Comunication Skills

Bilik khas untuk perbincangan dalaman berkaitan penggunaan radio dan isu berkaitan termasuk log radio di gunung.
User avatar
rembau
Pemegang Amanah GO
Posts: 1394
Joined: 06 Dec 2005, 08:41

Kepentingan Komunikasi

Post by rembau »

Komunikasi adalah salah satu cabang iktiar hidup...kerana kita amat perlu berkomunikasi dengan alam ketika mengharungi cabaran....dan yang paling komunikasi dengan para bala bantuan bagi meyampaikan / menerima sesuatu maklumat.....asas komunikasi dengan helikopter,tanda isyarat bagi tujuan memaklumkan kita berada disana dan sebagai nya adalah penting bagi meyenangkan kita dikesan untuk tujuan kita diselamatkan bila sesat/ kemalangan terjadi

heheh....boleh kekawan lain tolong huraikan ke untuk keselamatan para pendaki semua .......

kambinggurun
Senator Gunung
Posts: 557
Joined: 26 Jan 2006, 23:01
Location: gua kayu batu
Contact:

Post by kambinggurun »

kalo tak silap aku, salah satu benda yang perlu ade dalam survival kit adelah cermin kecik..siang hari cermin bleh pantul cahaye dari jarak jauh untuk menarik perhatian..so salah satu care komunikasi la..

kalo salah tolong betolkan ye..
::SRC-Total Outdoor::

User avatar
QtrMaster
Pendaki Tegar
Posts: 231
Joined: 12 Sep 2006, 04:10
Location: Malaya
Contact:

Post by QtrMaster »

ya betul... contohnya sebegini:
Image

User avatar
rembau
Pemegang Amanah GO
Posts: 1394
Joined: 06 Dec 2005, 08:41

Post by rembau »

QtrMaster wrote:ya betul... contohnya sebegini:
Image
Bro...gambo helicopter tu...ok le...kemungkinan nak nampak ada
tapi yg datang resque tu air plane...kemungkinanan nak nampak tu susah sikit... sebab pilot tu bukak nampak terutama kalau dia tengah buat pusingan....

heli...datang resque buat dalam formation bulat jugak ke? atau ziq-zaq...
mana le tau ada cara lain...boleh le stanby kalau ade kes emencgency... :)
Dan Kami jadikan di bumi gunung-ganang yang menetapnya, supaya bumi itu tidak menggegar mereka; dan Kami jadikan di celah-celahnya jalan-jalan laluan, supaya mereka mendapat petunjuk.(Surah Al-Anbiyaa':31)

User avatar
QtrMaster
Pendaki Tegar
Posts: 231
Joined: 12 Sep 2006, 04:10
Location: Malaya
Contact:

Post by QtrMaster »

ada banyak cara la actually, tapi taknak gi detail sangat, takde masa skang, ada deadline nak kejor.

kalu kapetebang tu menag for SAR dia akan ada at least sorang dua spotter kat tingkap. cermin ni cuma utk amik perhatian depa. the best kalu spport ngan unggun api atau rentang kain/fly warna oren atau buat tanda SOS atas muka bumi pakai susun batu atau kayu. Yg mustahak bila airborne SAR nampak dia akan radio kpd unit penyelamat (bomba, polis utan, parajumper etc)

kalu yang best nyer yg aku penah main dulu bende pen-flare ni:
Image

User avatar
seper4alif
Kerabat Gunung
Posts: 2100
Joined: 01 Jun 2006, 09:42
Location: gelanggang TokMeor
Contact:

Post by seper4alif »

wah benda nih lama dah tak tengok...
skang nih kat umah cuma ada fire stater je, sapa nak bleh le order hee hee (sempat lagi promot tuh :) )
seper4alif
:::masuk tempat orang bawak otak bukan pisau:::
Image ImageImage

User avatar
rembau
Pemegang Amanah GO
Posts: 1394
Joined: 06 Dec 2005, 08:41

Post by rembau »

yang teringat je nie

Komunikasi...adalah perhubungan dua hala diantara dua sumber yang berbeza menggunakan perantara yang difahami dan dapat membalas pesanan yang diberikan.

Dua elemet utama Komunikasi adalah Penglihatan & Pendengaran.

Antara jenis komunikasi:

1. Menggunakan Anggota Tubuh
2. Menggunakan Alam Semulajadi
3. Menggunakan Peralatan

Komunikasi boleh zahirkan dalam beberapa bentuk
1. Bunyi; perkataan dan bahasa
2.Isyarat dan Simbol
3.Kod Pesanan
3. Tanda

Paling penting Isyarat Hendaklah Difahami dan mempelbagaikan apa yang berada disekitar anda semaksimum mungkin untuk berkreatif menyampaikan pesanan
Last edited by rembau on 22 Sep 2006, 15:21, edited 4 times in total.
Dan Kami jadikan di bumi gunung-ganang yang menetapnya, supaya bumi itu tidak menggegar mereka; dan Kami jadikan di celah-celahnya jalan-jalan laluan, supaya mereka mendapat petunjuk.(Surah Al-Anbiyaa':31)

User avatar
rembau
Pemegang Amanah GO
Posts: 1394
Joined: 06 Dec 2005, 08:41

Post by rembau »

isyarat tubuh

Manusia dilengkapkan dengan pelbagai anggota tubuh untuk tujuan berkomunikasi sesama manusia

komunikasi yang selalu digunakan adalah menggunakan mulut (peti suara) yang boleh menutur kata perkataan yang dapat difahami dan dibalas pula pesanan tersebut. Tetapi ianya terhadap kepada jarak tertentu dan memerlukan kelengkapan untuk berkomunikasi secara berkesan.

Body signal atau isyarat tubuh juga adalah diantara komunikasi didalam kecemasan. pergerakkan keseluruhan tubuh dan pesanan paiwai dapat difahami..

Isyarat Alam Semulajadi

Isyarat ini lebih kepada penggunaan alam sekitar bagi menghasilkan pesanan atau isyarat kepada penyelamat-SAR.

Isyarat asap
Isyarat ini memerlukan persediaan terlebih dahulu. Ianya dibina dengan dua struktur utama iaitu bahan untuk menyalakan api dengan cepat dan bahan boleh mengeluarkan asap. Namun ianya kurang sesuai bagi kawasan yang berembun kerana dikuatiri SAR tidak dapat membezakan diantara pesanan dan embun yang tersejat. Adalah baik ianya dilakukan dikawasan yang lapang dan senang kelihatan.

Asap hendaklah kontra dengan warna latar belakang asap tersebut. Penggunaan sedikit air terhadap bahan bakar bagi menghasilkan asap putih atau getah bagi menghasilkan asap hitam dapat membantu.

Isyarat Api
Isyarat api juga boleh digunapakai tetapi sebelum memilih sebatang pokok beberapa perkara perlu diberi perhatian.
Pemilihan pokok adalah seperti berikut:
1. Sebaiknya pokok mati dan banyak ranting
2. Dibersihkan sekitar pokok tersebut dikuatiri api akan merebak
3. Bahan pembakar lain boleh digunakan untuk mempercepatkan proses tersebut
4. Pastikan api yang dinyalakan dapat menarik perhatian SAR-pemilihan kawasan

Isyarat Bunyi & Tanda Alam

Isyarat bunyi adalah boleh digunkan bila mana SAR dijalankan didarat dan tenaga perlu dijimatkan.

Isyarat Hutan juga boleh ditinggalkan untuk meninggalkan kesan jejak kepada SAR. Isyarat tersebut dapat dibezakan diantara kejadian alam atau buatan manusia.

Lukisan atau susunan objek semulajadi yang dilukis yang kontra dengan warna permukaan bumi boleh juga menyampaikan pesanan atau isyarat kepada SAR

Isyarat Peralatan

Isyarat ini adalah menggunakan bantuan perkakas yang dicipta khas untuk tujuan memudahkan komunikasi. Komunikasi antara darat ke darat, darat ke udara dan sebagainya dapat dilakukan dan difahami pesanan tersebut.

Peralatan disini boleh diringkaskan dari sekecil sehingga sebesar/ secanggih peralatan.

Diantaranya; radio, telephone (handphone), walkie talkie etc.

Disamping itu anggota tubuh yang lain juga boleh digunakan. Pergerakan badan terutamanya anggota tangan juga boleh menyampaikan sesuatu maksud. Isyarat bendera adalah kaedah yang diperkenalkan untuk ini.

Komunikasi juga boleh menggunakan isyarat memek muka atau isyarat badan. Namun ianya tidak bebarapa sesuai untuk tujuan komunikasi dengan pihak ketiga(pasukan penyelamat)-SAR.
Namum gabungan beberapa ahli XPDC yang disusun kepada terbentuk pesanan tertentu dapat peluang utk menyampaikan pesanan kepada SAR. Sebagai contoh SOS atau darat ke udara. Yang pastinya ditempat yg jelas dan senang untuk dikesan.
Last edited by rembau on 22 Sep 2006, 14:57, edited 1 time in total.
Dan Kami jadikan di bumi gunung-ganang yang menetapnya, supaya bumi itu tidak menggegar mereka; dan Kami jadikan di celah-celahnya jalan-jalan laluan, supaya mereka mendapat petunjuk.(Surah Al-Anbiyaa':31)

User avatar
nizran
Pendaki Tegar
Posts: 205
Joined: 22 Aug 2006, 01:52
Location: belakang pokok..
Contact:

Post by nizran »

bro rembau, bagaimana pula dengan komunikasi cara isyarat bendera, kod morse dan lelain...

dan macamana pula ngan isyarat guna batu2 n pokok..
itu terdiri dalam komunikasi yg sesuai dengan topik nie tak?

kalo iye... senang saya nak tambah...
mane satu belakang pokok???
Image

User avatar
rembau
Pemegang Amanah GO
Posts: 1394
Joined: 06 Dec 2005, 08:41

Post by rembau »

nizran wrote:bro rembau, bagaimana pula dengan komunikasi cara isyarat bendera, kod morse dan lelain...

dan macamana pula ngan isyarat guna batu2 n pokok..
itu terdiri dalam komunikasi yg sesuai dengan topik nie tak?

kalo iye... senang saya nak tambah...
yup bro..dipersilakan....
Dan Kami jadikan di bumi gunung-ganang yang menetapnya, supaya bumi itu tidak menggegar mereka; dan Kami jadikan di celah-celahnya jalan-jalan laluan, supaya mereka mendapat petunjuk.(Surah Al-Anbiyaa':31)

User avatar
nizran
Pendaki Tegar
Posts: 205
Joined: 22 Aug 2006, 01:52
Location: belakang pokok..
Contact:

Post by nizran »

er... idak le saya tau pasal isyarat morse dan bendera tu. macam morse kod nie elok yg ada lesen A radio amatur yg patut kasi up..
isyarat sulit guna pokok, ranting, batu n tanah dalam hutan saya reti sikit2...
nanti saya kasi top up. nak lukis gambo dulu...
mane satu belakang pokok???
Image

User avatar
rembau
Pemegang Amanah GO
Posts: 1394
Joined: 06 Dec 2005, 08:41

Post by rembau »

Komunikasi boleh zahirkan dalam beberapa bentuk
1. Bunyi; perkataan dan bahasa

Bunyi atau bahasa pada asalnya hanya ringkas dan difahami oleh suku kaum tertentu. Ianya berkembang dan akhir dapat diteima pakai semua banngsa. Contoh bahasa Melayu dari rumpun melayu tetapi terdiri daripada pelbagai suku kaum.

2.Isyarat dan Simbol

Isyarat dan simbol adalah petunjuk bagi memudahkan seseorang dalam menyampaikan komunikasi. Isyarat ini boleh terdiri daripada isyarat bendera, isyarat hutan, isyarat kecemasan,Isyarat panel, isyarat badan dan sebagainya.

3.Kod Pesanan

Kod pesanan adalah bahasa yang ditulis dalam bentuk lain. Kod morse, SOS, Kod Darat ke Udara, Kod Braille

3. Tanda

Tanda dapat ditinggalkan dengan melukis, menulis atau menandakan sebarang objek dengan menggunakan apa disekitar anda bagi menyampaikan sesuatu pesanan.
Dan Kami jadikan di bumi gunung-ganang yang menetapnya, supaya bumi itu tidak menggegar mereka; dan Kami jadikan di celah-celahnya jalan-jalan laluan, supaya mereka mendapat petunjuk.(Surah Al-Anbiyaa':31)

User avatar
QtrMaster
Pendaki Tegar
Posts: 231
Joined: 12 Sep 2006, 04:10
Location: Malaya
Contact:

Post by QtrMaster »

tumpang tambah sikit... banyak mende-mende ni dah lupa.... maklum le dah karat sebab lama tinggal.

biasanya komunikasi ni ada protokol spesifik mengikut setia grup masing-masing. kalu zaman pengakap dulu, paling koman, static campsite/basecamp kena ada sentry. nak lepas sentry kena ada password. password hanya boleh dijawab jika perkataan soalan/cabaran (challenge) adalah betul.

untuk expedition communication, terutama sekali bagi hubungan melalui radio ada beberapa protokol yang digalakkan seperti berikut:

* handshake - biasanya merangkumi pengenalan, pertukaran identiti dan kata cabaran (challenge) dibalas dengan kata laluan/jawapan (password)

* penyampaian mesej oleh satu pihak

* penerimaan mesej oleh pihak yang kedua. biasanya dengan mengulangi mesej yang diterima.

* penyampaian + penerimaan, bla bla bla

* penetapan masa utk komunikasi seterusnya.

* handshake dan putuskan hubungan.

biasanya bagi trip yg mempunyai monitoring dari base station, masa komunikasi telah ditetapkan lebih awal, contohnya setiap 4 jam, atau predetermined time (9 pagi & 9 malam, etc.) ini dituruti dengan backup time, jika mana-mana pihak miss masa komunikasi yg ditetapkan. jika tiada hubungan selepas tempoh yang ditetapkan, base station akan diletakkan ke yellow alert, dan selepas tempoh kemungkinan itu tamat, base station akan raise alarm dan form search party atau inform SAR.

protokol untuk komunikasi dalam kumpulan kecik jugak ada, contohnya perhubungan melalui walkie talkie antara pointman, guide, team leader ngan sweeper. bagi memastikan airwave sentiasa clear (kerana two way radio hanya boleh guna one way at a time) bagi menjimatkan bateri, masa perhubungan perlu diregulatekan.

dulu, kemudahan walkie talkie ni cuma kalu xpdc tu dibiayai oleh keparat atau projek yg disokong gomen. skang ni FRS radio dah murah, so mungkin boleh dijadikan satu praktis bagi meningkatkan kemantapan program dan menjamin keselamatan.

mintak maap.... terpanjang plak.

User avatar
rembau
Pemegang Amanah GO
Posts: 1394
Joined: 06 Dec 2005, 08:41

Post by rembau »

dulu, kemudahan walkie talkie ni cuma kalu xpdc tu dibiayai oleh keparat atau projek yg disokong gomen. skang ni FRS radio dah murah, so mungkin boleh dijadikan satu praktis bagi meningkatkan kemantapan program dan menjamin keselamatan.
betoi bro dah tiba masa nak upgrade quality climber nie

GPS dah mula diterima pakai...radio mungkin akan jadi kenyataan....
protokol untuk komunikasi dalam kumpulan kecik jugak ada, contohnya perhubungan melalui walkie talkie antara pointman, guide, team leader ngan sweeper. bagi memastikan airwave sentiasa clear (kerana two way radio hanya boleh guna one way at a time) bagi menjimatkan bateri, masa perhubungan perlu diregulatekan.
lokasi dan tempat untuk berhubung juga memain peranan dalam hutan...
ditepi genting atau lurah...signal kurang clear....kena cari tempat open...
power radio wave nie jugak penting...ada yg 1 km adan ada yg kuat...
cuma bateri yg kuat pakai tu yg tak larat nak pikul....
Dan Kami jadikan di bumi gunung-ganang yang menetapnya, supaya bumi itu tidak menggegar mereka; dan Kami jadikan di celah-celahnya jalan-jalan laluan, supaya mereka mendapat petunjuk.(Surah Al-Anbiyaa':31)

betterman
Pemegang Amanah GO
Posts: 2828
Joined: 04 Dec 2005, 08:39
Location: Bawah beirut
Contact:

Post by betterman »

walkie talkie sekarang nie dah ada beberapa kumpulan yang guna.
aku pernah guna walkie talkie masa gi liang east west dan terbukti sangat berguna....
Getting to the summit is optional, getting down is mandatory...

User avatar
QtrMaster
Pendaki Tegar
Posts: 231
Joined: 12 Sep 2006, 04:10
Location: Malaya
Contact:

Post by QtrMaster »

aku plak belum pernah kesempatan guna radio masa xpdc... maklum le masa zaman masuk utan dulu bende ni mahal, skang, time dia murah, aku plak tak masuk hutan.

tapi selalu guna moto T5720 untuk convoy roadtrip. best woo!

User avatar
fs
Pendaki Gunung
Posts: 139
Joined: 02 Jan 2006, 23:38

Post by fs »

pernah guna frs walkie talkie...

btw, sesaper nak bli new t5720 (pair) sekarang dlm rm230 jer... siap rechargeable batt. 5miles LOS... in the dense jungle, signal deteriorates significantly, tp, kalau dpt 1km in the jungle, it's still great, right?
:)

anyways, it's a great tool to have between scout/guide (front man) with the sweeper.

for emergency purposes... haven't been in one. so, dunno whether it will be useful. but, i assume, it will come in handy. though, i suspect uhf/vhf radios will be more useful. but, weight a lot more, and power is not easy.

btw, if stranded/emergency cases at the peak, ridge or clearing... ok lar. heli may spot on to you easily and can radio in for help. but, what if you are in the middle of a dense forest? heli most probably won't be able to spot anyone... so, what do we do in cases like this? send a runner? can frs communicate with the heli/sar? can uhf/vhf communicate with the sar/heli?

things to consider:
1. frs:
+ lightweight,durable,cheap,easy power supply (AA batteries), no license required
- signal deteriorates, not powerful

2. uhf/vhf:
+ powerful signal
- need license to operate, heavy, power supply (nicd).

3. flare signal/smoke grenade*:
+ light weight, enable heli (sar) to lock on faster, easy to use.
- one time application, hard to get, only useable in certain cases (heli above). caution needed (flare).


*for emergency cases, normally orange smoke is used (correct me if i'm wrong)
*my 2cents... radio (frs,uhf,vhf) is a very useful communication tool in the outdoor environment. but, how useful?... i do not know. can it communicate with sar? are the SAR on the same bandwidth?
ninewhiskeytwosierraalphanovemberclearandmonitoring

User avatar
QtrMaster
Pendaki Tegar
Posts: 231
Joined: 12 Sep 2006, 04:10
Location: Malaya
Contact:

Post by QtrMaster »

the only definitive frequency moniored for SAR puposes is UHF/VHF... nobody really monitored FRS... furthermore, the transmission distance of FRS is a limitation by itself. FRS is best for comm within the small group/team. One plus factor for FRS is each receiver also acts as repeater, therefore kalu byk unit deployed in between stretches of the travelling body, can help increase its range.

i hope that there'll come a day where every expedition team can afford to have a UHF/VHF radio for contingency purposes... but that day is yet to come. its already a common practice in the powil communities.

in my opinion, jungles in peninsular malaysia is not that bad... in case of emergency, most of the time u just need to get to higher ground and with luck u'll get a cellular coverage (mostly the case)... otherwise, revert to standard civilian survival practice: find a clearing, build a fire and if u have one on hand, spread open an orange (orange is international color denoting SOS) ground sheet. One problem with SAR is.. it has to be out looking for you. which means that somebody need to alert them to your emergency or disappearance.. or u need to raise them on radio first.

flare wold be nice... but found out that its prohibited by law under the same category as taser and miscellaneous weapons.

User avatar
forestgump
Pendaki Terlampau
Posts: 520
Joined: 19 Apr 2006, 20:17
Location: KL
Contact:

komunikasi...

Post by forestgump »

di dalam sinario emergency terdiri drpd..
1. Visual - melihat dan di lihat
2. Audible - mendengar dan di dengar
VISUAL
- jangan hanya bergantung kpd alat walkie talkies....lihat sekeliling anda dan juga apa ada pada anda :-). Walkie talkies, jika di letakkan pada mereka yang tidak faham akan protokol pengunaanya boleh menyebabkan keadaan kelam kabut. Lebih efektif jika di gunakan pada sebelah malam drpd sinag kerana dengan apa yg ada di sekeliling dan pada anda, gunkanlah is terlebih dahulu drpd menggunakan walkie talkies! Save batterieslah!
- yang sesat mestilah faham bahawa ia MESTI dapat di kesan dari darat dan udara oleh SAR, so...penggunaan baju warna terang serta meninggalkan kesan BUKAN bukan buatan hidupan liar atau alam adalah WAJIB!
AUDIBLE
- establish dulu protokol audible contact. Sekali lagi..lihat sekeliling dan gunakan apa yang alam boleh memberikan anda.
Datang ikuti kursus kami dan bolehlah kamni menerangkan dan di praktikan anda.
Dari segi pengalaman, saya sendiri telah melihat banyank pendaki lebih mengutaamakan..I WANT TO BE THERE drpd I WANT TO LEARN MORE.
Bila anda pernah terlibat dalam Ops SAR di dalam hutan dan permatang gunung, anda akan sedar betapa frustratednya bila mangsa terlalu focus dlam pendakian gunung dan bukanya pendakian mendapatkan ilmu :-(
The worst day in the jungles is ALWAYS better than the best day in office!

User avatar
fs
Pendaki Gunung
Posts: 139
Joined: 02 Jan 2006, 23:38

Post by fs »

any ham operators (uhf/vhf) or powil (4x4) care to feedback? any 9W(2/6/8)LLL or 9M(2/6/8)LLL in da house?

as for the grenades (smoke) and flare signal... mmg can't get it legally. although once upon a time, ada dijual... dunno skrg ada lg tak...

flare dulu jual tuk automotive/marine emergency (hand flare)...

smoke bomb (cold burn) dulu jual tuk paintball/marine, mcm2 colour ada... but choose orange ones for distress signal...

itu dulu... (anyways, both item ada due date)... both needs caution in handling, not for fun... but, so is uhf/vhf. all of them not for public use (unless you meet the conditions required)

on another note... pernah nampak org improvise :) , takleh dpt flare/smoke... musim perayaan... amik stock on something :) if you know what i mean. it's not much... but, IMHO, it's something... useful.

btw, jarang nampak org bwk whistle blower... why ek? it's also a tool for communication as the sound will travel farther... and saves your throat from shouting (which btw, is NOT the right way to communicate in the jungle) :)
ninewhiskeytwosierraalphanovemberclearandmonitoring

kambinggurun
Senator Gunung
Posts: 557
Joined: 26 Jan 2006, 23:01
Location: gua kayu batu
Contact:

Post by kambinggurun »

cane cara nak hasilkan kepul2 asap pada sela tertentu?

tudung and then buka balik unggun api pada sela masa tertentu menggunakan baju ke kain ke groundsheet ke.. (ikut kod SOS)


ade kan teknik nih? igt2 lupe a..
::SRC-Total Outdoor::

User avatar
fs
Pendaki Gunung
Posts: 139
Joined: 02 Jan 2006, 23:38

Post by fs »

actually, kalau nak buat smoke signal pakai api, theory nyer mcm tula, tutup and buka untuk menghasilkan asap 3x selang 3x.

tapi, more normal and generally accepted tuk buat 3 unggun api/asap secara segitiga or one line.

kalau whistle, blow 6x, stop, 6x. to answer blow 3x, stop, 3x.
ninewhiskeytwosierraalphanovemberclearandmonitoring

User avatar
rembau
Pemegang Amanah GO
Posts: 1394
Joined: 06 Dec 2005, 08:41

Re: komunikasi...

Post by rembau »

forestgump wrote:Dari segi pengalaman, saya sendiri telah melihat banyank pendaki lebih mengutaamakan..I WANT TO BE THERE drpd I WANT TO LEARN MORE.
Bila anda pernah terlibat dalam Ops SAR di dalam hutan dan permatang gunung, anda akan sedar betapa frustratednya bila mangsa terlalu focus dlam pendakian gunung dan bukanya pendakian mendapatkan ilmu :-(
Ayat yg bermakna....

Bro forestgump....saya ada sedikit persoalan tentang spot yang selalu dituju oleh SAR....maksud saya seperti yg diketahui tempat yang harus dituju adalah sungai atau kawasan tanah tinggi....(kawasan yg senan g kelihatan oleh SAR (udara)...tetapi keadaan hutan kita menghadkan kekawasan yang dipelajari...

Soalan: Lokasi bagaimanakah yang perlu dituju selain diatas....terutama SAR (darat) (mana le tau ada benda yg termiss kat sini)...
Dan Kami jadikan di bumi gunung-ganang yang menetapnya, supaya bumi itu tidak menggegar mereka; dan Kami jadikan di celah-celahnya jalan-jalan laluan, supaya mereka mendapat petunjuk.(Surah Al-Anbiyaa':31)

User avatar
nadir
Ahli Kehormat GO
Posts: 1586
Joined: 05 Dec 2005, 16:30
Location: Penang Darul Mamak
Contact:

Post by nadir »

waaaa syok woooo topik ni.... pasal flare, kat langkawi ni boleh dapat. cheap ones ( light flare ) cost about 80-90 per box of 6 units. they need to be held in the hand wile burning, and have different bringhtness. mostly warna merah. Jenis yang macam merrcun / payung terjun pun ada, tapi kena orde and more expensive. have not enquired how much they cost.

Smoke punya flare pun ada, dalam bentuk tin. orange coloured smoke, and floats on water. Kat langkai ni banyak boating punya supplies, so stock adalah nak cari and people don't quastion you why you're buying theese items, as it's a requirement on boats.

Tiap tiap 1 st jan, bot bot akan firekan flare - flare yang dah expired..... syok jugak tengok lat year .... heheheh
Ahmad Nadir Askandar
http://www.outdoordynamics.com.my - Buy outdoor gear online - free delivery !
Join us at FaceBook! - http://www.facebook.com/group.php?gid=340358030429

User avatar
forestgump
Pendaki Terlampau
Posts: 520
Joined: 19 Apr 2006, 20:17
Location: KL
Contact:

Re: komunikasi...

Post by forestgump »

Di dalam hutan rimba, bila mangsa trekking mencari jalan keluar, rajin2lah mencari kawasan dimana pokok besar tumbang kerana ini di namakan GAP in the jungles. Pokok besar tumbang bermakna ianya akan membawa pokok2 lain tumbang juga dan menghasilkan kawasan luas.
Pastikan mangsa , jika mempunyai baju berwarna terang...supaya meletakkanya di kawasan GAP tersebut.
Kalu nak menghidupkan api di siang hari, nakarlah bahan2 di perbuat getah ataupun kulit kerana asap nya berwarna hitam dan spotter SAR akan senantiasa mencari benda2 yg UNNATURAL.
Pada kebiasaanya, spotter akan mempunyai info terkini mengenai mangsa dan ini dapat membatu SAR team untuk membaca gerakan mangsa.
rembau wrote:
forestgump wrote:Dari segi pengalaman, saya sendiri telah melihat banyank pendaki lebih mengutaamakan..I WANT TO BE THERE drpd I WANT TO LEARN MORE.
Bila anda pernah terlibat dalam Ops SAR di dalam hutan dan permatang gunung, anda akan sedar betapa frustratednya bila mangsa terlalu focus dlam pendakian gunung dan bukanya pendakian mendapatkan ilmu :-(
Ayat yg bermakna....

Bro forestgump....saya ada sedikit persoalan tentang spot yang selalu dituju oleh SAR....maksud saya seperti yg diketahui tempat yang harus dituju adalah sungai atau kawasan tanah tinggi....(kawasan yg senan g kelihatan oleh SAR (udara)...tetapi keadaan hutan kita menghadkan kekawasan yang dipelajari...

Soalan: Lokasi bagaimanakah yang perlu dituju selain diatas....terutama SAR (darat) (mana le tau ada benda yg termiss kat sini)...
The worst day in the jungles is ALWAYS better than the best day in office!

User avatar
rembau
Pemegang Amanah GO
Posts: 1394
Joined: 06 Dec 2005, 08:41

Post by rembau »

nadir wrote:.....they need to be held in the hand wile burning, and have different bringhtness. mostly warna merah. Jenis yang macam merrcun / payung terjun pun ada, tapi kena orde and more expensive. have not enquired how much they cost.

Smoke punya flare pun ada, dalam bentuk tin. orange coloured smoke, and floats on water. ......, as it's a requirement on boats.

Tiap tiap 1 st jan, bot bot akan firekan flare - flare yang dah expired..... syok jugak tengok lat year .... heheheh
Bro ....flare ni ada bermacam warna dan mempunyai maksud tersendiri...
Soalan : Warna apakah dan Maksud warna tersebut??
Dan Kami jadikan di bumi gunung-ganang yang menetapnya, supaya bumi itu tidak menggegar mereka; dan Kami jadikan di celah-celahnya jalan-jalan laluan, supaya mereka mendapat petunjuk.(Surah Al-Anbiyaa':31)

kambinggurun
Senator Gunung
Posts: 557
Joined: 26 Jan 2006, 23:01
Location: gua kayu batu
Contact:

Re: komunikasi...

Post by kambinggurun »

[quote="forestgump"] di dalam sinario emergency terdiri drpd..
- jangan hanya bergantung kpd alat walkie talkies....lihat sekeliling anda dan juga apa ada pada anda :-). Walkie talkies, jika di letakkan pada mereka yang tidak faham akan protokol pengunaanya boleh menyebabkan keadaan kelam kabut.[/quote]

bro kalo ade masa kasi up la pasal protokol bila guna walkie talkie or alat2 yg sewaktu dengannye..

tensen tol, nape aku quote asik tak jadi je ni? sedih tol buta IT ni..
::SRC-Total Outdoor::

User avatar
fs
Pendaki Gunung
Posts: 139
Joined: 02 Jan 2006, 23:38

Post by fs »

"rembau if i'm not mistaken
orange smoke for distress... (pakai siang)
red flare for distress also... (pakai mlm)
lain kaler taktau...

protocol penggunaan walkie talkie vhf/uhf dlm emergency:
0. catatkn frequency yg digunakan
1. tekan transmit/ptt and sebut "BREAK!BREAK!" lepaskan ptt/transmit dan tgu bbrp saat untuk jawapan(contoh:"BREAK!BREAK!")
2. perkenalkan diri (contoh: "nine whiskey two alpha bravo charlie") dan nyatakan:
"why PATSI"
a - Why? apa tujuan anda call/broadcast?
b - Position? dimana kedudukan anda?
c - Altitude? berapa ketinggian anda?
d - Track? kemana anda menghala (bergerak)/atau anda statik?
e - Speed? sekiranya bergerak, berapa kelajuan anda?
f - Intention? apa keperluan anda?

sekiranya frequency itu takder responder... try scan for other frequency yg ade pengguna (dan ikuti protocol langkah 1-2)... sentiasa kembali pada frequency asal dari masa ke semasa sekiranya tiada response dr frequency lain"



*note:
- adalah protocol radio amatur untuk release frequency pabila mendengar "BREAK!" dan adalah juga protocol wajib bagi radio amatur untuk memberi response kepada distress call ("BREAK!")
- information ni adalah mengikut apa yg saya digest (i'm don't have a AROC)... if any inaccuracies, please do comment. use the information at your own risk. distress calls, are to be used only when necessary.
- sekiranya ada pemegang lesen ASAA (class A or B) di dlm forum ini, sila la comment or... etc....

btw, sorry... i didn't mean to be rude. it's just that i don't exactly qualify to tell how's it's done (as i don't have AROC) :oops:
Last edited by fs on 20 Oct 2006, 23:14, edited 2 times in total.
ninewhiskeytwosierraalphanovemberclearandmonitoring

User avatar
QtrMaster
Pendaki Tegar
Posts: 231
Joined: 12 Sep 2006, 04:10
Location: Malaya
Contact:

Post by QtrMaster »

bro, its nice to have knowledge, but one cant expect everyone is as well verse as oneself.

Perhaps its beneficial to share some info on the protocol, because despite not having the licence, some of us lesser mortals might still end up in an emergency situation where you have access to such comm device, but not the knowledge to operate one.

the purpose is to share and enlighten those who wish to seek knowledge.

sori merapu sikit tengah malam ni.... :)

User avatar
fs
Pendaki Gunung
Posts: 139
Joined: 02 Jan 2006, 23:38

Post by fs »

:)
i guess, i'm also one of the lesser mortals... :lol:
ninewhiskeytwosierraalphanovemberclearandmonitoring

User avatar
forestgump
Pendaki Terlampau
Posts: 520
Joined: 19 Apr 2006, 20:17
Location: KL
Contact:

Post by forestgump »

fs wrote:"rembau if i'm not mistaken
orange smoke for distress... (pakai siang)
red flare for distress also... (pakai mlm)
lain kaler taktau...

protocol penggunaan walkie talkie vhf/uhf dlm emergency:
0. catatkn frequency yg digunakan
1. tekan transmit/ptt and sebut "BREAK!BREAK!" lepaskan ptt/transmit dan tgu bbrp saat untuk jawapan(contoh:"BREAK!BREAK!")
2. perkenalkan diri (contoh: "nine whiskey two alpha bravo charlie") dan nyatakan:
"why PATSI"
a - Why? apa tujuan anda call/broadcast?
b - Position? dimana kedudukan anda?
c - Altitude? berapa ketinggian anda?
d - Track? kemana anda menghala (bergerak)/atau anda statik?
e - Speed? sekiranya bergerak, berapa kelajuan anda?
f - Intention? apa keperluan anda?

sekiranya frequency itu takder responder... try scan for other frequency yg ade pengguna (dan ikuti protocol langkah 1-2)... sentiasa kembali pada frequency asal dari masa ke semasa sekiranya tiada response dr frequency lain"



*note:
- adalah protocol radio amatur untuk release frequency pabila mendengar "BREAK!" dan adalah juga protocol wajib bagi radio amatur untuk memberi response kepada distress call ("BREAK!")
- information ni adalah mengikut apa yg saya digest (i'm don't have a AROC)... if any inaccuracies, please do comment. use the information at your own risk. distress calls, are to be used only when necessary.
- sekiranya ada pemegang lesen ASAA (class A or B) di dlm forum ini, sila la comment or... etc....

btw, sorry... i didn't mean to be rude. it's just that i don't exactly qualify to tell how's it's done (as i don't have AROC) :oops:
Sesiapa saja boleh design their own set of protocols tapi protocol ini mestilah di aku terima oleh semua yg terlibat di dalam ekspidisi ini.
Make it SIMPLE but EFFECTIVE!
Use common language yg di peaku terima oleh semua.
Protokol seharusnya termasuk PENJAGAAN alat walkie talkie dan jangan sekadar PENGUNAAN sahaja!
The worst day in the jungles is ALWAYS better than the best day in office!

tombiruo
Pendaki Gunung
Posts: 96
Joined: 01 Jan 2006, 12:27

Post by tombiruo »

salah satu faktor dlm kes sebegini..warna groundsheet juga bleh membantu...dengan mengikat di atas pokok dlm keadaan warna biru keatas dan dlam keadaan mengembang,d sertakan ngan isyarat yg lain..pepun just info tuk kengkawan,kalu salah harap dperbetulkan. 8)










..peAce... :arrow:

User avatar
fs
Pendaki Gunung
Posts: 139
Joined: 02 Jan 2006, 23:38

Post by fs »

8)

rasanya, dlm penggunaan radio amatur (vhf/uhf), bukan sesiapa shj boleh set protocol sendiri... penggunaan "BREAK!" strictly hanya untuk emergency, maksudnye secara kasar/panjang, "sesiapa yg sedang menggunakan frequency ini, stop transmitting untuk memberi laluan kepada saya untuk transmit distress call"

dan secara langsung sesiapa yg sedang menggunakan frequency tersebut wajib untuk menyahut distress call tersebut. penggunaan "MAYDAY!" adalah hanya untuk aircraft/marine dan amat dilarang kecuali life is at stake...

protocol ini bukan set sendiri... tp, termaktub dlm guideline MCMC bagi operator radio amatur yg berlesen. dan rasanya protocol ni diguna pakai secara universal. 8)

protocol untuk walkie talkie frs... boleh la set sendiri.

kalau ade otai2 yg ade AROC/ASAA... sila la memberi pandangan/teguran lebih detail.
ninewhiskeytwosierraalphanovemberclearandmonitoring

User avatar
fs
Pendaki Gunung
Posts: 139
Joined: 02 Jan 2006, 23:38

Post by fs »

tombiruo...
oren ke atas... oren colour distress sedunia... :arrow:
ninewhiskeytwosierraalphanovemberclearandmonitoring

kambinggurun
Senator Gunung
Posts: 557
Joined: 26 Jan 2006, 23:01
Location: gua kayu batu
Contact:

Post by kambinggurun »

AROC ngan ASAA tu apa?
::SRC-Total Outdoor::

tombiruo
Pendaki Gunung
Posts: 96
Joined: 01 Jan 2006, 12:27

Post by tombiruo »

fs wrote:tombiruo...
oren ke atas... oren colour distress sedunia... :arrow:

ops...terima kasih diats pembetulan. 8)

User avatar
fs
Pendaki Gunung
Posts: 139
Joined: 02 Jan 2006, 23:38

Post by fs »

AROC = amateur radio operator's certificate
- lesen/sijil untuk mengendali/handle radio amatur (kena pass RAE)

ASAA = amateur station apparatus assignment
- lesen/sijil bagi mengendali/handle station radio amatur (pass RAE dan mempunyai AROC)


*RAE = radio amatur examination
- di handle oleh suruhanjaya komunikasi dan multimedia malaysia/malaysian communications and multimedia commission (mcmc), diadakan 2kali setahun.

bila pass RAE, blh apply untuk dapatkan callsign (nama bila "on air" menggunakan radio) contoh callsign: 9W2ABC (bila disebut secara phonetic : nine whiskey two alpha bravo charlie)
ninewhiskeytwosierraalphanovemberclearandmonitoring

amkdh08
Pendaki Gunung
Posts: 168
Joined: 27 Dec 2005, 17:48
Location: The North Place

contact....

Post by amkdh08 »

9W2AMK join......

he...talking fasal amatur radio erk....so, pada pdangan saya semua jenis komunikasi yang dibincangkan adalah ok, cuma bergantung pada individu tersebut utk mggunakannya dgn cara yang btl or sebagainya...
tapi amatur radio lg ok la.....sbb wktu kita dlm kawasan hutan,gng ganang,bukit bukau...or jauh pedalaman...keupayaan utk berkomunikasi adalah 99%. 1% mngkin btty abis.
berdasarkan pengalaman saya....dengan hanya menggunakan 0.5watt shja audio yang dihantar dpt diterima dengan baik, dan penerima dpt dgr dan pham.sebab amatur radio jenis handy 5watt mggunakan gelombang jenis 2meter band.berbanding dengan walkie-talkie.....,walkie-talkie guna 1watt untuk memancar audio...tp jika kita berada di kawasan terlindung....maka....bunyinya...(tak dengar la)hee lawak sikit.
sekarang ni yang trekking bawa radio juz saya n kwn sya (mali selama)
performance mmg berbaloi......
klu tak bleh embak repeater...main simplax pn ok.asalkan tak ggu frekunsi orang lain.lagi pun jika kita seorang operator radio amatur..maka kwn2 yang lain(amatur radio) juga akan memantau kita semasa trekking..satu malaysia pn blh pantau.
fasal battry tak jadi masalah...sbb adajual battry case untk muat btry alkaline AA x 6 biji. tak pn bttry moto pn blh bawa(kena modified skit dng cigartte chger).

byak meleter ni tak tau la btl ke tak....

jika ada muskil fasal radio amatur blh tany otai2 ni:

1. pak syukur, 9M2SY - 012-5677851 (toke jual radio)
2. pak rahim,9M2RR - 05-7256700 (presiden ASTRA....radio punya cif)
Stay 2gether We Survive

User avatar
rembau
Pemegang Amanah GO
Posts: 1394
Joined: 06 Dec 2005, 08:41

Post by rembau »

amkdh08..TQ bagi no...kalau ada rezeki boleh buat kerjasama dgn RA...
Dan Kami jadikan di bumi gunung-ganang yang menetapnya, supaya bumi itu tidak menggegar mereka; dan Kami jadikan di celah-celahnya jalan-jalan laluan, supaya mereka mendapat petunjuk.(Surah Al-Anbiyaa':31)

User avatar
fs
Pendaki Gunung
Posts: 139
Joined: 02 Jan 2006, 23:38

Post by fs »

amkdh08,

saya baru pass RAE yg baru nie... tapi tak register callsign and etc lagi coz sibuk hujung tahun... & etc.

anyway, camne ek nak proceed? coz baru pass "whiskey"... nak amik call sign kena dapatkan endorsement 2 orang "mike". ingat nak tanya MARTS or MARES. tapi nak join mereka sembang2... timing selalu clash. hmmm... register dlm forum diorg pun belum activate lagi...
ninewhiskeytwosierraalphanovemberclearandmonitoring

Post Reply