Marmot Limelight2P+KarrimorPanther+DeuterMoonshine350 (SOLD)

Jual/beli peralatan rekreasi

Moderator: poncho

Locked
haziq
Pendaki Gunung
Posts: 43
Joined: 20 Dec 2010, 03:59

Marmot Limelight2P+KarrimorPanther+DeuterMoonshine350 (SOLD)

Post by haziq » 27 Aug 2012, 10:25

Kehadapan warga GO, ni batch last item-item utk saya tolak (mintak maap sbb tak dpt include kan sekali kat post yang lagi satu - baru dpt amik gamba ni haa.. ).. sumpah, ni yg last :oops:

Item-itemnya:
1. Khemah Marmot Limelight 2P + FREE Exped Airmat 7.5
2. Beg Karrimor Panther 60-70 SA Superwick
3. Sleeping bag Deuter Moonshine 350

Semuanya condition masih sangat bagus. Nak jual sebab item2 ni telah/mahu diupgrade kpd model yg lebih up..

1. Khemah Marmot Limelight 2P + Free Exped Airmat 7.5
Image
Image
Khemah ni 3 season punya tent, dah sangat sesuai utk dua orang. Kalau 3 orang memang merepek la kalau nak muat buat tido ngan selesa, kalau sorang memang macam tido hotel (pandangan/pengalaman peribadi).. Setup memang simple dan cepat: boleh dipasang sorang2 je tanpa bantuan. Pengalaman: pernah pakai masa very high wind (nak jalan pun kene struggle time tu, angin kuat sangat - tapi alhamdulilah dia tetap bertahan); pernah pakai masa mild winter; selalu pakai kat hutan hujan malaysia ni..
Antum boleh check website dia utk details + review: http://marmot.com/products/limelight_2p
Harga market sekarang: RM1000 ke atas
a. Website Marmot: $219 (RM684 tak termasuk shipping.masalahnya kita tak boleh beli direct dari website dia. Kene beli dr retailers..) http://marmot.com/products/limelight_2p
c. Kat Malaysia: tak pasti la ada ke tak.. mcm tak pernah nampak..
Harga nak dijual: RM290 + FREE used Exped Airmat 7.5 (harga kat amazon skrg RM238 tak masuk shipping). Kalau dlm gambar ni yg warna biru kat dlm khemah:

Image
Website Exped: http://beta.backcountry.com/exped-airma ... erralID=NA

2. Karrimor Panther 60-70 SA Superwick
Image
Beg ni telah aku torture sejak tahun 2005, tapi conditionnya masih bagus. Kalau aku tak de angkat beg baru mmg aku pakai lagi beg ni.. Takde koyak/benang tanggal/strap putus/zip atau buckle yg rosak langsung.. Semua strap/buckle mmg masih yg asal.
Harga market sekarang: aku pun tak tahu. mcm dah tak de je..
Harga nak jual: RM70

3. Sleeping bag Deuter Moonshine 350
Image
Sleeping bag ni rated comfort +5 deg celcius. Fill nya goose down, tapi selamba je aku pakai masa buat trans TT hujan tak henti2 (kalau pandai jaga dalam backpack tak kasi basah ok je, insya allah).. aku pernah rely dgn SB ni aje berbulan2 masa mild winter. banyak jasa SB ni kat aku.. Nak tolak sebab dh jumpa SB yg lg bes dari nih..
Harga market sekarang: entah.. cuba2 search tapi tak jumpa dah model ni.
Harga nak jual: RM90 (Ok kot rege ni. Kalau kat Tesco tu SB Coleman Sunrise pun boleh cecah RM90)

Detail2 semua item:

1. Khemah Marmot Limelight 2P
Image
Kapasiti: 2 orang
Berat minimum: 2.0kg
Berat maksimum: 2.3kg
Luas tapak: 2.97 m2
Packed size: 45cm x18cm
Bil. pole: 2
Kaler: Pale Pumpkin/Terra cotta

Nak pasang senang je. Mula2 bentangkan khemahnya:
Image
Lepas tu amik pole khemahnya:
Image
Pole nye ada dua je. Dia dah siap2 silangkan kat tengah. Pole section nya dah disambungkan dgn elastic cord utk mudahkan/cepatkan proses kita pasang:
Image
Dia kat setiap 4 penjuru khemah tu ada grommet. Align kan aje pole tu macam ni:
Image
Bila setiap hujung pole tu kita masukkan dalam grommet khemah dia naik la jd mcm ni:
Image
Lepas tu main snap2 je khemahnya pada poles. gile senang:
Image
Bila dah siap snapkan semuanya, amik lagi satu section pole (pendek) utk bahagian atap. Hujungnya sambungkan pd khemah, snap2 kan jugak:
Image
So jadi lah dia mcm ni:
Image
Ni lah bahagian dalam nya. kalau tak hujan pakai ni je sudah.. Pintunya boleh gulung elok2 ke lantai, kat tepi kiri-kanan pintu ada meshing tempat buat tempat letak barang:
Image
Luas jugak lah utk 2 orang. Kat tepi boleh susun barang sikit:
Image
Flynya dipasang dgn cara snap kan aje kat setiap penjuru khemah. Nak extra strength kene kasi stake la.. Stake kan bahagian depan mcm ni:
Image
Jadi kita ada extra buffer utk tempias hujan dr depan. Bahagian depan pakai zip, bawahnya boleh buat letak tempat beg/gear2 basah masa hujan (dia panggil vestibule):
Image
Bahagian belakang pun sama, stake kan ke tanah:
Image
Part atasnya boleh bukak sikit utk ventilation:
Image
Basically ni lah parts utk khemah ni:
Image
- 10xstake
- 4xtali
- 3xplastic extension utk sambung tali
- 2xpole yg dah dismbg kat tgh
- 1xpole pendek utk bhg atap
- 2 section pendek utk sambungan emergency kalau pole patah
- 1 ground sheet sil-nylon kasi extra waterproofing lantai (dalam beg kat sebelah bwh tu..)

Wear and tear
Image
Ni close-up tingkap kat bahagian vestibule tu.. Dulu dia pernah tercabut. Lepas check2 baru perasan kilang Marmot cuma letak sikit je adhesive kat bahagian tingkap tu. memang la jadi lauk bila kene siram je kat hutan ujan malaysia ni. so lepas tu aku gamkan pakai epoxy kasi waterproof balik. sedar2 je aku terpakai hard steel epoxy kaler itam rupanya, tu yg nampak comot2 tu, haha.. tapi sejak ari tu tak pernah tanggal balik la. dah fully waterproof balik. yang slacknya kalau tengok dekat2 nampak la comotnya, tapi kalau dari jauh tak perasan, hehe.. Kalau boleh abaikan sedikit kecomoton ni, khemah ni masih perfect in every single way.. :wink:
Image
Lupa lak cakap: Aku nak tolak ni sebab aku dah upgrade ke 1-man shelter yg lebih sesuai kat aku memandangkan sekarang ni biasa solo-hike je. Lain la kalau dah ade bini, memang sesuai sngt la kot khemah ni.. Tolak bukan sebab kualiti eh? Kualiti mmg terbaik. Karang aku dah kawin mmg nyesal la tolak khemah ni, haha..

Packing:
Image
Yang atas khemah, yang belah bawah tu Exped AirMat 7.5 setelah di pack..

2. Karrimor Panther 60-70 SA Superwick
Image
Volume: 60-70L
Ada Rain cover yg asal (kaler itam, lupe lak nak amik gambar)

Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image

Wear and tear:
Ada comot2 sikit bekas2 tanah. Boleh aje dibersihkan. Aku tak berapa rajin la skrg ni, hehe.

3. Deuter Moonshine 350
Image
Fill: Goose down 90/10
Fill Weight: 350g
Fill Power: 650 cu.in.
Temp. Range: +5°C +‐0°C ‐15°C
Dimension: 80x220cm
Max User Height: 200cm
Outer Fabric: 260T‐Nylon Tactel RipStop
Lining: 260T‐Nylon Tactel RipStop
Pack size: 17x36cm
Total Weight: 1kg
Condition: 9/10

Image
Come with compression stuff sack. Bile di compress jadi besar ni:
Image
Dia ada bagi storage sack utk simpan SB kat rumah bila tak nak guna:
Image
Image
Image

RECAP balik harga nak di jual:

1. Khemah Marmot Limelight 2P sahaja: RM290 + FREE used Exped AirMat 7.4 (worth RM238++)
2. Beg Karrimor Panther 60-70 sahaja: RM70
3. Sleeping bag Deuter Moonshine 350 sahaja: RM90
4. Borong semua: RM400 (jimat RM50)

COD area Klang, Shah Alam.
Kalau minat sila PM utk proses seterusnya eh?

TQ :)

User avatar
burningredberry
Pendaki Gunung
Posts: 44
Joined: 04 May 2011, 09:43
Location: Balakong
Contact:

Re: [WTS] Marmot Limelight2P+Karrimor Panther+DeuterMoonshin

Post by burningredberry » 27 Aug 2012, 13:46

en haziq

saya minat beg tu la, betul ke rm70?
cod shah alam kat mana?
Nature.is.the.art.of.God | "Aim for the moon, at least you'll fall among stars"
Image Image

haziq
Pendaki Gunung
Posts: 43
Joined: 20 Dec 2010, 03:59

Re: [WTS] Marmot Limelight2P+Karrimor Panther+DeuterMoonshin

Post by haziq » 27 Aug 2012, 14:19

Perhatian:

Item 2. Karrimor Panther 60-70 dah ada buyer. Kalau beliau time COD malam ni tak jadi amik, will go to the next buyer in line..
en haziq

saya minat beg tu la, betul ke rm70?
cod shah alam kat mana?
dh beratur2 buyer queue in-line la bro. x de rezeki kot rasanya..

ikan-lelumba
Pendaki Gunung
Posts: 62
Joined: 21 Aug 2011, 21:07

Re: [WTS] Marmot Limelight2P+Karrimor Panther+DeuterMoonshin

Post by ikan-lelumba » 27 Aug 2012, 17:47

sleeping bag tu dah ade org booking ke.

haziq
Pendaki Gunung
Posts: 43
Joined: 20 Dec 2010, 03:59

Re: [WTS] Marmot Limelight2P+Karrimor Panther+DeuterMoonshin

Post by haziq » 27 Aug 2012, 18:27

sleeping bag tu dah ade org booking ke.
Belum.

haziq
Pendaki Gunung
Posts: 43
Joined: 20 Dec 2010, 03:59

Re: [WTS] Marmot Limelight2P+Karrimor Panther+DeuterMoonshin

Post by haziq » 27 Aug 2012, 21:37

PERHATIAN:

Karrimor Panther 60-70: SOLD!


Yang tinggal:

1. Khemah Marmot Limelight 2P + FREE Exped Airmat7.5 = RM290
2. Sleeping bag Deuter Moonshine 350 = RM90

User avatar
hahahoho_hei
Pendaki Gunung
Posts: 10
Joined: 31 May 2012, 21:45
Location: jerantut, gambang

Re: [WTS] Marmot Limelight2P+Karrimor Panther+DeuterMoonshin

Post by hahahoho_hei » 28 Aug 2012, 02:15

sleeping bag deuter tu inbox best price ;)
(maaf la kalau agak keterlaluan mintak murah lagi...hehe)

haziq
Pendaki Gunung
Posts: 43
Joined: 20 Dec 2010, 03:59

[SOLD] Marmot Limelight2P+Karrimor Panther+DeuterMoonshine35

Post by haziq » 28 Aug 2012, 22:26

PERHATIAN:

SEMUA item telah dijual.
Terima Kasih...

User avatar
biNGai
Kerabat Gunung
Posts: 3216
Joined: 19 Dec 2005, 13:18

Re: [WTS] Marmot Limelight2P+Karrimor Panther+DeuterMoonshin

Post by biNGai » 29 Aug 2012, 04:52

sume sold out? deemmmm..

(mood hampaaa)
M.A.L.A.S - Copyright © 2003-2009. All rights reserved.
"Demi langit beserta seluruh binaannya, Demi bumi serta yang ada di hamparannya, Demi jiwa dan seluruh penyempurnaannya.."

Locked