Komuniti Terbesar Malaysia

Nak mintak tolong? atau nak tanya sesuatu? ada cadangan? poskan disini. Terima kasih
Post Reply
User avatar
KuKuBesi
Tokey KHK
Posts: 112
Joined: 05 Dec 2005, 09:06

Komuniti Terbesar Malaysia

Post by KuKuBesi » 05 Jan 2006, 11:19

Assalamualaikum semua masyarakat GO!! go go gadget go!!
aku nak kita semua berbincang satu isu berkaitan "komuniti"
bagaimana kita nak wujudkan sebuah komuniti pendaki gunung kat malaysia ni satu komuniti yang sihat dan putih serta suci murni, maknanya kat malaysia ni kat banyak team pendaki, bermacam macam namalah yang ada..

so dengan byk team ni kalau bleh kita bikin satu komuniti yang dapat menyatukan semua team tanpa ada sifat "homoseksual"( perkauman kumpulan) kiranya " lu team lain wa team lain" tapi kita hormat each other dan anggap kita satu komuniti yang mempunyai haluan dan minat yang sama.

aku rasa GO tempat paling sesuai dan salah satu platform terbaik menghimpunkan seluruh pendaki di malaysia khasnya.. dan amnya untuk rantau asia.

ayuh kita bincangkan

Tarzan
Pendaki Gunung
Posts: 28
Joined: 05 Jan 2006, 08:33
Location: Belantara

Post by Tarzan » 05 Jan 2006, 12:47

oooooo

kan aku dah melalak....

nanti datang org kuat, pak belang, tali pinggang, tukang sondol, ...berkumpul dalam nie......

apamacam.... meriah je .....

kalau gaduh2 nanti aku settlekan....hehehe

:lol:

yang penting kita satu komuniti GUNUNG....
Jaga Hutan Kita

User avatar
am
Pendaki Sondol
Posts: 459
Joined: 12 Dec 2005, 19:41
Location: Somban, NSDK
Contact:

Post by am » 05 Jan 2006, 14:25

kalau senang nk semua berkumpul..
buat sekolah mendaki la.. macam kt indonesia
sekolah mendaki WANADRI (otai gaklah..)
lepas tamat sekolah, kita kasik level ngan permit
baru boleh semua pendaki bersatu
kalau takat komuniti OL nih aku rasa jadik makin haruk ade lah ye tak? semuanya ibarat macam main chatting gak..

User avatar
KuKuBesi
Tokey KHK
Posts: 112
Joined: 05 Dec 2005, 09:06

Post by KuKuBesi » 05 Jan 2006, 14:32

am
aku rasa boleh bikin walaupun OL, janji ada kerjasama.. insyallah bole punya!!

Tarzan
Pendaki Gunung
Posts: 28
Joined: 05 Jan 2006, 08:33
Location: Belantara

Post by Tarzan » 05 Jan 2006, 14:38

kalau senang nk semua berkumpul..
buat sekolah mendaki la.. macam kt indonesia
sekolah mendaki WANADRI (otai gaklah..)
lepas tamat sekolah, kita kasik level ngan permit
..
bang siapa nak iktiraf level nie n permit nie
nak kawin pun kena kursus
nak masuk hutan pun kena ke?

bawah persatuan/ kementerian/jabatan/ kelab/ perseorangan......
Jaga Hutan Kita

User avatar
KuKuBesi
Tokey KHK
Posts: 112
Joined: 05 Dec 2005, 09:06

Post by KuKuBesi » 05 Jan 2006, 14:44

tak pe kasi je cadangan... pastu kita bincang sama sama.. ehehehehe

User avatar
poncho
Senator Gunung
Posts: 1890
Joined: 05 Dec 2005, 15:59
Location: southern
Contact:

Post by poncho » 06 Jan 2006, 10:11

asalkan xde org yg jaki dgn niat murni nih ->gua setuju aja! yaaaaaa!!! :arrow:

bg yg jauh & terikat dgn komitmen, Online adalah cara paling praktikal sbb dpt jimat masa & kos. lagipun tarikkannya kuat berbanding cara dtg berkumpul kat satu2 masa. tp, kalo betul leh dpt sekolah/akedemi cam am ckp tu bagus gak.. kena mintak support dari Jabatan berkenaan je. kalo ramai2 kerjasama buat proposal mgkn leh jalan..insya-Allah :idea:
if a tree falls in the woods... do all the other trees laugh at it?

Image Mounthopper

User avatar
am
Pendaki Sondol
Posts: 459
Joined: 12 Dec 2005, 19:41
Location: Somban, NSDK
Contact:

Post by am » 06 Jan 2006, 11:37

ler.. camne la dunia pendakian malaysia nk maju kalau pemikran org malaysia nihh kolot...

yongyap
Pendaki Gunung
Posts: 76
Joined: 07 Dec 2005, 10:26
Location: Bawah Fly
Contact:

Post by yongyap » 06 Jan 2006, 16:01

Dulu kalau tak silap semua persatuan mendaki negeri digabungkan dibawah persekutuan mendaki malaysia(PMM).Tapi sekarang tak tau pulak apa jadi ngan PMM tu.

Nak buat satu komuniti gunung ni mmg menarik.Cuma kita try la tarik orang² penting dlm semua pertubuhan kerajaan / bukan kerajaan.
Contoh macam Kementerian Belia dan Sukan ke , PERLIHITAN ke,Jab Alam Sekitar ke, GreenPeace ke.So kalau ada aktiviti atau info boleh la diorang post kat GO ni.

User avatar
KuKuBesi
Tokey KHK
Posts: 112
Joined: 05 Dec 2005, 09:06

Post by KuKuBesi » 06 Jan 2006, 16:14

yongyap
hmmm satu cadangan bernas!!

User avatar
am
Pendaki Sondol
Posts: 459
Joined: 12 Dec 2005, 19:41
Location: Somban, NSDK
Contact:

Post by am » 06 Jan 2006, 19:39

yupp PMM senyap je, Kembara Negara pun same gak... yg menghidupkan dunia rekreasi dlm malaysia nih mcm bdk2 underground jer

betterman
Pemegang Amanah GO
Posts: 2828
Joined: 04 Dec 2005, 08:39
Location: Bawah beirut
Contact:

Post by betterman » 07 Jan 2006, 20:01

kelab kembara tuh lebih kepada politik jer aku rasa....
PMM pon dah takder papa dah skang
website pon tadak.....
kalau masuk website uiaa mmg PMM pertubuhan berdaftar utk malaysia nie tapi ntah lah.....

bak kata am, bebudak underground jer yang menghidupkan aktiviti mendaki gunung kat malaysia nie....
golongan minoriti.....
Getting to the summit is optional, getting down is mandatory...

User avatar
am
Pendaki Sondol
Posts: 459
Joined: 12 Dec 2005, 19:41
Location: Somban, NSDK
Contact:

Post by am » 08 Jan 2006, 08:41

yeah betui tuhh.. "i wanna be tha minority"

kalu org tuh dh naik gunung kt oversea but kalu kite tanya gunung nuang kat mana dia tak dpt jawap mmg am tak respek.. jgn nk blagak huhuuuu

User avatar
fs
Pendaki Gunung
Posts: 139
Joined: 02 Jan 2006, 23:38

Post by fs » 08 Jan 2006, 16:45

hehehe... very good topic. kudos to ironclaw.

if we can attain the "community", it will indefinitely benefit everyone! clubs, individual... etc.

however, before we get there... it's best to address the issue of "groupism". i'm not saying being a member of a group is not good. infact, i encourage it! but, when groups don't get along... it seems that it gets overboard.

we really should define the ground rules of the community. what is it based upon? and from there onwards, we should be fair, neutral. we should be mature in handling issues and discussions/forums. above all, we should learn to respect each other.

we really should start this "community" somewhere... why not on GO? let GO be the neutral ground... where everyone in GO is in the gunung community.

User avatar
biNGai
Kerabat Gunung
Posts: 3216
Joined: 19 Dec 2005, 13:18

Post by biNGai » 08 Jan 2006, 19:50

kalu org tuh dh naik gunung kt oversea but kalu kite tanya gunung nuang kat mana dia tak dpt jawap mmg am tak respek.. jgn nk blagak huhuuuu

auuwwiiieee..terasanye i moekekekekeke



fs ;

sharing on though, level, experience and joy is what we were looking for here..not rotten ideas, shit talks, cocky style, 'cakap pandai', skemalism and etc..even how far you roamed, how high you scaled the mountain doesnt mean you're the great !! that's what i overlook the meaning of "Komuniti"..anyway, give a high salute to your comment !! :lol:
M.A.L.A.S - Copyright © 2003-2009. All rights reserved.
"Demi langit beserta seluruh binaannya, Demi bumi serta yang ada di hamparannya, Demi jiwa dan seluruh penyempurnaannya.."

betterman
Pemegang Amanah GO
Posts: 2828
Joined: 04 Dec 2005, 08:39
Location: Bawah beirut
Contact:

Post by betterman » 08 Jan 2006, 23:35

GO is the neutral ground. There will be no GO group or expedition organised by GO. It would never happened.

But GO would organised some programmes like gathering or dinner, but it's not in the mean time. Some day.....

GO is the place for all gunung enthusiasm to gather online. That's the real reason why GO was established. To share information, experience, to advertise programme, to know new people especially fellow gunung enthusiasm....

We can be united under one strong community, but it should not be 'official' because when it sounds like official, there will be people who wants to act as a leader, back stabbing confirm, chronism, politics, veto power etc....
Getting to the summit is optional, getting down is mandatory...

User avatar
am
Pendaki Sondol
Posts: 459
Joined: 12 Dec 2005, 19:41
Location: Somban, NSDK
Contact:

Post by am » 08 Jan 2006, 23:50

kalu org tuh dh naik gunung kt oversea but kalu kite tanya gunung nuang kat mana dia tak dpt jawap mmg am tak respek.. jgn nk blagak huhuuuu

auuwwiiieee..terasanye i moekekekekeke
:oops: ha kan dh kantoi.. miakakka apola brader ngai wat dunno sudahhh

User avatar
fs
Pendaki Gunung
Posts: 139
Joined: 02 Jan 2006, 23:38

Post by fs » 09 Jan 2006, 10:56

ngai & everyone,

"budaya saper lagi bagus" mmg tak patut ada. org yg pernah buat AT maybe akan kata TT susah, yg pernah buat TT mungkin kata AT susah. so, takyah la nak kata sape bagus, for me la.... lagi best kalau kita share info, discuss, berforum... gurau senda... etc. tpi kena ada guide line. respect, tolak ansur, mature...etc.

betterman,

i agree with you. no leader/s. but, kalau nak pun ada caranya. tp, kang ada perang saudara pulak... ehehehe... anyways, i personally think GO is in the right track.

p/s:
AT = applachian trail
TT = trans titiwangsa

User avatar
cybertura
Pendaki Gunung
Posts: 4
Joined: 11 Jan 2006, 11:28
Location: cybertura
Contact:

Post by cybertura » 11 Jan 2006, 11:46

gunung jer ker .. kayaking .. rock climbing .. abseiling ..sailing .. fishing ..camping .. walking walking .. tak masuk ??

kena semua join ... baru meriah komuniti :twisted:

Tarzan
Pendaki Gunung
Posts: 28
Joined: 05 Jan 2006, 08:33
Location: Belantara

Post by Tarzan » 12 Jan 2006, 17:43

Camna nie je le ....

Kalau korang susah2...
kalau nak buat semua tu boleh ikut aku

tangkap buaya, gajah, harimau dan lain.....

kalau nak memanjat aku bagi ceetah aku je le ajar...camna

tapi kekawan semua....sepandai aku kat dalam nie (hutan gunung)
kalau seseorang dan tak berpersatuan pun masalah jugak

sebab....
1. nak luahan masalah gunung kita susah kat public
2, Undang yang digubal contoh permit kalau ade persatuan kan senang dah ade salurannya
3. Kes sesat, musibah dalam hutan meningkat...sapa susah...kita jugak report sana-sini .....sebab kelayakkan x de....
4. Untuk penilaian diri.....kursus mungkin perlu....kalau gila sijil le...kalau sijil berlambak pun tak guna kalau pengalaman x ade
5. aku rasa camni je aktiviti kita malaysia...x berkembang..sebab semua ikut perahu masing2...ade kapal besar semua nak jadi nakhoda....
mangsanya juragan kecilan dan anak nelayan yang baru nak kenal Gunung
6. Kalau diikutkan dah lama xtvt kat malaysia nie....dan sekarang sepatutnya kita dah boleh menghantar pasukan terbaik utk program luar...lepas everst 97 diam.....K2 entah bila....otai yang berleiaran kat luar sana bersepah tapi menyampah kalau ade unsur gila pangkat nie
7. aku dah malas nak merepek kerana aku rasa persatuan penting kerana ianya tempat kita boleh meluahkan pendapat....lasi satu unsur politik perlu dalam persatuan kalau nak maju tapi jangan masuk campur dalam urusan persatuan/kelab

Thank u.....


oooooooo
Jaga Hutan Kita

User avatar
am
Pendaki Sondol
Posts: 459
Joined: 12 Dec 2005, 19:41
Location: Somban, NSDK
Contact:

Post by am » 12 Jan 2006, 19:05

nothin perfect in this world
:wink:

User avatar
KuKuBesi
Tokey KHK
Posts: 112
Joined: 05 Dec 2005, 09:06

Post by KuKuBesi » 19 Jan 2006, 11:04

adakah kita berjumpa jalan buntu?

User avatar
am
Pendaki Sondol
Posts: 459
Joined: 12 Dec 2005, 19:41
Location: Somban, NSDK
Contact:

Post by am » 19 Jan 2006, 11:49

maaanee ade jalan buntuu kukukakibesi...
neway just stay together-gether kt GunungOnline nih saje kan dah best.. yg buntu boleh jadik celik.. yg celik maka makin tercelik coz semua org boleh kongsi info pergunungan. done huhuuuuuuu

betterman
Pemegang Amanah GO
Posts: 2828
Joined: 04 Dec 2005, 08:39
Location: Bawah beirut
Contact:

Post by betterman » 21 Jan 2006, 12:04

gunung jer ker .. kayaking .. rock climbing .. abseiling ..sailing .. fishing ..camping .. walking walking .. tak masuk ??

kena semua join ... baru meriah komuniti :twisted:
nama pon gunung online....
so the name speak for itself
hehehe
Getting to the summit is optional, getting down is mandatory...

User avatar
KuKuBesi
Tokey KHK
Posts: 112
Joined: 05 Dec 2005, 09:06

Post by KuKuBesi » 06 Feb 2006, 13:44

hurmmm panas lagi topik di sana.. susah nak bersatu gamaknye ni

adisos2002
Otai Gunung
Posts: 969
Joined: 07 Dec 2005, 07:36
Location: Semak Samun
Contact:

Post by adisos2002 » 06 Feb 2006, 22:03

Tarzan - Hidup berpesatuan ni ada buruk baiknya jugak...
Bercerita ttg Persatuan Mendaki Gunung nie aku ada posting sikit la kat KHK diantaranya

adisos wrote:
Komen aku :
Kita ada Kementerian Pelancongan.. malahan sampai keperingkat negeri punya cawangan pun ada. Tiap negeri pun ada exco pelancongannya!

Persatuan yang mewakili kelompok ini!.. Pesatuan Mendaki Malaysia sampai ke peringkat negeri pun ada. Persatuan Rekreasi.. persatuan terawal ditubuhkan sebelum persatuan mendaki sendiri..

Tapi apa kan daya.. Rancangan kerajaan berhubung rakan muda..... hangat-hangat taik ayam. Kena tukar je post Menteri Belia maka tertukar la hala tujuan.. sekarang nie sibuk pada sukan yg porpular dan baru.. XGames, Sukan baru seperti Senamaerobik dll.. peruntukan habis semua kena transfer!!
Para golongan pendaki nie kiranya dapat jackpot masa YAB Dr Mahathir suruh buat Everest... time tue habis semua gunung kena selongkar!!!
Lepas tueeeeeeee mandommmmm terus!!! Time tue aku ingat lagi semua berebut nak pegang jawatn dlm Persatuan Mendaki Negeri memasing..
Sapa kata tak bagus... tapi bila aku lihat bentuk xtvt dan gerakan yg hanya byk memikirkan mslh tanpa fikir jln penyelesaian..

PAstu tak habih habih dgn idea Org Dulu-dulu jer yg nak diterima idea kita dicantas ajer.... mana nak majunya!!

Bila sembang "kitaorg dah taknak nak jadi Presiden dah... ye la tapi org dah lantik nk buat camna??" pd aku letak aja la jawatan!!

Kalau dlm setahun Persatuan Mendaki Negeri paling byk gunung kat Malaysia nie hanya mampu ke gng Berincang, gng Hijau (bkt larut), gua kandu, pangkor, gng peninjau(balik hari)...... apa barang!!!

Sebuah kelompok pendaki Underground lagi byk buat xtvt..... (tak perlu disebut nama)

Yg depa asyik dok sebut.... duit tue Belia tak masukkan lagi, citer ttg grand nyer Everest 97 suatu masa dulu... tak habih citer kegemilangan masa lampau!!!

Tak tau la!!! camtu nak ajak org join persatuan!!! Tapi cadangan En Tarzan tue sangat baik dan bernas.. dan sebab tue kami bergabung kata-kata di FORUM GOnline nie dan KHK mahupun di MDC....

Sekian Muzs
SOS
<no one left behind> nolb
Berminat mendapatkan guide gunung/ teambuilding?? Contact Silver Outdoor Sports di 012-5317141atau email adisos2002@yahoo.com

Tarzan
Pendaki Gunung
Posts: 28
Joined: 05 Jan 2006, 08:33
Location: Belantara

Post by Tarzan » 09 Feb 2006, 12:07

Rancangan kerajaan berhubung rakan muda..... hangat-hangat taik ayam. Kena tukar je post Menteri Belia maka tertukar la hala tujuan.. sekarang nie sibuk pada sukan yg porpular dan baru.. XGames, Sukan baru seperti Senamaerobik dll.. peruntukan habis semua kena transfer!!
Para golongan pendaki nie kiranya dapat jackpot masa YAB Dr Mahathir suruh buat Everest... time tue habis semua gunung kena selongkar!!!
sebelum rakan muda ade satu lagi program aku dah lupa apa namanye dan tapi tak berjaya seperti rakan muda kerana tiada kelulusan parlimen dan dibuat dibawah kementerian belia & sukan je...(kalau x silap aku le) tetapi rakan muda mendapat mandat parlimen kerana masalah sosail belia tinggi... tetapi sebelum tu ade dlagi program belia 4 B ....sekarang nie aku lihat perubahan berlaku lagi kepada belia dengan tertubuhnya program Kidmat Negara.....lepas satu -satu .....

Aku nak tau juga pendekatan yang dibuat oleh PMM atau negeri cara untuk menarik minat ahli baru menyertai mereka.....prosedur camna nak join mereka, kursus yang ditawarkan kepada bukan ahli, sebab aku rasa otai dalam PMM memang dasyat ilmu mereka.....bila lagi nak perturunkan kepada lapisan bawahan nie...

JAngan le disebabkan kepentingan individu atau diri nasib belia yang baru nak merangkak nie terabai.....dulu ativiti nie pun korang yang mula2 porpularkan kat Malaysia ....dengan itu tanggungjawab korang masih ade..sedikit sebanyak.....kalau dulu niat sungguh murni nak memperkembangankan Gunung tapi dimana semangat tu sekarang.....


Yang lama dihormati dan yang baru dihargai...sesama le kita memperbaiki...
Jaga Hutan Kita

User avatar
rembau
Pemegang Amanah GO
Posts: 1394
Joined: 06 Dec 2005, 08:41

Post by rembau » 20 Feb 2006, 14:15

Oleh Orga KHK
HALA TUJU AKTIVITI MENDAKI GUNUNG DI MALAYSIA

Penulis : Radzee Hj Baki

Sukar sebenarnya untuk membicarakan tentang istilah kepuasan mendaki gunung ini tanpa merasai sendiri pengalaman ketika tiba di atas puncak gunung. Mendalami istilah aktiviti mendaki ini, tentunya kita akan terus terbayangkan tentang kesukaran untuk melakukan aktiviti-aktiviti seumpama ini. Namun disebaliknya, sukan ini mampu mencetuskan peralihan nilai-nilai positif dalam diri melalui perantaraan medium alam semulajadi di dalam mewujudkan nilai ketabahan, kekuatan, kesabaran, ketelitian dalam jiwa seseorang.

Perlaksanaan kursus Khidmat Negara dikalangan remaja di negara kita jelas membuktikan usaha bersungguh kerajaan untuk membentuk jati diri generasi baru yang lebih positif melalui penyertaan didalam aktiviti kegiatan luar yang berbentuk lasak. Namun, satu usaha yang wajar perlu dilakukan untuk mencari wadah yang mampu menyokong usaha-usaha murni ini sebagai perlanjutan selepas kursus berakhir. Aktiviti mendaki gunung contohnya, adalah salah satu bidang yang mampu menjadi alternatif untuk mengimbangi tuntutan golongan generasi baru yang berminat di dalam aktiviti lasak.

Tetapi, persoalannya ialah; mampukah badan-badan atau pertubuhan aktiviti mendaki gunung di Malaysia menyediakan kemudahan dan khidmat bimbingan kepada golongan-golongan baru di dalam sukan ini? Jika diperhalusi, rata-ratanya kebanyakan golongan baru menceburi minat mereka di dalam sukan ini adalah berdasarkan pengaruh rakan-rakan sekeliling mereka. Maka perlukah satu usaha dibentuk bagi memberi pendekatan, pengetahuan dan pengalaman kepada golongan generasi baru yang lain untuk menarik sama minat mereka?

Badan-badan aktiviti mendaki di Malaysia perlu lebih proaktif di dalam merancang hala tuju aktiviti mendaki di Malaysia. Kelemahan ‘networking’ mahupun kekurangan perbelanjaan bukannya suatu isu yang menjadi alasan menutup kelemahan. Tetapi pelbagai usaha dan ikhtiar perlu dilakukan dalam masa yang sama. Adakah ‘survival ability’ mereka semakin merosot atau apakah masih lagi tercari-cari ramuan atau resepi di saat semua orang sedang lapar menunggu perubahan?.Apa pun jawapannya, apa yang diharapkan ialah kesungguhan semua pihak untuk sama-sama berganding bahu, mewujudkan persefahaman lantas menjadikan harapan itu satu kenyataan.

Pembangunan aktiviti mendaki gunung di Malaysia turut membantu pertumbuhan ekonomi negara menerusi perkembangan bidang pelancongan alam semulajadi. Agensi-agensi pelancongan, operator dan penganjur perlulah lebih bersikap terbuka di dalam mempelbagaikan produk mereka. Usaha untuk menarik penyertaan pengusaha Bumiputera juga perlulah diperhebatkan memandangkan majoriti mereka yang terlibat di dalam industri pelancongan alam semulajadi ini adalah dari kalangan mereka sendiri. Kementerian Pelancongan juga perlulah sedia membantu bagi mengurangkan kos permulaan modal industri ini yang dirasakan sekarang amat tinggi untuk mereka memulakan perniagaan.

2005 menyaksikan beberapa perkembangan positif di dalam bidang pelancongan aktiviti negara kita khususnya pelancongan aktiviti mendaki gunung. Beberapa kejohanan mendaki gunung yang dianjurkan beberapa badan sukan membuktikan kesungguhan beberapa pihak di dalam mempromosi dan memajukan aktiviti ini. Justeru, pelbagai badan sukan mahupun individu perlulah mengambil peranan untuk menganjurkan pelbagai program atau kejohanan yang mampu membawa perkembangan aktiviti ini ke peringkat yang lebih jauh untuk masa-masa mendatang. Penganjuran pada peringkat antarabangsa perlulah ditingkatkan lebih-lebih lagi menjelang kempen Tahun Melawat Malaysia 2007 nanti.

Peningkatan penyertaan individu-individu pendaki gunung untuk menyambut cabaran bagi mencatatkan rekod samada pada peringkat nasional mahu pun antarabangsa perlulah dipertingkatkan. Penyertaan pihak media dan pihak-pihak lain yang mampu membantu mempromosi dan menaja program tersebut juga perlulah diperluaskan. Kejayaan mereka juga perlulah direkodkan secara sah bagi dijadikan tatapan dan rujukan untuk kegunaan generasi masa hadapan. Selain daripada mencatatkan nama di puncak-puncak tertinggi, pendaki gunung juga perlu berfikir secara lebih kreatif dan inovatif untuk merancang berbagai cubaan yang mampu menarik perhatian negara di mata dunia.

Segala pengetahuan, kemahiran dan pengalaman pendaki-pendaki gunung sekarang ini perlulah didokumentasikan bagi kegunaan generasi hadapan. Kurangnya bahan-bahan ilmiah dan kurangnya usaha untuk menterjemahkan sesuatu hasil penulisan turut membantutkan kelancaran penyebaran ilmu pengetahuan yang terkini. Disamping itu, kurangnya penglibatan pendaki gunung untuk mendekatkan diri dengan bidang teknologi maklumat menjadikan perjalanan kemajuan sukan ini lebih lambat dan tidak seiring arus perdana.

Apa yang jelas, aktiviti rekreasi dan kegiatan luar khususnya aktiviti mendaki gunung mempunyai keunikannya yang tersendiri dimana faktor ‘kemenangan’ individu bukanlah satu status yang dikejar tetapi kejayaan itu lebih kepada kemenangan mental yang berjaya menguasai kelemahan diri yang tertampil. Bertolak dari titik itulah, perkembangan aktiviti ini perlulah dibangunkan selayaknya bagi menyebarkan kesan positif yang timbul dalam konteks sosial dan moral generasi hadapan. Penyediaan platfom yang sesuai untuk mereka perlulah diambil kira bagi membuktikan inisiatif dan kesungguhan kita untuk memajukan aktiviti mendaki pada hari ini. Seterusnya, berusahalah demi memastikan warisan alam semulajadi di negara kita terus terpelihara untuk tatapan generasi mendatang.

Bigbelly
Pendaki Gunung
Posts: 5
Joined: 20 Feb 2006, 16:41

Post by Bigbelly » 20 Feb 2006, 18:24

idea yong yap tu kira ok gak. kita bersatu dan kuat kalau ada persatuan. kalau bleh gi pancing org-org penting masuk dlm persatuan..org yg ada say dan boleh salur suara kita pada gomen agensi yg jaga trail gunung (cam jab hutan,perhilitan,state gomen)...tak semestinya agent kita tu macho badan keketul dah panjat merata gunung sana sini (G7/G14 ke...appalachian, Carstensz ke, mckinley, himalayan.....). pentingnya dia ambik berat suara underground dan take care kualiti trail kita. sbb aku takut satu hari nanti tak de sapa kisah nasib pendaki gunung kat malaysia (byk menda dah jadi...sesat, insiden kat puncak..risk sana sini). habih kuat depa hantor rescue team dan dlm paper selalu kata kalau nak naik gunung kena bagi nama kat balai dan agensi yg jaga trek tuh.......lebih pada style.....dah retak baru nak tampal...dah jadi baru ambil action. Message aku..kalau ada langkah buat persatuan berdaftar....satu nanti kita akan ada suara yg kuat...tok sah buat persatuan sbb ada agenda tertentu. PMM..mmm..lama dah aku tak dengar berita.....lenyap camtu saja...ada lagi ke...bebaru ni aku ember aku gi tahu ada kelab kembara baru tubuh..aku check kat internet siap ada website sendiri........tapi beza ngan korang.......sbb korang dtg dari bawah (GO)......
kaki ku sakit

Tarzan
Pendaki Gunung
Posts: 28
Joined: 05 Jan 2006, 08:33
Location: Belantara

Post by Tarzan » 21 Mar 2006, 13:04

aku check kat internet siap ada website sendiri........tapi beza ngan korang.......sbb korang dtg dari bawah (GO)......
boleh bagi address nyer ke? :)
Jaga Hutan Kita

Tarzan
Pendaki Gunung
Posts: 28
Joined: 05 Jan 2006, 08:33
Location: Belantara

Post by Tarzan » 21 Mar 2006, 13:04

aku check kat internet siap ada website sendiri........tapi beza ngan korang.......sbb korang dtg dari bawah (GO)......
boleh bagi address nyer ke? :)
Jaga Hutan Kita

Post Reply