Page 1 of 1

Waterproofing Khemah

Posted: 22 Oct 2013, 10:19
by Tok Uban
Bro bro semua, nak tanya sikit...selain dari Seam Sealer dari Mcnett, apakah barang yang bro bro gunakan untuk meng "waterproof " kan khemah?
Saya nak buat cara DIY, iaitu dgn mencampurkan clear silicone dan White Spirit...larutkan, kemudian guna sponge atau berus untuk sapukan...tapi "White Spirit" atau "Odourless Mineral Spirit" ni susah nak dapat...kena order dari Labs atau kedai Kimia...
Tolong nasihat sikit.

Re: Waterproofing Khemah

Posted: 22 Oct 2013, 10:22
by seper4alif
cer tengok kat ace hardwere the curve

Re: Waterproofing Khemah

Posted: 22 Oct 2013, 13:13
by Tok Uban
Alamak Bro...saya dok Kulim, Kedah...Ace Hardware pun paling dekat kat Queensbay penang...barang apa yang nak kena cari tu tu kat sana?

Re: Waterproofing Khemah

Posted: 23 Oct 2013, 08:47
by seper4alif
OMS.... takpa... jika ada kelapangan saya cek kan untuk kamu yeer.... insya'allah

Re: Waterproofing Khemah

Posted: 24 Oct 2013, 11:03
by Tok Uban
Thanks Bro.

Re: Waterproofing Khemah

Posted: 28 Oct 2013, 11:53
by Tok Uban
White spirits tak dapat...jadi saya try dgn acetone campoq dgn clear silicone...bila udah kering tabur talcum powder...alhamdulillah menjadii..

Re: Waterproofing Khemah

Posted: 28 Oct 2013, 12:57
by blacksword
fabric yang tok wan guna nylon ke?
jadi sil nylon kan kalo blend dengan silicon, brape dinear yang tok wan gune? saya nak mencube jugak tapi belum berkesempatan lagi...
kalo tak kesah bole tak share macam mane nak buat ni saya tengok jugak kat youtube tapi tak brape faham
terima kasih

Re: Waterproofing Khemah

Posted: 29 Oct 2013, 10:59
by Tok Uban
Saya punya khemah tu Coleman Lakeside 3...seam tape dia semua keluaq dah ..mungkin sebab lama tak guna. Nak beli seam tapi...mahai sgt..RM50 satu meter. Nak buboh seam sealer, banyak sgt seam dia. Jenis material Polyester.
Tokwan campur acetone kepada clear silicone...silicone ni yang boleh guina atas cermin atau plastik...dan kacau samapi dia larut dan turun macam kita tuang susu pekat. Lepas tu, guna berus keras dan sapukan kepada seam. Kena buat satu seam sejkurang kurang nya 3 lapis, dan setiap lapis hendaklah biarkan lapisan terdahulu kering. Setelah kering...taburkan talcum powder dan lipat. Talkum powder ni untuk tak bagi silicone tu melekat kat tempat lain.
Masa buat, khemah kena pasang bagi tegang supaya senang sapu. elok buat di bwah sinaran matahari...
Pakai pelindung mata , surgical mask dan sarung tangan.

Re: Waterproofing Khemah

Posted: 29 Oct 2013, 11:01
by Tok Uban
Cara nak pastikan silicon dah kering ialah dgn menyentuh...kalau dah hilang rasa melekat kat jari tu, kira keringla.,...klepas tu siram air dan tengok kot kot air masih masok dalam khemah tak?

Re: Waterproofing Khemah

Posted: 29 Oct 2013, 13:32
by blacksword
ok jd tok wan cume boh silicon kat jahitan je bukan kat seluruh permukaan fabric?

Re: Waterproofing Khemah

Posted: 29 Oct 2013, 13:33
by blacksword
lake side 3 tu besa jugak laaaa kire gaint jugak la hu hu