perihal sekeping "PERMIT"!!

Nak mintak tolong? atau nak tanya sesuatu? ada cadangan? poskan disini. Terima kasih
User avatar
Rob
Pendaki Sondol
Posts: 467
Joined: 07 Dec 2005, 03:05
Location: blakang skali

perihal sekeping "PERMIT"!!

Post by Rob » 19 Dec 2005, 17:47

Kepada kawan2 dan geng Pendaki tegar, pendaki sondol, pendaki otai dan pendaki2 yang sewaktu denganya yang berforum didalam webpages ni..
aku ada beberapa masalah yang aku betul2 tak puas hati dan konpius tentang PERMIT utk masuk hutan ni..
dulu aku dengar dari citer kawan2 je & skarang dah kena kat batang idung aku sendiri. aku memang tak boleh tahan.

Antaranya:
MEMANG BETUL KENA MOHON PERMIT KE KALAU KITA NAK MASUK HUTAN, BERXPDC @ MENDAKI?
KALAU BETUL KENA MOHON, BAGAIMANA? DIMANA? CARA CARA MEMOHON? KENAPA? DIBAWAH AKTA APA?
HUTAN MANA YG KENA MOHON PERMIT & HUTAN MANA YANG TAK KENA MOHON PERMIT??
KENAPA KITA SAJA (PENDAKI) YANG KENA?
ANAK BUAH TAUKEY BALAK MASUK UTAN GI SURVEY KAYU BALAK TAK KENA??
ORANG KAMPUNG MASUK UTAN CARI GEHARU TAK KENA??
MENGAPA???? KENAPA KITA???? DIORANG LAGI TERUK!! CURI HASIL HUTAN.


Anyway, Aku tak boleh cerita apa yg terjadi pada aku dan kawan2 lain.. sebab ini kira rahsia. aku harap korang paham dan aku tak nak ada pihak yg tersinggung pulak nanti.

Cuma aku nak mintak jasa baik kawan2 semua untuk jelaskan pada aku atau pada member lain yang akan bakal menganjurkan xpdc pada masa akan dtg tentang "PERIHAL SEKEPING PERMIT" ni.. (supaya tak jadi mcm kes aku.. ) :evil:
kalau boleh, kepada yang lebih tahu atau memahami masalah aku ni, mintak laa bagi pendapat.. beri la tunjuk ajar. aku budak baru belajar memanjat..

p/s: aku dpt satu lagi laporan terkini, eija sakap "abg nai kentut busyuk.. bau stokin lembab".. betul ke abg nai? :lol: )
Last edited by Rob on 19 Dec 2005, 20:02, edited 2 times in total.
Ya ALLAH.. limpahkanlah kesabaran kepada kami,
dan matikan kami dalam keadaan islam.. (Al-A'raaf: 126)

User avatar
wira
Pendaki Hebat
Posts: 371
Joined: 06 Dec 2005, 08:16
Location: Shah Alam
Contact:

Post by wira » 19 Dec 2005, 18:14

-sensored la-
Last edited by wira on 20 Dec 2005, 13:42, edited 1 time in total.
© Copyright 2006 Perusahaan Otomobil Nasional Sdn. Bhd. All Rights Reserved.

Joeyah
Pendaki Gunung
Posts: 36
Joined: 15 Dec 2005, 12:45

Post by Joeyah » 19 Dec 2005, 18:49

Yo wira... kau bodek erk... 8) Kau punya tangan jer kena pegang... habis tangan aku & prenzzz nie nak letak mana? Pajak Gadai...?

Aku simpati kat kau Rob. :( Dan setakat pengetahuan aku yg baru nak belajor pakai seluar ketat (tied) nie la... Sabah & Sawarak jer pakai permit.

Aper pun jgn kasi goyang kaki pasal permit. Bergoyang gunung pasal kita punya kaki tak per...

Err.. Rob.. :wink: Sabau erk...

pekatu
Pendaki Tegar
Posts: 293
Joined: 05 Dec 2005, 11:19
Location: last waterpoint

Post by pekatu » 19 Dec 2005, 21:54

Aiseh....kawan kena kacau lagi la ni...shushah shushah.....
Btw....yang aku tau dulu kat perak ni hanya Gunung Bubu , Kenderong dgn Korbu (plus trans ) je yang kena permit....pas 2 aku dengar dan kena buat gunung2 yg dalam hutan simpan dgn hutan lipur pun kena...tapi sekarang dah melarat larat semua gunung pun kena gak ...yang x kena Gunung Rapat belakang opis aku ni dgn Gunung Lang je :twisted: ...
Ekceli..yang terer bab2 permit ni Muzs SOS je pasal dia yg selalu bawa trip naik...tapi yela just recently je jabatan hutan ni start kacau gila2 pasal apa aku x tau.....
Tapi kalau ada masa aku pergi jabatan hutan check details suma ni...kalo dapat aku publish la untuk tontonan umum....
My opinion.....sepatutnya Rob , ko alert hal ni masa kes batu putih ari tu...n 4 onliners info....staf jabatan hutan perak memang ada dalam GO nih..sapa aku x tau....
Untuk trip Belantara Outdoor ke LELW n tumang batak...apply la permit siap2...pasal aku pun kantoi gak dgn Muzs ari tu xd permit.
Memang rasa malu pun ada jadi kes2 macam ni...kawan2 dtg nak explore kena balik xd permit...
Aku g tempat lain xd prob apa pun...kat Nuang boleh bersenda gurau lagi dgn renjer tu....ish... :cry:
So...nanti la aku check it out.

User avatar
ryoq
Pendaki Gunung
Posts: 31
Joined: 05 Dec 2005, 00:35

Post by ryoq » 20 Dec 2005, 01:12

rob....dah byk kali dah aku dgr cite ni...papepun aku simpati la kat hang,apsal aku pg LELW mgu lepas xde plak org kacau,mgkn sbb aku gerak senyap2 kot...itu pasal la aku buat pg LELW 5 ari,kot2 ada org yg nak naik ke puncak mntk permit..hehehehe...


errrr,nak pg TELUK SEKADAS nanti kena mntk permit gak ke bang......?

aku mmg macho........tp bapak aku lg macho

betterman
Pemegang Amanah GO
Posts: 2828
Joined: 04 Dec 2005, 08:39
Location: Bawah beirut
Contact:

Post by betterman » 20 Dec 2005, 10:46

aku gi LEW itu hari aku mintak permit...
jabatan hutan perak selatan....
kena bayar RM10 under nama Bandahari Kerajaan Negeri Perak....

undang-undang tetap undang-undang....
melainkan kalau kita nie mmg jenis anti establishment....
gunung bubu kuale mmg kena permit sbb pepagi buta dah ada staff jabatan hutan kat situ...
member aku dulu pon kena halau sbb takder permit....

aku amik dari website FRIM

Ringkasan Kesalahan Hutan Dan Denda Yang Dikenakan Di Bawah Akta Perhutanan Negara 1984 Dan Akta Perhutanan Negara (Pindaan) 1993-
Lampiran II


Seksyen 15
Mengambil hasil-hasil hutan daripada Hutan Simpan Kekal & Tanah Kerajaan tanpa kebenaran
Denda tidak melebihi RM 500,000 dan penjara tidak kurang daripada satu tahun tetapi tidak melebihi 20 tahun.

Seksyen 47 (1) & (4)
Memasuki Hutan Tertutup tanpa kebenaran
Denda tidak melebihi RM 10,000 atau penjara tidak melebihi 3 tahun atau kedua-duanya.

Seksyen 50 (4)
Mengguna jalan hutan tanpa permit jalan
Denda tidak melebihi RM 10,000


Seksyen 81 (1)
b. menebang, memotong, menggelang, menanda, menutuh/menoreh mana mana pokok; atau merosakkan dengan api atau memindahkan mana mana pokok atau kayu
Denda tidak melebihi RM 50,000 atau penjara tidak melebihi 5 tahun atau kedua-duanya

Seksyen 83
Membuang sampah sarap secara mengganggu
Denda tidak melebihi RM 10,000 atau penjara tidak melebihi 3 tahun atau kedua-duanya.

Seksyen 84
Memiliki, menjaga / mengawal hasil hutan secara menyalahi undang- undang
Denda tidak melebihi RM 50,000 atau penjara tidak melebihi 5 tahun atau kedua-duanya
Getting to the summit is optional, getting down is mandatory...

betterman
Pemegang Amanah GO
Posts: 2828
Joined: 04 Dec 2005, 08:39
Location: Bawah beirut
Contact:

Post by betterman » 20 Dec 2005, 10:58

tapi biasalah kita mana selalu mintak permit...
heheheh...
aku pon selalu masuk jer.....
termasuk lew baru 3 je lah aku mintak permit...
termasuk bubu dan korbu....
yg lain mana ada pon...
hehehe

member keja renjer hutan, apa nak buat
Getting to the summit is optional, getting down is mandatory...

User avatar
nadir
Ahli Kehormat GO
Posts: 1586
Joined: 05 Dec 2005, 16:30
Location: Penang Darul Mamak
Contact:

Post by nadir » 20 Dec 2005, 12:13

bett, kawan ko renjer hutan? amacam kalau kasik settle bende ni habis habisan. kalau ada sapa - sapa boleh bagi contact ( phone atau email lagi bagus) pengarah jabatan hutan ke apa ke, aku boleh tolong try contact.
aku pun pernah kena tahan ngan ranjer masa nak naik gng inas. siap amik no IC, ugut lagi, kalau kita tak gi pejabat hutan kat grik tu apply permit, nanti di lapor nama kami.... apalah...... dah nampak sah - sah bawak backpack nak panjat gunung. apa nak buat, no IC semua dah ada, terpaksalah buat...

Nadir

yongyap
Pendaki Gunung
Posts: 76
Joined: 07 Dec 2005, 10:26
Location: Bawah Fly
Contact:

Post by yongyap » 20 Dec 2005, 13:43

biasal la tu, dugaan

dulu kalau g mendaki tak penah mintak permit.
yg biasa aku buatkan senarai pendaki masuk / keluar bila pastu repot ke kat balai polis berdekatan.just inform je bukan mintak permission.bagi ke tak aku masuk je.kalau kuar hutan aku tak report pandai² lar korang(polis) cari.

Kadang² diorang ni cam giler kuasa.mentang² ada power.
Tapi power renjer tu lain la.dorang mmg power giler.

User avatar
poncho
Senator Gunung
Posts: 1890
Joined: 05 Dec 2005, 15:59
Location: southern
Contact:

Post by poncho » 20 Dec 2005, 14:10

sekadar nak kongsi sama2,

setau akulah, semua gunung kat dlm kawasan taman negara termasuk yg private (terutama kat borneo dan tmn negara under PERHILITAN dan bkn under kerajaan negeri) mmg dikenakan permit utk masuk. sbb dah rutin ranjer masuk check bile2 masa diorang fikir perlu. mcm tmn negara x yah ckplah, masing2 dah tau kan. tp, kalo gng atau hutan kecik2 atau dekat dgn bandar, aku ttp g mintak permit kat jabatan hutan & buat report. kalo ada kes mcm permohonan aku tu kena perlekehkan (penah terjadi), aku bantai buat report polis je paling kurang. at least bile2 kantol kat hutan, aku ckp kat ranjer aku dah buat report (ada salinan) dan jabatan perhutanan buat derk je.. itu psl aku x buat permit..itu cara aku lah..

kalo leh mintak atau at least try mintak kat jabatan perhutanan/tanah&galian. amik referance sape pegawai bertugas. mesti ranjer kenal punyalah..

(utk rujukan, kes mcm nie aku mmg praktikkan kat Johor je. x pasti kat tmpat lain. gng. belumut mmg perlu permit, buleh dpt kat Jabatan Hutan kat bdr Kluang. Gng. Panti buleh dpt kat bdr Kota Tinggi & kat Jbatan Tanah & Galian)

aku hrp buleh membantu.. :wink:
if a tree falls in the woods... do all the other trees laugh at it?

Image Mounthopper

adisos2002
Otai Gunung
Posts: 969
Joined: 07 Dec 2005, 07:36
Location: Semak Samun
Contact:

Post by adisos2002 » 20 Dec 2005, 15:58

Emmmmmmmmmmm aku ingat dah settle..
Baiklah kawan-kawan semua..
Start aku belajar mendaki dari tahun 1995 sampai sekarang 2005, ada byk pkr aku dah lalui kat sini aku pastekan aduan rasmi aku yg tak dijawab lansung oleh jabatan hutan
Assalamualaikum dan salam sejahtera
Terlebih dahulu saya ingin memperkenalkan diri saya sebagai penggiat aktiviti rekreasi negeri PERAK, dari kumpulan Silver Outdoor Sports. Sepanjang penglibatan kami didalam aktiviti sebegini kami banyak terlibat dengan program pendakian ke Gunung-gunung di dalam negeri PERAK.

Bagaimanapun saya berasa sangat KECEWA dengan layanan yang diterima oleh Jabatan tuan akhir-akhir ini. Tuan, kami bukan berniat untuk memburuk-burukkan, apatah lagi menjatuhkan imej Jabatan tuan. Terutama sekali Jabatan Perhutanan Negeri Perak yang kami hormati. Tetapi saya melihatkan seolah-olah Jabatan Perhutanan Negeri Perak kini sudah tidak mesra pelanggan. Rentetan aduan saya ini adalah berdasarkan beberapa hal berikut

1. 3 Ogos 2005 - Kami ditahan oleh seorang Renjer Hutan Daerah Tapah - En Halim Bin Ngah Ismail (mengatakan dirinya adalah pegawai khas bagi semua kategori Hutan Lipur Negeri Perak).
Alasan Ditahan : Tiada Permit Pendakian, kami akur dengan arahan yang diberikan dan saya sangat memuji tingkah lakunya yang bertolak ansur dan berbudi bahasa. Setelah difahamkan oleh En Halim barulah kami sedar akan kesalahan, kerana selama ini kami menyangkakan hanya untuk pendakian ke gunung tertentu sahaja yang memerlukan permit. Rupa-rupanya apabila kami memasuki mana-mana kawasan Hutan Simpan maka wajib bagi kami untuk memohon permit.

2. 17 November 2005 - Kami menerima permintaan dari rakan-rakan kami untuk membantu mereka dalam program pendakian ke Gunung Korbu pada tarikh 22 November. Menyedari akan kelewatan (difahamkan sepatutnya seminggu sebelum) tarikh tersebut maka kami dengan segera menghantar permohonan melalui perkhidmatan pos laju.
Bagaimanapun kami difahamkan permohonan tersebut hanya tiba ke Jabatan Hutan Kinta pada hari jumaat 19November 2005. Saya mendapat maklumat ini pada hari Isnin 21hb Nov 2005 dari pegawai jabatan hutan kinta sendiri selepas bertanyakan status permohonan tersebut. Ianya tidak dapat diluluskan lagi oleh pihak tuan kerana pegawai yang bertugas tidak ada ketika itu.
Dia meminta saya menelefon semula pada hari Selasa pagi untuk bercakap sendiri dengan Puan Aishah CC Jabatan Hutan Kinta. Saya bersetuju dan menelefon pada hari Selasa.

3. Pada hari Selasa 22 November 2005 saya menelefon pada awal pagi dengan harapan agar mendapat kelulusan tersebut, bagaimanapun Puan Aishah berkata ianya masih belum diluluskan dan saya meminta agar Pihak Jabatan dapat menfakskan pada saya kelulusan tersebut. Dia bersetuju dan saya pun mula menangguhkan perjalanan rakan-rakan saya demi menunggu permohonan tersebut.

Akhirnya saya menerima jawapan yang agak memeranjatkan dari Jabatan Hutan melalui faks

"Encik MUZAFFAR
Sila dtg sendiri ambil surat / permit ke Gunung Korbu Hari ini juga
PEJABAT HUTAN B/GAJAH "
(ditandatangani oleh seseorang yang saya tidak kenal kerana tiada dinyatakan nama dan pangkat)

Bagaimana saya ingin ke Batu Gajah sedangkan kami sudah bersiap sedia untuk mendaki??
Bukankah Puan Aishah yang menyuruh kami menunggu faks???

Kecewa dengan jawapan tersebut, saya menelefon semula Jabatan Hutan.. disini adalah perkara yang sangat menyakitkan dan menyedihkan saya sebagai warga Perak.
Puan Aishah memberitahu saya yang saya kena datang sendiri atas alasan "Bos suruh..."

Persoalan 1 : Jabatan Hutan boleh menfakskan terus pada Balai Polis Tg Rambutan dan kami boleh terus menunggu disana.. kenapa perlu menyusahkan "Rakyat" sampai begitu sekali?

Persoalan 2 : Kenapa khidmat telefon dihujung jari dan mesin faks serta lain-lain teknologi tidak digunakan dalam keadaan begini? Kerajaan melaung-laungkan servis bermutu dan Kemajuan Sistem Teknologi Maklumat.. tapi kami lebih dihidangkan dengan servis yang rendah tarafnya..

Persoalan 3 : Saya sendiri pernah terlibat dengan pendakian Gunung Korbu sendiri dengan Universiti lain yang permitnya adalah difakskan oleh pihak tuan. Kenapa BOLEH ?? Lagipun kes kami ini bukanlah terjadi setiap hari. Apalah sangat BANTUAN yang boleh dihulurkan oleh pihak tuan dengan menfakskan surat tersebut kepada kami.

Persoalan 4 : Saya diherdik dan dimarahi oleh seorang pegawai JABATAN HUTAN dengan nada yang sangat kasar
"Mike' tak reti bahase ke? Saya kata tak boleh, tak boleh lah!! Bukan jauh sangat Chemor dengan Batu Gajah.. datang aje le, Kalau Mike' nak masuk jugak kami akan hantor orang tahan mike disana sekarang!!"

Inikah khidmat mesra pelanggan yang dianjurkan?? Siapa yang berkhidmat untuk masyarakat nie?? kami atau pihak Tuan??

Encik!! Kalau dah tak bagi, tak payah la ugut-ugut kami! Bukan kami nie budak kecil.. Sepanjang tahun ini kita seringkali didedahkan dengan pelbagai kes kecurian sumber hutan diserata Malaysia, ... bayangkan punya macam-macam kes yang melanggar akta perhutanan berlaku....
TAPI KAMI YANG CUBA MENGIKUTI CARA YANG BETUL dilayan macam anjing kurap. Patutkah??

Tuan kalau benar begini khidmat yang disediakan oleh pihak tuan, maka ianya sangat memalukan kami sebagai penduduk negeri Perak..
Kami terpaksa meminta rakan kami dari negeri lain untuk pulang ANGKARA karenah BIROKRASI pihak tuan. Bayangkan benda-benda sebegini disampaikan dari mulut kemulut rakan saya.. Sangat memalukan.

Saya tidak mengugut tapi, mulut tempayan boleh ditutup, mulut manusia?? Negeri Perak yang cuba kami perkenalkan pada rakan-rakan pendaki sebagai negeri yang mempunyai paling banyak gunung di Malaysia akan menjadi negeri yang mempunyai paling banyak karenah dalam pentadbiran Jabatan Hutannya...


--------------------------------------------------------------------------------
Diharapkan Pihak Tuan dapat mempertingkatkan khidmat pihak tuan pada masyarakat... bukan sahaja mereka yang terbabit dalam aktiviti mengeluar kan hasil hutan sahaja...... Lebih penting juga pada golongan pencinta alam seperti kami ini yang dikenali sebagai pendaki Gunung.
Dari masa kesemasa kami mungkin akan terus berhadapan dengan pelbagai lagi karenah pihak JABATAN TUAN yang pernah tersohor suatu masa dahulu. Namun kami akan tetap sabar demi PERAK tercinta.

Sekian Terima Kasih
Muzafar
Silver Outdoor Sports
Sememangnya PERMIT WAJIB... tak tahu... tanya
tapi sebagai jabatan kerajaan... kena la pro aktif sikit.. List kan la nama gunung bersama refference Jabatan Hutannya... ala kawan-kawan yang ada mslh jgn pening kepala.. contact je aku

Kalu setakat gunung area perak nie inshaallah aku boleh kasi tau mana jabatan yang perlu berhubung.. wokey

Kalau yang melalui SOS spt guna khidmat guide... consider settle jer (itu la guna wang pengurusan tue)
Muzs
013-5011471
adisos2002@yahoo.com
transprt@yem.avkk.yamaha.co.jp
<no one left behind> nolb
Berminat mendapatkan guide gunung/ teambuilding?? Contact Silver Outdoor Sports di 012-5317141atau email adisos2002@yahoo.com

Freelance
Senator Gunung
Posts: 1355
Joined: 06 Dec 2005, 13:16
Location: Kuala Lumpur

Post by Freelance » 20 Dec 2005, 16:20

muzs, ni kalo disiarkan dlm ruangan Forum Utusan Malaysia...nanti barulah bukak mata mereka2 yang berkenaan.... yalah depa ni nak kena dimalukan baru lah wat tindakan... bkn per takut org jabatan atasan lak komplen kt jabatan2 kecik2 ni....bagi khidmat pelanggan tak memuaskan...malulah kementerian beb...

Joeyah
Pendaki Gunung
Posts: 36
Joined: 15 Dec 2005, 12:45

Post by Joeyah » 20 Dec 2005, 16:40

Lagi satu kalau korang notice tak... Kalau trecker foreigner kan kemain cepat dia buat. Kalau bab res-Q lagi cepat... siap masuk berita dan paper. :?

Ala... Aku pernah kerja ngan kerajaan. Diorang nie jenis kerja bermusim. Kalau time audit.. buat2 rajin... time kena tegur ngan pihak atasan... Reschedule dept... pastu sebok antor kursus sana sini kasi motivasi.. bila balik buat2 bagus dah tau itu ini.

Time pagi selak surat khabor... time petang selak buku claim. Time2 lain... byk buat2 bodoh jer...

p/s: kenangan manis aku masa kat dept kerajaan dulu (magistrate)...
Setiap hari jumaat sibuk2 selak resepi... hari sabtu.. kenduri... :wink:

Freelance
Senator Gunung
Posts: 1355
Joined: 06 Dec 2005, 13:16
Location: Kuala Lumpur

Post by Freelance » 20 Dec 2005, 16:44

jgn selak lain dah lah ya... he he he.... alaa foreigner bagi tips byk.depa mana sgt kira bab2 duit ni.

User avatar
poncho
Senator Gunung
Posts: 1890
Joined: 05 Dec 2005, 15:59
Location: southern
Contact:

Post by poncho » 20 Dec 2005, 17:48

tul tuh lily..sokong! :wink:
if a tree falls in the woods... do all the other trees laugh at it?

Image Mounthopper

Freelance
Senator Gunung
Posts: 1355
Joined: 06 Dec 2005, 13:16
Location: Kuala Lumpur

Post by Freelance » 20 Dec 2005, 18:16

Poncho.... ko sape ehh. aqu kenal ke ko?jgn ler sebut2 nama bunga wa tu...glamer nanti susah kang

Ujang
Pendaki Tegar
Posts: 221
Joined: 15 Dec 2005, 00:22
Location: Damansara
Contact:

Post by Ujang » 20 Dec 2005, 20:34

memang rumit kalau nak naik gunung sekarang nie.... tapi aku pun biasa sondol jerk... kalau kita sendiri pandai jaga diri n jaga hutan tue as long berdisiplin ok la.... tapi kalau sivik pun takder baik tak payah naik gunung... tapi tue dulu la... sekarang nie dah kene permit lak... biasanya permit nie aku suruh guider yang setelkan.... senang citer.... coz dia lagi expert polisi kat area gunung tersebut... tapi gunung yang daily pack tue tak payah kot.... pernah ker orang buat permit nak naik nuang or gunung datuk walaupun bawah tue ada office renjer... kalau korang pernah buat bagus la... tapi aku memang tak pernah buat... hehe....

User avatar
Rob
Pendaki Sondol
Posts: 467
Joined: 07 Dec 2005, 03:05
Location: blakang skali

Post by Rob » 20 Dec 2005, 20:43

thanks pada kawan2 semua..
Pendapat dan pandangan serta maklumat yang diberikan amat lah saya hargai.

Untuk makluman.. Setelah saya berjumpa:
Tuan Hj. Zulkefli (P.U.P)
En. Roslan (State F.O) dan
En. Shah (T.K.P operasi hutan)
di K.L.G.C. semalam..


Berikut antara janji beliau:
1. Akan membuat taklimat / mesyuarat dgn pegawai kanan untuk memaklumkan pekara tersebut.
2. menyenaraikan bentuk undang2 dan peraturan perhutanan sedia ada yg perlu dipatuhi oleh setiap kumpulan, peserta, persatuan, kelab dll untuk memasuki hutan sebagai bahan rujukan.
3. dan juga akan memberi alamat jabatan, no telefon unit operasi, no tel unit penguatkuasaan dan sebarang maklumat berkaitan untuk kawasan jajahan jabatan bagi sebarang permohonan permit.
________________________________________________________________________

so.. kita tunggu apa respon akan datang lak. hopefully diorang kotakan apa yang dikatakan.

p/s: yo my frennnn musz n pizi - nak tanya.. kenapa kita? kenapa hanya kita bertiga? kenapa tak orang lain? kita ada bakor utan ke sebelum ni?? ada bawak kluar balak ke sebelum ni?? wakakakakakakaka :twisted:
Ya ALLAH.. limpahkanlah kesabaran kepada kami,
dan matikan kami dalam keadaan islam.. (Al-A'raaf: 126)

User avatar
biNGai
Kerabat Gunung
Posts: 3216
Joined: 19 Dec 2005, 13:18

Post by biNGai » 20 Dec 2005, 21:28

pasni takyah masuk hutan laa..kawen dok umah layan bini :P



pssttt..slagi aku tak buat apa2 salah taim masuk utan, aku tau ape tugas aku dalam hutan sebagai khalifah kat muka bumi nih, slagi tu la aku rasa tak perlu utk permit..bumi tuhan untuk diteroka, bkan untuk diniaga


correct me if i'm wrong..ehehe susah sungguh kalo kapla daa nyebelah pembangkang nih :P
M.A.L.A.S - Copyright © 2003-2009. All rights reserved.
"Demi langit beserta seluruh binaannya, Demi bumi serta yang ada di hamparannya, Demi jiwa dan seluruh penyempurnaannya.."

adisos2002
Otai Gunung
Posts: 969
Joined: 07 Dec 2005, 07:36
Location: Semak Samun
Contact:

Post by adisos2002 » 21 Dec 2005, 07:11

Rob, bukan kita bertiga jer yang pernah kena... mungkin ada lagi tapi yang bawak isu nie ketengah mungkin kita.

Lagi satu, mungkin depa nie nak buat enforcement.. tapi segan plak sebab selama nie tak buat walaupun undang2x tue dah ada... so kita nie jadi Kambing Hitam laa... Role Model.. ("tu laaaa, korwang tengok bla..bla..bla.. Si Rob... bla.. bla.. Permit tak da... bla..bla..kena halau... :lol: )

Dan satu lagi kenapa asyik kita jer... sebab kita menjadi mangsa serangan peribadi bagi sesetengah individu diJabatan Hutan..

Last sekali... aku, pekatu & engkau (rob) jensem sangat!!! :D
<no one left behind> nolb
Berminat mendapatkan guide gunung/ teambuilding?? Contact Silver Outdoor Sports di 012-5317141atau email adisos2002@yahoo.com

pekatu
Pendaki Tegar
Posts: 293
Joined: 05 Dec 2005, 11:19
Location: last waterpoint

Post by pekatu » 21 Dec 2005, 08:23

Rob, pasal apa kita je yg kena ? mungkin ko x ingat kita pernah pikul balak 10 pemeluk kuar dulu.. tu la pasal :shock:
Ngai , idup ngai ! idup ngai ! idup eija ! :D
Muzs , ryoq pun hensem apa x kena pun, tapi bapak dia lagi hensem hehehe

User avatar
biNGai
Kerabat Gunung
Posts: 3216
Joined: 19 Dec 2005, 13:18

Post by biNGai » 21 Dec 2005, 11:37

muzs ;

aku tk encem tapi laku gak :oops:



fizi ;

ape idup idup nih ? nak bodek laaa tuhh :P
M.A.L.A.S - Copyright © 2003-2009. All rights reserved.
"Demi langit beserta seluruh binaannya, Demi bumi serta yang ada di hamparannya, Demi jiwa dan seluruh penyempurnaannya.."

Freelance
Senator Gunung
Posts: 1355
Joined: 06 Dec 2005, 13:16
Location: Kuala Lumpur

Post by Freelance » 21 Dec 2005, 11:40

UNTUK NGAI ....'pasni takyah masuk hutan laa..kawen dok umah layan bini '

Rob...... c ngai tu mcm tak sabau je he he he..maklum ler darah tgh manis he he he.... kalo dah kawen c ngai tu agak2 ada lagi tak xpdc sondol menyondol ni.....

User avatar
biNGai
Kerabat Gunung
Posts: 3216
Joined: 19 Dec 2005, 13:18

Post by biNGai » 21 Dec 2005, 11:48

lily ;

taim tuh aku join xpdc sondol menyondol tang lain plak..Image
M.A.L.A.S - Copyright © 2003-2009. All rights reserved.
"Demi langit beserta seluruh binaannya, Demi bumi serta yang ada di hamparannya, Demi jiwa dan seluruh penyempurnaannya.."

Freelance
Senator Gunung
Posts: 1355
Joined: 06 Dec 2005, 13:16
Location: Kuala Lumpur

Post by Freelance » 21 Dec 2005, 11:54

Ko lucah betuiiii ler.... tak sabar lagi ke? sondol je lahh... :lol:

User avatar
poncho
Senator Gunung
Posts: 1890
Joined: 05 Dec 2005, 15:59
Location: southern
Contact:

Post by poncho » 21 Dec 2005, 11:57

aiseh lily..jgn slh phm.. dia bkn sondol yg ituuuu.. dia bz sondol/sental baju dan pinggan dan lain2 keje kat umah. dah kawen nnt lesen kena gantung..x leh g lame2 dan jauh2.. (agak2 eija pn setuju..) ehehehehehe..
if a tree falls in the woods... do all the other trees laugh at it?

Image Mounthopper

Freelance
Senator Gunung
Posts: 1355
Joined: 06 Dec 2005, 13:16
Location: Kuala Lumpur

Post by Freelance » 21 Dec 2005, 12:16

Poncho...ngai nyer marka... pun kaki gunung ke?he he he ....tak per bakal laki mithali..memang patut wat keje cam tu...kat gng ngai pakar memasak per...he he he...kitaorg berjiran masak memasak

betterman
Pemegang Amanah GO
Posts: 2828
Joined: 04 Dec 2005, 08:39
Location: Bawah beirut
Contact:

Post by betterman » 21 Dec 2005, 13:02

law is law
we break it...
pay the price...
Getting to the summit is optional, getting down is mandatory...

Ezrin
Pendaki Gunung
Posts: 129
Joined: 12 Dec 2005, 17:29
Location: Kuala Lumpur
Contact:

Post by Ezrin » 21 Dec 2005, 13:28

sapelah kite nak langgar undang2 tuh sume...

betty,
salunyer brape ari sebelum trip ko buat permit tuh?
aku baru jer tau nih...
~ ava adore ~

betterman
Pemegang Amanah GO
Posts: 2828
Joined: 04 Dec 2005, 08:39
Location: Bawah beirut
Contact:

Post by betterman » 21 Dec 2005, 13:37

sapelah kite nak langgar undang2 tuh sume...

betty,
salunyer brape ari sebelum trip ko buat permit tuh?
aku baru jer tau nih...
selalunya tak mintak permit pon....
heheheh....
tapi kalau buleh mintak, aku akan mintak....
bukan susah pon nak mintak...
bayaran pon sepuluh ringgit jer....
atas nama bendahari kerajaan negeri perak....

tapi kalau nak mintak, 2 minggu awal lah kalau nak mudah....
sempat lah depa nak fax atau pos permit tuh....
gi LEW itu hari aku dapat lambat sebab boss yang tukang sain tuh ada kursus
hampeh betoi....
tapi aku call depa dan mmg dah lulus pon....
tak susah mana pon....

tapi mintak on the spot pon buleh jugak
ikut nasib
masa aku gi korbu tahun 2001 dulu si aweng mintak permit sehari sebelum....
tapi ko kena gi sendiri ke sana lah...

yang kita gi lentang camping tahunan rmdc tahun lepas pon aku mintak permit jugak....
tak rugi apa-apa pon kalau buat....
dan lagi satu ko kena rajin lah nak buat surat apa semua....
orang malas jer yang taknak buat bebenda nie

tapi biasanya orang tak kacau sangat....
polis pon tak kacau.....
renjer-renjer hutan nie je lah yang kacau...
nak marah pon payah jugak sebab mmg keja depa...
Getting to the summit is optional, getting down is mandatory...

SukriAli
Pendaki Gunung
Posts: 1
Joined: 21 Dec 2005, 12:48
Location: Keramat Durjana
Contact:

Post by SukriAli » 21 Dec 2005, 13:54

tak tau aahh, selama ni meredah jer~ hahahah~
macam ikut nasib kot, selama naik nuang takde hal, tp ada skali kene halau~

26hb ni bawak member² aku naik irau, projek mengejut~
tk sempat kot nak apply permit~
hehehe... seumor idup skali je apply permit, tu pun lepas kene maki ngan lecturer aku~ :lol:

-kalau gunung area cameron pejabat hutan mana nak apply..?
-ada tk sapa² simpan phone no./faks no. pejabat hutan tu..?

uglysister
Pemegang Amanah GO
Posts: 360
Joined: 05 Dec 2005, 07:37
Location: 18m Underwater
Contact:

Post by uglysister » 21 Dec 2005, 14:35

kalau ada sesapa ade maklumat lengkap pasal semua jabatan perhutanan boleh la kongsi utk panduan kite semua, kang tak pasal2 trip dah plan grand2, tak dapat masuk sebab takde permit.. tak ke haru dibuatnye

Guest

Post by Guest » 21 Dec 2005, 14:52

thanks for the info...
kalo korang tak citer memang aku tatau...
lepas nie kalo ader pape trip aku mintak contoh surat kat ko laa betty...
jangan cas aku udah ler :lol:

User avatar
biNGai
Kerabat Gunung
Posts: 3216
Joined: 19 Dec 2005, 13:18

Post by biNGai » 21 Dec 2005, 18:06

[quote="betterman
orang malas jer yang taknak buat bebenda nie
[/quote]


auuwww..terasanye i :oops:
M.A.L.A.S - Copyright © 2003-2009. All rights reserved.
"Demi langit beserta seluruh binaannya, Demi bumi serta yang ada di hamparannya, Demi jiwa dan seluruh penyempurnaannya.."

Ezrin
Pendaki Gunung
Posts: 129
Joined: 12 Dec 2005, 17:29
Location: Kuala Lumpur
Contact:

Post by Ezrin » 21 Dec 2005, 18:34

ehhh tadi aku tak login terus kuar guest ekk...

ngaiz,
pasnie kite gi memane kene mintak permit tau...
kate kasih hutan kite :P
~ ava adore ~

jbhutan
Pendaki Gunung
Posts: 3
Joined: 14 Dec 2005, 23:46

jawapan kepada yg de masalah permit...INI JAWAPANNYA

Post by jbhutan » 22 Dec 2005, 01:05

:lol: MULA2 NAK UCAP TIMA KASIH PADA BETTERMAN. JAWAPAN TU SUMA BETUL MCM YANG ADA DALAM BUKU MANUAL AKTA PERHUTANAN JILID 2.cuma nak tambah sikit jer...selain dari denda dan penjara harta benda,penceroboh juga bleh DISITA. kira jadi harta JABATAN HUTAN termasuklah sleeping bag,masstin,stove,lamp gas,dan kasut motong getah.pebila nak buat satu2 xpdc mendaki gunung, PERMIT memasuki hutan adalah diperlukan kerana kebanyakan gunung2 adalah terletak di dalam hutan simpan. PERMIT diperlukan utk mengelakkan pendaki2 menghadapi masalah dgn pegawai hutan yang menjaga hutan tu. kepada ROB.MUZS.PEKATU dan PENDAKI2 TEGAR yang lain...masalah PERMIT ni kecik jer...citenya macam nie...Biasanya..gunung yang kita nak daki berada di dalam hutan simpan dan kawasan tadahan air. kawasan nie adalah dilindungi sepenuhnya sampai kiamat. takde aktiviti pembalakkan. yang kata cina2 yang keluar-masuk hutan tu de sub lesen pembalakkan dan pengeluaran hasil hutan.pebila mengambil PERMIT, segala keterangan suma pendaki hendaklah disertakan. ni adalah bertujuan tuk rujukan jabatan. lokasi gunung yang pendaki2 lalui akan direkodkan. pebila berlaku kemalangan-kematian senang ler nak res-q. contoh yang terjadi seperti kat gunung korbu...sape yang susah??????JABATAN HUTAN juge yang kena keluarkan pelan kawasan tempat kejadian pada pasukan keselamatan.. kepada EN.MUZS....jangan petikaikan ETIKA KERJA JABATAN HUTAN...cuba tanya diri kita cara kita berurusan...kalau mohon awai tak jadi masalah. sekali sekala datangle jumpa ngan BIG BOSS Jabatan Hutan. dia nak kenal juge.cuba kita tengok pe dah jadi bulan duabelas tahun lepas...GUNUNG KENDERONG TERBAKAR!!!!! sape punya keje?????pendaki2 yang punye keje..bila ditanya..sorang pun tak berani angkat tangan (MENGAKU) tak berani kedepan.pade hal dah terbukti....sape yang susah????JABATAN HUTAN JUGE, SIAN BOMBA BIL AIR NAIK....ASKAR 503 ABIS PELURU TEMBAK *ditapis* LARI MASUK KAMPUNG....CINA KAMPUNG Bt2 YANG UNTUNG...... pada mr ROB...GUNUNG NUANG takyah PERMIT sebab telah di WARTAKAN sebagai HUTAN LIPUR dan ECO PERLANCONGAN,begitu juge seperti Ulu Kanas, k.Woh, dll pusat rekreasi..... Kepada pendaki2 yang minat mendaki SEBELUM join mana2 team pastikan GUIDER yang bawak tuuu betui2 tau lokasi tempat tuuu dari UTARA SELATAN TIMUR dan BARAT. sebab bile berlakunya sesuatu hal senang nak dapatkan bantuan...dan yang paling penting pastikan GUIDER tue ADE LESEN PEMANDU PELANCONG ALAM SEMULAJADI. KOMPOM TAK KENE HALAU PUNYE LAH.......... saye pun pendaki juge...mula tahun 87 hingga ler sekarang. tapi dah TUA ler... tak penah ade masalah ngan renjer2 hutan. ok jer sebab saya selalu dapatkan PERMIT TUE DULU...tak rugipun kalau tak jadi setakat nak bayar spuloh ringgit.. :D jangan ler buat keje last minit..nanti jadi macam E.MUZS sape yang malu.... :oops: SOS juge yang malu... kalu perlukan pe2 bantuan saya sedia membantu pe saje yang termampu...tak payah ler nak panjang2kan masalah PERMIT nie sampai nak masuk dalam Forum Utusan Malaysia, Metro dll plak. sok bleh je kita gi mendaki last2 lansung tal bleh dah..sape yang frust??????

JBHUTAN
SORI PADA SUMA PENDAKI2 KALU TERASA.....SLAMAT ARI KRISMAS..... :P

jbhutan
Pendaki Gunung
Posts: 3
Joined: 14 Dec 2005, 23:46

PERIHAL SEKEPING PERMIT!!!!!!GUNUNG2 YANG KENA ADE PERMIT...

Post by jbhutan » 22 Dec 2005, 01:26

:wink: kite mula dari perak selatan..GUNUNG LIANG EAST WEST, BAH GADING, BATU PUTIH, GUNUNG KAK, GUNUNG KIJANG.. PERMIT leh amik kat Jabatan HUtan Perak Selatan Tapah.
GUNUNG KORBU, GAYUNG (TRANS TITI), CHABANG, SIKU....PERMIT nie amik kat Jabatan Hutan Kinta Manjung Batu Gajah.
GUNUNG BUBU, ULU TITI BASAH....PERMIT kenele amik kat Jabatan Hutan Kuala Kangsar.
GUNUNG CHAMAH, GERAH, ULU SEPAT, KENDERONG, INAS, BINTANG, ULU JERNIH....PERMIT di Jabatan Hutan Grik.

:( HALOOO KAWAN2 KU PENAT LER NAK TAIP PANJANG2 NIE... KALU NAK TAU SANGAT SUMA GUNUNG2 KAT PERAK NIE KENE AMIK PERMIT... KALU RASA SUSAH SESANGAT CONTACT JER JABATAN2 HUTAN YANG BERDEKATAN DENGAN TEMPAT ANDA......KALU DI LUAR PERAK PLAK..LEH JER CONTACT MEMBER SAYA DI PRESTIGE OUTDOOR SPORTS (POST) SDN.BHD. SEGALA MAK NENEK PERMIT PUN LEH.......

MARI..MARI SATU PERMIT SPLOH RINGGIT JER....MURAH...MURAH.... UNTUNG RIBU2 BUAT PROJEK TAKKAN LER TULUNG BUAT PERMIT TAKDE DUIT KOPI KUT........ :wink:

Ujang
Pendaki Tegar
Posts: 221
Joined: 15 Dec 2005, 00:22
Location: Damansara
Contact:

Post by Ujang » 22 Dec 2005, 15:19

kalau nak duit kopi kita bagi dia duit kopek... hahaha.... bukannyer nak pegi amin balak pun nak kene duit kopi.... heheee

betterman
Pemegang Amanah GO
Posts: 2828
Joined: 04 Dec 2005, 08:39
Location: Bawah beirut
Contact:

Post by betterman » 22 Dec 2005, 19:29

thanks jbhutan atas penerangan yang detail
Getting to the summit is optional, getting down is mandatory...

ayeen carlos
Pendaki Gunung
Posts: 5
Joined: 23 Dec 2005, 15:06
Location: perak

PERMIT LE LAGI..........

Post by ayeen carlos » 23 Dec 2005, 15:37

:P A.KUM AKU AYEEN CARLOS.YG BEKERJA DI JABATAN HUTAN NEGERI PERAK DARUL RIDZUAN.BUAT ADEK MUZS,ROB,PEKATU DAN YG SEWAKTU NGANNYA!!!! WAH2....MARAH NAMPAKNYA,JGAN GITU ADEK2 KU SEMUA,KALU RASA TAK PUAS HATI NGAN ABG CARLOS KITA BOLEH JUMPA DAN SEMBANG2 HATI KE HATI,JGAN SBB PERMIT SEKEPING ROSAK GUNUNG SEMALAYSIA.XDE DIDALAM ATI NK SEKAT HOBI DAN MINAT SEMUA NK MENGHAYATI ALAM CIPTAAN TUHAN.KITA YG MINAT NGAN ALAM SEMULAJADI NI ADALAH GOLONGAN INSAN YG BERTUAH DAPAT TENGOK ALAM CIPTAAN TUHAN,TAK SEMUA PEMUDA YG GAGAH PERKASA MACAM KITA YG BERTUAH DAPAT TENGOK ALAM YG INDAH NI.KALU RASA SUSAH SANGAT NK AMBIK PERMIT 2 TAK PAYAH LE AMBIK,BUAT LE SUKA2 HATI KOME JE LE YEK.TAPI KALU KANTOI NGAN ABG OK LAGI BOLEH LE KITA SETTLE.TAPI KALU NGAN ORG ATAU RENJER LAIN XLEH NK CAKAP LE......KALU NAK TOLONG BUAT PERMIT 2 BILA2 BOLEH TOLONG,TAPI JGAN JADI ROB PLAK,SOK NAK NAIK MALAM NI BARU MINTAK TOLONG. SORI ROB.... :( BUAT MUZS TERSAYANG....ABG MEWAKILI JAB.HUTAN SATU PERAK MINTAK AMPUN DAN MAP ATAS KEKASARAN YG RENJER 2 BUAT KAT MUZS,NANTI ABG NASIHATKAN DIA AGAR LEBIH MESRA PELANGGAN. :) PADA PENDAKI2 LAIN KALU PAYAH NK DAPAT PERMIT TPON JE SAYA,BOLEH TOLONG SETAKAT YG TERMAMPU .SELAMAT MENDAKI DAN JUMPA LAGI.SATU PESANAN JABATAN HUTAN PADA PENDAKI2......BILA MENDAKI 2 JAGA LE KEBERSIHAN DALAM PEJALANAN,POKOK XYAH NK TEBANG2 KALU XPERLU SANGAT,NAME XYAH NAK UKIR2 KAT BATU,POKOK DAN LAIN2...CAMPSITE 2 TOLONG JAGA KEBERSIHANNYA.PAS 2 JGAN PLAK SUKA2 BAGI NAMA MANA2 GUNUNG ATAU PEMATANG YG KITA XTAU NAMANYA, DALAM MAP DAH SIAP ADA DAH...SEKIAN ADANYA TERIMAKASIH SUDI MEMBACA WATIKAH INI. dari Ayeen Carlos Ng Ismail.

Locked