senggat

Nak mintak tolong? atau nak tanya sesuatu? ada cadangan? poskan disini. Terima kasih
Post Reply
User avatar
wira
Pendaki Hebat
Posts: 371
Joined: 06 Dec 2005, 08:16
Location: Shah Alam
Contact:

Post by wira » 07 Mar 2006, 23:08

bagus la forum nih!!

bole tak keluar tajuk skit??

1.macammane plak nak cure sengatan serangge berbise seperti spider, tarantula, tebuan tanah dan lain2???

2.bagaimana pulak nak cure kalau terkene tumbuhan bertoksin seperti daun telinga gajah (tak silap aku la) dan lain2???

3.ader tak petua jike kite nih alergic kepade sengatan?? baru nih tak silap saye kene sengat penyengat (tak tau la, salan cakap penyengat, rob kate tebuan tanah), sekor jer, tapi aku kene serangan alergic yang sangat truk, tanye la dak2 yang pergi benum baru nih..

sila beri tunjuk ajar!!
© Copyright 2006 Perusahaan Otomobil Nasional Sdn. Bhd. All Rights Reserved.

User avatar
defzone
Pendaki Tegar
Posts: 233
Joined: 23 Jan 2006, 17:20
Location: Ipoh mali mah.
Contact:

Post by defzone » 08 Mar 2006, 11:47

Wira,
kau dah gi spital ker... :)
aku pun pelik jugak bila kaki kau naik merah-merah tu...
Selalunyer allergy ubat atau bahan kimia yang jadi macam tu :roll:
Climbing mountain not for glory or glamour
but for self satisfaction. 8)
lastman@sweeper
https://www.facebook.com/chekhalil.khalid

User avatar
rembau
Pemegang Amanah GO
Posts: 1394
Joined: 06 Dec 2005, 08:41

Post by rembau » 08 Mar 2006, 15:50

3.ader tak petua jike kite nih alergic kepade sengatan?? baru nih tak silap saye kene sengat penyengat (tak tau la, salan cakap penyengat, rob kate tebuan tanah), sekor jer, tapi aku kene serangan alergic yang sangat truk, tanye la dak2 yang pergi benum baru nih..
aku rasa kau orang alergic dengan bisa...aku ada kawan yang mengalami masalah macam kau nie.....kesan selepas gigitan akan terhasil bengkak atau bintat kasar hampir keseluruhan badan kalau tgk muka mesti jadi org lain le......apa yang kawan aku buat setelah mendapat tau yg diada masalah nie...die makan/ bawak ubat alahan penyakit nie dan sapu calimine lotion.....dan telan pil tahan sakit......kesan berapa lama bergantung kepada ketahanan individu selalunya lebih dari sehari.....kesan gatal sebadan adalah biasa...kawan aku tak kira le jenis sengat tebuan, lebah , tebuan tanah asal dari spescis tu.....kena patuk ular die belum lagi.... :)

aku bukan doktor tu setakat yg den tau je.....baru tau pun

adisos2002
Otai Gunung
Posts: 969
Joined: 07 Dec 2005, 07:36
Location: Semak Samun
Contact:

Post by adisos2002 » 08 Mar 2006, 18:23

Wahhhhhhhhhhhhh akhirnya ader gak spesis sama!!!

Actually Wira, a.muz pun sama gak camtu... bila kena sengat dengan Penyengat@Naning (20 ekor) kat gng Peninjau tempoh hari...

Tetiba badan jadi cam Incredible hulk... muka terus jadi cam batu buat jalan :)

Sib baik tak ada apa2 blockage pada respiratory system... kalu tak hmmm..

Biasanya "Piriton" adalah diantara yg berkesan utk menghilangkan kesan alahan.. tapi pil nie mengantuk sikit!! dari segi perubatan tradisionalnya tak berapa nak pandai...

Tapi kalau bisa Ubur2 = Kencing kat tempat tue@sapu air kencing..
Kalu Ulat bulu = Gosok dengan rambut, janggut kat tempat tue..
Kalu lain-lain masih belajor... tapi isi siput, tahi cacing tanah adalah antara yg mampu menyejukkan tempat gigitan....

Lain dari tue try la balun Life Enzyme bebanyak sekaligus time nie... :arrow:

Bab Ular... sebut tentang Boomslang... ini adlh diantara 2 sahaja jenis Ular categori Colubridae yg berbisa dlm dunia.. sekor lagi adalah Mamba

Gaboon Viper lak... hmmmm satu jenis viper yg ada taring paling besor.. dan menyuntik bisa sebanyak mungkin time mematuk..

Bab teknik berhadapan dgn ular tue betull kata Rembau... 100% sokong
<no one left behind> nolb
Berminat mendapatkan guide gunung/ teambuilding?? Contact Silver Outdoor Sports di 012-5317141atau email adisos2002@yahoo.com

User avatar
rembau
Pemegang Amanah GO
Posts: 1394
Joined: 06 Dec 2005, 08:41

Post by rembau » 13 Mar 2006, 17:23

Kala Jenjking/Scorpions

Binatang nie boleh dijumpai dimerata tempat...gurun,hutan , hutan hujan . Ianya wujud dari paras bawah aras laut di Death Valley sehingga ketinggian as 3,600 meters di Andes. Selalunya ianya kelihatan coklat atau hitam di kawasan lembap dan kuning atau hijau muda di kawasan gurun.

Saiz daripada 2.5 centimeters sehingga 20-centimeter sepertii terdapat di amerika, new guanie dan selatan afrika

senang kata kala jengking jenis berbisa dapat dikenal dengan ekornya...samada tebal(bisa) atau nipis

nie petikan dari web site dibawah...sila lah tgk....aku tak berapa faham pun....harap ade otai kat luar sudi membantu

Scorpion key
A layman's key to the South African scorpion families and common genera
To identify a scorpion, work through couplets 1 to 4 until the described characters apply to the scorpion to be identified.

1
Tail very thick, thicker than chela. Chela slender and round in cross section....... Buthidae
Tail thinner than chela. Chela large and flattened in cross section....... Scorpionoidea (2)

2
Tail similar to legs in thickness ........Ischnuridae (3)
Tail thicker than legs........(4)

3
Body extremely flattened dorsoventrally. Legs and tail flattened. Dark brown scorpions occurs in rocky habitat.......Hadogenes
Body not flattened or only slightly. Blackish and occurs in moist habitats and forests……Opisthacanthus

4
Chela much thicker than tail, yellow to brown and in burrows....... Scorpionidae, Opistophthalmus
Chela only slightly thicker than relatively thick tail……Bothriuridae, Lisposoma.




boleh rujuk sini : http://www.museums.org.za/bio/scorpions/families.htm

User avatar
wira
Pendaki Hebat
Posts: 371
Joined: 06 Dec 2005, 08:16
Location: Shah Alam
Contact:

Post by wira » 14 Mar 2006, 12:58

abg musz.. kalo kene penyenyat 20 ekor wira rase orang yang tak allergic pun jadik incredible hulk gak, masalah nye saye nih kene sekor jer, taktau la kalo kene 20 ekor, masih ader kat dunia nih ke tak allah jer la yang tau!
© Copyright 2006 Perusahaan Otomobil Nasional Sdn. Bhd. All Rights Reserved.

adisos2002
Otai Gunung
Posts: 969
Joined: 07 Dec 2005, 07:36
Location: Semak Samun
Contact:

Post by adisos2002 » 14 Mar 2006, 18:59

kalo camtu maknanya wira, ko mmg lagi alergic dari a.muzs laa..

Setahu a.muzs kat klinik ada jual ubat spesel bagi org yg alergic nie utk menghilangkannya... tapi takut gak kalau2 Alergic tak hilang.. tapi ko yg hilang :D :)
<no one left behind> nolb
Berminat mendapatkan guide gunung/ teambuilding?? Contact Silver Outdoor Sports di 012-5317141atau email adisos2002@yahoo.com

User avatar
wira
Pendaki Hebat
Posts: 371
Joined: 06 Dec 2005, 08:16
Location: Shah Alam
Contact:

Post by wira » 14 Mar 2006, 21:21

:D

baru nih wira ader citer kat mak lepas balik benum tempoh hari, pastu mak ader citer yang mase wira umur 5thn wira pernah kene serangan allergic selepas kene gigit semut ipoh, pastuh kene enjet kat hospital...

tapi yang pelik nye.. bulan 6 tahun lepas wira ader pergi g.tahan.. mase kat kem teku kene sengat 4ekor lebah, alhamdulillah takde pape pun..

tu yang pelik nih, rasenye sengatan lebah lagi power dari penyenyat..

tapi skang nih masih belum diketahui penyenyat or tebuan tanah yang kasik wira love bite tuh.. tapi kesan nye hanye bole dilihat dengan jelas dalam camera abg sahlan
© Copyright 2006 Perusahaan Otomobil Nasional Sdn. Bhd. All Rights Reserved.

frostice
Pendaki Terlampau
Posts: 701
Joined: 09 Jan 2006, 10:43
Location: Middle Earth
Contact:

Post by frostice » 17 Mar 2006, 09:52

...ader tak petua jike kite nih alergic kepade sengatan??

Anti-Histamin. Nama ubat yg boleh dibeli di mana2 farmasi. Ni ubat utk elak alergi teruk. Ia tak merbahaya walaupun makan bersama pain killer spt Ponstan. Kalau gi camping biasanya sy bawak. Try la, sy byk kali cuba, selamat & paling penting.. Berkesan. Harap membantu. 8)
~Ain't No Mountain Too High~
KP Hiker's Club

User avatar
wira
Pendaki Hebat
Posts: 371
Joined: 06 Dec 2005, 08:16
Location: Shah Alam
Contact:

Post by wira » 17 Mar 2006, 19:47

thanks frostice! good info!
© Copyright 2006 Perusahaan Otomobil Nasional Sdn. Bhd. All Rights Reserved.

zizan_1
Pendaki Gunung
Posts: 85
Joined: 11 Dec 2005, 11:25
Location: middle man
Contact:

Post by zizan_1 » 18 Mar 2006, 17:33

erm... bab snake bite ni...perkara yg paling aku risau time hiking ni...
erm... takkan member2 GO takde ilmu pasal perubatan alternatif ni.....
yelah org dulu sebelum ada doktor2 pass U ni..semua pakai@gunakan sumber2 alam ciptaan tuhan tuk perubatan..... so diorag mesti ada teknik tuk mengubati kes2 snake bite ni....takkan takde herba2 atau akar2 kayu yg berfungsi sebagai penyembuh...sama ada dimakan atau pun diletakkan di tempat luka terkena snake bite ni......
mcm kayu kokka .....dari penjelasan dari mak sedara aku yg duk jual benda ni...dia kata kayu ni tinggi khasiatnya....aku pun lupa gak pasal kegunaan dia...air yg direndam dgn kayu kokka ni...leh sembuhkan sakit2...kalau tak silap aku laa...pastu...ular@binatang pun takut akan kayu ni...sbb dari kayu ni laa tongkat nabi musa dibuat...dan dgn tongkat ni juga nabi musa gunakan tuk kalahkan ular ahli2 sihir firaun....aku pun tak berapa ingat bab sejarah dan khasiat kayu ni...so betulkan laa jika ada kesilapan dari segi penerangan...pastu kalau kena snake bite...
ambik kayu ni dan letakkan kat tempat yg terkena snake bite tu....kayu ni akan berfungsi tuk menarik@sedut balik bisa yg dah masuk dlm badan tu...so bab perubatan ni aku tak dpt nak pastikan keberkesanannya...yelah takkan nak try kat diri sendiri kot...maybe ada member yg lagi serba tahu....so buku pasal kayu kokka ni pun ada dijual...aku dah ada baca....tapi lupa pulak isi2 dia...tu yg takut bagi salah info....tapi khasiat kayu ni memang tinggi...sampai nabi2 pun gunakannya....tuk buat bahtera dan tongkat....cuma dari segi perubatan tu...masih misteri lagi kot....apa pun....takkan takde herba2 atau tumbuhan yg leh berfungsi mcm kayu kokka ni...yelah leh sembuhkan kena bisa@racun...dan sedut@menarik keluar balik bisa .....maybe kena tanya pakar perubatan alternatif kot....

zizan_1
Pendaki Gunung
Posts: 85
Joined: 11 Dec 2005, 11:25
Location: middle man
Contact:

Post by zizan_1 » 18 Mar 2006, 17:42

ni aku baru ambik dari laman web dia... http://www.darulnuman.com/mhikmah/kokka.html

Diantara rahsia dan kelebihan kayu Kokka menurut pengalaman mereka yang telah memakainya:

1.Rumah yang memilikinya; aman dari ancaman dan gangguan pelbagai jenis makhluk, insya Allah.

2.Anak menangis tidak dapat tidur; letak di bawah bantal atau rendam sebahagiannya ke dalam air lalu diberi minum, insya Allah akan tidur.

3.Sakit gigi; rendam sebahagiannya ke dalam air suam, kemudian berkumur dengannya dan minum, insya Allah sembuh.

4.Sakit kepala, sakit urat atau otot; gosok-gosokkan ke bahagian yang sakit, insya Allah lega.

5.Demam, sakit Kuning, kerongkong, tongsil, guam dan ruam; rendam air dan beri minum atau titiskan ke dalam mulut, insya Allah sembuh.

6.Ibu dalam pantang; bawa bersama semasa tidur, rendam ke dalam air suam dan minum. Insya Allah aman dan sembuh segera.

7.Termakan santau atau terkena racun; rendamkan ke dalam air dan beri minum, insya Allah sembuh.

8.Sekiranya dipakai pada tubuh badan, insya Allah akan terhindar dari binatang liar atau berbisa.

9.Letakkan pada bahagian yang terkena gigitan binatang berbisa, insya.Allah akan hilang segala bisanya.

10.Jika dibawa bersama ketika berjumpa orang zalim, insya Allah akan tenang dan aman.

11.Sekiranya memakai ketika orang hendak menyusahkan kita, insya Allah mereka tidak akan terdaya.

12.Menurut sejarah yang berlaku di negara jiran, pembebas-pembebas di 4 wilayah telah membawanya bersama semasa berperang, lalu mengakibatkan pandangan musuh menjadi kabur dan pemakainya beroleh kemenangan, alhamdulillah.

13.Jika dalam keadaan yang amat terdesak, logam panas yang pantas kilat lagi bahaya, insya Allah tidak akan memudaratkan pemakainya yang beriman dan beramal soleh.

ni bukan niat nak berniaga yek...hanya nak kongsi apa yg aku tahu...

betterman
Pemegang Amanah GO
Posts: 2828
Joined: 04 Dec 2005, 08:39
Location: Bawah beirut
Contact:

Post by betterman » 18 Mar 2006, 19:51

ini pendapat aku lah pasal penggunaan kayu kokka....
aku pun tak pernah guna dan tak pernah tgk pun....
cuma aku rasa bukan semua orang buleh berjaya kalau guna kayu kokka...
contohnya lah :
lepas ke kalau orang tu yang mmg bukan kaki semayang guna kayu kokka?
aku rasa mungkin tidak....
pengamal kayu kokka nie pun aku rasa mestilah seorang yang menurut perintah allah....
baru lah benda tuh buleh jadik sebab pokok pangkal dia kepada yang esa jugak....
kalau tuhan pun dia jarang sembah, mcm mana tuhan nak tolong dia??

logik tak?
Getting to the summit is optional, getting down is mandatory...

User avatar
wira
Pendaki Hebat
Posts: 371
Joined: 06 Dec 2005, 08:16
Location: Shah Alam
Contact:

Post by wira » 19 Mar 2006, 20:12

khasiat kokka nih macam lebih kurang khasiat raje kayu jer.. kokka n raja kayu same ke??
© Copyright 2006 Perusahaan Otomobil Nasional Sdn. Bhd. All Rights Reserved.

zizan_1
Pendaki Gunung
Posts: 85
Joined: 11 Dec 2005, 11:25
Location: middle man
Contact:

Post by zizan_1 » 20 Mar 2006, 15:53

aku sokong...apa yg kau kata tu bro bett.....
sbb tu niat kita nak gi hiking tu kekadang kena betulkan...
tentatif program yg kita buat pun jgn ada unsur2 yg tak baik...
kita masuk hutan bukan tuk bersuka ria...
ada org masuk hutan layan benda2 yg tak baik...
so apa motif sebenarnya para2 hiker sekelian...

adakah sbb nak tunjuk diri anda kuat...
atau sbb kat hutan line clear so leh laa lyn drugs sikit...
atau nak riak kat kwn2...sbb dah jadi otai...

so fikirkan...sepatutnya niat kita tuk lakukan semua pekerjaan adalah kerana Allah Swt.... aku bukan laa nak berdakwah....dan aku bukan laa alim sgt....cuma setiap yg berlaku ada sbbnya...tragedi berlaku mesti ada sbbnya... so fikir2 kan...mungkin kita ok ...jaga semuanya...tapi member2 kita yg folow sekali...mesti ada buat perkara yg tak ok...so dosa dia.....pun kita tanggung sama laa...sbb tu jadilah tragedi yg tak diingini kerana...semuanya nak mengingatkan kita dan menyedarkan kita...apa pun ikhtiar tu penting...DIA jadikan satu2 benda mesti ada gunanya...tapi jgn laa kita percaya yg kayu@herba2 tu leh menyembuhkan kita...kayu tu hanya asbab jer...DIA yg berkuasa atas segalanya...

betterman
Pemegang Amanah GO
Posts: 2828
Joined: 04 Dec 2005, 08:39
Location: Bawah beirut
Contact:

Post by betterman » 21 Mar 2006, 00:16

ketua xpdc bukan setakat bertanggung jawab menjaga keselamatan dan kebajikan ahli xpdc tetapi juga menanggung dosa-dosa ahli xpdc sebenornya....
sbb tuh ketua xpdc kena tegas kalau hal-hal berkaitan dengan percampuran lelaki dan perempuan nie....
bab solat lagi nak dijaga...

kalau ketua xpdc dah menjalankan tugas dia tapi anak buah still tak dgr kata, bagi aku ketua xpdc dah lepas tanggungjawab dah...
Getting to the summit is optional, getting down is mandatory...

betterman
Pemegang Amanah GO
Posts: 2828
Joined: 04 Dec 2005, 08:39
Location: Bawah beirut
Contact:

Post by betterman » 06 Apr 2006, 16:06

org dulu-dulu guna apa ye???
nanti balik nie aku tgk buku harun din aku kongsi dgn kat sini...
dah lupa la car perubatan dia...
takut nak amalkan sbb pengamal akan kena patuk dulu dan ubat diri sendiri baru buleh ubat org lain....
Getting to the summit is optional, getting down is mandatory...

Post Reply