slalu gak tengok blog org bawak ayam semasa mendaki. Pelik gak sampai ayam boleh tahan 2 hari, baru nk masak. Kalo saya mendaki, paling lama pun ayam tahan 1 hari jer dari beku macam ais. Tu pun dah letak dalam beg tengah2 antara baju.
So nak tanye otai2 sini, camne nk pack ayam tu kasi tahan beku lama selain buboh dalam cool box? ada ker cara boleh tahan sejuk sampai 2 hari?
Wasalam. Pernah buat bawak ayam dua kali. Pertama tu pam, pakai gak cool box putih yang kecik. Deep freeze dalam -15 celcius. Lepas tu baru masuk dalam cool box tu bersama barang lain yang nak disejukkan. Pastu masukkan ais kering dibungkus dalam kertas surat khabar. Cara lain, ialah dengan deep freeze dulu ayam, lepas tu masukkan dalam bubble wrap, bungkus dan masuk dalam plastik Ziplock bag. Cara ni okey kalau taknak masuk cool box. Sekian.
Dan Kami jadikan di bumi gunung-ganang yang menetapnya, supaya bumi itu tidak menggegar mereka; dan Kami jadikan di celah-celahnya jalan-jalan laluan, supaya mereka mendapat petunjuk.(Surah Al-Anbiyaa':31)
kandareast wrote:Wasalam. Pernah buat bawak ayam dua kali. Pertama tu pam, pakai gak cool box putih yang kecik. Deep freeze dalam -15 celcius. Lepas tu baru masuk dalam cool box tu bersama barang lain yang nak disejukkan. Pastu masukkan ais kering dibungkus dalam kertas surat khabar. Cara lain, ialah dengan deep freeze dulu ayam, lepas tu masukkan dalam bubble wrap, bungkus dan masuk dalam plastik Ziplock bag. Cara ni okey kalau taknak masuk cool box. Sekian.
brader kalau kita masak terus ayam atau daging (rebus sepenuhnya), lepas tu baru pack masuk plastic beg tanpa sejuk beku akan busuk jugak ke ayam tu...(dah sampai atas baru masak gulai or buat apa apa)....boleh tak tahan 2 hari 2 malam?