Suit Yourself for Working Life

Nak mintak tolong? atau nak tanya sesuatu? ada cadangan? poskan disini. Terima kasih
Post Reply
Zack
Pendaki Gunung
Posts: 22
Joined: 09 Feb 2006, 09:13
Location: Always In Your Heart

Suit Yourself for Working Life

Post by Zack » 24 May 2006, 16:42

Adakalanya karektorseseorang individu berkait rapat dengan zodiaknya. Kali ini jom kita tinjauzodiak dan apa pula karektor kerja seseorang itu. Apakah ianya menepatitinjauan kami?

Pekerja Aquarius
Sukar untuk bertolak ansur dengan mereka. Bukan apa,mereka asyik inginlakukan yang terbaik. Mereka juga bercita-cita tinggi. Untuk mengembirakanmereka, beri peluang kepada mereka untuk meluaskan pengetahuan dan skilkerja mereka.

Pekerja Aries
Pekerja yang berzodiak Aries tidak sukakan pekerjaan yang memerlukan merekamelakukan pekerjaan yang sama sepanjang masa. Cepat jemu dan terasa seolah-olahkreativiti mereka terbatas. Selain itu, gaji bukan penarik minat utamamereka menceburi sesuatu kerjaya. Yang penting kepuasan kerja dan prospekkerja yang luas bagi membolehkan mereka meningkatkan keupayaan diri. Merekajuga sukakan pekerjaan yang boleh mencabar keupayaan mereka. Untuk membuatkansi aries ini gembira, berikan kepercayaan kepada mereka untuk membantuapa yang perlu terutamanya menunjuk ajar pekerja yang kurang mahir. Merekamemang suka bab macam tu!

Pekerja Taurus
Bukan nak mengampu, tapi sememangnya Taurus adalah seorang pekerja yangbaik! Mereka sangat setia, kuat kerja dan tak suka 'kipas mengipas' ni.Mereka bekerja ikut peraturan dan akan sedaya upaya melakukan kerja yangdiberikan itu hingga selesai. Cuma mereka ni memang agak 'lembab' sikitdan suka buat kerja 'last minute'! Pun begitu, mereka sentiasa inginkanbimbingan dan tunjuk ajar daripada orang lain untuk melakukan yang terbaik.Tapi usah cuba nak memperalatkan mereka, buruk padahnya nanti! Untuk menggembirakanTaurus, serahkan projek yang benar-benar menepati keupayaan mereka.

Pekerja Gemini
Mereka ini gemar berkongsi idea dengan teman setugas yang lain. Tak kedekutilmu beb! Tapi dalam masa yang sama mereka tidak boleh menumpukan perhatiankepada satu kerja saja dalam tempoh yang lama. Selain itu, mereka ini sukabenar mengambil tahu soal orang lain jadi tak hairanlah mereka ni bolehmenjadi 'ratu gosip'. Mood dan produktiviti mereka sering berubah ubahdan saling berkaitan. Pekerjaan yang sesuai adalah pekerjaan yang membolehkanmereka menjelajah ke banyak tempat.

Pekerja Cancer
Bagi mereka, pekerjaan adalah untuk mendapatkan wang bagi menyara kehidupan.Mereka ini juga boleh diharap dan sentiasa bersedia membantu di saat diperlukan.Usah bimbang mereka ini bukan termasuk di dalam orang-orang yang berlumbauntuk mendapatkan kuasa. Bagi mereka, pekerjaan penting bagi menjamin kehidupanyang selesa. Persekitaran kerja amat mempengaruhi mereka. Tentu kamu akandisukai jika bersikap peramah.

Pekerja Leo
Wah! Si Leo rupanya ingin diri mereka menjadi perhatian utama di tempatkerja. Biarpun mereka tidak boleh memimpin tapi mereka akan cuba mencarijalan untuk meningkatkan status mereka di mata teman-teman sepejabat. Usahcuba nak komen, pasti tak diterima mereka! Namun mereka gemar memberi nasihatkepada orang lain. Untuk 'mengawal' mereka ini, senang saja. Berikan merekalebih tanggungjawab agar mereka rasakan diri mereka itu orang penting!Tapi berwaspadalah kamu. Silap haribulan, kerja kamu pula dirampasnya!

Pekerja Virgo
Jika kena gayanya, mereka mampu bekerja dengan rajin. Mereka tak kisahjika terpaksa bekerja malam semata-mata untuk memastikan segala kerja berjalanlancar. Sememangnya kejujuran kunci utama mereka dalam bekerja. Tapi merekaini mudah sangat mengkritik jika ada yang silap pada pandangan mata mereka.Mereka sanggup melakukan pelbagai kajian sebelum memulakan sesuatu tugasanyang diberikan bagi melengkapkan diri mereka dengan pengetahuan yang diperlukan.Mereka tak perlu diampu, cukuplah jika mereka merasakan kerja mereka dihargai.

Pekerja Libra
Ramai teman sekerja yang beranggapan bahawa mereka ini terlalu sensitifdan sukar bekerjasama. Keupayaan mereka juga berubah-ubah. Satu hari merekakelihatan bertenaga dan mampu bekerja cemerlang dan di hari yang lain pulamereka bersikap sebaliknya. Namun sekiranya mereka mampu mengawal moodmereka yang tak seimbang itu, tak mustahil mereka boleh naik pangkat! Walaubagaimanapun, jangan cuba nak memerintah mereka lebih-lebih pula!

Pekerja Scorpio
Ternyata mereka ini mampu berdikari dan mengharapkan pertolongan daripadaorang lain sangat. Segalanya bisa diatur! Yang bagusnya, mereka tak pernahcampur adukkan soal kerja dan peribadi. Mereka tak takut untuk menyuarakanpendapat sekiranya merasakan ada yang tak kena. Berani kerana benar! Takkira yang buat salah itu orang atasan atau teman sejawat! Mereka juga akanmelayan orang lain seperti orang lain melayan mereka. Bermakna, kalau orangbaik dengan mereka, begitu juga dengan mereka. Kalau tak, maaf sajalah!

Pekerja Sagitarius
Mereka ini berkeyakinan, ceria dan bersedia membantu dalam pekerjaan. Apajua yang diserahkan kepada mereka pasti akan dilakukan sebaik mungkin.Tak ada masalah! Pun begitu, usah perlekehkan mereka kerana itu adalahkepantangan bagi mereka! Jangan cuba main-main!

Pekerja Capricorn
Mereka gembira bila merasakan diri mereka diperlukan untuk menjayakan sebarangkerja. Mereka juga akan sentiasa cuba untuk meningkatkan daya usaha mereka.Pun begitu, mereka bukanlah seorang yang suka memaksa. Apabila mengenalpastimatlamat, pasti mereka akan berusaha untuk mencapai segala yang diimpikanitu. Namun mereka bukanlah bekerja secara sukarela saja. Jika dirasakankerja yang dilakukan berbaloi, bermakna gaji yang diberikan juga harusberbaloi!

Pekerja Pisces
Mereka boleh menjadi seorang pekerja yang taat dan kerja kuat. Sekiranyaada yang tak kena di dalam pejabat, pasti merekalah yang mula-mula mendapattahu. Mungkin sebab terlalu prihatin kot!Mereka gemar melakukan sesuatuyang dianggap berbaloi untuk dilakukan!
Last edited by Zack on 24 May 2006, 16:49, edited 1 time in total.

Zack
Pendaki Gunung
Posts: 22
Joined: 09 Feb 2006, 09:13
Location: Always In Your Heart

Post by Zack » 24 May 2006, 16:45

:)

Post Reply