Patutkah Upah Pemandu Arah dinaikkan???

Isu-isu & gossip berkaitan dengan aktiviti luar

Moderator: kambinggurun

User avatar
rembau
Pemegang Amanah GO
Posts: 1394
Joined: 06 Dec 2005, 08:41

Patutkah Upah Pemandu Arah dinaikkan???

Post by rembau »

Disini saya nak tanya pendapat...perlukah upah bagi membawa kumpulan dinaikkan....bagi pelancong luar....

1.Kalau gunung tahan boleh menaikkan harga kepada penduduk tempatan kenapa tidak dinaikkan harga plak kepada pelancong luar yg mengunjungi selain Banjaran Tahan...

Kenapa??

Bagi saya :
1. IAnya merupa tulang belakang semenanjung malaysia
2. terdapat beberapa puncak yang tinggi 6000kaki selain puncak tahan
3. Cabaran ?Risiko? bla..bla.. bla

Kenapa yg patut diselaraskan??
1. Terlalu murah bagi pelancong yg membanyar upah guide ini jikalau sekadar RM150-200 sekumpulan seramai 12 org...

kira2 upah seorg sekelapa RM 10-15 /sehari...murah gilos dan kalau diambil pertukaran harga mata wang = mereka hanya bayar $5...

gilos ke...kerja ini berrisiko dan melayan seorg hanya utk $ 5 sehari?? patut ke...

Rumusan saya: Perlukah kita menetapkan harga yg minimum pada pelancong luar....

psst: local tak payah le
Dan Kami jadikan di bumi gunung-ganang yang menetapnya, supaya bumi itu tidak menggegar mereka; dan Kami jadikan di celah-celahnya jalan-jalan laluan, supaya mereka mendapat petunjuk.(Surah Al-Anbiyaa':31)

kambinggurun
Senator Gunung
Posts: 557
Joined: 26 Jan 2006, 23:01
Location: gua kayu batu
Contact:

Post by kambinggurun »

patutnye untuk pelancong luar rege kene la pakai USD ataupun euro....

sepatutnye la..

tp nanti ade risiko yang guide tak teringin dah nak layan customer local, layan foreigner lagi masyuk!!!!
::SRC-Total Outdoor::

User avatar
JeNaL
Pentadbiran
Posts: 1758
Joined: 27 Mar 2007, 16:07
Location: sri kembangan
Contact:

Post by JeNaL »


User avatar
rembau
Pemegang Amanah GO
Posts: 1394
Joined: 06 Dec 2005, 08:41

Post by rembau »

kambinggurun wrote:patutnye untuk pelancong luar rege kene la pakai USD ataupun euro....

sepatutnye la..

tp nanti ade risiko yang guide tak teringin dah nak layan customer local, layan foreigner lagi masyuk!!!!
tul jugak....tapi mungkin ada penyelesaian kot....
masalahnya ...semua down rage hingga kos bawak pelancong asing pon dah setaraf ngan Mykad...

so tak de le keistimewaan Mykad lagik :evil: ...
Yang untung pengusaha/ outdoor operator base kat luar yg ambil kesempatan bila kita sibuk turun rage sebab nak dapat trippppp :cry:

Aku mintak sangat yg menganjur / jurupandu/ team leader ke apa ke ..gi respond .... :wink:
Dan Kami jadikan di bumi gunung-ganang yang menetapnya, supaya bumi itu tidak menggegar mereka; dan Kami jadikan di celah-celahnya jalan-jalan laluan, supaya mereka mendapat petunjuk.(Surah Al-Anbiyaa':31)

kambinggurun
Senator Gunung
Posts: 557
Joined: 26 Jan 2006, 23:01
Location: gua kayu batu
Contact:

Post by kambinggurun »

bleh pow foreigner nih kat permit nak masuk utan tu kot...

tp tatau la camane kan..

kalo geng2 guide tahan yang cite sniri mekanisme pembayaran guide, mekanisme pendaftaran pendaki, itu lagi bagus...

sbb kite semua tak jelas tentang pape yang berlaku kat sana, so kite sebenrnye tak layak nak cakap pape la..takat cakap kosong bleh la layan.. :evil:
::SRC-Total Outdoor::

User avatar
sany ADALAH alger
Otai Gunung
Posts: 932
Joined: 18 Apr 2006, 09:38
Location: in the middle of jungle called KAY HELL
Contact:

Re: Patutkah Upah Pemandu Arah dinaikkan???

Post by sany ADALAH alger »

rembau wrote:Disini saya nak tanya pendapat...perlukah upah bagi membawa kumpulan dinaikkan....bagi pelancong luar....
soalan ini pernah diajukan secara personal kepada saya oleh rakan rakan pendaki yang tidak memegang kad pengenalan yang dikluarkan oleh Jabatan Pendaftaran Negara.jawapan saya tetap sama bahkan kadang-kadang berjaya mencengangkan mereka.jawapan saya adalah:

"have u ever been to Taj Mahal???u people can find the answer yerself to dat question there."

saya mengambil Taj Mahal sebagai contoh yang cukup klasik serta bernas kerna di Taj Mahal mereka memgunapakaikan sistem 'natives pay less'. pihak pentadbiran yang mempunyai kepentingan mencas harga yang berlainan tahkala ingin memasuki istana kasih Shah Jahan itu. Klau anda berasal dari negeri Uttar Pradesh tiada bayaran dikenakan :lol: tapi klau anda rakyat India tak kisahlah anda penduduk neger imana sekalipon bayaran yang murah (saya tak ingat dah brapa) akan dikenakan tetapi selagi anda dititlekan sebagai 'tourist' anda dikenakan bayaran dalam bentuk US Dolar!!

So bagi saya amatlah menyokong perbezaan harga ini. :evil:
CARPE DIEM!

krow
Senator Gunung
Posts: 179
Joined: 07 Dec 2005, 10:13

Post by krow »

Tariff lebih patut dikenakan untuk pengunjung bukan pemegang MyKad. sori to say but aku rasa ramai org SG yg masuk dan ber'kiasu' merata rata, dan juga dari negara lain. rasanya x salah, we OWN the place and it's up to US to preserve the place, so SUKATI kitorang la nak charge lebih pada org luar.

aku rasa penjelasan en. sani boi cukup berkesan.

btw ada berita terbaru tentang BAYARAN untuk masuk ke hutan LIPUR. malam ni bleh sembang..

2 sens
http://anotherkrow.multiply.com/
"its not the mountain we conquer but ourselves"
Sir Edmund Hillary

User avatar
poncho
Senator Gunung
Posts: 1890
Joined: 05 Dec 2005, 15:59
Location: southern
Contact:

Post by poncho »

patut jugak rasanya..
if a tree falls in the woods... do all the other trees laugh at it?

Image Mounthopper

User avatar
biNGai
Kerabat Gunung
Posts: 3216
Joined: 19 Dec 2005, 13:18

Post by biNGai »

patut-patut..

muzsssss..ade keje pattaim lagi takkk?? ekeke :evil:
M.A.L.A.S - Copyright © 2003-2009. All rights reserved.
"Demi langit beserta seluruh binaannya, Demi bumi serta yang ada di hamparannya, Demi jiwa dan seluruh penyempurnaannya.."

User avatar
nadir
Ahli Kehormat GO
Posts: 1586
Joined: 05 Dec 2005, 16:30
Location: Penang Darul Mamak
Contact:

Post by nadir »

s'kum,

Mengikut pendapat saya , saya tak setuju kenapa orang "luar" kena bayar lebih.

Kenapa perlukan double standard untuk orang tempatan dengan orang bukan tempatan? Kalau nak kenakan bayaran kenakanlah yang adil dan sama bagi orang tempatan dan orang bukan tempatan / asing. Tak sesuai kalau kita ambil kesempatan terhadap mereka, semata - mata sebab matawang mereka bernilai tinggi. Walaupun harga perkhidmatan itu mungkin murah bagi pelancong asing, namun itulah harga yang berpatutan yang perlu dibayar. Harga murahlah mungkin sebab mereka ingin ke negara kita.

Kalau diujudkan double standard, nanti timbul masalah pilih kasih, kerana pelancong asing bayar lebih , so lebih perhatian diberikan kepada mereka, eg diujudkan quota 20% tempatan, 80% orang asing, etc. Padahal orang tempatan pun bayar jugak. Pastu kalau nak letakkan harga tinggi kepada orang asing , padahal standard atau level of delivery sama saja.... omputeh bayar harga omputeh, tapi guide tak reti nak cakap english ...... buat apa... :roll:

Pelancong tetap pelancong, tak kira orang local atau foreigner . Kalau isu unutk conservasi, sebab tu orang luar kena bayar lebih, kenapa orang local takyah bayar unutk conservasi? Tambah - tambah yang kat mesia nih, orang localah yang banyak buang sampah dan rosakkan harta bende awam.......

Bayangkan kalau kita melacong ke negara orang lain, patu kita kena bayar lebih, hati ada suka ka? sakit wooooooo

pendapat sayalah....... :evil:
Ahmad Nadir Askandar
http://www.outdoordynamics.com.my - Buy outdoor gear online - free delivery !
Join us at FaceBook! - http://www.facebook.com/group.php?gid=340358030429

User avatar
nadir
Ahli Kehormat GO
Posts: 1586
Joined: 05 Dec 2005, 16:30
Location: Penang Darul Mamak
Contact:

Post by nadir »

Bagi contoh macam Sany ceritakan, ( pendapat saya ni, bukanya nak tembah orang :oops: ).....

Negara india terkenal dengan sistem kastanya yang terdiri dari -Brahman ( paderi ) , Kshatriya (pentadbir, pemilik tanah dan warrior), Vaishya (peniaga), Shudra ( golongan seni dan petani) dan Harijan ( untouchables). Sistem ini masih lagi diamalkan di India , dan saya tak terkejut sekiranya sistem orang luar kena bayar lebih berasal usul dari sistem kasta ini.

Tak elok bezakan orang - orang puteh ka orang india ka, orang malaysia ka , semua manusia....... kalau pelancong tu , maksudnya ada duit untuk melanconglah..... :D

Pernah dengar kata - kata "Tourism kills tourism"? bolehlah sama - sama kira beramai ramai renungkan.......
Ahmad Nadir Askandar
http://www.outdoordynamics.com.my - Buy outdoor gear online - free delivery !
Join us at FaceBook! - http://www.facebook.com/group.php?gid=340358030429

betterman
Pemegang Amanah GO
Posts: 2828
Joined: 04 Dec 2005, 08:39
Location: Bawah beirut
Contact:

Post by betterman »

good point nadir...
Getting to the summit is optional, getting down is mandatory...

User avatar
Hangar 18
Kerabat Gunung
Posts: 1356
Joined: 18 Jan 2006, 15:18
Location: Bkt Jalil
Contact:

Post by Hangar 18 »

Sy bersetuju dikenakan rate berbeza2.

apa2 pun...
apa kata kita dgr pendapat yg arif dlm agama eg; pogolix.

ttg mengenakan margin berbeza2 terhadap manusia yg berbeza untuk service/perkhidmatan yg sama.

User avatar
belakangpokok
Pendaki Gunung
Posts: 119
Joined: 06 Nov 2006, 20:10
Location: Perak
Contact:

Post by belakangpokok »

excuze...abg pulak setuju harga kasik naik sikitlah sesuai dengan situasi sekarang dimana harga semua keperluan asas turut naik ekoran sektor awam naik gaji. Tapi harga tu biarlah berpatutan. Guide pun ada anak bini jugak yang nak dibagi makan.Kenaikan harga tu pulak mestilah 'STANDARD ' dan tidak membezakan foreigners dengan local. Abg boleh bayangkanlah kalau abg buat trip, tiba-tiba dapat call dari guide last minit buat phostphone trip sebab terkejarkan 'EURO' dan 'USD' tadi. Susah ..sakit hati wooo..Kesan woooo.
Leave no trace but tracks

zumi6771
Pendaki Gunung
Posts: 27
Joined: 05 Dec 2006, 14:44
Location: Phelio Damansara

Post by zumi6771 »

:cry: Nape mesti nak membezakan bayaran utk org dlm atau org luar ?
Pendapat peribadi aku le..

Perkara ni tak sepatutnya berlaku. Kita bukan hidup zaman kasta lagi.. , dah lama merdeka dan aku memang tak paham sistem byr lain2 utk foreigner atau local ni.
Setakat negara2 yang aku dah merayau aku tak jumpa satu pun negara lain yg ade different entrance fee utk satu2 tempat pelancongan selain M'sia ni. Tak kan nak panjat gunung pun dah nak buat mcm tu jugak aku tak tahu le apa nak jadi. Bila kekawan dari luar dtg pun aku pun MALU tau :oops: Bila dia org tanya aku kenapa kena byr beza2 pulak? Ape jawapan yg patut aku beritau.. cuba korang kasik tau aku...

Hal ni tak sepatutnya kita kaitkan dgn isu $$$ yg kekunonya org luar ade lebih $$$ sebab tu le nak charge lebih . Yg byk duit buat ape susah2 masuk hutan ke.. yg masuk hutan tu mesti sebab minat depa.. silap2 keje part time cuci pingan sebab nak travel. Kalau byk duit baik pergi negara lain selain mesia ni. Depa dtg mesia pun sebab rasa kos murah dah mampu lagi. Mcm mana kita nak suruh org lawat negara kita, kalau nak charge lain2 pulak .
:evil:

Tak patut kan :!:

User avatar
rembau
Pemegang Amanah GO
Posts: 1394
Joined: 06 Dec 2005, 08:41

Post by rembau »

hujah yg menarik diberikan..syabas kepada anda....

Masalah upah guide bagi taman negeri atau negara dikawal selia baik oleh pihak pengurusan dan latihan utk menjadi guide pon diberikan...

Tapi bagaiman pula kawasan yg rezab sebagai hutan simpan/simpan kekal yang belum diwarta sebagai tanam negara.....

Adakah kualiti guide menjadi mercu tanda??

Kerenah peserta jugak menjadi tanda tanya...apakah keinginan mereka sebenarnya dalam meneroka hutan topika ini...

Perlukah gunung2 yg bukan dibawah selian taman 2 ini dipecahkan mengikut kategori tertentu....

cth...upah utk G7
upah utk Trans lain lak
upah utk bukan G7 sedikit rendah...

atau senag cite ikut kepala....atau ikut keje hari....

Apa2 pon bagi aku...Pemandu arah adalah kerja profesional kerana bukan semua orang layak jadi guide yang baik....sepadannya guide itu sendiri berusaha memajukan diri agar dapat bersaing dengan $$$ VS kualiti mereka sendiri.....

psttt: terpanjang le plak..merepek je nie....
Dan Kami jadikan di bumi gunung-ganang yang menetapnya, supaya bumi itu tidak menggegar mereka; dan Kami jadikan di celah-celahnya jalan-jalan laluan, supaya mereka mendapat petunjuk.(Surah Al-Anbiyaa':31)

adisos2002
Otai Gunung
Posts: 969
Joined: 07 Dec 2005, 07:36
Location: Semak Samun
Contact:

Post by adisos2002 »

Salam... aku pun sebenarnya terpanggil dengan apa yang diperkatakan oleh kawan2 diatas.

Selaku penyedia khidmat jurupandu dan penganjur aktiviti mendaki gunung diMalaysia TERLEBIH dahulu aku ingin nyatakan bukan sahaja bayaran yang berlainan untuk kadar LUAR NEGARA malahan untuk TEMPATAN juga perlu lebih lagi.

Kenapa harga perlu dinaikkan??
1. Sebab kos barangan harian pun dah naik
2. Sebab kos operasi pun dah naik.. (travelling)
3. Tak berbaloi dengan kerja menyabung nyawa..
4. Penat gila wooooo...
5. Dan yang paling penting sekali... memang nie harga yang tak kompetetif dipasaran buat masa kini.

Namun kenapa saya masih mengekalkan RM100 untuk tempatan dan RM110 untuk kumpulan luar negara. Sebab takda kerjasama yang rapat sesama penyedia khidmat jurupandu yang lain.. So kalau saya naik harga.. tapi depa pulak buat tawaran potong kepala.. :lol: Terutama freelancer... mati anak2 buah saya untuk cari makan.

Kadang2 tue ada orang cakap.. "alaaa brader ok la tue bayar rm100 sehari.. korang bukannya tau pasal peta.. 1st aid... survival.. tumbuhan2.. bla bla bla bla....... !!!"
Sebenarnya ada diantara guide yang bersikap malas nak citer menda tu semua sebab pada mereka... bayaran tak berbaloi dengan kerja. So cukuplah sekadar tunjuk jalan..

Kalau difikirkan jika kita sanggup bayar lebih.. inshaallah guides tersebut sendiri akan lebih berusaha kearah mendalamkan ilmu2 tersebut ataupun menurunkan pengetahuan pada 'pelanggan' mereka.

Samaada perlu dicaj lebih atau tidak pada luar negara..
SAYA katakan PERLU.
....
Ini bukan soalan berkisar pada KASTA... tapi khidmat tambahan yang perlu kita sediakan dalam ekspidisi tersebut dan 'beban tambahan' dalam suatu ekspidisi tersebut.
1. Seperti melayan kerenah yang pelbagai dari "orang asing" yang lain dari orang tempatan.
2. Kesusahan dari segi makan minum dan budaya berbeza yang memberi tekanan emosi pada guide
3. Hakikat bahawa seorang guide perlu mahir berkomunikasi dalam 'bahasa' dan 'pendekatan' yang berbeza dengan orang Malaysia
4. Keperluan kita berhubung dengan 'pihak berkuasa' tambahan bagi sebarang kes2 kecemasan.

Dan paling penting harga ditetapkan adalah dengan tujuan menggalakkan kelompok tempatan untuk mendaki dan disamping pada masa yang sama tidak "membebankan golongan asing".

Tetapi sebelum kita berani meletak caj yang lebh mahal dan berbeza.. terlebih dahulu kita perlu memperlengkapkan diri kita dengan 'KEPERLUAN' untuk menjadi seorang guide.
Bukan sahaja ILMU tapi SIKAP yang perlu ada untuk menjadi seorang guide.

Harga Cadangan dari pihak saya buat masa kini dan jika dipesetujui oleh rakan2 pendaki lain dan pengendali lain :
RM150 sehari untuk kumpulan tempatan
RM200 sehari untuk kumpulan luar Negara

Ataupun kita boleh mengenakan bayaran mengikut Gunung yang didaki.. pengkelasan Gunung boleh dibuat berdasarkan perkara dibawah :
a. View yang terdapat disitu
b. Tahap kesukaran pendakian
c. Tahap kebersihan gunung tersebut
d. Kemudahan yang disediakan
e. Kemudahan Perawatan dan Pemindahan Kecemasan
f. Lokasi Pendakian
g. Tempoh masa perjalanan..

Hmmmm itu jer pendapat saya

Muzs
SOS

next up-coming event (guides activity)
SOS ke Transtitiwangsa - 3-8July 2007 (Singaporean)
SOS ke Transtitiwangsa - 1-5Aug 2007 (Malaysian)
SOS ke Transtitiwangsa - 6-11Aug 2007 (Malaysian)
SOS ke Yong Belar - 31Aug-2Sept 2007 (Malaysian)

next open programmes (Everybody can Joined :lol: )
SOS ke White Water Rafting - 7-8July 2007 (RM160)
SOS ke Gunung Bubu - 28-29July 2007 (RM50)
<no one left behind> nolb
Berminat mendapatkan guide gunung/ teambuilding?? Contact Silver Outdoor Sports di 012-5317141atau email adisos2002@yahoo.com

User avatar
poncho
Senator Gunung
Posts: 1890
Joined: 05 Dec 2005, 15:59
Location: southern
Contact:

Post by poncho »

aiseh..brader Musz sudah post dulu aa. segan siut. aku post dari tadi tak kuar-kuar, server main tarik tali daa. ampeh. harap-harap kali nih sukses!

salam semua..

firstly, aku nak bagitau awal-awal bahawa aku nih bknnye guide atau ade kepentingan ape-ape dengan pihak guide atau kkwn kita yg bekerja sbg guide - tak kira full atau part time basis. cuma, aku rasa terpanggil utk share sedikit pendapat (berdasarkan sekelumit cuma pengalaman aku jadik gogo dulu-dulu dan luahan sebenar kkwn guide) untuk dikongsi bersama.

pada aku - mcm yang aku bagitau sebelum nih, kenaikan harga untuk pelancong luar patut jugak rasanya. tapi patut-patutlah dan seharusnya konsisten dan seiring dgn kenaikan kos semasa. konsisten means ade term atau tempoh mcm kenaikan tol yang rasional dan munasabah contohnya 2 tahun atau 3 tahun sekali - bukan berkali-kali. perlu ade harga yang standard dan stabil untuk menunjukkan harga tu adil bagi kedua-dua pihak (pihak guide tu dan pelancong luar tadi). mcm mane nak stabilkan atau buat guideline utk harga plak? soalan ini sepatutnya dijawab dengan pihak yang berkenaan (dibaca sebagai pihak yang berkuasa sesuatu kawasan tersebut) menggariskan satu panduan harga yang wajib diedarkan ke setiap pos atau pintu masuk gunung tersebut. garis panduan nih sepatutnya diupdate setiap tahun dan disahkan digunapakai oleh setiap pihak terlibat. tanpa garis panduan mcm nih, berlakulah ape yang dikatakan sistem kasta, pilih bulu atau berbagai isu negatif lain yang boleh memburukkan nama baik kalangan guide atau gunung tersebut.

timbul juga isu di mana orang tempatan (pihak resort atau orang kampung) yang meletakkan harga mengikut harga mereka sendiri tanpa menghiraukan peranan guide atau malim yang dilantik sanggup mengambil upah ciput demi menjalankan tugas dengan adil dan bertanggungawab. kkdg, oleh kerana tiada guideline guide itu sendiri tidak tahu harga sepatutnya dan meletakkan harga lagi tinggi dari harga sebenar. kenapa? sebab beliau confuse nak letak harga by head atau per group dan juga berapa hari hingga akhirnya beliau terus letak harga tinggi (tapi still boleh nego). itu belum kira lagi guide atau individu yang boleh tawarkan harga lebih rendah atau bahasa kasarnya 'potong line', 'pengacau harga market' atau team selit-selit bidan terjun dan mcm-mcm lagi istilah. biaselah, sbg pendaki aku juga penah guna cara mcm nih (selit-menyelit) sbb nak pastikan trip tetap ON dan proceed. dalam hal nih, aku terpaksa cukupkan korum bukan aku nak 'kacau daun'. harga guide tetap bayar penuh beb.

berbalik pada persoalan patut atau tidak untuk PELANCONG LUAR, pendapat aku tetap sama. biar ade kenaikan, tapi still boleh nego dan bertolak ansur. diorang nih kkdg BERKEMAMPUAN untuk bayar lebih. bukannya diorang tak tahu, nak travel kena ada bajet. jangan main hentam je datang cukup-cukup makan. ini perkara mendaki gunung, bukannya gi trip santai wong atau berkelah di tepi pantai. ini cerita pasal mendaki gunung yang sesetengah lokasi tu orang yang tau jalan boleh dihitung dengan jari. entah-entah cuma 2-3 orang je yang pernah sampai dan keluar dengan selamat. bayangkan susah-payah beliau merintis, membuka dan memastikan laluan tu selamat tapi dibayar cuma sejumlah kos beliau lepas untuk makan 2-3 hari sahaja, kesian. tugas sang guide begitu tinggi kredibiliti kerana pengetahuannya. seseorang guide tidak layak dipanggil guide kalau tidak ade pengetahuan yang mencukupi mengenai lokasi atau gunung yang nak didaki. kalau pelancong luar (atau tempatan) main tarik aje sesapa suruh tunjuk jalan lepas tuh sesat, itu salah diorang. sape suruh tak cari guide yang berkelayakan? jangan salahkan kalangan guide nih sebab sepatutnya diorang tau ape yang patut dibuat bila berhadapan dengan sesuatu situasi. di sini letaknya VALUE peranan guide tersebut. harga inilah yang patut diambil kira semasa kita tengah berkira-kira mahal atau murah kos upah sang guide.

semua tau peranan dan kepentingan guide nih kan.
sebab peranan guide yang dimainkan boleh mengurangkan atau menghilangkan terus risiko sesat, hilang atau ancaman binatang yang mungkin mengakibatkan penambahan kos melampau-lampau (kos pencarian, recue), kerugian harta benda (hilang beg kesayangan, barang personal yang terpaksa ditinggalkan akibat lari selamatkan nyawa), kehilangan atau kemusnahan kredibiliti atau maruah (malu atau tidak dipercayai oleh pihak lain, keluar kat media seluruh negara, di blacklisted dll) dan yang paling penting kehilangan nyawa! dek kerana bayaran semurah RM10-15 kita masih berkira mahal atau murah. adakah harga nyawa kita atau peserta (pelancong luar atau tempatan) cuma berharga RM10 - 15 seorang???

tepuk dada..tanyelah jantung. ini just pendapat personal, bukan persetujuan umum
if a tree falls in the woods... do all the other trees laugh at it?

Image Mounthopper

User avatar
orga
Senator Gunung
Posts: 2088
Joined: 05 Dec 2005, 22:09
Location: n9 & melaka
Contact:

Post by orga »

ada pro dan kontra dlm hal ni..sbb bila ada perbezaan kategori pendaki maka perlu ada perbezaan kategori gaid..sesuatu itu perlu seimbang utk dilihat stabil..jd bayaran gaid perlu fleksibel mengikut kategorinya..

kategori gaid?..ada gaid yg berlesen,ada gaid yg berpengalaman,ada gaid yg baru cuba2,ada gaid yg janji sampai puncak,ada gaid aka penganjur,ada gaid tak fit..pendekkata, mcm2 jenis gaid..

sama gak ngan penganjur..ada penganjur yg mula berjinak,ada penganjur berpengalaman,ada penganjur yg sensitif tahap keselamatan peserta, ada penganjur dgn track record yg baik..istilahnya,penganjur pon mcm2..

tinggal lg pesertalah yg perlu bijak menjustifikasikan bayaran mengikut kualiti khidmat yg ia dapat..tu sbb prog yg dianjurkan perlu diselidik dulu sapa gaid,sapa penganjur..bukan setakat pd harga ditawarkan..

murah bkn bermakna tader kualiti,mahal pon bkn bermakna berkualiti..pokok pangkalnya perasaan ikhlas berbagai pihak meletakkan kualiti pd harga yg sepatutnya sbg satu amanah dlm mencapai matlamat masing2..

jadi jika nk naikkan harga gaid utk warga asing, kualiti perlukan pendekatan proaktif..sbb tanggungjwbnya lebe besar berbanding pelancong domestik..risikonya bole mengundang isu diplomatik 2 negara..

bukan terlalu prejudis, tp kebuk kemungkinan itu perlu ada dlm ruang kebarangkalian risiko yg perlu dijangkakan..setidak2nya kualiti yg ditingkatkan bersama harga itu berbaloi berbanding tanggungjawab ditanggung..rasanya hanya gaid ‘janji masyuk’ yg ada lubang tabung blakang pala jek yg sanggup amik upah gaid warga asing seratus sehari..

Gaid pon bkn sumer cikai2 nye kaki..ada gak gaid yg kluar masuk U,yg master pon ada,yg tgh wat phd pon ada..jd gaid sekadar bantu kwn2,bayaran pon x kisah..tader kena mengena ngan kelulusan..cuma kadang2 bila paruh sudah bole menongat kita rasa kita hebat sangat2 sbb kita bole bayar duit gaid serupe bayar duit tukang sabit rumput jek..kita terbawak2 angan2 mahu jd bos yg ada opis boy dari kedai kopi hinggalah ke puncak gunung..padah selalunya,telunjuk la yg selalu tercacak kt pala gaid antara jari2 lain yg melontar batu sembunyi tangan..

bkn apa..kengkadang,nasib gaid2 ni perlukan perhatian gak..betoi x..

sibek da pencen gaid,ekeke
ImageImageImage

User avatar
matsaiko
Senator Gunung
Posts: 2786
Joined: 22 Dec 2005, 16:52
Location: GOMBAK Territory

Post by matsaiko »

orga wrote:sama gak ngan penganjur..ada penganjur yg mula berjinak,ada penganjur berpengalaman,ada penganjur yg sensitif tahap keselamatan peserta, ada penganjur dgn track record yg baik..istilahnya,penganjur pon mcm2..

tinggal lg pesertalah yg perlu bijak menjustifikasikan bayaran mengikut kualiti khidmat yg ia dapat..tu sbb prog yg dianjurkan perlu diselidik dulu sapa gaid,sapa penganjur..bukan setakat pd harga ditawarkan..
setuju dgn ayat ni ekceli...
hanya service yg mantap dan teratur saja yg mampu menidakkan isu "cas yg mahal."

kesimpulannya,nak masyuk takpa tapi serbis mau tiptop

hev a nice day :lol: :lol:
To Conquer Without Risk Is To Triumph Without Glory
www.azreenismail.com

User avatar
biNGai
Kerabat Gunung
Posts: 3216
Joined: 19 Dec 2005, 13:18

Post by biNGai »

matsaiko;

wahhh senyum sampai ke telinga nampakkkk ekekeke :P
M.A.L.A.S - Copyright © 2003-2009. All rights reserved.
"Demi langit beserta seluruh binaannya, Demi bumi serta yang ada di hamparannya, Demi jiwa dan seluruh penyempurnaannya.."

betterman
Pemegang Amanah GO
Posts: 2828
Joined: 04 Dec 2005, 08:39
Location: Bawah beirut
Contact:

Post by betterman »

sebenarnya ramai jugak gaid 'dari kengkawan untuk kengkawan' yang tak amik upah pon...
siap bayar lagi mcm mana orang lain bayar....
sebab bukan nak pikir bisnes pon...
cuma sama-sama nak naik gunung dengan kengkawan...
Getting to the summit is optional, getting down is mandatory...

User avatar
matsaiko
Senator Gunung
Posts: 2786
Joined: 22 Dec 2005, 16:52
Location: GOMBAK Territory

Post by matsaiko »

kawan pon ade berbagai2 kategori kawan..

ada kawan kamceng,sekepala dan rapat
ade kawan takat biase2 aje..
ada kawan takat gitu2 aje..
ada kawan bila diperlukan aje..
ada kawan makan kawan..
ada kawan kadang2 jadi lawan..


so dia ade grade kawan ni ekceli dan rate pon berbeza mengikut grade ekekekekkekeke :evil: :evil:
To Conquer Without Risk Is To Triumph Without Glory
www.azreenismail.com

User avatar
biNGai
Kerabat Gunung
Posts: 3216
Joined: 19 Dec 2005, 13:18

Post by biNGai »

kite dedolu penah jadik lawan kan mat? ekekeke

skang tatau laa status camne.. :evil:
M.A.L.A.S - Copyright © 2003-2009. All rights reserved.
"Demi langit beserta seluruh binaannya, Demi bumi serta yang ada di hamparannya, Demi jiwa dan seluruh penyempurnaannya.."

adisos2002
Otai Gunung
Posts: 969
Joined: 07 Dec 2005, 07:36
Location: Semak Samun
Contact:

Post by adisos2002 »

orga wrote:
sama gak ngan penganjur..ada penganjur yg mula berjinak,ada penganjur berpengalaman,ada penganjur yg sensitif tahap keselamatan peserta, ada penganjur dgn track record yg baik..istilahnya,penganjur pon mcm2..

tinggal lg pesertalah yg perlu bijak menjustifikasikan bayaran mengikut kualiti khidmat yg ia dapat..tu sbb prog yg dianjurkan perlu diselidik dulu sapa gaid,sapa penganjur..bukan setakat pd harga ditawarkan..

setuju dgn ayat ni ekceli...
hanya service yg mantap dan teratur saja yg mampu menidakkan isu "cas yg mahal."
kesimpulannya,nak masyuk takpa tapi serbis mau tiptop
Aku pong...
Kalu pegi trip tau2 penganjur muka cam nak perang jerkkkk tak happening sure busannnnn :lol:

Mat... aku ko iktiraf aku nie kawan yang kadang2 bole jadi lawan kut :lol: he he he...
<no one left behind> nolb
Berminat mendapatkan guide gunung/ teambuilding?? Contact Silver Outdoor Sports di 012-5317141atau email adisos2002@yahoo.com

User avatar
rembau
Pemegang Amanah GO
Posts: 1394
Joined: 06 Dec 2005, 08:41

Post by rembau »

belakangpokok wrote:excuze...abg pulak setuju harga kasik naik sikitlah sesuai dengan situasi sekarang dimana harga semua keperluan asas turut naik ekoran sektor awam naik gaji. Tapi harga tu biarlah berpatutan. Guide pun ada anak bini jugak yang nak dibagi makan.Kenaikan harga tu pulak mestilah 'STANDARD ' dan tidak membezakan foreigners dengan local.
tambahan Bro ...

guide ini ibarat macam pemain bola jugak....
berapa lama leh tahan main bola..umur masuk 40 kiut le...dah le proses nak jadi guide bermula umur awal 20an ..lebih pon berani nak bawak bila umur 25 keatas...lepas tu nak bayar permit jadi guide berdaftar lak...salah kena hentam bila team member ada lak Otai dalam tu....jadi le guide yg semata leh tunjuk jalan...(walaupon otai tu sebanarnya bukan tau pon..sebab umur dah senior).....
dari umur 25- 40 an..dia ada masa 10 tahun je utk berkhidmat( lebih 35 dah nak pencen dah)....

ringkasan aku leh gambar:
20- masuk hutan
25 belajo jadi guide
30 baru nak jadi guide berdaftar
35 baru stabil
40 berhenti....alkisah kesian jugak bro
Dan Kami jadikan di bumi gunung-ganang yang menetapnya, supaya bumi itu tidak menggegar mereka; dan Kami jadikan di celah-celahnya jalan-jalan laluan, supaya mereka mendapat petunjuk.(Surah Al-Anbiyaa':31)

User avatar
sany ADALAH alger
Otai Gunung
Posts: 932
Joined: 18 Apr 2006, 09:38
Location: in the middle of jungle called KAY HELL
Contact:

Post by sany ADALAH alger »

initially terpanggil juga untuk memberi pandangan tetapi lama-kelamaan terfikir sejenak apakah impaknya perbincangan ini dengan situasi 'diluar' sana?? :roll:
CARPE DIEM!

User avatar
castello
Pendaki Sondol
Posts: 416
Joined: 06 Jun 2006, 09:35
Location: cheras, kuala lumpur
Contact:

assalamualaikum...

Post by castello »

salam sejahtera buat kawan seperjuangan, salam hormat juga untuk kawan2 yg mempunyai banyak pengalaman dan ilmu tentang pergunungan dan perhutanan.

saya rasa...ingin juga memberi sedikit pandangan tentang permasalahan kos upah penunjuk arah atau bahasa klasiknya...malim gunung. untuk jadi penunjuk arah ni bukannya perkara yang senang...banyak perkara yg perlu kita utamakan.

1) Arif dan tahu dengan keadaan dan karenah tempat yg hendak di tuju.
2) Sanggup menghadapi risiko yg mendatang semasa pendakian.
3) Pengorbanan perlu ada jika berlaku kemalangan atau kecelakaan.
4) Adab dan Tatasusila di hutan.
5) Pertimbangan dan kesabaran dalam diri adalah penting dalam menentukan sesuatu tindakan apabila berlaku kecemasan.
6) Sifat timbangrasa dan tolak ansur dia antara pendaki.

so, ini adalah antara perkara yang perlu ada pada diri penunjuk arah malahan untuk semua pendaki gunung. mungkin ada lagi tambahan sekiranya ada pendaki yg lebih berpengalaman dari saya... boleh menambah isi2.

adapun pada saya...mendaki gunung ni banyak pengisiannya, banyak ilmu yang kita boleh dapat dari aktiviti mendaki ni. tujuan kita mendaki ni...yang utamanya kita ingin melihat keindahan dunia dan kebesaran ciptaan tuhan. kalau kita ingin terbang seperti burung utk melihat keindahan bumi...sememangnya kita tak mampu sebab kita tiada kepak. cuma kita boleh ibaratkan apabila kita sampai dipuncak...umpama kita melihat keindahan dari mata burung...

mendaki gunung juga adalah satu xtvt yg boleh mendidik hati kita supaya menjadi lebih penyabar di mana kita harus bersabar menahan kepenatan, menahan beban yg dipikul, menahan kaki yang melangkah untuk menuju ke puncak yg ingin ditawan.

xtvt ini juga boleh mendidik kekuatan semangat setiakawan yang mana di dalam keadaan kita kepenatan dan dalam keadaan berbeban masih lagi mampu mempunyai sifat belas terhadap kawan kita yg hilang tenaga.
semangat kerjasama juga akan terjalin antara pendaki tak kira di antara pendaki baru atau pendaki lama.

ada pun mendaki gunung bukan untuk kita jadikan satu kebanggaan untuk dipertontonkan pada pendaki lain tapi hanyalah kebanggaan untuk diri sendiri demi untuk mencari kepuasan dan kemampuan diri sendiri. ada pun ilmu yang perolehi dari xtvt ini adalah untuk dikongsi bersama bukan untuk disimpan untuk kepentingan diri....kerana apa? kerana bumi ini Allah jadikan untuk semua manusia maka sememang kita harus berkongsi apa2pun mengenai bumi ini.

Hmm....dah macam ceramah pulak yer...ada pun mengenai kenaikan harga guide ni...pada saya kalau pelancong luar tu kita kenalah letakkan harga tinggi sedikit...kalau zaman dulu kita tunduk sebab kita dijajah oleh org luar....skrg ni kita sudah merdeka...sudah setengah abad kita merdeka...tidak salah rasanya kita cas lebih kat dia orang pelancong luar ni...

kalau untuk org tempatan tu...kita letaklah harga yang setimpal dgn taraf hidup kita di Malaysia. Dan pada pendaki yang menyertai tu...tak perlulah nak pertikaikan pasal harga guide...kita kena ingat "berat mata memandang berat lagi bahu memikul". tidak ramai org yang sanggup tanggung risiko nak jadi guide ni...terutama sekali gunung2 yg bukan dibawah gazette taman negara. kalau bukan kita kawan2 pendaki gunung yang beri sokongan pada guide temaptan...siapa lagi yang boleh diharapkan. So pertimbangkanlah, hidup kita ni kena ada tolak ansur, timbang rasa...kalau kita terkena tak perlulah simpan ingin membalas kerana apa yang kita balas tak tentu lagi adil. Hanya Allah SWT sahaja yg Maha Adil.

So saya rasa cukup setakat ini jumpa di lain lembaran. Harap dapat diperbetulkan kalau ada kesilapan.
CASTELLO
Callsign: 9W2CTX
Guide License No.: TG9600
Mobile No.: 0126206087
NATURE EXPLORER ENT.

User avatar
kenshina
Pendaki Sondol
Posts: 491
Joined: 05 Dec 2005, 09:24
Location: 21st Century
Contact:

Re: Patutkah Upah Pemandu Arah dinaikkan???

Post by kenshina »

sany ADALAH alger wrote:ah:

"have u ever been to Taj Mahal???u people can find the answer yerself to dat question there."

saya mengambil Taj Mahal sebagai contoh yang cukup klasik serta bernas kerna di Taj Mahal mereka memgunapakaikan sistem 'natives pay less'. pihak pentadbiran yang mempunyai kepentingan mencas harga yang berlainan tahkala ingin memasuki istana kasih Shah Jahan itu. Klau anda berasal dari negeri Uttar Pradesh tiada bayaran dikenakan :lol: tapi klau anda rakyat India tak kisahlah anda penduduk neger imana sekalipon bayaran yang murah (saya tak ingat dah brapa) akan dikenakan tetapi selagi anda dititlekan sebagai 'tourist' anda dikenakan bayaran dalam bentuk US Dolar!!

So bagi saya amatlah menyokong perbezaan harga ini. :evil:
dr citer kengkawan...

kalu local Indian.. 20 rupee je..
kalu foreigner.. USD60 ke 70 ntah...

jauh giler dowh..

:mrgreen:
challenge your limit

User avatar
solaris
Pendaki Tegar
Posts: 258
Joined: 10 Mar 2008, 17:47
Location: Kuala Lumpur
Contact:

Post by solaris »

lebey tu bleh lebey jgn sampai menjerut leher dah ler ,service kena extra sket tu jer point rsanyer

nazryst
Pendaki Terlampau
Posts: 650
Joined: 16 Feb 2006, 12:17
Location: Natural Geography
Contact:

Post by nazryst »

Salam,

Permasalahan.... Kenapa Kita Kerja?????
1. pasal dengan kerja kita dapat duit
2. dengan duit kita dapat beli makan
3. dengan duit kita boleh beli kereta
4. dengan duit kita boleh kawin
5. dengan duit kita boleh pegi merawat penyakit bila sakit

Bak kata orang duit ni pemangkin segala projek baik dan tak baik lah...

Banyak sangat ke duit boleh dapat bila bekerja jadi guide, mari kita STANDARD kan pendapatan guide dengan tidak MENDOUBLE STANDARD KAN keadaan....

1. Jadi guide ada KWSP???
2. Kena bayar PERKESO??
3. Kena bayar SOCSO??
4. Ada insuran berkelompok pekerja??

Katakan lah seorang guide dapat RM1500 - RM 3000 sebulan:-

1. Kita fikir LIVING COST di Utara, Selatan & Pantai Timur???

RISIKO menjadi guide... 97% kompem selamat 3% cedera parah serta kematian......(ini statistik aku sendiri.....) Kalau guide tu dah kawin dapat kerja 5 tahun dengan pendapatan RM 3000 sebulan, bernasib baik ada simpanan KWSP sebanyak 30,000...tetiba pulak mati... banyak sangat ke harta yang ditinggal kan kepada waris....

Relevan atau tidak persoalan di atas sama ada perlu di kena kan bayaran lebih buat pelancong luar atau dalam, pada aku GUIDE perlu meneliti serta membuat analisis yang setimpal dengan RISIKO serta KUALITI KHIDMAT yang diberikan.

Sebelum memberi charge yang perlu dibayar mari kita bersama sama memberi kan status hutan dan status guide.......

Kita ambil mudah... dalam dunia ni dah di beri kan piawai yang standard..

Contoh:-

Kesukaran Level Gunung - Level 1 - 5

Level Pendaki - Level 1 - 5

Level Guide - Level 1 - 5

(Level gunung + Level guide) - Level pendaki X 20%(KWSP) = gaji guide

melalui level dan piawaian, kita beri kan satu sebut harga melalui pakej pakej tertentu, untuk bayaran pelancong luar kita naikkan bayaran dari harga biasa sebanyak 30% - 50% dan ini bergantung pada khidmat yang ditawarkan...

ini sekadar contoh... rasanya kalau dengan ada standard macam ni, orang tempatan pun tak boleh nak komplen bebanyak kan, janji dua dua pihak puas hati dan jangan ada cakap belakang.....

User avatar
kaknik
Pendaki Gunung
Posts: 130
Joined: 18 Jun 2008, 09:40
Location: kl

Post by kaknik »

Assalamualaikum;

Saya terperanjat bila suatu hari guide yg saya hubungi mengenakan charge yang luarbiasa atas khidmatnya yang saya minta. Dengan team yang kurang dari 10 orang saya perlu berkongsi rm100.00 satu kepala untuk 2 hari trekking untuk gunung gred B aje.

Alasanya dia pernah mendapat bayaran seumpama itu untuk membawa satu team lain mendaki gunung yang sama. Setelah saya selidik didapati peserta dalam team tersebut memang ramai (satu bas).

Isunya;
- Guide tempatan perlu diperkenalkan dengan sistem kuota. Mereka layak mendapat bayaran lebih jika 'muatannya' lebih sebab tanggungjawab lagi besar. Tapi bukan senang ye nak nego dengan orang kampung, ada antara mereka yg sensitif!

Sebagai alternatif kepada masalah di atas, cara terbaik yangs saya nampak adalah dengan mengumpulkan dan menyimpan maklumat pendaki dikalangan warga GO yang layak dan mampu menjadi guide supaya senang dihubungi bila perlu. Pendaki boleh offer diri (jgn segan dan malu) kerana tujuan antara kita pun murni.

Mengenai bayaran, forum ini juga dapat memberikan guideline mengikut kategori gunung spt bil. hari, kesukarannya mendaki, kesukaran untuk pergi dsbg. Buat cadangan dan undi jika perlu. Best tu kita semua lagi tahu apa yang kita nak..

User avatar
Hangar 18
Kerabat Gunung
Posts: 1356
Joined: 18 Jan 2006, 15:18
Location: Bkt Jalil
Contact:

Post by Hangar 18 »

kak nik.
rm50 1 ari. murah le tu.

User avatar
kaknik
Pendaki Gunung
Posts: 130
Joined: 18 Jun 2008, 09:40
Location: kl

Post by kaknik »

kami lapan orang, guide 2 orang (dia tak mahu sorang-sorang). Satu guide rm200.00 sehari, 2 orang rm400.00. So dua hari jadi rm800.00. Berpinar sekejap mendengarnya.

Duit kami, servis dia. Kalu suka... kira jadi kalau tak suka cancel!. senang aje. Nak cerita kat sini cuma untuk perhatian kepada satu situasi yang mungkin mengancam keinginan mendaki... heh..heh.

User avatar
Hangar 18
Kerabat Gunung
Posts: 1356
Joined: 18 Jan 2006, 15:18
Location: Bkt Jalil
Contact:

Post by Hangar 18 »

baru clear kak nik.

itu mcm kalu. kalo dia ckp.. nak ambik dia.. itu harga.
tak nak tak pe..
time nak gi daki dia tak kacau.. tak pe ler.
takut2 dia kacau & paksa2 kita ambik dia gak.

tu big prob...

frostice
Pendaki Terlampau
Posts: 701
Joined: 09 Jan 2006, 10:43
Location: Middle Earth
Contact:

Post by frostice »

kaknik wrote:kami lapan orang, guide 2 orang (dia tak mahu sorang-sorang). Satu guide rm200.00 sehari, 2 orang rm400.00. So dua hari jadi rm800.00. Berpinar sekejap mendengarnya.

Duit kami, servis dia. Kalu suka... kira jadi kalau tak suka cancel!. senang aje. Nak cerita kat sini cuma untuk perhatian kepada satu situasi yang mungkin mengancam keinginan mendaki... heh..heh.
Hmm... mahal bebenor.. Naik Kinabalu tak mahal cam tu guide dia.
Ni Gunung apa ni kaknik?
~Ain't No Mountain Too High~
KP Hiker's Club

Lt.Cmdr. Kamal Ariffin
Kerabat Gunung
Posts: 1318
Joined: 12 Jan 2006, 11:43
Location: Gunung Bawah Laut
Contact:

Post by Lt.Cmdr. Kamal Ariffin »

Sebab tu saya banyak menyebut tentang masa depan dalam industri pelancungan dan mendaki gunung ni.

Saya mahu pendapatan yang berpatutan dengan kerja yang di buat oleh para Guide. Kerana jaminan masa depan Guide dan masa depan industri ini.

Kalau Guide rasa nanti tak boleh cari makan dan berenti jadi Guide sapa lak nak bawak pelancong yang nak naik gunung nanti sedangkan saya sedang buat banyak promosi diluar untuk pelancong luar masuk Malaysia dan mendaki gunung disini. Sebab pelancungan ni akan bawak duit masuk dalam Negara dan akan membangkitkan ekonomi kita. Sebab dalam tahun 2007 sahaja 15.78 Bilion RM tau dibawa masuk melalui industri ini.

Sebab itu kalau Muss nak kenakan kos sekitar RM250 sehari untuk seorang guide. Saya rasa masih rendah jika dibandingkan dengan US dollar atau Euro. Tapi janganla nak kenakan harga yang sama dengan pelancung tempatan.

Jadi Win Win satuation kan. Orang luar kena mahal dan kita murah sikit. tapi yang kak Nik kena tu rasanya bukan Guide tapi orang kampong je. Mesti tadak lesen punya.

Guide kena ada lesen dari TDC dan kursus untuk lesen Guide ni dibuat oleh PERHILITAN.

User avatar
kaknik
Pendaki Gunung
Posts: 130
Joined: 18 Jun 2008, 09:40
Location: kl

Post by kaknik »

frostice,
Ini kes terpencil, mudah-mudahan guide berkenaan akan sedar 'kesilapan perkiraan' beliau dalam meletakkan bayaran. So tak perlulah kak nik beritahu nama gunung tu unless guide tu masih berkeras macam tu kepada orang lain jugak!

gunung tu tak bersalah.. nanti busuk pulak nama dia heh..heh...

User avatar
kaknik
Pendaki Gunung
Posts: 130
Joined: 18 Jun 2008, 09:40
Location: kl

Post by kaknik »

Tuan Lt,
Nanti akak tanya dia ada lesen atau tidak.. yang pasti dia memang orang kampung pun.

Masalahnya tak semua gunung ada guide berlesen dan tak semestinya yg berlesen boleh guide kita mengikut masa kita nak.. kan?

User avatar
Hangar 18
Kerabat Gunung
Posts: 1356
Joined: 18 Jan 2006, 15:18
Location: Bkt Jalil
Contact:

Post by Hangar 18 »

kalo org kampung.. biasa suka sgt letak harga suka2 dia jerk.
so far.. kalo dia tak setuju dgn harga kita mintak.. dan tak paksa kita ambik dia.. consider ok ler.
sbb kat situ akad jual beli tidak terhasil.

Post Reply