Page 1 of 1

Pertanyaan mengenai water purification tablet.

Posted: 23 Aug 2011, 15:30
by rainmaker
Salam geng2 GO.

aku nk tye water purification tablet tu camne?
bile perlu digunakan?
adakah ianya penting sgt?

Sepanjang pengalaman aku panjat gunung aku akan minum air direct je dari sungai2 yg jernih. adakah ia merbahaya?

marilah share2 ilmu :minum:

Re: Pertanyaan mengenai water purification tablet.

Posted: 25 Aug 2011, 09:06
by Tokwan
Tokwan jarang minuk air dari sungai walaupun dimana sekali pun, melainkan betul betul mata air.
Kadang kadang anak sungai pun boleh tercemar, kalau ada bintanag berpenyakit minum, atau jugak oleh najis binatang. Dan, benda yang paling terakhir sekali kita nak ialah apabila kita sakit dalam hutan.
Tokwan banyak jalan solo, jadi tak berani nak take chances...purify dulu air tu.
Kat kotak dia ada directives.

Re: Pertanyaan mengenai water purification tablet.

Posted: 29 Aug 2011, 10:38
by anip- sama
di mana saya boleh dapatkan tablet nie?
kat farmasi ada x?

Re: Pertanyaan mengenai water purification tablet.

Posted: 29 Aug 2011, 13:30
by rainmaker
di mana saya boleh dapatkan tablet nie?
kat farmasi ada x?
cube cek kat outdoordynamics.com.my @ lusuh.com.my kot2 dorg ade

Re: Pertanyaan mengenai water purification tablet.

Posted: 22 Sep 2011, 21:43
by irmuaaz
Nadir (outdoordynamics) ada jual macam aqua mira tapi yang local made punya. Tak ingat apa brand name dia. Tapi benda sama juga. Takde beza pun. Satu benda kena ingat. Lepas letak purification tablet dalam air bukan boleh terus teguk. Kena tunggu 4 jam dulu baru air tu selamat diminum. Kira pagi masa isi air terus letak tablet. Bila tengah hari dah boleh minum.

Saya sendiri pakai water filter. Sekarang water filter outdoor dari platypus/katadyne suma boleh filter sampai 3 micron jadi bacteria suma selamat lah ditapis. Air pun sediment free dan takder rasa air kolam berenang. Yang tak berapa best filter ni dia berat lagi lah dari pil aqua mira yang tak sampai berapa gram.

Saya ni bab air rasa sensitive sikit dan pakai aqua mira saya rasa payau tak lalu minum. Ada orang tak rasa apa jadi test la dulu kat rumah tgk lalu minum ke tak.

Re: Pertanyaan mengenai water purification tablet.

Posted: 11 Oct 2011, 18:38
by nadir
eh muazz, bukan aquamira guna liquid ka - 2 part ? kalau betul, mungkin susah sket bawak liquid... tengok la first aid kit , berapa banyak botol iodin yang bocor....

Purisafe senang, ringan dan kecik. 1 tablet utk 1 liter, tapi macam muazz cakap, kene tinggal selama 10 minit, baru boleh minum, ada rasa macam air kolam renang , pastu kalau air keruh, air tetap keruh lepas masukkan pill.

Re: Pertanyaan mengenai water purification tablet.

Posted: 11 Oct 2011, 19:17
by irmuaaz
Aah aquamira memang liquid tapi semua purification punyer benda aku panggil aquamira. My bad :).

Kalau nak hardcore/terdesak potassium pemanganate atau iodin pun boleh pakai gak nak sterilkan air. Rasa dia boleh tahan la tapi tak mati confirm.

Re: Pertanyaan mengenai water purification tablet.

Posted: 11 Oct 2011, 19:59
by rainmaker
xreti la bab2 bahan kimia ni.huhu...

Re: Pertanyaan mengenai water purification tablet.

Posted: 11 Oct 2011, 22:16
by nadir
laaaaa .... ko panggil semua aquamira? hehehehe yang popular selalunya aquatabs dan aquamira . kalau backpacking saya lebih suka guna tablet, sbb liquid payah nak manage ( tumpah , bocor , leceh nak sukat )

yaa iodin pun boleh guna utk sterilkan air, tak silap aku 3 titik utk setiap liter. pastu ada holding time 10 minit jugak. tapi iodin ni tak sedap minum, ada rasa pahit sket + bau kuat. lagi satu , tak sesuai utk orang yang sensitif kepada iodin. air yang disterilkan oleh iodin lebih sesuai digunakan utk cuci luka, kalau air steril tak ada.

Re: Pertanyaan mengenai water purification tablet.

Posted: 12 Oct 2011, 18:44
by irmuaaz
Tulah bab air ni loteri la. Masa saya trek solo dulu memang main teguk je. Takde de nak buang gas nak masak lak. Tapi sejak dah berumah tangga saya dah bawak filter. Senang tak pening kepala. Air pun jernih takde sediment.
Kalau sorang je memang tab kot solution terbaik tapi kalau dah mula group 2 3 orang bawak filter la elok. Dalam 400 gram je paling berat pun. Split 3 orang baru 130 gram sorang. Harga dalam RM300 ke RM400.
Saya sendiri pakai Platypus Gravityworks. Ada 2 water bag yang boleh carry 8 liter air sekali angkut. Dan paling penting bagi saya tak payah pam.
Tapi apa2 brand pun ok sekarang. MSR, Katadyn. Suma dah ada dekat Malaysia. Kalau pakai pam lagi ringan dalam 300 gram je.
Lepas trip kena ingat nak cuci dan keringkan atau lebih kurang sekali setiap 15 hari kalau trip panjang.

Re: Pertanyaan mengenai water purification tablet.

Posted: 09 Jan 2012, 22:58

filter tu mcm mane ye. ade link tak nak rujuk

Re: Pertanyaan mengenai water purification tablet.

Posted: 13 Jan 2012, 17:07
by orga
kalo sumber air diragui baru aqu guna filter..kalo idak teguk trus je..
tp memandangkan air makin hari makin kotor, mmg aqu bawak filter sepanjang masa skang..
aqu rekemen brand katadyn..

Re: Pertanyaan mengenai water purification tablet.

Posted: 29 Aug 2012, 16:44
by haziq
Nak tambah nasik:

Brand Aquamira ada yg tablet, ada jugak yang liquid..

Advantage yg liquid ni lebih jimat lah p'gunaannya, berbanding yg jenis tablet. Kalau 1-pack yg 1oz (saya beli RM45 online), boleh purify 30 gallon (113Liter). Tu pun kalau guna ikut spec la: titikkan 14x utk setiap liter. (dia tulih 14xtitik ni sbb lawyer dia yg suruh, hehe). Saya biasa titik 7x je kalau sumber air dekat sgt dgn campsite. kalau air rasa lagi bersih cuma titik 2-3x je, kalau mata air tu direct je minum terus xyah titik. kalau sumber air sangat meragukan titik lah sampai 14x.. tulah lagi satu advantage pakai liquid, kita boleh variety kan penggunaan nk berapa byk berdasarkan judgment kita t'hadap kualiti sumber air..

Aquamira jenis liquid ni dia chlorine dioxide-based, bukan iodine mcm yg biasa kita jumpa.. so rasanya lebih enak la b'banding yg jenis iodin, hehe.. kalau nk betul2 sedap tambah je dgn glukose, confirm menjilat jari :wink:

Nak bg senang guna yg jenis liquid ni, sy biasa transfer kan ke dalam botol2 penitik jenis plastik yg lagi kecik (pada saya xperlu kot nk bwk semua dlm botol2 yg asal):
-1xbotol10cc utk chemical A
-1xbotol10cc utk chemical B
-1xbotol 3cc utk kita buat mix (kecik)

Macam ni la lebih kurang ritualnya:
1. Setiap pagi sebelum break camp saya akan isi lebih kurang 1.5ml dr A, 1.5ml dr B ke botol 'mix' yg kecik tu.
2. botol 'mix' tu saya bubuh dalam poket utk easy-access, yg lain sy bubuh dalam beg.
3. bila jumpa water source, titik je ke dalam botol air minum dari botol 'mix' tu sesedap rasa. masa isi air dalam botol tu filter la pakai bandana ke ape, ok je setau saya..
4. sambung jalan lebih kurang 20minit, lepas tu baru minum air..
5. lepas 24jam kalau isi dalam botol 'mix' belum abih guna, saya akan buangkan jugak, sebab dah kurang potent powernya. buat je mix baru dr botol A+B setiap pagi..

my 2cents. harap2 ada la yang sudi bwk masuk benda ni ke Malaysia. konpem saya jadi pelanggan tetap :D