susah meter untuk g7

Nak mintak tolong? atau nak tanya sesuatu? ada cadangan? poskan disini. Terima kasih
pangjatt
Pendaki Gunung
Posts: 38
Joined: 08 Sep 2009, 00:58

susah meter untuk g7

Post by pangjatt » 15 Nov 2010, 17:12

Adapun muncullah sekumpulan anak muda berhingus yang mula ketagih mendaki gunung. tidak terperi ketinggian cita cita mereka ingin menjejakkan kaki di kumpulan 7 gunung tertinggi di semenanjung.

lantaran ilmu yang masih cetek, terdamparlah ia di GO untuk menimba ilmu dari rakan rakan yang lebih kanan yang harus lebih berilmu dan harus lebih mengenali akan manikam itu.

maka amatlah besar nyiru yang ditadahkan agar ilmu menggunung ini dapat ditimba.

so,
1) bolehkah dikatan bahawa tahap kesukaran itu berkadar langsung dengan ketinggian? yang dapat diertikan bahawa:

Gunung Tahan (7,186') lagi susah dari
Gunung Korbu (7,162') lagi susah dari
Gunung Yong Belar (7,156') lagi susah dari
Gunung Gayong (7,129') lagi susah dari
Gunung Chamah (7,210') lagi susah dari
Gunung Yong Yap (7,110') lagi susah dari
Gunung Ulu Sepat (7,089') ?

tidak bukan?

bagaimana dengan trip2 tamak?

trip v2 cover Korbu, Yong Belar,Gayong dan Yong Yap
trip cus cover Chamah dan ulu sepat
tahan solo trip.

2) mungkinkah trip2 ini diasing asingkan? supaya masa nak ambil cuti tidak terlalu lama.

cth: yong belar wat solo, gayong wat solo
dan kalo x salah mmg ada trip solo utk korbu dan yong yap. bagaimana dgn gunung yg lain2?
ada ke guide2 yg sediakan trip2 yg sebegitu?

3) susah meter utk g7 ini.

mudah2an ilmu yg dikongsikan disini besar menafaatnya utk saya yg dahagakan ilmu ini.
:D

terima kaseeeyyyyyyyyy!!!

User avatar
poncho
Senator Gunung
Posts: 1890
Joined: 05 Dec 2005, 15:59
Location: southern
Contact:

Re: susah meter untuk g7

Post by poncho » 15 Nov 2010, 21:30

tak paham
if a tree falls in the woods... do all the other trees laugh at it?

Image Mounthopper

User avatar
fulltimesinner
Pendaki Gunung
Posts: 102
Joined: 23 May 2010, 06:22

Re: susah meter untuk g7

Post by fulltimesinner » 15 Nov 2010, 21:55

tak paham
hahahahaha.... dia nak tanya yang mana satu gunung yang susah dan yang mana yang senang, dia suruh bagi ranking (meter?) la ni. Ni mesti org teknikal ni. Nak tau mana satu susah senang kena naik sendiri semua tu la baru boleh bagi verdict :P . Tp untuk tujuan research sebelum cuba semua gunung-gunung ni susah mau cakap rasanya (pendapat aku yang budak setahun jagung gak ni). Sebabnya setiap gunung dan setiap orang ada preferences dia sendiri. Situasi untuk setiap keadaan pun mungkin berlainan. Dari segi objektif yang boleh di buat research ialah rasanya ketinggian, keadaan cuaca, jarak dan keadaan trek kot.

takmo ckp byk2 nanti otai2 marah.. hahaha.. peace :D
just a small time adventurer :D

pangjatt
Pendaki Gunung
Posts: 38
Joined: 08 Sep 2009, 00:58

Re: susah meter untuk g7

Post by pangjatt » 16 Nov 2010, 10:25

maaf andainya maksud tersirat tidak dapat hendak disuratkan.

mudah cerita,

1) adakah boleh atau normal seandainya kesemua trip g7 ini dilakukan secara g by g.
cth: naik gayong sahaja. atau naik ulu sepat sahaja atau naik chamah sahaja. atau naik yong belar sahaja. seandainya normal, adakah guide yg menyediakan perkhidmatan utk trip2 yg sebegitu?

almaklumlah, masih mentah, tak mampu rasanya nak jalan trip yg panjang2 mcm v2 / TT. Kiranya nak wat satu satu ler, xde lah penat dan kena amik cuti lama sgt.

User avatar
poncho
Senator Gunung
Posts: 1890
Joined: 05 Dec 2005, 15:59
Location: southern
Contact:

Re: susah meter untuk g7

Post by poncho » 16 Nov 2010, 12:20

maaf andainya maksud tersirat tidak dapat hendak disuratkan.

mudah cerita,

1) adakah boleh atau normal seandainya kesemua trip g7 ini dilakukan secara g by g.
cth: naik gayong sahaja. atau naik ulu sepat sahaja atau naik chamah sahaja. atau naik yong belar sahaja. seandainya normal, adakah guide yg menyediakan perkhidmatan utk trip2 yg sebegitu?

almaklumlah, masih mentah, tak mampu rasanya nak jalan trip yg panjang2 mcm v2 / TT. Kiranya nak wat satu satu ler, xde lah penat dan kena amik cuti lama sgt.
sudah semestinya ada dan dah lama juga dibuat.
pada pendaki, ada 2 situasi selalunya.

a. ada duit tapi takde masa.
b. ada masa tapi takde duit.
p/s: yang bukan kategori nie tak yah lah nak citer kat sini ye.

pada pendaki kategori A,
selalunya akan naik 1 gunung dalam kelas G7 pada satu-satu masa. weekend memang boleh buat terutama Yong Belar diikuti Ulu Sepat (atau Yong Yap dari Kuala Mu), Chamah, Yong Yap, Korbu (Gayung sekali tapi kerja keras) dan akhir sekali Tahan (kerja paling keras).

untuk pendaki kategori B,
akan memilih untuk buat trans (rentas sekali jalan) dan bukanlah dipanggil trip tamak atau mengejar koleksi. ianya lebih kepada economical reason.

kalau perlukan guide (2-3 hari), di GO nie ramai yang sedia berkhidmat. guide berkaliber dari Nature Explorer, SOS, Wild Junction, Radak Adventure dan para guide sambilan ada menanti. cakap saja bila tarikh, berapa ramai dan setting macam mana.
if a tree falls in the woods... do all the other trees laugh at it?

Image Mounthopper

User avatar
ahmad saufi
Pendaki Gunung
Posts: 39
Joined: 20 May 2006, 12:40
Location: kuala selangor

Re: susah meter untuk g7

Post by ahmad saufi » 18 Nov 2010, 12:48

gudluck mrPangjatt....
apa2hal pun, biar bersederhana...
ikut kemampuan diri sendiri.
klu xlarat- buat training duluuu...

User avatar
soulfly
Kerabat Gunung
Posts: 1147
Joined: 18 Mar 2008, 15:57
Location: SENTUL

Re: susah meter untuk g7

Post by soulfly » 19 Nov 2010, 14:23

ko naik gunung bunga buah je dulu
lama sangat...

User avatar
JeNaL
Pentadbiran
Posts: 1758
Joined: 27 Mar 2007, 16:07
Location: sri kembangan
Contact:

Re: susah meter untuk g7

Post by JeNaL » 20 Nov 2010, 10:39

pangjatt, nak rancking kan gunung ni agak susah, bergantung pada masa, cuaca dan trek dan juga kelengkapan
bagi saya setiap trip ada cabarannya dan cara nak layannya dan menikmati atas apa pemberianNya

apa yg ada di GO adalah maklumat asas dan pengalaman kengkawan sebelumnya, bergantung kepada pendaki yg menerima maklumat itu untuk menilainya. tak paham boleh bertanya hal detail di GO ni, nak bagus lagi pergi teh tarik bersama. nak best lagi mcm mamak cakap on trek sesama...

yg penting..... kerjasama.....hehehehe
--· ··- -· ··- -· --· --- -· ·-·· ·· -· ·
W a r i s a n K h a z a n a h P e r g u n u n g a n
·--- · -· ·- ·-··
Pentadbir GunungOnline
9W2WZL
http://jenal.multiply.com

User avatar
mizi
Kerabat Gunung
Posts: 1308
Joined: 17 Jul 2006, 15:22
Location: perlis
Contact:

Re: susah meter untuk g7

Post by mizi » 25 Nov 2010, 21:48

maaf andainya maksud tersirat tidak dapat hendak disuratkan.

mudah cerita,

1) adakah boleh atau normal seandainya kesemua trip g7 ini dilakukan secara g by g.
cth: naik gayong sahaja. atau naik ulu sepat sahaja atau naik chamah sahaja. atau naik yong belar sahaja. seandainya normal, adakah guide yg menyediakan perkhidmatan utk trip2 yg sebegitu?

almaklumlah, masih mentah, tak mampu rasanya nak jalan trip yg panjang2 mcm v2 / TT. Kiranya nak wat satu satu ler, xde lah penat dan kena amik cuti lama sgt.
soalan 1...buleh-kena ada byk masa cuti dan duit....kalu cuti x banyak layan gng2 wekend pon dah ok
climb long trail
p11at

User avatar
khalid
Pendaki Tegar
Posts: 268
Joined: 01 Jun 2008, 10:50
Location: khtp, kulim
Contact:

Re: susah meter untuk g7

Post by khalid » 27 Dec 2010, 00:46

sebelum nak jawap.
boleh abe tahu, gunung mana yang dah adik pangjat dah panjat...
kalau boleh list kan , senang kengkawan nak meterkan...

User avatar
vanhemeir
Pendaki Hebat
Posts: 399
Joined: 12 Dec 2006, 13:47
Location: Abu Dhabi, UAE
Contact:

Re: susah meter untuk g7

Post by vanhemeir » 28 Dec 2010, 16:26

Ramai orang suka meter2x tahap kesusahan sebab ingin mencabar keupayaan diri.. bila dah selesai melalui kesusahan tu, dia terasa puas..

..... errr tapi..... kekadang lupa pulak nak meter2xkan keindahan permandangan :minum:
a. ada duit tapi takde masa.
b. ada masa tapi takde duit.
p/s: yang bukan kategori nie tak yah lah nak citer kat sini ye.
poncho,
c.ada masa, ada duit -- orang yang bertuah.
d.tak ada masa, tak ada duit -- aku lah tu hehehehe. :mrgreen:

Lt.Cmdr. Kamal Ariffin
Kerabat Gunung
Posts: 1318
Joined: 12 Jan 2006, 11:43
Location: Gunung Bawah Laut
Contact:

Re: susah meter untuk g7

Post by Lt.Cmdr. Kamal Ariffin » 28 Dec 2010, 16:46

e. aku ada masa dam ada duit tapi dah tua :kah:

maxevan
Pendaki Gunung
Posts: 41
Joined: 03 Dec 2010, 19:49

Re: susah meter untuk g7

Post by maxevan » 28 Dec 2010, 21:12

setiap trip ade ''memori'' tersendiri...

susah senang bergantung pd faktor2 semasa-

kelengkapan-kasut,beg,psau,makan mnum....cukup?xckup?
persediaan- stamina?mental?fizikal?
cuaca-hujan,panas,ribut,mendung..angin kencang,sepoi2 bahasa...
duration/jangkamasa-2h2m, 3h2m, 4h3m....6h5m...
terrain obstacle-trek basah,batu,sungai,rumput,hutan banat...etc
distance+height- larat ke xlarat ke...pilih ikut kemampuan

stp trip ade susah dia..cuma pengalaman n persediaan yg meminimizekan kesusahan tu..

User avatar
biNGai
Kerabat Gunung
Posts: 3216
Joined: 19 Dec 2005, 13:18

Re: susah meter untuk g7

Post by biNGai » 28 Dec 2010, 22:53

dah tau tua dok dendiam je daa laa abg kamal..

bla laa ade dam tk asyer ponnnn..
M.A.L.A.S - Copyright © 2003-2009. All rights reserved.
"Demi langit beserta seluruh binaannya, Demi bumi serta yang ada di hamparannya, Demi jiwa dan seluruh penyempurnaannya.."

nazryst
Pendaki Terlampau
Posts: 650
Joined: 16 Feb 2006, 12:17
Location: Natural Geography
Contact:

Re: susah meter untuk g7

Post by nazryst » 29 Dec 2010, 00:53

Tua tang mana tu???? Selagi tak monopos kira konsider ok kot .....

Lt.Cmdr. Kamal Ariffin
Kerabat Gunung
Posts: 1318
Joined: 12 Jan 2006, 11:43
Location: Gunung Bawah Laut
Contact:

Re: susah meter untuk g7

Post by Lt.Cmdr. Kamal Ariffin » 29 Dec 2010, 08:35

Ngai,
aku bawak Dam power punya, masih belum keluar bunga.
Musti bau dia lebih menyengat dari ta ik ayam lancong.
Ahsap kasih flower flower, nanti leh makan nasik sebelanga.

User avatar
biNGai
Kerabat Gunung
Posts: 3216
Joined: 19 Dec 2005, 13:18

Re: susah meter untuk g7

Post by biNGai » 29 Dec 2010, 12:44

kalo bawak dam power jgn lupe oter skit misai tu bang..kalo tk geli ai nk share dapo..ekekeke
M.A.L.A.S - Copyright © 2003-2009. All rights reserved.
"Demi langit beserta seluruh binaannya, Demi bumi serta yang ada di hamparannya, Demi jiwa dan seluruh penyempurnaannya.."

User avatar
orga
Senator Gunung
Posts: 2088
Joined: 05 Dec 2005, 22:09
Location: n9 & melaka
Contact:

Re: susah meter untuk g7

Post by orga » 29 Dec 2010, 18:16

wakakaka..ko pon bulu idung kasi oter skek ngai..
ImageImageImage

pangjatt
Pendaki Gunung
Posts: 38
Joined: 08 Sep 2009, 00:58

Re: susah meter untuk g7

Post by pangjatt » 18 Jan 2011, 21:03

adapun. bermesyuarat bertegang urat lah kumpulan itu utk memilih gunung mana yang dapat didaki pada tahun baru arnab ini. maka, bagai sudah puas ditilik dan dirancang maka Puncak Ulu Sepat bakal menjadi saksi resolusi yang diatur dapat ditempa menjadi arca kejayaan pertama sekaligus menjadi bekal cerita untuk anak anak cucu yang tidakkan lapok untuk diceritakan hingga ke generasi mereka yg ke 7....

User avatar
khalid
Pendaki Tegar
Posts: 268
Joined: 01 Jun 2008, 10:50
Location: khtp, kulim
Contact:

Re: susah meter untuk g7

Post by khalid » 19 Jan 2011, 02:27

adapun. bermesyuarat bertegang urat lah kumpulan itu utk memilih gunung mana yang dapat didaki pada tahun baru arnab ini. maka, bagai sudah puas ditilik dan dirancang maka Puncak Ulu Sepat bakal menjadi saksi resolusi yang diatur dapat ditempa menjadi arca kejayaan pertama sekaligus menjadi bekal cerita untuk anak anak cucu yang tidakkan lapok untuk diceritakan hingga ke generasi mereka yg ke 7....
apapun ceritera itu bakal menyuntik semangat dan kekuatan generasi ke 7 itu nanti.
arakian pula kisah bakal terjadi di puncak Ulu Sepat. Apakah ceritera gembira yang bakal
dihadapi nanti oleh kumpulan yang inging bermunajat di Gunung G7.
sama-sama kita nantikan ceritera di TV9... prengggggg..

jangan ambik hati na dik pangjatt ...sekadar gurauan....

pangjatt
Pendaki Gunung
Posts: 38
Joined: 08 Sep 2009, 00:58

Re: susah meter untuk g7

Post by pangjatt » 19 Jan 2011, 10:04

tidaklah cerita yang diwariskan hingga keturun yang ketujuh itu akan kekal dan wujud tanpa kehadiran jurupandu arah untuk membawa kumpulan mereka itu hingga kepuncak meralisasikan mimpi itu.

pangjatt
Pendaki Gunung
Posts: 38
Joined: 08 Sep 2009, 00:58

Re: susah meter untuk g7

Post by pangjatt » 20 Jan 2011, 20:18

setelah diketahui akan mereka bertapa peri tingginya tahap hantaran yang harus dibayar bagi menggapai kabus di puncak sepat itu tidak dapat dilunaskan maka senyap sunyilah kumpulan itu bagai kampung dilanda garoda.

apakan daya kerana kail panjang sejengkal teringin pula berumah ditepi pantai.

maka bertalu talu soalan ditanya bertubi tubi kemungkinan yang diluahkan. ternyata kail yang hanya barang sejengkal tidak akan mampu di lautan dalam, rumah yang tidak tahan dilambung ombak manakan pula CF akan dikeluarkan.

menitis hingus setiap mereka lantaran masih keanak anakan. sudah dibilang 7 gunung yang hendak ditawan bukan barang mainan, bukan barang picisan bagai batuk di dalam lif, sangat mudah untuk didapatkan, sangat mudah diangan angankan.

maka diseka hingus yang menitis biar terhenti. agar bekal cerita waris ketujuh dapat didengari. sebulat suara, sebulat mata, puncak yong belar bakal menjadi yang pembuka cerita.

adapun ketentuan datang dari Nya, berusaha, doa dan tawakkal lah mereka, mudah2an dengan iringan doa rakan2, yong belar bakal dijejakkan agar menjadi bekal modal cerita untuk waris keturunan mereka hatta yang ke tujuh sekalipun, ia tetap terngiang ngiang.

User avatar
khairil
Pendaki Gunung
Posts: 114
Joined: 04 Jun 2010, 11:43
Location: putrajaya

Re: susah meter untuk g7

Post by khairil » 25 Jan 2011, 11:29

iskisk... aku baca dari awai..rasa mcm belajar sastera melayu klasik pulak..
nasib baik tak masuk isu novel Interlok nih..
What a mountain do to men, it humbles you
------------------------------------------
Gunung Mu, Gunung Ku Jua

User avatar
vanhemeir
Pendaki Hebat
Posts: 399
Joined: 12 Dec 2006, 13:47
Location: Abu Dhabi, UAE
Contact:

Re: susah meter untuk g7

Post by vanhemeir » 25 Jan 2011, 14:24

biasalah budak gunung ni abstrak2x belaka

pangjatt
Pendaki Gunung
Posts: 38
Joined: 08 Sep 2009, 00:58

Re: susah meter untuk g7

Post by pangjatt » 07 Feb 2011, 00:45

adapun pemula ceritera buat bekal hingga keturunan ketujuh sudah pun bermula. seberat beban digalas itulah rasa sukma yang menggila taktala melihatkan akan sayup pemula anak tangga batu yang entah dimana sudahnya, yang entah kemana yang akan dibawa.

sepotong doa warisan dibaca, hela nafas panjang hingga terasa di kepala, dengan langkah ibarat panglima, didahului penunjuk arah, anak tangga pemula syarat kabus yong belar digapai pun bermula.

tiadalah susah mengikut arus,
apatah lagi di waktu siang,
tangga berbatu dilalu harus,
jarang tersenyum berwajah riang.

berombak dada menarik nafas,
tangga berbatu didaki cermat,
jurupandu sayup amatlah pantas,
ingin bersaing manakan dapat.

sunyi sepi ibarat alam gelap gulita. tiadalah yang terkeluar melainkan keluhan keluhan berat sahaja. ingin berundur langkah baru sahaja bermula pokok masih belum berbunga, ah....terlalu awal untuk mengadu domba.

pangjatt
Pendaki Gunung
Posts: 38
Joined: 08 Sep 2009, 00:58

Re: susah meter untuk g7

Post by pangjatt » 07 Feb 2011, 00:50

dikhabarkan oleh mereka mereka yang arif. mereka mereka yang terdahulu ada menyampaikan, ada berpesan, tiadalah apa hendak dibandingkan antara 268 tangga penghalang dan puncak yong belar sebagai hantaran.

maka diteruskanlah oleh mereka akan perjalanan yang mulanya tangga batu sebagai hantaran. tidaklah dapat dibayang dalam kotak fikiran akan apa lagi yang menanti di hadapan. tidaklah didengar akan jalinan sutera plastik air kehitaman berselirat yang entah mana hujung dan pangkalnya. tiadalah pasti akan bagaimana untuk melaluinya. yang bisa memerangkap pada yang leka. dan semestinya buat hingusan seperti mereka ada terkena, ada terkecewa, ada tercedera lantaran kaki tenggelam sebelah kedalam jurang tersedia.

zahirnya banyak tidak terkira,
tidak terhimpun dalam ikatan.
langkah dititi mestilah berkira,
kelak terbenam kaki, menyesal jangan.

User avatar
span
Pendaki Sondol
Posts: 415
Joined: 22 Aug 2008, 10:44
Location: atas batu
Contact:

Re: susah meter untuk g7

Post by span » 09 Feb 2011, 14:13

mana sambungan nye
-L@YAN JeW MeNtEL Tu BeB-

User avatar
orga
Senator Gunung
Posts: 2088
Joined: 05 Dec 2005, 22:09
Location: n9 & melaka
Contact:

Re: susah meter untuk g7

Post by orga » 10 Feb 2011, 09:08

pangjatt..nnt ko buat satu log gunung pakai bahasa klasik nih..pos kt thread khemah..mesti ramai suka baca..
ImageImageImage

User avatar
rembau
Pemegang Amanah GO
Posts: 1394
Joined: 06 Dec 2005, 08:41

Re: susah meter untuk g7

Post by rembau » 10 Feb 2011, 09:21

satu yang baru dan harus dipuji serta dicontohi gaya bahasa dalam menyampaikan maksud...
penuh dgn perasaan ikhlas serta membaca dapat membayang keindahan keperitan XPDC anda serta disulam dengan maklumat...

teruskan caya begini...rasa anda boleh mencipta dunia anda jika terus kekal dengan identiti begini...SYABAS
Dan Kami jadikan di bumi gunung-ganang yang menetapnya, supaya bumi itu tidak menggegar mereka; dan Kami jadikan di celah-celahnya jalan-jalan laluan, supaya mereka mendapat petunjuk.(Surah Al-Anbiyaa':31)

User avatar
shah_1816
Pendaki Gunung
Posts: 146
Joined: 31 Jan 2011, 13:31

Re: susah meter untuk g7

Post by shah_1816 » 10 Feb 2011, 14:30

btul tu brader orga..seronok plak baca hikayat pujangga pangjatt ni..asyik baca ayat short form dengan ayat sms jer hari2..skali sekala baca bahasa klasik layan juga..

User avatar
pachio
Pendaki Gunung
Posts: 95
Joined: 15 Jul 2008, 14:30

Re: susah meter untuk g7

Post by pachio » 11 Feb 2011, 16:02

pangjatt...

mana sambungan?
isyaallah esok hamba dan rakan2 hamba akan cuba mendaki 268 anak tangga yg tuan hamba sebutkan
gegar gunung gemora
kelab kembara perintis

pangjatt
Pendaki Gunung
Posts: 38
Joined: 08 Sep 2009, 00:58

Re: susah meter untuk g7

Post by pangjatt » 12 Feb 2011, 15:54

Maka tetaplah mereka itu meneruskan perjalanan yang masih tersangat muda. Masih terlalu awal untuk berundur. Belum pun lagi mula melangkah sudah mahu dikatakan tersungkur? Disaksikanlah pula oleh mereka akan dihadapan titian jalinan plastik hitam yang agak panjang untuk dititi. Cuma pada kali ini, disebelah kanan, terdapat aliran sungai dan jurang yang sangat sangat tidak jemu menanti bersedia menerima pada yang tidak cukup berhati, pada yang terlalu sangat terasa yakin diri, yang tidak tahu kerdil lemahnya diri tanpa bantuan Dia yang diTuhani.

disebelah kiri pula pandangan yang menyakitkan mata.dangkal akal untuk menduga.kacau fikiran untuk dihuraikan.Kelestarian alam terganggu. Walaupun tidak nampak akan tangan tangan yang mengusiknya. Tanpa ada papan tanda melaungkan pembangunan, tanah tersebut runtuh jua. Apatah lagi melihatkan pembangunan ditempat hamba, sayup di kejahuan dilereng bukit istana tesergam seindah rupa. Barangkali itulah status darjat empunya istana, barangkali lebih dekat dengan alam, mungkin damai lebih dapat dirasa.

Bagaimana pula boleh dikatakan selamat kerna kun sahaja kataNya, sebondong bondong alam kan patuh jua.Cuma hamba sahaja yang terlalu leka selalu lupa.jarang jarang patuh pada suruhan Nya

tiadalah secocok sombong dan angkuh,
tidaklah layak sebagai pakaian,
perintah larang Nya dipatuh teguh,
mampulah bersujud terima arahan.

bersujudlah patuh dengan arahan,
walaupun kepada derjat bawahan,
hanya itulah yang membezakan,
antara yang beruntung dengan yang kerugian.

pangjatt
Pendaki Gunung
Posts: 38
Joined: 08 Sep 2009, 00:58

Re: susah meter untuk g7

Post by pangjatt » 12 Feb 2011, 16:39

Sesudah disajikan dengan pemandangan buat renungan untuk yang mahu memikirkan, tibalah mereka kebatu sempadan. Ada yang ragu ragu untuk menjejakkan kaki kesebelah sempadan.ada pula yang sudah menjejak, terus kecek kelantan. Ketawa terderai, dengan harapan terlupa sebentar kepenatan. Agaknya tanda pemisah antara pahang dan kelantan. Terlupa pula untuk menanyakan pada penunjuk arah sebagai pedoman. Lantas apa perlunya rakan, apa gunanya saudara saudari yang lebih kanan, jika tidak bersedia bagai kaunter pertanyaan. Apa yang digundahkan dihati dapat dijelaskan, ada jawapan, mudah mudahan.

Rupa rupanya tiadalah hanya tempat yang satu itu berbatu dua. Tiadalah hanya selahad dipacakkan sepasang nisan.Ada rupanya di alam maya, hanya tanda sebatu untuk 2 kawasan. Khabar khabarnya dari yang arif dan yang terdahulu ada juga mengatakan, sebatu untuk 3 kawasan. Cuma patik sahaja yang belum berjumpa, belum melihatkan, belum mendapatkan. Al-maklumlah cuma hingusan.

tidaklah terduga apa yang tersirat,
hanya melakonkan apa diarahkan,
lembaran utusan sudah disyariat,
mudah mudahan kejayaan akan didapat.

ggey
Pendaki Gunung
Posts: 5
Joined: 01 May 2010, 16:21

Re: susah meter untuk g7

Post by ggey » 13 Feb 2011, 14:46

perghhhhh,meremang bulu roma baca hikayat nie...likeeeeeee

pangjatt
Pendaki Gunung
Posts: 38
Joined: 08 Sep 2009, 00:58

Re: susah meter untuk g7

Post by pangjatt » 13 Feb 2011, 15:34

tidak berapa lama batu dua kawasan ditinggalkan, maka bertemulah mereka dengan aliran sungai yang cetak airnya sejuk mendamaikan. kata jurupandu, itulah sungai yang diperlihatkan, disebelah kanan sewaktu melalui titian kawasan tanah runtuhan. kotoran kasut, berlumpur tanah merah disepanjang titian jalinan platik hitam tadi hilang digosok dibawa hanyut arus sungai hilang dari penglihatan. amat mudah artinya, kotoran luaran dapat dibersihkan.asalkan kena dengan alatnya, nescaya yang kotor akan bersih ke asalnya. sekotor mana bekas itu dihina kotoran, jika ada daya dan keinginan, nescaya akan bersihlah ia jua, nescaya akan mulia lah ia dari kotoran. kerana adapun yang bersih itu manakan mahu berhimpun dengan kotoran.kesempatan disungai itu digunakan melepas kepenatan.sambil sambil bergambar kenang kenangan, sambil sambil menduga juru pandu, jauhkah lagi destinasi dihadapan, apakah yang terhidang sebagai laluan.

amatlah nikmat taktala bungkusan roti yang telah penyek itu ditelan. barangkali, nikmat perasaan rasa roti itu tidaklah sehebat begini jika bukan diperantauan. mana mungkin, kerana rotinya pun sudah hilang rupa, sudah tidak boleh dipanggil roti, sudah tidak mampu dikenalkan tanpa bungkusan, hanya aroma dan warnanya sahajalah yang mampu mengenalkan.

syukur nikmat mampu merasa,
walaupun rupa sudah tiada,
bila lapar segala selera,
itulah tanda nafsu yang punya.

bila lapar segala selera,
nafsu berkuasa badan kan lesu,
minum dan santap biar berpada,
itulah pesan saudara terdahulu.

pangjatt
Pendaki Gunung
Posts: 38
Joined: 08 Sep 2009, 00:58

Re: susah meter untuk g7

Post by pangjatt » 13 Feb 2011, 16:17

minum sudah santap pun sudah,
habis sudah rokok di jari,
laluan resam tiadalah payah,
berjumpa kabin yang masih berdiri.

semelangkah mereka melintasi sungai tadi, laluan sangat sedikit mendaki, dibelai pokok resam tinggi berdiri, senantiasa ada dikanan kiri, usahlah rimas wahai diri, bukankah ini yang engkau cari?

tiadalah periksa akan mereka itu apa yang ada didalam kabin. sekadar menjenguk kedalam, melihatkan sampah tinggalan. kabin yang satu disebelah kanan itu terdapat juga disisinya umpama badan kereta kuda. cuma rodanya bukanlah kayu, sama bentuk tayarnya yang hamba lihat ditengah kota. dan adapun badannya diperbuat dari besi jua. gerangan apakah kenderaan ini kegunaannya, lagipun dibelantara begini, bukannya dilebuh raya.

tiadalah gundah gulana akan mereka itu akan wujudnya kereta kuda. lantaran laluan mendaki tinggi dihadapan sana, bakal membawakan pemula dipintu rimba. kata jurupandu, pokoknya tinggi tinggi belaka, redup diteduh tiadalah panas seperti kem kabin yang ditinggalkan dibelakang mereka.

rasanya bagai sudah jauh kaki diatur melangkah, maka berehatlah akan mereka dipermulaan laluan pintu rimba.air diteguk, kenang kenangan sambil melihat akan mereka kesan runtuhan tanah bukit sewaktu dititian.

User avatar
pakcik
Pendaki Gunung
Posts: 170
Joined: 08 Feb 2006, 23:33
Location: sini
Contact:

Re: susah meter untuk g7

Post by pakcik » 13 Feb 2011, 22:36

Hikayat ni bagi kat Metalasia, buleh bikin album nih...hhehe...
Never Crack Under Pressure

betterman
Pemegang Amanah GO
Posts: 2828
Joined: 04 Dec 2005, 08:39
Location: Bawah beirut
Contact:

Re: susah meter untuk g7

Post by betterman » 02 Mar 2011, 10:06

best!!
Getting to the summit is optional, getting down is mandatory...

User avatar
rembau
Pemegang Amanah GO
Posts: 1394
Joined: 06 Dec 2005, 08:41

Re: susah meter untuk g7

Post by rembau » 02 Mar 2011, 13:57

bro pangjatt..

minta izin utk diupkan ke FB gunungonline...
Dan Kami jadikan di bumi gunung-ganang yang menetapnya, supaya bumi itu tidak menggegar mereka; dan Kami jadikan di celah-celahnya jalan-jalan laluan, supaya mereka mendapat petunjuk.(Surah Al-Anbiyaa':31)

pangjatt
Pendaki Gunung
Posts: 38
Joined: 08 Sep 2009, 00:58

Re: susah meter untuk g7

Post by pangjatt » 02 Mar 2011, 15:34

bro pangjatt..

minta izin utk diupkan ke FB gunungonline...
jika kecil tapak khemah, tapak ground patik tadahkan...

Post Reply