Cadangan kerjasama GO dengan JPAM

Nak mintak tolong? atau nak tanya sesuatu? ada cadangan? poskan disini. Terima kasih
Post Reply
al_razy89
Pendaki Gunung
Posts: 50
Joined: 23 Apr 2010, 04:42
Contact:

Cadangan kerjasama GO dengan JPAM

Post by al_razy89 » 01 Sep 2010, 23:00

Salam..td aq tgh belek2 so aq mendapat satu idea..

Kenapa tidak dengan kekuatan yang begitu hebat, GO bekerjasama dengan JPAM(PErtahanan Awam ) untuk training. Sebagaimana yang diusahakan abg rembau dan kawan2 untuk buat 5 siri latihan, SOP dll untuk membuat satu team SAR yang perkasa, kiranya dengan nama GO yang well establish, kenapa tidak GO bekerjasama terus dengan JPAM untuk siri training secara tak langsung dapat pengiktirafan JPAM sekali..

Macam mana yang saya faham, JPAM juga mempunyai pelbagai kepakaran termasuk first aid, radio, tali, rescue dll. LAtihan orang awam boleh dipohon kepada JPAM mengikut subjek atau GO boleh terus mintak latihan asas pertahanan awam yang mana nanti semua ahli go jadi sukarelawan(tapi yang wataniah dan unit lain xble la).

Jadi, untuk kelas MEdic,rescue, atau apa-apa kelas, GO boleh bekerjasama untuk menambahkan lagi ilmu dan kepakaran dan pada masa yang sama dapat membantu pasukan JPAM secara x langsung..JAdi GO boleh menambahkan lagi kepakaran ahli dan memberikan pengetahuan asas kepada ahli GO tanpa perlu merujuk kepada tempat lain..Senang kata GO boleh conduct sendiri training untuk team GO..

Sekadar pendapat
"aku menulis bukan kerna nama"
http://metainfo.multiply.com

User avatar
JeNaL
Pentadbiran
Posts: 1758
Joined: 27 Mar 2007, 16:07
Location: sri kembangan
Contact:

Re: Cadangan kerjasama GO dengan JPAM

Post by JeNaL » 02 Sep 2010, 11:09

1. ucapan terima kasih saya bagi pihak GO dan pentadbiran GO di atas pandangan anda

2. sebenarnya saya ada mendapat beberapa siri latihan bersama dengan JPAM terutamanya search and rescue di pergunungan

3. ada juga wakil dari pendaki gunung di kalangan GO yg memberi khidmat jurulatih kepada JPAM khususnya ilmu hutan dan pergunungan

4. ada juga wakil dari pendaki gunung di kalangan GO yg memberi khidmat jurupandu semasa SAR contohnya di Yong Yap, Broga-Semenyih dan Brinchang

5. bagi pihak pentadbiran GO juga ada meneliti untuk kemasukan pendaki gunung yg berminat ke Unit Khas JPAM bagi pengambilan khas JPAM

6. semua ini dalam perancangan dan yg terdekat adalah utk 12/10
--· ··- -· ··- -· --· --- -· ·-·· ·· -· ·
W a r i s a n K h a z a n a h P e r g u n u n g a n
·--- · -· ·- ·-··
Pentadbir GunungOnline
9W2WZL
http://jenal.multiply.com

al_razy89
Pendaki Gunung
Posts: 50
Joined: 23 Apr 2010, 04:42
Contact:

Re: Cadangan kerjasama GO dengan JPAM

Post by al_razy89 » 02 Sep 2010, 17:08

terima kasih atas penjelasan yang jelas...kalau ada program jangan lupa ajak..heheheh
"aku menulis bukan kerna nama"
http://metainfo.multiply.com

adisos2002
Otai Gunung
Posts: 969
Joined: 07 Dec 2005, 07:36
Location: Semak Samun
Contact:

Re: Cadangan kerjasama GO dengan JPAM

Post by adisos2002 » 08 Sep 2010, 04:59

Idea bagus al_razy89... Dan ianya telah diperbincangkan dari tahun lepas dan sampai ketahun ini masih rancak diperbincangkan. Perlaksanaan bakal tiba, sedikit kelewatan disebabkan semua rakan2 ada komitmen lain juga disamping pkr tsbt perlu diperhalusi demi kesejahteraan akan dtg.

Dan terima kasih sbb nampaknya respon anda tu mnunjukkan minat yg baik.. hmmm dah ada sorang lagi skuad Alpha unit yg akan sntiasa mendahului misi SAR kita.
<no one left behind> nolb
Berminat mendapatkan guide gunung/ teambuilding?? Contact Silver Outdoor Sports di 012-5317141atau email adisos2002@yahoo.com

nazryst
Pendaki Terlampau
Posts: 650
Joined: 16 Feb 2006, 12:17
Location: Natural Geography
Contact:

Re: Cadangan kerjasama GO dengan JPAM

Post by nazryst » 28 Sep 2010, 16:33

Salam,

Suatu waktu dahulu di IPT saya adalah angota PAKSA RELA dalam JPA3. Perlu diingatkan bahawa badan beruniform yang KONONnya macam mempunyai disiplin seperti ATM, pemakaian pangkat melalui waran atau komisen lalu bertindak mengikut protokol, mereka ini lebih banyak kepada PUBLISITI dan MAIN WAYANG dari menjalankan tugas sebenar benarnya. Bukan bermakna disini hendak menunjukkan kesombongan dengan segala pengalaman yang diperolehi dari minat, pembacaan, pergaulan serta perkongsian pengalaman diantara pendaki pendaki amatur dan profesional... tetapi ternyata ia tiada kongkongan dalam memberi idea ketika kerja kerja mencari dan menyelamat dijalankan.... dan didalam masyarakat GO itu sendiri memberi hormat serta keharmonian menjadi kan ukhwah bertambah erat.

Sebagai pendaki baru seperti saya, komuniti gunung tidak kira dari GO, OGKL, KHK, dan sebagainya, tidak lupa juga kepada syarikat outdoor spt SOS, Nature Explorer dan lain lain, kebanyakan sudah mempunyai kekuatan dari segi ahli dan personal equipment yang lebih baik dari badan badan beruniform.

Dan yang paling menarik didalam keahlian dan masyarakat Gunung ini, rata ratanya mereka tidak di POLITIK kan dan kami bebas untuk bergerak dan membantu tak kira mana mana mereka yang memerlukan.

We are helping those who needed in kind of our experience, the experiences that we have is not for sale or can be bargain by who taking an advantage in all kind of issue mostly in term of politic issue. No broadcasting or press demanding in providing SAR party. We come and go as what we would like it to be. No name, no hero but only to be sculpt.... we are the MOUNTAINEERS.........

Post Reply