berganti era

Berehat sekejap, khas untuk sembang kosong yang mana tidak berkaitan dengan aktiviti pergunungan

Moderator: matsaiko

User avatar
badek
Pendaki Gunung
Posts: 9
Joined: 15 Jul 2008, 22:32
Location: kluang, johor
Contact:

berganti era

Postby badek » 26 Jul 2017, 17:26

aku bukan power pun bab gunung ni. tapi, sekadar berdasarkan pemerhatian lah kan.

dulu, komuniti pendaki takdelah seramai sekarang. dulu lagi, ada je peserta, gogo dan guide buat silap. tapi, berdasarkan liputan yang limited, maka kisah tak dikecoh dengan skala 'khalayak ramai'.
dulu, mungkin peratusan trip 'rosak' jatuh pada 5 %. jadi, kalau ada 100 trip, baru 5 trip yang rosak. tapi, nak dapatkan senarai 100 trip dalam masa sebulan, bukan mudah rasanya. sebab komuniti tak besar.

sekarang,

komuniti makin besar. jangan cerita Kinabalu atau Tahan, gunung-gunung lain pun hampir setiap minggu ada pelawatnya. jadi, kalaukan peratus 5% tu masih kekal formula, sekarang ni nak ada 100 trip dalam dua bulan pun senang-senang ja. jadi, setiap dua bulan, ada 5 trip yang keputusannya adalah haru biru.

maka, persoalan,

apa yang kita buat untuk kurangkan peratusan ni?
jangan kedekut ilmu?
tanam sifat tanggungjawab untuk merekrut pendaki baru yang disematkan ilmu?

atau sekadar buat hal sendiri?
you'll never walk alone

Return to “Take-Five (Sembang kosong)”

Who is online

Users browsing this forum: No registered users and 2 guests

cron