Serangan Gajah Liar a.k.a Gajah Naik Minyak

Nak mintak tolong? atau nak tanya sesuatu? ada cadangan? poskan disini. Terima kasih
Post Reply
User avatar
che'gu
Pendaki Tegar
Posts: 289
Joined: 27 Jan 2009, 01:58

Serangan Gajah Liar a.k.a Gajah Naik Minyak

Post by che'gu » 08 Dec 2010, 17:42

Assalamualaikum kawan2 GO semua....

Pagi tadi ada terbaca tentang serangan gajah liar kat kelantan sana ke atas sekumpulan pencari buah keranji. dan kesan serangan tu, seorang drp mereka telah meninggal dunia dengan kecederaan yang teruk.

Jadi rasanya, semasa kita2 semua sedang trekking.....tak mustahil kita pun akan terserempak dng kumpulan gajah2 liar ini. Jadi, utk langkah keselamatan awal.....dan utk tujuan menimba ilmu drp perkongsian pengalaman rakan di GO ni, saya nk tau lah sekiranya ada kaedah yg terbaik utk kita mengelakkan diri drp serangan gajah2 liar ini.

Rasanya rakan2 GO yg berpengalaman dlm mengendalikan gajah spt bro Forestgump (sekadar menyebut satu nama), mungkin dpt memberikan pendapat dan panduan utk kegunaan kita semua.

Mencegah sebelum terkena.....

Terima kasih.....

User avatar
pakcik
Pendaki Gunung
Posts: 170
Joined: 08 Feb 2006, 23:33
Location: sini
Contact:

Re: Serangan Gajah Liar a.k.a Gajah Naik Minyak

Post by pakcik » 12 Dec 2010, 21:40

jap lari topic jap...betul ke eh, aku penah dengar2 cerita, ada sultan negeri mana tah, pahang kot, dia ada bela gajah, tp gajah tu dah dilepaskan dalam hutan..betul ke? nama gajah tu kalau tak silap aku husin nama dia...betul ke? ke aku kene kencing dgn tukang cerita tu?
Never Crack Under Pressure

User avatar
forestgump
Pendaki Terlampau
Posts: 520
Joined: 19 Apr 2006, 20:17
Location: KL
Contact:

Re: Serangan Gajah Liar a.k.a Gajah Naik Minyak

Post by forestgump » 18 Dec 2010, 09:53

Salam...
Gajah liar terdiri dari 3 kumpulan...
1. Kumpulan gajah betina bersama jantan...pastinya ada induknya ataupun dalam bahada inggeris MATRIARCH.. selalunya gajah betina paling tua. Ahli2 kumpulan ini akan mendengar cakap dan arahan si induk. Grup ini biasanya OK...akan mengelak dari manusia. Si induklah yang akan membuat bising dan bila dengar bising - biasalah...ngelaklah kamu bila trekking.
2. Kumpulan 2 - gajah2 jantan juvena - mat rempit dunia gajah - depa semua ni dari kumpulan lain... dan telah di sepak terajang keluar dari kumpulan 1 oleh si induk. Gajah tidak " bergaul " sesama sendiri dan bila gajah juvena jantan dah mula menggatal - si induk akan sepak terajang gajah janan tersebut keluar. Dan gajah2 juvena individu ini akan mencari gajah jantan juvena yang lain buat kumpulan sendiri sementara mencari kumpulan besar lain untuk join. Gajah2 rempt inilah yang PALING bahaya dan tidak akan fikir dua kali untuk menyerang.
3. Kumpulan 3..gajah jantan dah pencen...gading amt panjang...telinga dah mengelebeh...besar dan jenis ni suka relax sendirian dan jarang sekali akan menyerang.

Kalau trekking dan jumpa najis gajah berlonggok2 satu tempat - elok BALH. Kalau najis bersepah2 seolah2 seperti satu trail.... no proboem..gajah bergerak. Kalau najis baru atau masih hitam..ok . Kalau najis dah kering dan ada tumbuh2an...elok BLAH sebab gajah menggunakan deria menghidu najis lama untuk mencari trail lama.

Kalau terserempak gajah...
- LIHAT telinganya... kalau berkembang, ekor tegak dan kepala lebih tinggi dari badan....elok BLAH sebab gajah dah berikan kad kuning!
- LIHAT telinganya... kalau dah rapat ngan kepala dan kepala lebih rendah dari bahunya srta ekor tegak dan belali digulungnya..... CABUT LARI!
- CABUT LARI.... jangan naik bukit ATAU menurun bukit....kalau kawasan bercerun.... lari berlawanan dengan cerun sebab gajah x boleh balancekan badan. Cari balak tumbang ...cari akar2 besar dan cari SERTA berlindung di sebalik belakang pokok besar.

Trekking belakang gajah OK sebab gajah tidak suka buat U turn dan berpatah balik tapi selalulah buat bising sedikit dan pakai bau yang terang.

Elok ikatkan messtin DENGAN sudu dan ikatkan diluar agar ada bunyi bising sedikit emandangkan gajah punyai deria mendengar yang amat kuat!

Jika akan trekking dan camping di kawasan gajah liar, bekalkanlah sedikit cili kering....carilah najis gajah yang dah kering dan yang lama tetapi masih lembab, hidupkan api dan campurkan cili kering bersama najis kering dan lembab serta daun2 hijau ...biar berasap...baunya KAU KAU...dan SEMUA hidupan liar dan hidupan yang pakai backpack pasti akan tidak selesa!!!!!!!

Pastinya juga bila gajah ada...sang belang dan sang hitam tak akan muncul..so gajah juga memberi kita kelebihan. Gajah juga bijak mencari denai melalui hutan....

Saya ada rakam di dalam handphone saya...se ekor gajah rempit menyerang saya setelah saya tembak ubat pelali... saya seperti mati 1000 kali dan lutut TETAP bergegar selepas itu :-)))
The worst day in the jungles is ALWAYS better than the best day in office!

User avatar
forestgump
Pendaki Terlampau
Posts: 520
Joined: 19 Apr 2006, 20:17
Location: KL
Contact:

Re: Serangan Gajah Liar a.k.a Gajah Naik Minyak

Post by forestgump » 18 Dec 2010, 09:55

jap lari topic jap...betul ke eh, aku penah dengar2 cerita, ada sultan negeri mana tah, pahang kot, dia ada bela gajah, tp gajah tu dah dilepaskan dalam hutan..betul ke? nama gajah tu kalau tak silap aku husin nama dia...betul ke? ke aku kene kencing dgn tukang cerita tu?
Lu kena kencing lah....

Di dalam kenderaan pencari buh keranji itu juga ada wayar besi halus serta mercun bola.
Standard equipment untuk penjerat hidupan liar...
The worst day in the jungles is ALWAYS better than the best day in office!

User avatar
biNGai
Kerabat Gunung
Posts: 3216
Joined: 19 Dec 2005, 13:18

Re: Serangan Gajah Liar a.k.a Gajah Naik Minyak

Post by biNGai » 18 Dec 2010, 11:25

Jika akan trekking dan camping di kawasan gajah liar, bekalkanlah sedikit cili kering....carilah najis gajah yang dah kering dan yang lama tetapi masih lembab, hidupkan api dan campurkan cili kering bersama najis kering dan lembab serta daun2 hijau ...biar berasap...baunya KAU KAU...dan SEMUA hidupan liar dan hidupan yang pakai backpack pasti akan tidak selesa!!!!!!!

teringat masa kt asrama taim skolah dulu..air supply tarak so bebudak pakat berak merata2 atas lantai tandas..bile tanye sorg pon tamo ngaku so ketua dorm amik keputusan bakar taik tuh supaya owner taik tuh rasa terbakar plak lobang buntot dia..agaknye releven tk bila baka taik gajah tuh, gajah tu rasa panas buntot? :lidah:
M.A.L.A.S - Copyright © 2003-2009. All rights reserved.
"Demi langit beserta seluruh binaannya, Demi bumi serta yang ada di hamparannya, Demi jiwa dan seluruh penyempurnaannya.."

User avatar
orga
Senator Gunung
Posts: 2088
Joined: 05 Dec 2005, 22:09
Location: n9 & melaka
Contact:

Re: Serangan Gajah Liar a.k.a Gajah Naik Minyak

Post by orga » 23 Dec 2010, 10:34

agak2 kalo kita alihkan taik gajah tu, bole ke dia sesat jalan bila lalu balik area tuh..?
ImageImageImage

Lt.Cmdr. Kamal Ariffin
Kerabat Gunung
Posts: 1318
Joined: 12 Jan 2006, 11:43
Location: Gunung Bawah Laut
Contact:

Re: Serangan Gajah Liar a.k.a Gajah Naik Minyak

Post by Lt.Cmdr. Kamal Ariffin » 23 Dec 2010, 10:47

Kalau kita alihkan baunya akan tercampur baur dengan bau kita. Kita memang rasa tak bau sebab manusia kurang peka pada bau lagi lagi kalau kuat isap okok.
Jadinya akan kalangkalibut baunya dan gajah tu lagi pening sebab dia menyangka ada gajah baru yang mula menguasai kawasan tersebut. Bau adalah penanda wilayah atau jajahan takluk haiwan.
Itu boleh jadi penyebab Gajah Naik Minyak.
Orga, udah udah le tu perangai budak jahat nak ngalih ngalih taik gajah bagai.

User avatar
forestgump
Pendaki Terlampau
Posts: 520
Joined: 19 Apr 2006, 20:17
Location: KL
Contact:

Re: Serangan Gajah Liar a.k.a Gajah Naik Minyak

Post by forestgump » 24 Dec 2010, 19:12

btw..gajah tak naik minyak - dia TURUN MINYAK - boleh nampak cecair keluar dari lubang kecil dibelakang mata menandakan gajah sedang " stim " atau sedang stressed :-)
The worst day in the jungles is ALWAYS better than the best day in office!

User avatar
che'gu
Pendaki Tegar
Posts: 289
Joined: 27 Jan 2009, 01:58

Re: Serangan Gajah Liar a.k.a Gajah Naik Minyak

Post by che'gu » 24 Dec 2010, 23:34

oh....bangganya dpt jd sebahagian geng GO nih. hari ni satu lagi ilmu sy dpt dlm mengenali body languange gajah. Tq abg forestgump atas perkongsian.....

User avatar
khalid
Pendaki Tegar
Posts: 268
Joined: 01 Jun 2008, 10:50
Location: khtp, kulim
Contact:

Re: Serangan Gajah Liar a.k.a Gajah Naik Minyak

Post by khalid » 26 Dec 2010, 21:14

masuk hutan tu, eloklah baca sikit..doa, jaga adab masuk tempat penghuni lain walaupun manusia nie ber
status khalifah jika dibandingkan ngan binatang dan jin yang menumpang bumi ni.
doa nabi sulaiman dan nabi noh pun elok juga diamalkan.
niat yang penting....insyaallah.
buah keranji tu sebagai penutup utk tak dipanjangkan cerita.........

Post Reply