Wanita Berekreasi

Khas untuk kaum wanita...perbincangan permasaalah berkaitan wanita sebelum, semasa dan selepas beraktiviti.

Moderator: Freelance

Post Reply
yongyap
Pendaki Gunung
Posts: 76
Joined: 07 Dec 2005, 10:26
Location: Bawah Fly
Contact:

Wanita Berekreasi

Post by yongyap »

Assalammualaikum , Salam Sejahtera dan Selamat Hari Raya semua..

Saya ada kemusykilan tentang pendaki/peminat rekreasi WANITA khususnya meredah hutan dan mendaki gunung.

Senarionya macamni..
Seorang wanita yg telah akil baligh berkemping , mendaki gunung , meredah hutan dalam keadaan uzur atau period.

Soalan.
Adakah dia akan consider keadaannya itu bila dia nak pergi satu satu trip tu?..Sebabnya

- Mungkin dari segi emosi dan staminanya akan terganggu.Dia akan cepat penat , letih dan kadang² emotional sket.Bila kita terlebih gurau sket dia akan cepat terasa.Sket sebanyak ini akan menggugat team spirit dalam satu² ekspedisi tu.

- Dari skop Islam pulak.Bila seseorang tu berhadas besar dia tidak boleh sembahyang dan membaca quraan antaranya.Tapi dia masih boleh berdoa.Berzikir saya kurang pasti pulak.Jadi syaitan dan jin ni memang suka cari peluang pada orang² macamni.Kebanyakan wanita yg diserang histeria ni mereka yg berada dalam keadaan uzur.Dan tempat yg kita tuju tu mmg kita sedia maklum.

- Dan lagi satu.Macamana korang handle pad tu?Buang aje ke , tanam ke , bawak balik buang ke.....

Kita mungkin tak sedar hal ni , tapi patutkah kita atau sekurang kurangnya sahabat karibnya diberitahu? Bukan apa , atleast kita tahu apa yg yg berlaku dan kita bersedia kalau² benda tak baik terjadi dalam satu² ekspedisi tu..nauzubillhah

Mintak maaf lah kalau soalan ni ada yg terasa.
Saya cuma curious nak tahu je .Takde maksud nak merendahkan sesiapa.Peace.
Kasihan Hutan Kita

User avatar
nizran
Pendaki Tegar
Posts: 205
Joined: 22 Aug 2006, 01:52
Location: belakang pokok..
Contact:

Post by nizran »

saya nak cuba sedikit, bab masalah bacaan semasa uzur tidak menjadi masalah sebenarnya sebab, walopun uzur, zikir masih boleh, mengaji surah je tak boleh, namunbegitu, ada jugak ulamak2 berpendapat atas dasar belajar, mengaji dibolehkan...

maka, dari segi "kependindingan" menerusi ayat2 tidak menjadi masalah. Kawan2 yang lelaki juga boleh tolong2 cover kan dari jauh sekiranya di izinkanNya. Organiser atau kawan2 pendaki lelaki perlu mempelajari kaedah atau membacakan sesuatu untuk melindungi semua ahli secara umumnya, jangan belajar silat utk diri sendiri sahaja..

Dari segi team spirit tu, seeloknya kawan2 memahami, atau kalo yg kebetulan tgh bendera jepun tu, leh le maklumkan ketua xpdc utk standby, bab nie, tak semua perlu tahu pun takpe, sebab selalunya briefing intro sebelum memulakan sebarang xpdc atau program, selepas briefing umum, ada eloknya buat briefing khas utk wanita sahaja. Kalo ada otai wanita, biar die je handle, senang...

bab masalah pengurusan Pad nie, dah banyak penjelasan dari tempat2 lain, mmmm... macamana nak kata yek... sebab saya peratikan, ramai akak2 senior yg mendaki selamba jee.. ini bermakna pasti ada cara utk menyelesaikan masalah ni pada diorang... so, ada baiknya akak senior yg jawab...
mane satu belakang pokok???
Image

Freelance
Senator Gunung
Posts: 1355
Joined: 06 Dec 2005, 13:16
Location: Kuala Lumpur

Post by Freelance »


yongyap
Pendaki Gunung
Posts: 76
Joined: 07 Dec 2005, 10:26
Location: Bawah Fly
Contact:

Post by yongyap »

Terima kasih nizran dan freelance...

Semoga apa yg diperbincangkan itu boleh menjadi panduan untuk semua.

Kesimpulannya uzur itu bukanlah penghalang cuma ia mendatangkan ketidakselesaan sahaja.Yang penting kebersihan perlu dititikberatkan selain sentiasa berdoa agar Allah melindungi dan merahmati sesuatu niat baik kita itu, insyaAllah.
Kasihan Hutan Kita

User avatar
nadir
Ahli Kehormat GO
Posts: 1586
Joined: 05 Dec 2005, 16:30
Location: Penang Darul Mamak
Contact:

Post by nadir »

s'kum,
maap ye, ada nak share sikit kat sini. Thanks freelancer untuk link tu, nak balas kat sana tapi dah kena konci...... rasanya semua ni knowledge yang penting, baik untuk perempuan atau pun laki.

ubat NORCOLUT (norethisterone 5 mg), tu sebenarnya ubat mengelakkan ovulasi ( release ovum dari ovari ) dalam kata lain atau kata orang biasa, pill perancang ( oral contraceptive). Semua ubat ada side effect dia, so kalau tak pernah makan, Please please please consult doktor. General side effects of kalau makan birth controll pills ni termasuk loya , mood swing etc. kalau nak baca lebih buat google search atau check link bawah

ref: http://www.online-medical-dictionary.or ... q=Norcolut
ref: http://www.fwhc.org/birth-control/thepill.htm

Lagi satu, nak tanya kaum hawa. Basuh pad ni adat atau tuntutan agama? Kalau nak elakkan tempat tu *kotor* Bukan ke lebih elok bawak keluar terus daripada basuh? kalau basuh , air kotor tu meresap ke tanah jugak ( sama macam tanam). Bagi saya ( saya manusia..... boleh silap ) kalau basuh pad, pad besih , tapi najis tu masih ada, kecuali air kotor tu pun bawak keluar.

Dulu masa saya trekking dengan kengkawan perempuan, mereka bakar saja. Bagi saya lagi hygenic kalau dibakar atau ditanam saja daripada dibawa keluar (kalau 1-2 hari elok lagi bawak keluar ) Memang tempat tu mungkin ada penunggu , tapi kena ingat kita ni manusia, itu ( kitar haid ) sebahagian daripada kurniaan Tuhan jugak. Yang penting sebelum tanam mau bagi tahu kat penunggu dululah... aku nak kencing dalam hutan pun aku bukan mintak kebenaran, sekadar bagi tahu.....

??????????
Ahmad Nadir Askandar
http://www.outdoordynamics.com.my - Buy outdoor gear online - free delivery !
Join us at FaceBook! - http://www.facebook.com/group.php?gid=340358030429

beckham@chayok2
Pendaki Terlampau
Posts: 646
Joined: 03 Apr 2006, 03:21
Location: 30 minit sblm sampai puncak...

Post by beckham@chayok2 »

Bleh menyelit cket x??? :o

Klu kita tanya, "tempat ni ada penunggu tau..." apa maksudnya.???
pas 2 nak kena mintak izan kat datuk, penunggu, etc....... :shock: :evil:
kenapa kita perlu buat begitu??? klu tempat 2 ada pokok besar la, batu besar la, dlm hutan tebal la, atas gunung la x kira mana pun tempat yg ada penunggu 2, tidakkah kita terfikir bahawa bumi yg kita pijak, langit yg kita junjung ni milik saper?? kan dah sedia maklum, kita sebagai org islam bahawa alam ini adalah ciptaan ALLAH S.W.T . Tuhan Pencipta Alam Semesta ini... mmg la kita nak kena berhati2 waktu nak buang air kecil, besar, pad dan yg sama waktu dgnnnya. Itu lebih kpd 'sivik' atau rasa hormat kita kpd sesuatu tempat spt tmpt ibadat agama lain atau kita x nak tempat 2 tercemar kerana bahan buangan kita ni. Tapi x perlu la kita kena mintak izin kat 'penunggu' etc... :evil: :evil: :evil: :evil: :evil:
disini saya ingin tegaskan cukuplah kita mulakan dgn a'uzubillahhiminasysyaitaonnirrojim, bismillahhirrohmannirrohim yg bermaksud 'aku berlindung kepadamu ya ALLAH dr syaitan yg direjam, dengan nama ALLAH Yg Maha Pengasih lagi Maha Penyayang, dan diikuti dgn doa masuk tandas, walaupun yg kita nak buang 2 bukan tandas biasa. InsyaAllah, kita akan dilindungi dr kejahatan syaitan jantan dan syaitan betina dgn izin Allah S.W.T.
Ini sgt penting utk kita umat Islam utk menguatkan lagi kepercayaan kita kpd Allah bahawa tiada mahluk lain yg boleh memudaratkan diri kita melainkan dgn izinNYA. Juga dpt mengelakkan kita drpd mempercayai benda2 yg karut atau kurafat dan yg paling penting dpt menyelamatkan akidah kita sbg umat Islam.... :arrow:
*Sebenarnya bukan gunung yang hendak ditawan, sebaliknya diri kita sendiri.....*.
-9w2bck-

User avatar
nizran
Pendaki Tegar
Posts: 205
Joined: 22 Aug 2006, 01:52
Location: belakang pokok..
Contact:

Re: Wanita Berekreasi

Post by nizran »

saya menjemput akak2 senior utk turut membaca dan menambah topik khusus bg wanita berekreasi dalam www.kelanaonline.com .. mana le tau... nak import ke sini macam segan lak... :oops:
mane satu belakang pokok???
Image

User avatar
soulfly
Kerabat Gunung
Posts: 1147
Joined: 18 Mar 2008, 15:57
Location: SENTUL

Re: Wanita Berekreasi

Post by soulfly »

assalamualaikum ada orang tak nih? hhehe
lama sangat...

yongyap
Pendaki Gunung
Posts: 76
Joined: 07 Dec 2005, 10:26
Location: Bawah Fly
Contact:

Re: Wanita Berekreasi

Post by yongyap »

setelah hampir 3 tahun topik ini dibincangkan samada disini atau diforum² yg lain,
saya ingin mengucapkan syabas dan terima kasih.
Kasihan Hutan Kita

User avatar
amyzsa
Pendaki Gunung
Posts: 24
Joined: 25 May 2010, 23:35
Location: cheras, k.l.

Re: Wanita Berekreasi

Post by amyzsa »

salam 1 malaysia buat sume teman disini...
sy ahli baru di sini dan boleh kata x de pengalaman dlam xtvt gini..
tp pd pendapat dan pemikiran sy, haid / keuzuran spatutnya bukan lah 1 masalah pd kaum wanita.
walaupon mengikut sains nya, perubahan hormon dlm bdn akan menyebabkan gangguan emosi, tp sbg seorg wanita msti pandai mengawal emosi ketika haid. kita kna fikirkan hal org lain dlu sblom hal diri kitaa yg sedang haid. krna dgn memikirkan org lain, insya'allah kita mampu utk kawal emosi kita...
dr segi kebersihan pad pula, bg pendapat sy yg x berpengalaman nih....jika treking melebihi 3 hari, sebaik2 nya pad itu dicuci bersih dr darah dan ditanam. jika dibakar, ianya akan menyebabkan pencemaran udara. tp jika treking antara sehari-3hari, sebaik2nya kumpulkan setiap pad yg terpakai 2 dan bawa keluar dr hutan,kemudian buang spt biasa. sebaik2nya dicuci dulu la..krna jika x dicuci, akan mendatangkan bau yg sgt x selesa pd diri sndri dan rakan2 lain. tp terpulang pd individu itu sndri samada nk cuci or x. sy stuju dgn pendapat sdr nadir. tp sedarkah kita bahawa semuanya akan kembali ketanah juga? jd, itu x menjadi masalah samada dibasuh or x...cuma sanggupkah kita dan teman2 yg lain nk tahan bau busuk yg dikeluarkan jika x dibasuh? hehehe.....
dan sy juga setuju dgn pendapat sdr beckham..bg sy, tiada yg lebih berkuasa selain Allah. so, setiap perbuatan kita mstilah sertakan dgn doa skali....

errrrkkk...maaf la pd senior2 yg ada...sy mmg x de pnglaman lnsung dlm hal2 gini...itu sume hanya luahan pendapat je.....
mencintai alam semulajadi itu lebih indah dr bercinta sesama manusia...
krna nature will love us beter than human...

Kak Mah
Pendaki Gunung
Posts: 6
Joined: 05 Apr 2010, 17:15

Re: Wanita Berekreasi

Post by Kak Mah »

Salam semua...
Sape2 yg lenguh2 lepas mendaki tu mai la join akak kt kolam, boleh rilek2 main air. Tak pandai berenang pun xpe, akak boleh ajar. Akak baru bukak bisnes swimming ni, carila kat facebook, ni akak dah bagi link hah. :)

http://www.facebook.com/pages/I-RENANG/140688182672477

User avatar
armiaherysha
Pendaki Gunung
Posts: 7
Joined: 24 Feb 2011, 10:42
Contact:

Re: Wanita Berekreasi

Post by armiaherysha »

wah berenang ? hehehehe ON~!
* As calm as the wind & soft as the sea *

Kak Mah
Pendaki Gunung
Posts: 6
Joined: 05 Apr 2010, 17:15

Re: Wanita Berekreasi

Post by Kak Mah »

Ha... Jomlah berenang! Ada promosi khas sempena hari raya ni!

Post Reply