14 teknik mencari arah Utara

Perbincangan pandu arah, peta, compas, gps receiver, tanda pada alam
Post Reply
User avatar
lusuh adventure
Pendaki Gunung
Posts: 189
Joined: 14 Aug 2008, 14:44
Location: kuala Lumpur
Contact:

14 teknik mencari arah Utara

Post by lusuh adventure »

14 teknik mencari arah Utara
Image
Kali lusuh akan ceritakan pula teknik mencari arah Utara. Mencari arah utara ini penting dalam navigasi, terutama untuk peta. jadi harap kita semua dapat ilmu dari usaha ini ok dan bersama-sama mengamalkannya.

1.Dengan melihat tumbuhan 'lumut; yang selalunya akan tumbuh atau tebal di bahagian dibahagian utara (kurang cahaya) pada sebelah pokok atau batu. Ia akan tumbuh dengan segar diarah itu.

2.Dengan melihat sarang labah-labah (spider). Dimana sarang akan selalunya dibina ke sebelah arah selatan pokok. Jadi tahulah arah utara.

3.Dengan menggunakan jam tangan anda. Caranya seperti berikut:
Image

a. Pegang jam tangan di dihadapan badan anda dan pastikan jarum pendek jam menghala ke arah matahari. Daripada angka pukul 12:00 ke jarum pendek, bahagi kepada dua bahagian (seperti garisan oren dalam rajah di atas).

b. Jikalau waktu itu sebelum jam 6 pagi atau selepas 6 petang, bayangkan satu garisan di jam anda contoh seperti garisan oren dalam gambar, itulah menunjuk ke arah utara. Waktu dalam gambar di atas ialah 1:25 petang, maka garisan oren menunjukkan arah selatan.

c. Jika anda memakai jam tangan digital, lukiskan jam dalam sekeping kertas, dan ikut cara yang ditunjukkan seperti rajah di atas.

Pehatian untuk semua, cara di atas ini hanya sesuai untuk kawasan hemisfera utara sahaja. Untuk hemisfera selatan, caranya ialah seperti dalam rajah dibawah.
Image

4.Dengan memggunakan kayu lurus (stick), Pacakan kayu itu secara menegak,dan tandakan dimanakan hujung bayang itu berada, kemudian tunggu 10 hingga 15 minit, kemudian tanda pula pada hujung bayang yang terakhir itu. Buat satu garisan lurus antara dua tanda tersebut dan anda telah dapat arah timur dan barat. Untuk mencari utara letakan kaki kiri anda pada tanda petama yang anda buat (barat), dan kaki kanan anda pada tanda bayang terakhir yang ditanda (timur). Ok sekarang anda menghadap UTARA, lihat gambar dibawah.
Image

5.Dengan mencari bintang timur (north star-polaris), jika di hamisfera utara carilah bintang ini, Bintang ini dapat dikenali sebagai North star kerana ia yang paling terang bercahaya ' in handdle of little dipper'. jika lihat bintang ini,sekarang anda telah menghadap Utara. Lihat gambar dibawah.
Image

6.Jika di hamisfera selatan, carilah bintang 'southern cross'.Bintang ini terbentuk dengan lima bintang dan empat yang paling terang yang membentuk cross. Yang paling bawah dari empat bintang yang membentuk cross itu ialah arah selatan, dan pasti anda tahu dinama arah utara.
Image

7.Dengan melihat matahari terbit dari timur, dan 180 darjah (belakang anda) adalah arah barat,arah utara pula sebelah kiri anda.

8.Dengan melihat matahari terbenam ke barat, dan 180 darjah (belakang anda) adalah arah Timur,arah utara pula sebelah kanan anda.

9.Dengan melihat pergerakan awan,kebiasaannya ia akan bergerak dari barat ke timur (tidak berlaku disesetengah kawasan)

10.Dengan melihat pergerakan haiwan atau memerhati sarang burung yang lebih cenderung ke arah barat (+/-)

11.Dengan melihat tumbuhan yang menumpang (melilit) perhatikan dipenghujungnya (pucuk) yang lazimnya ke arah barat.

12.Dengan guna kompas jer...cari utara senangkan

13.Dengan menggunakan sistem GPS...carilah utara

14.Dengan mengetahui arah kiblat melalui bintang contoh gambar dibawah caranya carilah bintang rigel dan Bellatrix ia menunjukkan arah utara.
Image

Hanya 14 teknik yang saya berjaya cari dan menulisnya. jika ada lagi teknik mencari arah utara sila taip diruagan komen tu. Sekarang anda semua dah membaca dan faham.Harap dapat sebarkan ilmu ini kepada kawan-kawan dan keluarga. Ia mungkin amat berguna pada masa atau waktu yang kita atau rakan ditimpa musibah dihutan Yang benar dari Allah dan yang salah dari saya, maaf juka ada kesilapan dalam penulisan saya. selamat membaca.

sekian terima kasih

Lusuh Adventure
220309 1241
Image
http://lusuh.multiply.com
http://lusuh.com.my
(bahan penulisan adalah hak cipta lusuh adventure dilarang 'copy' atau menerbit tampa kebenaran)
welcome adventure to lusuh adventure ever-green exprience
we sale outdoor gear by online, visit us: http://lusuh.com.my/

User avatar
rembau
Pemegang Amanah GO
Posts: 1394
Joined: 06 Dec 2005, 08:41

Re: 14 teknik mencari arah Utara

Post by rembau »

tq atas sumbangan anda
Dan Kami jadikan di bumi gunung-ganang yang menetapnya, supaya bumi itu tidak menggegar mereka; dan Kami jadikan di celah-celahnya jalan-jalan laluan, supaya mereka mendapat petunjuk.(Surah Al-Anbiyaa':31)

Lt.Cmdr. Kamal Ariffin
Kerabat Gunung
Posts: 1318
Joined: 12 Jan 2006, 11:43
Location: Gunung Bawah Laut
Contact:

Re: 14 teknik mencari arah Utara

Post by Lt.Cmdr. Kamal Ariffin »

Terima kasih juga kepada Tuan Haji.
Ilmu yang banyak membantu rakan rakan sekelian dalam kursus Survaival.
Ada beberapa cara mudah lain.

Ambil puntung rokok dan cucukan jarum peniti. Letakan diair tenang atau lopak. Ia akan (Yang belah tajam) menunjukkan arah Utara jika kawasan tersebut tiada Medan Megnet lain.

User avatar
span
Pendaki Sondol
Posts: 415
Joined: 22 Aug 2008, 10:44
Location: atas batu
Contact:

Re: 14 teknik mencari arah Utara

Post by span »

wahhh info yang manarik dan berguna, terimas enn lusuh
-L@YAN JeW MeNtEL Tu BeB-

Farid McGuire
Pendaki Gunung
Posts: 128
Joined: 03 May 2006, 11:05
Contact:

Re: 14 teknik mencari arah Utara

Post by Farid McGuire »

encek lusuh.. saya mau minta kebenaran kopipes info ni ye..

User avatar
lusuh adventure
Pendaki Gunung
Posts: 189
Joined: 14 Aug 2008, 14:44
Location: kuala Lumpur
Contact:

Re: 14 teknik mencari arah Utara

Post by lusuh adventure »

encek lusuh.. saya mau minta kebenaran kopipes info ni ye..

boleh jer..tapi..jangan lupa link kan yer...
http://lusuh.com.my
welcome adventure to lusuh adventure ever-green exprience
we sale outdoor gear by online, visit us: http://lusuh.com.my/

Farid McGuire
Pendaki Gunung
Posts: 128
Joined: 03 May 2006, 11:05
Contact:

Re: 14 teknik mencari arah Utara

Post by Farid McGuire »

baek.... :-)

etetet
Pendaki Gunung
Posts: 2
Joined: 14 Jun 2010, 22:33

Re: 14 teknik mencari arah Utara

Post by etetet »

Ilmu yang berguna nii!

Terima kasih!

gununganang
Pendaki Gunung
Posts: 23
Joined: 21 Oct 2009, 14:12

Re: 14 teknik mencari arah Utara

Post by gununganang »

thanks...

blacksword
Pendaki Gunung
Posts: 57
Joined: 25 Apr 2011, 16:53

Re: 14 teknik mencari arah Utara

Post by blacksword »

macam mana nak tau arah berjalan didalam hutan?
maksud saya nak tau yang kita dah berjalan dalam garisan lurus?bukan pusing-pusing

User avatar
rembau
Pemegang Amanah GO
Posts: 1394
Joined: 06 Dec 2005, 08:41

Re: 14 teknik mencari arah Utara

Post by rembau »

blacksword wrote:macam mana nak tau arah berjalan didalam hutan?
maksud saya nak tau yang kita dah berjalan dalam garisan lurus?bukan pusing-pusing
bro...
aku dulu memang pratik jalan ikut jalan yg LURUS tapi sebenar susah nak amalkan jalan yg LURUS ini kecuali dikawasan lapang..macam padang bola atas garisan lak tu...garisan @ arah bermula dari satu titik dan berakhir pada satu titik...samada yg tegak/ lurus atau sebagainya yang penting kita sampai ke tempat itu....

Pergerakan kompas selalu gunakan teknik; bearing & back bearing dan selalunya navigator dan akan recomfirm lokasi/ point tu segaris ke ngan titik jarum...nampak macam senang..tapi sebenarnya azab yg amat terutama bila bertembung ngan buluh/ rotan etc...

Hutan kita pon bukan lurus pon profil longlitudal , berselerak ...apa yg penting disini bagi saya bagaimana nak tau kita dimana berdasarkan gerakan dilakukan...
Dan Kami jadikan di bumi gunung-ganang yang menetapnya, supaya bumi itu tidak menggegar mereka; dan Kami jadikan di celah-celahnya jalan-jalan laluan, supaya mereka mendapat petunjuk.(Surah Al-Anbiyaa':31)

User avatar
orga
Senator Gunung
Posts: 2088
Joined: 05 Dec 2005, 22:09
Location: n9 & melaka
Contact:

Re: 14 teknik mencari arah Utara

Post by orga »

jika ikut ujian tutup mata sambil berjalan, manusia sukar utk berjalan lurus, sebaliknya akan terdorong ke kiri atau kanan..sama bila dlm hutan masa kita tatau arah, kadang2 tu sampai berpusing seperti bulatan..

untuk elakkannya, bukak map, point lokasi kita dulu..pastu point ke arah yg hendak dituju..biasanya point tu mark pd pokok di hadapan..pandu arah dgn menuju ke pokok yg di mark dan seterusnya la..dgn cara ini kita dpt elakkan halangan tanpa bazir masa utk melaluinya..
ImageImageImage

User avatar
lusuh adventure
Pendaki Gunung
Posts: 189
Joined: 14 Aug 2008, 14:44
Location: kuala Lumpur
Contact:

Re: 14 teknik mencari arah Utara

Post by lusuh adventure »

jika ikut ujian tutup mata sambil berjalan, manusia sukar utk berjalan lurus, sebaliknya akan terdorong ke kiri atau kanan..sama bila dlm hutan masa kita tatau arah, kadang2 tu sampai berpusing seperti bulatan..

untuk elakkannya, bukak map, point lokasi kita dulu..pastu point ke arah yg hendak dituju..biasanya point tu mark pd pokok di hadapan..pandu arah dgn menuju ke pokok yg di mark dan seterusnya la..dgn cara ini kita dpt elakkan halangan tanpa bazir masa utk melaluinya..


alright sifu..
welcome adventure to lusuh adventure ever-green exprience
we sale outdoor gear by online, visit us: http://lusuh.com.my/

User avatar
rainmaker
Pendaki Tegar
Posts: 282
Joined: 24 May 2010, 13:18
Location: Setapak, KL
Contact:

Re: 14 teknik mencari arah Utara

Post by rainmaker »

lusuh adventure wrote: 1.Dengan melihat tumbuhan 'lumut; yang selalunya akan tumbuh atau tebal di bahagian dibahagian utara (kurang cahaya) pada sebelah pokok atau batu. Ia akan tumbuh dengan segar diarah itu.
ape yg sy pernah belajar sepatutnya lumut subur dibahagian timur kerana sinaran cahaya matahari kurang panas diwaktu pagi, dan lebih terik diwaktu petang apabila memberat ke arah barat. jadi menggunakan lumut dapat menentukan arah timur dan barat.
You tell me we can start the rain, You tell me that we all can change, You tell me we can find something to wash the tears away.

ImageImageImage

Post Reply