Kesan lokasi jike sesat?

survival... seni perjuangan hidup dalam hutan
User avatar
maclan
Pendaki Tegar
Posts: 256
Joined: 15 Jan 2007, 17:39
Location: Kaki Gunung
Contact:

Kesan lokasi jike sesat?

Post by maclan » 21 Feb 2009, 20:31

Sesat sesuatu perkare yg kite x djangka...saye sendiri pon ade pengalamn sesat..tp alhamdullilah...buat back trek..dpt carik jalan kua....dh 2 kali pglaman buat campsite sendiri..huhu

nk bertanye...GPS mmg xde..xmampu...
tp saat tu line tepon ade....call org luar..tp xtau nk citer lokasi katne...

boleh ke pihak luar megesan lokasi kite mnggunakan HP yg on time tu..setau saye..setiap HP ade GPS..cume xde receiver je..tul ke? MARES leh kesan x?
in case dpt kesan..dgn GPS n map gunung tu..mybe phk luar leh gtau ke mane harus g kot...
boleh ke...just bertanye..huhu

or ade care lain..

selain dari buat tande back trek..pe lagi langkah ek tuk kite mencari jalan keluar?
http://www.kerex.multiply.com
outdoor in everywhere...

Image

User avatar
che'gu
Pendaki Tegar
Posts: 289
Joined: 27 Jan 2009, 01:58

Re: Kesan lokasi jike sesat?

Post by che'gu » 21 Feb 2009, 21:57

Biasanya tesesat ni berlaku kerana pandangan kite dihilangkan seketika daripada jalan yang betul. Maka ketika inilah kita akan tetiba panik setelah mengetahui yg kita telah sesat. Ni ada satu petua yg penah belajar kalu tersesat...tp tak pernah praktik lagi la sbb tak pernah/belum sesat kat hutan (minta dijauhkan). Kalu sesat kat hutan batu penah la....ok, antara petuanya:
1. tenangkan diri setelah sedar yg diri telah tersesat.
2. duduk sambil pejamkan mata.
3. baca Al-Fatihah dengan cara yg betul.
4. ulang ayat yg ke 6 & 7 sebanyak 3x.
5. buka mata dan tawakal kepada Allah....
insyaAllah ditunjukkan jln......

Al-fatihah (ayat 6 & 7)
6. Tunjukilah Kami jalan Yang lurus.
7. Iaitu jalan orang-orang Yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang Yang Engkau telah murkai, dan bukan pula (jalan) orang-orang Yang sesat.

User avatar
maclan
Pendaki Tegar
Posts: 256
Joined: 15 Jan 2007, 17:39
Location: Kaki Gunung
Contact:

Re: Kesan lokasi jike sesat?

Post by maclan » 22 Feb 2009, 22:51

pernah dengar petua ni..tp nape ek..leh lupe lak nk praktikkan mase sesat tempoh hari....thanks ingatkan balik petua ni...

klu sesat...dapat patah balik pon syukur la walaupon xpat ke puncak.....huhu
http://www.kerex.multiply.com
outdoor in everywhere...

Image

User avatar
rembau
Pemegang Amanah GO
Posts: 1394
Joined: 06 Dec 2005, 08:41

Re: Kesan lokasi jike sesat?

Post by rembau » 22 Mar 2009, 01:00

ok dah tu ada line HP...kena batch awal dari aku bapak talian pon tak de...semua bergantung pada satu talian je....
talian Illahi....

kalau ada HP kasi bawak je...skrg line utk komersial gunung banyak dah ada line...terutama di puncak...

kawasan lingkungan HP ini kena tanya set radio kot...mungkin mereka dpt membantu terutama bagi bro/sis keje ngan telefon servis....
Dan Kami jadikan di bumi gunung-ganang yang menetapnya, supaya bumi itu tidak menggegar mereka; dan Kami jadikan di celah-celahnya jalan-jalan laluan, supaya mereka mendapat petunjuk.(Surah Al-Anbiyaa':31)

User avatar
forestgump
Pendaki Terlampau
Posts: 520
Joined: 19 Apr 2006, 20:17
Location: KL
Contact:

Re: Kesan lokasi jike sesat?

Post by forestgump » 22 Mar 2009, 08:53

Guna mata dan telinga - lihat sekeliling dan dengar sekeliling!
Maksudnya kenalah perasan persekitaran termasuk dari mana matahari tumbul, bentuk mukabumi dari segi kecerunan dan tumbuhan serta bunyi yang di dengar.
Sesat bukan senantiasanya sesuatu yang negatif - ia juga ada kesan positif, mengajar kita menghayati persekitaran.
" Doing what you have to do at Where you are with WHAT you have AROUND you dan bukanya with WHAT you have WITH you! "
The worst day in the jungles is ALWAYS better than the best day in office!

User avatar
buDak gUnUng
Pendaki Gunung
Posts: 63
Joined: 13 Mar 2009, 23:31

Re: Kesan lokasi jike sesat?

Post by buDak gUnUng » 23 Mar 2009, 18:48

Biasanya tesesat ni berlaku kerana pandangan kite dihilangkan seketika daripada jalan yang betul. Maka ketika inilah kita akan tetiba panik setelah mengetahui yg kita telah sesat. Ni ada satu petua yg penah belajar kalu tersesat...tp tak pernah praktik lagi la sbb tak pernah/belum sesat kat hutan (minta dijauhkan). Kalu sesat kat hutan batu penah la....ok, antara petuanya:
1. tenangkan diri setelah sedar yg diri telah tersesat.
2. duduk sambil pejamkan mata.
3. baca Al-Fatihah dengan cara yg betul.
4. ulang ayat yg ke 6 & 7 sebanyak 3x.
5. buka mata dan tawakal kepada Allah....
insyaAllah ditunjukkan jln......

Al-fatihah (ayat 6 & 7)
6. Tunjukilah Kami jalan Yang lurus.
7. Iaitu jalan orang-orang Yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang Yang Engkau telah murkai, dan bukan pula (jalan) orang-orang Yang sesat.
tima kasih dengan pembelajaran ni.... amat berguna di kemudian hari (berguna sebelum memulakan perjalanan)

________________________________________________________________________________________
dUnIa InI AmAtLaH LuAs UnTuK dItErOkAi... oLeH iTu HaRgAiLaH aPa YaNg SuDaH dIKeCaPi

azhaar
Pendaki Gunung
Posts: 100
Joined: 16 Jul 2007, 16:19

Re: Kesan lokasi jike sesat?

Post by azhaar » 24 Mar 2009, 10:26

Bagi penguna radio, antenna Yagi dapat mengesan arah pancaran siaran dan dengan teknik triangulation dari 3 radio penerima boleh memastikan lokasi. Penguna HP juga boleh digunakan dgn cara yang sama dari stesyen2 pemancar yang berdekatan tetapi dgn cara tindanan kawasan liputan.

Satu lagi langkah yg terfikir tetapi tidak pernah kita lakukan adalah dengan memberi taklimat kepada peserta tentang apa yang perlu dilakukan jika sesat. Kira macam SOP supaya pasukan SAR dapat memastikan tindakan peserta yang hilang. Contoh :
1. Geography kawasan seperti arah kg berdekatan, kawasan orang asli, kawasan tebing curam, kawasan paya dsb.
2. Seperti yang Che'gu & Forestgump ajarkan
3. tidak bergerak kemana2 sekurang2nya 24jam kecuali jika terpaksa/tidak selamat
4. meninggalkan kesan pergerakan seperti mematahkan pokok2/dahan setiap 10min pergerakan

User avatar
forestgump
Pendaki Terlampau
Posts: 520
Joined: 19 Apr 2006, 20:17
Location: KL
Contact:

Re: Kesan lokasi jike sesat?

Post by forestgump » 24 Mar 2009, 19:12

Secara peribadi dan berterus terang..... mengendalikan SAR - Search And Rescue - merupakan aktiviti tracking dan trekking paling susah berdasarkan pengalaman sebahagian drpd kami di dalam pasukan kami.
Selalunya bukan kerana persekitaran tempat - tetapi.... bila dah terlalu ramai SAR teams.... baik independent, volunteer atau official... kesan asalnya sudah pastinya akan hilang di pijak.... di potong.... di ubah tanpa di sedari.
Lebih mudah mengesan musuh drpd orang tersesat sebab musuh biasanya berada di dalam kawasan Ops yang tentunya telah di tutup drpd orang awam memasuki.
Tapi musuh tentu letakkan perangkap kan?
Kasihan saya bila mendengar dan juga melihat sendiri serta terkejut ketika mesyuarat MAREST tempuhari.
Kasihan saya kpd volunteer SAR yg rajin dan tidak putus asa mencuba dan mencuba. Tak lupa tanda hormat kepada mereka.
Terkejut saya bilaman di berikan taklimat dan melihat kawasan insiden tersesatnya Sdr Hassan.
Peta topo...kalau bijak di baca... boleh membuatkan kita terbeliak mata!!!
Kawasan situ memang dulunya kawasan mainan sebahagian drpd anggota kami ketika Ops Bamboo Trail 80an.
Nantilah...kalau ada rezeki...saya akan mendapatkan beberapa peralatan dari luar yang boleh saya pinjamkan kepada warga GO pada masa hadapan sekiranya berlaku insiden serupa.
Game HeatSeeker.... waterproof 26 mile line of sight walkie talkies....laser flare.... micro sound boom pickup....
berilah saya masa ya? Insyallah.....kalau dah tak laratkan memanjat banjaran titiwangsa.... izinkanlah peralatan saya mewakili diri saya ini ya?
Maybe suatu hari nanti..... jika ada rezeki sumbangan dari rakan2 saya.... ahli GO bolehlah membawa penanda kalis air dan terang untuk di letakkan di mana2 kawasan pergunungan yang di curigai boleh membawa padah kepada sesiapa ya?
The worst day in the jungles is ALWAYS better than the best day in office!

User avatar
biNGai
Kerabat Gunung
Posts: 3216
Joined: 19 Dec 2005, 13:18

Re: Kesan lokasi jike sesat?

Post by biNGai » 25 Mar 2009, 02:02

time kasih pada bro FG atas keperihatinan beliau..
M.A.L.A.S - Copyright © 2003-2009. All rights reserved.
"Demi langit beserta seluruh binaannya, Demi bumi serta yang ada di hamparannya, Demi jiwa dan seluruh penyempurnaannya.."

Ujang
Pendaki Tegar
Posts: 221
Joined: 15 Dec 2005, 00:22
Location: Damansara
Contact:

Re: Kesan lokasi jike sesat?

Post by Ujang » 25 Mar 2009, 11:57

tq gak brother forestgump....

moga banyak lagi yang kitaorang boleh belajar..
:lol:
saya banyak belajar fast track semasa OPS SAR di Yong Yap etc baca peta/handle gps/communication... moga dapat belajar secara proper suatu masa nanti

User avatar
rembau
Pemegang Amanah GO
Posts: 1394
Joined: 06 Dec 2005, 08:41

Re: Kesan lokasi jike sesat?

Post by rembau » 26 May 2009, 09:43

Peta topo...kalau bijak di baca... boleh membuatkan kita terbeliak mata!!!
mmm..mendalam ini....
Dan Kami jadikan di bumi gunung-ganang yang menetapnya, supaya bumi itu tidak menggegar mereka; dan Kami jadikan di celah-celahnya jalan-jalan laluan, supaya mereka mendapat petunjuk.(Surah Al-Anbiyaa':31)

User avatar
JeNaL
Pentadbiran
Posts: 1758
Joined: 27 Mar 2007, 16:07
Location: sri kembangan
Contact:

Re: Kesan lokasi jike sesat?

Post by JeNaL » 09 Jun 2009, 11:34

3. tidak bergerak kemana2 sekurang2nya 24jam kecuali jika terpaksa/tidak selamat
rasanya ini bergantung kepada kawasan atau gunung gak.... kadang-kadang bantuan luar hanya mampu tiba paling cepat dalam masa 72jam...
--· ··- -· ··- -· --· --- -· ·-·· ·· -· ·
W a r i s a n K h a z a n a h P e r g u n u n g a n
·--- · -· ·- ·-··
Pentadbir GunungOnline
9W2WZL
http://jenal.multiply.com

betterman
Pemegang Amanah GO
Posts: 2828
Joined: 04 Dec 2005, 08:39
Location: Bawah beirut
Contact:

Re: Kesan lokasi jike sesat?

Post by betterman » 23 Apr 2010, 18:20

Guna mata dan telinga - lihat sekeliling dan dengar sekeliling!
Maksudnya kenalah perasan persekitaran termasuk dari mana matahari tumbul, bentuk mukabumi dari segi kecerunan dan tumbuhan serta bunyi yang di dengar.
Sesat bukan senantiasanya sesuatu yang negatif - ia juga ada kesan positif, mengajar kita menghayati persekitaran.
" Doing what you have to do at Where you are with WHAT you have AROUND you dan bukanya with WHAT you have WITH you! "
menarik!! tapi mintak dijauhkan... amin
Getting to the summit is optional, getting down is mandatory...

gununganang
Pendaki Gunung
Posts: 23
Joined: 21 Oct 2009, 14:12

Re: Kesan lokasi jike sesat?

Post by gununganang » 03 Nov 2010, 00:02

Peta topo...kalau bijak di baca... boleh membuatkan kita terbeliak mata!!!
mmm..mendalam ini....

kepada yang bijak2 baca peta topo tu peturun kan ilmu yg ada, agar kami dapat merasai apa yg dikata.

User avatar
JeNaL
Pentadbiran
Posts: 1758
Joined: 27 Mar 2007, 16:07
Location: sri kembangan
Contact:

Re: Kesan lokasi jike sesat?

Post by JeNaL » 04 Nov 2010, 10:41

Peta topo...kalau bijak di baca... boleh membuatkan kita terbeliak mata!!!
mmm..mendalam ini....

kepada yang bijak2 baca peta topo tu peturun kan ilmu yg ada, agar kami dapat merasai apa yg dikata.
bro ada, tp kadang-kadang tu tak mendapat sambutan la. so kita akan buat atas permintaan sahaja dgn group yg kecil.
--· ··- -· ··- -· --· --- -· ·-·· ·· -· ·
W a r i s a n K h a z a n a h P e r g u n u n g a n
·--- · -· ·- ·-··
Pentadbir GunungOnline
9W2WZL
http://jenal.multiply.com

nazryst
Pendaki Terlampau
Posts: 650
Joined: 16 Feb 2006, 12:17
Location: Natural Geography
Contact:

Re: Kesan lokasi jike sesat?

Post by nazryst » 18 Nov 2010, 17:14

Aku tertanya jugak, kenapa sahabat sahabat gunung begitu teruja nak mengaji peta topo, kompas dan sebagainya. Bukan kat sini aku tak setuju yang mereka tidak patut belajar. Tetapi apabila melangkau satu subjek dan syllabus agak tak begitu tertarik dan menyebabkan kenapa perlu dan apa tidak perlu.

Mengklasifikasikan satu agenda ilmu perhutanan bukanlah satu perkara yang susah dan senang. Metodologi itu penting bagi membolehkan setiap aspek dipelajari dapat dipertingkatkan melalui teori dan praktikal seiringan dengan tahap tahap ilmu dipelajari. Setiap perkara mesti ada sistem, dan sistem ini perlu mengikut aliran.

NAVIGASI KONSERVATIF

1. Apa kata kita mula kan pada zaman tiada peta dan kompas?
Mempelajari denai hutan, denai binatang, denai permatang, segala apa jua denai. Dengan melalui pemerhatian, jangkaan denai yang mungkin berlaku, muka bumi vs eko sistem ketamadunan, Praktikal serta relevannya jalan yang ada.

Apabila semua jangkaan serta analisis melalui pemerhatian, mengambil kira saiz sungai, kecerunan, permatang dan sebagainya, maka sedikit sebanyak mind maping dah terbentuk didalam kepala. Menjadikan puncak yang runcing sebagai pedoman, tasik atau empangan sebagai "land mark" atau apa apa sahaja yang dikatakan forestgump yang nampak exotic melalui pancaindera, kita boleh bergerak tanpa menggunakan peta.

Dalam menganalisa bentuk muka bumi, kita boleh menjangkakan satu perjalanan cerun atau mendaki VS masa yang akan diambil. Masa itu boleh dalam keadaan Jam & Hari. Jika matlamat itu tidak tercapai, maka kita boleh membuat rumusan, apakah yang tidak kena. Adakah banyak berehat, track yang sukar, atau yang akhir sekali kita sesat. Tetapi dengan adanya mind map locking serta reference pegun yang telah di set, kita boleh mengira kembali kemungkinan meneruskan dengan menukar bearing atau pulang ke titik asal. Sekiranya ia berlaku, maka kita perlu merencana kan kembali program.

Tak dinafikan hutan khatulistiwa memang ganas, kelembapan melampau, kepanasan berubah, cuaca yang sukar diramalkan, menjadikan setiap mereka yang sesat mudah putus asa. Apabila kecergasan bukan jadi ukuran, dan mental mula down, apabila mengalah dan berharap, sesungguhnya anda telah pun ditawan oleh Alam. Teringat satu statement dari rakan yang bukan aktivis pergunungan, "aku kalau sesat dalam hutan, takder makanan pun takper, janji ada air". 2. Aku kalau sesat "Aku ikut sungai ajer".

Adakah salah sangkaan dan jangkaan sebegini? Memang tak salah, memang boleh dikatakan betul.. Tapi apakah semuanya semudah mereka yang tak pernah mendaki menjatuhkan hukum sewenang wenangnya. Pendaki yang dah sedekad menghambakan diri dengan pendakian, sudah termaktub didalam kepala, apabila bunyi air sungai sayup sayup bahasa, bermakna pejalanan paling dekat untuk tiba disungai ambil masa 45 minit ke satu jam paling awal. Sejam ke sejam setengah paling jauh. Cukuplah apabila kita mendengar bunyi bot di melantai Kuala Tahan, itu pun sudah cukup memberi tekanan untuk meredah perjalanan 3 ke 5 jam dan mengikut langkah serta kudrat.

Apabila sesat, perjalanan 10 minit sudah memberi tempoh yang cukup lama dan sengsara. Apabila lemah dan lapar menguasai diri, semuanya jadi sukar. Walaupun mendengar sepelaung suara dihadapan, ia mungkin tidak akan dibalas kembali.

Kesimpulan: Mari kita bersedia dengan keadaan yang serba kekurangan dan daif. Mari menggunakan cara KUNO untuk mencari jalan keluar dari kesesatan. Abang Rembau dan warga GO boleh meluangkan masa dengan berkongsi kaedah tradisional.... dan selepas itu baru kita ke peta topo, kompas bearing dan sebagainya....

bptracker
Pendaki Gunung
Posts: 4
Joined: 18 Dec 2010, 15:26

Re: Kesan lokasi jike sesat?

Post by bptracker » 21 Dec 2010, 09:40

Kalu sesat kita kena peka gan suasana persekitaran kita...
Contohnya - arah air sungai mengalir, pandu arah berdasar arah bulan pada waktu malam yang ada bulan,
arah matahari dan sebagainya...
Ini sebagai panduan asas saja...

User avatar
Manpahang
Pendaki Gunung
Posts: 34
Joined: 25 Jul 2010, 13:12

Re: Kesan lokasi jike sesat?

Post by Manpahang » 07 Apr 2011, 11:38

Kalu sesat kita kena peka gan suasana persekitaran kita...
Contohnya - arah air sungai mengalir, pandu arah berdasar arah bulan pada waktu malam yang ada bulan,
arah matahari dan sebagainya...
Ini sebagai panduan asas saja...
cemana ek nak pandu arah berdasar arah bulan pada waktu malam?..contohnya kalau masa bulan purnama?

Lt.Cmdr. Kamal Ariffin
Kerabat Gunung
Posts: 1318
Joined: 12 Jan 2006, 11:43
Location: Gunung Bawah Laut
Contact:

Re: Kesan lokasi jike sesat?

Post by Lt.Cmdr. Kamal Ariffin » 08 Apr 2011, 15:34

Bulan terang tu senang nak nampak waktu malam jer.
jangan ikut pergerakan bulan bakal sesat barat la engkau.

User avatar
rembau
Pemegang Amanah GO
Posts: 1394
Joined: 06 Dec 2005, 08:41

Re: Kesan lokasi jike sesat?

Post by rembau » 08 Apr 2011, 15:53

Kalu sesat kita kena peka gan suasana persekitaran kita...
Contohnya - arah air sungai mengalir, pandu arah berdasar arah bulan pada waktu malam yang ada bulan,
arah matahari dan sebagainya...
Ini sebagai panduan asas saja...
cemana ek nak pandu arah berdasar arah bulan pada waktu malam?..contohnya kalau masa bulan purnama?
Bulan terang tu senang nak nampak waktu malam jer.
jangan ikut pergerakan bulan bakal sesat barat la engkau.
sebaiknya jangan le trek memalam ini kalau tak pasti arah....
kalau tak laut pakai arah mata angin...
kalau tak ada angin macam nak tau arah...
bintang tu petunjuk
bulan pun petunjuk...cuma bukan waktu bulan penuh la...sebab waktu tu lanun banyak panjat "gunung chabang" :keke:
kalau bukan bulan penuh ..sambung kan hujung ngan hujung utk tau utara selatan dia...

bulan ini macam lt cakap..
jalan pulak trek ikut pergerakkan bulan SOSAT lak karang..
bulan ini bermusim..sekejap di keluar awal sekejap keluar lambat...

kejap belah kiri dan kejap belah kanan...sebab apa?? sebab bumi berputar
sebaiknya kalau nak jalan jugak malam tanpa panduan arah moden..cth GPS atau kompass

gabungkan unsur susuan bintang, arah aliran air, angin , kontur dlm membantu mengenal lokasi...
dan camkan susuk BUMI untuk dijadikan DATUM gerakkan...

macam kapal/ bot di empangan...akan jadikan susuk bentuk sebagai panduan dlm gerakan panduan bot mereka...

nak lagi tanya NAZRSYT.....
Dan Kami jadikan di bumi gunung-ganang yang menetapnya, supaya bumi itu tidak menggegar mereka; dan Kami jadikan di celah-celahnya jalan-jalan laluan, supaya mereka mendapat petunjuk.(Surah Al-Anbiyaa':31)

User avatar
Manpahang
Pendaki Gunung
Posts: 34
Joined: 25 Jul 2010, 13:12

Re: Kesan lokasi jike sesat?

Post by Manpahang » 08 Apr 2011, 17:32

kalau bukan bulan penuh ..sambung kan hujung ngan hujung utk tau utara selatan dia...
..
salam..nak pastikan sikit lagi ni..bila disambung hujung ke hujung, mcmn nak tahu yang mana utara yang mana selatan?

User avatar
orga
Senator Gunung
Posts: 2088
Joined: 05 Dec 2005, 22:09
Location: n9 & melaka
Contact:

Re: Kesan lokasi jike sesat?

Post by orga » 27 Apr 2011, 10:23

kalau bukan bulan penuh ..sambung kan hujung ngan hujung utk tau utara selatan dia...
..
salam..nak pastikan sikit lagi ni..bila disambung hujung ke hujung, mcmn nak tahu yang mana utara yang mana selatan?
simple..kalo bulan sabit tengok arah melengkung ke mana..sblm tengah malam, ia menunjuk ke barat..selepas tgh mlm menunjuk ke timur..
ImageImageImage

User avatar
rembau
Pemegang Amanah GO
Posts: 1394
Joined: 06 Dec 2005, 08:41

Re: Kesan lokasi jike sesat?

Post by rembau » 27 Apr 2011, 17:44

kalau bukan bulan penuh ..sambung kan hujung ngan hujung utk tau utara selatan dia...
..
salam..nak pastikan sikit lagi ni..bila disambung hujung ke hujung, mcmn nak tahu yang mana utara yang mana selatan?
simple..kalo bulan sabit tengok arah melengkung ke mana..sblm tengah malam, ia menunjuk ke barat..selepas tgh mlm menunjuk ke timur..
hebat pemerhatian kau Bro.... :minum:
Dan Kami jadikan di bumi gunung-ganang yang menetapnya, supaya bumi itu tidak menggegar mereka; dan Kami jadikan di celah-celahnya jalan-jalan laluan, supaya mereka mendapat petunjuk.(Surah Al-Anbiyaa':31)

User avatar
orga
Senator Gunung
Posts: 2088
Joined: 05 Dec 2005, 22:09
Location: n9 & melaka
Contact:

Re: Kesan lokasi jike sesat?

Post by orga » 03 May 2011, 16:26

kalau bukan bulan penuh ..sambung kan hujung ngan hujung utk tau utara selatan dia...
..
salam..nak pastikan sikit lagi ni..bila disambung hujung ke hujung, mcmn nak tahu yang mana utara yang mana selatan?
simple..kalo bulan sabit tengok arah melengkung ke mana..sblm tengah malam, ia menunjuk ke barat..selepas tgh mlm menunjuk ke timur..
hebat pemerhatian kau Bro.... :minum:
skek2 je tau pon.. :minum:
ImageImageImage

User avatar
Manpahang
Pendaki Gunung
Posts: 34
Joined: 25 Jul 2010, 13:12

Re: Kesan lokasi jike sesat?

Post by Manpahang » 06 May 2011, 08:44

kalau bukan bulan penuh ..sambung kan hujung ngan hujung utk tau utara selatan dia...
..
salam..nak pastikan sikit lagi ni..bila disambung hujung ke hujung, mcmn nak tahu yang mana utara yang mana selatan?
simple..kalo bulan sabit tengok arah melengkung ke mana..sblm tengah malam, ia menunjuk ke barat..selepas tgh mlm menunjuk ke timur..
hebat pemerhatian kau Bro.... :minum:
skek2 je tau pon.. :minum:
trima kaseh bro-bro sekelian, otai kalo jawab mesti talak sombong punye..dapat ilmu baru ni..

kambinggurun
Senator Gunung
Posts: 557
Joined: 26 Jan 2006, 23:01
Location: gua kayu batu
Contact:

Re: Kesan lokasi jike sesat?

Post by kambinggurun » 07 May 2011, 11:58

tunggu siang la....
::SRC-Total Outdoor::

Trup Kampung
Pendaki Gunung
Posts: 7
Joined: 10 Jul 2011, 22:10

Re: Kesan lokasi jike sesat?

Post by Trup Kampung » 15 Jul 2011, 02:06

sekadar petua yg sy pakai.

klu sy baru nak masuk hutan di tempat mula, sy selalu sapu muka dgn tanah.

sapu muka dgn tanah? sy tayamum.

jika ada air, wudu'. kekalkan selalu dlm suci ketika anda buat aktiviti @ kerja rintis, trekking, daki dsbg. byk hikmahnya.

semua yg ada dilangit & dibumi sentiasa mendoakan org2 yg sentiasa dlm keadaan suci.

para pendoa2 itu termasukla juga petunjuk, panduan, arah, bulan, bintang, matahari, angin, tanah, air, pohon2, lorong2 hutan, tali pinggang, abg besar, maybank, dan jiran2 kampung nun jauh dibelantara.

MinahGunung
Pendaki Gunung
Posts: 26
Joined: 06 Jul 2011, 13:10

Re: Kesan lokasi jike sesat?

Post by MinahGunung » 18 Jul 2011, 15:30

Salam,

Ada betul jugak petua tu coz orang tua kita kata kalau masuk utan sentuh pokok atau tanah, kalau gi laut or sungai sentuh or minum seteguk dua sambil membaca bismillah & berselawat 3x. Ini adalah cara utk memperkenalkan diri kita pada penghuni di tempat tuh. Wallahu'alam.

MinahGunung
Pendaki Gunung
Posts: 26
Joined: 06 Jul 2011, 13:10

Re: Kesan lokasi jike sesat?

Post by MinahGunung » 18 Jul 2011, 15:41

Aku tertanya jugak, kenapa sahabat sahabat gunung begitu teruja nak mengaji peta topo, kompas dan sebagainya. Bukan kat sini aku tak setuju yang mereka tidak patut belajar. Tetapi apabila melangkau satu subjek dan syllabus agak tak begitu tertarik dan menyebabkan kenapa perlu dan apa tidak perlu.

Mengklasifikasikan satu agenda ilmu perhutanan bukanlah satu perkara yang susah dan senang. Metodologi itu penting bagi membolehkan setiap aspek dipelajari dapat dipertingkatkan melalui teori dan praktikal seiringan dengan tahap tahap ilmu dipelajari. Setiap perkara mesti ada sistem, dan sistem ini perlu mengikut aliran.

NAVIGASI KONSERVATIF

1. Apa kata kita mula kan pada zaman tiada peta dan kompas?
Mempelajari denai hutan, denai binatang, denai permatang, segala apa jua denai. Dengan melalui pemerhatian, jangkaan denai yang mungkin berlaku, muka bumi vs eko sistem ketamadunan, Praktikal serta relevannya jalan yang ada.

Apabila semua jangkaan serta analisis melalui pemerhatian, mengambil kira saiz sungai, kecerunan, permatang dan sebagainya, maka sedikit sebanyak mind maping dah terbentuk didalam kepala. Menjadikan puncak yang runcing sebagai pedoman, tasik atau empangan sebagai "land mark" atau apa apa sahaja yang dikatakan forestgump yang nampak exotic melalui pancaindera, kita boleh bergerak tanpa menggunakan peta.

Dalam menganalisa bentuk muka bumi, kita boleh menjangkakan satu perjalanan cerun atau mendaki VS masa yang akan diambil. Masa itu boleh dalam keadaan Jam & Hari. Jika matlamat itu tidak tercapai, maka kita boleh membuat rumusan, apakah yang tidak kena. Adakah banyak berehat, track yang sukar, atau yang akhir sekali kita sesat. Tetapi dengan adanya mind map locking serta reference pegun yang telah di set, kita boleh mengira kembali kemungkinan meneruskan dengan menukar bearing atau pulang ke titik asal. Sekiranya ia berlaku, maka kita perlu merencana kan kembali program.

Tak dinafikan hutan khatulistiwa memang ganas, kelembapan melampau, kepanasan berubah, cuaca yang sukar diramalkan, menjadikan setiap mereka yang sesat mudah putus asa. Apabila kecergasan bukan jadi ukuran, dan mental mula down, apabila mengalah dan berharap, sesungguhnya anda telah pun ditawan oleh Alam. Teringat satu statement dari rakan yang bukan aktivis pergunungan, "aku kalau sesat dalam hutan, takder makanan pun takper, janji ada air". 2. Aku kalau sesat "Aku ikut sungai ajer".

Adakah salah sangkaan dan jangkaan sebegini? Memang tak salah, memang boleh dikatakan betul.. Tapi apakah semuanya semudah mereka yang tak pernah mendaki menjatuhkan hukum sewenang wenangnya. Pendaki yang dah sedekad menghambakan diri dengan pendakian, sudah termaktub didalam kepala, apabila bunyi air sungai sayup sayup bahasa, bermakna pejalanan paling dekat untuk tiba disungai ambil masa 45 minit ke satu jam paling awal. Sejam ke sejam setengah paling jauh. Cukuplah apabila kita mendengar bunyi bot di melantai Kuala Tahan, itu pun sudah cukup memberi tekanan untuk meredah perjalanan 3 ke 5 jam dan mengikut langkah serta kudrat.

Apabila sesat, perjalanan 10 minit sudah memberi tempoh yang cukup lama dan sengsara. Apabila lemah dan lapar menguasai diri, semuanya jadi sukar. Walaupun mendengar sepelaung suara dihadapan, ia mungkin tidak akan dibalas kembali.

Kesimpulan: Mari kita bersedia dengan keadaan yang serba kekurangan dan daif. Mari menggunakan cara KUNO untuk mencari jalan keluar dari kesesatan. Abang Rembau dan warga GO boleh meluangkan masa dengan berkongsi kaedah tradisional.... dan selepas itu baru kita ke peta topo, kompas bearing dan sebagainya....
Salam, Maaflah terlambat bersoal-jawab. Saya teramat bersetuju dengan saudara nazryst kerana saya pernah mengalaminya. Suatu masa dahulu, saya ada masuk utan ngan seorg komando. Dia mmg percaya sangat dgn GPS & peta topo nih. Tapi dlm tengah2 mencari2 arah kerana GPS ni dilembah tidak berapa clear receptionnya, baru dia perasan yg GPS dia dah tercicir. Saya tidak sangka yg dia ni boleh jadi panik dan nak jugak carik GPS yg cicir tu coz takut sesat. Padahal dia adalah sorg bekas Komando. Bila tak jumpa dia jadi mcm hilang ingatan. Saya suruh buat kem coz dah mlm. Dia jadi mcm pak turut tanpa boleh memberi apa2 pendapat. Dari situ saya membuat kesimpualan GPS ni hanyalah bantuan bukan satu kemestian. Belajar ilmu hutan itu adalah satu keperluan terutama pada mereka yg mmg suka carik trek. Belajar dari pengalaman. Wallahu'alam.

User avatar
JeNaL
Pentadbiran
Posts: 1758
Joined: 27 Mar 2007, 16:07
Location: sri kembangan
Contact:

Re: Kesan lokasi jike sesat?

Post by JeNaL » 18 Jul 2011, 16:01

sesat di hutan hujan di malaysia dah kira sesuatu yang nak kita elakkan, dan lagi teruk jika sesat di kawasan pergunungan hutan hujan.

baru smlm tgk kat discovery channel pasal pengembara(byk mejelajah pelusuk dunia) yang bukan kurang hebat ilmunya jugak sesat selama hampir 28hari di hutan amazon. selain sesat dia kena malaria. dlm kes dia, dia hampir hilang nyawa pasal malaria ni
--· ··- -· ··- -· --· --- -· ·-·· ·· -· ·
W a r i s a n K h a z a n a h P e r g u n u n g a n
·--- · -· ·- ·-··
Pentadbir GunungOnline
9W2WZL
http://jenal.multiply.com

MinahGunung
Pendaki Gunung
Posts: 26
Joined: 06 Jul 2011, 13:10

Re: Kesan lokasi jike sesat?

Post by MinahGunung » 18 Jul 2011, 16:45

sesat di hutan hujan di malaysia dah kira sesuatu yang nak kita elakkan, dan lagi teruk jika sesat di kawasan pergunungan hutan hujan.

baru smlm tgk kat discovery channel pasal pengembara(byk mejelajah pelusuk dunia) yang bukan kurang hebat ilmunya jugak sesat selama hampir 28hari di hutan amazon. selain sesat dia kena malaria. dlm kes dia, dia hampir hilang nyawa pasal malaria ni
Hutan hujan ni sentiasa basah & lembab. Bila hujan akan terjadi hujan yg lebat dan selalunya berlaku banjir terutama kat Amazon tuh. Pepatah melayu pun ada mengatakan, "Sekali air bah sekali pantai berubah", begitu jugak sungai & kws sekitar. So, hati2lah trekking masa musim hujan. Bukan saje sejuk tapi jugak susah nak carik jejak walau sehebat mana pun kita mencari jejak. Penyakit2 mcm malaria tu patut dielakkan dan kalau boleh mkn pil malaria dulu sebelum masuk hutan. My 2 sen.

User avatar
Juwone
Pendaki Gunung
Posts: 36
Joined: 14 Feb 2011, 00:03
Contact:

Re: Kesan lokasi jike sesat?

Post by Juwone » 16 Jul 2012, 08:08

Secara peribadi dan berterus terang..... mengendalikan SAR - Search And Rescue - merupakan aktiviti tracking dan trekking paling susah berdasarkan pengalaman sebahagian drpd kami di dalam pasukan kami.
Selalunya bukan kerana persekitaran tempat - tetapi.... bila dah terlalu ramai SAR teams.... baik independent, volunteer atau official... kesan asalnya sudah pastinya akan hilang di pijak.... di potong.... di ubah tanpa di sedari.
Lebih mudah mengesan musuh drpd orang tersesat sebab musuh biasanya berada di dalam kawasan Ops yang tentunya telah di tutup drpd orang awam memasuki.
Tapi musuh tentu letakkan perangkap kan?
Kasihan saya bila mendengar dan juga melihat sendiri serta terkejut ketika mesyuarat MAREST tempuhari.
Kasihan saya kpd volunteer SAR yg rajin dan tidak putus asa mencuba dan mencuba. Tak lupa tanda hormat kepada mereka.
Terkejut saya bilaman di berikan taklimat dan melihat kawasan insiden tersesatnya Sdr Hassan.
Peta topo...kalau bijak di baca... boleh membuatkan kita terbeliak mata!!!
Kawasan situ memang dulunya kawasan mainan sebahagian drpd anggota kami ketika Ops Bamboo Trail 80an.
Nantilah...kalau ada rezeki...saya akan mendapatkan beberapa peralatan dari luar yang boleh saya pinjamkan kepada warga GO pada masa hadapan sekiranya berlaku insiden serupa.
Game HeatSeeker.... waterproof 26 mile line of sight walkie talkies....laser flare.... micro sound boom pickup....
berilah saya masa ya? Insyallah.....kalau dah tak laratkan memanjat banjaran titiwangsa.... izinkanlah peralatan saya mewakili diri saya ini ya?
Maybe suatu hari nanti..... jika ada rezeki sumbangan dari rakan2 saya.... ahli GO bolehlah membawa penanda kalis air dan terang untuk di letakkan di mana2 kawasan pergunungan yang di curigai boleh membawa padah kepada sesiapa ya?
ops bamboo trail? forestgump terlibat jugak ke dgn ops tu? antara ops 69 yg terhebat sy penah dengar.... citer la pngalaman masa dalam 69 dlu bang....
Great Teacher Onizuka

http://juwone.multiply.com/

User avatar
Juwone
Pendaki Gunung
Posts: 36
Joined: 14 Feb 2011, 00:03
Contact:

Re: Kesan lokasi jike sesat?

Post by Juwone » 16 Jul 2012, 08:10

Aku tertanya jugak, kenapa sahabat sahabat gunung begitu teruja nak mengaji peta topo, kompas dan sebagainya. Bukan kat sini aku tak setuju yang mereka tidak patut belajar. Tetapi apabila melangkau satu subjek dan syllabus agak tak begitu tertarik dan menyebabkan kenapa perlu dan apa tidak perlu.

Mengklasifikasikan satu agenda ilmu perhutanan bukanlah satu perkara yang susah dan senang. Metodologi itu penting bagi membolehkan setiap aspek dipelajari dapat dipertingkatkan melalui teori dan praktikal seiringan dengan tahap tahap ilmu dipelajari. Setiap perkara mesti ada sistem, dan sistem ini perlu mengikut aliran.

NAVIGASI KONSERVATIF

1. Apa kata kita mula kan pada zaman tiada peta dan kompas?
Mempelajari denai hutan, denai binatang, denai permatang, segala apa jua denai. Dengan melalui pemerhatian, jangkaan denai yang mungkin berlaku, muka bumi vs eko sistem ketamadunan, Praktikal serta relevannya jalan yang ada.

Apabila semua jangkaan serta analisis melalui pemerhatian, mengambil kira saiz sungai, kecerunan, permatang dan sebagainya, maka sedikit sebanyak mind maping dah terbentuk didalam kepala. Menjadikan puncak yang runcing sebagai pedoman, tasik atau empangan sebagai "land mark" atau apa apa sahaja yang dikatakan forestgump yang nampak exotic melalui pancaindera, kita boleh bergerak tanpa menggunakan peta.

Dalam menganalisa bentuk muka bumi, kita boleh menjangkakan satu perjalanan cerun atau mendaki VS masa yang akan diambil. Masa itu boleh dalam keadaan Jam & Hari. Jika matlamat itu tidak tercapai, maka kita boleh membuat rumusan, apakah yang tidak kena. Adakah banyak berehat, track yang sukar, atau yang akhir sekali kita sesat. Tetapi dengan adanya mind map locking serta reference pegun yang telah di set, kita boleh mengira kembali kemungkinan meneruskan dengan menukar bearing atau pulang ke titik asal. Sekiranya ia berlaku, maka kita perlu merencana kan kembali program.

Tak dinafikan hutan khatulistiwa memang ganas, kelembapan melampau, kepanasan berubah, cuaca yang sukar diramalkan, menjadikan setiap mereka yang sesat mudah putus asa. Apabila kecergasan bukan jadi ukuran, dan mental mula down, apabila mengalah dan berharap, sesungguhnya anda telah pun ditawan oleh Alam. Teringat satu statement dari rakan yang bukan aktivis pergunungan, "aku kalau sesat dalam hutan, takder makanan pun takper, janji ada air". 2. Aku kalau sesat "Aku ikut sungai ajer".

Adakah salah sangkaan dan jangkaan sebegini? Memang tak salah, memang boleh dikatakan betul.. Tapi apakah semuanya semudah mereka yang tak pernah mendaki menjatuhkan hukum sewenang wenangnya. Pendaki yang dah sedekad menghambakan diri dengan pendakian, sudah termaktub didalam kepala, apabila bunyi air sungai sayup sayup bahasa, bermakna pejalanan paling dekat untuk tiba disungai ambil masa 45 minit ke satu jam paling awal. Sejam ke sejam setengah paling jauh. Cukuplah apabila kita mendengar bunyi bot di melantai Kuala Tahan, itu pun sudah cukup memberi tekanan untuk meredah perjalanan 3 ke 5 jam dan mengikut langkah serta kudrat.

Apabila sesat, perjalanan 10 minit sudah memberi tempoh yang cukup lama dan sengsara. Apabila lemah dan lapar menguasai diri, semuanya jadi sukar. Walaupun mendengar sepelaung suara dihadapan, ia mungkin tidak akan dibalas kembali.

Kesimpulan: Mari kita bersedia dengan keadaan yang serba kekurangan dan daif. Mari menggunakan cara KUNO untuk mencari jalan keluar dari kesesatan. Abang Rembau dan warga GO boleh meluangkan masa dengan berkongsi kaedah tradisional.... dan selepas itu baru kita ke peta topo, kompas bearing dan sebagainya....
Salam, Maaflah terlambat bersoal-jawab. Saya teramat bersetuju dengan saudara nazryst kerana saya pernah mengalaminya. Suatu masa dahulu, saya ada masuk utan ngan seorg komando. Dia mmg percaya sangat dgn GPS & peta topo nih. Tapi dlm tengah2 mencari2 arah kerana GPS ni dilembah tidak berapa clear receptionnya, baru dia perasan yg GPS dia dah tercicir. Saya tidak sangka yg dia ni boleh jadi panik dan nak jugak carik GPS yg cicir tu coz takut sesat. Padahal dia adalah sorg bekas Komando. Bila tak jumpa dia jadi mcm hilang ingatan. Saya suruh buat kem coz dah mlm. Dia jadi mcm pak turut tanpa boleh memberi apa2 pendapat. Dari situ saya membuat kesimpualan GPS ni hanyalah bantuan bukan satu kemestian. Belajar ilmu hutan itu adalah satu keperluan terutama pada mereka yg mmg suka carik trek. Belajar dari pengalaman. Wallahu'alam.
dia komando mane tu eh? best dpt dgr pengalaman2 dari bro2 smua ni...
Great Teacher Onizuka

http://juwone.multiply.com/

Johnn
Pendaki Gunung
Posts: 45
Joined: 20 Jul 2010, 21:28

Re: Kesan lokasi jike sesat?

Post by Johnn » 06 Aug 2012, 11:59

sesat di hutan hujan di malaysia dah kira sesuatu yang nak kita elakkan, dan lagi teruk jika sesat di kawasan pergunungan hutan hujan.

baru smlm tgk kat discovery channel pasal pengembara(byk mejelajah pelusuk dunia) yang bukan kurang hebat ilmunya jugak sesat selama hampir 28hari di hutan amazon. selain sesat dia kena malaria. dlm kes dia, dia hampir hilang nyawa pasal malaria ni
Bro Jenal, ni kisah mamat israel, yossi ghinsberg tu ke..?

User avatar
orga
Senator Gunung
Posts: 2088
Joined: 05 Dec 2005, 22:09
Location: n9 & melaka
Contact:

Re: Kesan lokasi jike sesat?

Post by orga » 28 Aug 2012, 09:29

antara kesilapan pertama yg org sesat buat ialah tak tinggalkan marking kt tempat memula sesat..aqu sendiri sentiasa bawa tag kaler florescent dlm main survival pak..maksudnya tag yg berbeza dr tape merah putih tu..
ImageImageImage

User avatar
rainmaker
Pendaki Tegar
Posts: 282
Joined: 24 May 2010, 13:18
Location: Setapak, KL
Contact:

Re: Kesan lokasi jike sesat?

Post by rainmaker » 05 Sep 2012, 07:39

antara kesilapan pertama yg org sesat buat ialah tak tinggalkan marking kt tempat memula sesat..aqu sendiri sentiasa bawa tag kaler florescent dlm main survival pak..maksudnya tag yg berbeza dr tape merah putih tu..
tag kaler floresent tu mcm mane. ade gmbr x bleh rujuk
You tell me we can start the rain, You tell me that we all can change, You tell me we can find something to wash the tears away.

ImageImageImage

User avatar
orga
Senator Gunung
Posts: 2088
Joined: 05 Dec 2005, 22:09
Location: n9 & melaka
Contact:

Re: Kesan lokasi jike sesat?

Post by orga » 07 Sep 2012, 11:47

Image

yg nih..20mm x 70m..made of 100% viscosepulp dan biodegradable.
ImageImageImage

User avatar
rainmaker
Pendaki Tegar
Posts: 282
Joined: 24 May 2010, 13:18
Location: Setapak, KL
Contact:

Re: Kesan lokasi jike sesat?

Post by rainmaker » 01 Oct 2012, 09:06

Image

yg nih..20mm x 70m..made of 100% viscosepulp dan biodegradable.
kt mane leh dapat ni
You tell me we can start the rain, You tell me that we all can change, You tell me we can find something to wash the tears away.

ImageImageImage

kambinggurun
Senator Gunung
Posts: 557
Joined: 26 Jan 2006, 23:01
Location: gua kayu batu
Contact:

Re: Kesan lokasi jike sesat?

Post by kambinggurun » 10 Oct 2012, 02:32

orga bape lama tape nih boley tahan sebelum biodegrade?
::SRC-Total Outdoor::

kambinggurun
Senator Gunung
Posts: 557
Joined: 26 Jan 2006, 23:01
Location: gua kayu batu
Contact:

Re: Kesan lokasi jike sesat?

Post by kambinggurun » 10 Oct 2012, 02:34

antara kesilapan pertama yg org sesat buat ialah tak tinggalkan marking kt tempat memula sesat..aqu sendiri sentiasa bawa tag kaler florescent dlm main survival pak..maksudnya tag yg berbeza dr tape merah putih tu..

worga,

nape tape nih jadi part of survival kit?
nape tak guna sbg main marker je (maksudnye sambil2 nebas bukak trek sambil ikat tape)..
::SRC-Total Outdoor::

Post Reply