susah meter untuk g7

Nak mintak tolong? atau nak tanya sesuatu? ada cadangan? poskan disini. Terima kasih
User avatar
khalid
Pendaki Tegar
Posts: 268
Joined: 01 Jun 2008, 10:50
Location: khtp, kulim
Contact:

Re: susah meter untuk g7

Post by khalid » 02 Mar 2011, 15:55

adik pangjatt.
moleklah jika hikayat tuan hamba ini disertakan lakaran dari pena nikon atau canon, jika ada menambah seri lah ia...

pangjatt
Pendaki Gunung
Posts: 38
Joined: 08 Sep 2009, 00:58

Re: susah meter untuk g7

Post by pangjatt » 02 Mar 2011, 20:05

Tiadalah lagi dirasai akan mereka kepanasan mentari di ubun ubun taktala denai rimba itu deselusuri. Dalam penat berjalan, terasa nyaman suasana rimba sambil fikiran ligat berkira kira, tapak yang mana harus didaratkan langkahan kaki agar tidak kecundang, khuatir tersalah urat kaki, terkehel dan terpelecok bila bila kan mungkin terjadi. Kekhuatiran semakin tinggi taktala melihatkan disebelah kiri denai, seperti tanahnya telahpun runtuh sedikit. Dibawahnya jurang yang sungguhpun tidaklah terlalu dalam, gerangan manakah yang sanggup menempah untuk jatuh kelembah kecundang, akal sihat berakal waras, kan memandang ikhtiar usaha agar dapat dielakkan agar dapat dijauhkan, hingga diterjemahkan pada berhatinya pelangkahan mudah mudahan selamat perjalanan. Adapun itulah pedoman mereka yang bertujuh itu sebagai isyarat akan mereka semakin terlalu hampir untuk tiba dipintu rimba pada perjalanan balik mereka nanti.

Tidaklah dapatlah dihitung dan dipastikan berapa kalikah perjalanana naik turun akan pendakian mereka itu lantaran akan penat dan mengah menyeka peluh yang terbit bagai mata air yang tiada hentinya. Maka benarlah pesan pesan mereka yang pernah menjejakkan kaki ke dataran yang tinggi tinggi ini akan betapa peri pentingnya latihan. Umpama pesan kata jurulatih diwaktu air yang tenang dan tenteram ini, biar bermandi peluh kelak jangan nanti bermandi darah.

tinggi tinggi si gunung daik,
pemandangan indah jadi terpegun,
ada pilihan mendaki naik,
tiada pilihan sewaktu menurun.

pangjatt
Pendaki Gunung
Posts: 38
Joined: 08 Sep 2009, 00:58

Re: susah meter untuk g7

Post by pangjatt » 02 Mar 2011, 20:10

Sang mentari yang tadi telah terlindung sinarnya dipayung pucuk pucuk daun pokok belantara, sudah condong letakknya. Barangkali sudah mahu menganjak kepetang. Tetapi tapak tudung periuk masih belum lagi dapat dijejakkan. Barangkali terlalu kerap benar berhenti mencuri nafas, mengumpul tenaga, meneguk glatoride yang dari gambar bungkusannya amatlah cocok untuk perlakuan membanting tulang seperti mereka yang bertujuh itu.

Dikhabarkan dari mereka mereka yang pernah kesini, dikatakan akan bertemu dahulu, dengan setengah dozen banyaknya puncak kepalsuan yang pemandangan banjaran dan puncak puncak puncak lain sebagai dorongan dan rasuah bagi meneruskan perjalanan kepuncak tujuan, kepuncak yang diperakukan sebagai yang ketiga tertinggi yang mereka idam idamkan.

Masih melekat segar dalam kotak ingatan mereka yang bertujuh itu, dalam setandan kelapa ada yang komengnya. Persis begitu jualah akan puncak puncak kepalsuan. Adapun disedarilah akan mereka yang bertujuh itu akan nasib dan darjat mereka, tiadalah taraf dan darjat mereka itu untuk merendah dan mengkomengkan salah satu dari puncak kepalsuan yang berenam itu. Adapun itu hanyalah sebagai pesan buat waris keturunan mereka, buat mereka yang mendengar akan benarnya pesan pesan mereka yang lebih terdahulu. Mudah mudahan hingga hayat dikandung badan tetap tidak akan dilupakan.

pangjatt
Pendaki Gunung
Posts: 38
Joined: 08 Sep 2009, 00:58

Re: susah meter untuk g7

Post by pangjatt » 01 Apr 2011, 12:01

ubi kayu sedepa panjang,
cukup bekal seminggu makan,
walau hari menganjak ke petang,
tudung periuk masih belum detemukan.

berterus terusan lah akan pendakian mereka itu, agar matlamat untuk beradu di puncak dapat digenggam. masihlah menggunung harap dihati agar destinasi segera dijejaki. setelah sekuat daya mendaki dan setelah sekuat itu juga mereka berhenti henti, jam tiga itu sampailah ke destinasi, tapak tudung periuk akhirnya dapat jua dijejaki. barangkali amat lapar mungkin, sebuku roti putih dikeluarkan tanpa belas kasihan dihabiskan. tidak lah lebih baik akan nasib se tin tuna yang dikeluarkan. santapan yang dikeluar dijamu sebaik mungkin, mengenangkan hari sudah amat petang. mencongak congak barangkali entah bila pula lagi akan berhenti untuk makan. khuatir nanti berjalan malam kedinginan sedang perut keroncong kelaparan.

pangjatt
Pendaki Gunung
Posts: 38
Joined: 08 Sep 2009, 00:58

Re: susah meter untuk g7

Post by pangjatt » 01 Apr 2011, 12:42

remang senja kelihatan sudah,
headlamp dikeluar buat persediaan,
wahai diri usahlah gundah,
bukankah ini yang engkau inginkan?

berjalanlah ketentuan alam. patuh tetap pada arahan. cerah sudah kini kegelapan. siang sudah beranjak kemalam.langkah pendakian tadi yang ada kesenangan, kini terasa labih sukar untuk diteruskan. al maklumlah berjalan malam, langkah lebih lambat, kelajuan lebih sangat berkurangan. walau ada headlamp sebagai teman, lantaran cahayanya keputihan, bercampur kabus dan wap hembusan, kadang mengganggu juga pemandangan.

perjalanan menempuh kegelapan amatlah tidak dihajatkan, penat barangkali, banyak benar soalan diajukan. jurupandu yang bijak mengemudi keadaan, denagan harapan perjalanan tetap diteruskan, ke tapak kasut tempat perhentian. kekadang soalan yang dilontarkan lambat lambat disambut jawapan. barangkali mencongak congak apa yang terbaik sebagai jawapan penyedap telinga halwa pendengaran. asal pendakian tetap mahu diteruskan, asal masih mahu menapak kaki digerakkan, pasti kan sampai hanya masa yang menentukan.

terdengar bunyi gelak tawa, harum bau masakkan mungkin ikan bilis goreng dihidu di belantara dalam pekat malam. dibawa tiupan bayu kejam yang menghidang hanya bauan pada diri yang lapar kepenatan. maka bertukar tukar pandangan sesama akan mereka itu. adakah engkau juga dengar apa yang aku dengar? dan apakah nikmat aroma yang aku hidu dapat juga kau hidu? pandangan yang memberi tanda akan jawapan yang sama itu sudah dipahami. jelas sudah akan tanda yang perjalanan malam ini akan berakhir tidak lama lagi.

maka benarlah apa yang dihidu dan didengar akan pancaindera itu. tiadalah mampu akal untuk menidakkan apa yang terjadi tadi taktala melihatkan cahaya suram datang dari kanvas plastik. salam diberi, disambut mesra yang lain. barangkali ada 7 ke 8 orang kekuatannya.

maka bertukar tukar pertanyaan dan jawapan lah sesama mereka itu. dan sudahlah diketahui akan mereka puncak idaman mereka beradu, sudahlah penuh menutup pintu tiadalah ruang lagi yang dapat untuk diisi. hatta masih berbaki, dalam penat kelaparan, masih mahukah melangkah wahai kaki? masih mahukah penat wahai diri?

sampailah sudah ke destinasi,
9 setengah masa dihentikan,
rasa terkilan hajat dihati,
puncak idaman sudah kepenuhan.

puncak idaman penuh isinya,
tapak kasut lantainya lembab,
wahai diri usahlah keciwa,
semua berlaku mesti bersebab.

User avatar
pachio
Pendaki Gunung
Posts: 95
Joined: 15 Jul 2008, 14:30

Re: susah meter untuk g7

Post by pachio » 04 Apr 2011, 09:04

dah lama aku tunggu sambungan ceritera ni
gegar gunung gemora
kelab kembara perintis

pangjatt
Pendaki Gunung
Posts: 38
Joined: 08 Sep 2009, 00:58

Re: susah meter untuk g7

Post by pangjatt » 04 Apr 2011, 12:05

bergegaslah akan mereka yang bertujuh itu mendirikan khemah buat tempat beradu dalam pekat malam yang dinginnya mencengkam hingga ketulang hitam. Lantaran peluh badan sudah kering,maka terketar akan bibir dan anggota badan refleks spontan tanpa kawalan ciptaan Tuhan.

tiadalah pernah akan mereka itu merasa akan bertapa bakal seksanya beradu beralas ground khemah semata. ditambah pula akan lembapnya akan tapak khemah mereka itu.

berakhir sudah beban digalas,
berehat beradu cari kekuatan,
nak bangun awal terasa culas,
itulah petanda view sunrise kan terlepas.

User avatar
am
Pendaki Sondol
Posts: 459
Joined: 12 Dec 2005, 19:41
Location: Somban, NSDK
Contact:

Re: susah meter untuk g7

Post by am » 03 May 2011, 19:30

:) ni pe cerite yang mike-mike layan nie... aduhh~ banyak tengok DVD le nie...
find me more at multiply | blogspot | flickr

pangjatt
Pendaki Gunung
Posts: 38
Joined: 08 Sep 2009, 00:58

Re: susah meter untuk g7

Post by pangjatt » 06 May 2011, 00:25

santapan yang dimasak itupun dijamahlah akan mereka dengan tiada lagi dakwa dakwi. adapun tiadalah banyak akan juadah yang terhidang dapat dihabiskan lantaran badan yang sudah lesu dan mata yang sudah kuyu. barangkali tanpa adanya dedaun hutan yang lebar buat pengalas tapak khemah, mungkin terasa lebap jua akan adanya lantai khemah mereka itu. moga moga rahmat Tuhan pencipta alam akan turun dilain tempat. tiadalah bermaksud mahu menolak, akan tetapi tiadalah dibawa akan lapis luar khemah mereka yang berdua itu.

juadah yang banyak itu tiadalah dapat dihabiskan akan mereka yang bertujuh itu. pesan jurupandu, lauk pauk penyedap juadah haruslah disimpan rapi diikat kemas, takut nanti tetamu penghuni tetap yang mereka tumpang itu datang bertandang taktala lena beradu nanti. takut tetamu itu membawa lari juadah yang banyak tidak terperi yang masih berbaki.

bersila duduk bentuk bulatan,
sandal selipar silalah tanggal,
perjalanan esok cuba dicaturkan,
hajat dihati semoga tercapai.

pangjatt
Pendaki Gunung
Posts: 38
Joined: 08 Sep 2009, 00:58

Re: susah meter untuk g7

Post by pangjatt » 06 May 2011, 16:46

berbatang sudah rokok dicucuh,
asap dihembus berkepul kepul,
lama bersila terasa lenguh,
lenguhlah kaki bawalah berlujur.

hanyut sudahlah sekelian penghuni di kem kasut itu. lantaran tiada lagi gelak tawa coloteh yang kedengaran. jiran yang tadinya riuh dan hidup dengan irama kini turut menyepi. tiada tinggalah juru pandu itu keseorangan lantaran masih ada yang menemankan. berceriteralah mereka berdua itu bagai sudah kenal lama benar layaknya..........

pangjatt
Pendaki Gunung
Posts: 38
Joined: 08 Sep 2009, 00:58

Re: susah meter untuk g7

Post by pangjatt » 07 May 2011, 11:06

perkongsian bersama jurupandu itu amatlah besar untungnya. boleh sahaja dijadikan bekal panduan untuk perjalanan ke gunung gunung lain dimasa hadapan. merendahlah diri dan tiadalah menyombong akan jurupandu kumpulan mereka itu. perkongsian ilmu yang dicurahkan terasa kerdillah akan diri kumpulan yang masih berhingus dan bertatih itu. barangkali sudah tiada lagi modal yang masih berbaki buat perancak bual bicara, sleeping bag ditarik keluar dihampar tanda tanda diri sudah siap sedia mahu beradu. lampu LED putih sumber cahaya tunggal dikhemah dimalapkan, sambil sambil tangan meraba ke lantai khemah, mencari cari takut takut tunggul atau akar yang menanti untuk menyambut belakang badan. setelah berpuas hati dan terbayang akan keselesaan lantai yang menanti, diri dibaringkan doa dibaca, mudah2an dilindungi Pencipta. tidur ini umpama mati kecil kata Utusan. mudah mudahan esok hari yang muncul andai masih belum sampai janji dapatlah kiranya diteruskan perjalanan ini.

pintu ditutup lampu dimalap,
tamatlah sudah doa dibaca,
saat mata mahu terlelap,
terasa diluar masih ada lagi yang berjaga.

tiadalah lah tahu apakah gerangan,
berapa ramai banyakkah atau kumpulan,
terasa diluar ada yang berjalan,
ataupun itu mainan perasaan.

bergerak berjalan bunyi kedengaran,
cuma bukan dalam bulatan,
mungkin juga silap pendengaran,
almaklumlah diri sudahpun kepenatan.

pangjatt
Pendaki Gunung
Posts: 38
Joined: 08 Sep 2009, 00:58

Re: susah meter untuk g7

Post by pangjatt » 07 May 2011, 11:53

bersiap sedialah akan kumpulan itu di hari yang baru. bersama semangat yang jitu. juadah dipagi hari yang dingin itu dipanaskan semula buat pembuka selera, pembekal tenaga dihari terakhir seperti semalam yang telah dirangka. tiadalah terlihat akan kesan dan bekas usikan yang kelihatan pada tinggalan juadah yang dibungkus semalam. barangkali kemas kejap benar ikatan yang dikenankan lantaran itu tiada aroma yang dapat dihidukan. maka tiadalah akan juadah itu dilarikan. yang setepatnya, sudah benar janji rezeki yang ditentukan Tuhan, yang berlapiskan perbuatan dan berbekalkan harapan.

beranjak sudah dari kelam kesamaran kepada cerah penglihatan. maka ternampaklah akan pemandangan kawasan persekitaran. kelihatan beberapa guni putih terisi sampah tinggalan. tiadalah akan tinggalan itu disengajakan, barangkali yang tertinggal itu adalah kerana sudah lebih muatan. kata jurupandu yang telah banyak benar kali kesini, katanya dulu tapak ini tidaklah sebersih begini. agasnya banyak, sampah yang menjolok mata juga berada dimana mana. barangkali inilah hasil dan kesan dari amal jariah kumpulan konservasi tempoh hari.tiadalah terbayang diakal fikiran kumpulan mereka itu akan betapa peri besarnya rasa cinta dan tanggungjawab kumpulan konservasi terhadap alam ini. barangkali jika dialunkan atau dinyayikan lagu tak tercapai akalmu dendangan elyana penyayi baharu itupun, masih belum mampu lagi untuk diukirkan gambaran rasa cinta dan tanggungjawab terhadap hutan ini.

maka benarlah bantahan malaikat sewaktu mula mula dahulu Adam itu mahu diciptakan oleh yang Maha Pencipta. dan seperti yang tertulis didalam Kitab rujukan yang maha benar itu. adapun, tangan tangan manusia itulah yang menimbulkan kerosakkan, kemusnahan dan pertumpahan darah dimuka bumi ini. mudah mudahan tiadalah mahu kumpulan itu tergolong kedalam kumpulan kerosakkan itu. mudah mudahan dapatlah disemai dari sini akan betapa peri pentingnya rasa tanggungjawab untuk menjaga kelestarian alam pinjaman yang terhad ini.

Bumi yang tiada rimba Seumpama hamba
Dia dicemar manusia Yang jahil ketawa

Bumi yang tiada udara Bagai tiada nyawa
Pasti hilang suatu hari Tanpa disedari

Bumi tanpa lautan Akan kehausan
Pasti lambat laun hilang Duniaku yang malang

Dewasa ini kita saling merayakan
Kejayaan yang akhirnya membinasakan
Apalah gunanya kematangan fikiran
Bila dijiwa kita masih lagi muda dan mentah
Ku lihat hijau

Bumiku yang kian pudar Siapa yang melihat
Di kala kita tersedar Mungkinkah terlewat

Korupsi, oppressi, obsessi diri
Polussi, depressi di bumi kini

Oo... anok-anok
Tok leh meghaso mandi laok
Bersaing main ghama-ghama

Ale lo ni tuo omornyo berjoto
Koto usoho jauh ke daghi malo petako

Ozon lo ni koho nipih nak nak aghi
Keno make asak hok biso, weh
Pase maknusio
Seghemo bendo-bendo di dunio
Tok leh tahe
Sapa bilo-bilo

pangjatt
Pendaki Gunung
Posts: 38
Joined: 08 Sep 2009, 00:58

Re: susah meter untuk g7

Post by pangjatt » 07 May 2011, 12:25

dijamahlah akan baki juadah yang telah dipanaskan itu. barangkali sudah tiada berselera ataupun semangat mahu kepuncak lebih mengatasi, tiadalah licin akan juadah itu mak tinggallah berbaki juadah tersebut.

pada pagi ini kita hanya akan berlenggang kangkung menuju kepuncak. barangkali begitulah agaknya pesan cadangan jurupandu itu. mana mana jika ada beban yang mahu dibawa kepuncak, isikan dalam satu beg, dan saya akan bawa. teramatlah murni akan hasrat hati penunjuk arah itu. tiadalah ia berkira kira mahu menyumbangkan kudratnya. tiadalah ia teragak agak menyemai benih jasa yang nescaya akan dikenang hingga ke akhir hayat yang ada.

mudik ke hulu mencari saga,
sampan dilabuh rapat ke tepi,
berbuatlah baik berpada pada,
berbuat jahat jangan sekali.

sampan dilabuh rapat ke tepi,
airnya jernih nampak dasarnya,
jika hidup sentiasa berbudi,
kelak mati meninggalkan nama.

pangjatt
Pendaki Gunung
Posts: 38
Joined: 08 Sep 2009, 00:58

Re: susah meter untuk g7

Post by pangjatt » 07 May 2011, 12:55

tiadalah awal sangat perjalanan kepuncak itu mereka teruskan. dan tiadalah lewat pula akan perkiraan. cuma yang pasti, tersasar dari perancangan. jurupandu yang berjalan dihadapan itu mengepalai perjalanan sambil sekali kali berkongsi cerita, memberi penerangan. agak kurang lebih setengah perjalanan kata jurupandu, siapa yang boleh laju, sila mara dahulu kehadapan. berhati hati dengan langkah yang dipijakkan, jalan dihadapan hanya satu, tiada yang kekiri mahupun yang kekanan. sampai dipuncak silalah tunggu rakan yang dibelakang, jangan merayau tanpa kepastian, takut takut nanti jalan pulang tidak ditemukan.

tiadalah teringat akan masa tepat yang tentu diambil untuk keseluruhan perjalanan menuju kepuncak itu. jika masih benar dalam ingatan perjalanan itu lebih 5 minit dari satu jam. taktala menjejakkan kaki ke puncak Yong Belar yang diidam, hilanglah seketika rasa kepenatan. sambil menantikan rakan rakan dibelakang rokok dinyalakan tekak menanti bekalan minum yang berada di belakang.

maka tibalah dan lengkaplah mereka dalam kumpulan yang hanya 5 ke 10 minit sahaja berselang. bersalam salaman sambil takbir dan tahmid keluar dari mulut mereka lantaran hajat dihati sudah terlaksana. G yang pertama sudah terlaksana, modal bekal cerita buat waris mereka sudah pun ada.

tiadalah saujana mata memandang di puncak ketika itu lantaran kabus sudah memenuhi. membataskan pemandangan yang sememangnya terhad yang hanya punyai saujana mata memandang hanya di satu tempat. barangkali sudah puas bergambar kenang kenanagan hampir setengah jam sudah masa berlalu disitu, pendakian turun untuk pulang pun bermula.

tiba dipuncak berpeluk salaman,
gambar diambil kenang kenangan,
view dihajat tidak kelihatan,
apakah kan ada sesi pengulangan?

view dihajat tidak kelihatan,
lantaran lari dari percaturan,
wahai dihati apa yang digundahkan,
mampukah menolak takdir yang Menciptakan?

User avatar
epol
Pendaki Gunung
Posts: 19
Joined: 05 Sep 2011, 23:59

Re: susah meter untuk g7

Post by epol » 21 Oct 2011, 03:55

maka, setelah 7 bersahabat dapat melangkaukan kaki ke G yg pertama, ingin hamba tahu, pada pendapat tukang karut yang bercerita, apakah nilai 'susah meter' yg harus diberikan? Kerna itulah asal tajuk yg tuan hamba ajukan...hehe
asyik naik je....amek nafas jap....

Post Reply