[quote="Denan]
sy x biasa dan x penah tido pakai fly+hammock nih... sy lbh suka tido bwh fly+ground / khemah sbb bleh guling2

...
kalo sy nak try tido pakai fly+hammock mcmana cara2 penyediaan bg selesa masa tido... yg sy tau pasang hammock ni ikat je kat dua batang pokok pastu baring... manatau kot2 ada skill lain hehe...
kalo sy nak bli fly+hammock ni apa saiz yg sesuai dan jenis yg mcmana.
Otai2 kat sini bleh bg pendapat ye

hehe sy bukan otai mana pon ..
ye betui hammock limited x leh guling2 cuma tido trase mcm dlm perut kangaroo je...tp bg ku selambe je ngereng kiri & kanan...alhamdulillah stakat ni x penah tegolek lg dr atas hamock..
lagi 1 style hammock yg sy buat, buley gak letak kat bawah (hammock yg ada kelambu + fly) cuma kena ada alas ground spy bawah hammock x serap air,plastik nipis pon boleh je beb...slesaaaa..
rasenye hammock ni tada saiz sumer standet kot...hentah la
[/quote]
apa pendapat bro rembau lak...[/quote][/quote][/quote][/quote][/quote]
kena bagi pendapat le plak...
1. Hammock limited space...memang le limited sebab dia bukan katil dan nak selesa beli macam askar pun boleh jadi tilam lagi dan ada ruang utk batal lak...jenis ini senang nak guna emengency selamat orang; Stretcher
2. Masalah basah hammock ini bila berlaku tempias hujan, lembapan dari udara bawah hammock dan air hujan yg meleleh ikut tali hammok...
nak atasi benda ini:
a. buat fly serapat boleh dgn hammock dan berbentuk " A" sebijik macam huruf "A" jangan kau kankang kaki sudah ...masalah sekarang orang suka kakang kaki A ini tapi tak sedar kesan dia banyak terutama tempias hujan atau udara sejuk menusuk masuk lebih banyak...
b. Jangan ikat hammock terlalu tinggi sebaiknya dlm 1m (dan kurang) dari tanah...tujuan agar ruang untuk udara sejuk dibawah hammock dikurangkan dan bahaya binatang merayap dapat diatasi...kalau jatuh pon tak bahaya tambahan pulak design struktur badan manusia ketinggian <3 kaki memang sedap untuk duduk. So ikat 3 kaki selepas beban dikenakan ketinggian hammock akan turun jadi 2 kaki sebab pokok akan" memberi " kesan beban dikenakan...
c penggunaan ground/plastik juga membantu tetapi kalau dapat jenis aluminum sheet lagi bagus...selain dari mengelak hammock dari lembap di juga mengekalkan kehilangan suhu badan
d. Air hujan yang meleleh dan mengalir ikut tali hammoock / fly...senang je...buat simpulan diantara ikatan dengan kain hammock atau fly....
Tips lain sahabat gunung lain boleh kongsi pendapat...bagaimana nak pelbagai kegunaan hammock dlm hutan...
Hammock ada saiz....
Dan Kami jadikan di bumi gunung-ganang yang menetapnya, supaya bumi itu tidak menggegar mereka; dan Kami jadikan di celah-celahnya jalan-jalan laluan, supaya mereka mendapat petunjuk.(Surah Al-Anbiyaa':31)