Sejuk tujuh jam atas gunung

Isu-isu & gossip berkaitan dengan aktiviti luar

Moderator: kambinggurun

Post Reply
User avatar
shahrul
Senator Gunung
Posts: 819
Joined: 25 Apr 2011, 08:21
Location: streets of uptown

Sejuk tujuh jam atas gunung

Post by shahrul »

SANTUBONG: Kegirangan sekumpulan 37 penuntut sebuah institusi pengajian tinggi awam (IPTA) di sini, mendaki Gunung Santubong tanpa sebarang peralatan lengkap mengundang padah apabila mereka terperangkap dalam kesejukan selama tujuh jam di gunung itu, sebelum diselamatkan, kelmarin.

Sebelum insiden itu, kumpulan penuntut yang membabitkan 10 lelaki dan 27 wanita memulakan pendakian pada jam 9 pagi dan tiba di satu lokasi di gunung itu, pada jam 2 petang kelmarin.


Difahamkan, kebanyakan mereka penuntut tahun satu yang mengambil kesempatan sempena cuti pertengahan semester untuk mengisi masa lapang dengan mendaki gunung berkenaan.

Bagaimanapun, lapan daripada mereka mengambil keputusan berpatah balik dan menunggu di kaki gunung selepas menyedari hari semakin gelap, namun kumpulan berikutnya nekad meneruskan pendakian hingga ke puncak.


Seorang daripada mangsa, Ruzhaziq Mohd Zubir, 19, berkata, dia bersama rakan yang lain tiba di puncak gunung berkenaan pada jam 3 petang sebelum mengambil keputusan untuk turun selepas mendapati keadaan semakin gelap.


Menurutnya, ketika menuruni gunung, seorang daripada rakan mengalami kekejangan otot di kedua-dua lutut menyebabkan pergerakan mereka terbatas. “Pergerakan amat perlahan kerana rakan yang cedera itu terpaksa mengesot ketika menuruni kawasan curam.

“Malah, perjalanan turun dari puncak bertambah perlahan apabila seorang lagi rakan mengalami kecederaan sama,” katanya ketika ditemui Harian Metro selepas diselamatkan.


Ruzhaziq berkata, memandangkan keadaan semakin gelap, mereka terpaksa menghubungi rakan yang sudah tiba di kaki gunung bagi mendapatkan bantuan selepas dua rakan yang cedera tidak berupaya untuk berjalan lagi.

“Saya bersyukur dapat menuruni gunung dengan selamat selepas dibantu pihak berkuasa yang melakukan operasi menyelamat dan kejadian itu memberi pengajaran berguna kepada kami,” katanya.


Sementara itu, Komander Operasi, Bomba dan Penyelamat Zon Kuching, Sabaruddin Mohamad berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan kira-kira jam 8.01 malam dan mengerahkan 19 anggota ke lokasi kejadian.


Beliau berkata, operasi mencari dan menyelamat bermula kira-kira setengah jam kemudian dengan menggunakan trek pendakian di gunung berkenaan.


“Semua penuntut berkenaan ditemui jam 10.13 malam iaitu di ‘Point 7’ pada ketinggian 1,080 dari paras laut dan mangsa pertama tiba di kaki gunung pada jam 11.42 malam diikuti mangsa lain pada jam 12.15 tengah malam. “Dua penuntut yang cedera dibawa ke Hospital Umum Sarawak (HUS) menaiki ambulans Jabatan Pertahanan Awam Malaysia,” katanya.


Menurutnya, siasatan mendapati, kumpulan penuntut terbabit mendaki gunung tanpa sebarang kelengkapan termasuk lampu suluh, bekalan makanan selain tidak dikendalikan jurupandu arah.


Beliau berkata, operasi menyelamat itu turut disertai JPAM, Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (Rela) dan polis.
http://www.hmetro.com.my/myMetro/articl ... index_html
http://i.imgur.com/hgAh8.jpg
_________________
_________________

ezit
Pendaki Gunung
Posts: 20
Joined: 08 Jan 2012, 18:13

Re: Sejuk tujuh jam atas gunung

Post by ezit »

Pengajaran. Basic knowledge.
Benda yang mudah tak boleh diambil mudah. Betulkan saya jika saya salah.

1. Personal basic equipments (Head lamp/makanan rgn/lite windbreaker/pisau/ubat) mesti SENTIASA bawak even kita plan nak hike utk 1-2jam.
2. Pace vs time management sgt penting... utk day hike especially, set kan specific time utk sampai pd satu checkpoint atau puncak. Consider masa utk pulang and consider sebarang kemungkinan di tgh jalan.
3. Safety always come first.

ada beberapa kali jumpa budak2 naik Nuang, Dato pakai sliper and lenggang kangkong.Pastu turun lari2 mcm race. Maybe depa expect gunung rendah, dekat rumah.daytrip, amik mudah. Nampak remeh tp tak boleh buat remeh.Rasa nak marah je tengok, Tak kisah la kita ketua kadet polis ke, outward bound ke, athlet lari2 no 1 skolah ke, malang mmg tak berbau...tapi insyaalh boleh dielakkan.

Let the Nature be our teacher. Semoga kita semua terus di lindungi-Nya.
Don't think you have arrived just because you see the peak (RD, 1940)

User avatar
JeNaL
Pentadbiran
Posts: 1758
Joined: 27 Mar 2007, 16:07
Location: sri kembangan
Contact:

Re: Sejuk tujuh jam atas gunung

Post by JeNaL »

1. ni la padahnya under estimated
2. takde guide
3. bila takde guide tak leh estimate time dan
4. tak leh buat cut of time untuk berpatah balik
5. padah apabila tiada perancangan dan perngiraan risiko
--· ··- -· ··- -· --· --- -· ·-·· ·· -· ·
W a r i s a n K h a z a n a h P e r g u n u n g a n
·--- · -· ·- ·-··
Pentadbir GunungOnline
9W2WZL
http://jenal.multiply.com

User avatar
Luarpintu
Pendaki Gunung
Posts: 67
Joined: 16 Mar 2009, 20:18

Re: Sejuk tujuh jam atas gunung

Post by Luarpintu »

masa rescue tu lempang je sorang sekali hehehe...

User avatar
shah_1816
Pendaki Gunung
Posts: 146
Joined: 31 Jan 2011, 13:31

Re: Sejuk tujuh jam atas gunung

Post by shah_1816 »

Ni geng-geng main redah jer nih..xde planning pape pun..dia org nih nk buat mcm budak2 yg naik broga pakai selipar jepun, kasut tumit tinggi pun ade..ikut mane dan jer..kan dh mendapat padah nyer..

User avatar
seper4alif
Kerabat Gunung
Posts: 2100
Joined: 01 Jun 2006, 09:42
Location: gelanggang TokMeor
Contact:

Re: Sejuk tujuh jam atas gunung

Post by seper4alif »

dah boleh sampai puncak berjalan, mesti ada guide ye dak....
tapi klu nama guide mesti ada ilmu.... yang nih cam pelik plak
seper4alif
:::masuk tempat orang bawak otak bukan pisau:::
Image ImageImage

ezit
Pendaki Gunung
Posts: 20
Joined: 08 Jan 2012, 18:13

Re: Sejuk tujuh jam atas gunung

Post by ezit »

santubung takde gaid pun insyaalh boleh sampai sebab banyak signbod and trek clear, TETAPI byk jugak part2 yg bahaya, main tali2 and tangga. Silapnya, diorg over kompiden and under estimate itu gunung, dan amik mudah.
Don't think you have arrived just because you see the peak (RD, 1940)

User avatar
shahrul
Senator Gunung
Posts: 819
Joined: 25 Apr 2011, 08:21
Location: streets of uptown

Re: Sejuk tujuh jam atas gunung

Post by shahrul »

-student unimas ni.. amik peluang hiking masa cuti
-guide/kepala rombongan adalah student yg dah penah naik santubong
-makan tak cukup, nak hiking gunung yg amik masa 4-6 jam tapi makan roti aje time sarapan ..amboi
-diorang tak sesat, tapi kehabisan tenaga & injured
-perjalanan turun slow, terlajak sampai hari dah malam. tak bawak lampu pulak tu, maka terkandas
-bila dah tak larat & kandas, tekan panic button. datanglah bomba/jpa bagai

Image

http://jackdrpaskal.blogspot.com/2012/0 ... ubong.html
http://hummairah93.blogspot.com/2012/02 ... h-you.html

pesanan org tua2 takyahle tekan panic button 911 selagi ada daya usaha dulu melainkan betul2 emergency (nak mati, mati) barula panggil bantuan luar sbb lastly yg dapat hanyalah glamer masuk sokabar/tv

sekian buat renungan & pengajaran

(kes kat Endau-Rompin thn lepas yg 21 pelancong Singapore 'tersekat' kena angkut pakai heli pun best gak baca)
_________________
_________________

User avatar
shahrul
Senator Gunung
Posts: 819
Joined: 25 Apr 2011, 08:21
Location: streets of uptown

Re: Sejuk tujuh jam atas gunung

Post by shahrul »

_________________
_________________

User avatar
seper4alif
Kerabat Gunung
Posts: 2100
Joined: 01 Jun 2006, 09:42
Location: gelanggang TokMeor
Contact:

Re: Sejuk tujuh jam atas gunung

Post by seper4alif »

ezit wrote:santubung takde gaid pun insyaalh boleh sampai sebab banyak signbod and trek clear, TETAPI byk jugak part2 yg bahaya, main tali2 and tangga. Silapnya, diorg over kompiden and under estimate itu gunung, dan amik mudah.

hee hee jgn macamtuh encik.... jgn permudah kan benda yang tidak pasti..... mmg betul "insya'allah" jika di izinkan tuhan semua jalan pon atas ketentuan nya........ tapi sediakan payung sebelum hujan adalah terbaik...... setiap tempat di dunia ada penghuninya... zahir batin sume pon ada... klu org dari kampung anta masuk KL yang banyak signboard nih tanpa guide pon sesat gak heehehe

ape ape pon sediakan segala benda yang perlu... bukan susah nak fikir benda yang perlu... budak tabika pon tahu... dah kata masuk utan, mana ada TNB, mana ada KEDAI beger SEVEN e, line tipon pon nasib nasib jer.... sendiri join sendiri kena fikir.... klu takda kawan yg pro dalam hutan, just bukak Profeser madya datok dokter seri google... semua info pon ada dalam tuh kan kan kan
seper4alif
:::masuk tempat orang bawak otak bukan pisau:::
Image ImageImage

User avatar
azlinazaini
Pendaki Gunung
Posts: 61
Joined: 20 Feb 2009, 10:35
Location: kl
Contact:

Re: Sejuk tujuh jam atas gunung

Post by azlinazaini »

kesimpulannya... program basic camping amat perlu dilakukan di IPT, for new semester... terutama untuk pelajar2 baru masuk....

Tak kesahlah dorang suke2 ke apa.... asalkan mmg ada knowledge untuk setiap perkara yg dorang nak buat...hehhehe

Sekian...

Dr saya yg masih sekolah... :evil:

User avatar
seper4alif
Kerabat Gunung
Posts: 2100
Joined: 01 Jun 2006, 09:42
Location: gelanggang TokMeor
Contact:

Re: Sejuk tujuh jam atas gunung

Post by seper4alif »

yap... anyting.... wajib....
seper4alif
:::masuk tempat orang bawak otak bukan pisau:::
Image ImageImage

User avatar
JeNaL
Pentadbiran
Posts: 1758
Joined: 27 Mar 2007, 16:07
Location: sri kembangan
Contact:

Re: Sejuk tujuh jam atas gunung

Post by JeNaL »

ramai yg tak tau apa itu pengurusan risiko
--· ··- -· ··- -· --· --- -· ·-·· ·· -· ·
W a r i s a n K h a z a n a h P e r g u n u n g a n
·--- · -· ·- ·-··
Pentadbir GunungOnline
9W2WZL
http://jenal.multiply.com

User avatar
seper4alif
Kerabat Gunung
Posts: 2100
Joined: 01 Jun 2006, 09:42
Location: gelanggang TokMeor
Contact:

Re: Sejuk tujuh jam atas gunung

Post by seper4alif »

bila hidup tidak di bataskan dengan ugama... benda macamnih pasti berlaku.....
setiap perkara pasti ada batas nya baik mudah atau senang, mesti ada risiko.... jika asik fikir senang mmg akan jadi susah penghujung nya.....
seper4alif
:::masuk tempat orang bawak otak bukan pisau:::
Image ImageImage

kak ngah
Pendaki Gunung
Posts: 29
Joined: 02 Dec 2010, 17:12

Re: Sejuk tujuh jam atas gunung

Post by kak ngah »

org uni pandai2 kot..taktau bertanya takyah malu2,boleh buat panduan..underestimate gunung santubong tu.aku penah naik santubong tahun 1990an dulu,pastu skali lagi tahun 2008,dah lain trek nya etc.walau cemana org kata mudah nya mendaki gunung tu,jangan ambik mudah keselamatan.. adess..org tua cam aku kalau 4-6 jam makan roti je compom stress n pewai.

Post Reply