Page 1 of 1

kabar angin!pendaki hilang gng nuang sejak isnin 22/10/2012

Posted: 24 Oct 2012, 14:11
by azkramm
dari maklumat risikan..

khabar angin bertiup ada pendaki hilang/sesat di gunung nuang sejak isnin lalu ( 22/10/2012 ). Maklumat lanjut tak dapat dipastikan..

1. Siapa nama pendaki yang hilang
2. Group mana?
3. Dah keluar berita ke..suratkhabar ke..
4. Macam mana boleh hilang?

Warga gunung ada berita terkini? Bolehlah share

Sama sama kita doakan agar semuanya selamat

alfatihah..

Re: kabar angin!pendaki hilang gng nuang sejak isnin 22/10/2

Posted: 25 Oct 2012, 07:57
by shahrul
Lelaki sesat di Gunung Nuang ditemui
25/10/2012 3:35am

KUALA LUMPUR — Seorang pendaki, Faiz Wan Zahidi, yang sesat dan dipercayai hilang sejak Isnin lepas di Gunung Nuang, Hulu Langat ditemui oleh pasukan penyelamat pada 5.50 petang semalam.

Penolong Pengarah Operasi Bomba dan Penyelamat Selangor, Mohamad Sani Harul berkata, Faiz, 32, ditemui di atas gunung, tiga jam perjalanan dari kaki gunung oleh anggota bomba, dalam keadaan selamat dan stabil.

Beliau berkata, Faiz yang sesat ditemui dalam keadaan keletihan dan dua hari tidak makan.

"Mangsa kini dirawat di Hospital Ampang untuk rawatan susulan,” katanya kepada Bernama ketika dihubungi di sini.

Sani berkata, pendaki dari Bangi itu mendaki secara individu dan telah dihantar oleh rakannya ke sana pada Isnin lepas.

"Kehilangan mangsa hanya disedari oleh rakannya apabila seharian tidak pulang. Rakan mangsa cuba menghubunginya tetapi tidak dapat,” katanya.

Operasi menyelamat dimulakan pada 1 petang semalam sejurus menerima laporan dari pihak polis.

Turut membantu operasi mencari dan menyelamat ialah polis dan anggota Jabatan Pertahanan Awam (JPAM), keanggotaan keseluruhan melibatkan seramai 27 orang. — BERNAMA

http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.a ... =bt_01.htm

Re: kabar angin!pendaki hilang gng nuang sejak isnin 22/10/2

Posted: 25 Oct 2012, 07:59
by shahrul
alhamdulillah.. dah jumpa semula semasa dia sedang berusaha utk turun di antara kem pengasih - pacat..
jadikan pedoman dan iktibar dari kejadian ini.. wallahua'lam

Re: kabar angin!pendaki hilang gng nuang sejak isnin 22/10/2

Posted: 25 Oct 2012, 11:14
by ikan-lelumba
ni bukan kes sesat ni. ni kes kandas., mungkin tercedera masa mendaki & tkleh nk teruskan perjalanan balik..

Re: kabar angin!pendaki hilang gng nuang sejak isnin 22/10/2

Posted: 29 Nov 2012, 16:36
by kenoi
ikut info, dia naik sengsorang. apa tujuannya?

dah semestinya beliau tidak berdaftar di pejabat renjer Nuang sebab pihak renjer pasti akan wat rescue kalo pendaki tak balik dlm tempoh 24 jam (kalo daypack) atau tidak turun dlm tempoh yg dipohon pendaki...

Re: kabar angin!pendaki hilang gng nuang sejak isnin 22/10/2012

Posted: 25 Apr 2017, 15:43
by W0rldsex
chce grać w kasynie moszcz kasyn internetowych เกมสล็อต

Re: kabar angin!pendaki hilang gng nuang sejak isnin 22/10/2012

Posted: 13 Jun 2017, 23:36
by Panharith
hi eija nabila
i noe wat u did las samerrrrr :lol:


Goldenslot

Re: kabar angin!pendaki hilang gng nuang sejak isnin 22/10/2012

Posted: 20 Oct 2017, 00:45
by biNGai
hohhh..sape lak panharith ni?