KOMUNITI FAUNA HUTAN HUJAN TROPIKA (M'SIA)

Klinik Gunung • Khas untuk ruangan diskusi ilmu pergunungan sahaja.

Moderator: orga

User avatar
Rob
Pendaki Sondol
Posts: 467
Joined: 07 Dec 2005, 03:05
Location: blakang skali

KOMUNITI FAUNA HUTAN HUJAN TROPIKA (M'SIA)

Postby Rob » 08 Sep 2006, 06:57

KOMUNITI FAUNA HUTAN HUJAN TROPIKA

Hutan merupakan satu habitat yang dapat menyediakan tempat kediaman pelbagai fauna. Hutan hujan tropika di semenanjung Malaysia mempunyai komuniti fauna yang pelbagai. Telah dianggarkan terdapat lebih 800 spesies vertebrata, 2,000,080,000 intvertebrata di samping itu juga terdapat 200 spesies mamalia, 60 jenis burung, 150 spesies reptilia dan 40 spesies amfibia.

Secara amnya, komuniti haiwan hutan hujan tropika adalah dikelaskan seperti berikut:

Tingkat melampaui silara:
- Burung, Kelawar pemangsa serangga dan haiwan karnivora

Atas Silara
- Burung dan Mamalia yang hidup dengan memakan daun, buah buahan dan dalam keadaan tertentu mendapat bekalan madu dan juga serangga.

Haiwan terbang di bahagian tengah silara
- burung burung dan kelawar pemangsa serangga

Haiwan dibahagian tengah silara
- Mamalia pemakan pelbagai jenis makanan, begerak bebas diatas dan dibawah batang pokok dari bahagian silara hingga ke permukaan tanah seperti tupai dan primat.

haiwan besar silara
- Herbivora seperti gajah dan karnivora seperti harimau.

haiwan kecil dan haiwan besar di tingkat bawah silara
- Mamalia dan burung yang memakan pelbagai jenis makanan di lantai lantai hutan. Kebanyakan haiwan adalah jenis pemakan serangga, tumbuhan atau kedua duanya. terdapat juga beberapa spesies herbivora dan karnivora.


Haiwan - haiwan didalam hutan hujan tropika menghuni tempat tempat yang berbeza mengikut punca sumber makanan yang ada. Ia juga dipisahkan oleh faktor faktor habitat abiotik dan aktivitinya. terdapat banyak perbezaan diantara fauna hutan pamah dan hutan bukit.

Seranggan memainkan peranan penting dalam ekosistem hutan. Ia bertindak sebagai agen pendebungaan, agen pereputan dan meliputi parasit tumbuhan dan haiwan. selain daripada itu, ia juga menjadi sumber makanan bagi haiwan lain seperti burung dan tenggiling.



Bersambung....
next topic - FAUNA DI HUTAN HUJAN TROPIKA
Last edited by Rob on 10 Sep 2006, 06:10, edited 1 time in total.
Ya ALLAH.. limpahkanlah kesabaran kepada kami,
dan matikan kami dalam keadaan islam.. (Al-A'raaf: 126)

User avatar
Rob
Pendaki Sondol
Posts: 467
Joined: 07 Dec 2005, 03:05
Location: blakang skali

Postby Rob » 10 Sep 2006, 06:01

sambungan...


FAUNA DI HUTAN HUJAN TROPIKA

Hutan hujan tropika merupakan warisan negara yang kaya dengan kepelbagaian biologi. Sehingga kini terdapat 2 spesies mamalia, 625 spesies burung, 110 spesies ular dan 150,000 spesies serangga dimana 1,008 spisies daripadanya adalah kupu kupu dan rama rama telah dikenal pasti dari hutan kita.

Spisies - spesies di semenanjung Malaysia diletakan dibawah 32 famili dan 11 kumpulan order. spesies yang paling banyak diwakili dalam satu satu kumpulan adalah kelawar iaitu kumpulan Chiroptera dengan 84 spesies daripada 7 famili. Ia diikuti oleh kumpulan Rodentia dengan 4 famili dan 55 spesies dan seterusnya kumpulan karnivora dengan 5 famili dan 30 spesies. Kumpulan Probocideae, Pholidota dan Dermoptera pula hanya diwakili oleh 1 famili dan satu spesies sahaja.

Kumpulan kumpulan lain seperti Insectivora, Scadentia, Primates, Perrissodactyla dan Ariodactyla mengandungi sekurang kurangnya 2 famili dan 3 spesies.

Spesies burung yang terdapat di malaysia pula terdiri daripada spesies-spesies burung tempatan dan burung burung berhijrah. Daripada 625 spesies burung yang terdapat di Malaysia, 2 jenis daripadanya tidak terdapat di tempat lain didunia kecuali di Semenanjung Malaysia sahaja, dan 13 spesies lagi hanya dijumpai di borneo.

Kebanyakan burung burung ini tinggal di gunung dan hanya ditemui di kawasan yang terhad. Spesies - spesies yang lain tersebar meluas dan terdapat juga di beberapa negara jiran. Burung burung berhijrah kebiasaannya akan datang ke Malaysia di antara bulan September hingga Mac iaitu semasa kawasan utara mengalami musim dinging. Kira kira 60,000 hingga 100,000 ekor burung kedidi melalui semenanjung malaysia setiap tahun.
Ya ALLAH.. limpahkanlah kesabaran kepada kami,
dan matikan kami dalam keadaan islam.. (Al-A'raaf: 126)

User avatar
rat-tat-tat
Pendaki Hebat
Posts: 369
Joined: 29 Mar 2006, 19:19
Location: The Cat's Eye Nebula
Contact:

Postby rat-tat-tat » 22 Sep 2006, 09:27

teringat perjalanan dari korbu ke gayong..
encik rob kasi penerangan pasal pokok² kat utan..periuk kera lagi aper ntah...

terasa mcm pelancong pLak dibawak jenjalan :D :arrow: :)
Image

zill
Pendaki Gunung
Posts: 2
Joined: 07 Sep 2006, 17:48
Location: hijau bumi tuhan......

hidupan binatang gunung...

Postby zill » 28 Sep 2006, 23:28

Allo brader rob........
mm...aku zill@shazil...
tq invite msk gnungonline...
heheh....rob, persoalannya :

citer sikit pasal hidupan-hidupan binatang di puncak gunung yang bleh mengancam keselamatan pendaki2 gnung....


:? heheh..jawab jawab.......



:!: mm.....jauh...............

User avatar
JeNaL
Pentadbiran
Posts: 1758
Joined: 27 Mar 2007, 16:07
Location: sri kembangan
Contact:

Postby JeNaL » 14 Jun 2007, 13:55

Di Malaysia terdapat 280 dari 4,600 spesis haiwan kelas mamalia di dunia dan dari jumlah itu sejumlah 210 spesis di Semananjung Malaysia dan 220 spesis di Sabah dan Sarawak.

Ini adalah sebahagian sumbangan kecil aku bagi kita mengenali lebih dekat akan haiwan yang berada disekeliling kita yang makin hari menghadapi ancaman kepupusan.

Image
ORANG UTAN (Pongo pygmaeus)
Di Malaysia hanya terdapat di Sabah dan Sarawak.
Popolasi = +/-20,000 di Sabah dan +/-2,000 di Sarawak.
Habitat = Hutan hujan yang kurang dari 1000 meter aras laut
Jantan tinggal secara tunggal dan bersama yang betina cuma semasa waktu mengawan, manakala yang betina bergerak dengan anaknya sehingga 6 tahun sebelum melahirkan anak yang lain. Orang Utan yang masih muda amat terdedah kepada bahaya seperti harimau dahan dan ular sawa. Berat Orang Utan boleh mencecah hampir 100kg dengan ketinggian hampir 1.4m atau 2.4m bila tangan bergayut, manakala hayatnya boleh menjangkau sehingga 30tahun. Diet hariannya seperti buah-buahan (61%), daun, bunga dan seranggga.
Pada tahun 1964 Pusat Pemuliharaan Orang Utan Di Sepilok dibuka.

Image
Malayan Sun Bear (Helarctos malayanus)
Beruang yang terdapat antara yang terkecil dalam tujuh spesisnya di dunia. Bergerak aktif diwaktu siang. Boleh memanjat pokok. Antara dietnya termasuk tumbuhan dan serangga terutamanya anai-anai. Biasanya akan mengelak dari manusia kecuali cedera atau melindungi anaknya. Amat merbahaya terutamanya memiliki gigi dan kuku yang kuat. Bersaiz 1-1.4 meter dan berat antara 27-65kg.

Image
Mouse deer (Tragulus javanicus)
Sang Kancil, mitos melayu tak dapat dipisahkan antaranya semasa kewujudan Melaka dengan peristiwa sang kancil menendang anjing buruan Parameswara ke dalam sungai. Antara kembarnya yang hampir sama rupanya adalah Napuh (Tragulus napu). Biasanya boleh dijumpai berhampiran sungai.

Image
Elephant (Elephas maximus)
Gajah, dianggarkan terdapat 119 kumpulan gajah atau 1008 ekor terdapat di Semenanjung Malaysia.

Image
Sumatran rhinocerus (Dicerorhinus sumatrensis)
Badak Sumbu, adalah badak yang paling kecil antara 5 spesisnya di dunia (2 di Africa, 3 di Asia). Selain dari badak sumbu terdapat juga badak jenis Jevan rhinoceros (Rhinocerus sondaicus) yang diklasifasikan sebagai amat-amat jarang ditemui terdapat di Malaysia. Biasanya terdapat di kawasan tanah tinggi dan boleh bergerak 4.8km dalam masa 24jam. Kini badak sumbu ini diabggarkan hanya tinggal 50ekor di Semenanjung Malaysia dan 20ekor di Sabah adalah antara spesis yang amat diancam kepupusan. Berat haiwan ini antara 500 hingga 750 kg.

Image
Seladang / Gaur (Bos gaurus)
Seladang adalah binatang kedua terbesar di Malaysia dianggarkan beratnya boleh mencecah sehingga 900kg dengan ketinggian 1.7-1.95m. Boleh didapati di India, Myanmar dan Semenanjung Malaysia dan tidak di Sabah dan Sarawak.

Image
Malayan tiger (Panthera tigris corbetti)
Harimau, berasal dari Indochina subspesis yang merangkumi dari Myanmar, Vietnam hingga ke Semenanjung Malaysia. Anggara 1992 hanya 500 ekor harimau tedapat di Malaysia yang bertaburan dari Kelantan, Terengganu, Pahang, Perak dan Johor. Bergerak aktif di waktu malam.

Image
Great argus pheasant (Argusianus argus), A male
Kuang Raya,

Image
Clouded leopard (Neofelis nebulosa)
Harimau dahan, boleh mencapai sehingga 1.65meter panjang dan 16kg berat. Terdapat di kebayakkan hutan di Malaysia dan aktif di waktu malam. Tinggal di sesatu kawasan secara berpasangan dan antara buruannya seperti kancil, anak *ditapis*, monyet, Orang Utan, landak, tikus dan burung. Boleh memburu seawal usia 3 bulan.

Image
Probocis monkey (Nasalis larvatus)
Monyet Belanda, hanya terdapat di Sabah dan Sarawak dan habitatnya di kawasan hutan bakau.

Image
Gibbon

Image
Sira Gajah, Tasik Temenggong

harap maaf kalau tersalah info. ilmu saya tak lah tinggi sgt

User avatar
rembau
Pemegang Amanah GO
Posts: 1394
Joined: 06 Dec 2005, 08:41

Postby rembau » 14 Jun 2007, 14:06

TQ bro..ni leh guna-guna ilmu niie...

pst: TQ very much CD
Dan Kami jadikan di bumi gunung-ganang yang menetapnya, supaya bumi itu tidak menggegar mereka; dan Kami jadikan di celah-celahnya jalan-jalan laluan, supaya mereka mendapat petunjuk.(Surah Al-Anbiyaa':31)

User avatar
JeNaL
Pentadbiran
Posts: 1758
Joined: 27 Mar 2007, 16:07
Location: sri kembangan
Contact:

Postby JeNaL » 02 Jul 2007, 19:34

Ada sesape tau info tentang SIRA...?

User avatar
poncho
Senator Gunung
Posts: 1890
Joined: 05 Dec 2005, 15:59
Location: southern
Contact:

Postby poncho » 03 Jul 2007, 12:37

Sira atau Jenut adalah satu lopak, sama ada kering atau berair dalam hutan yang berfungsi sebagai tempat membekalkan garam galian atau mineral kepada pelbagai spesies hidupan liar seperti rusa, kijang, gajah dan seladang.

Dipercayai air berkenaan dapat menyembuhkan pelbagai penyakit yang dihidapi oleh haiwan liar itu
if a tree falls in the woods... do all the other trees laugh at it?

Image Mounthopper

User avatar
JeNaL
Pentadbiran
Posts: 1758
Joined: 27 Mar 2007, 16:07
Location: sri kembangan
Contact:

Postby JeNaL » 03 Jul 2007, 13:59

Sira atau Jenut adalah satu lopak, sama ada kering atau berair dalam hutan yang berfungsi sebagai tempat membekalkan garam galian atau mineral kepada pelbagai spesies hidupan liar seperti rusa, kijang, gajah dan seladang.

Dipercayai air berkenaan dapat menyembuhkan pelbagai penyakit yang dihidapi oleh haiwan liar itu
ko ada tempat2 dia tak

User avatar
poncho
Senator Gunung
Posts: 1890
Joined: 05 Dec 2005, 15:59
Location: southern
Contact:

Postby poncho » 03 Jul 2007, 14:46

Sira ataupun jenut secara amnya dijumpai di kawasan hutan yang luas dan tidak terganggu, seperti Taman Negara dan Taman Negeri Royal Belum. Ia memainkan peranan yang penting dalam membekalkan garam galian kepada pelbagai spesis hidupan liar, terutamanya mamalia herbivor, untuk menjaga kesihatan dan membantu penghadaman makanan. Sira di Semenanjung Malaysia belum lagi dikaji dengan terperinci, selain daripada analisa-analisa mineral yang telah dijalankan berhubungan dengan siasatan geologi.

Hutan Simpan Ulu Muda di Negeri Kedah merupakan suatu kawasan yang amat istimewa untuk pemuliharaan hidupan liar dan telah mendapat perhatian oleh kerana kepadatan siranya yang tinggi. Salah satu sira yang terbesar dan paling unik di Ulu Muda ialah Sira Air Hangat, yang merupakan gabungan sira dan punca air panas. Bagaimanapun, ia
menghadapi berbagai tekanan dan ancaman termasuk kegiatan pemburuan haram dan aktiviti pelancongan yang tidak terkawal.
Kajian ini diadakan khususnya untuk memberi syor-syor yang praktikal berhubung garispanduan pengurusan sira, dengan tumpuan khusus kepada Sira Air Hangat.

Berpandukan maklumat yang diperolehi, satu kesimpulan yang boleh dibuat ialah pelbagai spesis hidupan liar, termasuk spesis nadir dan terancam, bergantung kepada sira di dalam kawasan berhutan untuk melengkapi pemakanan mereka. Oleh yang demikian, sira memainkan peranan yang amat penting dalam pemuliharaan hidupan liar. Walaupun
terdapat peruntukan dalam undang-undang di Malaysia untuk Perlindungan sira, khususnya Akta Perlindungan Hidupan Liar 1972 (Semenanjung Malaysia) dan Enakmen Pemuliharaan Hidupan Liar 1997 (Sabah), keutamaan harus diberikan kepada peningkatan dalam penguatkuasaan undang-undang tersebut.

Sira juga mempunyai potensi pelancongan yang tinggi oleh kerana kebarangkalian melihat hidupan liar di situ adalah agak tinggi. Potensi ini telah dieksploitasi di pelbagai lokasi di merata dunia (termasuk di Taman Negara), berdasarkan analisa bahan rujukan yang dijalankan di bawah kajian ini.

Pelancongan berlandaskan alam semulajadi yang melibatkan pengunjungan ke sira boleh dipromosikan dengan cara yang bertanggungjawab untuk memastikan gangguan yang minima kepada sira dan hidupan liar. Dalam pada itu, pembinaan ran ataupun menara
pandang dengan rekabentuk yang sesuai adalah suatu langkah yang kerap digunakan
dari sumber - http://www.panda.org/

bro, kat Semenanjung Malaysia sahaja ade banyak gile kawasan Sira/Jenut nih. nak list semua mmg makan masa tapi try list sikit-sikit dulu aa. ini yang rasmi atau diketahui umum lah, yang terceruk dan hanya pihak Ranjer yang tau tuh memang banyak amat. cuma tiada statement rasmi kot

kat Royal Belum - Jenut Rambai, Kejar, Atap, Batu, Papan dan Kuak
Hutan Simpan Ulu Muda, Sik (area Lata Belacan) - Sira Air Panas, Sira Keladi, Sira Bongor, Sira Pongsu, Sira Jawa, Sira Periok, Sira Air Putih dan Sira Batu Kumbar
Taman Negara Pahang - Jenut Belau
if a tree falls in the woods... do all the other trees laugh at it?

Image Mounthopper

User avatar
JeNaL
Pentadbiran
Posts: 1758
Joined: 27 Mar 2007, 16:07
Location: sri kembangan
Contact:

Postby JeNaL » 04 Jul 2007, 19:46

yg aku tau la.. kat sira nie gak selalunya geng pemburu haram nak tembak binatang yg depa nak....

User avatar
JeNaL
Pentadbiran
Posts: 1758
Joined: 27 Mar 2007, 16:07
Location: sri kembangan
Contact:

Postby JeNaL » 04 Jul 2007, 19:56

nie gambaq aku ambik kat tasik temenggor

Sira Gajah
Image

aku rasa yg kat Ulu Muda tu aku ada la gi kat Sira Air Panas, Sira Batu dan satu lagi tu aku dah tak ingat dah.....pi skali je

oh ya aku ada gi lagi kat tasik temenggong Sira Kuda, Sira Air Panas, dan ada lagi. dah tak ingat dah. pi ngan perhilitan. ada la pat lima kali

aku ada dapat info, kalau kat Endau Rompin susah nak jumpa Sira kat sana. Ada la pegawai perhilitan yg buat research pasal sira ni kata, pasal tanah kat sana, dia punya kandungan mineral dia tinggi.... hutan area endau rompin aku baru masuk area upeh guling ngan blue lagoon je...

any commen......???

kambinggurun
Senator Gunung
Posts: 557
Joined: 26 Jan 2006, 23:01
Location: gua kayu batu
Contact:

Postby kambinggurun » 05 Jul 2007, 09:03

arwah pakde ckp kat stong pun ade, tp tak sempat dulu nak pegi time aku buat "tour" kat sana.

belah2 semulian sana kot kalo tak silap aku.. ntah aku pon dah lupe die cite byk sgt..
::SRC-Total Outdoor::

betterman
Pemegang Amanah GO
Posts: 2828
Joined: 04 Dec 2005, 08:39
Location: Bawah beirut
Contact:

Postby betterman » 06 Jul 2007, 01:17

sapa pernah gi layan sira kat mana-mana hutan?
pernah nampak ke binatang??
Getting to the summit is optional, getting down is mandatory...

User avatar
orga
Senator Gunung
Posts: 2088
Joined: 05 Dec 2005, 22:09
Location: n9 & melaka
Contact:

Postby orga » 09 Jul 2007, 20:19

sira, jenut dan taram..tu sama ertinya bg tempat yg membekalkan mineral kt haiwan2 dlm utan..tp kalo ikot penduduk2 setempat nama2 ni ada beza2nya..

dr pengalaman sempit bro,sira ni byk kt area2 utara..area2 belah gubir, segenting karunai n belah2 sempadan siam..sira air panas pon byk..tp dr pemerhatian bro, ada binatang yg beza2 pilih jenut yg dorang suka..bro penah amik sampel air di sira air panas area2 sempadan..tinggi sgt kandungan sulfur,tu sbb panas..tp kalo ikut tapak kaki binatang yg ada, sira camni lg byk binatang lepak ikut umor ( payah sgt la bro nk terangkan kt sini sbb apa)..

kalo kt area banjaran bintang lebe kuang sama je cam kt hutan belom..jd setting binatang ni dr segi timing nk lepak sama je..cuma sira je yg payah skek nk jumpa n beza..

kt area hutan pahang..bilangan sira kt belah utara lg byk dr belah selatan..n makin payah nk cari..tp timing binatang mmg beza skek dr setting binatang kt belom..

paling power kt endau rompin..kt sini tader sira, jenut atau taram..sama cam kt belah2 hutan santubong n bako kt Sarawak..permainan binatang pon beza skek area2 nih..dedulu pon bro penah tekena kt endau rompin nih..tp lepas banjir baru nih, binatang kt endau rompin ni lg power2..binatang yg x penah nampak pon ada..timing,setting atau apa2 ttg binatang ni lg payah nk predict..bro tatau nk terang camne..d most unpredictable area pd pendapat bro..

kalo nk main binatang, pd bro lg elok kalo berdasarkan pengalaman sendiri..kadang2 x sumer yg kita baca tu betol..yg betol kalo kita alami,rasa atau perati lalu huraikan sendiri..

pendapat bro je ni..belum kesempatan perati abis kt sumer area..korek if im wrong
ImageImageImage

User avatar
mizi
Kerabat Gunung
Posts: 1308
Joined: 17 Jul 2006, 15:22
Location: perlis
Contact:

Postby mizi » 10 Jul 2007, 09:23

sapa pernah gi layan sira kat mana-mana hutan?
pernah nampak ke binatang??
mau p ka ini sira...kat kg aku ada banyak(Hutan Simpan Ulu Muda, Sik (area Lata Belacan) - Sira Air Panas, Sira Keladi, Sira Bongor, Sira Pongsu, Sira Jawa, Sira Periok, Sira Air Putih dan Sira Batu Kumbar)

betterman
Pemegang Amanah GO
Posts: 2828
Joined: 04 Dec 2005, 08:39
Location: Bawah beirut
Contact:

Postby betterman » 10 Jul 2007, 15:03

nampak binatang apa mizi??
Getting to the summit is optional, getting down is mandatory...

User avatar
orga
Senator Gunung
Posts: 2088
Joined: 05 Dec 2005, 22:09
Location: n9 & melaka
Contact:

Postby orga » 27 Jul 2007, 21:59

mizi..skang ko dok area sik ka..?
slalu gak ke situ..
ImageImageImage

hunniebell
Pendaki Gunung
Posts: 2
Joined: 14 Feb 2011, 07:32

Re: KOMUNITI FAUNA HUTAN HUJAN TROPIKA (M'SIA)

Postby hunniebell » 14 Feb 2011, 23:25

hye hye hye!!!!tempat ape yg korang dah pegi yea?????

User avatar
JeNaL
Pentadbiran
Posts: 1758
Joined: 27 Mar 2007, 16:07
Location: sri kembangan
Contact:

Re: KOMUNITI FAUNA HUTAN HUJAN TROPIKA (M'SIA)

Postby JeNaL » 25 Oct 2011, 23:36

lepas raya haji, aku ada projek kat sira... mungkin berkampung 2 minggu kat area royal belum
--· ··- -· ··- -· --· --- -· ·-·· ·· -· ·
W a r i s a n K h a z a n a h P e r g u n u n g a n
·--- · -· ·- ·-··
Pentadbir GunungOnline
9W2WZL
http://jenal.multiply.com

User avatar
shahrul
Senator Gunung
Posts: 819
Joined: 25 Apr 2011, 08:21
Location: streets of uptown

Re: KOMUNITI FAUNA HUTAN HUJAN TROPIKA (M'SIA)

Postby shahrul » 25 Apr 2012, 22:52

_________________
_________________


Return to “Klinik Gunung”

Who is online

Users browsing this forum: No registered users and 1 guest

cron