
Fire Maple merupakan satu jenama baru yang diperkenalkan oleh sebuah syarikat di Zhejiang, China. Syarikat ini telah lama menjadi pengilang dan pembekal utama peralatan perkhemahan untuk jenama-jenama outdoor terkemuka dunia, termasuk Brunton, Optimus, Primus, Snow Peak dan sebagainya.
Kini syarikat ini sedang memasarkan produknya dibawah jenamanya sendiri Fire Maple.Com
Hasil dari evaluation ke atas sample yang ada, alatan Fire Maple ni mampu berfungsi sebagaimana brand mat salleh yang mendesignkan alatan tersebut, cuma dari segi finishing tu ada kurang seni sikit. Namun demikian, harganya yang amat ekonomikal telah mendorong minat saya untuk melawat kilang mereka di Zhejiang beberapa bulan lalu. Harga peralatan Fire Maple yang kompetitif serta mampu-milik ini diharap akan membuka peluang kepada penggiat outdoor, terutamanya bagi mereka yang baru berkecimpung, untuk membina koleksi peralatan yang berkualiti pada kos yang lebih rendah.

untuk makluman, semua peralatan pembakar seperti dapur dan lantern ni gunakan sambungan Lyndal untuk tangki bahan api butane yang dibekalkan oleh jenama utama seperti MSR, Snow Peak, Primus, Optimus, Brunton, Kovea dan lain-lain. Tetapi, Fire Maple juga turut menawarkan adapter FM-701 bagi membolehkan peralatan tersebut menggunakan katrij butane yang biasa di jual disini.

Sebagai pengedar Fire Maple, saya sempat membawa balik beberapa sampel produk untuk saya evaluate dan promote. So Untuk mereka yang berminat untuk membuat tempahan boleh hubungi saya melalui PM... dealer dan reseller juga dialu-alukan..
Cara Tempahan
Tempahan boleh dibuat mulai sekarang. Untuk membuat tmepahan, sila PM nama anda, alamat penghantaran dan no henpon bersama senarai produk yang ingin dibeli.
Pembayaran mesti dibuat menerusi Maybank2u atau mesin deposit tunai.
Penghantaran dibuat melalui Poslaju. atau kalau nak self pickup pun bole area Shah Alam/Subang..
Stok pertama akan tiba 2 minggu lagi.