Perihal Sekeping Permit versi II

Nak mintak tolong? atau nak tanya sesuatu? ada cadangan? poskan disini. Terima kasih
Post Reply
adisos2002
Otai Gunung
Posts: 969
Joined: 07 Dec 2005, 07:36
Location: Semak Samun
Contact:

Perihal Sekeping Permit versi II

Post by adisos2002 »

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.

Merujuk pada perkara diatas PERMIT mendaki pada saya hanyalah sekeping surat yg digunakan utk mengawal selia tujuan keluar masuk ke hutan simpan dan mungkin untuk menunjukkan depa nie ada buat keja...

Senang citer, baru nie budak sesat kat KORBU, setahu saya takde pun Bomba pegi refer kat Jab Hutan... depa terus je masuk kedalam bercerita pasal meninggal dunia dihutan... tak payah la En Ayiem Carloss bercakap soal tanggungjawab Jab saudara yg tak seberapa selain dari menanda Kompartment, mengutip cukai hasil hutan.. Kalu seblm nie sy mendiamkan saja pkr sebegini..

Tapi stlh diasak kat tajuk yg pertama mana boleh tahan BEB!!

sila rujuk: http://gunungonline.com/forum/viewtopic.php?t=37

Setahu saya Ayiem Carloss @ nama sebenar Abdul Halim bin Ngah Ismail sendiri pun maklum tentang tiada penglibatan Jab Hutan lansung dlm operasi menyelamat sewaktu kematian di gunung Chamah tempoh hari..

Sebab apa saya berkata begini, sebab XPDC Grand G7 adlh tender dibwh SOS.. kami mengelola semua trip ke6 dari 7buah gng G7 utk program UUM tsbt!!! Rakan sayalah yang bersusah payah masuk semula kehutan dan mengesan lokasi mayat dan mengambilnya keluar.. Mana perginya Jab Hutan sedara tue??

Semasa kes terkandas di Gng Irau, kami terpaksa menelefon YAB MB Pahang sendiri untuk dptkan bantuan (last year CNY) setlh pelbagai Jab dihubungi semua memberi pelbagai alasan... Tak jumpa pun Jab HUtan..

Masa kes sesat dicameron.. hanya polis hutan datang membantu.. dan sorang dua member dari Risik Tentera..

Malahan Renjer Hutan sendri pun bukan semua yg pernah sampai ketempat para pendaki tujui.. ini diakui sendir oleh renjer tsbt..

"apa bodohnya korang masuk utan nie??? kalau korang bawak berjalan ketempat lain ke kan lebih bagus.. nie menyusahkan org je bila sesat!!.."

"En tak pernah sampai ke Kem Seroja atau Kem Kijang ker??" ... jawab renjer
"Buat apa?? menyusahkan badan jer..."

Aku mungkin baru 11tahun berkecimpung dlm XTVT mendaki nie.. tapi bukanlah begitu jahil!!

Kpd En Halim@Ayem, sy tahu setakat nie mmg en. cuba berbaik dgn golongan pendaki yg ada, ini mungkin kerana kita mempunyai minat yg sama, tapi jgn jadikan SEKEPING PERMIT sbg ego JAB Saudara.. :roll:

Terima kasih
Muzs SOS

p/s: Skrg nie kami ikut kan sahaja kemahuan Jab Hutan utk memohon permit.. kalu ada mslh dlm proses permohonan, kami buat je pemakluman polis... selebihnya citer kemudian!!
Last edited by adisos2002 on 04 Feb 2006, 07:37, edited 1 time in total.
<no one left behind> nolb
Berminat mendapatkan guide gunung/ teambuilding?? Contact Silver Outdoor Sports di 012-5317141atau email adisos2002@yahoo.com

User avatar
poncho
Senator Gunung
Posts: 1890
Joined: 05 Dec 2005, 15:59
Location: southern
Contact:

Post by poncho »

gua sokong Musz! :!:
if a tree falls in the woods... do all the other trees laugh at it?

Image Mounthopper

User avatar
biNGai
Kerabat Gunung
Posts: 3216
Joined: 19 Dec 2005, 13:18

Post by biNGai »

agaknye laa kan kemana hala tuju duit kutipan permit tuh pegi ?
M.A.L.A.S - Copyright © 2003-2009. All rights reserved.
"Demi langit beserta seluruh binaannya, Demi bumi serta yang ada di hamparannya, Demi jiwa dan seluruh penyempurnaannya.."

User avatar
rembau
Pemegang Amanah GO
Posts: 1394
Joined: 06 Dec 2005, 08:41

Post by rembau »

Artikel yang boleh wujudkan keinsafan......maaf ye...artikel nie dah lamo...tapi ade kekuatan tersendiri...


Bukit Besi

Bukit besi, apakah yang ada lagi? Apakah lagi yang tinggal? Kenangan yang sesekali muncul itu pahitkah atau manis? Tubuhmu penuh calar umpama badan diserang campak bertahun, parutnya mungkinkah hilang? Lihatlah di mana-mana lubang yang ditinggalkann selainnya hanya pasir dan debu tak berguna. Pohon-pohon renek pun seperti malu tumbuh. Lihat tasik terbentang ikan-ikan pun tak sanggup bermain. Kebisingan dulu telah hilang bersama hilangnya para penjarah dengan keuntungan berdondong. Malam-malam sewaktu bulan pun terang sekali terdengar sekali seperti ada tangisan dan suara laungan alam meminta pertolongan. Lihatlah parah luka alam saujana mata di sini. Di dalam lubang-lubang ngeri itu tersimpan rahsia manusian. Jangan sesiapa yang tersilap langkahnyaboleh terjatuh melalui lubang ini ke dalam teowong yang sentiasa menangis. Di dalamnya barangkali bermastautin ular berbisa. Lihatlah pintu masuknya kini sudah usang dan penuh mesteri, waktu dahulu kesibukan disini tidak terdayang kerana buminya berharga.Indahnya tanahairku, demikian dicalar tangan manusia tetapi kehijauannya pada bukit-bukit terus membina kembali luka lama. Kenangan manis di daerah ini sudah lama lenyap, awan dilangit pun seperti menyimpan air mata duka. Sekian lama ditinggalkan, sepi kosong dan tidak bermakna.
Kini akan menerima wajah baru tetapi yang baru tidak akan sama dengan yang lama. Tidak lama lagi akan terbentahlah padang hijau yang menjadi tumpuan orang. Apakah penduduk setempatmu boleh lagi bermain-main di padang ini atau kawasan ini akan berjaga dan berkawal sehingga orang-orang tertentu hanya yang dapat memasukinya. Nanti disini tidak ada lagi bunga senduduk kembang pagi. Hilanglah juga segala burung dan mergastua, yang ada.
Di tasik indah terbentang itu apakah anak-anakmu bukit besi dapat lagi bermain dengan bebas dan percuma dengan berakit buluhnya atau digantikan dengan alat-alat moden dan penggunanya dikenakan bayaran sehingga anak-anak kampung pun tidak mampu lagi membayar harganya yang terlalu mahal dan tinggi?

(Dewan Budaya, Oktober 1995)

Kenangan pada 3/2/1996

Xpeditor
Pendaki Gunung
Posts: 18
Joined: 01 Feb 2006, 00:42
Location: Ipoh

Post by Xpeditor »

w/pun aku hanye mengenali rembau tp korang sume sudah menjadik sahabat aku...nampanyer kite berkongsi pandangan yg serupe..cume dah bertahun2 x diluahkan sahaja..walau apa pun ke gunung adalah hala tujuku kite dan biarlah kite dgn hala tuju kite 8)
Fight No More
Dream No More
Walk No More
Let Nature Run its Course

Xpeditor
Pendaki Gunung
Posts: 18
Joined: 01 Feb 2006, 00:42
Location: Ipoh

Post by Xpeditor »

w/pun aku hanye mengenali rembau tp korang sume sudah menjadik sahabat aku...nampanyer kite berkongsi pandangan yg serupe..cume dah bertahun2 x diluahkan sahaja..walau apa pun ke gunung adalah hala tujuku kite dan biarlah kite dgn hala tuju kite 8)
Fight No More
Dream No More
Walk No More
Let Nature Run its Course

User avatar
rembau
Pemegang Amanah GO
Posts: 1394
Joined: 06 Dec 2005, 08:41

Post by rembau »

Xpeditor....ingat lagi coretan artikel tu.....hehehhe

Lama tak jumpa...sama 2 le kita berjuang demi GUNUNG cuz kita pun dah bertahun simpan je....nie le masa nak luahkan nyer......

User avatar
poncho
Senator Gunung
Posts: 1890
Joined: 05 Dec 2005, 15:59
Location: southern
Contact:

Post by poncho »

biNGai wrote:agaknye laa kan kemana hala tuju duit kutipan permit tuh pegi ?
g beli papan tanda kot..tp, x nampak pong papan2 tanda yg baru kat gng2 tersebut.. :roll:
if a tree falls in the woods... do all the other trees laugh at it?

Image Mounthopper

User avatar
napie_mm
Pendaki Gunung
Posts: 107
Joined: 15 Feb 2006, 18:53
Location: bangi
Contact:

Post by napie_mm »

bab permit ni..kekadang jabatan hutan ambil x endah dgn mana2 kelab or organisasi yg kurang popular...
kalau anda ingin dilayan dgn baik.guna nama organisasi yg besar spt kementerian belia dan sukan spt yg sy buat sblm ni..mmg xde masalah langsung.. :)

http://www.forestry.gov.my

desperategaid
Pendaki Gunung
Posts: 41
Joined: 15 Dec 2005, 16:41

Post by desperategaid »

mcm ni jabatan kerajaan...makan duit je keja dorang.
macam takde ertinya kita apply permit..dah la hutan dorang tak jaga.balak sana sini..stakat pacak papan tanda hutan simpan itu ini tapi hutan botak gondol apa citer?yg penuh poket org2 atas dia gak..

Post Reply