G7: menyelami jiwa pendaki...

Isu-isu & gossip berkaitan dengan aktiviti luar

Moderator: kambinggurun

User avatar
rembau
Pemegang Amanah GO
Posts: 1394
Joined: 06 Dec 2005, 08:41

Post by rembau »

Ini jawapan aku pada mac 2006 tentang isu G7 nie dalam satu mailing list... aku copy paste je lah malas nak perah otak lagi...

memandangkan kebelakangan nie trend nak Grad G7 n G14 dn Guitar, gulai, gambir berlaku....

aku nie bukak satu ruang perdebatan diantara fahaman yang menyatakan Grad G7 tu lebih kepada pengejaran terhadap mencukupkan/ melengkapkan cabaran gunung tertinggi di Semenanjung...untuk berbangga diri....atau ...menyatakan ianya telahpon selesai..mendaki gunung dan tidak perlu mendaki lagi........ada juga pendapat ianya dilakukan ketika masih muda kerana peluang untuk menghabiskan senang kerana adanyer kudrat / tenaga muda....mungkin ianya betul kerana seseorang itu masih lagi boleh meneruskan minatnya dengan jalan lain sebagai sumbagan terhadapa XTVT yang diminati........
Dan Kami jadikan di bumi gunung-ganang yang menetapnya, supaya bumi itu tidak menggegar mereka; dan Kami jadikan di celah-celahnya jalan-jalan laluan, supaya mereka mendapat petunjuk.(Surah Al-Anbiyaa':31)

User avatar
rembau
Pemegang Amanah GO
Posts: 1394
Joined: 06 Dec 2005, 08:41

Post by rembau »

Atau

Berbanding pendapat yang menyatakan Grad tidak penting dan yang penting masih terus/ berdaya beraktiviti...pendapat begini diutarakan disebabkan daripada pemerhatian kebanyakkan yang selesai saja G7 berasa sudah sempurna XTVT yang dijalankan....mungkin golongan ni mengalami masalah peribadi yang membataskan...terdapat juga pandangan sesetengah menyatakan ianya lebih kepada kekuatan fizikal dan tidak menjurus kepada semangat untuk pencarian ilmu OUTDOORS.....ianya diselesaikan sebagai pengikut/dan bukan sebagai ahli XPDC(tidak semestinya ketua program le)...

Berhubung dengan kenyataan diatas...saya ingin bertanya apa yang dicari
sebenarnya didalam XTVT Gunung nie...kalau climbing/ kayak ada ranking untuk mertabatkan taraf seseorang....mendaki pon sekarang dah wujud...
atau adakah ini adalah fenomena baru yang mana keinginan sesorang/ matlamat ianya menceburi ....dengan mengabiskan semua gunung walaupun megikuti dari pelbagai kumpulan dengan risiko tersendiri asalkan matlamatnya tercapai adalah cabaran bagi generasi kini?
Dan Kami jadikan di bumi gunung-ganang yang menetapnya, supaya bumi itu tidak menggegar mereka; dan Kami jadikan di celah-celahnya jalan-jalan laluan, supaya mereka mendapat petunjuk.(Surah Al-Anbiyaa':31)

User avatar
rembau
Pemegang Amanah GO
Posts: 1394
Joined: 06 Dec 2005, 08:41

Post by rembau »

Kesimpulannya, bermula dari tahun 1953 sehingga 1973 manusia beranggapan untuk menawan puncak Everst memerlukan kelengkapan dan kekuatan anggota yang besar. Contohnya Itali 1973 yang mempunyai 64 pendaki, 100 sherpa dan 2000 porter. Kesudahannya Everst base camp telah bertukar menjadi pusat kumpul sampah tertinggi di dunia. Lightweight Expedition telah diperkenalkan bila Helmut Bhul’s berjaya menawan puncak Nanga Parbat di Pakistan sendirian dan puncak Broad. Kejayaan beliau telah memberi pendekatan baru iaitu kebolehan luarbiasa manusia boleh menghasilkan sesuatu keajiaban tersendiri.

Cara baru pendakian pergunungan telah berubah apabila generasi muda lebih tertumpu kepada kemudahan teknologi dan kemahiran seseorang untuk mencapai kepuasan tersendiri. Perubahan ideology baru ini telah memberi kesan sehingga matlamat ke puncak bukanlah matlamat sebenar tetapi bagaimanakah cara seseorang itu dapat menawan puncak lebih diutamakan. Sebagai contoh Chris Bonnington telah berjaya menawan selatan Annapurna pada 1970 dan selatan barat Everest pada tahun 1975.
Dan Kami jadikan di bumi gunung-ganang yang menetapnya, supaya bumi itu tidak menggegar mereka; dan Kami jadikan di celah-celahnya jalan-jalan laluan, supaya mereka mendapat petunjuk.(Surah Al-Anbiyaa':31)

User avatar
rembau
Pemegang Amanah GO
Posts: 1394
Joined: 06 Dec 2005, 08:41

Post by rembau »

Lightweight Expedition juga mengalami perkembangan tersendiri, bila percubaan Austrian, Reinhold Messner dan Peter Habler berjaya menawan Everest pada tahun 1978 tanpa bantuan pernafasan. Kejayaan beliau telah menghasilkan pengikut tersendiri kerana apa yang disangka mustahil telah dibuktikan. Pada tahun 1980 beliau telah mendaki Everest (Utara) dari Tibet secara solo dan paling pantas direkodkan. Akhirnya pada tahun 1990, Tim McCartney bersendirian telah menjadi orang pertama berjaya menawan puncak Everest tanpa bantuan pernafasan sepenuhnya.
Dan Kami jadikan di bumi gunung-ganang yang menetapnya, supaya bumi itu tidak menggegar mereka; dan Kami jadikan di celah-celahnya jalan-jalan laluan, supaya mereka mendapat petunjuk.(Surah Al-Anbiyaa':31)

User avatar
rembau
Pemegang Amanah GO
Posts: 1394
Joined: 06 Dec 2005, 08:41

Post by rembau »

disini satu fahaman kasar tentang xtvt nie yang telah berlaku selama lebih 200 tahun dahulu(utk buktikan yang mereka adalah negara maju)....aktivit yang bermula dari grand Xpdc telah bertukar menjadi light xpdc yang mempunyai impact tersendiri.....

Kalau dulu kemajuan peralatan dan teknologi yang dibawa untuk menjayakan Xpdc adalah serpihan daripada teknologi ketenteraan...(sekarang pon sama jugak)...yang kurang MAJU dan BERAT untuk dipikul ..maka semua pergerakkan adalah terhad kepada kederat orang untuk memikulnya.....maka terhasillah satu xpdc itu mempunyai ahli + pembantu begitu ramai.....

Sekarang teknologi dah berubah ...sesuai dengan perkembangan yang ada maka kelengkapan yg besar tu telah diringkaskan menjadi seminimum mungkin...tetapi apa yang ditekankan faktor keselamatan adalah NO 1 yang berbeza adalah beban yang dibawa disamping ilmu dan kecanggihan kelengkapan yang dibawa....
Dan Kami jadikan di bumi gunung-ganang yang menetapnya, supaya bumi itu tidak menggegar mereka; dan Kami jadikan di celah-celahnya jalan-jalan laluan, supaya mereka mendapat petunjuk.(Surah Al-Anbiyaa':31)

User avatar
rembau
Pemegang Amanah GO
Posts: 1394
Joined: 06 Dec 2005, 08:41

Post by rembau »

Extreme dulu mungkin x sama dengan sekarang..tapi basic nyer masih tetap ilmu....cuma kalau dulu mungkin kekurangan data/ maklumat maka pasukan rikkie dan navigator perlu tetapi sekarang tidak perlu kerana kemungkinan nak sesat adalah tipis disebabkan maklumat yang ada....

Bagi saya ...tahap nie begitu subjektif kerana tahap dan cabaran seorg tu mungkin dianggap mudah oleh orang lain tetapi susah bagi yang lain pulak..gunung bukan nyer ada ranking macam climbing.....walapun mountaineering adalah tingkat pertama ..diikuti climbing dan alpine climb...namun semuanyer ada risiko tersendri....dan ilmu serta teknikal yang perlu diperlajari.........

extreme yang diwah2kan oleh barat yang berlaku dalam pergunungan nie selepas pendakian secara minimum dilakukan ..lightweight xpdction....tetapi mamat yang buat nie bukan seorang yg tiada ilmu kerana ianya telah mengkaji/ bersedia dari semua segi dan cuba membuktikan yang keinginan hidup/berjaya boleh membuatkan seseorang itu melepasi rintangan walaupun sehebat Everest.......
Dan Kami jadikan di bumi gunung-ganang yang menetapnya, supaya bumi itu tidak menggegar mereka; dan Kami jadikan di celah-celahnya jalan-jalan laluan, supaya mereka mendapat petunjuk.(Surah Al-Anbiyaa':31)

User avatar
rembau
Pemegang Amanah GO
Posts: 1394
Joined: 06 Dec 2005, 08:41

Post by rembau »

G7 atau sebagainya masih didalam hutan khatulistiwa dan cabarannya pada dasarnya tetap sama/ serupa yang membezakan sama ada jauh/ dekat laluan yang ditempoh...ada trek atau tidak..atau sudah lama ianya tidak dilalui....Apa yang menarik disini...gunung tu tetap sama yang lain hanyalan orang yang mengikutinya saja...Aku tak nafikan sesetengah mereka memang aku puji sebagai pendaki tegar..kalau dulu kita namakan sebagai pengerak.............Berapa ramaikah org yang kita dapat lahirkan sebagai Pengembara..seperti Dr Wong (ABM), Penulis/ pengiat rekreasi Mejar (B) Md Yusof , Arwah Ramli( Pencetus Pergunungan Malaysia), Datuk ...yg mengelilingi dunia secara solo, atau meneroka artik/antatika secara solo....
Dan Kami jadikan di bumi gunung-ganang yang menetapnya, supaya bumi itu tidak menggegar mereka; dan Kami jadikan di celah-celahnya jalan-jalan laluan, supaya mereka mendapat petunjuk.(Surah Al-Anbiyaa':31)

User avatar
rembau
Pemegang Amanah GO
Posts: 1394
Joined: 06 Dec 2005, 08:41

Post by rembau »

Kita masih jauh hendak dibandingkan dengan XTVT gunung diluar Malasyia jikalau PEMIKIRAN & IDEOLOGI masih ditahap lama....gunung nie adalah lapisan terbawah sekali dalam xtvt pergunungan....mungkin keadaaan geologi dan mukabumi menghadkan penglibatkan dalam nature climb/ teknikal climb atau rope work seterus nya ke arah alpine climb...........tapi adalak baiknya jikalu seseorang itu tau apa yang patut dicari sebagai pendaki....aku mengaku yang aku belum selesai G7 atau mendaki keluar negara ..tetapi usaha dan semangat untuk memertabatkan Gunung perlu ada....
Dan Kami jadikan di bumi gunung-ganang yang menetapnya, supaya bumi itu tidak menggegar mereka; dan Kami jadikan di celah-celahnya jalan-jalan laluan, supaya mereka mendapat petunjuk.(Surah Al-Anbiyaa':31)

Xpeditor
Pendaki Gunung
Posts: 18
Joined: 01 Feb 2006, 00:42
Location: Ipoh

Post by Xpeditor »

aku x sangka ler term G7 member2 main letak jek bole jadik topik perbualan hangat 10 tahun kemudian...har..har..tp btol ar rembau ..kt same2 lum abis G7...x terpikir lak nk abiskan pulak...wajib ker...heh..heh

anyway aku dgn kambing gurun dh setting dgn orca nk jadik full time peneroka bebas 2010 nnt...har..har..freelance full time beb... :wink:
Fight No More
Dream No More
Walk No More
Let Nature Run its Course

kambinggurun
Senator Gunung
Posts: 557
Joined: 26 Jan 2006, 23:01
Location: gua kayu batu
Contact:

Post by kambinggurun »

Xpeditor wrote:aku x sangka ler term G7 member2 main letak jek bole jadik topik perbualan hangat 10 tahun kemudian...har..har..tp btol ar rembau ..kt same2 lum abis G7...x terpikir lak nk abiskan pulak...wajib ker...heh..heh

anyway aku dgn kambing gurun dh setting dgn orca nk jadik full time peneroka bebas 2010 nnt...har..har..freelance full time beb... :wink:
aiyoh..ketua puak dah bersuara... sudah ade orang ajar main internet ka?? :evil:
::SRC-Total Outdoor::

User avatar
rembau
Pemegang Amanah GO
Posts: 1394
Joined: 06 Dec 2005, 08:41

Post by rembau »

Xpeditor wrote:aku x sangka ler term G7 member2 main letak jek bole jadik topik perbualan hangat 10 tahun kemudian...har..har..tp btol ar rembau ..kt same2 lum abis G7...x terpikir lak nk abiskan pulak...wajib ker...heh..heh

anyway aku dgn kambing gurun dh setting dgn orca nk jadik full time peneroka bebas 2010 nnt...har..har..freelance full time beb... :wink:
Tul tu bro....G7 aduhai G7 bila nak habis nie....

Kau nak fulltime ni nak redah mana lak nie???....kena nak jadi felda :evil:
Dan Kami jadikan di bumi gunung-ganang yang menetapnya, supaya bumi itu tidak menggegar mereka; dan Kami jadikan di celah-celahnya jalan-jalan laluan, supaya mereka mendapat petunjuk.(Surah Al-Anbiyaa':31)

User avatar
JeNaL
Pentadbiran
Posts: 1758
Joined: 27 Mar 2007, 16:07
Location: sri kembangan
Contact:

Post by JeNaL »

rembau wrote:
Xpeditor wrote:aku x sangka ler term G7 member2 main letak jek bole jadik topik perbualan hangat 10 tahun kemudian...har..har..tp btol ar rembau ..kt same2 lum abis G7...x terpikir lak nk abiskan pulak...wajib ker...heh..heh

anyway aku dgn kambing gurun dh setting dgn orca nk jadik full time peneroka bebas 2010 nnt...har..har..freelance full time beb... :wink:
Tul tu bro....G7 aduhai G7 bila nak habis nie....

Kau nak fulltime ni nak redah mana lak nie???....kena nak jadi felda :evil:
rembau mau joint ke.....hhehee peneroka felda lak ko ni....hampeh

User avatar
ryu_kyo
Senator Gunung
Posts: 251
Joined: 21 Aug 2006, 16:04
Location: JB
Contact:

Post by ryu_kyo »

Xpeditor wrote: anyway aku dgn kambing gurun dh setting dgn orca nk jadik full time peneroka bebas 2010 nnt...har..har..freelance full time beb... :wink:
fullamak,nk jadi peneroka bebas 2010 :shock:
"do what u love,love what u do - sonnie trotter"

Image
http://champsrc.multiply.com

User avatar
faisall
Pendaki Sondol
Posts: 484
Joined: 02 Jul 2007, 16:25
Location: bandar uda utama
Contact:

Post by faisall »

G-STRING pa benda ni faisall tak paham???tlg ulas sikit?? :D[/quote]

aku nak ulas pun aku malu juga sebenarnya....
ko tanya siti jer la.... :evil:
tanya sama itu hud hud

User avatar
faisall
Pendaki Sondol
Posts: 484
Joined: 02 Jul 2007, 16:25
Location: bandar uda utama
Contact:

Post by faisall »

mizi wrote:
faisall wrote::evil: G7 dah abih ku daki...sekarang ni tinggal G-STRING jer aku lom daki...itu lagi susah wooo mau sampai puncak... :D
faisall wrote:G-STRING pa benda ni faisall tak paham???tlg ulas sikit?? :D
aku nak ulas pun aku malu juga sebenarnya....
ko tanya siti jer la.... :evil:
tanya sama itu hud hud

uglysister
Pemegang Amanah GO
Posts: 360
Joined: 05 Dec 2005, 07:37
Location: 18m Underwater
Contact:

Post by uglysister »

alamak ada gak asben ai punya pendapat copy paste kat sini :oops:

bagi aku semua terpulang pada masing2, lain orang lain pemikiran, majoriti pon kalau ada duit byk & diberi peluang mesti nak conquer Everest, K2, kathmandu, Annapurna dan sebagai.. sebab ape? sebab gunung2 tu antara paling tinggi/ paling femes / paling mencabar kat dunia.. cuma tujuan pergi tu je la bergantung pada individu, ada yg nak cipta rekod, ada yg nak tambah dalam resume, ada yg nak merasa environment gunung yg lain depada khatulistiwa, ade yg nak rasa kepuasan bile dapat conqueur G7 tahap dunia, bukan mesia..
so yg tak dapat pegi tu, mungkin rasa dapat conquer G7 kat semenanjung mesia pon dah cukup puas / bangga, then tu terpulang la pada masing2..

then ada gak yg mmg tak minat nak naik everest ngn gunung2 kat luar, n tak minat ngn G7, janji dapat naik gunung mane2 pon bleh, bagi aku G7 tu gunung gak, kalau gunung tahan tu takde dalam list G7 pon aku tetap nak pegi, sebab view dia lawa, trek enjoy walaupon mencabar, chamah tu kalau takde lam G7 pon aku tetap nak pegi gak, sama la ngn gunung2 lain,

yg penting enjoy, bak kate laki aku kalau dah tak suka tu kene paksa panjat free pon takkan nak nye.. heheh

User avatar
abat_syed
Pendaki Gunung
Posts: 79
Joined: 19 Feb 2006, 23:55
Location: ipoh (manjoi)

Post by abat_syed »

Betul ulasan Abg Bett...susahnya hobi nie...naik gunung tapi tinggal solat...adab tak jaga, tak jaga adab namanya biadab... :cry:

Astaghfirullah...banyaknya dosa aku...Illahi Antamaksudi Warido Kamatlubi...
:cry:
"illahi antamaksudi warido kamatlubi"
-DeuTerisM-

pekatu
Pendaki Tegar
Posts: 293
Joined: 05 Dec 2005, 11:19
Location: last waterpoint

Post by pekatu »

G7... humm dari dulu dah ada pro con negative positive....
bila talk menda ni dgn bdk2 gunung sure x abis idea haha....

ermm.. aku agree dgn syed dat G7 ni penanda aras dlm rekreasi gunung..
apa pun kita buat dalam hidup sure ada target.... dari dulu smp skrg.....
time study dulu sure target nak dpt dip degree etc....

tak payah tipu la if naik gunung ni just suka suki , cintakan alam le coz majority yg aku jumpa suma ada target masing2... g7 g11 g12.... so bila dah ada penanda aras ni yg disetkan oleh komuniti gunung dari dulu secara x langsung menda ni jadi target......
& untuk smp ke target ni... kita berkorban apa saja... wang ,cuti , kerja , family kena lak training ... semata untuk naik gunung redah hutan ,duri , selut , kena tebuan , pikul air... ni kerja gile gak le tapi bila minat & bila dah dapat target.. situlah ada kepuasan.... & kepuasan ni x dapat dinilai dengan material.... kisah klasik untuk masa depan kata bett haha...

Pada aku lebih kepada kepuasan diri je... untuk balance kan life ...
cuma ada le sesetengah tak pun segelintir OKU gunung yang sangat MENGAGUNGKAN diri bila dah grad G7 or G11.... orang2 macam ni le cetus masalah... riak ,sombong ,angkuh... aku dah jumpa byk type2 mcm ni... ada gak type or trend bila dah G7 terus gantung beg... hehe

orang2 yg bangga pas grad G7 ni nilai la diri anda... apa yang best sangat gebang sana sini... cukuplah nikmati kepuasan grad tu untuk diri sendiri..... an achievement in life....

Even mat salleh naik gunung pun ada target... x silap aku 14'000ers siap ada web dgn membership lagi :lol:

ad
Pendaki Gunung
Posts: 101
Joined: 04 Oct 2006, 17:49
Location: Gombak
Contact:

Post by ad »

hohohoho... jom pegi kat Gunung Datuk!!! Tema: Raya.. Lemang beli dari mak hai.. :lol: :lol:

kabusgunung
Skuad GPS GO
Posts: 737
Joined: 19 Jan 2006, 20:31

Post by kabusgunung »

part nih mmg besttt...
pekatu wrote:......
tak payah tipu la if naik gunung ni just suka suki , cintakan alam le coz majority yg aku jumpa suma ada target masing2...
target aku nak buat GPS log sebanyak selagi tempat tuh org panggil gunung

User avatar
babyKIKO
Pendaki Gunung
Posts: 7
Joined: 08 Dec 2006, 13:49
Location: lupa kat mana ntah

Post by babyKIKO »

Salam kawan2...

G7.. ha..ha... memang patut dibanggakan lah. Bukan semua orang dapat menjejakkan kaki di G7 summit. Cuma orang2 tertentu sahaja yang dapat rezeki tu. Tapi bila dah dapat takluk G7 tu tak perlu lah nak berlagak, heboh sana heboh sini. Walaupon G7 tu kita tau kepayahan dan kesusahannya, lagi2 untuk bacth2 terawal, tetapi matlamatnya satu.. iaitu puncak tertinggi. Semua orang yang mendaki G7 nih akan merasa keperitan, kepayahan, kehebatan, keunikan dan etc. yang lebih kurang sama.

Tapi aku tak kisah sangat bila orang yg dah grad G7 nih na bercerita pengalaman dia. Sekurang2nya dapat gak aku cerita dan pengalaman yang aku takde. Kalo ade riak kecil dalam hati nya siapalah aku untuk menjatuhkan hukum. Itu antara dia dan Pencipta. Yang aku fedup bila orang yang tak pernah sampai antara puncak G7 ni mengaku pernah sampai. Sebabnya nak jaga status "otai", "orang lama", "pendaki hebat" or watever.. Sedarlah diri tu sikit, tak perlu berlagak pandai. Bila orang bagi soalan triky sikit abis lah kantoi. Lagi malu beb... dari sebelum ni orang boleh la respek sikit terus orang menyampah dah. Bila orang nak treking tengok nama mamat ni ada terus cancel sebabkan mamat nih.

Istilah G7 ni pon dah boleh cerita, cuma 7 gunung yang tertinggi di semenanjung sahaja, sedangkan beratus lagi gunung kat semenanjung nih. Cukupkah 7 gunung ni untuk dibandingkan beratus gunung lagi. Rasanya tak sampai 10% pon kalo nak kata G7 nih dah cukup untuk seorang pendaki itu gantung beg dan bergelar "otai" atau "pendaki hebat". Tentang pengisian dan ilmu yang dapat bila mendaki G7 nih bergantung jugak pada rezeki masing2, pendapat masing2, pemikiran masing2. Pendek kata terpulang pada setiap individu itu sendiri. Bukan semua dilahiran mempunyai pemikiran, penglihatan dan naluri yang sama.

Yang penting setiap gunung semua nya mendaki (keatas) tetapi kita masih lagi berpijak dibumi Allah. Tak perlu bangga diri, bongkak atau takbur. Cukuplah untuk pencapaian diri sendiri, boleh cerita kat anak cucu. Lagi banyak kita cakap, lagi banyak dosa kita lahirkan. Jadi cakaplah jika perlu.

Wassalam..

betterman
Pemegang Amanah GO
Posts: 2828
Joined: 04 Dec 2005, 08:39
Location: Bawah beirut
Contact:

Post by betterman »

pekatu wrote:.... kisah klasik untuk masa depan kata bett haha...
heheheh sempat gak selit tuh...


nak target G7 tuh buleh, tapi tak payah lah riak dan sombong dgn kehebatan dah habis G7....

kalau nak bangga sangat G7, gi cus naik bot lah woi!!!!
apa barang naik hilux.... :evil:

kalau nak bangga sangat G7, apa barang takde gambor dgn beirut korbu :evil:

kalau nak bangga sangat G7, apa barang takde gambor dgn plet yong belar :evil:

.... tapi itu kalau nak bangga sangat lah kan heheheh
Getting to the summit is optional, getting down is mandatory...

ad
Pendaki Gunung
Posts: 101
Joined: 04 Oct 2006, 17:49
Location: Gombak
Contact:

Post by ad »

hmm.. biarlaa mereka.. apa yang penting di sini.. semoga kita tak jadi seperti mereka.. :wink:

User avatar
soulfly
Kerabat Gunung
Posts: 1147
Joined: 18 Mar 2008, 15:57
Location: SENTUL

g7

Post by soulfly »

ermmm..

bile agaknye aku nk grad G7 nih.....

Freelance
Senator Gunung
Posts: 1355
Joined: 06 Dec 2005, 13:16
Location: Kuala Lumpur

Re: g7

Post by Freelance »

soulfly wrote:ermmm..

bile agaknye aku nk grad G7 nih.....
pelan-pelan kayuh bang :wink: :lol: tak lari gunung dikejar... orang je yang selalu lari2.... :lol:

User avatar
LaiTer
Pendaki Gunung
Posts: 58
Joined: 22 Mar 2008, 19:06
Location: r&d LaboTarY
Contact:

Post by LaiTer »

..ummm...teringat pesan amad time memula nak kenal pasal gunung menggunung nie...

"..ko jangan nak kejar sangat G7 nie..bagus ada azam nak tawan..tapi ko kena ingat..apa yg penting,..apa input yg ko bawak balik..apa pembelajaran dan pengajaran yg ko trima.."

ummm....da setahun aku pegang ayat ko tu mad..dan setahun jugak laa aku cuba belajar...dapat kenal2 ngan kengkawan baru di setiap xpdc..

manguu,jep,adam,kekerk,abg rembau,kak liliy...abe G...dan mereka2 yg tak ditaip namanya..(..terlupe aaa...mintak mahap..xsengaja..)..tapi xpe..ana ingt muka antum..hehehe...

papehal pon,..mintak mahap apa yg kureng pada mereka yg kenal...yg tak kenal lagi,..moga2 ada kesempatan bersama layan peak memana..insya ALLAH..gracias arigato hait..

majulah penggunung utk sume...!!!

~erkk..betol ke ayat bodek aku tuh???..hehe piS~
~LovE dA nATurE iS dA nATurAL LOvE~
www.friendster.com/brainstucker

melati
Pendaki Terlampau
Posts: 748
Joined: 11 Jan 2006, 15:31
Location: b'worth
Contact:

Re: g7

Post by melati »

Freelance wrote:
soulfly wrote:ermmm..

bile agaknye aku nk grad G7 nih.....
pelan-pelan kayuh bang :wink: :lol: tak lari gunung dikejar... orang je yang selalu lari2.... :lol:
hurmmm..bila la aku nk abis g7 nie..

apa tk nya asyik merepeat jerk :kah:

User avatar
soulfly
Kerabat Gunung
Posts: 1147
Joined: 18 Mar 2008, 15:57
Location: SENTUL

Re: g7

Post by soulfly »

melati wrote:
Freelance wrote:
soulfly wrote:ermmm..

bile agaknye aku nk grad G7 nih.....
pelan-pelan kayuh bang :wink: :lol: tak lari gunung dikejar... orang je yang selalu lari2.... :lol:
hurmmm..bila la aku nk abis g7 nie..

apa tk nya asyik merepeat jerk :kah:
betul cakap lily tu,
gunung memang tak lari,tapi aku yang tak larat nak daki..wakakakaka :kah:

mkrose
Pendaki Gunung
Posts: 27
Joined: 27 May 2008, 18:24

Post by mkrose »

takpa soulfly, kita buat pelan2 janji tak putus asa dan gantung beg.
macam abang rosmal dan kak lili dah berpuluh2 jenis gunung depa pi.
pelan2 belajar ilmu naik gunung dan apa dah tentu setiap gunung tu ada
kelainan yang allah jadikan.

User avatar
LaiTer
Pendaki Gunung
Posts: 58
Joined: 22 Mar 2008, 19:06
Location: r&d LaboTarY
Contact:

Post by LaiTer »

..ummm...btol tu mkrose...im agree wif u..stp gng ada kelainan dan keistimewaan yg ALLLAH jadikan..

G7 ke xG7 ke,..on da way trek kekadang pancit gak..huhuhuh..mental wooo.....
~LovE dA nATurE iS dA nATurAL LOvE~
www.friendster.com/brainstucker

adisos2002
Otai Gunung
Posts: 969
Joined: 07 Dec 2005, 07:36
Location: Semak Samun
Contact:

Post by adisos2002 »

kalau nak bangga sangat G7, apa barang takde gambor dgn plet yong belar
Macam hampeh bett he he he..

Ok kawan2 my turnnnnn

Grad G7??? nie sapa yang marah2 nie sebab orang bangga sebab Grad G7 nie????

Sapa?? sapa?? Hmmmm nie ajer la masalah kita dan kebanyakan orang lama dalam pendakian. Yang tau nak menempelak dan menyindir disamping mempertikai..

Pada aku, toksah banyak2 citer komplen sana sini pasal
"budak bangga naik G7 lepas tu ingat dah hebat dan dah abis cabaran gunung kat msia"

Daripada membebel kat sini apa kata korang buat penerangan, wujudkan minat dan ajak diorang masuk utan dan gunung ganang yang lain kat M'sia nie. Takda masa??? tak berani??? senang jer bro

Jangan komplen kalu ada kawan2 buat atau anjurkan xpdc dalam GO nie, jangan jadi macam tunggul dengan tidak support diaorg.

Dah nampak kawan2 posting gunung sana-sini so.. kita kempen la untuk diaorg.
Baru la org lain nampak wujudnya gng2 lain yang best nie.

Tapi ni yang aku meluat, ramai sangat yg kunun2 bukan spesis mendabik dada sbg pengejar G7 la apa la... pigi dah...
Korang sumer pun sama gak dulu2 bro, masa tak kenal ada gng yg best korg anggap mana yg korang dengar dan korang sampai tu adalah the best.
Pucuk pangkalnya korang tak tahu apa yang korang tak tahu. Sama gak dengan bebudak tue.. Sekarang nie nak harap org buat open program pun dah makin kurang kat GO nie.. so pastu korg nak bising2 pasal budak2 sibuk kejar G7 apa barang?????

Kalu berani aku nak tengok sorang2 pentadbir, pendaki otai, kaki gng yang ada kat sini buat open program. Jangan cakap je bedegar2... Aku 1000 kali lebih respect pada Kak Nik yang buat xpdc gng peninjau daripada org yg bising2 kat sini.. Tapi takda usaha nak ajak budak naik kegunung2 yg lain.

Cakap memang senang bro...


Setakat duduk depan pc dan menaip itu ini... nenek aku pun buleh.

muzs
SOS
**dah bosan dengar bunyi tong kosong :oops:
<no one left behind> nolb
Berminat mendapatkan guide gunung/ teambuilding?? Contact Silver Outdoor Sports di 012-5317141atau email adisos2002@yahoo.com

betterman
Pemegang Amanah GO
Posts: 2828
Joined: 04 Dec 2005, 08:39
Location: Bawah beirut
Contact:

Post by betterman »

at least sekali seumur hidup lah grad G7...
bukan apa, G7 tuh pon gunung jugak kan...
7 gunung tertinggi di semenanjung...
takkan sikit takde rasa nak tawan kan...??
dulu sebelum aku grad mmg jeles le tgk kawan-kawan yg dah grad...
teringin le jugak...

berapa ramai je pendaki yang mendaki betoi2 nak kan ilmu...?
kebanyakan nya mendaki hanya utk seronok-seronok je...
tok sah nak membohong le... :evil:


p/s : muz, celik IT ye nenek ko hehehe
Getting to the summit is optional, getting down is mandatory...

adisos2002
Otai Gunung
Posts: 969
Joined: 07 Dec 2005, 07:36
Location: Semak Samun
Contact:

Post by adisos2002 »

Salam Bett dan rakan2 pergunungan yang aku hormati dan sanjungi (walaupun korang tak pernah mintak)..

Bukan niat aku nak menimbulkan perasaan marah dengan sengaja.

Tapi aku lihat sekian lama makin kurang aktiviti memporpularkan gunung2 yang bukan G7 nie. Kalu ada kawan2 buat pun siap ada orang bising2 kunun org tue la bukak jalan... org nie cari makan..

Aku lihat senario keinginan mengajak 'budak2' baru untuk mendaki kurang hebat dikalangan kita (termasuk aku) :cry: ..

Paling buruk perangai bila dialog2 macam nie kedengaran.. "weh kita jgn kasi tahu pada public pasal laluan ni tau, kang semua org naik.. abis rosak gunung"
Apa punya kolot!!!!
Sepatutnya pikir macamana nak buat supaya org naik tapi tak rosakkan laluan ke apa ker..
Last2 masuk kat sini bising2 komplen budak2 target G7 jer..
Masa aku bawak budak2 pegi gunung kat Perak tak pernah lak aku pesan suruh guide aku sorok jalan2 tue.

Paling merepek.. pada masa yang sama kita tak habis-habis nak bising sana sini, sama macam kes mendaki satu perjudian, budak under estimate Nuang lah, guide mahal la, sampah orang tu bawak org nie tak kutip, plet kena buang, plet kena pijak, gua kena conteng dan macam2 lagi..

Pendek kata.. Kita asyik bising pasal org yang dah sedia tahu dan memang naik gunung2 selain G7..
Dimana pulak peranan kita dalam menggalakkan aktiviti mendaki gunung2 bukan G7??? kita asyik mencari salah..

Tapi taknak cari penyelesaian, kita cakap yang tu salah yg ni salah... Yang betul macammana?? Habis dari cakap.... apa tindakan kita pulak??

Semua setakat cakap..

So aku harap dan mintak2 sangat mereka yg dasat2 kat sini utk buat sesuatu. Jgn kasi idea jer..

Bak kata pepatah.. 1000 idea bisa dikalahkan dengan 1 tindakan!!!

Ok kawan2 tak mau lawan.. korang semua legend2 pun.. Aku sekadar insan kerdil dalam persada ini.

Salam
Muzs
SOS
<no one left behind> nolb
Berminat mendapatkan guide gunung/ teambuilding?? Contact Silver Outdoor Sports di 012-5317141atau email adisos2002@yahoo.com

User avatar
biNGai
Kerabat Gunung
Posts: 3216
Joined: 19 Dec 2005, 13:18

Post by biNGai »

ko tgh PMS ke mus? rilekkk..menstrual kan ade
M.A.L.A.S - Copyright © 2003-2009. All rights reserved.
"Demi langit beserta seluruh binaannya, Demi bumi serta yang ada di hamparannya, Demi jiwa dan seluruh penyempurnaannya.."

Freelance
Senator Gunung
Posts: 1355
Joined: 06 Dec 2005, 13:16
Location: Kuala Lumpur

Post by Freelance »

adisos2002 wrote:Tapi aku lihat sekian lama makin kurang aktiviti memporpularkan gunung2 yang bukan G7 nie. Kalu ada kawan2 buat pun siap ada orang bising2 kunun org tue la bukak jalan... org nie cari makan..

Aku lihat senario keinginan mengajak 'budak2' baru untuk mendaki kurang hebat dikalangan kita (termasuk aku) :cry: ..

Paling buruk perangai bila dialog2 macam nie kedengaran.. "weh kita jgn kasi tahu pada public pasal laluan ni tau, kang semua org naik.. abis rosak gunung"

Salam
Muzs
SOS
wah mus banyak emo lah hehehe!!! musz jgn lupa aqu ehh... aqu tak pernah lupakan dak2 baru... aqu nya trip memang selalu bwk ramai.. dah mcm rombongan cik kiah... ko tau apa sebab ehh.... salah satu sebab... gng2 yang aqu pernah wat.. bergantung kepada keadaan trek dan campsite serta puncak.. kalo leh bwk ramai.. leh lah bwk 1 bas... bukan aqu tak pernah kena sound.. "wei lily ko ni selalu wat trip bwk ramai betul orang ehh"... tujuan aqu wat trip ramai... ada sebabnya...pertama nak bagi pendedahan dan peluang kepada orang2 baru, orang lama ..tapi dah lama tak mendaki gunung..., orang lama.. cuma pendedahan kepada kalangan dak2 gng.. (depa tak de saluran atau tau pasal2 trip2 gunung) .. so ramai yang aqu pernah bwk.. ramai orang2 baru... so ada yang baru timbul minat dlm dunia outdoor.. aqu bagi galakan dan beri pendedahan pasal website dak2 gng ni... so aqu harap selepas diaorang dah ikut trip aqu.. depa akan terus berminat nak cari trip2 yang lain pula... ko nak tau.. ramai yang call aqu sebab selalu tanya samada aqu ada wat trip tak bulan ni bulan ni.. kdg2 aqu tak wat trip..sbb aqu pun selalu gak follow trip dak2 lain... kadang2 aqu promote trip kawan2 kt depa..so terpulanglah kt depa kalo diaorang berminat nak g...

Memang sekarang dah semakin kurang aktviti atau trip2 gunung.. mungkin disebabkan faktor2 tertentu... di kalangan rakan2 biasa dan senior yang selalu wat trip gunung.. dah gantung beg..., faktor umur..., faktor dah berumahtangga.. so byk komitment lak eh.... faktor ekonomi.. memandangkan pun ko tau kan sekarang ni minyak naik.. so mgkn leh terbantut ehh nak g trip gunung.. nak2 lagi kalo trip yang menggunakan kenderaan terutamanya 4wd dan bot.
ramai yang mengeluh sebab ada yang nak g trip gunung..tapi tercari2 mana trip yang leh mereka follow.... ramai dak2 gng yang berani g trip yg santai, trip hardcore dan tak hardcore... so byk kategori gak... ni berdasarkan kepada panggilan telefon dari rakan2 yg mau trip mcmana...

Ada jugak pendaki yang g dikalangan rakan2 sendiri sahaja... tak open kepada orang ramai.

uhh mus kalo nak harapkan aqu sorang.. aqu pun letih wei nak handle ni trip ... kadang2 aqu pun teringin nak ikut trip orang lain gak..

kalo nak pelbagai2 gunung.. ko dan SOS... cuba2lah bukak trek atau sondol gunung.. kt blah2 perak terutamanya....... kemahiran ada... ilmu pun dah ada... so apasalahnya kawan2 lain lak cuba2 bukak trek gunung lain lak...jangan lah terlalu mengharapkan kwn2 yang sedia ada yg selalu ehh g sondol2 gng bukak trek... apa yang lily tau..geng2 yg biasa sondol ni... tujuan depa... bukak trek utk memudahkan kwn2nya trip utk g gng2 tersebut.. mereka tak lokek pun nak bagi ilmu serta log2 gunung2 tersebut.. kenalah rajin belajar dan menanya kt kawan2 kita ni... so bila dah kawan2 permudahkan jalan.so pandai2 lah jaga trek dan keindahan semulajadi trek2 gunung tersebut... :wink:

apa yang lily harap. moga ada kawan2 baru.. atau kawan2 lama... berani utk wat trip ke gunung2.. tak salah nak mencuba.. insyallah orang2 lama sudi tampil utk membantu... :wink:

adisos2002
Otai Gunung
Posts: 969
Joined: 07 Dec 2005, 07:36
Location: Semak Samun
Contact:

Post by adisos2002 »

Bukan datang bulan Ngai.. tapi kesan dari keracunan cendawan Kantung Lampuga :lol: ...

Thanks Lily... aku nampak dan sentiasa mendengar perkembangan baik dari ko. Antara insan yang sememangnya banyak menyumbang dalam memperkenalkan gunung2 di M'sia nie. Bukan sekadar cakap.... Kalau dulu masa mula2 kenal ko aku sendri tak sangka ko ada hati yg sama..

SOS kenapa tak buat?? aku sekarang bekerja tak tentu masa... Yang pastinya soon aku akan mintak 'muzs' yang lain untuk buat open program semula..

Harap kawan2 terima sebagai satu cubitan sayang dari aku akan teguran ini..

Mmmmuuaaahhh luv u all

muzs
SOS
<no one left behind> nolb
Berminat mendapatkan guide gunung/ teambuilding?? Contact Silver Outdoor Sports di 012-5317141atau email adisos2002@yahoo.com

User avatar
AzmanZainal
Pendaki Gunung
Posts: 105
Joined: 02 Apr 2008, 08:55
Contact:

Post by AzmanZainal »

..yang penting aku dapat bergambar dgn gunung2.. pastu bleh jadi kenang-kenangan alahaiii.. bestnye menikmati keindahan dan kementalan semasa mendaki..

User avatar
AzmanZainal
Pendaki Gunung
Posts: 105
Joined: 02 Apr 2008, 08:55
Contact:

Post by AzmanZainal »

abat_syed wrote:Betul ulasan Abg Bett...susahnya hobi nie...naik gunung tapi tinggal solat...adab tak jaga, tak jaga adab namanya biadab... :cry:

Astaghfirullah...banyaknya dosa aku...Illahi Antamaksudi Warido Kamatlubi...
:cry:
btol tu jadilah pendakian anda tempat bermuhasabah diri kerana wahuwa ma`akum aina makuntum dan dia sentiasa bersama kamu dimana kamu berada..

UnderAge
Pendaki Gunung
Posts: 146
Joined: 16 Jan 2006, 11:45

Post by UnderAge »

wahhh.. ini topic byk bestt...
aku tak pandai nak kupas n ulas..sbb korang suma pun dah ulas n kupas...dari kulit sampai ke isi korang bedal...

pokok pangkal nyer suma bergantung pada nawaitu masing2...
setiap agenda n perkara yg akan berlaku dan telah berlaku mesti dimulakan dgn niat...dan disudahkan dgn perilaku...

wassalam...

bett :: bila ko nak nek jerai ngan aku...hehehehe
::: SuCCESS :::

kambinggurun
Senator Gunung
Posts: 557
Joined: 26 Jan 2006, 23:01
Location: gua kayu batu
Contact:

Post by kambinggurun »

umpama bayi yang baru belajar merangkak..

ibu bapa lah yang tentukan rangkakannya di mana dan ke mana..

begitu bertuah mempunyai bayi, tapi adakah kita ibu bapa yang baik??
::SRC-Total Outdoor::

Post Reply