot dan tinggal kan malaun ni sorang sorang.... jangan ambil risiko yang memang sengaja nak cari..... hehehehehe...

Bukan pasal lama atau baru ... jadi sweeper ni kan dah cakap awal awal...ia adalah "ANUGERAH".... macam "MAGIK" laaaa.... sweeper ni orang paling coooollll laaa senang citer... jalan malam pun tak kisah... sampai pukul 12 tengah malam pun takper...
Betul.. betul..
Kalau soklan mcm tu, wajib kena tinggal tu.. :kah:
~Ain't No Mountain Too High~
KP Hiker's Club

User avatar
seper4alif
Kerabat Gunung
Posts: 2100
Joined: 01 Jun 2006, 09:42
Location: gelanggang TokMeor
Contact:

Re: Bagaimana ingin menjadi seorang sweeper

Post by seper4alif » 17 Feb 2009, 18:17

halamak... kompom aku kena tinggal bulan 4 nih adeh
seper4alif
:::masuk tempat orang bawak otak bukan pisau:::
Image ImageImage

User avatar
span
Pendaki Sondol
Posts: 415
Joined: 22 Aug 2008, 10:44
Location: atas batu
Contact:

Re: Bagaimana ingin menjadi seorang sweeper

Post by span » 17 Feb 2009, 18:35

halamak... kompom aku kena tinggal bulan 4 nih adeh
saper nak tinggalkan ko lak bro :lol:
satu lagi ayat yg boleh diguna pakai, 'apa!! nk berenti kt sini..ko tgk kiri kanan ko ada apa? nk mati kena makan?????'

wakakakakkaka

bkn semua orang mkn ngan ayat ni
penah skali ari 2 aku cakap awat cam 2
dia boleh kuar parang pastu ddk lpak kat ctu sambil isap rokok
kter plak balik tension tengok dia
kita nak bg dia cuak balik2 kter lak yang tension :evil:
rase nak :tembak: jew

Tenguk time laa bang oiii... tenguk pulak jarak perjalanan.... agak agak orang yang dah sampai dulu dah siap masak ke apa ke... kira orait laa layan orang nak lepak isap rokok ke apa ke... tapi kalau duduk belakang tetiba brader tu tanya soalan yang menyentap jiwa dan akal.. sebagai contoh " pengalaman abang mendaki ada tak abang terserempak dengan rimau, gajah, hantu...??" Ini punya kesss.... ada baik nya kau shoot dan tinggal kan malaun ni sorang sorang.... jangan ambil risiko yang memang sengaja nak cari..... hehehehehe...

Bukan pasal lama atau baru ... jadi sweeper ni kan dah cakap awal awal...ia adalah "ANUGERAH".... macam "MAGIK" laaaa.... sweeper ni orang paling coooollll laaa senang citer... jalan malam pun tak kisah... sampai pukul 12 tengah malam pun takper...
kalo ader orang yang cakap cam 2 bkn tinggal kan ciap ikat orang 2 kat pokok bg dia rase :keke:
-L@YAN JeW MeNtEL Tu BeB-

User avatar
nizran
Pendaki Tegar
Posts: 205
Joined: 22 Aug 2006, 01:52
Location: belakang pokok..
Contact:

Re: Bagaimana ingin menjadi seorang sweeper

Post by nizran » 18 Feb 2009, 11:25

saya tak beberapa perasan mengenai beberapa perkara yg lain...

iaitu antara yg penting adalah, komunikasi.
perkara ini boleh di pecahkan kepada dua..
iaitu :
komunikasi bersama org yg di sweep...
komunikasi antara sweeper dengan leader / first-Aider

selalu kita mendapat report atau rungutan dari org yg di sweep mengenai betapa "Langsi" nya golongan sweeper... selain daripada yg di sweep itu misinterpret, ataupun sweeper itu tidak mampu memotivasikan orang. ini sangat penting bagi memastikan "gap" di antara peserta adalah dalam "kawalan" dan jangkauan.

sweeper juga sebenarnya perlu mempunyai peralatan yg perlu utk berkomunikasi dengan leader, ham radio, HP, wisel, code, etc...

mengenai golongan sweeper ber beg berat, ini terpulang kepada pendaki, sebab, abang2 senior dan terangkan pro dan kontranya seperti di atas, namunbegitu, perlu di ingatkan agar sweeper tidak membawa sebegitu banyak ration "company" dan hanya memberi tumpuan kepada ration persendirian yg boleh menampung keperluan individu lain dalam satu jangkamasa yg tidak panjang. ini bg mengelakkan company makan lambat sebab sebilangan ration ada pada sweeper.. (kes pernah berlaku )

lagi satu, golongan sweeper sepatutnya bukan daripada golongan mendaki utk penuhkan checklist dan bermotivasikan "view". ini adalah kerana, kadangkala, akibat dari kelewatan yg tidak disengajakan, golongan sweeper selalunya akan terlepas melihat view....

dan yg seterusnya, harapan sweeper....
selalu diperhatikan, apabila mendaki gunung, sistem "bivi" yg di amalkan oleh pendaki gunung lebih bersifat kepada siapa cepat dia dapat, dan bukan seperti yg di aturkan sebaiknya oleh leader sesuatu kumpulan.. ini mengakibatkan kem site "bivi" tunggang langgang, tidak mengikut arah mata angin dan laluan angin, dan yg paling malang adalah tempat sweeper selalunya tiada... ucapan terima kasih dari ahli kumpulan yg di sweep amat memberi ketenangan, sekiranya tempat mereka di reserved kan oleh sahabat2 alangkah baiknya...

dan yang paling terakhir adalah......

sweeper sebenarnya adalah Majlis perbandaran bergerak.... perlu juga mempunyai ruang kosong dalam begnya... sweeper kadang kala perlu menjadi pengutip sampah yg di tinggalkan oleh sahabat2 pendaki dan pencinta hutan di hadapannya....
mane satu belakang pokok???
Image

User avatar
span
Pendaki Sondol
Posts: 415
Joined: 22 Aug 2008, 10:44
Location: atas batu
Contact:

Re: Bagaimana ingin menjadi seorang sweeper

Post by span » 18 Feb 2009, 14:30

mmm mekashih di atas info yang berguna ni bro
banyak info baru yang dapat di pelajari
-L@YAN JeW MeNtEL Tu BeB-

User avatar
CarSharF
Pendaki Gunung
Posts: 44
Joined: 04 Dec 2005, 14:53
Location: Kuala Pilah, Negeri Sembilan.

Re: Bagaimana ingin menjadi seorang sweeper

Post by CarSharF » 18 Feb 2009, 18:13

Saya nak kongsi ler pengetahuan sikit mengenai aktiviti luar seperti bertrekking ni. Pandai tidak tapi tahu!!! NAK CAKAP TENTANG "SWEEPER". Sesiapa saja yang biasa menjalani aktiviti perkhemahan atau sebarang aktiviti lasak. sudah tentu dia tahu tentang “sweeper”. Masa dalam jungle trekking, “sweeper” itu merujuk kepada ahli yang last atau yang dibelakang sekali di mana dia ditugaskan untuk mengawal, menjaga dan memerhati pergerakan ahli dari depan sehingga ke belakang. Itu yang saya sendiri tahu.

Tugas sebenar “sweeper” secara tidak rasmi/langsung adalah mengiringi ahli yang pancit. Pancit/tumbang/loss energy itu maknanya tidak cergas atau less fit dari segi fizikal mahupun mental. Kalau lihat dari sudut fizikal, mereka ni mudah sangat rasa penat, kadang-kadang boleh nampak lelah yang semula jadi macam ni… ”huh.. huh.. huh….” .. menunjukan reaksi yang tak larat dan termengah-mengah sambil menahan tangan kelutut macam orang rukuk bersembahyang. Golongan ini sentiasa mintak berhenti dari berjalan walaupun baru saja berhenti. Kalau dari segi mental pula, ia cepat mengalah dan cepat putus asa apabila jumpa bukit yang tinggi dan dalam kepala dia sudah fikir macam-macam walhal belum pun sampai ke kaki bukit itu lagi. Dan nampak belukar yang tebal yang mesti ditempohi… dah berbunyi… ”alamat… mampus lerr aku weh!!!” Sape ler tu yek nanti!!! hehehehehehe

Task seorang sweeper ni kebiasaannya diberikan kepada mereka yang “paling” fit/cergas kerana mereka ni perlu memberi motivasi dan moral kepada ahli2 lain untuk menamatkan ekspedisi atau perjalanan dan juga kadang2 sifat sabar dan diplomasi yang tinggi perlu ada bagi menurut kerenah mereka yang pancit ini. (Kalaulah pancit…. macam2 karenah nanti.. nak balik lerr… rindu kat bini lerr… lebih baik duduk rumah jerr tak payah susah macam tu!!!)… hah.. kalau ayat ni ler yang dikeluarkan dari mulut mereka yang pancit… macamana nak cool dan motivate mereka?? Kalau mereka banyak berhenti, maka sweeper jugak kena berhenti. Ada yang tak larat nak jalan, maka sweeper kena guna cara lain seperti tolak, tarik atau pimpin sahaja tangan mereka. Dengan kata lain, si pancit turut menyebabkan sweeper pancit dan down… hehehheee… akhirnya pasang khemah duduk terus kat mana dia pancit!!!!!

Pada hakikatnya... untuk memudahkan seseorang itu mengkuti aktiviti lasak seperti bertrekking mendaki gunung..... yang penting ialah “PENGURANGAN BERAT BADAN SEIMBANG DENGAN SAIZ BADAN”. Semua teknik senaman adalah berbeza tapi mempunyai motif yang sama iaitu mengurangkan berat badan. Apabila berat badan bersesuaian dengan saiz badan, maka segala obstacle halangan semasa activiti mendaki gunung dapat dihindarkan. Kita digalakkan supaya berkeaadaan fit sebelum trekking. Keadaan fit bermakna kita sihat dan CUMA perlu tingkatkan stamina sahaja (jika anda fit!!!!). Sebaliknya seseorang yang fit tak semestinya akan bertahan jika stamina yang kurang!!! Senaman AMAT PERLU bagi mereka yang FIT kerana untuk menjana otot2 mereka bagi pergerakan melampau.

User avatar
nizran
Pendaki Tegar
Posts: 205
Joined: 22 Aug 2006, 01:52
Location: belakang pokok..
Contact:

Re: Bagaimana ingin menjadi seorang sweeper

Post by nizran » 19 Feb 2009, 08:35

jgn lupa bro, sweeper juga back up mereka yg mungkin injured..., akibat kecederaan juga boleh membuatkan pendaki itu "terkebelakang" dan akhirnya di tinggalkan oleh rakan2 yg lain. maka bebanan itu di letak di bahu sweeper...
mane satu belakang pokok???
Image

User avatar
span
Pendaki Sondol
Posts: 415
Joined: 22 Aug 2008, 10:44
Location: atas batu
Contact:

Re: Bagaimana ingin menjadi seorang sweeper

Post by span » 19 Feb 2009, 09:48

mekashih bro nizran ngan bro carsharf dia atas info yang berguna
saya akan gunakan dan praktikan.

tochei.... tochei..... :lol:
-L@YAN JeW MeNtEL Tu BeB-

Freelance
Senator Gunung
Posts: 1355
Joined: 06 Dec 2005, 13:16
Location: Kuala Lumpur

Re: Bagaimana ingin menjadi seorang sweeper

Post by Freelance » 19 Feb 2009, 17:36

jgn lupa bro, sweeper juga back up mereka yg mungkin injured..., akibat kecederaan juga boleh membuatkan pendaki itu "terkebelakang" dan akhirnya di tinggalkan oleh rakan2 yg lain. maka bebanan itu di letak di bahu sweeper...
lama tak nampak?... :lidah: bila nak jadi sweeper dalam trip akak ni...

Post Reply