pelajar UiTM arau dh dijumpai

Isu-isu & gossip berkaitan dengan aktiviti luar

Moderator: kambinggurun

User avatar
killers
Pendaki Tegar
Posts: 207
Joined: 26 Jul 2007, 00:03
Location: maybe in madagascar
Contact:

pelajar UiTM arau dh dijumpai

Post by killers » 25 Feb 2008, 21:30

assalamualaikum w.b.t

jam 2100hrs(menggunakan radio),9W2MBA(anggota SAR) telah melaporkan bhw pelajar tersebut(Nur Umaisarah bt Sameon) telah selamat dijumpai berhampiran dgn kem bt putih(tersasar lbh kurang 55km dr tmpt terakhir dilihat)pada petang 25/02/2008.berita ini telah disahkan..pelajar tersebut akan diterbangkan dengan menggunakan heli utk ke hospital terdekat..
jeng kreng

gogoyeaha
Otai Gunung
Posts: 897
Joined: 07 Dec 2005, 20:29

Post by gogoyeaha » 25 Feb 2008, 22:08

55km? makk aiiii...jauhnya
syukur alhamdulillah

leepahang
Pendaki Gunung
Posts: 7
Joined: 15 Feb 2008, 15:09
Contact:

Post by leepahang » 25 Feb 2008, 22:11

alhamdulillah

ekan_biliss
Pendaki Gunung
Posts: 30
Joined: 08 Sep 2006, 22:25
Location: group blakang

Post by ekan_biliss » 25 Feb 2008, 22:15

kalau betol da jumpe alhamdulillah.syukran.
kat mane ek kem batu putih ni..?

User avatar
belakangpokok
Pendaki Gunung
Posts: 119
Joined: 06 Nov 2006, 20:10
Location: Perak
Contact:

Post by belakangpokok » 25 Feb 2008, 22:16

fuuuhhh..jauhnya..kem putih tu selepas kem Teku !!! Syukur Alhamdulillah berkat usaha semua pihak dan doa dari sahabat-sahabat akhirnya diperkenakan olehNya. Syukur Alhamdulillah.Macamana keadaan Umai masa tu?
Leave no trace but tracks

User avatar
killers
Pendaki Tegar
Posts: 207
Joined: 26 Jul 2007, 00:03
Location: maybe in madagascar
Contact:

Post by killers » 25 Feb 2008, 23:16

keadaannye alhamdulillah sihat walafiat..cam tu la dbg tau td.aku pn xsempat nk tny byk2 td.hehe
jeng kreng

User avatar
pakcik
Pendaki Gunung
Posts: 170
Joined: 08 Feb 2006, 23:33
Location: sini
Contact:

Post by pakcik » 25 Feb 2008, 23:39

Alhamdulillah...

pasni leh la kita tau ape cite ek? camne la prasaan die 2 minggu lebih dlm utan,sensorg..
Never Crack Under Pressure

mangu
Pendaki Gunung
Posts: 53
Joined: 24 Aug 2006, 01:20

Post by mangu » 26 Feb 2008, 02:28

yap...dah dijumpai...alhamdulilah..dpt tau dari gaid naza..dijumpai oleh gaid kuala tahan..

User avatar
crampizium
Pendaki Gunung
Posts: 143
Joined: 21 Nov 2006, 15:19
Location: Depan Laptop
Contact:

Post by crampizium » 26 Feb 2008, 02:57

alhamdulillah dan tahniah kepada semua.....

sangat2 berminat na dengar cite umai ni.....55km tu... bukan sikit2 punye jauh!!! :shock: :shock: :shock:

User avatar
zogun
Pendaki Gunung
Posts: 4
Joined: 11 Feb 2008, 23:14
Location: KL
Contact:

Post by zogun » 26 Feb 2008, 06:12

alhamdulillah, aku tumpang hepi. kat mana boleh baca cite umai ni?

monster
Pendaki Gunung
Posts: 31
Joined: 21 May 2007, 21:19

Post by monster » 26 Feb 2008, 07:14

syukur alhamdulillah... berkat doa & usaha semua pihak yang berkenaan kan..

andai kata kalau betullah si umai ni 'dipinjam sementara', sememangnya dia ni lah insan terpilih (best amongst the best) yang bebetul suci & bersih (clean & clear!!).

Tahniah & syabas kepada semua yang terlibat!! :D :D

* kiranya kem putih tu menghala ke kuala tahan yek? mmmm...camane leh melawan arus tu... :roll:

nazawgw
Pendaki Gunung
Posts: 136
Joined: 18 Mar 2006, 23:38
Contact:

Post by nazawgw » 26 Feb 2008, 08:13

alhamdulillah...baru dgr berita pg ni...syukur sgt dia dah dijumpai...
tak sabar nak dgr cerita pengalaman dia...fuhhh..
aku pun ada di sini!!

nazryst
Pendaki Terlampau
Posts: 650
Joined: 16 Feb 2006, 12:17
Location: Natural Geography
Contact:

Post by nazryst » 26 Feb 2008, 08:22

Alhamdulillah.... mak aiii...jauh betol bearing lari ....

mongkut
Pendaki Gunung
Posts: 73
Joined: 10 Apr 2007, 14:08
Location: Depan Kubur, View Bukit Tabuh

Post by mongkut » 26 Feb 2008, 08:27

alhamdulillah...

User avatar
seper4alif
Kerabat Gunung
Posts: 2100
Joined: 01 Jun 2006, 09:42
Location: gelanggang TokMeor
Contact:

Post by seper4alif » 26 Feb 2008, 08:51

haa haa... pak'abu n biscut, hang kata nak naik heli kan... haa haa dah tau ke care dia camne?

heem dia di jumpai oleh sekumpulan mat saleh n di dalangi seorang guide dari kuala, huu hudi dalangi tuh, tak boleh blah ayat.....

keadaan stabil, leh jalan cam biasa.... power hebat nyer.....
seper4alif
:::masuk tempat orang bawak otak bukan pisau:::
Image ImageImage

User avatar
rembau
Pemegang Amanah GO
Posts: 1394
Joined: 06 Dec 2005, 08:41

Post by rembau » 26 Feb 2008, 08:56

Taniah...dan syukur kepada Illahi...
Dan Kami jadikan di bumi gunung-ganang yang menetapnya, supaya bumi itu tidak menggegar mereka; dan Kami jadikan di celah-celahnya jalan-jalan laluan, supaya mereka mendapat petunjuk.(Surah Al-Anbiyaa':31)

User avatar
anginbayu
Pendaki Gunung
Posts: 13
Joined: 21 Jan 2008, 14:54
Location: Petaling Jaya
Contact:

Post by anginbayu » 26 Feb 2008, 08:58

alhamdulilah...

User avatar
poncho
Senator Gunung
Posts: 1890
Joined: 05 Dec 2005, 15:59
Location: southern
Contact:

Post by poncho » 26 Feb 2008, 09:05

syukur Alhamdulillah.


Batu Putih tu sama ke dengan Kem Putih/Puteh?
memang jauh tuh. rasanya dia menyusur sungai kot. syukur..syukur. syukur sangat dia selamat. kuasa Allah. syukur..syukur.
if a tree falls in the woods... do all the other trees laugh at it?

Image Mounthopper

joneeey_comel
Pendaki Gunung
Posts: 90
Joined: 13 Jan 2006, 15:52

Post by joneeey_comel » 26 Feb 2008, 09:06

Alhamdulillah...Syukur Pada Allah....

tak sabo nak dengar crita pengalaman dier...dekat 3 minggu hilang...
berkat doa n usaha semua....

melati
Pendaki Terlampau
Posts: 748
Joined: 11 Jan 2006, 15:31
Location: b'worth
Contact:

Post by melati » 26 Feb 2008, 09:13

alhamdullilah...
jauh nya dia berjln...syukor2...

Lt.Cmdr. Kamal Ariffin
Kerabat Gunung
Posts: 1318
Joined: 12 Jan 2006, 11:43
Location: Gunung Bawah Laut
Contact:

Post by Lt.Cmdr. Kamal Ariffin » 26 Feb 2008, 09:18

Jauh Beno tuhh
Rasanya dia menyusur sungai.
Alhamdulillah dia selamat
dan terima kasih kepada semua yang sama sama telah berdoa untuk keselamatan Umai. Dan tentulah tersangat ketima kasihnya kepada semua guide dan team team SAR yang menolong sama mencari selama ini.
AMIN-

ajon
Pendaki Tegar
Posts: 267
Joined: 19 Dec 2005, 12:08
Location: kl
Contact:

Post by ajon » 26 Feb 2008, 09:34

Syukur Alhamdullilah.

Umai memang seorang yang cekal dan tabah.

Lt.Cmdr. Kamal Ariffin
Kerabat Gunung
Posts: 1318
Joined: 12 Jan 2006, 11:43
Location: Gunung Bawah Laut
Contact:

Post by Lt.Cmdr. Kamal Ariffin » 26 Feb 2008, 09:40

Umaisarah hilang 11 hari di hutan ditemui

Oleh ARSHAD KHAN

KUANTAN 25 Feb. - Penuntut tahun akhir jurusan Diploma Perakaunan di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Arau, Perlis, Nor Umaisarah Sameaun, 21, yang hilang ketika turun dari Gunung Tahan, sejak 14 Februari lalu ditemui di Sungai Putih, Jerantut, Taman Negara petang ini.

Menurut jurucakap polis ketika dihubungi, mangsa ditemui pada pukul 6.30 petang oleh seorang pemandu pelancong yang melalui Sungai Putih, Jerantut, Taman Negara iaitu lokasi di mana Nor Umaisarah dilaporkan hilang.

Katanya lagi, pelajar berkenaan masih tidak dapat dikeluarkan oleh pihak polis kerana hutan tebal dan mangsa dijangka dikeluarkan esok dengan menggunakan helikopter.

Mangsa hilang apabila terpisah daripada kumpulan 36 rakan dan pegawai pengiring ketika menuruni Gunung Tahan.

Mereka mendaki gunung itu sebagai aktiviti unit beruniform universiti tersebut.

Kehilangannya hanya disedari ketika mereka tiba di Kem Kor dari puncak gunung, kira-kira jam 11 pagi.

Sejak itu gerakan mencari dan menyelamat mangsa yang melibatkan 146 anggota pelbagai agensi beruniform dilancarkan.

Utusan Malaysia

User avatar
seper4alif
Kerabat Gunung
Posts: 2100
Joined: 01 Jun 2006, 09:42
Location: gelanggang TokMeor
Contact:

Post by seper4alif » 26 Feb 2008, 10:14

syukur Alhamdulillah.


Batu Putih tu sama ke dengan Kem Putih/Puteh?
memang jauh tuh. rasanya dia menyusur sungai kot. syukur..syukur. syukur sangat dia selamat. kuasa Allah. syukur..syukur.
klu menyesuri sungai takda makna nyer kot leh sampai situh hee hee...

kem putih dah bersebelahan ngan melantai. kira leh wt 5 jam aah klu tembak gegiles ke kuale....

ikut mana ek? takkan dari kor dia ikut padang or gedung? keee dia dapat naik percuma pant*t lesung huuu huuu... giles hebat ah gaung 90% tuh.

pepepong syukur buat yg keberapa kali nyer dia di lepas kan si melur.....
amin......
seper4alif
:::masuk tempat orang bawak otak bukan pisau:::
Image ImageImage

User avatar
matsaiko
Senator Gunung
Posts: 2786
Joined: 22 Dec 2005, 16:52
Location: GOMBAK Territory

Post by matsaiko » 26 Feb 2008, 10:20

Syukur...hanya tuhan aje yg tau perasaan ibubapanya bila dapat berita ni..
To Conquer Without Risk Is To Triumph Without Glory
www.azreenismail.com

Lt.Cmdr. Kamal Ariffin
Kerabat Gunung
Posts: 1318
Joined: 12 Jan 2006, 11:43
Location: Gunung Bawah Laut
Contact:

Post by Lt.Cmdr. Kamal Ariffin » 26 Feb 2008, 10:29

Pakaian pelajar masih bersih

KOSMOKUALA LUMPUR - Nur Umaisarah walaupun lemah, tetapi dimaklumkan sihat, malah pakaian yang dipakainya kelihatan bersih.

Seorang jurupandu arah yang mahu dikenali sebagai Rosli berkata, rakannya yang ketika itu membawa kumpulan pelancong asing telah menghubunginya sebaik menemui pelajar itu.

"Mengikut rakan saya, dia telah memberi Umai minum dan makan.

"Umai makan dengan berselera makanan dibawa oleh rombongan pelancong asing tersebut," kata beliau semasa dihubungi malam tadi.

Bagaimanapun ceritanya, rakannya memberitahu, beg mendaki yang dibawa Umai tidak bersamanya.

Tambahnya, sementara menunggu helikopter, Umai kini dijaga oleh beberapa juru pandu arah di kawasan tempat Umai ditemui di Kem Kuala Sungai Putih, Jerantut.

Lt.Cmdr. Kamal Ariffin
Kerabat Gunung
Posts: 1318
Joined: 12 Jan 2006, 11:43
Location: Gunung Bawah Laut
Contact:

Post by Lt.Cmdr. Kamal Ariffin » 26 Feb 2008, 10:34

KUANTAN – Selepas hilang selama 19 hari di Taman Negara Sungai Relau, Merapoh dekat Lipis, Nur Umaisarah Sameaun, 21, ditemui masih hidup petang semalam.
Pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) cawangan Arau, Perlis itu ditemui pukul 6.30 petang oleh jurupandu arah yang membawa sekumpulan pelancong asing mendaki Gunung Tahan.

Jarak pelajar itu ditemui ialah kira-kira 30 kilometer dari lokasi beliau sesat.

Ketika ditemui pelajar itu sedang berjalan dalam keadaan amat lemah kerana kelaparan di denai laluan di Kem Kuala Sungai Putih, Jerantut.

Ketua Polis Daerah Lipis, Supritendan Shakaruddin Che Mood berkata, lokasi penemuan mangsa agak jauh dari lokasi operasi mencari dan menyelamat yang dilakukan.

“Kami dimaklumkan pelajar itu dijumpai oleh jurupandu arah dan sekumpulan pelancong yang melintasi kawasan itu untuk naik ke Gunung Tahan.

“Ketika melalui denai itu, mereka telah ternampak kelibat mangsa yang berada dalam keletihan dan tidak berdaya,’’ kata beliau.

Menurut beliau, mangsa dipercayai telah berjalan sejauh 30 kilometer dari Bukit Botak, lokasi awal di mana beliau dilaporkan hilang.

Berikutan itu, Shakaruddin memberitahu, pasukannya kini sedang berusaha untuk memberi bantuan perubatan dan makanan kepada pelajar berkenaan.

“Mangsa akan dikeluarkan menggunakan helikopter polis seawal pagi esok,” kata beliau.

Katanya, sebaik dikeluarkan dari Taman Negara itu, mangsa akan terus dibawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan.

Mengikut sumber, Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah dijadual akan menunggu ketibaan Umai di HTAA pagi ini dan baginda difahamkan mahu pelajar tersebut diberi perhatian sewajarnya.

kosmo




--------------------------------------------------------------------------------




--------------------------------------------------------------------------------

User avatar
nowa
Pendaki Gunung
Posts: 79
Joined: 25 Aug 2006, 17:12
Location: mazar-e-sharif,Afghanistan

Post by nowa » 26 Feb 2008, 10:51

Umai masih hidup

Oleh YUSNILAH MD YUNUS, NUZULSHAM SHAMSUDDIN, HAFIZ ABBAS, SHAHRULNOOR ISHAK dan KHAIRI MOHAMAD
berita@kosmo.com.my

UMAI ditemui longlai selepas 19 hari sesat di hutan Pahang

KUANTAN – Selepas hilang selama 19 hari di Taman Negara Sungai Relau, Merapoh dekat Lipis, Nur Umaisarah Sameaun, 21, ditemui masih hidup petang semalam.

Pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) cawangan Arau, Perlis itu ditemui pukul 6.30 petang oleh jurupandu arah yang membawa sekumpulan pelancong asing mendaki Gunung Tahan.

Jarak pelajar itu ditemui ialah kira-kira 30 kilometer dari lokasi beliau sesat.

Ketika ditemui pelajar itu sedang berjalan dalam keadaan amat lemah kerana kelaparan di denai laluan di Kem Kuala Sungai Putih, Jerantut.

Ketua Polis Daerah Lipis, Supritendan Shakaruddin Che Mood berkata, lokasi penemuan mangsa agak jauh dari lokasi operasi mencari dan menyelamat yang dilakukan.

“Kami dimaklumkan pelajar itu dijumpai oleh jurupandu arah dan sekumpulan pelancong yang melintasi kawasan itu untuk naik ke Gunung Tahan.

“Ketika melalui denai itu, mereka telah ternampak kelibat mangsa yang berada dalam keletihan dan tidak berdaya,’’ kata beliau.

Menurut beliau, mangsa dipercayai telah berjalan sejauh 30 kilometer dari Bukit Botak, lokasi awal di mana beliau dilaporkan hilang.

Berikutan itu, Shakaruddin memberitahu, pasukannya kini sedang berusaha untuk memberi bantuan perubatan dan makanan kepada pelajar berkenaan.

“Mangsa akan dikeluarkan menggunakan helikopter polis seawal pagi esok,” kata beliau.

Katanya, sebaik dikeluarkan dari Taman Negara itu, mangsa akan terus dibawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan.

Mengikut sumber, Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah dijadual akan menunggu ketibaan Umai di HTAA pagi ini dan baginda difahamkan mahu pelajar tersebut diberi perhatian sewajarnya.
Image
Image

Dari sumber KOSMO!

User avatar
mizi
Kerabat Gunung
Posts: 1308
Joined: 17 Jul 2006, 15:22
Location: perlis
Contact:

Post by mizi » 26 Feb 2008, 10:56

alhamdulilah....

User avatar
vanhemeir
Pendaki Hebat
Posts: 399
Joined: 12 Dec 2006, 13:47
Location: Abu Dhabi, UAE
Contact:

Post by vanhemeir » 26 Feb 2008, 10:59

ni kalau discovery channel dapat tau ni... mesti dia buat exclusive interview nih.... TV3 tak mau buat ker????

eppott
Pendaki Gunung
Posts: 77
Joined: 23 May 2006, 13:16
Location: KL
Contact:

Post by eppott » 26 Feb 2008, 11:09

cehhh.. tv3 apa barang nak buat interview pasal ni..
bg diorg election lagik pentinglahhh..

alhamdulillah syukur dah selamat ditemui..

User avatar
vanhemeir
Pendaki Hebat
Posts: 399
Joined: 12 Dec 2006, 13:47
Location: Abu Dhabi, UAE
Contact:

Post by vanhemeir » 26 Feb 2008, 11:19

cehhh.. tv3 apa barang nak buat interview pasal ni..
bg diorg election lagik pentinglahhh..
kalau selimutkan dia dengan bendera UMNO ke BN ke mesti masuk nyer... berita nombor satu lagi.... hehehehehe....

ogljb
Pendaki Gunung
Posts: 66
Joined: 09 Dec 2005, 15:46

Tumpang Gembira

Post by ogljb » 26 Feb 2008, 11:43

Assalamualaikum,

Alhamdulillah, Umaisarah telah ditemui. Terima kasih daripada kita semua kepada mereka-mereka yang telah terlibat dan bertungkus lumus dalam operasi pencarian beliau.

Bila agaknya dapat kita dengar penjelasan dan penerangan dari Umaisarah sendiri ?

Salam

ogljb

Lt.Cmdr. Kamal Ariffin
Kerabat Gunung
Posts: 1318
Joined: 12 Jan 2006, 11:43
Location: Gunung Bawah Laut
Contact:

Post by Lt.Cmdr. Kamal Ariffin » 26 Feb 2008, 12:07

Sultan Pahang menunggu Umai di Hospital Kuantan.
Maklumat dari Jabatan Perisikan

User avatar
sany ADALAH alger
Otai Gunung
Posts: 932
Joined: 18 Apr 2006, 09:38
Location: in the middle of jungle called KAY HELL
Contact:

Post by sany ADALAH alger » 26 Feb 2008, 12:43

Syukur pada Allah swt yang mengakbulkan doa ibu bapa Umai.
CARPE DIEM!

User avatar
pulut_itam
Pendaki Gunung
Posts: 193
Joined: 30 Dec 2005, 10:06

Post by pulut_itam » 26 Feb 2008, 13:06

Syukur alhamdulilah satu berita yang mengembirakan kepada semua warga Gunung Online termasuk lah yang lain-lain...

apa-apa hal pun semua yang berada disini mengambil berat tentang kehilangan umai dan doa serta tawakal sentiasa mengiringinya agar sentiasa berada didalam keadaaan selamat.

hmmm... aku tertanya-tanya apakah pengalaman....!!

hmm...tak sabar nak tahu cerita sebenar....!!
Pulut a.k.a pitam

User avatar
matsaiko
Senator Gunung
Posts: 2786
Joined: 22 Dec 2005, 16:52
Location: GOMBAK Territory

Post by matsaiko » 26 Feb 2008, 13:15

apekata kita hantar PONCHO sebagai wakil GO gi berjumpa umai dan interview beliau....
To Conquer Without Risk Is To Triumph Without Glory
www.azreenismail.com

pa'bu
Pendaki Gunung
Posts: 101
Joined: 02 Jan 2007, 21:32

Post by pa'bu » 26 Feb 2008, 13:17

cehhh.. tv3 apa barang nak buat interview pasal ni..
bg diorg election lagik pentinglahhh..
kalau selimutkan dia dengan bendera UMNO ke BN ke mesti masuk nyer... berita nombor satu lagi.... hehehehehe....
nak lagi best calon wakil rakyat siap tunggu umai kat hospital.\pastu wartawan amik gamba bubuh dlm paper.tajuk besar "CALON YB PERIHATIN TERHADAP SITI UMAISARAH".hahaha

papehal pun syukur Alhamdulillah.sebenarnya bkn aku je kat umah yg pikir pasal misteri kehilangan umai ni.family aku pun selalu tanya aku pasal perkembangan terbaru umai walaupun aku sendiri tak tau.terima kasih kat biskut pasal bagitau aku kul 8.30 mlm tadi.mak aku pun lega bila dgr umai dah dijumpai.rasa2 masa kitorg turun dari botak kitorg selisih kot dgn umai ni.cuma rezeki kitorg nak 'nampak' dia takde.

mintobe
Pendaki Tegar
Posts: 280
Joined: 04 Jun 2006, 10:49
Location: Celah Batu
Contact:

Post by mintobe » 26 Feb 2008, 13:38

apekata kita hantar PONCHO sebagai wakil GO gi berjumpa umai dan interview beliau....
syukur alhamdullillah...

cun gak idea nih...

boleh gak klu warga GO amik satu masa yg sesuai menjemput
UMAI mendengar cerita dan pengalaman UMAI...

pihak pentadbir GO bole tak organize satu seisi perjumpaan ni...
sekadar beri pandangan...

kambinggurun
Senator Gunung
Posts: 557
Joined: 26 Jan 2006, 23:01
Location: gua kayu batu
Contact:

Post by kambinggurun » 26 Feb 2008, 14:15

alhamdulillah..semoga dia sehat dan kembali gagah...
::SRC-Total Outdoor::

Post Reply