Outdoorians-"generalist" atau "Specialist"

Klinik Gunung • Khas untuk ruangan diskusi ilmu pergunungan sahaja.

Moderator: orga

Post Reply
al_razy89
Pendaki Gunung
Posts: 50
Joined: 23 Apr 2010, 04:42
Contact:

Outdoorians-"generalist" atau "Specialist"

Post by al_razy89 »

ok..harini aku ade persoalan yang bermain di kotak pikiran aku neh...dan nak tanye pendapat masing2, adakah anda prefer menjadi generalist atau "all rounder" atau specialist?

Sebagai contoh situasi, ada orang yang gemar bermain semua jenis aktiviti lasak, climbing,memancing,hutan,rafting,semua dia main..tapi die pengetahuan terhadap benda tuh terhad...atau basic bagi setiap perkara..
Satu lagi pulak, die memang hebat bab trekking, berpuluh2 kali main gunung yang sama,membuatkan die memang hebat gunung tuh, dan memang pakar untuk trekking tempat tuh.

Soalannya, mana satu pilihan anda, generalist atau specialist?
"aku menulis bukan kerna nama"
http://metainfo.multiply.com

al_razy89
Pendaki Gunung
Posts: 50
Joined: 23 Apr 2010, 04:42
Contact:

Re: Outdoorians-"generalist" atau "Specialist"

Post by al_razy89 »

aku akan menjawab pendapat aku dari 2 sudut:

askar- boleh dikatakan yang askar ni memang specialist untuk tugas die, sebab itu askar dibahagi kepada unit2 tertentu, dan ilmu asas ketenteraan sahaja yang merupakan aspek paling basic untuk seseorang askar itu tahu tentang keseluruhan aspek peperangan, Yang lainnya, seseorang askar itu lebih kepada specialist, sebagai contoh, anggota infantry sudah tentu lebih arif daripada seorang jututera TUDM tentang ilmu hutan, kerna itu tugas hakiki infantry. dalam unit2 ini pula, mereka dibahagi lagi kepada kepakaran tertentu, ada yang ditugaskan memegang senjata berat, ada unit support, ada yang memang pakar semboyan (radio), ade medic dan pelbagai lagi...kalau nak diikutkan dalam askar, memang MUSTAHIL kut untuk seseorang askar belajar kesemua kemahiran yang ade dalam askar sebab terlalu banyak..

Diri Sendiri-bagi diri aku, oleh kerana bajet yang terhad, ditambah pula dengan keje separuh masa aku yang mempunyai tanggungjawab yang besar, maka aku rase specialist lebih baik, sebab aku keje ngan konsultan perkhemahan, jadi setiap kem mesti ada trekking, dan itu sebab utama aku libatkan diri dengan hutan, supaya aku x panik kalau ada kecemasan berlaku. Tambah pulak dengan bajet yang terhad, daripada aku guna untuk cuba benda yang lain, baik aku fokus dengan benda yang berkaitan dengan keje aku iaitu kemahiran hutan. dengan fokus dalam satu2 kepakaran, aku akan lebih berasa selamat untuk jaga budak2 apabila berkhemah. dengan itu aku pun fokus la diri aku terhadap ilmu yang berkaitan dengan hutan......sebab tu aku kurang benda2 sport sebab pada aku macam lebih penting untuk aku menguasai ilmu hutan dahulu...

aku jugak setuju dengan konsep askar yang mana perkara asas sahaja perlu diketahui semua, dan perkara lain mengikut kepakaran, kerana pada aku apabila kita pakar, kerja yang kita buat lebih licin, cuma memerlukan koordinasi antara satu2 unit...

itulah pendapat aku, SPECIALIST, walaupun aku ni jauh lagi dari nak jadi specialist ni....
"aku menulis bukan kerna nama"
http://metainfo.multiply.com

User avatar
Fiftyhertz
Pendaki Gunung
Posts: 91
Joined: 24 Apr 2011, 09:45
Location: Ampang

Re: Outdoorians-"generalist" atau "Specialist"

Post by Fiftyhertz »

al_razy89 wrote:dan itu sebab utama aku libatkan diri dengan hutan, supaya aku x panik kalau ada kecemasan berlaku.
+1 ayat ni bro. sebelum ni aku mengalami masalah takut dengan darah, gelap, binatang buas dan makhlus halus. bila dah join outdoor ni dengan ilmu yang diperlukan untuk hadapi segala challenge di hutan, aku dah rasa atasi masalah di atas. no more panic :tembak:

------------
generalist +1

terlalu banyak sport yang best untuk diceburi dan akan menghasilkan multi-purpose athlete dengan knowledge semuanya basic-moderate. generalist masih terpaksa rujuk kepada specialist yang lebih arif.
heal the world. make it better place.

nazryst
Pendaki Terlampau
Posts: 650
Joined: 16 Feb 2006, 12:17
Location: Natural Geography
Contact:

Re: Outdoorians-"generalist" atau "Specialist"

Post by nazryst »

salam,

Aku takder pulak pk nak jadi specialist atau generalist ker... Tapi kalau nak citer pasal seorang pendaki menjadi rock climbing mahir dengan ikatan tali... rasanya ini adalah advance course, seorang pendaki berjinak dengan mountain biking pun satu cabang dari kursus lanjutan... pendaki gunung menyertai white water rafting, pun oleh kerana jeram pun dekat dalam hutan... apa pun mesti lah ter accident dengan punca asal yang satu..... Cuma bagaimana seseorang ber EVOLUSI dengan satu aktiviti bermula dengan satu jua.... Tapi ini dari sudut pandangan Moden kan kan kan kan... Kalau kita ambil perspektif dari ANAK KAMPUNG pulak.... tracking masuk hutan belakang rumah dah dipraktikkan sejak selepas tau berjalan, dan dapat lesen untuk bermain, dapat lesen mandi sungai dan berenang, dapat lesen memburu sambil pegang lastik... abiisss ayam orang kampung pasal apa ajer datang bertandang depan mata memang silap banyak laaa hahahahaha..... habis musim melastik, maka tiba pulak proses memancing, belajar mengikat mata kail, mencari joran, mencari umpan.... jadi sifat NATURAL LIFE terbit sendiri.... cuma KURSUS LANJUTAN berbeza iaitu budak kampung yang mahir dalam ilmu hutan akan mempelajari "SILAT", berkompang, ghazal, segala apa yang memang boleh didapati senang di Kampung... jadi dengan bersilat, memupuk kesabaran dan kerohanian lebih mantap... Tetapi apa yang lebih menarik oleh kerana sifat JASMANI yang memang dah sejak dilahirkan memang lasak dan tak makan saman, maka segala dugaan dan cabaran bersifat lanjutan ini dah dikira macam pemantapan ilmu,,

Tapi aku ni yang jenis kedua laa kot.... Teraccident dengan perkara yang tidak dirancang... last sekali hanya menerus kan ajer apa yang dah ada... takder pun merancang nak jadi specialist atau generalist.. takder pulak berangan selepas dari satu pelajaran, membuat perancangan nak cuba perkara baru.... cuma yang memantapkan satu penceritaan ialah pengalaman.... Apabila dah besar dan melangkah ke Tamadun yang lebih organize, maka terminologi atau metodologi ni hanya sebingkis dan sekilas untuk dipermoden kan sahaja... apa ajer ikatan yang dah memang di apply kan kat kampung takder nama, tapi bila di luar Oooo ini nama ikatan ni yer.....

Untuk pengetahuan ilmu pulak.... kalau ikut kata orang orang tua yang dah terlebih dahulu pergi dahulu, yang banyak falsafah kemelayuan seperti "aku makan garam dulu dari kau"... dia orang banyak berpesan laa pada aku dan mengingatkan aku..... Jangan lupa... ilmu tuhan ni luas... kamu tak akan abis belajar... apa yang kamu ada dan dapat ni sikit sangat... tapi yang nampak mantap cuma orang ajer menghukumnya.... Jadinya... mereka memperingatkan aku jangan takbur dengan ilmu yang ada, sentiasa lah merendah diri, jangan nak memperbandingkan atau suka suka hati nak mencabar dengan ilmu tak seberapa.... Beringat akan sentiasa membuat kita tidak sombong dan akan membantu orang yang memerlukan bantuan....

Kesimpulan:- aku pun tak tahu dan aku tak ambil kisah kot pasal nak jadi specialist atau generalist... kalau ada orang kata aku jenis macam ni aku terima ajer... pasal aku takder pun nak mengejar perkara sebegini... Tapi bab penekanan ilmu, ingat lah pengalaman dan ilmu kita ni sikit sangat... walau ditimpa dengan pelbagai bencana dalam bentuk baru.... dia takkan abis dan sentiasa laa berwaspada... Jangan biar kan diri anda selesa pada sesuatu tempat.... makin lama anda berada disuatu tempat, makin anda diuji.... tetapi bak kata orang orang tua dulu... kalau dah selesa beramai.. maka sesekali kena ingat yang diri akan keseorangan... tak kira laa di bandar ke atau hutan atau di mana mana.... tetapi memang mantap peringatan ini... ilmu seluas alam tapi tidak dapat diguna juga sampai waktunya... diharap segala apa yang dikongsi dapat bersama sama menafaatkan didalam segala segi

User avatar
mizi
Kerabat Gunung
Posts: 1308
Joined: 17 Jul 2006, 15:22
Location: perlis
Contact:

Re: Outdoorians-"generalist" atau "Specialist"

Post by mizi »

specelist ka generist ka x pulak terpikir...yg aku tau mo mendaki gng pon buleh,nak manjat pokok pon bule,nak kayuh gerek pon bule,nak ubat diri sendiri pon bule..buat apa yg kita suka..tp kalu ada yl chumel2 lagi aku suka hahaha :lidah:
climb long trail
p11at

al_razy89
Pendaki Gunung
Posts: 50
Joined: 23 Apr 2010, 04:42
Contact:

Re: Outdoorians-"generalist" atau "Specialist"

Post by al_razy89 »

to be a good leader-Generalist or specialist?
"aku menulis bukan kerna nama"
http://metainfo.multiply.com

User avatar
aliph
Pendaki Gunung
Posts: 167
Joined: 16 Feb 2011, 15:28

Re: Outdoorians-"generalist" atau "Specialist"

Post by aliph »

sokongan penuh buat mu abg mizi
yang pentinggggg YL .....jeng3x
9W2 VCR
MARES
'BeTtEr To LiGhT A MuTiArA HiTaM ThAn To CuRsE A DaRkNeSs'

User avatar
JeNaL
Pentadbiran
Posts: 1758
Joined: 27 Mar 2007, 16:07
Location: sri kembangan
Contact:

Re: Outdoorians-"generalist" atau "Specialist"

Post by JeNaL »

al_razy89 wrote:to be a good leader-Generalist or specialist?
leadership adalah kepimpinan

sifat kepimpinan pun nak kena tau juga (panjang nak cerita)

ilmu adalah sesuatu yang kita perlu pelajari dari masa ke semasa. adakalanya kita belajar dari orang bawahan kita.

prinsip asas, sikap dan akhlak juga memainkan peranan penting dlm kepimpinan

asasnya apa yg nak ditekankan adalah sikap ingin tahu dan sentiasa membaca dan belajar. iklim dunia kini sudah berubah, dgn adanya teknology ilmu hanya dihujung jari kepada yg inginkannya. kita akan ketinggalan jika masih mengharap akan kemasinan garam yg hanya dibekalkan kepada kita.

untuk menjawab : generalist atau specialist, bagi saya ianya mengikut masa dan keadaan, kita tak daya untuk semuanya, itulah pentingnya permuafakatan dan persefahaman. sesuatu endermic itu ada tujuan dan fungsinya ditempatnya.
--· ··- -· ··- -· --· --- -· ·-·· ·· -· ·
W a r i s a n K h a z a n a h P e r g u n u n g a n
·--- · -· ·- ·-··
Pentadbir GunungOnline
9W2WZL
http://jenal.multiply.com

User avatar
orga
Senator Gunung
Posts: 2088
Joined: 05 Dec 2005, 22:09
Location: n9 & melaka
Contact:

Re: Outdoorians-"generalist" atau "Specialist"

Post by orga »

panjang pulak kalo aqu kupas isik ni satu2 nih..

mungkin pilihan aqu lain..pendekata aqu pilih C. 2-2 bukan pilihan..
ImageImageImage

nazryst
Pendaki Terlampau
Posts: 650
Joined: 16 Feb 2006, 12:17
Location: Natural Geography
Contact:

Re: Outdoorians-"generalist" atau "Specialist"

Post by nazryst »

Good leader dalam outdoor ni tersangat lah luas pengertiannya,

Kadang kadang aahhh... ini leader bleh jadi demokrasi woo... pastu tetiba kang dia jadi ditaktor... ada pulak bila situasi agak tegang sikit dia jadi komunis... tapi paling malang bila situasi semua dah darurat.... tetiba transform jadi decepticon... "kuku besi" pun boleh gakk.... tapi bang, aplikasi leadership ni tenguk masyarakat jugak laa... kena dapat team sengal... memang sengal semaksimum... kalau dapat yang betol mantap, semua akan bertindak tanpa arahan tanpa remote control... tau ajer apa nak buat...

kambinggurun
Senator Gunung
Posts: 557
Joined: 26 Jan 2006, 23:01
Location: gua kayu batu
Contact:

Re: Outdoorians-"generalist" atau "Specialist"

Post by kambinggurun »

outdoorist a baru bunyi cam obses sket ngan outdoor.. wakaka!

orga kasi cite la jgn malu2.. ai nk dengar nihh...
::SRC-Total Outdoor::

User avatar
orga
Senator Gunung
Posts: 2088
Joined: 05 Dec 2005, 22:09
Location: n9 & melaka
Contact:

Re: Outdoorians-"generalist" atau "Specialist"

Post by orga »

kambinggurun wrote:outdoorist a baru bunyi cam obses sket ngan outdoor.. wakaka!

orga kasi cite la jgn malu2.. ai nk dengar nihh...
ko ni saje je KG kan, byk2 org ko soh aqu gak ye..

ok jap..

aqu rasa ni lebe pd persoalan ideologi utk penggiat2 outdoor..kita amik skop pendaki gng je la k..aqu andaikan generalist digambarkan sbg seorg yg tau skek2 pasal first aid, tau skek pasal survival, tau skek pasal navigasi..manakala specialist sbg seorg yg pakar samada dlm survival, pakar dlm navigasi atau sebagainya..

soalnya bila kita beri gelaran kolompok2 tertentu sbg generalist atau specialist, ilmu outdoor itu tidak akan subur dan berkembang..sbb akan nampak ilmu itu ada penghujungnya..bila mau vision pergi lebe jauh, maka misi perlu lebe pelbagai..yg kita harapkan ialah pendaki gng yg pakar dlm semua bidang..

geruh didalam hutan tidak semestinya kita akan hadapi secara berkumpulan..ada masanya kita akan diuji secara berseorangan..dlm keadaan begini, dlm kelompok mana yg akan ada keterbolehan survive?..deduanya tidak..tetapi jika ideologi yg diterapkan ialah pakar dlm semua bidang, keterbolehannya adalah lebe baek..

meletakkan pendaki dlm kelompok generalist atau specialist pd aqu ideologi yg terlalu westernised..jika meletakkan junjungan besar sbg kualiti seorg leader yg diikuti, maka vision yg perlu diletakkan ialah pakar dlm segala bidang..usaha ke arah tu perlu ada supaya pendaki tidak menyempitkan ideologi atau berasa cukup ilmu dgn apa yg ada..ilmu perlu subur dan berkembang..

sbb tu aqu pilih C : bukan kedua2nya..
ImageImageImage

User avatar
JeNaL
Pentadbiran
Posts: 1758
Joined: 27 Mar 2007, 16:07
Location: sri kembangan
Contact:

Re: Outdoorians-"generalist" atau "Specialist"

Post by JeNaL »

yup orga,

oleh itu menimba ilmu dan terus menimba ilmu.... walaupun sebenarnya ilmu senang kita jumpa dan perolehi sekarang ini tapi masih sukar kita pahami....
--· ··- -· ··- -· --· --- -· ·-·· ·· -· ·
W a r i s a n K h a z a n a h P e r g u n u n g a n
·--- · -· ·- ·-··
Pentadbir GunungOnline
9W2WZL
http://jenal.multiply.com

nazryst
Pendaki Terlampau
Posts: 650
Joined: 16 Feb 2006, 12:17
Location: Natural Geography
Contact:

Re: Outdoorians-"generalist" atau "Specialist"

Post by nazryst »

memang laa jenal... tenguk ajer ilmu yang mudah, macam bertegur sapa, memberi salam... mana ada orang praktikkan dah... cuba kau tracking kat track balak nuang tu... awak punya laa melemparkan senyuman yang paling manis dan mengangkat kepada, pastu kabar di tanya... haram nak jawab tu... hehehehe macam tak ikhlas ajer apa yang aku buat kan... tapi kalau tengah pangok awak paham jugak laa kan tak bleh nak jawab sebab mengambik nafas... tapi entah laaa... kenkadang ada jugak terfikir... muka aku ni ada macam perogol bersiri ke... aduyai... ahhh boh layan laa kan... kadang kadang bila tiba kat pondok rehat... bukan nak ajak duduk dulu ker... singgah ker... macam makcik makcik kat kampong yang ajak berhenti singgah buat ketupat tu.... ish ish ish susah sangat ke ringan kan mulut... ini macam punya perangai ada baik aku hantar kau ke pasir berdengung...hahahaha... jadi specialist pun tak guna ya tak.... perkara ni aku tak tuju kat sape sape tau... cuma luahan rasa

Lt.Cmdr. Kamal Ariffin
Kerabat Gunung
Posts: 1318
Joined: 12 Jan 2006, 11:43
Location: Gunung Bawah Laut
Contact:

Re: Outdoorians-"generalist" atau "Specialist"

Post by Lt.Cmdr. Kamal Ariffin »

Nazry
Kalau muka Perogol Bersiri kira OK la sebab kalau tak hensem mana boleh sampai jadi perogol. Kira hensem tahap gaban baru buleh jadi perogol :kah:

nazryst
Pendaki Terlampau
Posts: 650
Joined: 16 Feb 2006, 12:17
Location: Natural Geography
Contact:

Re: Outdoorians-"generalist" atau "Specialist"

Post by nazryst »

Lt.Cmdr. Kamal Ariffin wrote:Nazry
Kalau muka Perogol Bersiri kira OK la sebab kalau tak hensem mana boleh sampai jadi perogol. Kira hensem tahap gaban baru buleh jadi perogol :kah:
cehhh sempat lagi placing.... dulu ada apply laa bangg... kena reject peringkat saringan pertama..... ni cuba appeal kali 8 pulak.... hahahaha siot ajer...

User avatar
azlinazaini
Pendaki Gunung
Posts: 61
Joined: 20 Feb 2009, 10:35
Location: kl
Contact:

Re: Outdoorians-"generalist" atau "Specialist"

Post by azlinazaini »

nazryst wrote:
Lt.Cmdr. Kamal Ariffin wrote:Nazry
Kalau muka Perogol Bersiri kira OK la sebab kalau tak hensem mana boleh sampai jadi perogol. Kira hensem tahap gaban baru buleh jadi perogol :kah:
cehhh sempat lagi placing.... dulu ada apply laa bangg... kena reject peringkat saringan pertama..... ni cuba appeal kali 8 pulak.... hahahaha siot ajer...
ada kawan lyn cakap... ilmu yg kita suka..klu ditimba2 semakin haus jadinya...
ceduk jek dari pelbagai sudut... lagi ramai org kita jumpa... lagi sensitif sebenarnya jiwa kita kepada alam semester.... insya ALLAH....

Lt.Cmdr. Kamal Ariffin
Kerabat Gunung
Posts: 1318
Joined: 12 Jan 2006, 11:43
Location: Gunung Bawah Laut
Contact:

Re: Outdoorians-"generalist" atau "Specialist"

Post by Lt.Cmdr. Kamal Ariffin »

Falsafahnya.
Lagi banyak kita belajar makin akan lagi banyak kita tidak tahu sebenarnya sebab makin banyak kita belajar makin banyak yang tertinggal dan terlupa he he he

Tokwan
Pendaki Gunung
Posts: 130
Joined: 17 Jun 2011, 14:06

Re: Outdoorians-"generalist" atau "Specialist"

Post by Tokwan »

Tokwan pulak hanya nak enoy the hobby, so I'm a "Jack of some trades, master of none"...masih kena banyak belajaq lagi walaupun dah tua.....proses pembelajaran ini tidak pernah habis, kalau kita ingat kita terer, ada lagi orang lebih terer dari kita.

Sooo...I just a general hobbyist...not an specialist nior an expert.

MOSS
Pendaki Gunung
Posts: 8
Joined: 10 Feb 2008, 12:56

Re: Outdoorians-"generalist" atau "Specialist"

Post by MOSS »

lagi bagus jika kita tahu pelbagai perkara di muka bumi ini,

User avatar
irmuaaz
Pendaki Hebat
Posts: 360
Joined: 18 May 2011, 00:49
Location: Seri Kembangan
Contact:

Re: Outdoorians-"generalist" atau "Specialist"

Post by irmuaaz »

Aku ada phase lah benda yang aku buat. Mula hiking sahaja dengan member2 panjat gunung. Pastu pulak ada kejap main tali indoor pasal senang boleh pergi climbing hall je main. Hujan pun boleh panjat gak haha. Lepas main tali main via ferrata lak. Lepas via ferrata sibuk buat kayak/canoe journey lak. Lepas tu alih pulak ke ice climbing tapi sejuk ah menyampah aku jenis orang tangan dengan kaki selalu sejuk. Pastu dalam khemah semua benda basah. Dah cukup ice climbing aku start solo long range multiple days tapi ada resupply. Dah cukup solo tak puas hati buat pulak solo no resupply unsupported lak. Bila dah balik Mesia balik aku kayak balik. Skrg aku rasa dah tak alih dah kot main kayak je pasal dah ada family. Senang bwk keluarga/budak/baby kalau berkayak.
Muaaz Mohamad Nor
Footsteps Travel and Outdoor Gear
www.footsteps.com.my
info@footsteps.com.my

User avatar
adventure inc
Pendaki Tegar
Posts: 222
Joined: 27 May 2009, 23:51
Location: penang hill, my

Re: Outdoorians-"generalist" atau "Specialist"

Post by adventure inc »

mizi wrote:specelist ka generist ka x pulak terpikir...yg aku tau mo mendaki gng pon buleh,nak manjat pokok pon bule,nak kayuh gerek pon bule,nak ubat diri sendiri pon bule..buat apa yg kita suka..tp kalu ada yl chumel2 lagi aku suka hahaha :lidah:
aku pulak sama la cam abam mizi nih.. bab ilmu nie, blajar sampai bila pun tak abis kannn
:: DOUBT :: FEAR :: EXCUSES ::
the mountain is not the only thing you conquer - never stop xploring

User avatar
forestgump
Pendaki Terlampau
Posts: 520
Joined: 19 Apr 2006, 20:17
Location: KL
Contact:

Re: Outdoorians-"generalist" atau "Specialist"

Post by forestgump »

Mula2 generalist....lama2 dengan pengalaman dan rujukan dari orang2 lama...specialist.
Kalau umur tetap tak berganjak....jadi generalistlah - serba bolehlah :lol:
Bila pelincir di lutut dah mula kering....specialistlah bro...orang muda pulak jadi generalist.
Tapi jadi specialist tak pernah mudah :cry:
The worst day in the jungles is ALWAYS better than the best day in office!

Post Reply