Orienteering

Perbincangan pandu arah, peta, compas, gps receiver, tanda pada alam
Post Reply
User avatar
QtrMaster
Pendaki Tegar
Posts: 231
Joined: 12 Sep 2006, 04:10
Location: Malaya
Contact:

Orienteering

Post by QtrMaster »

Sebelum keujudan GPS, pengemudian atau navigasi di atas daratan bergantung sepenuhnya kepada peta dan kompas. bagi menggalakkan penggunaan dan meningkatkan kemahiran compass marching, satu jenis sukan bernama Orienteering telah diperkenalkan. Ianya bermula di wilayah Scandinavia sekitar abad ke 19 sebagai salah satu kegiatan ketenteraan, kemudiannya terus berkembang menjadi satu sukan untuk orang awam diperingkat antarabangsa berkat usaha Tok Baden-Powell.

Orienteering ni satu sukan kombinasi antara map reading, cross country running & treasure hunt. Saat sebelum dilepaskan, peserta/team akan diberi peta topo khas bagi kawasan pertandingan tersebut.. dan panduan ke arah sejumlah check point yg telah ditetapkan.

peserta/team akan dilepaskan berasingan (staggered release) dan masa direkod secara individu. Peserta/team yg dapat singgah paling banyak check point dalam masa paling singkat akan dikira sebagai pemenang.

Kemahiran membaca peta adalah paling penting, melalui peta topo, peserta boleh menggambarkan muka bumi yang perlu dilalui dan seterusnya mencarta/merancang route yg ingin diambil. peserta/team bukan sahaja perlu memilih route paling dekat, tetapi yg paling kurang obstacle. kebolehan mengadaptasikan peta topo ke dunia nyata memainkan peranan penting. selebihnya kelajuan kaki akan menjadi penentuan.

peralatan utama orienteering ialah peta topo (akan dibekalkan oleh penganjur) dan protractor compass.

Image

tapi skang lepas ada GPS, org dah tak main orienteering, depa main geocaching.

Freelance
Senator Gunung
Posts: 1355
Joined: 06 Dec 2005, 13:16
Location: Kuala Lumpur

Post by Freelance »

Nanti leh lah wt kursus Orieentering dan GPS ni... ramai rakan2 gunung tak tau nak baca peta dan kompas.. peralatan GPS .. so sesiapa yang mahir dalam penggunaan peralatan ni boleh lah beri tunjuk ajar kepada kawan2 kita yang tak tau menggunakan peralatan ni.
Saudara orga pernah beritahu kt saya.. cadang nak wat kursus ini di Bukit Frim... belajar basic peralatan tersebut...tujuan nak bagi pendedahan kt kawan2 yg lain..

User avatar
QtrMaster
Pendaki Tegar
Posts: 231
Joined: 12 Sep 2006, 04:10
Location: Malaya
Contact:

Post by QtrMaster »

bagus idea tu... kena tahu kedua-duanya.. GPS memang senang (kalu tahu menggunakannya) tapi buatnye abis bateri, tercicir, masuk air, signal error ke masa dlm hutan, at least ade secondary skill utk backup.

User avatar
JeNaL
Pentadbiran
Posts: 1758
Joined: 27 Mar 2007, 16:07
Location: sri kembangan
Contact:

Post by JeNaL »

mmm cam nak nak Orienteering ni..... ada basic teori tak

sid
Pendaki Terlampau
Posts: 505
Joined: 17 Apr 2006, 18:23
Location: Middle Earth
Contact:

Post by sid »

Pengalaman aku dulu masa baru2 blajar orienteering ni.

1. Orienteering compass
2. Orienteering topo map
3. Pen/pensil

itu je yg perlu ada. yang lain nye cuma otak yg bergeliga dan cukup tenaga nak cari marker.

Masuk pertandingan lagi senang nak blajar, terus dapat pengalaman dari penganjur dan peserta2 lain. Kalo stakat blajar teori tapi takde praktikal lambat sikit la nak pandai. Nak mengajar tak dapat la pasal aku pon bengap lagi, tapi kalo bercerita boleh lah.. :D
"Reality is merely an illusion, albeit a very persistent one"
________________________________________________
* * multiply * * facebook * * 9w2cyd * *
Image

User avatar
ryu_kyo
Senator Gunung
Posts: 251
Joined: 21 Aug 2006, 16:04
Location: JB
Contact:

Post by ryu_kyo »

nk tanya,dalam orienteering ni nape tak pakai prismatik compass.bukan ke lebih accurate.
"do what u love,love what u do - sonnie trotter"

Image
http://champsrc.multiply.com

User avatar
poncho
Senator Gunung
Posts: 1890
Joined: 05 Dec 2005, 15:59
Location: southern
Contact:

Post by poncho »

orienteering nih yang aku paham ialah sejenis sukan (ye sukan..), macam Treasure Hunt jugak. syarat-syaratnya senang aje. paling utama, setiap peserta mesti menggunakan peta atau plan yang disediakan penganjur/gogo untuk mencari point atau Check Point. yang kedua, musti mau bawak Control Card atau satu kad khas (perlu di'punch'/dilubangkan dengan puncher khas) dan mesti cari Marker atau bendera oren/putih. pada setiap Marker ni lah ade puncher yang perlu digunakan untuk menandakan kad tadi sebagai bukti kita dah jumpa Marker dan sampai ke setiap CP.

selepas berjaya menamatkan route atau laluan/cabaran dikehendaki, peserta perlu hantar kad kepada gogo/penganjur tadi dan gogo akan meneliti dan memastikan semua CP/Marker sudah dikunjungi dan juga bentuk lubang pada kad adalah betul mengikut bentuk yang diperlukan, serta mengira masa yang diambil.

peserta/kumpulan dengan masa paling pendek/pantas dan berjaya menjumpai setiap Marker/CP dengan susunan atau urutan paling baik akan dikira pemenang
if a tree falls in the woods... do all the other trees laugh at it?

Image Mounthopper

User avatar
JeNaL
Pentadbiran
Posts: 1758
Joined: 27 Mar 2007, 16:07
Location: sri kembangan
Contact:

Post by JeNaL »

ryu_kyo wrote:nk tanya,dalam orienteering ni nape tak pakai prismatik compass.bukan ke lebih accurate.
champ prismatik compass tu natang pe.heheh

User avatar
ryu_kyo
Senator Gunung
Posts: 251
Joined: 21 Aug 2006, 16:04
Location: JB
Contact:

Post by ryu_kyo »

orca wrote:
ryu_kyo wrote:nk tanya,dalam orienteering ni nape tak pakai prismatik compass.bukan ke lebih accurate.
champ prismatik compass tu natang pe.heheh
bro,kompas askar la.rupanya lebih kurang mcm ni
Image

Image

prismat'ic com'pass

a hand compass equipped with sights and prisms to permit aiming the instrument at a point and at the same time reading the compass direction of the point.
"do what u love,love what u do - sonnie trotter"

Image
http://champsrc.multiply.com

User avatar
QtrMaster
Pendaki Tegar
Posts: 231
Joined: 12 Sep 2006, 04:10
Location: Malaya
Contact:

Post by QtrMaster »

bros sekelian... jenis kompas tu tak penting, magnetic ke, lensatic ke, prismatic ke, plastik ke... ilmu tu kena ade dulu. kalu bagi digital compass siap ngan declinometer, rangefinder dan altimeter, tapi tak tahu nak tonyoh kat mana atas peta pun tarak guna.... secubit pendapat je...

User avatar
ryu_kyo
Senator Gunung
Posts: 251
Joined: 21 Aug 2006, 16:04
Location: JB
Contact:

Post by ryu_kyo »

ade step2 tak sebelum kite start orienteering ni.contohnya camana nk amik bearing,pastu nk lukis atas map.
"do what u love,love what u do - sonnie trotter"

Image
http://champsrc.multiply.com

User avatar
JeNaL
Pentadbiran
Posts: 1758
Joined: 27 Mar 2007, 16:07
Location: sri kembangan
Contact:

Post by JeNaL »

so cam na lak kita nak apply orienteering ni masa trekking atau search and rescue..... ada prosedur atau teknik ke

User avatar
ryu_kyo
Senator Gunung
Posts: 251
Joined: 21 Aug 2006, 16:04
Location: JB
Contact:

Post by ryu_kyo »

aku baca topo pun dah fail,pening nngok banyak line hehehe
"do what u love,love what u do - sonnie trotter"

Image
http://champsrc.multiply.com

User avatar
poncho
Senator Gunung
Posts: 1890
Joined: 05 Dec 2005, 15:59
Location: southern
Contact:

Post by poncho »

hahaha. aku rasa kita perlu seperate kan tajuk cara pembacaan bearing atau lain-lain tu sbb ade teknikal prosedur dan kaedahnya. kira macam Sukatan Pelajaran gak aa. aku nih pun sama, lupa hampir semuanya sebab TAK PENAH praktikkan lagi sampai sekarang. adehhhh

aku tau kod warna tu sikit.

hitam
mewakili batu, bahu jalan dan binaan atau buatan manusia

coklat (brown)
mewakili keadaan mukabumi dan garisan kontur (ketinggian)

biru
mewakili air dan yang berkaitan

kuning
mewakili tumbuhan, yang terbuka dan boleh dilalui

hijau
mewakili tumbuhan, yang tertutup dan sukar untuk dilalui

putih
mewakili tumbuhan (hutan)

ungu
mewakili lokasi asal atau start, finish dan control points (CP)

err..kalo salah, tolong betulkan ye. serious nih
if a tree falls in the woods... do all the other trees laugh at it?

Image Mounthopper

betterman
Pemegang Amanah GO
Posts: 2828
Joined: 04 Dec 2005, 08:39
Location: Bawah beirut
Contact:

Post by betterman »

kat KL nie kat mana buleh belajor orienteering???
pernah tanya dgn pakcik google tapi dia tak tau
Getting to the summit is optional, getting down is mandatory...

User avatar
ryu_kyo
Senator Gunung
Posts: 251
Joined: 21 Aug 2006, 16:04
Location: JB
Contact:

Post by ryu_kyo »

bett,ni aku jumpa kat http://www.orienteering.org
mungkin diorg boleh ajer kot

Malaysian Orienteering Association (MOA)

No. A7, Jalan Kuang Bulan
Taman Kepong
52100 Kuala Lumpur
MALAYSIA

Tel. +603 6277 7779, +603 6280 1550
Fax +603 6277 7711
E-mail: lkm57@streamyx.com,
kwan_meng@yahoo.com
"do what u love,love what u do - sonnie trotter"

Image
http://champsrc.multiply.com

betterman
Pemegang Amanah GO
Posts: 2828
Joined: 04 Dec 2005, 08:39
Location: Bawah beirut
Contact:

Post by betterman »

thank you :D
Getting to the summit is optional, getting down is mandatory...

User avatar
JeNaL
Pentadbiran
Posts: 1758
Joined: 27 Mar 2007, 16:07
Location: sri kembangan
Contact:

Post by JeNaL »

ada ilmu kalu tak praktikkan pun tak brape sesuai sgt.... paling sesuai nak paraktikkan orienteering ikut org gi sondol.... ada brani....

User avatar
rembau
Pemegang Amanah GO
Posts: 1394
Joined: 06 Dec 2005, 08:41

Post by rembau »

orca wrote:ada ilmu kalu tak praktikkan pun tak brape sesuai sgt.... paling sesuai nak paraktikkan orienteering ikut org gi sondol.... ada brani....
bett bila lagi nak dapat cop Penyondol... :lol: :evil:

betterman
Pemegang Amanah GO
Posts: 2828
Joined: 04 Dec 2005, 08:39
Location: Bawah beirut
Contact:

Post by betterman »

aku nie naik gunung2 komersial je...
Getting to the summit is optional, getting down is mandatory...

kambinggurun
Senator Gunung
Posts: 557
Joined: 26 Jan 2006, 23:01
Location: gua kayu batu
Contact:

Post by kambinggurun »

ololool betttt....
::SRC-Total Outdoor::

User avatar
rembau
Pemegang Amanah GO
Posts: 1394
Joined: 06 Dec 2005, 08:41

Re: Orienteering

Post by rembau »

QtrMaster wrote: Kemahiran membaca peta adalah paling penting, melalui peta topo, peserta boleh menggambarkan muka bumi yang perlu dilalui dan seterusnya mencarta/merancang route yg ingin diambil.
peralatan utama orienteering ialah peta topo (akan dibekalkan oleh penganjur) dan protractor compass.
.
....kalau isitilah ceruk, permatang, susur, charoh , tebing, dll pon susah nak hafal camne nak kenal / gambarkan bentuk muka bumi lak nie...kalau ambil exam tentu fail... :twisted:
Dan Kami jadikan di bumi gunung-ganang yang menetapnya, supaya bumi itu tidak menggegar mereka; dan Kami jadikan di celah-celahnya jalan-jalan laluan, supaya mereka mendapat petunjuk.(Surah Al-Anbiyaa':31)

User avatar
JeNaL
Pentadbiran
Posts: 1758
Joined: 27 Mar 2007, 16:07
Location: sri kembangan
Contact:

Re: Orienteering

Post by JeNaL »

rembau wrote:
QtrMaster wrote: Kemahiran membaca peta adalah paling penting, melalui peta topo, peserta boleh menggambarkan muka bumi yang perlu dilalui dan seterusnya mencarta/merancang route yg ingin diambil.
peralatan utama orienteering ialah peta topo (akan dibekalkan oleh penganjur) dan protractor compass.
.
....kalau isitilah ceruk, permatang, susur, charoh , tebing, dll pon susah nak hafal camne nak kenal / gambarkan bentuk muka bumi lak nie...kalau ambil exam tentu fail... :twisted:
bro huraikan la sikit maksud yg bro bagi tu....
apa ceruk, charoh dll..... pening la nak bezakan

User avatar
rembau
Pemegang Amanah GO
Posts: 1394
Joined: 06 Dec 2005, 08:41

Post by rembau »

bukan apa bro..cuma sekadar pendapat...

isitilah boleh mengambarkan kawasan tersebut....dan menyenangkan nak buat taksiran lak lepas tu...

sekadar pendapt :oops:

Orca..uple maksud dia tu
Dan Kami jadikan di bumi gunung-ganang yang menetapnya, supaya bumi itu tidak menggegar mereka; dan Kami jadikan di celah-celahnya jalan-jalan laluan, supaya mereka mendapat petunjuk.(Surah Al-Anbiyaa':31)

Freelance
Senator Gunung
Posts: 1355
Joined: 06 Dec 2005, 13:16
Location: Kuala Lumpur

Post by Freelance »

Rembau..tak mau wat sukan orienteering ke? :wink:

The7virus
Pendaki Gunung
Posts: 5
Joined: 30 Oct 2009, 14:14

Re: Orienteering

Post by The7virus »

den ado meraso sekali jo....

orienteering ni kek hutan pertanian sultah ahmad shah pahang....

buleh tahan la susahnye....salah bace tojon paye.....(masuk dalam paya)

den pon salah baco gak...tersasar ke highway lak...(mcm mano lak den dok dalam hutan leh jumpo highway)

lau ikut undang2 den dah fail....

hehehehe...just 10sent xperient

User avatar
che'gu
Pendaki Tegar
Posts: 289
Joined: 27 Jan 2009, 01:58

Re: Orienteering

Post by che'gu »

Orienteering? Waa....lama dah tak dngr perkataan nih. Aku first time jumpa menda alah nih masa form 4 dulu kat hutan belukar bukit (ada kursus). Dah la first time, terus sesat. Hahaha...hampeh tul. Tapi aku jatuh cinta dengan menda alah nih. Lepas tu masuk U terus amik oreinteering utk subjek KoQ. Cam best, tapi lecture kami ajar lebih kurang ajer....bagi pada pembantu dia aje. Dan sekali lagi bila masuk maktab, jumpa lagi orienteering nih masa pendidikan luar. Tp tak jd peserta la, tolong lecture setkan route dan check point. Memang syok lah benda nih.

Aku rasa la....kan best kalu GO ada organise satu kursus asas utk orienteering nih. Lepas tu bleh la kite wat pertandingan orienteering ni sesama ahli GO. Wat kat kemesah kat tempat korang beraya hari tu pun cam ok. Seronot ooo.....Just pendapat aku yg tak seberapa ni jer... 8)

kambinggurun
Senator Gunung
Posts: 557
Joined: 26 Jan 2006, 23:01
Location: gua kayu batu
Contact:

Re:

Post by kambinggurun »

poncho wrote:orienteering nih yang aku paham ialah sejenis sukan (ye sukan..), macam Treasure Hunt jugak. syarat-syaratnya senang aje. paling utama, setiap peserta mesti menggunakan peta atau plan yang disediakan penganjur/gogo untuk mencari point atau Check Point. yang kedua, musti mau bawak Control Card atau satu kad khas (perlu di'punch'/dilubangkan dengan puncher khas) dan mesti cari Marker atau bendera oren/putih. pada setiap Marker ni lah ade puncher yang perlu digunakan untuk menandakan kad tadi sebagai bukti kita dah jumpa Marker dan sampai ke setiap CP.

selepas berjaya menamatkan route atau laluan/cabaran dikehendaki, peserta perlu hantar kad kepada gogo/penganjur tadi dan gogo akan meneliti dan memastikan semua CP/Marker sudah dikunjungi dan juga bentuk lubang pada kad adalah betul mengikut bentuk yang diperlukan, serta mengira masa yang diambil.

peserta/kumpulan dengan masa paling pendek/pantas dan berjaya menjumpai setiap Marker/CP dengan susunan atau urutan paling baik akan dikira pemenang
orienteering mungkin bley diringkaskan sebagai sukan yang berasaskan compass marching..

compass marching takde la nak pakai control card sume sebab takde orang peduli pon sape dapat paling banyak punch.. yang penting sampai ke tak ke tempat yang dituju.. tak sampai kalu, patah balik ler folo marking..keh keh keh..

control card dalam orienteering sebagai bahan bukti sampai ke sesuatu cekpoin.. nanti nak judge sape pemenang berdasarkan bape punch yang dapat dikumpulkan..

ade betol ke cite aku ni hah?? sape nak jawab??
::SRC-Total Outdoor::

User avatar
castello
Pendaki Sondol
Posts: 416
Joined: 06 Jun 2006, 09:35
Location: cheras, kuala lumpur
Contact:

Re: Orienteering

Post by castello »

assalamualaikum.

orienteering ni sebenarnya sukan sebenarnya. kalau betul nak praktikkan penggunaan compass dan peta adalah compass marching.

orienteering ni ada kategori classic orienteering. kategori ni...kompas pun tak perlu...ada peta dah cukup. Sebabnya, nama tempat marker diberi...semua nama tempat marker ada dalam peta. cuma kita perlu pantas bawak control card untuk punch kat marker.

ada pulak orienteering, yg dari starting point dia dah bagi bearing dan jarak untuk sampai ke satu marker, dimana di setiap marker akan di beri lagi satu bearing untuk ke marker yg seterusnya. so orienteering yang ni perlukan kompas, tapi tak perlukan peta.

ada pulak orienteering dia bagi satu bearing di starting point untuk ke marker seterusnya dan di marker ini akan diberikan soalan utk kita mengetahui nama tempat, so bila kita dah tahu nama tempat kita kena cari kedudukan tempat dalam peta dan cari bearing tempat tersebut dari kedudukan kita sekarang dan proses ini berulang hingga ke garisan penamat.

So, apa2 pun...basic untuk aktiviti orienteering atau compass marching ni adalah "orientasi kompas dan peta".
CASTELLO
Callsign: 9W2CTX
Guide License No.: TG9600
Mobile No.: 0126206087
NATURE EXPLORER ENT.

Tokwan
Pendaki Gunung
Posts: 130
Joined: 17 Jun 2011, 14:06

Re: Orienteering

Post by Tokwan »

Kalau ada kelas guna kompass dan ambik bearing lokasi kita, saya nak join la...nak refresh balik apa yang saya belajaq 30 tahun dulu...baghu ni try guna kompass dah nyanyuk dah reading nak amik macam mana...

User avatar
azlinazaini
Pendaki Gunung
Posts: 61
Joined: 20 Feb 2009, 10:35
Location: kl
Contact:

Re: Orienteering

Post by azlinazaini »

beberapa kali saya menyertai pgram orienteering yg dianjurkan oleh SNR adventure... yg terakhir di Langkap perak awal tahun lalu... laluan sejauh 26 kilometer... selama 12 jam... terbaek lah... wlupun tak menang sampai ke finish line... tapi mmg habis semua checkpoint... menang tempat kedua... under kumpulan... yes... so pengalaman yg saya dapat... mengetahui keadaan muka bumi di map dan dengan keadaan realiti...

ada orienteering jenis harta karun
ada orienteering jenis baca bearing dan macam2 pun ada... jenis marathon pun ada...

Post Reply