LESEN GUIDER..

Isu-isu & gossip berkaitan dengan aktiviti luar

Moderator: kambinggurun

Lt.Cmdr. Kamal Ariffin
Kerabat Gunung
Posts: 1318
Joined: 12 Jan 2006, 11:43
Location: Gunung Bawah Laut
Contact:

Re: LESEN GUIDER..

Post by Lt.Cmdr. Kamal Ariffin »

Bro FG
Yang mengajar tu pun tak pernah masuk utan.
Pacat dengan Lintah pun tak tahu beza.

nazryst
Pendaki Terlampau
Posts: 650
Joined: 16 Feb 2006, 12:17
Location: Natural Geography
Contact:

Re: LESEN GUIDER..

Post by nazryst »

Saya setuju dengan pandangan Tuan Forestgump,

Rasanya mari kita flash back dunia pendakian atau extreme outdoor di Malaysia...

Tahun Statistik Pendaki Aktif
80 an 5%
90 an 25%
00 an 55%

Perangkaan ini adalah berdasarkan pemerhatian kasar ajer... sebab takder lagi Persatuan Gunung membuat perangkaan terperinci... Jabatan Perangkaan Negara pun tak layan sebab kuantiti kecik sangat...

dan ia akan terus meningkat setiap tahun... Rata rata pendaki yang aktif dan menjadi guide tanpa izin (guide haram), kebanyakannya atas dasar ikhsan dan ingin menolong. Pasal bayaran atau apa sahaja adalah nombor 2 atau 3. Tapi kerana minat dan suka lepak atas gunung yang takder faedah tu... atas inisiatif sendiri maka di turuti lah jua kehendak kawan kawan atau pihak ketiga...

Kerana minat juga lah.. kebanyakan aktivis outdoor dulu dulu belajar sendiri tanpa kursus kerana tak mampu banggg... pasal tali dan simpulan (siapa yang masuk pengakap at least dapat basic), nak pegi kursus dengan orang pro dan berlesen (masa ni nak makan roti canai dan teh tarik, raba poket kira duit dalam kocek tu) maklum laa tengah fakirr...

Dapat projek mengancam, kalau dapat guide bekas askar, komando ke, Perhilitan atau Orang Asli, tanya laa macam macam dengan kesempatan yang ada. Harap ilmu orang perturun kan kepada kita yang minat ni dengan ikhlas mungkin... perghhhhh nak cari ilmu perhutanan bukan senang tu... lantak laa janji nak belajar... Sekarang ni dalam GO di tulis segala maklumat dan kemudahan, ramai yang lepas tangan dan buang camtu ajer... hahahaha... yang free atau PERCUMA orang dah tak nak tu bangggg....

Kesimpulan:- bagaimana pengalaman yongrawk dan aku pun pernah jugak hadap kes macam kau, jangan kata log brader... Tangkap gambar atas puncak pun haram takder, pasal tak mampu beli kamera bro..gambar gua semua kat kamera orang hahaha..... jadi semua pakai memori otak ajer... memang takder bukti laa ada pengalaman kan kan kan... tapi takper... atas kepuasan diri sendiri serta minat yang mendalam sebenarnya yang lebih penting, kalau nak kira dari segi kemampuan kewangan... sedih dan sadis bro... ini dulu dulu punya citer laaa kan kan kan.... Sekarang ni meneruskan lagi pendakian atas tiket pendaki bebas bukan cari makan...

Balik kepada Bro Forestgump... Kalau laa ada NGO yang boleh mengiktirafkan otai otai GO yang daif dan miskin... dan beri satu pakej tunjuk ajar ... membuat bayaran bulanan sampai lulus... insyallah makin ramai GUIDER BERLESEN... dan makin bersistem lagi outdoor kita di Malaysia... mungkin ada cara yang lain....

Saya tetap menyokong perkara yang baik....

User avatar
mizi
Kerabat Gunung
Posts: 1308
Joined: 17 Jul 2006, 15:22
Location: perlis
Contact:

Re: LESEN GUIDER..

Post by mizi »

Lt.Cmdr. Kamal Ariffin wrote:Bro FG
Yang mengajar tu pun tak pernah masuk utan.
Pacat dengan Lintah pun tak tahu beza.
:lol: :lol: ada bukti??? :evil:
climb long trail
p11at

User avatar
yonrawk
Pendaki Sondol
Posts: 456
Joined: 03 Nov 2006, 11:11
Location: JB

Re: LESEN GUIDER..

Post by yonrawk »

nazryst wrote: Balik kepada Bro Forestgump... Kalau laa ada NGO yang boleh mengiktirafkan otai otai GO yang daif dan miskin... dan beri satu pakej tunjuk ajar ... membuat bayaran bulanan sampai lulus... insyallah makin ramai GUIDER BERLESEN... dan makin bersistem lagi outdoor kita di Malaysia... mungkin ada cara yang lain....

Saya tetap menyokong perkara yang baik..
Betol tu.... aku pon faham, kadang nak beli camera pon tak mampu. Benda paling murah, mudah dan efficient adalah logbook!. Berapa ramai budak gunung, guide naik gunung buat logbook? Kenapa aku cakap logbook. Sebab logbook ni la evidence perjalanan xpdc tersebut secara hitam putih atau bertulis. Berapa ramai antara kita ada logbook ni sebagai rekod peribadi ke atau apa2 saja.

Kita belajar balik la sejarah. Kita sedia maklum orang pertama mengelilingi dunia adalah Christopher Columbus dan dikalangan orang Melayu kita yakin yang berjaya mengelilingi dunia ni Panglima Hitam. Dan kenapa Christopher Columbus ni dikira orang yang berjaya dan diiktiraf seantero dunia ni, sebab Christopher Columbus buat logbook. Setiap perjalanan tempat yang diexplore ada rekod secara bertulis dan terperinci ada koordinat, temperature, route, local culture, geografi etc. Panglima Hitam ni takda buat logbook, so takda siapa notice rekod dia secara bertulis dan sarjana barat hanya mengiktiraf sejarah melalui catatan. Jadi cerita Panglima Hitam ni diceritakan dari mulut ke mulut hingga la Hikayat Tun Sri Lanang dan la sampai sekarang.

So, bukan la kita nak hebat seperti Christopher Columbus tu. Kalau nak berjaya mulakan la karya melalui penulisan yg berilmiah bukan dari camera pon. :mrgreen: Gambar ni menyokong je evidence bertulis tu..hehehe.

Aku pon tengah belajar buat logbook. Mane2 professional practice engineer, architect, QS etc pon ada logbook. Anda sebagai guide professional bila lagi?? :mrgreen: :mrgreen:
He who makes beast out of himself, get rid of the pain of being a man~ Dr. Johnson (1709-1784)

User avatar
JeNaL
Pentadbiran
Posts: 1758
Joined: 27 Mar 2007, 16:07
Location: sri kembangan
Contact:

Re: LESEN GUIDER..

Post by JeNaL »

pendapat aku la... salah satu kelemahan kita
1. membaca
2. menulis
3. mencari

bg aku mungkin langkah pertama bagi memertabatkan pendaki gunung kita semua kena mula mencatat dan merekod segala pengalaman yg kita dapat semasa xpdc... bila aku tgk tentang catatan lama orang putih umpamanya dr Lieut.J.T.Newbold, 23rd Regt.Mad.L.Inf. pada 22 Oct 1833 di dalam Journal of The Asiatic Society (6 muka surat) tak la detail sgt catatanya tapi ada byk maklumat yg boleh diperolehi...

jd apa kata langkah pertama kita, kita rangka satu logbook untuk pendaki gunung lak...mcm diver selalu isi selepas dive...

mungkin ni salah satu kita berkongsi ilmu dgn meluas...harap nak ingat sampai bila...
--· ··- -· ··- -· --· --- -· ·-·· ·· -· ·
W a r i s a n K h a z a n a h P e r g u n u n g a n
·--- · -· ·- ·-··
Pentadbir GunungOnline
9W2WZL
http://jenal.multiply.com

User avatar
LaiTer
Pendaki Gunung
Posts: 58
Joined: 22 Mar 2008, 19:06
Location: r&d LaboTarY
Contact:

Re: LESEN GUIDER..

Post by LaiTer »

salam semua...
maaf mencelah skejap.. :)

.....umm.....untuk dapatkan lesen guide ni,..kena amik kursus pemandu pelancong (nature guide) dlu..dlm kursus tu, kita didedahkan dengan perkara ASAS...cam ttg teknik2 perkhemahan, survival, teknologi am or skills (kompas n peta) dan yang penting, how to deal with tourist...etika turut ditanam dalam diri setiap peserta kursus agar menyedari mana duduk letaknya sebagai seorang guide...

dari apa yg saya faham,..kita didedahkan untuk lebih bertanggung jawab dan berwaspada akan sebarang kemungkinan dan yang penting, mencegah sebelum sebarang kejadian yang tidak diingini dari berlaku.....bila da ada certificate ni, dari situ kita dapat membina keyakinan seseorang terhadap keupayaan kita dan keyakinan diri sendiri terhadap diri sendiri.. :minum: hehe

dan untuk memantapkan lagi kemahiran adalah bergantung kepada inisiatif diri sendiri seterusnya...saya sokong dengan pendapat yonrawk untuk membuat catatan atau LOGBOOK...(bagusla contoh cerita yg hang bg tuh) hehe..dan permasalahan itu da dikenalapsti oleh incik jenal...so, harap lebih gigih untuk memajukan diri bagi mereka yang berkecimpung dlm arena ni...

memula saya pon men simpan dlm otak serebrum je sgala pengalaman selain camera yg menjadi bukti statik.....time keje ngan jabatan kerajaan dlu, saya mengenali 'kertas minit'...walaupon simple je apajua catatan tu,.. tapi bila akan datang persoalan atau masalah 'kertas minit' tu akan menjadi penyelamat berkaitan dengan kerja yang telah dilakukan...boleh jugak kita relatekan dengan keadaan bila kita membuat logbook nie... :) betapa berharganya setiap maklumat yg dicatat...

dengan adanya lesen guide ni,...insya ALLAH kita akan dapat melayan karenah birokrasi apabila berhadapan dengannya...saya sokong pendapat nadir - (quote) yg mana "..bila jadi eksiden dalam hutan disebabkan kelalaian guider / penganjur, tak kira ada lesen guide ker, dah sign surat pelepasan tanggungjawab ker, dah buat permit atau laporan polis ke, ya,guide / penganjur masih boleh diheretkan ke mahkahmah..soklanya bukan ada permit, laporan polis atau lesen, sebab bende nih semua nih bukan boleh mengelakkan kemalangan , tetapi memudahkan pengurusan dengan pihak berkuasa sekiranya ada eksiden..."

tapi,..heharap xdela sekadar adanya lesen,kita pk its enaf for evrythings....tingkatkan kemahiran dan luaskan pengalaman dapat menjadikan seseorang guide itu mantap serta berkaliber dan berada di kelas yang tersendiri.....

last but not least, nak kongsi sket pengalaman amik kursus guide ni...nak amik ngan pihak swasta mmg riban2 beb..mane nak gagau pitih bayor yuran yang bersamaan gaji level peon kerajaan selama 4 bulan tu..so, saya nyatakan hasrat untuk ambil kursus ni pada perhilitan..dapat bayor dalam rm200 pon da kira cantekk..dan alhamdulillah mereka telah memanjangkan permohonan saya ke kementerian luar bandar dan wilayah dan pihak tersebut telah mensponsor 100% yuran kursus...so,..juz bawak barang2 sendiri, duit yg ngam2 lepas tambang pegi balik umah bersama azam untuk menuntut ilmu yang mendalam..harap dengan info ni, ia tidak akan menyekat usaha murni rakan2 sekalian untuk terus maju..hehey, di mana ada kemahuan, di situ ada jalan kan!??..

mintak ampun mintak mahap jika ada tersalah taip,...cam nazryst, saya tetap menyokong perkara yg baik..

selamat berbincang....wallahu'alam..
~LovE dA nATurE iS dA nATurAL LOvE~
www.friendster.com/brainstucker

User avatar
matsaiko
Senator Gunung
Posts: 2786
Joined: 22 Dec 2005, 16:52
Location: GOMBAK Territory

Re: LESEN GUIDER..

Post by matsaiko »

laiter
bagus..moga ko berjaya sebagai seorang pemegang lesen nature guide
dimana ada kemahuan disitu ada jalan....aku setuju ayat tuh
To Conquer Without Risk Is To Triumph Without Glory
www.azreenismail.com

User avatar
LaiTer
Pendaki Gunung
Posts: 58
Joined: 22 Mar 2008, 19:06
Location: r&d LaboTarY
Contact:

Re: LESEN GUIDER..

Post by LaiTer »

..trimaseh..gracias arigato hait matsaiko... :minum: :minum:
~LovE dA nATurE iS dA nATurAL LOvE~
www.friendster.com/brainstucker

User avatar
castello
Pendaki Sondol
Posts: 416
Joined: 06 Jun 2006, 09:35
Location: cheras, kuala lumpur
Contact:

Re: LESEN GUIDER..

Post by castello »

wah...alhamdulillah

Rasanya dah semakin ramai warga GO yang dah ada Lesen Guide. Satu kemajuan.
CASTELLO
Callsign: 9W2CTX
Guide License No.: TG9600
Mobile No.: 0126206087
NATURE EXPLORER ENT.

User avatar
bEkamBinG
Ahli Kehormat GO
Posts: 232
Joined: 07 Jan 2006, 19:25

Re: LESEN GUIDER..

Post by bEkamBinG »

Tahniah pada mereka yang dah ade lesen guide....
Satu kemajuan lagi....

"Tai Ka Hai Tung Pau"

User avatar
pokpar
Pendaki Gunung
Posts: 84
Joined: 26 Aug 2009, 15:44
Location: k.trg / k.brang / kenyir / atas gunung
Contact:

Re: LESEN GUIDER..

Post by pokpar »

Tuan,

Salam Sejahtera.

Terima kasih kerana menghubungi Jabatan PERHILITAN untuk membuat pertanyaan.

Sepertimana yang diketahui tuan, pertanyaan tuan telahpun dijawab oleh saya sendiri melalui telefon pada pagi hari Rabu, 24 Mac 2010 dan perbualan tersebut adalah berkaitan. Sehubungan dengan itu, sukacita di sini saya ingin memaklumkan sekali lagi kepada pihak tuan bahawa Kursus Pemandu Pelancong Berkemahiran Alam Semulajadi Setempat Tahap II adalah dijalankan oleh Jabatan PERHILITAN dengan subsidi peruntukan daripada Kementerian Pelancongan, di mana menjadi polisi untuk mengenakan bayaran yuran minima kepada peserta sebagai "commitment fee". Bagi tahun 2010, 4 kursus ini telah dirancang di 4 lokasi berbeza, di mana kursus pertama adalah di Terengganu, dan terbuka kepada semua pihak yang berminat.

Jika pihak tuan serta pengusaha / pekerja houseboat Kenyir tidak mampu membayar yuran tersebut, pilihan lain adalah untuk mengikuti kursus yang sama anjuran Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW), yang akan dilaksanakan sebanyak 2 kali pada tahun ini, juga di lokasi yang berbeza, di mana pihak tuan adalah layak untuk mengikuti kursus ini yang ditawarkan secara percuma dan dibiayai sepenuhnya oleh KKLW.

Kursus yang dimaksudkan oleh tuan dalam emel di bawah adalah sebenarnya kursus yang dimohon peruntukannya daripada kerajaan Negeri Terengganu dan sememangnya cadangan kursus ini adalah khusus bagi pengusaha di Kenyir serta ditawarkan secara percuma jika peruntukan yang dimohon adalah diluluskan. Ini adalah inisiatif pegawai PERHILITAN di Terengganu sendiri dan tidak termasuk dalam perancangan kursus oleh Ibu Pejabat dan Institut Biodiversiti bersama Kementerian Pelancongan ataupun KKLW.

Sehubungan dengan itu, dan susulan daripada perbualan telefon kita pada 24 Mac lalu, mohon pihak tuan menghantar nama, alamat, nombor IC dan nombor telefon sesiapa yang berminat daripada pengusaha di Kenyir untuk menghadiri kursus yamg telahpun dirancang bagi tahun ini, dan mempunyai keinginan untuk menjadi nature guide yang berlesen. Kami akan menghubungi pemohon yang berminat apabila terdapat peluang untuk memasuki kursus tersebut nanti.

Jika tuan mempunyai sebarang pertanyaan lain, sila hubungi saya di talian seperti di bawah.

Sekian, terima kasih.

"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"

Saya yang menurut perintah,

-nosrat-
Nosrat Ravichandran
Bahagian Ekopelancongan / Ecotourism Division
Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN)
Department of Wildlife and National Parks (DWNP)
KM10 Jalan Cheras
56100 Kuala Lumpur

Tel: 6 03 9086 6867
Fax: 6 03 9075 2873
Email diatas adalah kepada saya tapi ada beberapa perkara yg boleh dikongsi bersama ( tulisang kaler Merah). Setakat ini bagi kursus anjuran PERHILITAN & Perlancongan masih berbaki 3 (tempat belum tahu lagi) dan 2 lagi utk penduduk luar banda sahaja.
Guide License No.: TG10640
Mobile No.: 0139102125 (sms shj)

User avatar
poncho
Senator Gunung
Posts: 1890
Joined: 05 Dec 2005, 15:59
Location: southern
Contact:

Re: LESEN GUIDER..

Post by poncho »

hehe.
rindu kat Cik Nosrat :mrgreen:

saya rekemen, kalau ada sesiapa berminat cuba je contact PERHILITAN atau Kementerian Perlancongan. walaupun tiada kekosongan, bagi je details diri supaya pihak ini boleh contact kita di waktu lain bila dah ada kursus/kekosongan dalam kursus mengikut zon atau kawasan. bukan susah pun kalau nak tinggalkan detail kan. paling best, pihak-pihak ini memang akan contact kita kalau nama kita dah ada dalam list.

pada yang dah ada batch, ingat-ingatlah pada pihak yang sponsor kita dulu.
kalau PERHILITAN, Pusat Belia tu semua, contact balik tanya khabar atau ucap timekasih.
kalau KKLW, sila lah ke website rasmi KKLW nie dan tinggalkan lah komen positif dan penghargaan sebagai balasan paling mampu kita buat. pihak kerajaan perlukan komen positif kita untuk sentiasa dapat peruntukkan atau pernilaian prestasi jabatan ini. at very least we can do to appreciate, do leave a good comment.
if a tree falls in the woods... do all the other trees laugh at it?

Image Mounthopper

Freelance
Senator Gunung
Posts: 1355
Joined: 06 Dec 2005, 13:16
Location: Kuala Lumpur

Re: LESEN GUIDER..

Post by Freelance »

poncho wrote:hehe.
rindu kat Cik Nosrat :mrgreen:

saya rekemen, kalau ada sesiapa berminat cuba je contact PERHILITAN atau Kementerian Perlancongan. walaupun tiada kekosongan, bagi je details diri supaya pihak ini boleh contact kita di waktu lain bila dah ada kursus/kekosongan dalam kursus mengikut zon atau kawasan. bukan susah pun kalau nak tinggalkan detail kan. paling best, pihak-pihak ini memang akan contact kita kalau nama kita dah ada dalam list.

pada yang dah ada batch, ingat-ingatlah pada pihak yang sponsor kita dulu.
kalau PERHILITAN, Pusat Belia tu semua, contact balik tanya khabar atau ucap timekasih.
kalau KKLW, sila lah ke website rasmi KKLW nie dan tinggalkan lah komen positif dan penghargaan sebagai balasan paling mampu kita buat. pihak kerajaan perlukan komen positif kita untuk sentiasa dapat peruntukkan atau pernilaian prestasi jabatan ini. at very least we can do to appreciate, do leave a good comment.
bagus tu poncho... sesiapa yang berminat boleh lah mohon kursus ni kan.....

User avatar
JeNaL
Pentadbiran
Posts: 1758
Joined: 27 Mar 2007, 16:07
Location: sri kembangan
Contact:

Re: LESEN GUIDER..

Post by JeNaL »

mana yg selalu jadi gogo tu boleh la upgradekan diri erkkk
--· ··- -· ··- -· --· --- -· ·-·· ·· -· ·
W a r i s a n K h a z a n a h P e r g u n u n g a n
·--- · -· ·- ·-··
Pentadbir GunungOnline
9W2WZL
http://jenal.multiply.com

Freelance
Senator Gunung
Posts: 1355
Joined: 06 Dec 2005, 13:16
Location: Kuala Lumpur

Re: LESEN GUIDER..

Post by Freelance »

JenaL wrote:mana yg selalu jadi gogo tu boleh la upgradekan diri erkkk
aqu kena g ehh jenal.. hehehe!!!

User avatar
JeNaL
Pentadbiran
Posts: 1758
Joined: 27 Mar 2007, 16:07
Location: sri kembangan
Contact:

Re: LESEN GUIDER..

Post by JeNaL »

Freelance wrote:
JenaL wrote:mana yg selalu jadi gogo tu boleh la upgradekan diri erkkk
aqu kena g ehh jenal.. hehehe!!!
aku pun rasa nak gi jugak...hehheh. tambah ilmu
--· ··- -· ··- -· --· --- -· ·-·· ·· -· ·
W a r i s a n K h a z a n a h P e r g u n u n g a n
·--- · -· ·- ·-··
Pentadbir GunungOnline
9W2WZL
http://jenal.multiply.com

Freelance
Senator Gunung
Posts: 1355
Joined: 06 Dec 2005, 13:16
Location: Kuala Lumpur

Re: LESEN GUIDER..

Post by Freelance »

JenaL wrote:
Freelance wrote:
JenaL wrote:mana yg selalu jadi gogo tu boleh la upgradekan diri erkkk
aqu kena g ehh jenal.. hehehe!!!
aku pun rasa nak gi jugak...hehheh. tambah ilmu
jenal kalo leh dah lama dah aqu g..kalo kursus 2 minggu camner nak g.. ada yg kena pecat keje ni hehehe!! kalo 2 hari sabtu ahad.. insyallah leh lah g..

User avatar
JeNaL
Pentadbiran
Posts: 1758
Joined: 27 Mar 2007, 16:07
Location: sri kembangan
Contact:

Re: LESEN GUIDER..

Post by JeNaL »

tu la pasal.... 2 minggu...
--· ··- -· ··- -· --· --- -· ·-·· ·· -· ·
W a r i s a n K h a z a n a h P e r g u n u n g a n
·--- · -· ·- ·-··
Pentadbir GunungOnline
9W2WZL
http://jenal.multiply.com

User avatar
poncho
Senator Gunung
Posts: 1890
Joined: 05 Dec 2005, 15:59
Location: southern
Contact:

Re: LESEN GUIDER..

Post by poncho »

secara jujurnya, 2 minggu yang ada tu sangatlah suntuk untuk pembentangan atau penyaluran input yang terlalu banyak dan pelbagai. 2 minggu untuk dapat segala bentuk knowledge dan skill? orang asli pun amik masa bertahun-tahun pasal ilmu hutan. memang padat walaupun yang diajar tu banyak kategori basic tapi bagi yang pertama kali terdedah dengan knowledge sebegitu intensif dan khusus, memang agak terkejut.

tapi seronok. knowledge masuk secara natural.
(cuma pastikan tak tertido masa sesi ceramah tu. wakaka)
if a tree falls in the woods... do all the other trees laugh at it?

Image Mounthopper

User avatar
soulfly
Kerabat Gunung
Posts: 1147
Joined: 18 Mar 2008, 15:57
Location: SENTUL

Re: LESEN GUIDER..

Post by soulfly »

kalo nk cerita pasal guide berlesen ngan yang tak berlesen,agak panjang..aku ringkaskan jelah..

kawan aku ni ada lesen guide,lagi sorang takde lesen tapi dasyat gak semua gunung
kat malaysia ni tau jaln,
yang jadi masalah sekang ni adalah harga..
1-guide berlesen
2-guide yang tak berlesen
adalah satu group ni mintak harga pasal guide..
yang berlsen mintak harga sekian2 takdelah mahal sangat..
yang tak berlsen bagi harga jugak,ahaaa yang ni istimewa sikit,dialah GOGO dialah GUIDE,
dialah tukang masak..
harga dia lebih murah dari harga yang ada lesen tadi..
jadi macm mana guide yang berlesen nih nk carik makan?

pada rakan2 yang dah ada lesen guide nih.. gunakanlah sepenuhnya..
dan pada rakan2 yang tidak berlesen nih.pikirlah masak2 janganlah cantas harga..


dan kepada rakan2 yang nk pergi kursus dalam masa terdekat nih..
selamat maju jaya
lama sangat...

User avatar
JeNaL
Pentadbiran
Posts: 1758
Joined: 27 Mar 2007, 16:07
Location: sri kembangan
Contact:

Re: LESEN GUIDER..

Post by JeNaL »

mmm pendapat aku la.... ada lesen atau tidak

kalau kita nak memertabatkan lagi industri gunung ni baik la kita ambik lesen kalu nak bawa orang.. memang betul kalu tak ada lesen pun boleh masuk hutan dan bawa kengkawan... tapi kita punya industri hanya berkembang kat situ je la.... cuba pikir tak nak ke kita explore pasaran yg lebih besar lagi.

banyak benda yg kita akan belajar nanti masa nak dapatkan lesen tu...

mana ada kesempatan tu aku galakkkan la ambik lesen tu...
--· ··- -· ··- -· --· --- -· ·-·· ·· -· ·
W a r i s a n K h a z a n a h P e r g u n u n g a n
·--- · -· ·- ·-··
Pentadbir GunungOnline
9W2WZL
http://jenal.multiply.com

Freelance
Senator Gunung
Posts: 1355
Joined: 06 Dec 2005, 13:16
Location: Kuala Lumpur

Re: LESEN GUIDER..

Post by Freelance »

JenaL wrote:mmm pendapat aku la.... ada lesen atau tidak

kalau kita nak memertabatkan lagi industri gunung ni baik la kita ambik lesen kalu nak bawa orang.. memang betul kalu tak ada lesen pun boleh masuk hutan dan bawa kengkawan... tapi kita punya industri hanya berkembang kat situ je la.... cuba pikir tak nak ke kita explore pasaran yg lebih besar lagi.

banyak benda yg kita akan belajar nanti masa nak dapatkan lesen tu...

mana ada kesempatan tu aku galakkkan la ambik lesen tu...
memang betul tu jenal.. aqu bukan tak nak amik lesen dari dulu lagi..tapi tu ler.. keadaan tak mengizinkan...sesapa yang boleh.. amik ler peluang ni..amik lesen...

Freelance
Senator Gunung
Posts: 1355
Joined: 06 Dec 2005, 13:16
Location: Kuala Lumpur

Re: LESEN GUIDER..

Post by Freelance »

soulfly wrote:kalo nk cerita pasal guide berlesen ngan yang tak berlesen,agak panjang..aku ringkaskan jelah..

kawan aku ni ada lesen guide,lagi sorang takde lesen tapi dasyat gak semua gunung
kat malaysia ni tau jaln,
yang jadi masalah sekang ni adalah harga..
1-guide berlesen
2-guide yang tak berlesen
adalah satu group ni mintak harga pasal guide..
yang berlsen mintak harga sekian2 takdelah mahal sangat..
yang tak berlsen bagi harga jugak,ahaaa yang ni istimewa sikit,dialah GOGO dialah GUIDE,
dialah tukang masak..
harga dia lebih murah dari harga yang ada lesen tadi..
jadi macm mana guide yang berlesen nih nk carik makan?

pada rakan2 yang dah ada lesen guide nih.. gunakanlah sepenuhnya..
dan pada rakan2 yang tidak berlesen nih.pikirlah masak2 janganlah cantas harga..


dan kepada rakan2 yang nk pergi kursus dalam masa terdekat nih..
selamat maju jaya
uhh sibaik aqu bukan guide hehehe!!!

User avatar
pokpar
Pendaki Gunung
Posts: 84
Joined: 26 Aug 2009, 15:44
Location: k.trg / k.brang / kenyir / atas gunung
Contact:

Re: LESEN GUIDER..

Post by pokpar »

a'kum & salam sejahtera..

Kursus Pemandu Pelancong Berkemahiran Alam Semulajadi Setempat Tahap II akan diadakan di Kuala Selangor pada bulan hadapan bermula pada 22 Jun 2010 selama 2 minggu..

Sesiapa yg berminat boleh hubungi PERHILITAN..

Sesiapa yang berhati kering saja boleh bertahan dalam kursus ini walaupun takde aktiviti panjat gunung,tans titiwangsa,G10,G7,G2 solo camp, survivor dan apa² aktiviti yg anda rase mencabar. kat kursus ni di bagi makan nasi bukan makan biawak ataupun ular. sehari dapat makan 6 kali.. ada berani?.. cubalah try test masuk kursus ni bagi sesiapa yg rase otai atau pon pakar dalam bidang tertentu... kalau dapat bertahan selama 15hari ambe respek mu.. :mrgreen:
Guide License No.: TG10640
Mobile No.: 0139102125 (sms shj)

User avatar
yonrawk
Pendaki Sondol
Posts: 456
Joined: 03 Nov 2006, 11:11
Location: JB

Re: LESEN GUIDER..

Post by yonrawk »

pokpar wrote:. sehari dapat makan 6 kali.. ada berani?.. cubalah try test masuk kursus ni bagi sesiapa yg rase otai atau pon pakar dalam bidang tertentu... kalau dapat bertahan selama 15hari ambe respek mu.. :mrgreen:
+1 :mrgreen:
He who makes beast out of himself, get rid of the pain of being a man~ Dr. Johnson (1709-1784)

Freelance
Senator Gunung
Posts: 1355
Joined: 06 Dec 2005, 13:16
Location: Kuala Lumpur

Re: LESEN GUIDER..

Post by Freelance »

pokpar wrote:a'kum & salam sejahtera..

Kursus Pemandu Pelancong Berkemahiran Alam Semulajadi Setempat Tahap II akan diadakan di Kuala Selangor pada bulan hadapan bermula pada 22 Jun 2010 selama 2 minggu..

Sesiapa yg berminat boleh hubungi PERHILITAN..

Sesiapa yang berhati kering saja boleh bertahan dalam kursus ini walaupun takde aktiviti panjat gunung,tans titiwangsa,G10,G7,G2 solo camp, survivor dan apa² aktiviti yg anda rase mencabar. kat kursus ni di bagi makan nasi bukan makan biawak ataupun ular. sehari dapat makan 6 kali.. ada berani?.. cubalah try test masuk kursus ni bagi sesiapa yg rase otai atau pon pakar dalam bidang tertentu... kalau dapat bertahan selama 15hari ambe respek mu.. :mrgreen:

kawan2 sesiapa yang berminat dan ada peluang nak g.. g lah amik kursus ni... lily kalo 2 hari nak gak g.. ni 2 minggu.. keje swasta.. payah lah nak apply cuti lama2 ni... kalo tak dah lama dah lily amik lesen gaid dan g kursus2 berkaitan... :cry:

User avatar
pokpar
Pendaki Gunung
Posts: 84
Joined: 26 Aug 2009, 15:44
Location: k.trg / k.brang / kenyir / atas gunung
Contact:

Re: LESEN GUIDER..

Post by pokpar »

a'kum & salam sejahtera..

Kursus Pemandu Pelancong Berkemahiran Alam Semulajadi Setempat Tahap II akan diadakan di Taman Alam Kuala Selangor pada bulan hadapan bermula pada 22 Jun 2010 - 6 Julai 2010 selama 2 minggu.. Bayaran adalah sebanyak RM200

Sesiapa berminat bole pm ambe.. ambe try ejas tempat.. :mrgreen:
Guide License No.: TG10640
Mobile No.: 0139102125 (sms shj)

User avatar
biNGai
Kerabat Gunung
Posts: 3216
Joined: 19 Dec 2005, 13:18

Re: LESEN GUIDER..

Post by biNGai »

masuk kursus tuh dia ade kasik tgk tv tak? musim world cup nihhh..
M.A.L.A.S - Copyright © 2003-2009. All rights reserved.
"Demi langit beserta seluruh binaannya, Demi bumi serta yang ada di hamparannya, Demi jiwa dan seluruh penyempurnaannya.."

User avatar
pokpar
Pendaki Gunung
Posts: 84
Joined: 26 Aug 2009, 15:44
Location: k.trg / k.brang / kenyir / atas gunung
Contact:

Re: LESEN GUIDER..

Post by pokpar »

biNGai wrote:masuk kursus tuh dia ade kasik tgk tv tak? musim world cup nihhh..
pagi-pagi dia bagi teropong satu.. pastu dia suruh tengok burung.. :lol:
Guide License No.: TG10640
Mobile No.: 0139102125 (sms shj)

Lt.Cmdr. Kamal Ariffin
Kerabat Gunung
Posts: 1318
Joined: 12 Jan 2006, 11:43
Location: Gunung Bawah Laut
Contact:

Re: LESEN GUIDER..

Post by Lt.Cmdr. Kamal Ariffin »

Ngai pagi pagi pong tengok Burong. (Burong dia)

ggey
Pendaki Gunung
Posts: 5
Joined: 01 May 2010, 16:21

Re: LESEN GUIDER..

Post by ggey »

askum saya ni org br kt dlm Go ni..pada pendapat sya mmg penting kat smua guide mempunyai lesen guide ni...dlm kursus bnyk ilmu yg kt boleh dapat....

solo
Pendaki Tegar
Posts: 211
Joined: 06 Dec 2005, 17:43
Location: Bukit Lanjan
Contact:

Re: LESEN GUIDER..

Post by solo »

Salam people,

Renungkan bersama

Guide A - Black Badge ( tara lesen )
Guide B - Green Bagde ( ada lesen )

Senario
Participant kena anaphalactic shock dan mati dalam hutan.

Lepas bawak keluar mayat & urusan lain, keluarga mangsa pun nak claim insurans.

Kalo Guide A - hampeh haram insurans company tu nak bayar penuh, conform naik court atas alasan sape suruh masuk utan pakai guide xde lesen. Kalo dapat duit pun lepas bertahun fight kat court, dapatlah 30% dari yg sepatutnya.

Kalo Guide B - insurans company xleh nak cakap banyak, bayar je 100% sebab ikut guide yang bertauliah/berlesen.

Kesimpulannya amek lesen, kalo x dapat- standby banyak duit nak bayar pampasan.

73s
Hari
M: +6019 347 1239 ; E: 9W2ILD@gmail.com
WILD JUNCTION ( www.wildjunction.com)
9W2ILD (Niner Whiskey Too India Lima Delta)

Tropical Mountain Guide
Wilderness First Responder ( WMI of NOLS )
Nature Guide ( Licence # 9596 )

~ what we do in life, echoes in eternity

Lt.Cmdr. Kamal Ariffin
Kerabat Gunung
Posts: 1318
Joined: 12 Jan 2006, 11:43
Location: Gunung Bawah Laut
Contact:

Re: LESEN GUIDER..

Post by Lt.Cmdr. Kamal Ariffin »

Bab insuran ni.... lagi sakit ati
Bab nak amik memang semua boleh bayar
Bila dah jadi dia ngelat sana sini memang tamo bayo
Dia akan cari semua silap kita dan nak lepaskan diri dari bayor tuntutan tu. Jangan marah yang jadi agen insuran nooooo.
Sebab tu orang yang keja dan makan komisen insuran ni tak pernahnya senang sebab dia makan duit haram jadah.

cubbulat
Pendaki Gunung
Posts: 90
Joined: 19 Jul 2008, 22:16

Re: LESEN GUIDER..

Post by cubbulat »

Lt.Cmdr. Kamal Ariffin wrote:Bab insuran ni.... lagi sakit ati
Bab nak amik memang semua boleh bayar
Bila dah jadi dia ngelat sana sini memang tamo bayo
Dia akan cari semua silap kita dan nak lepaskan diri dari bayor tuntutan tu. Jangan marah yang jadi agen insuran nooooo.
Sebab tu orang yang keja dan makan komisen insuran ni tak pernahnya senang sebab dia makan duit haram jadah.
setujuuu......... :lol: :lol: :lol: :lol:
JAUH LAGI KE BANG !!!!

User avatar
Ajis_AJ
Pendaki Gunung
Posts: 79
Joined: 17 Apr 2006, 19:19

Re: LESEN GUIDER..

Post by Ajis_AJ »

hehe.... aku biasa gak bwk org masuk utan. Tp aku xde lesen guide.
utan ni plak kt belakang umah aku. dari kecik sampai dewasa aku dh biasa masuk sini. nk pakai lesen gak ke?
Xkan renjer perhutanan nk tahan aku dari masuk. Utan ni tempat aku cari sumber makanan. Suatu hari tu ada orang luar suh aku tunjuk jalan bwk derang g jelajah hutan nih. Xkan aku nk amik lesen kut?.

Kita disini xde orang yg arif tentang penguatkuasaan lesen guide ni. Hanya kita tau on paper aje. Tp nk kuatkuasakannya ada bnyk yg perlu difikirkan. Umum sangat.

User avatar
castello
Pendaki Sondol
Posts: 416
Joined: 06 Jun 2006, 09:35
Location: cheras, kuala lumpur
Contact:

Re: LESEN GUIDER..

Post by castello »

Ajis_AJ wrote:hehe.... aku biasa gak bwk org masuk utan. Tp aku xde lesen guide.
utan ni plak kt belakang umah aku. dari kecik sampai dewasa aku dh biasa masuk sini. nk pakai lesen gak ke?
Xkan renjer perhutanan nk tahan aku dari masuk. Utan ni tempat aku cari sumber makanan. Suatu hari tu ada orang luar suh aku tunjuk jalan bwk derang g jelajah hutan nih. Xkan aku nk amik lesen kut?.

Kita disini xde orang yg arif tentang penguatkuasaan lesen guide ni. Hanya kita tau on paper aje. Tp nk kuatkuasakannya ada bnyk yg perlu difikirkan. Umum sangat.
Encik Ajis...tak nak amik lesen guide pun boleh. Tapi yang terbaik...amik lah lesen guide, byk kelebihannya. Memang tak diwajibkan ada lesen guide ni. Tapi ada procedure yang memerlukan semua perkara dibuat secara rasmi, contoh macam solo cakap...tak bleh nak claim insurans. Malang tak berbau....sementara tak terjadi apa2 insiden boleh ler kita berbangga dgn diri kita guide tersohor kononnya. Tapi bila dah terjadi apa2 musibah, masa tu lah baru kita ada rasa nak muhasabah diri sendiri. Fikir-fikirkanlah.
CASTELLO
Callsign: 9W2CTX
Guide License No.: TG9600
Mobile No.: 0126206087
NATURE EXPLORER ENT.

User avatar
JeNaL
Pentadbiran
Posts: 1758
Joined: 27 Mar 2007, 16:07
Location: sri kembangan
Contact:

Re: LESEN GUIDER..

Post by JeNaL »

bila lagi ada krusus guide ni
--· ··- -· ··- -· --· --- -· ·-·· ·· -· ·
W a r i s a n K h a z a n a h P e r g u n u n g a n
·--- · -· ·- ·-··
Pentadbir GunungOnline
9W2WZL
http://jenal.multiply.com

al_razy89
Pendaki Gunung
Posts: 50
Joined: 23 Apr 2010, 04:42
Contact:

Re: LESEN GUIDER..

Post by al_razy89 »

maaf mencelah....pada pendapat saya, isu-isu seperti ini tidaklah mencapai kepada matlamat yang sebenar..matlamat lesen ni adalah untuk memastikan xpdc berjalan dengan lancar dengan seorang guider yang berpengalaman...

ok..persoalan nak hukum atau tahan org xd lesen macam jpj saya kira xmasuk akal, xmunasabah dan tidak relevan.seperti yang saya katakan,tujuan lesen untuk mengiktiraf kelayakan. tapi, kadangkala, ada orang xd lesen lagi pandai dr yang ada lesen. Ini pada pendapat saya menunjukkan bahawa keinginan untuk mempunyai guide yang berpengalaman, atau pembukaan peluang untuk orang ramai mengambil kursus-kursus seperti ini masih sempit...peluang terhad...jadi x adil untuk kita tahan org sedang kita xbg orang tu peluang secukupnya membuktikan diri mereka layak..

ada gak kursus2 yang bertumpu kat satu2 tempat atau puak je..xterbuka...wtkan org yg layak dan minat kadang2 tidak mendapat peluang(macam2 la kursus berkaitan outdoor)

jadi, saya kira lebih relevan jika lesen ini diberikan kuasa kepada kelab2 ataupun badan lain yang berkaitan di setiap negeri untuk melatih dan memberikan lesen tahap 2..bagi GO kuasa pun xp...orang2 GO pun semua tegar2 belaka kn??.. ...kalau nak buat susah2 dapat, naikkan standard untuk tahap 3 je....dah laksanakan training secara menyeluruh..barulah boleh nak saman,,,baru la adil sikit....

anyway..2 pendapat saya..abg jenal sori mencelah...
"aku menulis bukan kerna nama"
http://metainfo.multiply.com

User avatar
shahrul
Senator Gunung
Posts: 819
Joined: 25 Apr 2011, 08:21
Location: streets of uptown

Re: LESEN GUIDER..

Post by shahrul »

solo wrote:Salam people,

Renungkan bersama

Guide A - Black Badge ( tara lesen )
Guide B - Green Bagde ( ada lesen )

Senario
Participant kena anaphalactic shock dan mati dalam hutan.

Lepas bawak keluar mayat & urusan lain, keluarga mangsa pun nak claim insurans.

Kalo Guide A - hampeh haram insurans company tu nak bayar penuh, conform naik court atas alasan sape suruh masuk utan pakai guide xde lesen. Kalo dapat duit pun lepas bertahun fight kat court, dapatlah 30% dari yg sepatutnya.

Kalo Guide B - insurans company xleh nak cakap banyak, bayar je 100% sebab ikut guide yang bertauliah/berlesen.

Kesimpulannya amek lesen, kalo x dapat- standby banyak duit nak bayar pampasan.

73s
sorry up balik topic nih..

so kepentingan guide berlesen nampaknya lebih kepada perlindungan insurans memandangkan ada lesen ke tadak sama je boleh bawak orang naik gunung jugak bukannya jabatan hutan ada buat roadblock ataupun lepas buat report polis kalau takde lesen dia tak benarkan naik..?

rakan-rakan yang pernah ambik group insurance coverage utk ekspedisi mendaki ke, masuk hutan ke ada tak insurance company tu tanya guide kamu ada lesen ke idak..?

mohon pencerahan :minum:
_________________
_________________

strawhatcrew
Pendaki Gunung
Posts: 11
Joined: 08 Mar 2012, 15:23

Re: LESEN GUIDER..

Post by strawhatcrew »

salam..
jd guide yg belesen ni byk kelebihannye.. tp industri eko pelancongan kita x pesat lg.. so perkara ni x diambik serius.. lg pon kursus ni utk pemandu PELANCONG alam semulajadi.. yakni bawak pelancong bkn local je tp org luar utk menikmati keindahan alam semulajadi.. dan kalo bwk pelancong terutama la group dr europe ni.. dorang amat mementingkan org yg berpengetahuan tinggi utk bawa dorang masuk utan.. terangkan spesis pokok sepanjang trek, terangkan habitat flora & fauna yg ada kt situ, tentang utan & lain2 lg.. dan kalo group oversea pakej diorang mahal.. dan kt dlm tu termasuk suma harge penginapan, makan, insurans dan guide.. jd mesti lah dia mau guide yg berkualiti.. so sbb tu di wujudkan kusus ni.. tp ye la.. masa tu pendek 2 minggu je.. kita kene blajo sendiri kalo nk ilmu.. kene bace byk buku pasal spesis2 haiwan yg ada kt tmpt tu, baca buku pasal pokok2 apa haram jadah lg.. tp tu kt tmpt2 tumpuan pelancong la.. cth tmn negara kuala tahan, gunung kinabalu & lain2..

lain plak yg bwk local ni.. x kisah la pki guide haram ke x haram ke.. janji smpi destinasi, selamat pergi & balek.. kalo kos pon dah murah paham2 je la.. mesti insurans pon tarak, equipment sendiri, & mcm2 hal lg la.. tu la masalah nye local ni.. kalo kos tinggi sikit merungut.. pastu dah pegi byk komplen.. u pay peanuts u get peanuts la..
just my 2 cents

tp elok la utk guide2 yg lom ada lesen amek lesen.. sekurang2 nye dpt ilmu & certificate.. dan x de la gadoh lg pasal harge guide yg brelesen dan x berlesen.. suma standardize je..

Post Reply