dengar ada kawan kita sesat kat yong yap?

Isu-isu & gossip berkaitan dengan aktiviti luar

Moderator: kambinggurun

Defcon
Webmaster Team
Posts: 308
Joined: 26 Dec 2006, 22:54
Location: 127.0.0.1
Contact:

Re: dengar ada kawan kita sesat kat yong yap?

Post by Defcon »

matsaiko wrote:
forestgump wrote:Tak serik2.....masih ada juga yang tidak melaporkan kpd pihak berkuasa tempatan bila masuk ke dalam hutan ya?
Dengar cerita hutan dah banyak di balak ya? Mungkin keliru ngan trek2 balak lama kot?
Yalah.... insyallah, dapat petunjuk jugalah harapnya....
adakah betul maklumat ni?
Hehehe baru nak terpetik betul kah petikan itu kan silap petik menimbulkan spekulasi:p
.::[x]:

User avatar
kaknik
Pendaki Gunung
Posts: 130
Joined: 18 Jun 2008, 09:40
Location: kl

Re: dengar ada kawan kita sesat kat yong yap?

Post by kaknik »

Dari Berita Harian (Mutakhir)

Kerani RHB Bank sesat di hutan belum ditemui

GUA MUSANG: Mohamed Hassan Ayat Zainuddin, 28, kerani RHB Bank, Bangi, Selangor yang hilang dalam perjalanan pulang daripada mendaki Gunung Yong Yap, dekat Pos Brooke di sini, sejak Ahad lalu, belum ditemui sehingga petang ini.

Gerakan mencarinya diteruskan mulai jam 9 pagi ini dengan penambahan anggota polis, Unit Udara Polis Diraja Malaysia, Jabatan Bomba dan Penyelamat, Jabatan Pertahanan Awam (JPA3)dan penduduk setempat.

Timbalan Ketua Polis Daerah, DSP Aziz Hassan, berkata rakan-rakan Mohamed Hassan yang selamat keluar diminta membantu dalam gerakan mencari.

Bercakap kepada pemberita selepas memberi taklimat kepada petugas operasi penyelamat itu di Lojing pagi ini, beliau berkata, bahawa pagi ini pasukan mencari itu bergerak melalui trek Kem Agas tempat Mohamed Hassan Ayat, dilaporkan hilang.

Beliau berkata, maklumat lanjut mengenai operasi itu akan dapat diketahui petang nanti menerusi ketua operasi yang juga Ketua Ketenteraman Awam, Ibu Pejabat Daerah Polis Gua Musang, Inspektor Harris Turung.

"Kita juga perlu melihat kepada keadaan cuaca kerana Lojing ini sering kali mengalami hujan yang menyebabkan Unit Udara Polis Diraja Malaysia tidak boleh memantau sepanjang masa," katanya.

Ibu Mohamed Hassan Ayat, Norhayati Abdul Razak, 56, semasa ditemui di Lojing, berkata, beliau tidak dapat bayangkan keadaan anaknya yang keseorangan dalam hutan.

"Mak cik doakan dia ditemui dalam keadaan selamat," katanya.

Norhayati berkata, Mohamed Hassan Ayat mendapat keizinannya untuk menyertai ekspedisi itu kerana anaknya itu amat menggemari aktiviti mendaki termasuk di luar negara.

"Yang mak cik bimbang ialah kaca matanya tertinggal di pejabat kerana dia rabun jauh," katanya. - Bernama

Defcon
Webmaster Team
Posts: 308
Joined: 26 Dec 2006, 22:54
Location: 127.0.0.1
Contact:

Re: dengar ada kawan kita sesat kat yong yap?

Post by Defcon »

Jenal wrote:sedikit update utk pengetahuan GO semua

1. kebenaran untuk team rescue pendaki gunung dah dapat kebenaran dr polis kelantan
2. hensem, rob dan arry akan dilodging dan gua musang
3. kita dah antar 2 team rescue pendaki gunung setelah meeting tergempar malam tadi di mamak belakang risda
4. satu team akan masuk ikut kuala mu (salan dan adik idan)
5. satu team lagi akan masuk ikut tok nenek dan bubu
6. pasukan pga akan guna laluan post brooke ke yong yap dan akan setup campsite di kem agas
7. pasukan tambahan pendaki dari KL dan terengganu akan menyusuli dengan tambahan komunikasi repeater dr marest akan belepas pada hari khamis bergantung pada laporan team kuala mu dan tok nenek
8. kebenaran guna repeater brincang sudah diperolehi
9. mana-mana team yg ingin hulurkan bantuan sila beri kerjasama pada saya untuk kita padukan kekuatan kita. sila hubungi saya 0122333765
10. buat masa ini saya akan berada di KL untuk menjadi coordinator SAR ni dan ROB akan jadi coordinator di tapak lodging
Terharu dengan info ini dari kengkawan.
.::[x]:

azhaar
Pendaki Gunung
Posts: 100
Joined: 16 Jul 2007, 16:19

Re: dengar ada kawan kita sesat kat yong yap?

Post by azhaar »

Aku respect korang yg mengembeling tenaga mancari rakan kita yang hilang.

Sama-sama la kita mendoakan keselamatan Hassan & rakan2 yg membantu.

User avatar
pakcik
Pendaki Gunung
Posts: 170
Joined: 08 Feb 2006, 23:33
Location: sini
Contact:

Re: dengar ada kawan kita sesat kat yong yap?

Post by pakcik »

Semoga selamat dijumpai.selamat juga kepada team2 penyelamat.

Series, aku sangat kagum, terharu dan teruja bila tgk ramai kawan nak membantu mencari kawan pendaki kita yg hilang ni, dalam segala macam cara yang boleh, masuk dari arah yg berlainan, guna radio dsb. semangat setiakawan yg ditunjukkan oleh mountaineers sume sangat jitu..tahniah...
Never Crack Under Pressure

kekerk
Pendaki Gunung
Posts: 177
Joined: 11 Feb 2008, 23:34
Location: bawah pokok

Re: dengar ada kawan kita sesat kat yong yap?

Post by kekerk »

harap hasan akan selamat.. 8)

User avatar
Hangar 18
Kerabat Gunung
Posts: 1356
Joined: 18 Jan 2006, 15:18
Location: Bkt Jalil
Contact:

Re: dengar ada kawan kita sesat kat yong yap?

Post by Hangar 18 »

majlis tahlil untuk hassan esok malam di masjid kelana jaya
apa2 leh contact fazly 012-3070427
Last edited by Hangar 18 on 18 Feb 2009, 19:14, edited 1 time in total.

User avatar
mizi
Kerabat Gunung
Posts: 1308
Joined: 17 Jul 2006, 15:22
Location: perlis
Contact:

Re: dengar ada kawan kita sesat kat yong yap?

Post by mizi »

Jenal wrote:sedikit update utk pengetahuan GO semua

1. kebenaran untuk team rescue pendaki gunung dah dapat kebenaran dr polis kelantan
2. hensem, rob dan arry akan dilodging dan gua musang
3. kita dah antar 2 team rescue pendaki gunung setelah meeting tergempar malam tadi di mamak belakang risda
4. satu team akan masuk ikut kuala mu (salan dan adik idan)
5. satu team lagi akan masuk ikut tok nenek dan bubu
6. pasukan pga akan guna laluan post brooke ke yong yap dan akan setup campsite di kem agas
7. pasukan tambahan pendaki dari KL dan terengganu akan menyusuli dengan tambahan komunikasi repeater dr marest akan belepas pada hari khamis bergantung pada laporan team kuala mu dan tok nenek
8. kebenaran guna repeater brincang sudah diperolehi
9. mana-mana team yg ingin hulurkan bantuan sila beri kerjasama pada saya untuk kita padukan kekuatan kita. sila hubungi saya 0122333765
10. buat masa ini saya akan berada di KL untuk menjadi coordinator SAR ni dan ROB akan jadi coordinator di tapak lodging


aku doakan moga rakan kita tu dilindungi dr mala petaka dan cepat di jumpai..jenal guna ja repeater yg ada di brinchang tuuu.simplek pon leh lepas ke ipoh...aku br tau melalui sumber rakan2 GO...terima kasih semua
climb long trail
p11at

uglysister
Pemegang Amanah GO
Posts: 360
Joined: 05 Dec 2005, 07:37
Location: 18m Underwater
Contact:

Re: dengar ada kawan kita sesat kat yong yap?

Post by uglysister »

terharu aku bile ramai yg sanggup bersusah hulurkan bantuan
aku respek semangat semua yg ada dalam membantu sahabat yg dalam kesusahan
aku sendiri nk tolong mmg tak termampu sebab kekangan kerja, fitness, trek expertise dan sebagainye, cuma boleh tolong doa dari sini semoga Asan selamat, dan semua rescue team pon selamat dan berhati2..

tetiap mlm mesti terdetik Asan ada kat mane skang ni, :(

siti situ sana sini
Pendaki Tegar
Posts: 286
Joined: 25 Sep 2006, 10:18
Location: celah batu

Re: dengar ada kawan kita sesat kat yong yap?

Post by siti situ sana sini »

terharu baca posting2 kat sini..

(aku baru tau sebenonya.. :( )

semoga kawan kita selamat!
:-pandang siti situ nampak sana sini-:

Defcon
Webmaster Team
Posts: 308
Joined: 26 Dec 2006, 22:54
Location: 127.0.0.1
Contact:

Re: dengar ada kawan kita sesat kat yong yap?

Post by Defcon »

Hangar 18 wrote:majlis tahlil untuk hassan elom malam di masjid kelana jaya
apa2 leh contact fazly 012-3070427
malam esok? typo error? ke camana?
.::[x]:

pa'bu
Pendaki Gunung
Posts: 101
Joined: 02 Jan 2007, 21:32

Re: dengar ada kawan kita sesat kat yong yap?

Post by pa'bu »

genap setahun dgn kes umai..
aku masih teringat masa umai hilang dulu..
kebetulan time tu aku start trekking sehari selepas dia dilaporkan hilang..
sampai kat kem kor guide kitorg terus gi kubang tinggalkan kitorg kat kem kor..
esoknya aku naik skali dgn team jpa3..
tiap2 mlm masa kat situ kitorg asik teringatkan camne la keadaan umai time tu..
tup2 skang ni asan lak..
aduhhhh...
tak dpt aku nak bayangkan..

User avatar
nowa
Pendaki Gunung
Posts: 79
Joined: 25 Aug 2006, 17:12
Location: mazar-e-sharif,Afghanistan

Re: dengar ada kawan kita sesat kat yong yap?

Post by nowa »

Terkejut jugak dengar berita nih pada mulanya.tak sangka kawan sendiri yang kena..harap asan selamat dijumpai dan terima kasih pada korang semua yg menggerak usaha mencari dan menyelamatkan asan. Untuk sesiapa yg tak berapa nak kenal atau tak berapa cam muka asan..ni aku tepek gambar dia. Sebagai menguatkan memori sekiranya korang pernah treking bersama dengan nya. Semoga ingatan korang pada asan semakin kuat dan rasa kasih sesama sahabat pergunungan akan perbanyakkan lagi doa doa kepada allah semoga asan berada dalam kesejahteraan dan dilindungi olehNYA.

Image

betterman
Pemegang Amanah GO
Posts: 2828
Joined: 04 Dec 2005, 08:39
Location: Bawah beirut
Contact:

Re: dengar ada kawan kita sesat kat yong yap?

Post by betterman »

insyaallah kalau sempat aku turun KJ mlm nie
Getting to the summit is optional, getting down is mandatory...

Defcon
Webmaster Team
Posts: 308
Joined: 26 Dec 2006, 22:54
Location: 127.0.0.1
Contact:

Re: dengar ada kawan kita sesat kat yong yap?

Post by Defcon »

Sapa leh membantu memberikan sebarang kordinat etc bagi :

Sekitar radius kuala mu
Sekitar radius puncak tok nenek
Sekitar radius post brook
Sekitar radius puncak bubu

Dah rujuk board data gunung but xbanyak membantu atau terlepas pandang. Jika ada sesiapa ingin berkongsi sebarang GPS info pom boleh jugak maybe boleh membantu.

Thanxs
.::[x]:

User avatar
Hangar 18
Kerabat Gunung
Posts: 1356
Joined: 18 Jan 2006, 15:18
Location: Bkt Jalil
Contact:

Re: dengar ada kawan kita sesat kat yong yap?

Post by Hangar 18 »

yong yap - N4 45.651 E101 22.422
bubu N4 44.373 E101 22.956
kambing N4 43.286 E101 23.243
tok nenek N4 43.262 E101 23.322

(Ö¿Ö)aRen
Pendaki Hebat
Posts: 305
Joined: 11 Mar 2006, 10:54
Location: Shah Alam.
Contact:

Re: dengar ada kawan kita sesat kat yong yap?

Post by (Ö¿Ö)aRen »

Doa kan semoga Asan tabah n group resscue berjaya n selamat... insyaAllah
same lah aku pung rabun jauh gak, time treking mane de nak pakai spek...
dpt sms dari Bob JK 16-Feb-2009 19:40
(sms dr bett) Asan-ayat lost taim turun yong yap.
Bdk2 dah naik balik smlm tp x jumpa.
Satni dorg dah smpai kg raja.
Tgh tgu rob nak g report.
Mari doa ramai2 dan solat hajat moga asan selamat.
aminnn...
hehe...Luv n peace♥♥♥

(ä¿ä)
aYen

User avatar
maclan
Pendaki Tegar
Posts: 256
Joined: 15 Jan 2007, 17:39
Location: Kaki Gunung
Contact:

Re: dengar ada kawan kita sesat kat yong yap?

Post by maclan »

Kami dari Kelab KeReX UTeM akan same2 doakan moga sahabat kite selamat keluar dgn selamat...moga saat ni dia tabah mghadapi dugaan... AMIN......

Smoga team rescue berjaya dlm misi resucenye....

** ni yg menguaatkan azam nk beli GPS jgk ni....huhu
http://www.kerex.multiply.com
outdoor in everywhere...

Image

gogoyeaha
Otai Gunung
Posts: 897
Joined: 07 Dec 2005, 20:29

Re: dengar ada kawan kita sesat kat yong yap?

Post by gogoyeaha »

kagum dengan semanagat yg wujud dalam dunia pendakian ni
terima kasih diucapkan kepada semua yg terlibat secara langsung atau tidak langsung. sungguh terharu.
apahal lak aku yg berterima kasih?
tp serius...mmg aku terlalu menghargai jasa semua pihak w/pun bukan aku yg ilang. huhuhu

User avatar
nadir
Ahli Kehormat GO
Posts: 1586
Joined: 05 Dec 2005, 16:30
Location: Penang Darul Mamak
Contact:

Re: dengar ada kawan kita sesat kat yong yap?

Post by nadir »

Salam semua,

Saya baru sampai rumah dari CH tadi dalm kul 8 mlm. Saya bertolak dari sana lebih kurang jam 4 ptg. Sedikit sebanyak berikut adalah apa yang sedang berlaku.

Pagi ni jam 10 pagi satu pasukan lebih 20 org pencari dan penyelamat yang terdiri dari kengkawan kita , orang asli, bomba dan PGA telah dihantar masuk menggunakan heli ke satu kawasan lapang lebih kurang 1-2 jam dari kem agas.

Plan adalah untuk membuat satu base di kem agas, dimana peserta SNR akan berpusat. Setiap 3 hari pasukan SNR ini akan ditukar, dan saya , rob ,beberapa orang lagi dan juga pasukan beruniform lain dislotkan untuk join pasukan kedua.

Buat masa ini, masih tiada berita dari pasukan SNR di kem agas.

Usaha SNR ini adalah dibawah pihak Polis, dan bukan individu atau pihak lain, dan usaha usaha menyelamat haruslah dilakukan secara kerjasama.

Diharapkan semua bersabar dan menunggu berita yang betul, dan bukan khabar angin. Juga diharapkan agar semua tidak membuat andaian andaian sendiri dan persoalkan apa yang telah berlaku. Kita hanya boleh merancang.

Kita kupas dan buat case study selepas selesai kes ini, dan sementara itu, diharapkan semua bersabar dan juga berdoa agar asan selamat.

Sesiapa juga yang berminat nak volunteer join penyelamat, sila standby, kemungkinan lebih dari 2 rotation ( setiap rotation 3 hari ) diperlukan dan mungkin kengkawan kita yang dah masuk rotation tuh perlukan pengganti sebab kerja bang.... :mrgreen:

NI first time saya experience SNR , jadi saya pun banyak belajar dan banyak dapat diperhatikan. Insiden yang cukup bagus untuk dijadikan case study....


sekian buat masa ni,

nadir
Ahmad Nadir Askandar
http://www.outdoordynamics.com.my - Buy outdoor gear online - free delivery !
Join us at FaceBook! - http://www.facebook.com/group.php?gid=340358030429

pr oli
Pendaki Tegar
Posts: 287
Joined: 12 Dec 2008, 04:34
Location: Lembah kelang
Contact:

Re: dengar ada kawan kita sesat kat yong yap?

Post by pr oli »

yg penting....
kiter yg kat bawah ni doa kan sumer nyer selamt...
untuk hasan dan rakan2 yg pergi menyelamat...
lg bgus kalu leh wat solat hajat.....
smoga selamt pulang sumer.....
sedih lak....
- peace no war-
9W2OAT

maester07
Pendaki Gunung
Posts: 5
Joined: 11 Jul 2008, 01:16

Re: dengar ada kawan kita sesat kat yong yap?

Post by maester07 »

yg mana mampu gi rescue silakan lah...hanya Allah mampu membalas jasa kalian.
pada yg tak mampu nk rescue, marilah ramai2 berkumpul di masjid al-ehsan, kelana jaya, utk majlis bacaan yassin dan doa selamat seperti yg di umumkan sblm nih. marilah rakan2...

apa2 leh contact fazly 012-3070427

maester07
Pendaki Gunung
Posts: 5
Joined: 11 Jul 2008, 01:16

Re: dengar ada kawan kita sesat kat yong yap?

Post by maester07 »

majlis bacaan yassin dan doa selamat
tarikh : 19 februari 2009
masa : slps solat maghrib
lokasi : Masjid Al-Ehsan, SS4A, Kelana Jaya
gps : 3°6'29"N 101°36'32"E

ironore
Pendaki Gunung
Posts: 86
Joined: 19 Feb 2009, 03:01

Re: dengar ada kawan kita sesat kat yong yap?

Post by ironore »

Semoga rakan kita nie selamat....Tanniah pada rakan2 gunung yang lain kerana menyumbang tenaga terlibat dalam misi SAR ni...Thumbs Up guys!!!!!!!

Lt.Cmdr. Kamal Ariffin
Kerabat Gunung
Posts: 1318
Joined: 12 Jan 2006, 11:43
Location: Gunung Bawah Laut
Contact:

Re: dengar ada kawan kita sesat kat yong yap?

Post by Lt.Cmdr. Kamal Ariffin »

Nadir
Terima kasih dengan info dan bantuan anda.
Yang kita boleh buat sekarang sambil beberapa rakan yang dah pergi dalam Team SAR.
Kita berdoa agar Asan selamat ditemui. Dan sesiapa yang mampu kita bersedia untuk jadi team SAR untuk menggantikan (Rotation) team SAR yang dah pegi.
Saya rasa Grup Najie dari T'gnu dah bersedia. Dan saya juga sedang menyediakan diri untuk pergi dalam team SAR sekiranya diperlukan (Sebab Cuti).
Macam kata Nadir. Post Motem lepas kes ini selesai. Apa pun apa apa yang telah dilakukan oleh kawan kawan Pendaki yang mencari selepas dikesan Asan hilang sangat dihargai dan tindakan paling betul pada ketika dan keadaan itu. Dan tindakan kawan kawan sekarang juga sangat sangat saya hargai. Pendaki Gunung ni macam satu keluarga, saya sendiri sudah 2 malam tak berapa tido teringat macam mana keadaan Asan.

betterman
Pemegang Amanah GO
Posts: 2828
Joined: 04 Dec 2005, 08:39
Location: Bawah beirut
Contact:

Re: dengar ada kawan kita sesat kat yong yap?

Post by betterman »

harap malam nie ramai lah dapat turun ke masjid al ehsan ss4 tuh...
tapi harap-harap hasan dah dijumpai sebelum itu... amin
Getting to the summit is optional, getting down is mandatory...

User avatar
kaki jalan
Pendaki Gunung
Posts: 77
Joined: 21 Sep 2007, 12:20
Location: dalam sleeping bag

Re: dengar ada kawan kita sesat kat yong yap?

Post by kaki jalan »

salam kekawan.

1. aku nak jd volunteer cr asan. ngan sapa aku nak contact secara direct?

2. nk gi kelana jaya masjid tuh tp....aku xtau jalan. gps xder. sedih. kekawan tlg guide aku. katalah aku dari ioi puchong. masih.

sian asan. aku terbayang mamat tuh aper lah dia wat waktu nih..yang kesian nyer dia dh laa kuat makan..aper laa sumber dia nak mkn time2 cenggini...

semoga berkat kasih sayang kekawan dalam benda nih dapat kita trekking ngan asan balik. Insya' Allah..
Last edited by kaki jalan on 19 Feb 2009, 10:19, edited 1 time in total.
Tumpang sekaki...

betterman
Pemegang Amanah GO
Posts: 2828
Joined: 04 Dec 2005, 08:39
Location: Bawah beirut
Contact:

Re: dengar ada kawan kita sesat kat yong yap?

Post by betterman »

Cara-cara nak pegi ke masjid al ehsan

1. kalau dari puchong, selepas lalu jambatan pulau pinang, akan nampak kilang Western Digital belah kiri.
2. Jangan naik flyover tapi ambil susur kiri.
3. Traffik ligt tuh amik ke kanan.
4. Terus je sampai jumpa traffik light di simpang empat.
5. Amik ke kiri.
6. Terus lagi sampai nampak ada satu simpang ke kanan.
7. Masuk ikut simpang ke kanan tu dan akan nampak Petronas.
8. Sebelum Petronas tu ada lorong ke kanan.
9. Masuk lorong tu dan terus je.
10. Masjid ada di sebelah kiri anda.
Getting to the summit is optional, getting down is mandatory...

User avatar
seper4alif
Kerabat Gunung
Posts: 2100
Joined: 01 Jun 2006, 09:42
Location: gelanggang TokMeor
Contact:

Re: dengar ada kawan kita sesat kat yong yap?

Post by seper4alif »

ooow malam nih... ada yg sampe malam tadi... patut ah dia eraaan
seper4alif
:::masuk tempat orang bawak otak bukan pisau:::
Image ImageImage

User avatar
Kasnalagat
Pendaki Tegar
Posts: 288
Joined: 26 Mar 2008, 08:30
Location: pelantar merenung bulan
Contact:

Re: dengar ada kawan kita sesat kat yong yap?

Post by Kasnalagat »

pa'bu wrote:salam...
aku dengar ada kawan kita sesat kat yong yap..
dah nak masuk 2 hari baru report polis.
ape cite?
nyawa kawan dlm bahaya takkan 2 hari baru nak report?
kat sini rupanya topik dlm GO. Bro, nak jwb sket lah.. nak file report missing person, kena pass 24 hours baru leh buat..
Lg satu, nak report polis pun ambil masa, lainlah klw ada balai polis dlm ceruk hutan cameron tu. Hnya yg berada disana memahami apa sbnrnya yg terjadi..lu pikir sendiri bro..

*aku percaya ksemua pihak membanting segenap tenaga utk yg terbaik dlm kes ni..jazakallah khumullhair..
"TranQuiLLity.."

kekerk
Pendaki Gunung
Posts: 177
Joined: 11 Feb 2008, 23:34
Location: bawah pokok

Re: dengar ada kawan kita sesat kat yong yap?

Post by kekerk »

sy harap hasan akn selamat..

User avatar
Kasnalagat
Pendaki Tegar
Posts: 288
Joined: 26 Mar 2008, 08:30
Location: pelantar merenung bulan
Contact:

Re: dengar ada kawan kita sesat kat yong yap?

Post by Kasnalagat »

matsaiko wrote:
forestgump wrote:Tak serik2.....masih ada juga yang tidak melaporkan kpd pihak berkuasa tempatan bila masuk ke dalam hutan ya?
Dengar cerita hutan dah banyak di balak ya? Mungkin keliru ngan trek2 balak lama kot?
Yalah.... insyallah, dapat petunjuk jugalah harapnya....
adakah betul maklumat ni?
reen.. :cry:
"TranQuiLLity.."

lypan
Pendaki Gunung
Posts: 22
Joined: 31 Jan 2006, 02:39
Contact:

Re: dengar ada kawan kita sesat kat yong yap?

Post by lypan »

sesape ada nk g esok malam ker

nk contct sape 4 volunter

betterman
Pemegang Amanah GO
Posts: 2828
Joined: 04 Dec 2005, 08:39
Location: Bawah beirut
Contact:

Re: dengar ada kawan kita sesat kat yong yap?

Post by betterman »

lypan wrote:sesape ada nk g esok malam ker

nk contct sape 4 volunter
ko kontek jenal 012-2333765
Getting to the summit is optional, getting down is mandatory...

User avatar
nadir
Ahli Kehormat GO
Posts: 1586
Joined: 05 Dec 2005, 16:30
Location: Penang Darul Mamak
Contact:

Re: dengar ada kawan kita sesat kat yong yap?

Post by nadir »

sesiapa yang nak volunteer, tlg contact jenal
Ahmad Nadir Askandar
http://www.outdoordynamics.com.my - Buy outdoor gear online - free delivery !
Join us at FaceBook! - http://www.facebook.com/group.php?gid=340358030429

User avatar
matsaiko
Senator Gunung
Posts: 2786
Joined: 22 Dec 2005, 16:52
Location: GOMBAK Territory

Re: dengar ada kawan kita sesat kat yong yap?

Post by matsaiko »

nadir wrote:sesiapa yang nak volunteer, tlg contact jenal
sapa nak volunteer sila lapor disini
http://www.gunungonline.com/basecamp/vi ... =23&t=2321
To Conquer Without Risk Is To Triumph Without Glory
www.azreenismail.com

betterman
Pemegang Amanah GO
Posts: 2828
Joined: 04 Dec 2005, 08:39
Location: Bawah beirut
Contact:

Re: dengar ada kawan kita sesat kat yong yap?

Post by betterman »

Gambar terakhir hassan sebelum turun dari puncak Yong Yap.

* gambar dari kasnalagat

hassan yang belakang sekali tengah berdiri kepala botak sambil tersengeh
Image
Getting to the summit is optional, getting down is mandatory...

kekerk
Pendaki Gunung
Posts: 177
Joined: 11 Feb 2008, 23:34
Location: bawah pokok

Re: dengar ada kawan kita sesat kat yong yap?

Post by kekerk »

mr bett..tengkiu segala info yg diberi.. 8)
Last edited by kekerk on 19 Feb 2009, 10:42, edited 1 time in total.

pokepai
Pendaki Gunung
Posts: 9
Joined: 15 Jan 2009, 22:05

Re: dengar ada kawan kita sesat kat yong yap?

Post by pokepai »

Salam semua,
group sy dr ganu akan gerak ptg ni terus ke post brooke,kami akan naik ari jumaat pg brsama 3 org lg rakan dr KL.
Group kami akan gnti RQ 1 yng msh brada dlm hutan n myrtai ops mcari.

melati
Pendaki Terlampau
Posts: 748
Joined: 11 Jan 2006, 15:31
Location: b'worth
Contact:

Re: dengar ada kawan kita sesat kat yong yap?

Post by melati »

smgt kalian mmg mengharukn...
semuga doa kita di makbulkn..
amiennn.....

Locked