RADIO AMATUR ( AMATEUR RADIO ) - II

Bilik khas untuk perbincangan dalaman berkaitan penggunaan radio dan isu berkaitan termasuk log radio di gunung.
solo
Pendaki Tegar
Posts: 211
Joined: 06 Dec 2005, 17:43
Location: Bukit Lanjan
Contact:

RADIO AMATUR ( AMATEUR RADIO ) - II

Post by solo »

Sambungan dari topic I

link to MCMC Guidelines

http://www.mcmc.gov.my/facts_figures/co ... laysia.pdf
Hari
M: +6019 347 1239 ; E: 9W2ILD@gmail.com
WILD JUNCTION ( www.wildjunction.com)
9W2ILD (Niner Whiskey Too India Lima Delta)

Tropical Mountain Guide
Wilderness First Responder ( WMI of NOLS )
Nature Guide ( Licence # 9596 )

~ what we do in life, echoes in eternity

Syahrul_Penang
Pendaki Gunung
Posts: 85
Joined: 27 Aug 2007, 20:12
Location: Penang

Post by Syahrul_Penang »

Salam..
Kalau guidelines tu tak paham,bleh minta tolong kawan2 untuk mengajar dengan lebih detail lagi...ramai kawan2 yang ada radio kat sini..kalu nak belajar sendiri takut haram satu apa pun tak paham..
Mintak nota dari kawan..

Syahrul
9W2GGK

User avatar
mizi
Kerabat Gunung
Posts: 1308
Joined: 17 Jul 2006, 15:22
Location: perlis
Contact:

Post by mizi »

nak minta aku ngajor pon buleh.......nak nota dr aku pon buleh....tp kena ada YL sebelah arrr...hehehehehe.ooo mentang2 aku dah lama x mai sini hgpa bahan aku yee.ok aku lulus periksa RAE bebaru ni.sapa yg nk sign 9M2 utk apply calsign leh minta kt aku.tahniah pd rakan2 gunung yg lulus moga2 menjadi manfaat berguna pd kita.9w2??? 73 cherio

tartaric
Pendaki Gunung
Posts: 19
Joined: 07 Jan 2008, 16:03

Post by tartaric »

hang dh lulus ka mizi.. tahniah la. nota tu bg la kat aku. aku plak nk ambik test.

User avatar
mizi
Kerabat Gunung
Posts: 1308
Joined: 17 Jul 2006, 15:22
Location: perlis
Contact:

Post by mizi »

tartaric wrote:hang dh lulus ka mizi.. tahniah la. nota tu bg la kat aku. aku plak nk ambik test.
sapa plk ni???bg adress nnt aku ngator

tartaric
Pendaki Gunung
Posts: 19
Joined: 07 Jan 2008, 16:03

Post by tartaric »

kawan2 la... nnt aku pm address.

Syahrul_Penang
Pendaki Gunung
Posts: 85
Joined: 27 Aug 2007, 20:12
Location: Penang

Post by Syahrul_Penang »

Alamak...Pak Mizi dah lulus kaaa??.. tabik...tabik..

User avatar
JeNaL
Pentadbiran
Posts: 1758
Joined: 27 Mar 2007, 16:07
Location: sri kembangan
Contact:

Post by JeNaL »

apa kata kita listkan geng gunung yg ada lesen ni kat sini

aku mula dulu;

Callsign handle operator
9W2WZL Zainal

Syahrul_Penang
Pendaki Gunung
Posts: 85
Joined: 27 Aug 2007, 20:12
Location: Penang

Post by Syahrul_Penang »

Aku pun nak join gak..bleh kenal2 ...salam contact perdana untuk semua.

Callsign handle operator
9W2GGK Syahrul

tartaric
Pendaki Gunung
Posts: 19
Joined: 07 Jan 2008, 16:03

Post by tartaric »

jealous nya aku... tlg tunjuk ajar sama. aku pun nk apply.

User avatar
mizi
Kerabat Gunung
Posts: 1308
Joined: 17 Jul 2006, 15:22
Location: perlis
Contact:

Post by mizi »

tartaric wrote:jealous nya aku... tlg tunjuk ajar sama. aku pun nk apply.
buleh....check pm hg...

tartaric
Pendaki Gunung
Posts: 19
Joined: 07 Jan 2008, 16:03

Post by tartaric »

mizi wrote:
tartaric wrote:jealous nya aku... tlg tunjuk ajar sama. aku pun nk apply.
buleh....check pm hg...
tq...

User avatar
JeNaL
Pentadbiran
Posts: 1758
Joined: 27 Mar 2007, 16:07
Location: sri kembangan
Contact:

Post by JeNaL »

Callsign handle operator
9W2WZL Zainal
9W2GGK Syahrul

oh ya mai la geng PRADAS

User avatar
killers
Pendaki Tegar
Posts: 207
Joined: 26 Jul 2007, 00:03
Location: maybe in madagascar
Contact:

Post by killers »

gua org baru

9W2NPN mukhlis
jeng kreng

User avatar
killers
Pendaki Tegar
Posts: 207
Joined: 26 Jul 2007, 00:03
Location: maybe in madagascar
Contact:

Post by killers »

mizi wrote:nak minta aku ngajor pon buleh.......nak nota dr aku pon buleh....tp kena ada YL sebelah arrr...hehehehehe.ooo mentang2 aku dah lama x mai sini hgpa bahan aku yee.ok aku lulus periksa RAE bebaru ni.sapa yg nk sign 9M2 utk apply calsign leh minta kt aku.tahniah pd rakan2 gunung yg lulus moga2 menjadi manfaat berguna pd kita.9w2??? 73 cherio
hahah...mizi hang jd SWAL seumur hidup ke ape?9W2SWL?haha
jeng kreng

mongkut
Pendaki Gunung
Posts: 73
Joined: 10 Apr 2007, 14:08
Location: Depan Kubur, View Bukit Tabuh

Post by mongkut »

9W2NOH Nizar

9W2WNO Nazry

mizi... apa callsign hang...

User avatar
mizi
Kerabat Gunung
Posts: 1308
Joined: 17 Jul 2006, 15:22
Location: perlis
Contact:

Post by mizi »

killers wrote:
mizi wrote:nak minta aku ngajor pon buleh.......nak nota dr aku pon buleh....tp kena ada YL sebelah arrr...hehehehehe.ooo mentang2 aku dah lama x mai sini hgpa bahan aku yee.ok aku lulus periksa RAE bebaru ni.sapa yg nk sign 9M2 utk apply calsign leh minta kt aku.tahniah pd rakan2 gunung yg lulus moga2 menjadi manfaat berguna pd kita.9w2??? 73 cherio
hahah...mizi hang jd SWAL seumur hidup ke ape?9W2SWL?haha
hehehehehe......mana tau niii

User avatar
mizi
Kerabat Gunung
Posts: 1308
Joined: 17 Jul 2006, 15:22
Location: perlis
Contact:

Post by mizi »

DERAF TERJEMAHAN BAGI GARIS PANDUAN
RADIO AMATUR DI MALAYSIA UNTUK

PERSIAPAN MENDUDUKI PEPERIKSAAN RADIO
AMATUR DALAM DWI BAHASA













PERSATUAN RADIO AMATOR MELAYU UTARA
SEMENANJUNG MALAYSIA (ASTRA)


BAHAGIAN A:
BAGAIMANA HENDAK MENJADI PENGENDALI RADIO AMATUR DI MALAYSIA.

PENGENALAN:

Perkhidmatan Radio Amatur (ARS) telah ujud dikebanyakan negeri-negeri yang mengunakan frekuensi yang sama. Di Malaysia, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) adalah sebuah badan yang dipertanggungjawabkan untuk mengendalikan Stesyen Radio Amatur.

Untuk mengendalikan sesebuah Stesyen Radio Amatur, Pengendali mestilah memiliki Lesen Radas Peruntukan (Apparatus Assignment) atau bagi rakyat Negara luar yang berlesen dikehendaki memohon pertukaran lesen dari Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia.

Negara-Negara yang diiktirafkan oleh Malaysia termasuklah:-
ASIA
Thailand, Indonesia, Laos, Vietnam, Myanmar, India, Cina, Mongolia.
EROPAH
United Kingdom, RepubliK Jerman, Switzeland, Finland dan Czechoslivakia. Bagi Negara-negara yang tidak mempunyai pengiktirafan boleh memohon dan atas budi bicara SKMM untuk melusluskan pertukaran lesen berkenaan.

MENGENAI RADIO AMATUR

Radio Amatur ditakrifkan didalam Akta Komunikasi dan Multimedia (Spectrum) Peraturan 2000 adalah bermaksud Perkhidmatan Radio Komunikasi (termasuk Terrestrial & Satelite) dimana kegunaan Stesyen dengan tujuan latihan sendiri, berkomunikasi dan penyiasatan teknikal yang dijalankan dengan kebenaran sesorang yang keinginan mendalami teknik radio diatas usaha peribadi dan tidak mempunyai niat yang lain.

Jutaan Pengendali Radio Amatur berkomunikasi diantara satu sama lain setiap hari dengan mengunakan sistem penyiaran dan satelit amatur. Pengendali Radio Amatur boleh memberikan perkhidmatan ketika berlakunya bencana alam sekiranya sistem komunikasi yang lain tidak boleh berfungsi atau ketiadaan kemudahan komunikasi yang lain.
Radio Amatur juga telah diiktirafkan sebagai salah satu peralatan berkomunikasi radio yang mana ITU mengendali dan mengadakan satu frekuensi khas untuk perkhidmatan Radio Amatur yang frekuensi tersebut dapat digunakan diseluruh dunia.




ms 1


PERKARA-PERKARA YANG DIBENARKAN BAGI STESYEN RADIO
AMATUR.

Stesyen Radio Amatur atau Pengendali Radio Amatur seringkali dikenali sebagai “Radio Ham” atau “HAM”. Aktiviti-aktiviti Radio Amatur dapat dipelbagaikan: Contoh aktiviti-aktiviti:-

a. Berkomunikasi dengan Stesyen radio Amatur diseluruh dunia dengan mengunakan
Radio HF.
b. Berkomunikasi diantara Bandar-Bandar tempatan dengan mengunakan radio VHF dan
UHF Transceivers.
c. Memberi khidmat Komunikasi ketika berlakunya bencana alam sekiranya tidak
terdapat alat komunikasi yang lain atau alat komunikasi yang lain tidak berfungsi.
d. Pembuatan Radio, Pancaran, Penerimaan dan Antena sendiri.
e. Berkomunikasi didalam orbit satelit tanpa sebarang kos.
f. Berkomunikasi dengan Angkasawan ketika mengelilingi dunia.
g. Kajian mengenai Television Amatur (ATV), Slow Scan TV (SSTV) atau menghantar
gambar potret dengan mengunakan faksimili.
h. Mengambil bahagian didalam sebarang pertandingan Radio Ham atau mengadakan
peralatan tunjuk arah.
i. Mengambil bahagian didalam aktiviti Mencari dan Menyelamat.

PERKARA-PERKARA YANG TIDAK DIBENARKAN BAGI STESYEN RADIO AMATUR.

Terdapat beberapa perkara yang tidak dibenarkan ketika berkomunikasi:-
a. Stesyen Radio Amatur dilarang mengunakan Rado Amatur (ARS) untuk tujuan komersial.
b. Sebarang penghebahan atau siaraya kepada Umum tidak dibenarkan.

SIJIL PENGENDALIAN RADIO AMATUR (AROC)

Peraturan 27(1) Akta Komunikasi dan Multimedia (Technical Standards) Peraturan 2000, bahawa tiada sesiapa dibenarkan mengambil alih atau melakukan sebarang aktiviti didalam kawasan kemahiran kecuali diluluskan. Sijil Pengendalian Radio Amatur telah digazetkan didalam kawasan mahir dibawah kategori peraturan, maka untuk tujuan mengoperasikan Stesyen Radio Amatur, seseorang itu perlu memiliki kewibawaan dan kemahiran didalam kawasan yang disahkan.

Sijil Operator Radio Amatur adalah sesuatu sijil yang dapat membuktikan bahawa Operator mempunyai pengetahuan yang baik didalam bidang tersebut dan dapat menjalankan Operasi Stesyen Radio Amator dengan betul dan bertanggung jawab dibawah peruntukan undang-undang.

ms 2
Terdapat 2 kelas Sijil Pengendali Radio Amatur:-

a. Sijil Pengendali Radio Amatur Kelas A (AROC Class A).
b. Sijil pengendali Radio Amatur Kelas B (AROC Class B).

Sijil Pengendali Radio Amatur Kelas A – dibenarkan memohon Peruntukan Radas Radio Amatur (Amateur Radio Apparatus Assignment). Untuk kelayakan, seseorang itu dikehendaki lulus didalam peperiksaan Radio Amatur (RAE) dan Ujian Amali Morse Code atau CW test.

Mulai 1 April 2007, kelulusan Morse Code tidak lagi diperlukan, walaubagaimana pun ujian amali morse code akan dianjurkan untuk tujuan pengiktirafan dan kemahiran diri.

Sijil Pengendali radio Amatur Kelas B – boleh memohon Peruntukan Radas Radio Amatur (ASAA) dengan menduduki dan lulus didalam peperiksaan Radio Amatur.

MENGAMBIL BAHAGIAN DIDALAM RADIO AMATUR

Untuk mengendalikan Stesyen Radio Amatur, Sesorang mestilah mempunyai Sijil Pengendali Radio Amatur (ASAA) yang dikeluarkan oleh SKMM (MCMC). Pemohon boleh memohon dimana-mana pejabat SKMM (MCMC). Tanda Pemanggil (Callsign) akan diberikan kepada pemohon yang berjaya mengikut Kelas Sijil Pengendali Radio Amatur (AROC). Pemegang Sijil/Lesen dibenarkan mengambil bahagian atau mengendalikan stesyen radio amator. Rujukan Tanda Pemanggil (Callsign) di Malaysia:-

Semenanjung Malaysia – Lesen Kelas A – 9M2 ……..
“ - Lesen Kelas B – 9W2……...
Negeri Sabah - Lesen Kelas A – 9M6………
“ - Lesen Kelas B – 9W6………
Negeri Sarawak - Lesen Kelas A – 9M8………
“ - Lesen Kelas B - 9W8………

PERUNTUKAN RADAS RADIO AMATUR (ASAA)
Semua Stesyen Radio Amatur di Malaysia mestilah mempunyai lesen dengan sempurna dan sah dari SKMM (MCMC) yang diiktirafkan sebagai sebuah badan yang bertanggung jawab di Malaysia. Anda perlu memiliki Lesen untuk mengendalikan sesebuah Stesyen Radio Amatur. Terdapat 3 jenis Penugasan Radas Radio Amatur:-

a. Peruntukan Radas Radio Amatur (ASAA) Kelas A.
b. Peruntukan Radas Radio Amatur (ASAA) Kelas B.
c. Peruntukan Radas Radio Amatur (ASAA) Pancar Ulang Amatur.

Jangkan masa yang dibenarakan untuk permohonan lesen berkenaan adalah antara 3 bulan hingga 5 tahun

ms3
KELAYAKAN MEMOHON PERUNTUKAN RADAS RADIO AMATUR

Untuk melayakan pemohon mestilah:-

a. Berumur melebihi 14tahun bagi memohon Lesen Kelas B.
b. Berumur melebihi 18 tahun bagi memohon Lesen Kelas A.

Bagi pemohon yang berumur dibawah 21 tahun dikehendaki mendapatkan pengesahan dari ibu bapa, penjaga atau mana-mana pihak yang akan bertanggungn jawab dan memberi perhatian mengenai tatacara dan menanda tangani didalam borang permohonan.

c. Rakyat Malaysia. Bagi bukan rakyat Malaysia boleh memohon pertukaran lesen (reciprocal).
d. Pemegang Lesen Kelas A / B, hendaklah mengemukakan salinan keputusan peperiksaan yang dikeluarkan oleh SKMM.

KEPERLUAN PEMATUHAN (COMPLIANCE REQUIREMENT)

Pemegang Lesen dikehendaki angkur dengan provisi Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan undang undang atau pindaan yang dibuat.

KEPERLUAN PEMATUHAN ANTARABANGSA (INTERNATIONAL COMPLIANCE REQUIREMENT)

Pemegang lesen hendaklah mematuhi provisi peraturan dari ITU dan International Telecommunication Convention.

Pengunaan frekuensi bagi pancar ulang gelombang VHF dan UHF adalah diantara 50 kilo meter dari sempadan Malaysia yang mana memerlukan persefahaman diantara kedua-dua buah Negara.

Yuran yang dikenakan:-

Jenis Lesen (ASAA) – Yuran Permohonan/Proses – Yuran Tahunan

Kelas A - RM60.00 - RM36.00
Kelas B - RM60.00 - RM24.00
Pancar Ulang - RM60.00 - RM60.00






ms 4

PERSEDIAAN PERTUKARAN OPERASI (RECIPROCAL OPERATING ARRANGEMENT)

Pengendali Radio Amatur kerakyatan luar Negara boleh memohon lesen dibawah pertukaran operasi diantara Negara mereka dengan Malaysia. SKMM akan mengeluarkan lesen berkenaan sekiranya mencukupi syarat. Pengeluaran lesen berkenaan mengikut persamaan kelas lesen dari Negara asal.

Lesen tidak akan dikeluarkan sekiranya Negara-negara yang tiada mempunyai pertukaran operasi dan SKMM akan mengeluarkan lesen berkenaan dalam tempuh setahun atau dalam mengikut tempuh dari lesen asal. Walaubagaimana pun bagi Negara-negara yang tiada pertukaran operasi, SKMM akan menimbangkan permohonan tersebut.

PEPERIKSAAN

Terdapat 2 jenis peperiksaan radio amatur:-

a. Peperiksaan bertulis Radio Amatur (RAE)
b. Peperiksaan Amali Morse Code /Cw Test.

Peperiksaan bertulis yang meliputi:-

a. Teori Elektrikal, Elektronik dan Radio Komunikasi.
b. Teori dan Operasi Peralatan Radio Amatur termasuk sistem antena, pemncaran, transmitor, amplitude, modulasi frekuensi dan teknik sideband.
c. Pertaturan dibuat dibawah Akta membolehkan mana-mana Stesyen beroperasi dan melakukan amali yang berkaitan dengan operasi stesyen.
d. Dalam Peraturan Radio ITU membolehkan stesyen beroperasi dan melakukan amali dan tertakluk kepada provisi yang berkaitan.

Terdapat 100 soalan berbentuk objektif didalam kertas peperiksaan radio amatur. Masa yang diberikan adalah 3 jam untuk menjawab soalan-soalan. Setiap kesalahan, markah tidak akan dipotong.

UJIAN MORSE CODE

Adalah peperiksaan amali untuk mengukur kemahiran dan kecekapan sebagi pengendali radio amatur.

a. Berupaya menghantar mesej dengan betul dengan mengunakan kekunci telegraph samada kekunci semi automatik atau kekunci elektronik dalam tempuh 3 minit dengan kelajauan bahasa biasa, termasuk angka dan signal ‘Q’ dan signal kecemasan mengikut peraturan Morse Code Antarabangsa.

ms 5


b. Berupaya menerima mesej dengan betul dengan mengunakan kekunci telegraph
samada kekunci semi automatik atau kekunci elektronik dalam tempuh 3 minit
dengan kelajuan bahasa biasa, termasuk angka dan signal ‘Q’ dan signal
kecemasan mengikut peraturan Morse Code Antarabangsa.

BAGAIMANA MEMOHON MENDUDUKI PEPERIKSAAN

Peperiksaan akan diadakan dari masa kesemasa. Tarikh dan tempat akan ditentukan oleh SKMM. Notis dan penghebahan akan dibuat melalui media, surat khabar dan bahan cetakan elektronik yang sedia ada. Notis, Terma dan Syarat, pembayaran akan dihebahkan. Pemohon dikehendaki mengisi borang yang disediakan oleh SKMM.

YURAN PEPERIKSAAN

Yuran peperiksaan adalah saperti berikut:-

a. Peperiksaan radio Amatur (RAE) - RM50.00
b. Peperiksaan Morse Code - RM50.00

Yuran tidak akan dikembalikan kepada calon sekiranya menarik diri atau tidak hadir pada waktu peperiksaan. Yuran tidak boleh dipindah dari peperiksaan ke satu peperiksaan kepada suatu tarikh yang lain atau dipindahkan kepada calon yang lain.

HAD UMUR YANG DIPERLUKAN UNTUK MENDUDUKI PEPERIKSAAN

Had minima umur bagi calon-calon untuk menduduki peperiksaan radio amatur ialah 14 tahun dan 18 tahun bagi peperiksaan CW. Ini adalah diambil kira tentang tanggung jawab yang diperlukan ketika beroperasi dengan mengunakan kuasa tinggi ketika pemnacaran dan diberi keutamaan kepada pemegang lesen kelas A Pengendali Stesyen Radio Amatur.














ms 6

BAHAGIAN B: BERKENAAN PERATURAN/TATACARA RADIO AMATUR (AOP)

Pengenalan:
Perkara berkenaan dengan Peraturan/Tatacara Radio Amatur (AOP) adalah semata-mata untuk memberikan panduan ketika mengendalikan stesyen radio amatur. Peraturan/Tatacara adalah satu arahan dan tatacara ketika mengendalikan stesyen radio amatur di Malaysia.

Mempamerkan Lesen Radas Peruntukan (AA)Apparatus Assignment.

Pengendali Radio Amatur dimestikan mematuhi tatacara yang telah disediakan ketika mengendalikan sebuah Stesyen Radio.
a. Lesen (ASAA) hendaklah dipamerkan dialamat yang tertera didalam lesen.
b. Bagi stesyen yang bergerak (mobile) dikehendaki membawa satu salainan lesen untuk pembuktian.

BUKU LOG RADIO AMATUR
Buku log diadakan bagi merekodkan aktiviti-aktiviti ketika berkomunikasi didalam jangka waktu dan alamat yang tertera didalam lesen.

Buku log boleh juga disediakan melalui media elektronik dan boleh dilihat atau dicetak. Ianya perlu dikemukakan apabila pemeriksaan berkala oleh pihak SKMM dijalankan. Isi kandungan hendaklah disimpan sekurang-kurangnya 2 tahun. Isian kandungan didalam buku log adalah seperti berikut:-
a. Tarikh berkomunikasi.
b. Waktu mula/tamat berkomunikasi pada setiap kontak (waktu local.Waktu UTC).
c. Frekuensi/Band yang digunakan.
d. Kelas atau mod komunikasi.
e. Kuasa yang dikeluarkan ketika transmmisi.
f. Callsign yang dikontak.
g. Nama kontak/handle.
h. Sesuatu ujian yang dilakukan.
i. Tempat ketika beroperasi.
j. Rekod nombor daftar.

PEMERIKSAAN STESYEN RADIO AMATUR
Semua Pengendali Radio dikehendaki membenarkan mana-mana Pegawai dari SKMM untuk membuat pemeriksaan berkala atau ujian di Stesyen Radio Amatur. SKMM berhak mengantung atau membatalkan mana-mana Stesyen Radio Amatur sekiranya tidak mematuhi syarat-syarat didalam lesen (ASAA).



ms 7
PENYEDIAAN ANTENA

Pemegang lesen dibenarkan memasang antena diluar premis dan ianya dipastikan kukuh dan tidak mengancam keselamatan pada orang ramai atau harta orang ramai.

JALURAN FREKUENSI/KUASA DAN KELAS PANCARAN

Tertakluk saperti berikut:-
Sila rujuk Appendix 1.

KUASA PANCARAN PUNCAK UNTUK STESYEN RADIO AMATUR

Pengendali Radio Amatur mestilah mematuhi kuasa pancaran yang ditetapkan dan dengan kehendak ITU dengan kadar atau limit untuk Stesyen Radio Amatur. Maksima bagi kuasa pancaran adalah dengan kiraan; menolak nilai pengecilan dari kuasa alat pemancar ke antena.

Jenis 9erkhidmatan Attenuation (dB) below the power supplied to
the antena transmission line

Perkhidmatan Amatur beroperasi 43 + 10 log (PEP), or 50 dB, whichever is less
Kurang dari 30 Mhz (termasuk SSB) stringent

Lain-lain perkhidmatan Amatur 43 + log (p), or 70 (dB), whichever is less stringent

Dimana
P = kuasa purata dalam watt yang disalur kem laluan transmisi.
PEP = kuasa puncak (peak envelope power) dalam watt yang disalurkan kelaluan t
transmisi antenna.

Kuasa pemancaran dari mana-mana pemasangan selain daripada antena dan alat pemancar tidak boleh melebihi dari sistem antena yang mana dengan kuasa maksima diluluskan pada kuasa frekuensi pancaran.

PROSEDUR PEMASANGAN
Berikut adalah prosedur pemasangan yang perlu dipatuhi ketika memasang Stesyen radio Amatur.

a. Pemegang Lesen (ASAA) dibenarkan memasang dan mengendalikan Stesyen Radio Pengendali.
i. Stesyen Radio Amatur dipengkalan (base station) – beroperasi dipremis dan alamat yang tertera di dalam lesen (ASAA).
ii. Stesyen Radio Pengendali Mobil – beroperasi ketika bergerak saperti didalam kereta.

ms 8
iii. Stesyen Radio Amatur mudah alih (portable) – beroperasi jauh dari alamat didalam lesen untuk sesuatu masa.
iv. Stesyen Bumi Radio Amatur – beroperasi dengan Radio Amatur melalui satelit Radio Amatur.

b. Pemegang lesen dibenarkan mengadakan lebih daripada satu stesyen tetapi tidak dibenarkan beroperasi pada waktu yang sama dan ditempat yang berlainan.
c. Stesyen Radio Amatur boleh beroperasi pada bila-bila masa kecuali terdapat ganguan pancaran dalam frekuensi dibawah 30 Mhz melebihi 10 minit dan 3 minit bagi frekuensi 30 MHz keatas.

PENGENDALIAN STESYEN RADIO AMATUR

Pengendali Stesyen Radio Amatur hendaklah mematuhi syarat-syarat saperti berikut:-

a. Apabila membuka suwis peranti, Pengendali dikehendaki mendengar dahulu difrekuensi dan memastikan frekuensi tersebut tidak digunakan. Jika ada mana-mana Stesyen mengunakan frekuensi tersebut, Pengendali boleh berkomunikasi dengan memperkenalkan “Callsign” dan memasuki di frekuensi setelah memberi laluan selama 3 saat.
b. Perkataan “BREAK” tidak boleh digunakan didalam perbualan yang sedang diperbualkan.
c. Kegunaan “BREAK” adalah hanya untuk memberitahu sebarang trafik kecemasan.
d. Pengendali hendaklah memberikan Callsign satelah panggilan “BREAK”. Semua Stesyen hendaklah melepaskan frekuansi dengan serta merta dan menunggu untuk memberi sebarang bantuan jika perlu.
e. Pengendali dikehendaki berhenti seketika dalam masa 3 saat apabila perbualan. Sekurang-kurangnya satu pembehentian pada setiap 1 minit masa perbualan.
f. Sekiranya pancaran dibuat dalam bentuk operasi Video dan Pemancar Data, pemberhentian seketika diwaktu pancaran tidak diperlukan tetapi pemberhentian 5 saat digalakan pada akhir pancaran. Prosedur ini perlu jika menghantar mesej melalui pancar ulang dimana dapat mengelakan sebarang ganguan ketika menghantar mesej kecemasan.
g. Didalam Operasi sehala (Symplex), Pengendali dikendaki memberikan Callsign setiap sekali dalam masa 10 minit perbualan.
h. Didalam Operasi Pancar Ulang, Pengendali dikehendaki memberikan Callsign setiap sekali dalam masa 3 minit perbualan.
i. Didalam operasi HF, Pengendali yang mengunakan frekuensi bawah pada 50 Mhz dikehendaki memberikan callsign setiap sekali dalam masa 10 minit perbualan.
j. Kesemua Callsign diwajibkan mengunakan sebutan yang diiktirafkan
oleh International Phonetic Alphabet.

ms 9
k. Apabila mengunakan pancar ulang, keutamaan harus diberikan kepada
i. Pertama -Sebarang panggilan berbentuk kecemasan.
ii. Kedua – Kuasa rendah dan mengunakan alat mudah alih (handheld).
iii. Ketiga – Stesyen Mobil.
iv. Stesyen Premis dan Stesyen mudah alih berkuasa tinggi.

Keutamaan diberikan kepada mana-mana Stesyen yang mempunyai sebarang kecemasan.

SIGNAL DAN PEMANTAUAN RADIO.

Pemantauan peralatan radio dan signal adalah penting untuk memastikan keadaan peralatan sentiasa berada didalam kondisi yang baik dari masa kesemasa.

Untuk memperakui kemungkinan ganguan isyarat radio, amalan saperti berikut hendaklah dipatuhi:-

a. Setiap pancaran ketika membetulkan gelombang hendaklah mengunakan boneka tiruan (dummy load).
b. Pastikan frekuensi tidak digunakan apabila menguji antena.
c. Pengendali hendaklah menyebut callsign dan maklumkan tujuan percubaan.
d. Mengunakan butang ‘PTT’ adalah dilarang ketika membuat percubaan.

GANGUAN

Pastikan pancaran radio tidak mengangu sebarang sistem radio komunikasi yang lain. Akta 15 (1) dalam Komunikasi dan Multimedia (Technical Standards) peraturan 2000 bahawa jika seseorang dengan sengaja melakukan perubahan, pengujian atau modifikasi peralatan komunikasi didalam apa bentuk yang boleh menyebabkan ganguan terhadap peralatan komunikasi yang lain.

Akta 15 (2) peraturan juga menyebut, seseorang yang melanggar peraturan ini, bersabit kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM300,000 atau dipenjara selama tidak melebihi 3 tahun atau kedua-duanya sekali.

Untuk memastikan dan mengatasi ganguan, perkara-perkara yang harus dilaksanakan adalah saperti berikut:-

a. Pastikan peralatan yang lengkap untuk tujuan ujian ganguan supaya ianya tidak mengangu peralatan perkhidmatan radio yang lain.
b. Bertanggung jawab, sekiranya anda seorang Pengendali Stesyen Radio Amatur dan jika mendapati sebarang ganguan, segerakan mengambil tindakan untuk menyelesaikan masalah ganguan tersebut.
c. Memastikan pancaran tidak melebihi tahap penyimpangan.

ms 10


d. Memastikan tenaga sinar berada didalam frekuensi yang sempit bagi semua kelas pancaran yang digunakan.
e. Sinaran dan pemalsuan pancaran boleh menyebabkan kepada ganguan yang minima

SIGNAL REPOT

Laporan signal yang diterima dari Stesyen Radio Amatur ketika perbualan. Kedua-dua Stesyen boleh mengemukakan signal samada baik atau tidak ketika berkomunikasi. Laporan tersebut dapat memberi peluang kepada Stesyen lain untuk memperbetulkan pancaran.

Terdapat 2 skala yang mendorong kepada laporan signal iaitu Penerimaan (Pendengaran) dan kekuatan penerimaan signal. Skala tersebut adalah:-

Penerimaan Pendengaran:

1. Sukar menerima pendengaran.
2. Lemah, penerimaan kurang jelas.
3. Kurang memuaskan, penerimaan menyukarkan.
4. Baik, penerimaan jelas.
5. Amat baik, penerimaan yang jelas dan terang.

Kekuatan Penerimaan Signal:

1. Tidak dapat difahami, boleh mengerti.
2. Signal penerimaan lemah, boleh dibaca.
3. Signal penerimaan lemah, boleh diterima.
4. Signal penerimaan sederhana.
5. Signal penerimaan sederhana baik.
6. Signal penerimaan baik.
7. Kekuatan signal yang sederhana.
8. Signal penerimaan yang kuat.
9. Signal penerimaan yang kuat dan mantap.

Angka “5 dan 9” bermaksud amat baik diterima dengan kualiti audio yang jelas dan mantap.






ms 11

HURUF FONETIK

Huruf fonetik digunakan adalah semata-mata untuk mengelakan kekeliruan ketika berkomunikasi. Adalah disyorkan pengunaannya ketika berkomunikasi untuk mengelakan kesalahan ejaan didalam perbualan.

Callsign harus disebut mengunakan fonetik. Berikut adalah huruf & angka fonetik:-

A – ALFA B – BRAVO
C – CHARLIE D - DELTA
E – ECH F – FOXSTROT
G – GOLF H – HOTEL
I – INDIA J – JULIET
K – KILO L – LIMA
M – MIKE N – NOVEMBER
O – OSCAR P – PAPA
Q – QUEBEC R – ROMEO
S – SIERA T – TANGO
U – UNIFORM V – VICTOR
W – WHISKEY X – X-RAY
Y – YANKEE Z – ZULU
0 – NADAZERO 1 – UNAONE
2 – BISSOTWO 3 – TERRATHREE
4 – KARTEFOUR 5 – PANTAFIVE
6 – SOXSIX 7 – SETTESEVEN
8 – OKTOEIGHT 9 – NOVENINE

DECIMAL POINT – DECIMAL FULL STOP - STOP

KOD Q’ ( ‘Q’ CODE)
Kod ‘Q” disediakan dalam 3 huruf. Kod ‘Q’ sering digunakan sebagai perkataan ringkas. Contoh Kod ‘Q’ adalah saperti:-

QRT – SHALL I STOP SENDING (KELUAR DARI KEUDARA)
QRU – HAVE YOU ANYTHING FOR ME (ADA APA-APA SEBARANG BERITA
UNTUK SAYA)
QRX – WHEN WILL YOU CALL ME AGAIN (BILA ANDA AKAN MEMANGGIL
LAGI)
QRZ – WHO IS CALLING ME ( SIAPA MEMANGGIL SAYA)
QSO – CAN YOU COMMUNICATE (BERKOMUNIKASI)
QSY – SHALL I (WILL YOU) CHANGE FREQUENCY TO … (BOLEHKAN KITA
MENGUBAH FREQUENSI KE …).
QTH – WHAT IS LOCATION? (DIMANA LOKASI ANDA BERADA)

ms 12

CALLSIGN

Callsign adalah tanda pengenalan bagi sesebuah Stesyen Radio Amatur. Di Malaysia terbentuk daripada 2 tahap dengan 2 angka dan sekumpulan huruf tidak melebihi 3 huruf. Ia diberikan kepada Stesyen Premis, Mobil dan Mudah Alih. Pengenalan Callsign dipergunakan pada ketika permulaan dan pengakhiran perbualan.

Stesyen Radio Amatur dilengkapi dengan maxima 6 tahap Callsign didalam 3 teritori geographi di Malaysia iaitu Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak.

PERKARA YANG DILARANG KETIKA BERKOMUNIKASI

Perkara-perkara yang dilarang dan ditegah ketika perbualan melalui Radio Amatur:-

a. Perbualan yang berkaitan dengan anti kerajaan, politik, perniagaan, perkauman atau mana-mana isu yang boleh menyinggung rakyat Malaysia.
b. Jangan memancar sebarang musik, perbualan yang melibatkan jenayah, penyampaian mesej yang boleh memusnahkan, pengiklanan dan perbualan perniagaan. Kata-kata kesat dan lucah atau perkara-perkara yang boleh memburukan Negara.
c. Menyebar atau penyampaian berita, pengiklanan perniagaan bagi pihak ketiga.
d. Dilarang mengunakan Radio Amatur untuk tujuan ganguan terhadap individu atau perkara-perkara yang boleh menyebabkan ganguan frekuensi.
e. Dilarang mengulangi program atau berita yang diterima dari lain-lain Stesyen Radio selain daripada Stesyen Radio Amatur kecuali laporan cuaca atau lain-lain berita yang menafaat orang ramai yang dikeluarkan oleh agensi kerajaan.













ms 13


BAHAGIAN C : PEPERIKSAAN RADIO AMATUR (SYLLABUS)

1. Peraturan dan Kondisi.
2. Prosedur Pengendalian dan Perbuatan./
3. Aspek Teknikal dalam bidang Elekronik & Komunikasi Radio.
a. Peraturan Ohm (Ohm’ Law)
b. Voltan Arus Terus dan Alternat, Arus, Induktan, Rintangan, Galangan, Konduktor dan Insulator.
(AC & DC voltage, current, inductance, resistance, impedance,
conductor and insulator).
c. Transistor, Rintangan, Kapasitor, Rektifier, Suis, Fius dll. (Transistor, resistor, capacitor, rectifier, switch, fuse and etc).
d. Peranti (Solid State Device).
e. Penerima (Receiver).
f. Pemancar (Transmitter).
g. Propagasi dan Antena (Propagation and Antenna).
h. Gangguan (Interference).
i. Electromagnetic Compatibility (EMC).
j. Pengukuran (Measurement).
k. Asas (General).























ms 14

User avatar
JeNaL
Pentadbiran
Posts: 1758
Joined: 27 Mar 2007, 16:07
Location: sri kembangan
Contact:

Post by JeNaL »

Callsign handle operator
9W2WZL Zainal
9W2GGK Syahrul
9W2NPN mukhlis
9W2NOH Nizar
9W2WNO Nazry
9W2SAN sani aka fs
9W2AMK Am kedah
9w2MMZ mali selama
9W2PKA kayrol

User avatar
killers
Pendaki Tegar
Posts: 207
Joined: 26 Jul 2007, 00:03
Location: maybe in madagascar
Contact:

Post by killers »

mizi wrote:
killers wrote:
mizi wrote:nak minta aku ngajor pon buleh.......nak nota dr aku pon buleh....tp kena ada YL sebelah arrr...hehehehehe.ooo mentang2 aku dah lama x mai sini hgpa bahan aku yee.ok aku lulus periksa RAE bebaru ni.sapa yg nk sign 9M2 utk apply calsign leh minta kt aku.tahniah pd rakan2 gunung yg lulus moga2 menjadi manfaat berguna pd kita.9w2??? 73 cherio
hahah...mizi hang jd SWAL seumur hidup ke ape?9W2SWL?haha
hehehehehe......mana tau niii

hang klu nk sorok2 xyah la mizi.
dunia radio ni bkn beso sgt...hehehe
jeng kreng

User avatar
mizi
Kerabat Gunung
Posts: 1308
Joined: 17 Jul 2006, 15:22
Location: perlis
Contact:

Post by mizi »

killers wrote:
mizi wrote:
killers wrote:
mizi wrote:nak minta aku ngajor pon buleh.......nak nota dr aku pon buleh....tp kena ada YL sebelah arrr...hehehehehe.ooo mentang2 aku dah lama x mai sini hgpa bahan aku yee.ok aku lulus periksa RAE bebaru ni.sapa yg nk sign 9M2 utk apply calsign leh minta kt aku.tahniah pd rakan2 gunung yg lulus moga2 menjadi manfaat berguna pd kita.9w2??? 73 cherio
hahah...mizi hang jd SWAL seumur hidup ke ape?9W2SWL?haha
hehehehehe......mana tau niii

hang klu nk sorok2 xyah la mizi.
dunia radio ni bkn beso sgt...hehehe
hehehehe.....bila nak dengar audio dr selatan ni???ada berani ka???mau bikin satu team radio warga gunung...sila bg pendapat

sid
Pendaki Terlampau
Posts: 505
Joined: 17 Apr 2006, 18:23
Location: Middle Earth
Contact:

Post by sid »

mizi wrote: hehehehe.....bila nak dengar audio dr selatan ni???ada berani ka???mau bikin satu team radio warga gunung...sila bg pendapat
ko PM atankote, dia dalam usaha nak register club radio gunung. usaha masih lagi gagal, minta tolong sapa2 ada cable tali kapal.. kalo berjaya misi nih mayb kita ada frekunsi sendiri, pehtu leh pasang repeater mana2 gunung boleh cover satu malaya. repeater tong2 lah pehtu leh bukak untuk registration.
"Reality is merely an illusion, albeit a very persistent one"
________________________________________________
* * multiply * * facebook * * 9w2cyd * *
Image

solo
Pendaki Tegar
Posts: 211
Joined: 06 Dec 2005, 17:43
Location: Bukit Lanjan
Contact:

Post by solo »

repeater in every gunung, been dreaming about this for a while now....let me know if i can assist....
Hari
M: +6019 347 1239 ; E: 9W2ILD@gmail.com
WILD JUNCTION ( www.wildjunction.com)
9W2ILD (Niner Whiskey Too India Lima Delta)

Tropical Mountain Guide
Wilderness First Responder ( WMI of NOLS )
Nature Guide ( Licence # 9596 )

~ what we do in life, echoes in eternity

User avatar
mizi
Kerabat Gunung
Posts: 1308
Joined: 17 Jul 2006, 15:22
Location: perlis
Contact:

Post by mizi »

sid wrote:
mizi wrote: hehehehe.....bila nak dengar audio dr selatan ni???ada berani ka???mau bikin satu team radio warga gunung...sila bg pendapat
ko PM atankote, dia dalam usaha nak register club radio gunung. usaha masih lagi gagal, minta tolong sapa2 ada cable tali kapal.. kalo berjaya misi nih mayb kita ada frekunsi sendiri, pehtu leh pasang repeater mana2 gunung boleh cover satu malaya. repeater tong2 lah pehtu leh bukak untuk registration.
la igt dah lulus dah proposel yg atan buat tuu.apapon kena tubuh club dulu br leh apply repeater

Syahrul_Penang
Pendaki Gunung
Posts: 85
Joined: 27 Aug 2007, 20:12
Location: Penang

Post by Syahrul_Penang »

Blah aaarrr mizi,dapat callsign tak mau cerita sama kawan..apasal senyap sunyi dah sekarang ni?..dulu time tak ada lesen bukan main riuh lagi...bila gua mau dengar lu punya audio..

User avatar
mizi
Kerabat Gunung
Posts: 1308
Joined: 17 Jul 2006, 15:22
Location: perlis
Contact:

Post by mizi »

Syahrul_Penang wrote:Blah aaarrr mizi,dapat callsign tak mau cerita sama kawan..apasal senyap sunyi dah sekarang ni?..dulu time tak ada lesen bukan main riuh lagi...bila gua mau dengar lu punya audio..
hehehe lu punya audio pon tarak di tranasional...mcm mana mau qso.gua banyak duduk di simplex la kawan sbb simplex pon dah meriah mcm repeater.145.215 MHz

User avatar
JeNaL
Pentadbiran
Posts: 1758
Joined: 27 Mar 2007, 16:07
Location: sri kembangan
Contact:

Post by JeNaL »

mizi... boleh tak ko bagi aku freq Gunung Inas

User avatar
mizi
Kerabat Gunung
Posts: 1308
Joined: 17 Jul 2006, 15:22
Location: perlis
Contact:

Post by mizi »

orca wrote:mizi... boleh tak ko bagi aku freq Gunung Inas
9m4kbd 145.600 -600 tone 85.4.

User avatar
JeNaL
Pentadbiran
Posts: 1758
Joined: 27 Mar 2007, 16:07
Location: sri kembangan
Contact:

Post by JeNaL »

terima kasih

Syahrul_Penang
Pendaki Gunung
Posts: 85
Joined: 27 Aug 2007, 20:12
Location: Penang

Post by Syahrul_Penang »

gua banyak kat simplex laaa...145.425 ...gua ada di chabang baru2,simplex sama 9W2XMB ...

User avatar
mizi
Kerabat Gunung
Posts: 1308
Joined: 17 Jul 2006, 15:22
Location: perlis
Contact:

Post by mizi »

Syahrul_Penang wrote:gua banyak kat simplex laaa...145.425 ...gua ada di chabang baru2,simplex sama 9W2XMB ...
145.425 simplex lokalan penang ka?????...
145.400 simplex lokalan kg gajah,lumut,manjong...
145.350 simplex lokalan kuale kangsar...
145.250 simplex lokalan taiping...
146.010 simplex gunung yg selalu aku,mali,amk pakaisila tambah lg simplex yg rerakan selalu guna.lupa la pulok ni calsign aku 9w2Swl

User avatar
killers
Pendaki Tegar
Posts: 207
Joined: 26 Jul 2007, 00:03
Location: maybe in madagascar
Contact:

Post by killers »

mizi wrote:
Syahrul_Penang wrote:gua banyak kat simplex laaa...145.425 ...gua ada di chabang baru2,simplex sama 9W2XMB ...
145.425 simplex lokalan penang ka?????...
145.400 simplex lokalan kg gajah,lumut,manjong...
145.350 simplex lokalan kuale kangsar...
145.250 simplex lokalan taiping...
146.010 simplex gunung yg selalu aku,mali,amk pakaisila tambah lg simplex yg rerakan selalu guna.lupa la pulok ni calsign aku 9w2Swl

mizi hang jd short wave listener(SWL) seumur hidup..hehehehe
jeng kreng

Syahrul_Penang
Pendaki Gunung
Posts: 85
Joined: 27 Aug 2007, 20:12
Location: Penang

Post by Syahrul_Penang »

146.010 aku dok monitor lama sambil calling2 tarak sapa masuk... pastu aku simplex ngan member penang pakai 145.425...
Pak Mid scan ka atau dok monitor aku pun tak tau...tiba2 celah masuk join..

User avatar
killers
Pendaki Tegar
Posts: 207
Joined: 26 Jul 2007, 00:03
Location: maybe in madagascar
Contact:

Post by killers »

Syahrul_Penang wrote:146.010 aku dok monitor lama sambil calling2 tarak sapa masuk... pastu aku simplex ngan member penang pakai 145.425...
Pak Mid scan ka atau dok monitor aku pun tak tau...tiba2 celah masuk join..
bro..simplex ni diorg gune mase trekking je..klu xtreking..sonyap je freq tu..
meh layan wilayah70..hehehe
jeng kreng

User avatar
mizi
Kerabat Gunung
Posts: 1308
Joined: 17 Jul 2006, 15:22
Location: perlis
Contact:

Post by mizi »

146.010 ni hanya tuk treking ja...x mau gangu kenkawan len..x nek gunung senyap la frekuensi tuu.v70 peh jauhnya nak p,hampes 73

User avatar
killers
Pendaki Tegar
Posts: 207
Joined: 26 Jul 2007, 00:03
Location: maybe in madagascar
Contact:

Post by killers »

mizi wrote:146.010 ni hanya tuk treking ja...x mau gangu kenkawan len..x nek gunung senyap la frekuensi tuu.v70 peh jauhnya nak p,hampes 73

mizi hang cari kat v70 mmg xdpt..die bukan v70 tp W70..hikhikhik.. :evil: :evil:
jeng kreng

User avatar
seper4alif
Kerabat Gunung
Posts: 2100
Joined: 01 Jun 2006, 09:42
Location: gelanggang TokMeor
Contact:

Post by seper4alif »

weh nipon... klu v10 plak.... kompom QRM waakaakaaaa

73
seper4alif
:::masuk tempat orang bawak otak bukan pisau:::
Image ImageImage

mongkut
Pendaki Gunung
Posts: 73
Joined: 10 Apr 2007, 14:08
Location: Depan Kubur, View Bukit Tabuh

Post by mongkut »

nippon pun ade kat wilayah70 ke...

mari meriah kan wilayah70 & huru hara... :evil:

sekarang ni aku bertenggek kat v88 je... :oops:

Syahrul_Penang
Pendaki Gunung
Posts: 85
Joined: 27 Aug 2007, 20:12
Location: Penang

Post by Syahrul_Penang »

146.010 frekuensi standard yg aku pakai time treking atau mobile untuk contact budak aku yang kat depan dan QSO dengan sapa2 yang masuk...
145.425 simplex yang aku selalu standby masa kat bawah...

User avatar
mizi
Kerabat Gunung
Posts: 1308
Joined: 17 Jul 2006, 15:22
Location: perlis
Contact:

Post by mizi »

pa kata kita gasetkan 146.010 MHz jd simplex gunung,jd x la susah kenkawan nk cari.W70 mana mai niii. :evil: :evil:

Locked