Bincang-bincangkan----> KEASLIAN atau KEMUDAHAN

Nak mintak tolong? atau nak tanya sesuatu? ada cadangan? poskan disini. Terima kasih

KEASLIAN atau KEMUDAHAN-apa pilihan anda?

Biar je camtu... NATURAL
33
92%
KEMUDAHAN... senang siket idup
3
8%
 
Total votes: 36

User avatar
Anna_nAch
Pendaki Sondol
Posts: 404
Joined: 02 Feb 2006, 17:20
Location: Somewhere Over the Rainbow

Bincang-bincangkan----> KEASLIAN atau KEMUDAHAN

Post by Anna_nAch » 17 Apr 2006, 12:35

Mari bayangkan jika kita menemui port rekreasi baru, untouchable, masih dara, lokasi agal terpencil jauh di dalam hutan banat.. Satu pakej yang super D-duper menarik dengan ayer tejun pat belass tingkat, hidupan flora dan fauna yang unik, burung2 berkicauan, kupu-kupu beterbangan menyambut kedatangan anda.
Terdetik di fikiran, tempat ini punya potensi besar untuk menjadi tempat perlancongan yg terkenal tahap gaban di dunia...

Mari kita bincang-bincangkan

1) Adakah anda mahu mengekalkan keaslian tempat itu?Natural as is. Hanya dapat dikongsi olah pendaki2 macam kita saja? Tiada sistem waste disposal (segala jenis waste) yang proper?

ATAU

2) Komersilkan tempat itu (ala-ala Tmn Negara laa). Ada tong sampah, ada pondok wakaf, toilet..dikenakan bayaran tuk maintenance..better accessability..

Lastly...plz vote.. 8) nAch
*Home is where the heart is*

syahrizal
Pendaki Gunung
Posts: 19
Joined: 13 Apr 2006, 12:28
Location: bukit jalil
Contact:

Post by syahrizal » 17 Apr 2006, 12:53

walaa we...klw la jupa tempat cam tu alangkah seronok nya..bg pendapat aqu yg x seberapa ni elok lah di simpan tempat tu...buat jenerasi akan dtg( buat ana :arrow: k2 kita nanti).klw nak di majukan bg aku mgarut je. :!:

melati
Pendaki Terlampau
Posts: 748
Joined: 11 Jan 2006, 15:31
Location: b'worth
Contact:

Post by melati » 17 Apr 2006, 12:57

aku lebih suka yg semula jadi la..kalu dh di komer-sialkn
nie..pepaham la..ada yg elok ada yg tk elok gak..asal
kesedaran tu ada..bygkn kalu dh ada resort..mesti mahal2
kan..aiyark...aku tk mampu weeh..!!! tp kalu ada tandas ok
gak kn..tk la..sik cancel jerk time nk memerut :D

User avatar
Anna_nAch
Pendaki Sondol
Posts: 404
Joined: 02 Feb 2006, 17:20
Location: Somewhere Over the Rainbow

Post by Anna_nAch » 17 Apr 2006, 13:07

weyy!!! votela weyyy!!!!
*Home is where the heart is*

User avatar
DEQNA
Pendaki Hebat
Posts: 342
Joined: 19 Jan 2006, 18:08
Location: lost in da middle
Contact:

Post by DEQNA » 17 Apr 2006, 13:43

rase nye bia la natural cume kene pandai la kekal kan keadaan dia...takmo la sampai hancur, punah ranah...

jage keindahan alam semulajadi..takde berlakunye vandalisime....

payahla ka kalu ade yg bersifat mcm tuh...tak sempat la generasi akan datang nak tengok keaslian semulajadi tuh...

so pikir-pikir la mane yg terbaik...

:) :) :)
<<SaVE tHE BESt FOR LaSt>>

User avatar
Anna_nAch
Pendaki Sondol
Posts: 404
Joined: 02 Feb 2006, 17:20
Location: Somewhere Over the Rainbow

Post by Anna_nAch » 17 Apr 2006, 13:54

tapi.... let's look at another point of view..

kalau ader kemudahan.. ader tong sampah..xker bagus sebab xwujudnyer dumping site yg sewenang-wenangnyer..
ader orang jaga tempat tu... :arrow:
*Home is where the heart is*

User avatar
own penang
Pendaki Gunung
Posts: 49
Joined: 13 Dec 2005, 22:57
Contact:

Post by own penang » 17 Apr 2006, 16:13

gue rasa pun kadang2 kna gak ajar pada pendaki yg xprihatin,sampah buang merata-rata...so,b'guna gak di komrsil..tapi xlayaaannnn
:(
waaaa

User avatar
wira
Pendaki Hebat
Posts: 371
Joined: 06 Dec 2005, 08:16
Location: Shah Alam
Contact:

Post by wira » 17 Apr 2006, 16:21

ader jual goreng pisang tak kat situ?
© Copyright 2006 Perusahaan Otomobil Nasional Sdn. Bhd. All Rights Reserved.

User avatar
wira
Pendaki Hebat
Posts: 371
Joined: 06 Dec 2005, 08:16
Location: Shah Alam
Contact:

Post by wira » 17 Apr 2006, 16:28

hah! nih mesti akak ader jumpe port baru nih tapi taknak bagi tau kitorang kan2?? pastu akak tak tau nak watpe ngan tempat tu tapi akak taknak bagi tau orang pasal akak nak mendominasi perjualan goreng pisang kat tempat tu kan2?? tapi deep down akak rase bersalah jike penjualan goreng pisang akak akan mengotorkan tempat itu kan?? pastu lepas akak dah kaye akak nak bukak motel kat situ plak kan?? pastu... kan2?? takyah cakap la kak rozy, bukan nye sehari due saye kenal akak!! tapi pepahal kak, kasik diskaun la kat membe2 goreng pisang tuh nanti!!

psst... ader port tiruk tak?? awek ramai tak lepak situ?? kat situ ader jpj wat road block tak??
© Copyright 2006 Perusahaan Otomobil Nasional Sdn. Bhd. All Rights Reserved.

User avatar
Anna_nAch
Pendaki Sondol
Posts: 404
Joined: 02 Feb 2006, 17:20
Location: Somewhere Over the Rainbow

Post by Anna_nAch » 17 Apr 2006, 17:13

wiraaaaaaaa!!!!!!!!! :x

serius weyyy!!!!! :x
*Home is where the heart is*

frostice
Pendaki Terlampau
Posts: 701
Joined: 09 Jan 2006, 10:43
Location: Middle Earth
Contact:

Post by frostice » 17 Apr 2006, 17:19

Banyak dah tempat2 rekreasi utk berkelah dan berkhemah ala2 santai. Semakin banyak tempat berkhemah tegar dijadikan tempat rekreasi untuk berkelah dan picnic..

Oleh itu, ada baiknya tempat2 baru dibiarkan asli 100%. Tiada siapa rugi. Kalau sudah dimajukan, sudah pasti pencemaran khususnya dari bahan bukan bersifat bio-degradeable akan memenuhi kwsn tersebut.

Alam seharusnya dinikmati melalui suasana sebenar tanpa pencemaran bahan binaan manusia. Minima-kan impak manusia ke atas alam.. :arrow:
~Ain't No Mountain Too High~
KP Hiker's Club

User avatar
Anna_nAch
Pendaki Sondol
Posts: 404
Joined: 02 Feb 2006, 17:20
Location: Somewhere Over the Rainbow

Post by Anna_nAch » 17 Apr 2006, 17:32

saya bukan tidak bersetuju dengan incik frostice...sekadar menambah MSG dalam perbincangan ini supaya jadi lebih sedap.. :)

satu contoh...
Pantai Kerachut di Pulau Pinang..pertama kali saya menjejak kaki ke pantai tu..kira2 sepuluh tahun dulu... sampah banyak.. botol2 arak yang pecah di sana-sini (paham2 jerlah..penang...)...taim cuti..pantai tu menjadi seperti pesta arak..mabuk..
tapi sejak diambil alih oleh Jabatan Perhilitan... sampah dah tiada..kemudahan seperti tandas disediakan...ader ranjer yg jaga 24hrs... jeti dah cantikk... malah tempat itu bakal digazetkan Taman Negara..

So...camner tuhh??? :)
*Home is where the heart is*

User avatar
wira
Pendaki Hebat
Posts: 371
Joined: 06 Dec 2005, 08:16
Location: Shah Alam
Contact:

Post by wira » 17 Apr 2006, 18:05

btul gak aper yang kak rozy cakap tuh... bukak jer gerai tu kak, takyah pikir banyak!!
© Copyright 2006 Perusahaan Otomobil Nasional Sdn. Bhd. All Rights Reserved.

User avatar
Anna_nAch
Pendaki Sondol
Posts: 404
Joined: 02 Feb 2006, 17:20
Location: Somewhere Over the Rainbow

Post by Anna_nAch » 17 Apr 2006, 18:08

eeeiii...sabor jerla ngan budak skolah ni... :x
*Home is where the heart is*

syahrizal
Pendaki Gunung
Posts: 19
Joined: 13 Apr 2006, 12:28
Location: bukit jalil
Contact:

Post by syahrizal » 17 Apr 2006, 19:15

aku lebih suka yg semula jadi la..kalu dh di komer-sialkn
nie..pepaham la..ada yg elok ada yg tk elok gak..asal
kesedaran tu ada..bygkn kalu dh ada resort..mesti mahal2
kan..aiyark...aku tk mampu weeh..!!! tp kalu ada tandas ok
gak kn..tk la..sik cancel jerk time nk memerut :D

aku sokong sangat pendapat cik melati kita ni...betul gak kalau di komesil kan orang cam kita ni mana la mampu dok kat sana..lg pun dah tak ori ...

User avatar
angahbelantara
Pendaki Gunung
Posts: 71
Joined: 05 Dec 2005, 18:53
Location: celah pokok
Contact:

Post by angahbelantara » 17 Apr 2006, 19:25

Assalamualaikum Sdra & Sdri...
Salam Sejahtera...

emm...pada pendapat saya, adalah lebih baik sekiranya tempat yg dah tentu 'asli' ini dikekalkan keasliannya...pada saya, tak perlulah dikomersialkan atau dibangunkan wlwpun tempat ni mmg ada potensi tahap "DEWA 19"...ataupun "GABAN"...utk dimajukan wlwpun utk kemudahan semua, tp bila dah ada pembangunan di tempat sebegini, maka secara tidak langsung terusiklah keaslian yg ada...tak banyak usiknya..sikit pun mesti ada...
Membangun macam Taman Negara?tp...sampah tetap ada..mmg tak dinafikan yg kita ni (manusia) tak peka dengan tempat2 mcm ni, bukan semua la..tp segelintir masyarakat kita ni mcm buat tak tau je pasal bab jaga HUTAN atau tempat2 yg dah sememangnya penuh dgn khazanah alam yg susah nak jumpa..
Bab kemudahan pulak...tengok je Gunung Datok, N9 tu...tandas di buat pun hanya perhiasan sja.., selang 5 6 bulan..habis penuh sampah..
Gunung Nuang, Jerangkang..Bekelah...dan byk lagi kawasan2 yg 'suci bersih ni' habis dimusnahkan oleh mereka yg tak bertanggungjawab...
Jadi...'KITA SEMUA'..ni lah yg diamanahkan & dipertanggungjawabkan utk mengekalkan 'KEASLIAN' tempat2 sebegini utk simpanan & tatapan generasi akan datang...STK
(ini sekadar pendapat shja)

angahbelantara
'KEMBALIKAN ALAM KE ASALNYA...'

Tanpa Nama
Pendaki Gunung
Posts: 24
Joined: 17 Apr 2006, 21:03

Post by Tanpa Nama » 18 Apr 2006, 16:03

mana2 yg kira patut la..ada pro n kontra nye
>>>>ada apa pada nama>>>>

User avatar
rembau
Pemegang Amanah GO
Posts: 1394
Joined: 06 Dec 2005, 08:41

Post by rembau » 18 Apr 2006, 17:13

tajuk yang bagus utk diperbincangkan

keaslian atau kemudahan adalah dua elemen yg berbeza tetapi saling memerlukan....

persoalannya ...kedua-dua diatas adalah begitu subjektif dan boleh dinilai dengan pelbagai tahap konservasinya.....

Keaslian ? apakah yang dimaksudkan dengan keaslian jikalau tempat yang dihuni oleh haiwan sudah tiada lagi...atau hutan rakus dimamah jentera...atau menikmati laluan yang sedia ada...hanya panorama alam yang menunjukkan ianya masih asli.......

Kemudahan? rekreasi/ kegiatan luar tu sendiri melambangkan kelengkapan yang minimum...secara ringkasnya boleh ditaksirkan sebagai kemudahan....bukannya kita menggunakan kayu utk memasak atau tido berbumbung atap genting tetapi berkhemah di tepi hutan dengan suara riang2 ....namun semua itu tetap satu teknologi/ kemudahan cuma yang berbeza tahap seseorang itu dapat menyesuaikan diri dengan kemudahan yang serba kekurangan.........

Taman Negara atau apa juga bentuk pembangunan dibina bukan le satu yang perlu dipersalahkan/ diperlecehkan....niat membina kemudahan adalah satu usaha untuk memupuk minat atau semangat mencintai alam bagi mereka yang belum dapat menilai betapa berharga HUTAN ....iaitu dengan menyediakan kemudahan agar golongan begini dapat menghargainya walaupon sedikit....dan kemudahan yang dibina sewajarnya dinilai sebagai suatu yang positif......tak salah kalau taman negara atau apa juga dibina dengan tujuan memdidik generasi seterusnya tentang cintai alam....bayangkan kalau generasi kita nie telah lanjut usia dan penganti kita hanya tau menikmati tanpa tau menjaga/ konservasi alam....

Kalau keaslian hutan hanya dapat dinilai dengan sampah / trek yang musnah atau sebagainya....mungkin kita patut fikir bagaimana untuk memperbaiki hutan yang dicintai agar dapat bertahan lebih lama.....Yang penting tanamkan Ciri2 Seorang Pendaki Beretika didalam xtvt yang diikuti jikalau semua berfikiran sedemikian hutan akan bersih dan kekal terjaga....

sekadar pendapat
Dan Kami jadikan di bumi gunung-ganang yang menetapnya, supaya bumi itu tidak menggegar mereka; dan Kami jadikan di celah-celahnya jalan-jalan laluan, supaya mereka mendapat petunjuk.(Surah Al-Anbiyaa':31)

bintat
Pendaki Gunung
Posts: 8
Joined: 02 Feb 2006, 14:54

Post by bintat » 18 Apr 2006, 18:38

rozi... bagi aku .. dah x banyak tempat2 mcm tu yg masih ada kat semenanjung ni... so, biar je lah tempat tu seadanya... untuk dinikmati oleh kawan2 rekreasi mcm kita.... kalau ada org lain nak rekreasi suruh je la diorang pegi tempat2 yang dah diorang rosak kan mcm yang kerul cakap tu... yang masih dara tu kita2 je lah lepak.... biar je sampai cucu aku punya cucu pun dapat tengok nanti....

frostice
Pendaki Terlampau
Posts: 701
Joined: 09 Jan 2006, 10:43
Location: Middle Earth
Contact:

Post by frostice » 20 Apr 2006, 12:18

... Pantai Kerachut di Pulau Pinang..pertama kali saya menjejak kaki ke pantai tu..kira2 sepuluh tahun dulu... sampah banyak.. botol2 arak yang pecah di sana-sini (paham2 jerlah..penang...)...taim cuti..pantai tu menjadi seperti pesta arak..mabuk..
tapi sejak diambil alih oleh Jabatan Perhilitan... sampah dah tiada..kemudahan seperti tandas disediakan...ader ranjer yg jaga 24hrs... jeti dah cantikk... malah tempat itu bakal digazetkan Taman Negara..

So...camner tuhh??? :)
Sy setuju kalau Pantai yg dimajukan kerana memang viable utk berbuat demikian. Oleh kerana lokasi Pantai itu sendiri yg mudah dimasuki pengunjung, maka kalau tidak dimajukan akan terjadi spt mana Pantai Kerachut Pualau Pinang. Memang betul kata Anna tu.. kira sokong 100% lar..:arrow:

Cuma kalau dipanjangkan ke Gunung dan Hutan Asli/Dara, sy tak bersetuju kerana pengunjung ke tmpt spt ini amat terhad kerana "inaccessible". Kalau sudah dimajukan kwsn spt ini, pasti akan menjadi tapak perkelahan rakyat M'sia yg terkenal dgn sifat tidak prihatin terhadap alam..

Kalaupun sesuatu Hutan/Gunung dimajukan, adalah tidak viable untuk di maintain untuk tempoh yg lama tanpa nilai komersial. Kalau komersial, baru boleh menjana hasil untuk dimaintain dan di selenggara dgn baik. Nak komersial.. paling penting mesti accessible melalui jalan darat.. dan bila ada jalan raya yg lengkap.. ramai2 rakyat Msia tercinta akan berkunjung utk berkelah dan akhirnya.. kita semua tahu apa akan jadi dgn tmpt tersebut.

Boleh ke jawapan mcm nie.. :)
~Ain't No Mountain Too High~
KP Hiker's Club

User avatar
Anna_nAch
Pendaki Sondol
Posts: 404
Joined: 02 Feb 2006, 17:20
Location: Somewhere Over the Rainbow

Post by Anna_nAch » 20 Apr 2006, 13:28

tenkiu frostice...
tuk pengetahuan sedara.. Pantai Kerachut tu hanya boleh diaccess dengan dua cara..trekking lam hutan selama 2 jam (abih lambatler nihh..sanbil berenti isap rokok sebatang dua...) ataupun menggunakan boat (tuk yang berkemampuan) ... so kalau ikut accessiblenye pun xderlah mudah sangat... kebanyakkan yg masuk melalui trek adalah dari golongan seperti kiter jugak..malah trek pangoknyer pun ble tahan jugak mintak nyawa... :) ..

pengalaman saya menemu bual renjer2 di situ membuka minda saya sejenak yg kawasan di Pantai Kerachut ini memang sepatutnye diambil alih oleh pihak tertentu supaya keasliannye dapat dijaga dan dipelihara.... jika tidak sudah pasti port2 best disitu akan dicerobohi oleh manusia yg tidak bertanggungjawap. dan jangan tak pecaya..di situlah tempat penyu bertelur sepanjang tahun..(ecehh!!! macam promoter plak!!)
*Home is where the heart is*

frostice
Pendaki Terlampau
Posts: 701
Joined: 09 Jan 2006, 10:43
Location: Middle Earth
Contact:

Post by frostice » 20 Apr 2006, 16:20

..di situlah tempat penyu bertelur sepanjang tahun..

Biar betul.. Memang ada lagi ke Penyu bertelur kat Penang. Ingatkan dah takder selepas pencemaran yg teruk kat sinun.. :o
~Ain't No Mountain Too High~
KP Hiker's Club

Freelance
Senator Gunung
Posts: 1355
Joined: 06 Dec 2005, 13:16
Location: Kuala Lumpur

Post by Freelance » 20 Apr 2006, 16:24

..di situlah tempat penyu bertelur sepanjang tahun..

Biar betul.. Memang ada lagi ke Penyu bertelur kat Penang. Ingatkan dah takder selepas pencemaran yg teruk kat sinun.. :o
ada lagi lahh.. siap ada pusat pemeliharaan penyu lagi...
anna & melati jom ler bwk akak lak g jalan2 kt penang.. kena pesembur ke nasi kandar ke?lama tak makan angin...dah kenyang lah makan angin kt gunung mandi angin.... tak jadi gunung mandi hujan :D :D :!:

frostice
Pendaki Terlampau
Posts: 701
Joined: 09 Jan 2006, 10:43
Location: Middle Earth
Contact:

Post by frostice » 20 Apr 2006, 16:35

Kesian penyu2 kat sana.. Mesti sesak napas berenang ke Pulau Pinang tu.. Bau busuk sangat kat selat dia... :D
~Ain't No Mountain Too High~
KP Hiker's Club

melati
Pendaki Terlampau
Posts: 748
Joined: 11 Jan 2006, 15:31
Location: b'worth
Contact:

Post by melati » 20 Apr 2006, 16:39

pantai kerachut??? lom smpai lg..sik lyn miami
beach jerk..blh gak nk tgk penyu bertelur :evil:

kak lily..dtg la sini nnt sya bwk g kilang jeruk
:D ..skdr nk lyn pasembur & nsk kandar tu tk
der masalah kot..bila lg nk mkn kt malaysia
tp bersuasane seperti di india :D

User avatar
Anna_nAch
Pendaki Sondol
Posts: 404
Joined: 02 Feb 2006, 17:20
Location: Somewhere Over the Rainbow

Post by Anna_nAch » 20 Apr 2006, 17:17

..di situlah tempat penyu bertelur sepanjang tahun..

Biar betul.. Memang ada lagi ke Penyu bertelur kat Penang. Ingatkan dah takder selepas pencemaran yg teruk kat sinun.. :o
penyu bertelur ader lagi... in fact still aktif..sempat jugakla saya lepaskan anak2 penyu di laut..Pantai Kerachut still okay..thnks to perhilitan yg membantu membendung gejala2 xsihat disitu.

FAKTA..Tahukah anda bahawa penyu2 yg akan bertelur akan pulang ke tempat kelahirannyer tuk bertelur?Anak penyu yg menetas di Penang, hatta dilepaskan di Hawaii sekali pun..biler dia nak bertelur..tetap dia akan balik ke Penang... :)
*Home is where the heart is*

User avatar
Anna_nAch
Pendaki Sondol
Posts: 404
Joined: 02 Feb 2006, 17:20
Location: Somewhere Over the Rainbow

Post by Anna_nAch » 20 Apr 2006, 17:19

pantai kerachut??? lom smpai lg..sik lyn miami
beach jerk..blh gak nk tgk penyu bertelur :evil:
miami beach tu tempat bercinte jer...

meh ler sini kak lily..
ble camping..sambil mancing... sini pemes ngan ikan kerapu dan pari..
tapi anna setakat mancing ikan gelama nagn tengkerong jer kat jeti.. :)
*Home is where the heart is*

betterman
Pemegang Amanah GO
Posts: 2828
Joined: 04 Dec 2005, 08:39
Location: Bawah beirut
Contact:

Post by betterman » 27 Apr 2006, 11:59

nak buat kemudahan buleh tapi kena ada orang yang maintain....
kalau tak bakal jadi mcm gunung datuk lah....
ataupun pondok di korbu....
nuang tu tak lama lagi runtuh lah tuh....

kalau tgk kat kinabalu ok je pondok-pondok dan tandas-tandas dia....
sebab ada seliaan oleh renjer kinabalu park.....
endau rompin pun ada kemudahan cenggini kan?

kalau dah buat kenalah ada seliaan dari semasa ke semasa....
takleh leh dah buat pastuh biar je macam tuh....

tapi satu aspek paling penting yang susah nak disemaikan di kalangan pendaki nie ialah aspek kebersihan....

kalau benda nie dapat menduduki ranking tertinggi dalam kita punya priority insyaAllah takkan berlaku pencemaran semua nie...
Getting to the summit is optional, getting down is mandatory...

gogoyeaha
Otai Gunung
Posts: 897
Joined: 07 Dec 2005, 20:29

Post by gogoyeaha » 27 Apr 2006, 13:50

[/quote]

miami beach tu tempat bercinte jer...

meh ler sini kak lily..
ble camping..sambil mancing... sini pemes ngan ikan kerapu dan pari..
tapi anna setakat mancing ikan gelama nagn tengkerong jer kat jeti.. :)[/quote]

PERGI WOII...DGR CITE TEMPAT NIH BESTTTTTT

User avatar
deep purple
Pendaki Tegar
Posts: 226
Joined: 17 Mar 2006, 16:08
Location: lembah kelang
Contact:

Post by deep purple » 27 Apr 2006, 15:33

Assalamualaikum... :)

Saya bersetuju dengan pandangan Bett, mungkin saya boleh panjang2kan pandangan tersebut untuk kita renungi bersama. 8)

Kelebihan di Malaysia ini adalah membina kemudahan awam seperti tandas dan pondok istirehat, contohnya di hutan rekereasi dan gunung seperti Datok. :roll:

Kekurangannya pula adalah sikap pengunjung yang hampir2 tak reti lansung guna kemudahan tu, itu belum ditambah dengan tahap maintenance yang rendah. :?:

Hari-hari kita disajikan di media massa dengan masalah pencemaran sungai dan pemusnahan hutan oleh pembalakan, sampai PM pun bising. Yang kelakarnya, hanya setakat buat bising... there's nothing they will really do to solve this problem. In the end, dia salahkan dia, dia pulak salahkan orang lain. :wink:

So, rakan-rakan pendaki semua...dakilah mana-mana gunung yang belum anda daki. Takut-takut puncak2 gunung, seperti Genting Highlands tu, boleh "didaki" dengan kereta aje...fikir-fikirkanlah :!:

frostice
Pendaki Terlampau
Posts: 701
Joined: 09 Jan 2006, 10:43
Location: Middle Earth
Contact:

Post by frostice » 28 Apr 2006, 17:44

endau rompin pun ada kemudahan cenggini kan?
Endau Rompin ada toilet,
kat kem Marong n Batu Hampar, semua campsite ada wakaf.
Marong ada bangsal makan n tempat masak, paip air sekali.
Upih Guling dah lama tak pegi lak..
Dulu ada tapak Kem yg diperbuat dari kayu lar.. Skang tak tau..
Mau pegi ker??


Khemah org malas.. :D
Image
~Ain't No Mountain Too High~
KP Hiker's Club

betterman
Pemegang Amanah GO
Posts: 2828
Joined: 04 Dec 2005, 08:39
Location: Bawah beirut
Contact:

Post by betterman » 29 Apr 2006, 23:56

Aku mmg tingin nak pegi endau rompin tuh tapi ntah bila pun tak tau le...
nak carik bigfoot :D
Getting to the summit is optional, getting down is mandatory...

User avatar
rembau
Pemegang Amanah GO
Posts: 1394
Joined: 06 Dec 2005, 08:41

Post by rembau » 14 Aug 2006, 12:34


Kalaupun sesuatu Hutan/Gunung dimajukan, adalah tidak viable untuk di maintain untuk tempoh yg lama tanpa nilai komersial. Kalau komersial, baru boleh menjana hasil untuk dimaintain dan di selenggara dgn baik. Nak komersial.. paling penting mesti accessible melalui jalan darat.. dan bila ada jalan raya yg lengkap.. ramai2 rakyat Msia tercinta akan berkunjung utk berkelah dan akhirnya.. kita semua tahu apa akan jadi dgn tmpt tersebut.

Boleh ke jawapan mcm nie.. :)
[/quote]

boleh bro...banyak isi...cuma den terpikat ngan ayat nie...
Kalaupun sesuatu Hutan/Gunung dimajukan, adalah tidak viable untuk di maintain untuk tempoh yg lama tanpa nilai komersial.

pandangan kasar le..
aku rasa dalam keadaan sosio-ekonomi sekarang...negara kita bertuah sebab tiada kekacauan, peperangan saudara, gempa bumi dan sebagainya....
sebagai negara yang mempunyai hutan antara yg tertua dan paling stabil
jikalau dibandingkan dgn tahiland & indonesia filipina ..den rasa kita sebenarnya Gunung berpontensi untuk dimajukan sebagai salah satu cabag industri pelancongan..........
Dan Kami jadikan di bumi gunung-ganang yang menetapnya, supaya bumi itu tidak menggegar mereka; dan Kami jadikan di celah-celahnya jalan-jalan laluan, supaya mereka mendapat petunjuk.(Surah Al-Anbiyaa':31)

uglysister
Pemegang Amanah GO
Posts: 360
Joined: 05 Dec 2005, 07:37
Location: 18m Underwater
Contact:

Post by uglysister » 17 Aug 2006, 05:43

bagi aku ade pro dan kontra nya

pro : majukan kawasan - reason utama untuk tujuan komersial.. nk jadikkan tourist spot, tarik ramai pendaki, so bleh tambah ekonomi, bleh perkenalkan mesia, promote hutan kite, bla bla bla

tapi kontra nye - habitat terganggu, tempat jadi tak asli sebab ade development, tak merasa macam kite betol2 dalam hutan sebab dah ada pembangunan..

tapi aku tetap vote natural.. hehe

User avatar
nadir
Ahli Kehormat GO
Posts: 1586
Joined: 05 Dec 2005, 16:30
Location: Penang Darul Mamak
Contact:

Post by nadir » 19 Aug 2006, 10:25

s'kum,
bagi aku... dua dua belah ada kelebihan, ada kekurangan. bandingkan korbu ngan gunung tahan. yang mana lagi senang nak panjat, dari segi transport organization, guide dan kebersihan campsite. tapi kalau ada orang yang jaga tampat tu, mesti buat elok elok.... kalau sekadar nak kutip duit dan charge ini charge itu, baik takyah..... tong sampah atas gunung takyah kot, sapa nak larat pi kosongkan.... toilet mungkin, sebab ada macam - macam jenis bio-degradeable mobile toilet yang dijual. sesetengah tempat yang ramai orang pergi, memang patut dijaga oleh pihak - pihak tertentu, agar kebajikan kawasan tersebut dijaga. daripada kerajaan nak bangunkan tempat tempat baru yang akhirnya terbengkalai, baik ujudkan pengurusan di tempat tempat yang sedia kala. banyak kalidah saya tengok projek - projek terbengkalai - kat area dabong, kat area gua cha. buat semua lengkap, tapi tadak orang. kasik makan anai - anai jer.... sedihla...
kalau tengok gua tempurung pun satu contoh baik. masa aku pergi first time dulu, memang tak ada orang jaga, main masuk + tidur dalam gua ( tahun 90 an) tapi bila dah ramai orang buat macam tu, ecosystem terganggu, orang menconteng batu ( graffiti) , ada yang pecahkan batu, bawak balik kerumah ada yang buat tokong + tempat pemujaan. Pergi masuk gua pun sekadar nak ditakutkan dengan kegelapan atau diusik ngan facilitator. berak kencing pun dicelah - celah rumput. tapi sekarang, ada kedai makan, toilet, walkway didalam dan lampu. Guided tours oleh guide - guide orang kampung sana yang serba sedikit bolehla menambahkan ilmu dalam bidang speleology
Pnatai kerachut dulu dulu saya pernah pergilah....... gi camping kat sana 2-3 kali. sekali pi memancing belah kanan pantai tu, atas baru - batu... berlungguk dapat gelama tengkerong, pastu member dapat ikan pari dari jetti. syoklah. lagi sekali saya pi camping, ada askar sentry kat sana, sebab pendatang haram dok buat tempat melabuh bot. masa tulah saya nampak penyu bertelur, dok lepak ngan askat, pstu penyu naik kedarat..... ikut sampai dia pergi balik masuk laut..... kesian jugak tangok penyu menggali pasir, gali skit, jumpa tin orang tanam, gali skit, jumpa plastik pulak.....
Ahmad Nadir Askandar
http://www.outdoordynamics.com.my - Buy outdoor gear online - free delivery !
Join us at FaceBook! - http://www.facebook.com/group.php?gid=340358030429

akademiks
Pendaki Terlampau
Posts: 617
Joined: 08 Jul 2006, 10:08
Location: tpt yg mendamaikan

Post by akademiks » 19 Aug 2006, 12:25

biaq je la hutan yg dikatakan dara 2........xyah nak godam lg..itu je tpt yg kita tinggal utk jd tatapan keindahan buat masa skarang dan juga masa hadapan.JGNLAH KITA MUSNAHKAN ALAM SEMULAJADI YG TINGGAL X SEBERAPA SKARANG NI,HAYATILAH WAHAI INSAN.....................

Labu
Pendaki Gunung
Posts: 46
Joined: 16 Jun 2006, 01:00

Post by Labu » 20 Aug 2006, 00:56

aku rase perlu ada kempen "belia benci sampah"

kat mesia ni, sane sampah sini sampah, semua org suka buang sampah sesukati nenek kucing diorg aje. kalo kat tgh2 pekan takpe la kot, ada yg tolong bersihkan, ni, kat celah2 hutan, air terjun, pantai, semua2 nak buang . aku benci sampah.

dan aku jugak bencikan pembangunan tempat2 rekreasi yg melampau2, tapi tanpa kawalan dan penguatkuasaan dan tanpa maintenance. tak guna letak kemudahan2 tapi tak dijaga dan dimaintain, sebagai contoh, penyediaan tong 2 sampah, walaupon pengunjung2 buang sampah kat sinun, tapi, takde org nak lupuskan, masalah jugak.

moralnya. kesedaran sivik penting. takkan nak jaga kebersihan pon nak kene ingatkan, nak kene pasang poster, sepanduk beso.

takkan nak bawak jentolak sodok sane sodok sini, bawak forwil masuk sane masuk sini.

Bigbelly
Pendaki Gunung
Posts: 5
Joined: 20 Feb 2006, 16:41

Post by Bigbelly » 21 Aug 2006, 03:10

aku rasa sampai satu masa nanti dah takde trek gunung yg asli..semua dah penuh sampah...akar terbonjol sana sini..sbb semua org bleh sampai...sesak, bising...dah byk short cut sana-sini...haversack dah makin canggih, torchlight dan lekat kat kepala,kasut dah ada absorber, lighweight tent. Kita dok beriya-riya tak buat sampah, gotong royong bersih trek....tapi org lain main tabur saja. Aku dah tak pi Nuang, dah macam tempat berkelah, sana sini sampah. Mana-mana port gunung pun dah mula nak jadi cam Nuang, trek dah mula hancus..campsite dah cam setinggan... maybe nanti gomen terpaksa enforce guna ketetapan polisi, undang-undang dan peraturan...siap ada renjer dok trekking sama sbb nak check perilaku trekker, sapa buat rosak trek+campsite...masa tu maybe kita kena bayar.
kaki ku sakit

haziq
Pendaki Gunung
Posts: 43
Joined: 20 Dec 2010, 03:59

Re: Bincang-bincangkan----> KEASLIAN atau KEMUDAHAN

Post by haziq » 05 Mar 2011, 03:49

Sekadar berkongsi pengalaman 1 tahun sy di Taiwan...

Taiwan sekarang ni sungguh2 promote gunung2 diorang kat para pendaki dunia; cara diorang kawal bilangan org yg lawat gunung2 diorang, dan jugak penyediaan kemudahan di tempat2 tu mungkin kita boleh jadikan teladan, mungkin jugak tak.. mungkin ada org kata minimum impact to environment, mungkin ada jgk yg kata tetap bg impact yg buruk...

biasanya diorang akan bina hut atau pondok tempat tidur kat kawasan2 yg strategik kat gunung2 tu, especially gunung yg tak dapat kita panjat dlm 1 hari. jadi kuota orang nak panjat satu2 gunung tu ditentukan melalui berapa banyak katil kosong kat hut2 tu (macam nk panjat Kinabalu, tapi semuanya free).. nak panjat kene daftar online utk permit, kat situ kita boleh tgk pondok2 tu dh penuh ke belum.. daftar permit online-->print-->bwk masa nk lalu checkpoint renjer.. kalau takde mmg kene patah balik.

mungkin dgn cara 'tak boleh berkhemah kat area gunung' ni dpt kawal bilangan sampah, pembakaran terbuka dan sebagainya.. pd amatan saya mmg clear gunung2 kat sana dr sampah (tp mungkin jugak disebabkan education pendaki2 diorang). takde lagi tjumpa hitam2 bekas pembakaran tak habis kat tanah (yg sgt sakitkan mata), takde lg sampah2 menggunung, takde lg jerangkap2 samar yg sungguh memualkan di'buang' merata2..

tp biasanya sebelum ranger check point (kat kaki gunung biasanya..), masih ada tempat2 kita nk berkhemah, jd still la boleh lepaskan geram buat aktiviti berkhemah kat situ. nsb baik jugak lah view kat kaki gunung pun cantik, hehe..

ni sy sertakan beberapa gambar kat sana..

Image
Checkpoint ranger kat Snow Mt.

Image
Chika Lodge-Tempat tidur #1 kat Snow Mt.

Image
369 Lodge, Snow Mt. - Walaupun mungkin nampak mcm bg impact kat environment situ, tp secara keseluruhannya gunung still terpelihara..

Image
Tempat tidur, 369 Lodge, Snow Mt.

Image
Tempat masak, 369 Lodge, Snow Mt. - Boleh pakai stove je kat sini..

Image
Tempat ehem2.. -ECOSAN toilet - Waterless, dehydration/evaporation system

Apa2 pun, semua ni sekadar utk dikongsi :)

nazryst
Pendaki Terlampau
Posts: 650
Joined: 16 Feb 2006, 12:17
Location: Natural Geography
Contact:

Re: Bincang-bincangkan----> KEASLIAN atau KEMUDAHAN

Post by nazryst » 05 Mar 2011, 21:43

Kekalkan laa keaslian dan merancang lah kemudahan yang tidak merosakkan keaslian....

Post Reply