Page 1 of 1

pendaftaran peniaga

Posted: 19 Sep 2011, 01:55
by sukahatiadam
mau cadangkan peniaga dalam GO dari kalangan yang verified sahaja.

sebagai contoh www.malaysianbikers.com mewajibkan setiap penjual di verified dulu dengan cara salinan IC dan yuran sedikit. yuran tadi dikenakan dan diberitahu akan digunakan untuk menghubungi penjual bagi tujuan pengesahan dan maintenance website ini. cara posting dalam jumlah tertentu kurang bagus berbanding cara ini.

jadi dengan cara ini , semoga posting jualan menjadi lebih berhemah , berbudi bicara baik dan lebih diyakini seller tadi. pun begitu, tidaklah menjamin 100% ketulusan hati penjual hati . GO hanya platform dan bukan penjamin.

cadangan kedua - amalan bump tidak digalakkan dalam posting jualan. Kalau barang baik , tentu akan up secara sendirinya melalui posting pembaca di thread tersebut. asik bump ajer , nanti isi thread tu tak seberapa pun , kena scroll down jer lebih.

terima kasiihhhhhhh

Re: pendaftaran peniaga

Posted: 19 Sep 2011, 02:23
by poncho
timekasih atas idea yang bernas sebegini.
sebenarnya, semua yang di atas tu kami dah maklum. masih dalam proses perbincangan sesama kami sebenarnya sejak 6-7 bulan lepas lagi. sepatutnya dilaksanakan mulai Julai lepas tapi maybe dirombak lagi untuk kebaikan bersama. apapun, teruskan sumbangkan idea dan input. akan kami pertimbang dan usahakan.

Re: pendaftaran peniaga

Posted: 19 Sep 2011, 09:13
by Lt.Cmdr. Kamal Ariffin
Bagus gak Idea tu
TQ idea untuk kebaikan bersama

Re: pendaftaran peniaga

Posted: 19 Sep 2011, 09:49
by Manpahang
setuju peniaga yg kerap post kat kedai dikenakan yuran..atau dikenakan limit..dah register kurang2 setahun baru boleh meniage..
kalau tidak lg ramai yg masuk go semata-mata nk meniage..topik lain jengah pun tak..

Re: pendaftaran peniaga

Posted: 19 Sep 2011, 10:35
by kabusgunung
masuk takat nak meniaga jerrrr pegi mudah laaaa

Re: pendaftaran peniaga

Posted: 21 Sep 2011, 23:04
by nadir
setuju peniaga yg kerap post kat kedai dikenakan yuran..atau dikenakan limit..dah register kurang2 setahun baru boleh meniage..
kalau tidak lg ramai yg masuk go semata-mata nk meniage..topik lain jengah pun tak..
masuk takat nak meniaga jerrrr pegi mudah laaaa
stuju +1

Re: pendaftaran peniaga

Posted: 22 Sep 2011, 01:07
by biNGai
eh kt mudah ade jual barang outdoor ek?

Re: pendaftaran peniaga

Posted: 22 Sep 2011, 21:23
by irmuaaz
Saya pun rasa bagus kalau ada regulation untuk peniaga. Mungkin satu cara adalah untuk peniaga daftarkan diri sebagai verified seller di GO dengan bayaran yuran tahunan. Yuran tu pun boleh digunakan untuk maintain forum ni.

Ahli forum pun boleh beli dengan confident daripada verified seller dan kalau ada kes con atau tipu seperti jual barang ciplak dan sebagainya ahli forum ada channel untuk report dan bagitau ahli ahli lain. Moderator pun boleh ambil tindakan.

Cuma takut kalau ahli2 biasa yang cuma mahu letgo barang secondhand diorang hilang channel untuk jual. Sebab ramai juga ahli yang cuma nak letgo barang lama diorang. Yang jual bundle secondhand tak termasuk lah dalam category ni.

Patut dibincangkan lebih lanjut dan mendalam topic ni. Mungkin kita boleh buat round table talk dengan peniaga2 bersama moderator2 forum untuk cari penyelesaian terbaik.

Re: pendaftaran peniaga

Posted: 22 Sep 2011, 21:50
by poncho
timekasih atas cadangan tu.
kalau ramai yang setuju, jom berkumpul kat KL 15 atau 16 Oktober nanti.
lokasi yang strategik sikit la. sila pilih:

01. area Puduraya a.k.a. Pudu Sentral
02. area Ampang
03. area Kota Damansara
04. area Bukit Jalil

Re: pendaftaran peniaga

Posted: 22 Sep 2011, 21:52
by poncho
saya pilih lokasi Bukit Jalil. hehe.

Re: pendaftaran peniaga

Posted: 22 Sep 2011, 21:54
by irmuaaz
Saya pun sokong poncho Bukit Jalil!!

Re: pendaftaran peniaga

Posted: 23 Sep 2011, 15:36
by nadir
oi.... Penang laaaaaaaa...meh buat kat kedai aku...

diskriminasi betulllll.... heheheheh

Re: pendaftaran peniaga

Posted: 23 Sep 2011, 16:23
by poncho
oi.... Penang laaaaaaaa...meh buat kat kedai aku...

diskriminasi betulllll.... heheheheh
BOLEH SANGAT gi Penang. tapi..tiket kena sponsor la. amacam? haha

Re: pendaftaran peniaga

Posted: 23 Sep 2011, 16:55
by irmuaaz
Kalau nak aku dtg penang kena hantar ticket kapal terbang. Teksi dari rumah aku pergi airport pun aku nak claim gak. :)

Re: pendaftaran peniaga

Posted: 24 Sep 2011, 02:06
by biNGai
ni berkumpol kt KL nih utk BERSIH 3.0 ka?

Re: pendaftaran peniaga

Posted: 27 Sep 2011, 19:23
by irmuaaz
Apa kata kita buat dekat Tasik Raban, naik keta dari KL baru 3 jam. Nadir pun kena datang macam tu. Kalau nak aku boleh organisekan chalet. Kalau camping pun boleh jugak. Sewa kayak no problem. Nadir banyak kayak.

Re: pendaftaran peniaga

Posted: 28 Sep 2011, 10:54
by nadir
hahahaha tasik raban memang bes..... sejak bila aku ada banyak kayak? bende mustahak , baik korang bincang sana dulu. apa yang baik untuk semua, aku setuju saja.

Re: pendaftaran peniaga

Posted: 28 Sep 2011, 18:52
by irmuaaz
Ok Nadir dah kata Raban best. Confirm. Korang cakap aku je nak tido chalet ke nak tido kemah. Kayak gua boleh settlekan.

Re: pendaftaran peniaga

Posted: 03 Oct 2011, 11:00
by kabusgunung
pasar borong selangor laaa....

Re: pendaftaran peniaga

Posted: 08 Oct 2011, 21:42
by irmuaaz
Harap cadangan kita nak buat round table talk ni tak senyap terus. Ini benda yang baik kalau ada sikit moderation dalam thread kedai dan pengguna forum pun boleh benefit sama terutamanya

Re: pendaftaran peniaga

Posted: 06 Jul 2012, 00:22
by sukahatiadam
dah lama dah senyap !!!