G Tiong (Tmn Negara Endau Rompin) + Mulu vs Pinnacles

Kaunter khas untuk mencari maklumat berkaitan gunung dari rakan gunung yang lain.

Moderator: nadir

Post Reply
User avatar
buDak gUnUng
Pendaki Gunung
Posts: 63
Joined: 13 Mar 2009, 23:31

G Tiong (Tmn Negara Endau Rompin) + Mulu vs Pinnacles

Post by buDak gUnUng »

Salam kembara...
Saya memerlukan sedikit (banyak lagi baek) info tentang G Tiong dan sedikit sebanyak info tentang Mulu & Pinnacles. Dari segi pjalanan, rupa bumi, kemudahan, kelengkapan & keperluan yg perlu ada utk kesana.

User avatar
buDak gUnUng
Pendaki Gunung
Posts: 63
Joined: 13 Mar 2009, 23:31

Re: G Tiong (Tmn Negara Endau Rompin) + Mulu vs Pinnacles

Post by buDak gUnUng »

sedey nye x de yg dpt mbantu.... tima kasih... :cry:

User avatar
shahrul
Senator Gunung
Posts: 819
Joined: 25 Apr 2011, 08:21
Location: streets of uptown

Re: G Tiong (Tmn Negara Endau Rompin) + Mulu vs Pinnacles

Post by shahrul »

bukan tanak bantu tapi kurang info pasal tempat2 yg ditanya tu

rasanya kalo nak info2 ni pasal G. Tiong /Endau Rompin bole tanya pakar mcm abg Jenal, kalo Mulu-Pinaccles carik abg Sham Castello.. diorang aktif kat facebook GO
_________________
_________________

User avatar
roket*
Pendaki Gunung
Posts: 181
Joined: 22 Sep 2009, 02:16
Location: KL-JB

Re: G Tiong (Tmn Negara Endau Rompin) + Mulu vs Pinnacles

Post by roket* »

buDak gUnUng wrote:sedey nye x de yg dpt mbantu.... tima kasih... :cry:
terasa pula hati baca statement nie, macam orang kat GO jenis yang tak membantu. huhu.

FYI, gunung-gunung nie rare bunyinya. so, infonya mungkin hanya sebilangan kecil yang ada. harap bersabar, cari info guna saluran yang laen juga.
there is no such thing as failure, it is only a success* delay
-MARCcrewz-

User avatar
buDak gUnUng
Pendaki Gunung
Posts: 63
Joined: 13 Mar 2009, 23:31

Re: G Tiong (Tmn Negara Endau Rompin) + Mulu vs Pinnacles

Post by buDak gUnUng »

Tima kasih abg... Saye sedia menungu.....

User avatar
rembau
Pemegang Amanah GO
Posts: 1394
Joined: 06 Dec 2005, 08:41

Re: G Tiong (Tmn Negara Endau Rompin) + Mulu vs Pinnacles

Post by rembau »

Cari posting lama bro
Dan Kami jadikan di bumi gunung-ganang yang menetapnya, supaya bumi itu tidak menggegar mereka; dan Kami jadikan di celah-celahnya jalan-jalan laluan, supaya mereka mendapat petunjuk.(Surah Al-Anbiyaa':31)

User avatar
shahrul
Senator Gunung
Posts: 819
Joined: 25 Apr 2011, 08:21
Location: streets of uptown

Re: G Tiong (Tmn Negara Endau Rompin) + Mulu vs Pinnacles

Post by shahrul »

posting lama lama...
Gunung Tiong: http://www.gunungonline.com/basecamp/vi ... 64&p=37547

Mulu & Pinaccles: http://www.gunungonline.com/basecamp/vi ... =10&t=1803

kena kontek rakan2 kat dalam thread tu la kalo mau tau lebih...
saya hanya tunjukkan jalan..sikit2 lah :)

nak meriah dgn jawapan lagi ramai yg boleh membantu kat sini https://www.facebook.com/groups/gunungonline/
:minum:
_________________
_________________

Lt.Cmdr. Kamal Ariffin
Kerabat Gunung
Posts: 1318
Joined: 12 Jan 2006, 11:43
Location: Gunung Bawah Laut
Contact:

Re: G Tiong (Tmn Negara Endau Rompin) + Mulu vs Pinnacles

Post by Lt.Cmdr. Kamal Ariffin »

Main terjah tetiba nak maklumat macam kurang ajor beno ye
Lain la datang sembang bawah Fly mungkin kita bagi juga la ya
kurang minat.................. sebab sikap anda begitu

User avatar
shahrul
Senator Gunung
Posts: 819
Joined: 25 Apr 2011, 08:21
Location: streets of uptown

Re: G Tiong (Tmn Negara Endau Rompin) + Mulu vs Pinnacles

Post by shahrul »

sabo bang kamal.. bawak bertendang :lidah:

dia mintak info2 je bukan nak mintak pajero sebijik kaa.. makan ais kacang pree pun idak ..hehe
jgn marah abg kamal, nnt kita trek lagi leh sembang2 sambil minum todipeng kurang manissssss :minum:

tambahan info bagi gunung Tiong:
http://www.utusan.com.my/utusan/info.as ... =rk_01.htm
_________________
_________________

User avatar
adventure inc
Pendaki Tegar
Posts: 222
Joined: 27 May 2009, 23:51
Location: penang hill, my

Re: G Tiong (Tmn Negara Endau Rompin) + Mulu vs Pinnacles

Post by adventure inc »

rilek la abg kamal.. dia tanya jer.. lain la kalau dia mintak tanya skali ngan rusa pat lima ekor :lidah:

insya allah sy akan ke gunung mulu & pinnacles hujung bulan ni. ada info insya allah buleh kongsi.
kebiasaannya kalau nak tau info tentang sesuatu, byk sumber yg kita boleh cari. tambah zaman
la ni lagi la senang.. search n baca je info kat sumber2 yg available, compare ngan blog2 org yg
dah biasa p.. :idea:
:: DOUBT :: FEAR :: EXCUSES ::
the mountain is not the only thing you conquer - never stop xploring

User avatar
che'gu
Pendaki Tegar
Posts: 289
Joined: 27 Jan 2009, 01:58

Re: G Tiong (Tmn Negara Endau Rompin) + Mulu vs Pinnacles

Post by che'gu »

Lt.Cmdr. Kamal Ariffin wrote:Main terjah tetiba nak maklumat macam kurang ajor beno ye
Lain la datang sembang bawah Fly mungkin kita bagi juga la ya
kurang minat.................. sebab sikap anda begitu

Aiyakk.....chief lanun dah :tembak: Lariii.....

Lt.Cmdr. Kamal Ariffin
Kerabat Gunung
Posts: 1318
Joined: 12 Jan 2006, 11:43
Location: Gunung Bawah Laut
Contact:

Re: G Tiong (Tmn Negara Endau Rompin) + Mulu vs Pinnacles

Post by Lt.Cmdr. Kamal Ariffin »

Day 1 26 Dis 2007
Dari LCCT ke Miri
Tunggu bebudak ni. Memang orang kata penantian ni satu siksa ha ha ha
Sampai Miri malam. View agak menarik.
Abang aku tunggu kat Miri dengan kawan dia Cif Ins Chan
Membeli barangan di Miri. Lepas tu cari Apple Longe nak tido. Tapi pakat pakat balik lebih baik tido Balai Polis. Tak payah bayar apa apa. Unit Siasatan Jenayah Komersial Miri. Kira macam orang tahanan la.
Day 2
Naik Mas Wing ke Mulu
Kapalterbang kipas punya. Lalu celah celah gunung. 25 minit je.

Dari Mulu Airport ke Mulu Park naik Van Bayo 2 hinggit sorang.
Daftar kat Mulu Park. Simpan barang terus jumpa Guide.
12:00 th jalan ke Mulu lalu paya paya sampai Kem 1, 4:00 petang
Mandi kat sungai. Awas mandi sungai ni penuh dengan pacat. Satu badan aku kena.

Day 3
Dari Kem 1 ke Kem 3
Terus Tegak tak hinggat. Sendiri tengok la.
Tido kem 3 sebab aku dah tak larat. Kalau sampai Kem 3 lebih jam 2:00 petang Guide tak bagi naik Kem 4. Takut sampai sana dah gelap jadi kitaorang amik keputusan tido je Kem 3 dan esok pagi shut terus puncak. Suma barang tinggal kat sini.

Day 4
Dari Kem 3 ke Kem 4.
Singgah minum kejap dan tinggalkan barang yang tak perlu disini.
Shut terus ke puncak dan balik singgah kem 4 untuk makan tengahari terus turun Kem 3.

Day 5
Dari Kem 3 terus turun sampai Mulu Park.
Tido Hostel Mulu Park RM25.00 semalam
Makan nasi Goreng RM8.00 sepingan. Murah tu.

Day 6
Dari Mulu Park ke Kuala Litut naik Boat
Singgah gua angina dan gua segalanya. Guide dia cantik beb.
Kuala Litut berenti kejap. Makan dan jalan kaki 8 KM ke Kem 5
Jalan denai lalu 2 jambatan gantung. Sampai Kem 5 dalam 1:30 minit je.
Jalan datar hujung tu je ada bukit sikit dan rentas sungai kecik.
Tipi Kem 5. Sangat menarik. Sungai dia pehhhhh
Malam sunyi sepi tengah belantara tapi ada Resort di sini. Heran kan. Diaorang bena dan angkut suma barang dengan Heli tentera dulu untuk latihan tentera Brunei.



Day 7
Bangun 4:00 pagi nak gerak ke Pinicelle. Gunung Api. Kalau jam 11:pagi tak sampai tangga pertama. Guide tak bagi naik. Kalau hujan Guide tak bagi naik kena tunggu pulak esok.
Kami sampai tangga pertama 9:00 pagi cuaca sangat menarik sedangkan guide kata dah 5 hari hujan disini. Tapi kami sangat bernasib baik.
Turun ke Kem 5 semula dan tido semalam lagi.

Day 8
Dari Kem 5 balik ke Mulu Park naik boat. Air dah kurang jadi kena tolak bot sangkut kat batu
Singgah kampong Penan dan beli 2 bilang parang Penan buat potong kepala
Tido lagi mulu Park. Celah kangkang melecet susah nak jalan.

Day 9
Dari Mulu Park naik van ke Airport
Balik ke Miri.
Cif Ins Chan tunggu dan tido Balai Polis lagi.
Sempat gak membeli belah jalan kaki sebab abang aku kena pegi Kuching jadi kami jalan jalan kat Bandar Miri.
Malam tu baru abang aku balik dan jumpa dia. Belanja makan sebab dia dapat surat naik pangkat jadi DSP. Sekarang abang aku dah tukar kat Kuching.

Day 10
Balik ke KL

Kalau ada masalah kat sana cuba contac Cif Ins Chan Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Miri, cakap engkau kawan baik adik Tuan Harun yang datang Mulu hujung tahun lepas.

Chiff Lanun

User avatar
shahrul
Senator Gunung
Posts: 819
Joined: 25 Apr 2011, 08:21
Location: streets of uptown

Re: G Tiong (Tmn Negara Endau Rompin) + Mulu vs Pinnacles

Post by shahrul »

haaa tudia sekali chiff lanun dah kluarkan log book dia
amekk amekk.. semua info tu

time kasih sudi kongsi chieff!! :minum: todiOpeng kurang manisss dulu
_________________
_________________

Lt.Cmdr. Kamal Ariffin
Kerabat Gunung
Posts: 1318
Joined: 12 Jan 2006, 11:43
Location: Gunung Bawah Laut
Contact:

Re: G Tiong (Tmn Negara Endau Rompin) + Mulu vs Pinnacles

Post by Lt.Cmdr. Kamal Ariffin »

Gunung Tiong aku tak buat Log.
Rasanya kami nak masuk lagi dan nak buat Trans Selai Peta. Ini geng menebas dan GPS sebab nak bukak Trek baru sebab selama ni orang masuk Selai keluar Selai dan masuk Peta keluar Peta jadi kalau laluan Selai Peta ni menurun cuma nak cari Topo Map dan kebenaran Taman Negara Johor. Tapi kalau kita buat Trans ni tentu ada satu kemsait nama dia Kem Lanun ha ha ha. lalalalalalal :kah:

ikan-lelumba
Pendaki Gunung
Posts: 62
Joined: 21 Aug 2011, 21:07

Re: G Tiong (Tmn Negara Endau Rompin) + Mulu vs Pinnacles

Post by ikan-lelumba »

Baru balik dr Gng Mulu & Pinnacles. Mmg best trip ni. Tapi yg tak bestnyer, 2-3 bulan ni kena berjimat cermat. Mmg besar kos utk trip ni bagi saya. Ye la, keseluruhan trip pun dah makan masa 8 hari. Tambah lagi dgn kos penerbangan.
Hari 1 - KL-Miri-Mulu (tiket MasWings RM260 return)
Sampai di Mulu dlm kul 2 lebih. Naik van dr epot Mulu ke Taman Negara HQ (tambang RM5 sorang)
Petangnya kami ke Gua Rusa & Gua Lang - 3km dr HQ. Mmg kagum dgn dua2 gua ni walaupun saya sebenarnya tak minat masuk gua2. Malam lepas makan tido jer.

Hari 2 - Start trekking dr HQ awal pagi. 5.5 km yg pertama ke Kem 1, trek santai & landai jer. Tapi pacat byk gak. Kena cross 1 sungai. Kat Kem 1 ade pondok utk bermalam. Ada sungai. Yg best nya pondok2 di Mulu ni ade kemudahan tandas & tpt mandi, ada air paip dr tadahan hujan. So takyah cari port utk buang air. Takyah bawak khemah/fly utk tido. Lepas jer Kem 1, trek dah start pacak, pacak & pacak & pacak lagi sampai la ke Kem 3 (km 12.5). Bab mendaki ni saya tkde masalah sangat, tp memikirkan nak turun besok2 dgn trek camni, dah start rasa mental. Kami bermalam di Kem 3. Ada pondok utk tido, bilik air, tandas, air paip.

Hari 3 - Start trekkking dr Kem 3 ke Kem 4. Sambungan trek pacak dr semalam tak abis lagi. Layan lagi pacak dlm 1.5 jam, pastu baru la jumpa trek turun naik & turun naik sampai la ke Kem 4. Dlm 4 jam dah bole sampai dr Kem 3 ke Kem 4. Sampai di Kem 4 dlm tengahari. Bermalam di Kem 4 jer sbb hari dah mula hujan & kalu nak naik puncak pun mungkin view kurang menarik di waktu petang/kabus.

Hari 4 - Start mendaki ke puncak dlm kul 3 pagi. Ni trek pacak jer ada yg sampai 90 darjah & kena guna tali. Dalam 2 jam kami sampai puncak, masih gelap lagi. Tunggu jer sampai matahari terbit. View mmg terbaik.
Dah puas layan view kami gerak turun ke Kem 4. Alas perut lebih kurang pastu kami start turun ke Kem 1.
Part trek menurun ni la yg paling saya tak gemar. Turun & turun & turun rasa nk tercabut lutut. Sampai ke Kem 1 dah petang tp blm gelap lg. Apa lagi mandi sungai la. Syok sungai kat Kem 1 ni. Tp hati2 dgn pacat.

Hari 5 - Start trekking kluar dr Kem 1 ke Park HQ. Ni trek landai & santai jer bole berlari2 lagi kalu mau.
Sampai di HQ dlm tengahari. Selesai part I pendakian ke puncak Mulu.
Part II pendakian ke Pinnacles. Nanti saya sambung.

User avatar
cokodokbasi
Pendaki Gunung
Posts: 24
Joined: 27 Jun 2011, 11:06
Location: kuching sarawak

Re: G Tiong (Tmn Negara Endau Rompin) + Mulu vs Pinnacles

Post by cokodokbasi »

bila nak sambug ke pinanacles dan kos semua?
senyum xperlu kata apa2

User avatar
adventure inc
Pendaki Tegar
Posts: 222
Joined: 27 May 2009, 23:51
Location: penang hill, my

Re: G Tiong (Tmn Negara Endau Rompin) + Mulu vs Pinnacles

Post by adventure inc »

sy tolong sambungkan

day 6: Mulu park - kuala litut - camp 5
naik bot dari mulu park ke kuala litut dlm 1-2jam camgitu bergantung kepada keadaan sungai, air sikit kena tolak bot.
then singgah kampung penan, wind cave & clearwater cave. start trekking dr kuala litut ke camp 5, jarak 8.8km
(2jam trek) landai, pacat pun ramai.
bermalam di camp5

day 7: camp 5 - pinnacles - camp 5
trek pacak start dari camp 5 terus ke pinnacles, trek berbatu, akar kayu, ada tali & tangga tuk membantu pendakian.
agak bahaya, so byk peraturan yg ditetapkan: kalau hujan mmg tak dibenarkan mendaki, n kena sampai kat first tangga
sebelum kul 11pg, sampai lepas tu kena patah balik...
camp 5 ni full facility, bwk ration saja, segala dapur, periuk kuali, pinggan mangkuk disediakan. tempat tidur siap ada tilam.

day 8: camp 5 - kuala litut - mulu park - miri - kl (terpulang kepada itinerary sendiri)
kalau start gerak dr camp 5 kul 8pg, kul 12 dah bleh sampai mulu park, make sure pre arrange ngan boatman kul brapa tuk
pickup. selalu guide akan follow up.

kos semua dalam RM1400 based on 10pax (tak termasuk flight KL-Miri-KL, perbelanjaan kat Miri). maklumat lanjut boleh
hubungi Nature Explorer, En Sham Castello
:: DOUBT :: FEAR :: EXCUSES ::
the mountain is not the only thing you conquer - never stop xploring

ikan-lelumba
Pendaki Gunung
Posts: 62
Joined: 21 Aug 2011, 21:07

Re: G Tiong (Tmn Negara Endau Rompin) + Mulu vs Pinnacles

Post by ikan-lelumba »

tq tolong sambungkan perjalanan ke pinnacles. :). terlupa plak nk sambung balik hehe.

rumusannyer, Mulu mmg best. Kalu korang ade rezeki lebih pegi la, tak rugi. Gua2 dia pun menakjubkan. Pinnacles tu susah nak jumpe kt tpt lain. Tak heran la kalu dia dpt pengiktirafan UNESCO World Heritage.
Kalu ade rezeki, lain kali mau pegi buat adventure caving kt Mulu, mcm best jer.

Post Reply