SIMPULAN2 BERGUNA

Perbincangan teknikal dan tektikal kumpulan sokongan
User avatar
nizran
Pendaki Tegar
Posts: 205
Joined: 22 Aug 2006, 01:52
Location: belakang pokok..
Contact:

SIMPULAN2 BERGUNA

Post by nizran »

topik nie dah ada sebelum nie, nie saya up yg mana dalam silibus Pengakap Kanak-kanak yg amat berguna..


SIMPULAN BUKU SILA

Image

1. menyambungkan dua tali yang sama besar.
2. mengikat bungkusan,
3. mengikat atau mematikan anduh.
mane satu belakang pokok???
Image

User avatar
nizran
Pendaki Tegar
Posts: 205
Joined: 22 Aug 2006, 01:52
Location: belakang pokok..
Contact:

Post by nizran »

Tindih Kasih

1. Untuk Menyelamatkan orang di dalam kecemasan ( menaikkan atau menurunkan orang )
2. Mengikat atau menarik kayu


Image

Image
mane satu belakang pokok???
Image

User avatar
nizran
Pendaki Tegar
Posts: 205
Joined: 22 Aug 2006, 01:52
Location: belakang pokok..
Contact:

Post by nizran »

Bunga Geti / Bunga Keti

simpulan ini digunakan untuk menyambung dua tali yang tidak sama besar. ianya juga di gunakan untuk menyambungkan penjuru kain dengan tali seperti mengikat bendera dengan tali.

Image

Image
mane satu belakang pokok???
Image

User avatar
nizran
Pendaki Tegar
Posts: 205
Joined: 22 Aug 2006, 01:52
Location: belakang pokok..
Contact:

Post by nizran »

Simpul Manuk atau Clove Hitch di gunakan untuk:
1. mengikat tali pada batang
2. mengikat tail sampan atau bot semasa berlabuh
3. mengikat khemah pada tiang kayu
4. memulakan ikatan pada kayu.

Image

Image

Image
mane satu belakang pokok???
Image

User avatar
nizran
Pendaki Tegar
Posts: 205
Joined: 22 Aug 2006, 01:52
Location: belakang pokok..
Contact:

Post by nizran »

Simpul Belit atau Two Half Hitch

untuk mengikat tali pada tiang/kayu.

Image
mane satu belakang pokok???
Image

User avatar
nizran
Pendaki Tegar
Posts: 205
Joined: 22 Aug 2006, 01:52
Location: belakang pokok..
Contact:

Post by nizran »

BERIKUT ADALAH DARI SILIBUS PENGAKAP MUDA DAN REMAJA... MANA YG BERMANFAAT JE SAYA AMBIK...

SIMPUL HIMPIT

Digunakan untuk: menyambung dua tali yang sama besar atau sama licin.
ianya kerap digunakan oleh pemancing ikan untuk menyambung tali pancing.

Image
mane satu belakang pokok???
Image

User avatar
nizran
Pendaki Tegar
Posts: 205
Joined: 22 Aug 2006, 01:52
Location: belakang pokok..
Contact:

Post by nizran »

SIMPUL PULIH/sheep shank

1.digunakan untuk memendekkan tali tanpa memotong tali tersebut.
2. mengukuhkan bahagian tali yang tidak kuat/rosak.

Image

Image
mane satu belakang pokok???
Image

User avatar
nizran
Pendaki Tegar
Posts: 205
Joined: 22 Aug 2006, 01:52
Location: belakang pokok..
Contact:

Post by nizran »

BUNGA GETI BERGANDA / DOUBLE SHEET BEND

Digunakan untuk menyambungkan dua tali yang tidak sama besar.
ianya lebih selamat berbanding bunga geti biasa.

Image

Image
mane satu belakang pokok???
Image

User avatar
nizran
Pendaki Tegar
Posts: 205
Joined: 22 Aug 2006, 01:52
Location: belakang pokok..
Contact:

Post by nizran »

LILIT BALAK / TIMBER HITCH

:D UNTUK MENGIKAT TALI PADA SEBATANG KAYU ATAU PADA POKOK.
:D JUGA DI GUNAKAN UNTUK MENARIK KAYU.
* ADALAH LEBIH BAIK UNTUK MEMASTIKAN SEKURANG-KURANGNYA 3 LILITAN YANG DIBUAT.
* JUGA DI TAMBAH DENGAN SATU LILITAN DI HUJUNGNYA SEPERTI CONTOH DI BAWAH.

Image

Image

lilit balak biasa

Image

Image
mane satu belakang pokok???
Image

User avatar
nizran
Pendaki Tegar
Posts: 205
Joined: 22 Aug 2006, 01:52
Location: belakang pokok..
Contact:

Post by nizran »

LILIT TAUT LINE

ADALAH SATU LILITAN YANG DI BUAT PADA LUBANG ATAU KAYU SEPERTI MENGIKAT KAYU PANCANG DENGAN KHEMAH.
IANYA BOLEH DI LURUTKAN DENGAN MUDAH, UNTUK MENGURANGKAN KETEGANGAN TALI.

Image

Image

Image
mane satu belakang pokok???
Image

User avatar
nizran
Pendaki Tegar
Posts: 205
Joined: 22 Aug 2006, 01:52
Location: belakang pokok..
Contact:

Post by nizran »

IKATAN SERAYA / SQUARE LASHING

digunakan untuk menyambungkan dua batang kayu.

Image

Image
ikatan ini dimulakan dengan simpul manuk..

Image
untuk lebih kemas, tali yang berlebihan akan di suruk engan membuat lilitan. lilitan ini juga bertujuan untuk mengukuhkan bahagian yang terkena dengan lilitan ini.

Image

Image

Image
perhatikan cara yg sebenar melilit kayu di lakukan,

Image

Image
ikatan ini akan di matikan dengan simpul manuk.

( sila pelajari bahagian ini dengan tunjuk ajar dari guru )
mane satu belakang pokok???
Image

User avatar
nizran
Pendaki Tegar
Posts: 205
Joined: 22 Aug 2006, 01:52
Location: belakang pokok..
Contact:

Post by nizran »

IKATAN SERONG / DIAGONAL LASHING

DIGUNAKAN UNTUK MENGIKAT DUA KAYU YANG BERKUDUDUKAN SERONG DARI PARAS BUMI...

Image
IKATAN INI DIMULAKAN DENGAN LILITBALAK.

Image

Image

Image

Image
Image
Image
Image
Image
Image
mane satu belakang pokok???
Image

User avatar
nizran
Pendaki Tegar
Posts: 205
Joined: 22 Aug 2006, 01:52
Location: belakang pokok..
Contact:

Post by nizran »

1. Tindih Kasih Berganda / Bowline On A Bight.

Simpulan ini antara lain kegunaannya adalah untuk membuat satu gelungan yang lebih kukuh bagi menarik, menaikkan dan atau menurunkan orang dari tempat yang tinggi atau sebaliknya.
Dua gelungan yg tidak mencerut amat berguna bagi aktiviti2 yg menggunakan carabiner. tindih kasih juga boleh di buat sehingga mempunyai 3 "loop" bagi keselamatan tambahan.

berikut adalah cara untuk membuatnya:

Image

langkah 1.

Image


langkah 2

Image

langkah 3
Image

langkah 4

Image

langkah 5.

Image


langkah6.

Image

sekiranya ada apa2 pertambahan, sila tambah je ye...
mane satu belakang pokok???
Image

User avatar
orga
Senator Gunung
Posts: 2088
Joined: 05 Dec 2005, 22:09
Location: n9 & melaka
Contact:

Post by orga »

fuyoo tali bole idup2 seh..
best2..baru senang nk nampok..
ImageImageImage

kambinggurun
Senator Gunung
Posts: 557
Joined: 26 Jan 2006, 23:01
Location: gua kayu batu
Contact:

Post by kambinggurun »

nizran,

bleh upkan gambo silang tungku silang gunting lilit kacang? kalo ade la..

basic untuk wat bivouac ni (pakai seraya pun dah ok, ni kira optional),
boleh juga untuk wat ape2 je yang sesuai ngan kekreatifan otak..

gue takde la gambo2 nih..
kalo dapat yg gerak2 lagi cun nizran!!! :evil:
::SRC-Total Outdoor::

User avatar
orga
Senator Gunung
Posts: 2088
Joined: 05 Dec 2005, 22:09
Location: n9 & melaka
Contact:

Post by orga »

kambinggurun wrote:nizran,

bleh upkan gambo silang tungku silang gunting lilit kacang? kalo ade la..

basic untuk wat bivouac ni (pakai seraya pun dah ok, ni kira optional),
boleh juga untuk wat ape2 je yang sesuai ngan kekreatifan otak..

gue takde la gambo2 nih..
kalo dapat yg gerak2 lagi cun nizran!!! :evil:
KG..ni simpul hape ni..pelik2 nye..
ye la mane la tau ngan kekreatifan..
nnt bole upgrade jd silang gunting lilit kacang bersalut coklat la plak kan..
ada kasi up la bro eh..
ImageImageImage

kambinggurun
Senator Gunung
Posts: 557
Joined: 26 Jan 2006, 23:01
Location: gua kayu batu
Contact:

Post by kambinggurun »

tiga jenis ikatan tu bro orga...

silang tungku, silang gunting, lilit kacang..

tadi tak sempat nak letak koma, maklum la menaip laju macam kilometrico tulis..."beribu ribu perkataan"
::SRC-Total Outdoor::

User avatar
nizran
Pendaki Tegar
Posts: 205
Joined: 22 Aug 2006, 01:52
Location: belakang pokok..
Contact:

Post by nizran »

kambinggurun wrote:tiga jenis ikatan tu bro orga...

silang tungku, silang gunting, lilit kacang..

tadi tak sempat nak letak koma, maklum la menaip laju macam kilometrico tulis..."beribu ribu perkataan"
silang gunting ngan lilit kacang saya takde gambo gerak2, scanner lak rosak..
silang tungku, lebey kureng sama ngan silang gunting, tapi idea die, silang gunting lebey kepada 2 kayu ( nak buat tiang bendera yg tinggi guna beberapa kayu yg pendek ). silang tungku guna 3 kayu serentak utk buat tripod... mmm... tul kan?

tapi saya nye silang gunting pelik sikit, guna manuk sahaja....

pasal bivy tu, semua simpulan di atas, leh membantu, tetapi leh tambah lilit kekacang atau lilit ular utk buat atap..

bivy ni rasanya semua dah penah merasa nie, pasti tau apa perlu di lakukan, paling simple kasi ikat itu hammock... tido.....

abg bett penah kata pasal perlunya tunjuk simpulan utk ikat hammock, kini, saya tengok budak2 pakai hammock pun tali tak betul.. simpulan utk hammock nie .... arrrghhhh... takde kamera!!!!!
mane satu belakang pokok???
Image

User avatar
JeNaL
Pentadbiran
Posts: 1758
Joined: 27 Mar 2007, 16:07
Location: sri kembangan
Contact:

Post by JeNaL »

Nizran,

Adakah semua ikatan sesuai untuk semua jenis tali dan saiznya yang berbeza

kambinggurun
Senator Gunung
Posts: 557
Joined: 26 Jan 2006, 23:01
Location: gua kayu batu
Contact:

Post by kambinggurun »

orca wrote:Nizran,

Adakah semua ikatan sesuai untuk semua jenis tali dan saiznya yang berbeza
jenis tali sepengetahuan aku takde masalh time nak apply ikatan/simpulan nih..cume kene ambik perhatian kat tali2 licin la, ade kernmantel yang jenis licin (tgk material ape).. tp still bleh gune ikatan/simpulan nih..cume cara mematikan ikatan/simpulan tu yang perlu diambil perhatian..gune simpul ibu jari boleh atau ikatan yang bleh clampkan tali, kasi tak gerak. aku salu gune teknik yang hampir menyamai fisherman knot tp takde nama, or aku tatau nama dia. hehehe.

pada aku, saiz tali untuk mengikat tu tak kesah, cuma kene la tengok kite nak ikat ape..untuk tujuan ape..

untuk kes penyambungan tali, ade ikatan/simpulan yang bleh guna tali berbeza saiz, ade jugak ikatan yang kene guna tali sama saiz.

contoh:

-buku sila/reef knot guna tali sama saiz.
-simpul himpit/fisherman knot guna tali sama saiz.
-simpul bunga geti/sheet bend bleh guna tali sama saiz dan jugak tali berbeza saiz.

kalo ada salah sila betolkan ye kawan2..aku pun bukan tau sangat nih..
::SRC-Total Outdoor::

User avatar
poncho
Senator Gunung
Posts: 1890
Joined: 05 Dec 2005, 15:59
Location: southern
Contact:

Post by poncho »

nizran wrote:BERIKUT ADALAH DARI SILIBUS PENGAKAP MUDA DAN REMAJA... MANA YG BERMANFAAT JE SAYA AMBIK...

SIMPUL HIMPIT

Digunakan untuk: menyambung dua tali yang sama besar atau sama licin.
ianya kerap digunakan oleh pemancing ikan untuk menyambung tali pancing.

Image
bagi yang tak biase dgr, inilah yang mat saleh gelar sebagai The Fisherman Knot


Nizran bro..best lah, teringat zaman scout. kena test sampai 30 ikatan. hahaha. thanks for sharing
if a tree falls in the woods... do all the other trees laugh at it?

Image Mounthopper

Freelance
Senator Gunung
Posts: 1355
Joined: 06 Dec 2005, 13:16
Location: Kuala Lumpur

Post by Freelance »

Poncho... sayalak time kena test... bila coach ckp buat ikatan tali jenis ni jenis tu... hehehe.. dah confuse dah.sbb byk sgt jenis ikatan dan simpulan2 tali..tau wat..tapi bercelaru kepala otak tak tau mana satu ikatan tali yang patut ditunjukkan ....hahaha!!!! asyik fail je....

User avatar
poncho
Senator Gunung
Posts: 1890
Joined: 05 Dec 2005, 15:59
Location: southern
Contact:

Post by poncho »

Freelance wrote:Poncho... sayalak time kena test... bila coach ckp buat ikatan tali jenis ni jenis tu... hehehe.. dah confuse dah.sbb byk sgt jenis ikatan dan simpulan2 tali..tau wat..tapi bercelaru kepala otak tak tau mana satu ikatan tali yang patut ditunjukkan ....hahaha!!!! asyik fail je....
miahahaha
kalo situasi agak serabut dan panik smpai mcm tu, ade 1 ikatan yang paling sempoi dan slalu dijadikan simpulan untuk melepaskan diri (utk lulus ujian biasanya) - tak lain tak bukan simpulan/ikatan Ibu Jari (Thumb Knot)! kacang gilak. ramai lulus sbb simpulan nih. dalam mimpi pun bleh buat..hohohoh
if a tree falls in the woods... do all the other trees laugh at it?

Image Mounthopper

kambinggurun
Senator Gunung
Posts: 557
Joined: 26 Jan 2006, 23:01
Location: gua kayu batu
Contact:

Post by kambinggurun »

salah satu penggunaan thumb knot/simpul ibu jari nih, buat stopper untuk aktiviti abseil. stopper nih letak kat hujung bawah tali abseil tuh..tp aku tak penah apply pon..tau teori jek.. kalo guna satu thumb knot utk wat stopper agak risky la, sbb kalo ujung dia pendek ujung tu bleh slip, kalo ujung dia panjang ok la..

thumb knot tu asas kepada fisherman knot/simpul himpit.

kalo salah tolong betolkan, aku tau dalam ni ramai otai tali..
::SRC-Total Outdoor::

Freelance
Senator Gunung
Posts: 1355
Joined: 06 Dec 2005, 13:16
Location: Kuala Lumpur

Post by Freelance »

[miahahaha
kalo situasi agak serabut dan panik smpai mcm tu, ade 1 ikatan yang paling sempoi dan slalu dijadikan simpulan untuk melepaskan diri (utk lulus ujian biasanya) - tak lain tak bukan simpulan/ikatan Ibu Jari (Thumb Knot)! kacang gilak. ramai lulus sbb simpulan nih. dalam mimpi pun bleh buat..hohohoh
poncho...dulu saya mahir wat jerat je..dulu kitaorg kena test solo camp...masing2 kena wat jerat... aqu wat jerat ayam hutan je ..paling sempoi. :lol: ada member lagi best wat jerat melayang atas kepala..mau wat dajal..kasik ikat batang kayu besar... datang dek coach wat spotcheck.. terpijak perangkap.. melayang kayu besar kena kt dahi coach... apalagas... berpinar2 kepala coach keluar bintang-bintang.nak marah tak boleh... sbb jerat tu dah kira menjadi lah... hahaha!!!!

User avatar
poncho
Senator Gunung
Posts: 1890
Joined: 05 Dec 2005, 15:59
Location: southern
Contact:

Post by poncho »

Freelance wrote:poncho...dulu saya mahir wat jerat je..dulu kitaorg kena test solo camp...masing2 kena wat jerat... aqu wat jerat ayam hutan je ..paling sempoi. :lol: ada member lagi best wat jerat melayang atas kepala..mau wat dajal..kasik ikat batang kayu besar... datang dek coach wat spotcheck.. terpijak perangkap.. melayang kayu besar kena kt dahi coach... apalagas... berpinar2 kepala coach keluar bintang-bintang.nak marah tak boleh... sbb jerat tu dah kira menjadi lah... hahaha!!!!
hahaha..walaupun korang punya perangai mcm setan tapi sbb dapat praktikkan dgn baik ilmu tuh, siape pun mesti hilang idea nak marah. sama aa kitaorang dulu, nak praktikkan untuk kebaikan (buat gadjet atau display sample) memang takde tapi pasal buat dajal memang mantap! hohohoh

Hilmi,
stopper tuh kena ikut tinggi kan? agaknya mmg sepatutnya ujung tu panjang sket. ade allowance sikit utk back-up nnt
if a tree falls in the woods... do all the other trees laugh at it?

Image Mounthopper

kambinggurun
Senator Gunung
Posts: 557
Joined: 26 Jan 2006, 23:01
Location: gua kayu batu
Contact:

Post by kambinggurun »

stopper kene ikut tinggi?? tak paham.

maksud ko kedudukan stopper tu pada paras kepala orang ke?

aku tak penah pon pakai stopper nih.

tau teori jek..
::SRC-Total Outdoor::

User avatar
poncho
Senator Gunung
Posts: 1890
Joined: 05 Dec 2005, 15:59
Location: southern
Contact:

Post by poncho »

bukan. kira ikut tinggi dinding/vertical yang kita nak absail tu lah. kira jangan ngam-ngam aa. tapi jangan plak terlebih sampai stopper tu tak function plak kan? bukan ikut tinggi orang..sori, salah info kot
if a tree falls in the woods... do all the other trees laugh at it?

Image Mounthopper

User avatar
rembau
Pemegang Amanah GO
Posts: 1394
Joined: 06 Dec 2005, 08:41

Post by rembau »

entah yang aku tau bila tali tu tak cukup panjang so kena buat second anchor atau turun ikut tali lain ...ikatan ini kira buffer zone sebelum fig 8 terlepas....dan sebagai stopper (fig 8 knot)
Dan Kami jadikan di bumi gunung-ganang yang menetapnya, supaya bumi itu tidak menggegar mereka; dan Kami jadikan di celah-celahnya jalan-jalan laluan, supaya mereka mendapat petunjuk.(Surah Al-Anbiyaa':31)

kambinggurun
Senator Gunung
Posts: 557
Joined: 26 Jan 2006, 23:01
Location: gua kayu batu
Contact:

Post by kambinggurun »

prinsipnye pakai stopper bila takde safety man/belayer kat bawah..

tujuan stopper mcm rembau ckp a, nak sekat pergerakn orang yang abseil pada tinggi tertentu yang ditetapkan sendiri sebelum abseil, tak kesah la sbb nak tukar anchor ke, sbb sbg safety tool untuk stop kan orang abseil dari tergedebik ke tanah ke..pelbagai la sbb penggunaan stopper nih.. aku pon tatau sgt..

pada ikatan tertentu kene jugak pakai stopper atau lebih kepada mematikan ikatan.

contohnye buat anchor abseil pakai manuk, kalo tak dimatikan, bleh menyebabkan manuk tu gagal, terutamanye pada manuk yang ujungnye pendek.. aku penah eksperimen manuk tanpa stopper, ujung dia mudah loose..so matikan la pakai thumb knot ke half fisherman knot ke pape la lagi..

kalo salah tolong betolkan ye, aku sekadar beri pendapat je..

p/s: aiyoh kite dah masuk bab abseil nih, ok ke?? mcm off topic je nih...
::SRC-Total Outdoor::

User avatar
JeNaL
Pentadbiran
Posts: 1758
Joined: 27 Mar 2007, 16:07
Location: sri kembangan
Contact:

Post by JeNaL »

KG, ok la tu..... kadang-kadang kita kalau relate simpulan kepada penggunaan tali kepada yg selalu digunakan tu lagi bagus....

hehehe kalu rockclimbing pun brape sgt simpulan yg digunakan...

kambinggurun
Senator Gunung
Posts: 557
Joined: 26 Jan 2006, 23:01
Location: gua kayu batu
Contact:

Post by kambinggurun »

orca wrote:KG, ok la tu..... kadang-kadang kita kalau relate simpulan kepada penggunaan tali kepada yg selalu digunakan tu lagi bagus....

hehehe kalu rockclimbing pun brape sgt simpulan yg digunakan...
itu rock climbing kene suh champ buat tutorial la.. bukak topic..
::SRC-Total Outdoor::

kambinggurun
Senator Gunung
Posts: 557
Joined: 26 Jan 2006, 23:01
Location: gua kayu batu
Contact:

Post by kambinggurun »

"kenape perlu belajar ikatan? kalo ikatan hentam keromo pun bleh je set up kemsait?"

salu gak member2 aku tanye mcm ni.. well, pada aku;

-untuk jimat tali.
-ikatan/simpulan tu dah proven kualiti dia, entah berapa ratus taun dah orang gune agaknye..so lebih konfiden, takde la buat keje 2 3 kali kalo ikatan (hentam keromo) kite gagal.
-nanti nak bukak balik senang, takde la nak potong2 pakai parang ke ape ke..salu sgt kat kemsait ade peninggalan tali temali ni..
::SRC-Total Outdoor::

User avatar
JeNaL
Pentadbiran
Posts: 1758
Joined: 27 Mar 2007, 16:07
Location: sri kembangan
Contact:

Post by JeNaL »

biasanya la kan kalu afdal, brape panjang tali kita bawa kalau kita nak bawa masa xtvt panjat gunung ni....

User avatar
nizran
Pendaki Tegar
Posts: 205
Joined: 22 Aug 2006, 01:52
Location: belakang pokok..
Contact:

Post by nizran »

wah, nie dah sampai topik abseiling lak nie.. mmm, agak2, perlu ke nak tambah simpulan italian hitch ngan double clove hitch atau butterfly knot ngan triple loop bowline? asalnya saya up lebih utk kegunaan bivy ngan static camp je...
mane satu belakang pokok???
Image

User avatar
ryu_kyo
Senator Gunung
Posts: 251
Joined: 21 Aug 2006, 16:04
Location: JB
Contact:

Post by ryu_kyo »

boleh je bro,kan tu simpulan2 berguna gak.mcm butterfly tu,buat loop kat tgh tali.boleh guna utk tegangkan tali (act as pulley system) utk ampaian ke
"do what u love,love what u do - sonnie trotter"

Image
http://champsrc.multiply.com

kambinggurun
Senator Gunung
Posts: 557
Joined: 26 Jan 2006, 23:01
Location: gua kayu batu
Contact:

Post by kambinggurun »

orca wrote:biasanya la kan kalu afdal, brape panjang tali kita bawa kalau kita nak bawa masa xtvt panjat gunung ni....

stended practice untuk rescue team, 50 meter. bleh rujuk nota 'life on a line'. bleh donlod notta ni kat intenet.
::SRC-Total Outdoor::

User avatar
ryu_kyo
Senator Gunung
Posts: 251
Joined: 21 Aug 2006, 16:04
Location: JB
Contact:

Post by ryu_kyo »

kene bayo ke mimi?
"do what u love,love what u do - sonnie trotter"

Image
http://champsrc.multiply.com

User avatar
poncho
Senator Gunung
Posts: 1890
Joined: 05 Dec 2005, 15:59
Location: southern
Contact:

Post by poncho »

kambinggurun wrote:
orca wrote:biasanya la kan kalu afdal, brape panjang tali kita bawa kalau kita nak bawa masa xtvt panjat gunung ni....

stended practice untuk rescue team, 50 meter. bleh rujuk nota 'life on a line'. bleh donlod notta ni kat intenet.
wahhh..best siut sample note nih. kira lengkap gak walaupun sample sahaja. ade 31 pages berwarna lagi. sempoi. thanks bro
kalau yang lain-lain kena bayar. sape ade PayPal senang aa

mau download sample note, klik sini http://www.lifeonaline.com/sample/
if a tree falls in the woods... do all the other trees laugh at it?

Image Mounthopper

kambinggurun
Senator Gunung
Posts: 557
Joined: 26 Jan 2006, 23:01
Location: gua kayu batu
Contact:

Post by kambinggurun »

itu LOAL ada 3 chapter la poncho..

ko baru donlod satu chapter tu..

yang 1st series free jek..2nd series dah kena bayar..
::SRC-Total Outdoor::

Post Reply