Page 1 of 10

dengar ada kawan kita sesat kat yong yap?

Posted: 17 Feb 2009, 14:31
by pa'bu
salam...
aku dengar ada kawan kita sesat kat yong yap..
dah nak masuk 2 hari baru report polis.
ape cite?
nyawa kawan dlm bahaya takkan 2 hari baru nak report?

Re: dengar ada kawan kita sesat kat yong yap?

Posted: 17 Feb 2009, 14:43
by nabil
dengar2 jugak...
tp sapo? hmmm..... :roll:

Re: dengar ada kawan kita sesat kat yong yap?

Posted: 17 Feb 2009, 14:48
by pa'bu
sapa tu bukan masalah skang ni..
yg jadi masalah apasal lambat nak report?
nyawa tu!!!

Re: dengar ada kawan kita sesat kat yong yap?

Posted: 17 Feb 2009, 15:04
by bEkamBinG
Kat area lingkungan mane yg tersasar tue yee.....??
Macam mane boleh tersasar agaknye...??
Ade ape2 berite terbaru tentang kwn yg tersasar tue?
:(



Kesian....kawan sepergunungan kite tue..
Moga2 dia selamat dan sihat hendaknya.....
Hati nya dicekalkan dan ditabahkan..menempuh keadaan dan dugaan tue...
Dijauhkan dari malapetaka dan ancaman binatang buas....
Diketemukan dan dipermudahkan jalan yg benar tuk keluar....

Re: dengar ada kawan kita sesat kat yong yap?

Posted: 17 Feb 2009, 15:37
by seper4alif
huh......

Re: dengar ada kawan kita sesat kat yong yap?

Posted: 17 Feb 2009, 15:52
by orga
ada apa2 yg bole di bantu?

Re: dengar ada kawan kita sesat kat yong yap?

Posted: 17 Feb 2009, 15:59
by melati
hurmmmmm..
muga selamat la hendaknya..

Re: dengar ada kawan kita sesat kat yong yap?

Posted: 17 Feb 2009, 16:04
by pokepai
Salam semua,
Ops mcari dh mlibatkn amry&polis dr gua musang
info trkini,masih blum djmpai smpai skrg..
sama2 kita doakan shabat kita slamat,amin...

Re: dengar ada kawan kita sesat kat yong yap?

Posted: 17 Feb 2009, 16:10
by Lt.Cmdr. Kamal Ariffin
Kita doakan dia selamat.
Cuaca baik dan tidak hujan
Semoga operasi mencari suksesssss dan dia ditemui selamat.

Re: dengar ada kawan kita sesat kat yong yap?

Posted: 17 Feb 2009, 16:19
by nazryst
ermmm dah sampai yong belar kot... tak pun duk kat korbu...

Re: dengar ada kawan kita sesat kat yong yap?

Posted: 17 Feb 2009, 17:22
by gogoyeaha
tulah...dpt berita ni pagi tadi.
budak2 kita jugak tu.
harap2 dapat dijumpai denagn selamat.

Re: dengar ada kawan kita sesat kat yong yap?

Posted: 17 Feb 2009, 18:13
by bEkamBinG
Klu perlu bantuan.....bg tau...
InsyaAllah..kwn blh bantu ape yg termampu....

Re: dengar ada kawan kita sesat kat yong yap?

Posted: 17 Feb 2009, 18:28
by forestgump
Tak serik2.....masih ada juga yang tidak melaporkan kpd pihak berkuasa tempatan bila masuk ke dalam hutan ya?
Dengar cerita hutan dah banyak di balak ya? Mungkin keliru ngan trek2 balak lama kot?
Yalah.... insyallah, dapat petunjuk jugalah harapnya....

Re: dengar ada kawan kita sesat kat yong yap?

Posted: 17 Feb 2009, 18:45
by matsaiko
forestgump wrote:Tak serik2.....masih ada juga yang tidak melaporkan kpd pihak berkuasa tempatan bila masuk ke dalam hutan ya?
Dengar cerita hutan dah banyak di balak ya? Mungkin keliru ngan trek2 balak lama kot?
Yalah.... insyallah, dapat petunjuk jugalah harapnya....
adakah betul maklumat ni?

Re: dengar ada kawan kita sesat kat yong yap?

Posted: 17 Feb 2009, 19:08
by maester07
lor ye ke???
sape ade details, share2 sket.
brape ramai sesat?

Re: dengar ada kawan kita sesat kat yong yap?

Posted: 17 Feb 2009, 19:30
by e_lan
maester07 wrote:lor ye ke???
sape ade details, share2 sket.
brape ramai sesat?
Salam..
bukan sesat..tersasar jer.. :(
sorang rakan gunung kita....dan bukan gak ler org baru dlm xtvt ni..

sama2 la kita berdoa akan keselamatannya dan semua pasukan SAR...

e_lan

Re: dengar ada kawan kita sesat kat yong yap?

Posted: 17 Feb 2009, 19:47
by frostice
e_lan wrote:
maester07 wrote:lor ye ke???
sape ade details, share2 sket.
brape ramai sesat?
Salam..
bukan sesat..tersasar jer.. :(
sorang rakan gunung kita....dan bukan gak ler org baru dlm xtvt ni..

sama2 la kita berdoa akan keselamatannya dan semua pasukan SAR...

e_lan
Amin... moga2 selamat keluar tanpa sebarang bencana buat tuan punya badan
dan orang yang mencari.

Re: dengar ada kawan kita sesat kat yong yap?

Posted: 17 Feb 2009, 19:49
by maester07
moga-moga terpelihara la rakan kita tuh...

Re: dengar ada kawan kita sesat kat yong yap?

Posted: 17 Feb 2009, 20:38
by nabil
apapon doakan selamat. insyaallah...

Re: dengar ada kawan kita sesat kat yong yap?

Posted: 18 Feb 2009, 01:02
by khalid
kawan kita nie tak sesat cuma hilang dari pandangan ajer.
betul ke ayat aku niee.
pernah trekking sesama, cuma kali nie takda rezeki nak ikut dia.
dengar kengkawan mountainer, climber, trekker dok buat meeting nak
masuk cari lagi.
info kata dah turun dari yong yap menuju kemsite. terus hilang.
sesama kita tunggu update.

Re: dengar ada kawan kita sesat kat yong yap?

Posted: 18 Feb 2009, 11:10
by betterman
Latest info:

SAR team dah masuk mencarik lagi termasuk lah unit udara, bomba, pga, orang asli...
Kita sama-sama doakan apa yang terbaik utk sahabat kita tuh...
Malam tadi tengok National Geographic cerita I shouldn't be alive kisah orang sesat di hutan amazon selama seminggu...
otomatik otak aku teringat kat kawan kite yang tgh ada kat dalam hutan tuh sorang-sorang...
selalunya kalau baca atau dengar cerita orang sesat bukan kawan sendiri... perasaan risau tuh still ada...

nie bila kena kat kawan sendiri, yang dah kenal bertahun-tahun...
dari zaman dia tak naik gunung sampai lah zaman dia aktif naik gunung....
fuhhh perasaan risau tuh lagi kuat...

semoga Allah selamatkan sahabat kita sorang tuh...

member dah la rabun...
harap-harap spek dia sentiasa ada bersama dia lah...

Re: dengar ada kawan kita sesat kat yong yap?

Posted: 18 Feb 2009, 11:25
by kenshina
salam..

berita terbaru.. rakan-rakan sepergunungan pon melibatkan diri ngn operasi mencari n menyelamat ni..

doa moga yg mencari dan yg dicari sama-sama dilindungi dan selamat keluar .. Aminn...


:mrgreen:

Re: dengar ada kawan kita sesat kat yong yap?

Posted: 18 Feb 2009, 11:29
by seper4alif
tu ah bet... aku dengar citer dari geng masa dia ikut irau pas dulu... tahap kerabunan dia tuh hebat terlampau... trek irau tuh org suma gayut dia sorang je lumpur sampai ke lutut.... trek dah kena selang ngan kayu pon dia sondol nyer tanpa tengok..... huh

Re: dengar ada kawan kita sesat kat yong yap?

Posted: 18 Feb 2009, 11:38
by matsaiko
sama2 la kite berdoa memohon agar asan selamat keluar
1001 mcm kemungkinan boleh berlaku kat dlm tu
cuma kite ambillah pengajaran dan iktibar

Re: dengar ada kawan kita sesat kat yong yap?

Posted: 18 Feb 2009, 11:45
by betterman
nasib baik lah semenjak dua menjak beli beg nie asan rajin naik gunung...
kiranya at least dia terbiasa dgn suasana utan dan tidak panik...

ada jugak kawan-kawan kita yang turun ke cameron utk bagi sapot...

mcm nadir, tomot, mawi dan kanee

parents asan pon dah ada kat sana

yang lain-lain aku tak dapat info

hensem, rob dgn sham castello pulak ikut serta dlm SAR team ikut pos brooke...
Salan pulak naik dari belah kuala mu...

semoga asan dan SAR team akan selamat keluar dari hutan tanpa sebarang malapetaka yang tidak diingini...

amin...

Re: dengar ada kawan kita sesat kat yong yap?

Posted: 18 Feb 2009, 11:59
by betterman
geng adik idan pon naik dari kuala mu...

latest info : Rela pos brooke dan unit anjing K9 nak masuk...

Re: dengar ada kawan kita sesat kat yong yap?

Posted: 18 Feb 2009, 12:06
by givency_KL
geng2 lain akan gerak ke cameron hari ni (rabu) dan satu lagi geng akan ke sana gak hari jumaat...risau sampai aku susah nak tido...semoga asan selamat.....

Re: dengar ada kawan kita sesat kat yong yap?

Posted: 18 Feb 2009, 12:19
by JeNaL
GUA MUSANG, Tue.:

Police have launched a search and rescue operation to find a member of an expedition to climb Gunung Yong Yap, who went missing near the Kelantan/Perak border near Pos Brooke, since 4.10pm on Sunday.

A 17-member search and rescue team led by Inspector Haris Turung from the Gua Musang police headquarters started the operation at 10am.

Gua Musang deputy police chief DSP Aziz Hassan said Mohammed Hassan Ayat Zainuddin, 28, was reported missing by members of the expedition upon arriving at Camp Agas at 4.10pm on Sunday.

He added that on Saturday at about 10am, Mohammad Hassan had joined 13 others from Kuala Lumpur in an expedition to climb Gunung Yong Yap together with an Orang Asli guide and had no problems reaching the peak.

However, when the expedition returned to Camp Agus at 4.10pm, he was not among the group.
"One of the members, Mohd Hazlee Mohd Alip, 38, quickly made it to the Kampung Raja police station in Cameron Highlands at 9.40am yesterday to make a report," he said.

Aziz said police were being assisted by Orang Asli villagers in the search and rescue operation.
addthis_pub = 'nstonline';

Re: dengar ada kawan kita sesat kat yong yap?

Posted: 18 Feb 2009, 12:25
by rat-tat-tat
hopefully dalam beg dia bring along emergency ration la..
bleh survive sementara tunggu bantuan... :(

insyaallah...

Re: dengar ada kawan kita sesat kat yong yap?

Posted: 18 Feb 2009, 12:36
by JeNaL
sedikit update utk pengetahuan GO semua

1. kebenaran untuk team rescue pendaki gunung dah dapat kebenaran dr polis kelantan
2. hensem, rob dan arry akan dilodging dan gua musang
3. kita dah antar 2 team rescue pendaki gunung setelah meeting tergempar malam tadi di mamak belakang risda
4. satu team akan masuk ikut kuala mu (salan dan adik idan)
5. satu team lagi akan masuk ikut tok nenek dan bubu
6. pasukan pga akan guna laluan post brooke ke yong yap dan akan setup campsite di kem agas
7. pasukan tambahan pendaki dari KL dan terengganu akan menyusuli dengan tambahan komunikasi repeater dr marest akan belepas pada hari khamis bergantung pada laporan team kuala mu dan tok nenek
8. kebenaran guna repeater brincang sudah diperolehi
9. mana-mana team yg ingin hulurkan bantuan sila beri kerjasama pada saya untuk kita padukan kekuatan kita. sila hubungi saya 0122333765
10. buat masa ini saya akan berada di KL untuk menjadi coordinator SAR ni dan ROB akan jadi coordinator di tapak lodging

Re: dengar ada kawan kita sesat kat yong yap?

Posted: 18 Feb 2009, 12:37
by rat-tat-tat
mantap jenal...for ur info..

Re: dengar ada kawan kita sesat kat yong yap?

Posted: 18 Feb 2009, 12:56
by pa'bu
semoga yg dicari dan yg mencari dalam keadaan selamat dan dilindungi dari sebarang bahaya.

Re: dengar ada kawan kita sesat kat yong yap?

Posted: 18 Feb 2009, 12:56
by seper4alif
good bro......

Re: dengar ada kawan kita sesat kat yong yap?

Posted: 18 Feb 2009, 13:45
by kaknik
semoga yg dicari dan yg mencari dalam keadaan selamat dan dilindungi dari sebarang bahaya.
Ini juga adalah ujian untuk kita semua....
Akak doakan team2 yg masuk mencari tu akan berjaya. Semoga Allah berkati usaha dan kesabaran adik2 semua. InsyaAllah.

Re: dengar ada kawan kita sesat kat yong yap?

Posted: 18 Feb 2009, 14:19
by pokepai
kami group ganu dh ready,tgu g/light dr en jenal.
sdkit info: kwn kite just ad 1botol air+h/lamp+lighter je mse dia ilang.

najie... tunggu info dr team yg gi recce

Re: dengar ada kawan kita sesat kat yong yap?

Posted: 18 Feb 2009, 14:20
by crampizium
gud luck kepada siap yang membantu

harap tiada apa-apa yang tidak diingini berlaku

Re: dengar ada kawan kita sesat kat yong yap?

Posted: 18 Feb 2009, 14:25
by betterman
alhamdulillah...
lega aku dengar ada team kawan-kawan pergi rescue...

thanks for the info jenal.

Re: dengar ada kawan kita sesat kat yong yap?

Posted: 18 Feb 2009, 14:49
by betterman
Peserta ekspedisi daki Gunung Yong Yap hilang

GUA MUSANG: Seorang lelaki yang menyertai ekspedisi mendaki Gunung Yong Yap, berhampiran sempadan Kelantan dan Perak dekat Pos Brooke, di sini, dilaporkan hilang ketika dalam perjalanan pulang petang Ahad lalu.

Ekspedisi disertai 13 orang itu sempat melancarkan gerakan mencari selama enam jam, namun menemui jalan buntu apabila gagal menemui mangsa, Mohamed Hassan Ayat Zainuddin, 28.

Rombongan ekspedisi dari Kuala Lumpur itu melakukan gerakan mencari rakan mereka selepas menyedari mangsa hilang kira-kira jam 4.14 petang sebelum membuat laporan polis di Balai Polis Kampung Raja Cameron Highlands, Pahang, pagi kelmarin.

Timbalan Ketua Polis Daerah, Deputi Superintendan Aziz Hassan, berkata rombongan ekspedisi itu bertolak jam 10 pagi dari Pos Brooke dan tiba di Kem Agas di pertengahan perjalanan itu kira-kira jam 2 petang dan bermalam di situ sebelum meneruskan pendakian ke puncak gunung jam 5.30 pagi Ahad.


Katanya, ketika tiba di puncak kira-kira jam 11.30 pagi, mangsa dilihat masih bersama rombongan itu sementara menunggu masa bertolak pulang kira-kira jam 12.10 tengah hari.

“Mangsa dilaporkan hilang sebaik rombongan terbabit tiba di Kem Agas pada jam 4.14 petang dan menyedari Mohamed Hassan Ayat tidak ada bersama menyebabkan rakan mangsa melancarkan gerakan mencarinya,” katanya.

sumber = Harian Metro

Re: dengar ada kawan kita sesat kat yong yap?

Posted: 18 Feb 2009, 15:41
by rodong
e_lan wrote:
maester07 wrote:lor ye ke???
sape ade details, share2 sket.
brape ramai sesat?
Salam..
bukan sesat..tersasar jer.. :(
sorang rakan gunung kita....dan bukan gak ler org baru dlm xtvt ni..

sama2 la kita berdoa akan keselamatannya dan semua pasukan SAR...

e_lan
keliru sikit . apa beza sasar dengan sesat.... sesat la kalau dah 3 hari.
so far hanya tau ada orang sesat tapi tiada explanation pun dari sesapa...
hassan ni dari grup mana , sapa gogo sapa guide takda sweeper ke.

semoga hassan ni ditemui segera. Amin

Re: dengar ada kawan kita sesat kat yong yap?

Posted: 18 Feb 2009, 15:59
by span
salam kepada warga go yang berhati mulia saya terharu dengan penglibatan warga2 GO yang prihatin

kalo diluluskan cuti saya kemungkinan besar saya akun turut membantu apa yang boleh

hidup warga GO yang prihatin :minum: