Philosophy SURVIVAL

survival... seni perjuangan hidup dalam hutan
User avatar
rembau
Pemegang Amanah GO
Posts: 1394
Joined: 06 Dec 2005, 08:41

Philosophy SURVIVAL

Post by rembau » 06 Apr 2006, 10:59

Aku nak post jugak...heheh walau aku tau kat sini ramai Otai dari aku...sebab banyak Otai-otai kat dalam nie boleh kongsi ilmu

S -Size Up the Situation
U -Use All Your Senses, Undue Haste Makes Waste
R -Remember Where You Are
V -Vanquish Fear and Panic
I -Improvise
V -Value Living
A -Act Like the Natives
L -Live by Your Wits, But for Now, Learn Basic Skills
Last edited by rembau on 24 Aug 2006, 15:34, edited 1 time in total.
Dan Kami jadikan di bumi gunung-ganang yang menetapnya, supaya bumi itu tidak menggegar mereka; dan Kami jadikan di celah-celahnya jalan-jalan laluan, supaya mereka mendapat petunjuk.(Surah Al-Anbiyaa':31)

User avatar
TaRaN2La
Pendaki Gunung
Posts: 85
Joined: 13 Jan 2006, 11:00

Hi Geng...

Post by TaRaN2La » 06 Apr 2006, 12:49

Sedikit pengetahuan....

Selaku Penjejak Rimba..dalam mendaki gunung dan menyondol hutan...seharusnya anda kenal dengan istilah survival...spt yg rembau katakan itu...

Sebahagian dari ilmu survival ialah pengetahuan ttg tumbuhan hutan...silap makan...tak bernafas siottt....so..Ilmu Survival adlh penting...Ok!!

Tumbuhan di hutan adlh pelbagai...ada yg boleh di makan dan tidak boleh dimakan...spesis beracun ataupun tidak!! Bagaimana nak mengenalinya..?...ada beberapa kaedah....

1/ Sekiranya anda tersesat...dan berjumpa pokok yg berbuah dan tidak tahu spesis apa...berhati2..takut beracun....!! cara nak tahu beracubn atau tidak...cuba tengok atas pokok..adakah ada binatang makan atau tidak buah tersebut....sekiranya ada mereka makan bermakna buah tu tak beracun....

2/Untuk tahu specis pokok tu beracun atau tidak...ambil sehelai daun...dan letakkan di tempat sensitif ( jgn fikir lain..bukan tut!! )...tempat sensitif di sini ialah di leher...., pipi, celah peha...dan kalau ada tanda2 gatal dan kemerahan..AWAS!!! ia spesis beracun...tak boleh di makan ...

dan juga cuba rasa sedikit dengan menggigit..kalau ada rasa gatal2 tuh....apa lagi...jangan makan...

3/Tumbuhan lain yg perlu dielakkan ialah pokok yg mempunyai getah yg pekat , berbulu atau permukaan yg kasar...cuba hindari....


sedikit Info!!
Move it!..move it!..move it!!

User avatar
rembau
Pemegang Amanah GO
Posts: 1394
Joined: 06 Dec 2005, 08:41

Post by rembau » 06 Apr 2006, 16:07

huruf S --Size Up the Situation

Apa yg aku faham pasal benda nie...
ianya lebih kepada bertapa cepatnya kita boleh/ dapat menyesuaikan diri didalam sesuatu keadaan...Asas yang paling penting adalah KESELAMATAN/ Safety....didalam hutan kita sering terdedah kepada tiga bentuk ancaman dan paling penting n0 4
1. Ancaman Alam Sekitar
2. Ancaman Binatang
3. Ancama Manusia
4. Ancaman Diri Sendiri

Tetapi semua ini akan dapat diatasi sebaik mungkin jikalau kita dapat menadaptasikan dengan mengabungkan antara tiga faktor
1. Alam sekitar
2. kelengkapan Dibawa
3. Kekuatan Fizikal & Mental kita

Sebaiknya cuba perhatian kepada sekeliling dan kelengkapan yang ada semasa masa bertenang untuk dirancang tindakan yang akan diambil kerana silap keputusan akan merugikan masa/ tenaga serta menambah buruk keadaan....

Kalau didalam sesuatu kumpulan kaedah perbincangan secara demokrasi boleh dibuat tetapi keputusan majoriti dan ketua adalah ketentuan terakhir dalam membuat sesuatu keputusan/ tindakan bagi menjamin keselamatan ahli.... faktor kehilangan masa/ bekalan/kelengkapan boleh memburukkan lagi keadaan

ah....tambah jangan tak tambah
Dan Kami jadikan di bumi gunung-ganang yang menetapnya, supaya bumi itu tidak menggegar mereka; dan Kami jadikan di celah-celahnya jalan-jalan laluan, supaya mereka mendapat petunjuk.(Surah Al-Anbiyaa':31)

User avatar
rembau
Pemegang Amanah GO
Posts: 1394
Joined: 06 Dec 2005, 08:41

Post by rembau » 13 Apr 2006, 17:03

Selaku Penjejak Rimba..dalam mendaki gunung dan menyondol hutan...seharusnya anda kenal dengan istilah survival...spt yg rembau katakan itu...
TaRan2la...aku hanya menyampaikan apa yang ada ...mana nak sama ngan pengalaman sebenar kekawan disana yg lebih mencabar....sesama le kita memertabatkan XTVT Gunung nie......


U -Use All Your Senses, Undue Haste Makes Waste

apa yang den faham le...pasal benda nie setelah langkah huruf pertama S dilaksanakan maka U perlu dilaksanakan....

Paling penting adalah tindakan/ keputusan awal yang dibuat ....tindakan yang terburu2 tanpa memikir panjang boleh memburukkan lagi keadaan....Berfikir / rancang bagaimana sesuatu tindakan itu perlu diambil setelah proses adaptasi tu dilakukan....semua bentuk kemungkinan perlu dikaji ...
Arah / tujuan perlu dipastikan kerana kesilapan mebuat keputusan menyebabkan kesukaran akan bertambah bila bekalan makanan dan kelengkapan berkurang disamping tekanan emosi yg tinggi.
Bersedia dengan segala perubahan bunyi/ bau/ suhu/ dll perlu diperhatian dari semasa kesemasa dengan mengunakan deria anggota + firasat/naluri

Dan paling penting KESELAMATAN....

tambah jangan tak tambah :evil:
Dan Kami jadikan di bumi gunung-ganang yang menetapnya, supaya bumi itu tidak menggegar mereka; dan Kami jadikan di celah-celahnya jalan-jalan laluan, supaya mereka mendapat petunjuk.(Surah Al-Anbiyaa':31)

User avatar
rembau
Pemegang Amanah GO
Posts: 1394
Joined: 06 Dec 2005, 08:41

Post by rembau » 14 Apr 2006, 10:15

R -Remember Where You Are

Menentukan dan menangarkan kedudukan terkini kamu dari semasa ke semasa berdasarkan peta dan keadaan sekeliling. GPS dapat membantu mengenal pasti kedudukan. Adalah perlu memaklumkan kedudukan kepada ahli lain dan arah yang bakal dituju. Sebaiknya jangan bergantung kepada ahli yang lain untuk mengenalpasti laluan yang ditempuhi dan diingati landmark/ petanda bumi sebagai rujukan. Sebagai contoh:
· Petanda ManusiaPerkampungan / Kebun / Penempatan Manusia
· Pertanda Alam: Air Terjun, Tebing Batu, Bukit/Permatang/ tanah runtuh
· Petanda Tumbuhan: Pokok Balak / Rumpun Buluh dll
Mendapatkan maklumat sebelum perjalanan bermula serta mengenal pasti laluan dapat membantu dalam menentukan keputusan yang bijak yang akan diambil ketika diperlukan. Sebaiknya perkemaskini dan menyemak kedudukan sebelum tersesat.
Dan Kami jadikan di bumi gunung-ganang yang menetapnya, supaya bumi itu tidak menggegar mereka; dan Kami jadikan di celah-celahnya jalan-jalan laluan, supaya mereka mendapat petunjuk.(Surah Al-Anbiyaa':31)

User avatar
rembau
Pemegang Amanah GO
Posts: 1394
Joined: 06 Dec 2005, 08:41

Post by rembau » 17 Apr 2006, 16:13

V -Vanquish Fear and Panic
Ketakutan dan panik adalah elemen utama yang dapat memusnahkan kebolehan berfikir dengan sebaiknya jikalau ianya tidak dikekang sepenuhnya. Tekanan emosi akan menyebabkan perasaan serta imiginasi yang tidak selamat yang berlebihan akan sentiasa bermain difikiran berbanding keadaan yang dialami. Kesannya akan menyebabkan tenaga digunakan tanpa disedari dan disamping kesan sampingan yang lain. Latihan dan persediaan diri akan membuatkan keyakinan dan tahap menghadapi dugaan berbeza diantara satu sama lain.

I -Improvise
Persekitaran kita telah menyebabkan kita terlalu bergantung kepada kemudahan dan kecanggihan kelengkapan. Semua yang dikehendaki dapat diperolehi dengan senang dan ini telah mengurang kretiviti kita.Kebolehan pelbagaikan kelengkapan, bekalan bahan mentah dan sumber alam serta tumbuhan untuk disesuaikan dan dibolehgunakan pada ketika itu. Walau selengkap mana bekalan yang dibawa; bekalan akan berkurang dan habis digunakan sekiranya masa berlanjutan.

V -Value Living
Kekuatan dalam manusia yang dilahirkan dengan keinginan untuk hidup yang tinggi pada asalnya telah bertukar menjadi kehidupan yang mudah dan selesa masa kini. Kemudahan dan keselesaan ini menyebabkan kita selesa dengannya. Kesukaran dan ketegangan dalam menghadpi cabaran hidup/ mati adalah ketikanya semangat untuk hidup mengambil alih dan mendorong kekuatan dalam manusia sebenarnya menonjol. Pengalaman dan latihan yang pernah alami sebelum ini akan membuatkan keinginan untuk hidup seseorang membantu dalam saat-saat kecemasan samada dari segi mental dan fizikal ke suatu tahap yang maksimum.

A -Act Like the Natives
Sebaiknya mengadaptasikan diri kepada persekitaran dengan memerhatikan pergerakkan semua kehidupan di kawasan tersebut bagi memudahkan kefahaman dan keserasian disuatu persekitaran yang baru. Haiwan juga memerlukan makan dan minuman dan dengan mengenal tingkahlaku akan memudahkan kita mencari sumber makan terdekat. Walau bagaimana pun ianya bukan lah satu pendoman yang semestinya diikuti.

L -Live by Your Wits, But for Now, Learn Basic Skills
Iktiar hidup adalah penting untuk diperlajari sebelum masalah timbul dan sudah terlambat. Persediaan diri amat penting dan sebaiknya setiap yang mengikuti aktiviti hendaklah tahu asas dan cara iktiar hidup dapat dilakukan di kawasan-kawasan tertentu. Tanpanya harapan untuk hidup akan menjadi tipis.
Kefahaman dan persediaan awal sebelum memasuki sesuatu kawasan adalah perkara utama yang perlu diberi perhatian. Segala kelengkapan dan perancangan perjalanan dikaji sebaik mungkin untuk mengelak kemungkinan suatu bencana terjadi.
Dengan ini ianya dapat mengurangkan rasa ketakutan / gelisah dan meningkatkan keyakinan diri seseorang dan kumpulan serta memberi gambaran kasar untuk persediaan awal di saat-saat kecemasan.

memandangkan maksud ayat tu dah selesai den tulis/ cut& paste ...diharap kupasan seterusnya daripda Otai-otai dan kekawan amat dialu-alukan......untuk diperbincangkan/ dihalusi......... :idea: :idea: :idea:
Dan Kami jadikan di bumi gunung-ganang yang menetapnya, supaya bumi itu tidak menggegar mereka; dan Kami jadikan di celah-celahnya jalan-jalan laluan, supaya mereka mendapat petunjuk.(Surah Al-Anbiyaa':31)

Tanpa Nama
Pendaki Gunung
Posts: 24
Joined: 17 Apr 2006, 21:03

Post by Tanpa Nama » 18 Apr 2006, 16:07

good info bro..
>>>>ada apa pada nama>>>>

User avatar
forestgump
Pendaki Terlampau
Posts: 520
Joined: 19 Apr 2006, 20:17
Location: KL
Contact:

Survival is a Dying Art....

Post by forestgump » 19 Apr 2006, 20:28

Survival is KNOWING WHAT TO DO AT WHERE YOU ARE WITH WHAT YOU HAVE AROUND and WITH YOU!
That includes fikiran yang tenang, seseorang MUST taske charge dan kjalau boleh, telah berpengalaman...
Tak guna belajar tapi tak pernah merasai tersesat ataupun memimpin ataupun mencari orang tersesat.
Tak rugi kalau mengikuti kurusu survival terlebih dahulu sebagai bekalan...
The worst day in the jungles is ALWAYS better than the best day in office!

adisos2002
Otai Gunung
Posts: 969
Joined: 07 Dec 2005, 07:36
Location: Semak Samun
Contact:

Post by adisos2002 » 24 Apr 2006, 00:23

Betul apa yang diperkatakan oleh rakan2 diatas

dan TAMBAHAN sedikit dari saya yg tak seberapa nie, asas dan kejayaan dalam situasi SURVIVAL ini boleh dikatakan banyak bergantung pada keinginan MENTAL kita untuk terus HIDUP.

Kadangkala ada mereka yang pernah mendapat pelbagai latihan Survival masih gagal dalam menjalani situasi tersebut... sedangkan seseorang yg tidak pernah memiliki apa2 kemahiran asas dlm Survival terus hidup hanya kerana MENTAL yang kuat..

:arrow:
<no one left behind> nolb
Berminat mendapatkan guide gunung/ teambuilding?? Contact Silver Outdoor Sports di 012-5317141atau email adisos2002@yahoo.com

User avatar
rembau
Pemegang Amanah GO
Posts: 1394
Joined: 06 Dec 2005, 08:41

Post by rembau » 04 May 2006, 12:19

adisos2002, forestgump..... TQ

Survival nie bagi pendapat saya boleh dibahagi kepada tiga perkara asas :

1. Cara-cara Untuk Mengelak Trajedi Berlaku
Asas teknik trail, persediaan mental dan persediaan sebelum XTVT etc boleh membantu daripada trajedi berlaku...

2. Untuk Terus Hidup Sebelum Diselamatkan
Kita bukannyer nak hidup selamanya dalm hutan. Dengan ilmu, sikologi, kelengkapan yang serba minimum adalah perlu untuk kita terus mendapat bekalan makan, minum dan perlindungan sebagai asas utk terus kekal hidup sehingga diselamatkan

3. Bagaimana Untuk Kita Dapat Diselamatkan
Selamat setelah kita dibawa semula ke tempat asal /umah etc...untuk diselamtkan kita perlu pengetahuan asas terutama dalam mengenalpasti arah dituju/ nak balik umah le , boleh menyampaikan isyarat dengan berkesan atau tanda bagi pencari/penyelamat...
Dan Kami jadikan di bumi gunung-ganang yang menetapnya, supaya bumi itu tidak menggegar mereka; dan Kami jadikan di celah-celahnya jalan-jalan laluan, supaya mereka mendapat petunjuk.(Surah Al-Anbiyaa':31)

zole
Pendaki Gunung
Posts: 30
Joined: 04 Jun 2006, 15:31
Location: d kaki gunung
Contact:

aku.....

Post by zole » 04 Jun 2006, 15:52

aku budak baru d sini....
so tlg tunjuk ajar cemane heh...
dak baru blajar..kalu salah tlg tunjuk kan...
trimas......

BagaikanPuteri
Pendaki Gunung
Posts: 24
Joined: 30 Mar 2006, 10:50
Location: kaki bukit
Contact:

Post by BagaikanPuteri » 06 Jun 2006, 12:20

mcm biase nak nyampuk tapi kalau salah tlg betoi kan.. maklum lahh sayer budak baru blajar..


Apa Dan Siapa Boleh Survive?

Apa dia survival? Mengikut kamus "Oxford" survival ialah "the state of continuing to live or exist". Ataupun mengikut sesetengah buku memberikan maksud survival ialah "the art of remaining alive and escaping from a hostile environment, without full facilities". Saya berikan dua situasi disini :
Situasi pertama, seorang pendaki mendaki gunung dengan berbekalkan khemah khas untuk tanah tinggi, beg tidur yang baik, mempunyai dapur gas serta bekalan makanan yang banyak. Pendaki ini dapat menikmati keindahan panorama dengan kelengkapan yang mencukupi tanpa mengalami sebarang masalah.
Situasi kedua, seorang pendaki gunung yang terlatih cuba mendaki sebuah gunung dengan matlamat dapat sampai kepuncak dalam masa yang ditentukan. Oleh yang demikian pendaki gunung itu hanya membawa makanan seminima yang mungkin, pakaian, peralatan dan khemah yang dipilih adalah ringan dan mudah, namun pendaki ini masih dapat tidur selesa diwaktu malam serta dapat mencatu makanannya dengan baik.
Pada pendapat anda situasi yang manakah menunjukkan pendaki itu mempraktikkan teknik survival? Jawapannya ialah tidak seorang pendaki pun yang mempraktikkannya. Kerana situasi pertama menunjukkan pendaki itu hanya melakukan perkhemahan tanah tinggi biasa manakala situasi kedua, pendaki itu hanya menjalankan perkhemahan "lightweight camping" kerana semuanya telah dirancang dan dikaji dengan rapi sebelum pendaki itu mendaki berdasarkan pengalamannya. Dalam contoh kedua-dua pendaki ini, mereka telah bersedia dengan peralatan yang lengkap mengikut bentuk aktiviti yang telah mereka pilih dan rancang. Kita boleh andaikan bahawa mereka telah dilatih mempraktikkan teknik yang
mereka tahu mungkin sudah untuk beberapa tahun lamanya.
Oleh yang demikian keadaan yang boleh dianggap sukar dan asing sudah menjadi kebiasaan kepada mereka malahan mereka menyukainya. Keadaan yang selalunya menyebabkan seseorang itu memerlukan teknik survival ialah apabila seseorang itu berhadapan dengan sesuatu masalah yang tidak dijangka akan berlaku dan apa akan seterusnya berlaku. Anda tidak boleh mengelakkan daripada perkara-perkara sebegini berlaku keatas diri anda. Kebanyakkan orang hanya menyangkakan teknik ini hanya diperlukan oleh pengembara ataupun peneroka hutan. Tetapi anda harus ingat, sesekali anda meninggalkan keselesaan anda di rumah, mungkin anda akan berhadapan dengan situasi yang mendesak anda untuk mempertahankan diri dan nyawa anda.

Siapa Boleh Survive?
Boleh dikatakan semua orang boleh survive tanpa mengira umur, jantina dan jumlah kumpulan orang tersebut. Saya pernah terbaca bahawa beberapa orang bayi telah selamat dikeluarkan selepas sembilan hari dalam timbunan batu konkrit runtuhan sebuah hospital di Mexico yang disebabkan oleh gempa bumi. Bayi-bayi itu terselamat mungkin disebabkan umurnya yang masih terlalu muda hingga tidak mengenal erti stress semasa dalam timbunan itu. Tambahan pula, bayi-bayi itu dibalut dengan rapi diatas katil mereka dan secara fizikalnya mereka terselamat dari timbunan itu disebabkan rangka katil bayi tersebut.
Karektor Yang Harus Ada Sebelum Mempraktikkan Tekinik Survival
Sebagai Penentu - Anda harus bertindak sebagai penentu masa hadapan anda. Apa yang anda inginkan dimasa hadapan, maka usahalah sekarang. Sifat ini harus ada dalam diri, kerana contohnya jika anda terperangkap dalam sesuatu masalah, terpulanglah bagaimana, bila dan apa yang perlu dibuat untuk melepaskan diri dari masalah tersebut. Kita memang akur bahawa Tuhan sebagai penentu tetapi kita harus berusaha, jangan mengalah terlalu awal!

Disiplin Diri - Disiplin diri yang tinggi adalah perlu untuk mendapatkan kualiti survival yang tinggi. Kerana disiplin diri dapat menjadikan seseorang itu mudah untuk menyesuaikan diri dengan keadaan di sekelilingnya, membuat kerja tanpa bertangguh, membolehkan seseorang itu dapat menyiapkan kerja dengan lengkap dan baik serta menjadikan mereka kemas dan bersih.

Mampu Diri - Jika anda sudah biasa dengan hidup selesa dirumah, makan makanan cepat siap serta mewah dengan alat hiburan dirumah, tiba-tiba disuatu anda terpaksa merangkak keluar daripada rangka kapalterbang terhempas yang anda naiki dan anda terpaksa tinggal didalam hutan pergunungan yang gelap, adakah anda hanya akan berkata "apa yang harus aku buat" atau "malang sungguh nasib aku" ? Jika anda mempunyai sifat mampu diri, mungkin anda akan berusaha untuk menselesakan diri anda serta berikhtiar untuk mendapatkan bantuan. Anda seharusnya tidak hanya bergantung kepada cara kehidupan biasa anda.

Biasa Dengan Kehidupan Di Luar - Membiasakan diri dengan kehidupan diluar merupakan foundation ataupun asas dalam mempraktikkan skil-skil dan teknik survival. Kerana kehidupan diluar akan mengenemukan anda dengan kehidupan survival yang sebenar.

Keyakinan Diri - Yakin dalam teknik survival menjamin anda untuk terus hidup dan selamat bagi jangka masa yang panjang. Bagaimanapun dua musuh utama untuk mencapai teknik survival yang berjaya ialah perasaan takut dan panik. Ramai orang yang tidak dapat mempertahankan dan meneruskan hidupnya disebabkan oleh kesilapan dalam membuat keputusan, dan menjadikannya panik seterusnya mati dalam kesejukkan, panas, binatang buas atau risiko yang lain.

Sifat Kepimpinan Yang Baik - Untuk menjadi pemimpin yang baik tidak semestinya mempunyai pangkat atau lencana kepandaian penuh terlekat di lengan bajunya, tetapi ia boleh dilakukan oleh semua. Memimpin bukan hanya boleh dilakukan dalam sebuah kumpulan, tetapi ia juga boleh dilakukan dalam memimpin diri sendiri. Kerana dengan adanya sifat kepimpinan, mudah untuk menentukan arah hala tuju anda.

Ketahanan Fizikal dan Mental - Ia mampu membantu dalam segala situasi survival. Tidak ada bukti yang nyata bahawa badan yang tegap dan besar sahaja yang mempunyai daya ketahanan fizikal dan perempuan merupakan makhluk yang paling lemah. Semuanya ini boleh dilatih dan diperkembangkan dengan melatih diri dengan latihan-latihan yang melibatkan fizikal dan mental. Walaupun fizikal kuat, tetapi mental yang lemah mampu mempengaruhi fizikalnya untuk lambat dan malas untuk bertindak.

p/s: p3 copy paste jerkk.. salah tlg tunjukkan..
-If you walk the footsteps of a stranger
You learn things you never knew..-

User avatar
rembau
Pemegang Amanah GO
Posts: 1394
Joined: 06 Dec 2005, 08:41

Post by rembau » 08 Jun 2006, 17:28

Falsafah Survival
Survival pada asasnya digunakan oleh askar untuk terus bertahan dan berlindung daripada musuh sehingga ianya berjaya diselamatkan. Untuk itu keprluan assas untuk terus kekal hidup perlu diadakan dengan semaksimum mungkin termasuk keperluan makanan, minuman, perlindungan, sumber api, perubataan dan isyarat komunikasi. Keperluan ini pula berubah dan bergantung kepada lokasi serta situasi ketika itu. Perubahan segera berhubung cara survival perlu disselaraskan dengan perubahan iklim sesuatu kawasan.
Dan Kami jadikan di bumi gunung-ganang yang menetapnya, supaya bumi itu tidak menggegar mereka; dan Kami jadikan di celah-celahnya jalan-jalan laluan, supaya mereka mendapat petunjuk.(Surah Al-Anbiyaa':31)

User avatar
JC
Pendaki Gunung
Posts: 6
Joined: 13 Jun 2006, 13:54
Location: Serdang

Post by JC » 13 Jun 2006, 14:04

panjang lebar cam ne nak baca.. :lol:
Cinta ibarat neraka. hidup ibarat syurga.. kahakakaka..

Azizul
Pendaki Gunung
Posts: 8
Joined: 13 Jun 2006, 12:41

Post by Azizul » 15 Jun 2006, 16:19

Iskh! dasyat la cerita survaival skill ni, .....errr saja je nak menyibuk, he! he!

kambinggurun
Senator Gunung
Posts: 557
Joined: 26 Jan 2006, 23:01
Location: gua kayu batu
Contact:

Post by kambinggurun » 22 Jun 2006, 18:06

maybe otai2 leh cerita sket basic2 survival, kiranya kalo terhilang arah nanti ade gak panduan nak ikut..

maybe leh arrangekan ikut priority ape yang perlu kita buat bila dah terhilang arah nih..
::SRC-Total Outdoor::

User avatar
rembau
Pemegang Amanah GO
Posts: 1394
Joined: 06 Dec 2005, 08:41

Post by rembau » 04 Jul 2006, 11:52

Psikologi Survival

Asas yang paling penting kerana kekuatan psikologi merupakan factor utama kehendak untuk hidup seseorang terus membara. Walaupun seseorang itu tidak mempunyai asas dan teknik survival yang tinggi tetapi kehendak untuk hidup atau berjuang boleh memaksa keupayaan individu itu ketahap yang maksimum.Secara ringkasnya adalah kekuatan mental. Sebagai contoh; jikalau seseorang itu mempunyai mempunyai hasrat yang tinggi kembali ke kehidupan biasa adalah berkemungkinan dapat kekal hidup lebih lama di dalam apa juga cabaran walaupun ianya tidak mempunyai latihan survival berbanding seseorang yang lengkap dengan persediaan tetapi tidak mempunyai dorongan untuk terus hidup.
Dan Kami jadikan di bumi gunung-ganang yang menetapnya, supaya bumi itu tidak menggegar mereka; dan Kami jadikan di celah-celahnya jalan-jalan laluan, supaya mereka mendapat petunjuk.(Surah Al-Anbiyaa':31)

adisos2002
Otai Gunung
Posts: 969
Joined: 07 Dec 2005, 07:36
Location: Semak Samun
Contact:

Post by adisos2002 » 11 Jul 2006, 19:52

Hmmm izinkan saya sedikit menokok menambah tentang topik yang menjadi kegemaran saya sejak dulu lagi nie..

Sebenarnya IKHTIAR HIDUP itu sendiri mempunyai aturannya tersendiri yang wajib dipenuhi... Mungkin susunan yang ada dibawah ini tidak mengikut urutan berdasarkan keperluannya. Tetapi setiap satu darinya adalah perlu bagi kita meneruskan kehidupan..

Saya gunakan singkatan R.A.M.P.A.I

R - Rawatan
A - Air
M - Makanan
P - Perlindungan
A - Api
I - Isyarat


Biar apa bentuk cuaca mahupun persekitaran yang wujud, segala yang ada diatas perlu diambil kira..

muzs
sos
<no one left behind> nolb
Berminat mendapatkan guide gunung/ teambuilding?? Contact Silver Outdoor Sports di 012-5317141atau email adisos2002@yahoo.com

adisos2002
Otai Gunung
Posts: 969
Joined: 07 Dec 2005, 07:36
Location: Semak Samun
Contact:

Post by adisos2002 » 11 Jul 2006, 20:29

Just nak kasi kawan2 mudah baca dan mudah paham... seerti seorang Master Yoda unggul survival pernah cakap kat aku... kat pasaran tue, kat luar tue dah ada mcm2 penulisan survival.. cuma yg kurang adalah penulisan yg benar2 menjurus SURVIVAL hutan khatulistiwa sepeti di Malaysia... so harap ada anak tempatan yg sudi menyahut...
Kat bawah nie nak share sikit pandangan saya tentang survival nie.. (berdasarkan pembacaan dan pengalaman xpdc sahaja)

IKHTIAR HIDUP
Kalau nak refer pada kamus semestinya tepat mengikut penggunaan dan pentafsiran para ilmuan.. Namun disini lebih kepada falsafah sebenar untuk seseorang terus HIDUP

Apa itu I.K.H.T.I.A.R

I
- Imbas persekitaran anda, lihat dan rasainya.. Ingat setiap persekitaran ada RENTAKnya / IRAMAnya tersendiri.
Perhatikan pergerakkan, bunyi - haiwan mahupun serangga sekecil cengkerik
- Imbas tahap kesihatan ataupun kecederaan anda. Lakukan rawatan awal.
K
- Kekalkan kewarasan berfikir dengan terus berkeadaan tenang
H
- Hilangkan rasa takut dan putus asa
#*#KEBIJAKSANAAN anda akan dibunuh dengan mudah oleh perasaan TAKUT & PANIK
T
- Tetapkan kedudukan anda, ketahui dimana anda.. Jangan asyik mengharap orang lain berbuat untuk anda..
- Tetapkan dimanakah kedudukan terhampir mereka yang dipercayaai boleh membantu anda.
- Tetapkan lokasi AIR, MAKANAN, PERLINDUNGAN
I
- Inovatif sangat penting, anda perlu mempelbagaikan penggunaan bahan disekeliling anda. INGAT, fikirkan SUATU YANG MUDAH
A
- Anggap diri anda Pribumi (orang asli).. bertindak seperti mereka, pelajari apa yang dimakan dan cara hidup. #@# perhatikan HAIWAN.. ingat haiwan perlu makan, minum dan berlindung
R
- Rencanakan segalanya sekarang, LATIH diri anda.. jangan tunggu hingga segalanya berlaku. Sebab dikala itu peluang anda untuk TERUS HIDUP ADALAH TIPIS
HIDUP = Hmmmm apabila anda telah pun berjaya melakukan semua I.K.H.T.I.A.R yang ada maka peluang untuk ada terus hidup semakin bercambah..

muzs
sos
<no one left behind> nolb
Berminat mendapatkan guide gunung/ teambuilding?? Contact Silver Outdoor Sports di 012-5317141atau email adisos2002@yahoo.com

User avatar
rembau
Pemegang Amanah GO
Posts: 1394
Joined: 06 Dec 2005, 08:41

Post by rembau » 21 Jul 2006, 23:28

RAMPAI & IKHTIAR

cukup bermakna....bertenaga...

caya le Bro....
Dan Kami jadikan di bumi gunung-ganang yang menetapnya, supaya bumi itu tidak menggegar mereka; dan Kami jadikan di celah-celahnya jalan-jalan laluan, supaya mereka mendapat petunjuk.(Surah Al-Anbiyaa':31)

arif
Pendaki Tegar
Posts: 215
Joined: 18 Jul 2006, 23:24
Location: nun jauh di sana.................
Contact:

fuh power...

Post by arif » 23 Jul 2006, 21:04

ni lah satu2nye perbincangan yang paling hebat skali...
banyak memberi pengajaran dan pembelajaran...
thanks kepada bro2 yang telah memberikan sumbangan dalam perbincangan ini...
insya"Allah ianya akan dijadikan panduan kepada semua...

User avatar
rembau
Pemegang Amanah GO
Posts: 1394
Joined: 06 Dec 2005, 08:41

Post by rembau » 04 Aug 2006, 18:36

Situasi pertama, seorang pendaki mendaki gunung dengan berbekalkan khemah khas untuk tanah tinggi, beg tidur yang baik, mempunyai dapur gas serta bekalan makanan yang banyak. Pendaki ini dapat menikmati keindahan panorama dengan kelengkapan yang mencukupi tanpa mengalami sebarang masalah.

Situasi kedua, seorang pendaki gunung yang terlatih cuba mendaki sebuah gunung dengan matlamat dapat sampai kepuncak dalam masa yang ditentukan. Oleh yang demikian pendaki gunung itu hanya membawa makanan seminima yang mungkin, pakaian, peralatan dan khemah yang dipilih adalah ringan dan mudah, namun pendaki ini masih dapat tidur selesa diwaktu malam serta dapat mencatu makanannya dengan baik.

Pada pendapat anda situasi yang manakah menunjukkan pendaki itu mempraktikkan teknik survival? Jawapannya ialah tidak seorang pendaki pun yang mempraktikkannya.
Oleh yang demikian keadaan yang boleh dianggap sukar dan asing sudah menjadi kebiasaan kepada mereka malahan mereka menyukainya.
Pendapat den aje nie...

setelah difikirkan...tahap survival itu adalah bergantung kepada jati diri individu.......didalam bandar jugak dalam cabaran tersendiri..dalam hutan pon ada cara tersendiri...cuma yang berbeza bagaimana ianya dapat di sesuaikan dalam keadaan tersebut cuma istilah tersebut mungkin telah disempitkan pengertian SURVIVAL itu sendiri...

dua contoh diatas adalah perbandingan yg baik tetapi kekuatan individu tersebut jelas dibezakan oleh kelengkapan yg dibawa atau dengan kata lain kemahiran...kedua contoh diatas jelas berbeza...bukan disebabkan ianya tidak mempratikkan kemahiran Survival itu tetapi pendaki 2 itu lebih berkemahiran dan mungkin malapetaka yg tak diduga boleh mencabar kemahirannya tetapi kekurangan kelengkapan pada pendaki 1 boleh menyebabkan kemahiran Survivalnya diduga....

kalau salah silap sila betulkan...
Dan Kami jadikan di bumi gunung-ganang yang menetapnya, supaya bumi itu tidak menggegar mereka; dan Kami jadikan di celah-celahnya jalan-jalan laluan, supaya mereka mendapat petunjuk.(Surah Al-Anbiyaa':31)

adisos2002
Otai Gunung
Posts: 969
Joined: 07 Dec 2005, 07:36
Location: Semak Samun
Contact:

Post by adisos2002 » 05 Aug 2006, 07:32

Hmmm dengan izin yekkk :lol:

Pandangan saya bila sebut bab SURVIVAL
M - Mentaliti, pemikiran (daya kreatif) manusia adalah berbeza2
A - Apa yang kita boleh buat belum tentu sama dengan apa yang boleh dibuat orang lain
M - Manusia akan berubah berdasarkan tahap tekanan yang diterima nya
P - Penerimaan seseorang terhadap tekanan akan menentukan tahap SURVIVAL nya
U - Usaha yang berterusan dan tanpa jemu adalah diantara kunci kejayaan.

muzs
sos
<no one left behind> nolb
Berminat mendapatkan guide gunung/ teambuilding?? Contact Silver Outdoor Sports di 012-5317141atau email adisos2002@yahoo.com

User avatar
slokkro
Pendaki Gunung
Posts: 79
Joined: 28 Mar 2006, 22:00
Location: Atas balak bawah batu
Contact:

Post by slokkro » 14 Aug 2006, 22:35

Saya rasa buku ini dapat sedikit sebanyak membantu.

Untuk save, klik kanan dan pilih 'save link as'

The worst case scenario survival handbook

User avatar
rembau
Pemegang Amanah GO
Posts: 1394
Joined: 06 Dec 2005, 08:41

Post by rembau » 15 Aug 2006, 08:36

Saya rasa buku ini dapat sedikit sebanyak membantu.

Untuk save, klik kanan dan pilih 'save link as'

The worst case scenario survival handbook
TQ Bro...good info....teruskan sokongan anda :lol:
Dan Kami jadikan di bumi gunung-ganang yang menetapnya, supaya bumi itu tidak menggegar mereka; dan Kami jadikan di celah-celahnya jalan-jalan laluan, supaya mereka mendapat petunjuk.(Surah Al-Anbiyaa':31)

Dragon
Pendaki Gunung
Posts: 52
Joined: 17 Apr 2006, 14:56

Post by Dragon » 12 Sep 2006, 19:36

Fuh banyak tol info..cayalah...

User avatar
rembau
Pemegang Amanah GO
Posts: 1394
Joined: 06 Dec 2005, 08:41

SENI INSAN

Post by rembau » 19 Sep 2006, 16:57

ya bro..ruang zahir pon sebnarnya byk ilmu2 survival yg di kurniakan oleh Allah..cuma kita manusia perlu byk menguja-cetuskan ledakan revolusi fikir untuk menimba ilmu..Allah menciptakan sesuatu kejadian mesti ada kebaikan utk manusia..proses pengasahan naluri perlu disulami konsep fikir dan zikir..Insyaalah

sambung lagik..


Seni Survival Manusia

-Terkandung dalam ruang metafizik iaitu dalam pemahaman ritualik.

-mengikut Hukum Survival Pertama -asas survivabiliti (keterbolehan-survival) ialah kembali ke perkara/makna asas.
-oleh itu, panduan lengkap asas seni survival manusia, sila rujuk Al-Quran.

-apa yang boleh diterangkan dari sudut ruang zahir ( alegori kepada unsur logik dan retorik.) hanyalah konsep kepada susur galur fikir yang boleh diadaptasikan oleh fitrah semulajadi manusia secara zahir.

-antara konsep fikir dalam falsafah survival termasuklah;
bro den hendak menambah sekumit ilmu

Seni Insan
Manusia adalah makhluk yang dikurnia oleh Allah pelbagai kelebihan berbanding makhluk lain. Manusia pada dasarnya boleh dibahagikan kepada dua element penting:
1. Jasad Manusia (akan diperbincangankan)
2. Roh Manusia- Ini tidak dapat diterangkan sebab roh itu hak Allah dan kita dibekalkan ilmu melainkan sedikit sahaja.

Jasad manusia diciptakan dengan begitu sempurna yang memiliki kekuatan untuk terus hidup dalam pelbagai dugaan. Pengetahuan dan kemahiran diperolehi disimpan dan direkodkan untuk digunapakai bila ianya diperlukan.
Jasab ini boleh diselaraskan dengan keadaan sekitar jikalau kita pandai menggunakannya kearah yang dikehendaki

Jasad manusia

Jasad manusia boleh dibahagikan kepada beberapa lapisan utama yang membentuk tubuh seseorang:

1. Sistem Tulang belulang
Seorang ahli survival hendaklah mempunyai satu seni dan fahaman yang kukuh berhubung survival itu sendiri. Ianya merupakan pelindung dan pengukuh kepada seni dan sains survival tersebut

2. Sistem Urat saraf
Urat adalah benda yang terlindung dan tidak dapat dilihat dengan mata kasar. Ianya diperlukan tetapi digunakan dengan cara tersendiri. Disinilah wujudnya seni dalam diri seseorang survival. Namun unsure ini penting bagi menjayakan unsure ke tiga(otot)

3. Sistem Otot dan luaran
Otot adalah bahagian yang kelihatan dan sentiasa difikirkan amat berguna. Sains survival boleh dilambangkan dengan usur ini. Dimana ianya boleh dinilai kekuatan dan kemahiran unsure ini dari semasa. Kekuatan ilmu dan kemahiran akan menambah baikkan diri seseorang.
Last edited by rembau on 19 Sep 2006, 17:21, edited 2 times in total.
Dan Kami jadikan di bumi gunung-ganang yang menetapnya, supaya bumi itu tidak menggegar mereka; dan Kami jadikan di celah-celahnya jalan-jalan laluan, supaya mereka mendapat petunjuk.(Surah Al-Anbiyaa':31)

User avatar
rembau
Pemegang Amanah GO
Posts: 1394
Joined: 06 Dec 2005, 08:41

Post by rembau » 19 Sep 2006, 17:05

Jentera Survival
Untuk menjalankan lapisan tersebut maka beberapa jentera(kilang) utama perlu dicipta oleh Allah untuk mengerakkankannya. Ianya boleh dipecahkan kepada

1. Sistem Pernafasan

Ianya bersifat batin dan bersifat angin. Tubuh memerlukan oksigen untuk membekalkan udara dalam darah yang dibekalkan melalui urat saraf(seni). Ianya sesuatu yang mesti dalam system tubuh.

Ahli survival juga hendaklah peka kepada benda yang bersifat keagamaan dan metafizik bagi membolehkan unsur seni ini diteroka dan difahami intipatinya. Ianya bersifat khayalan tetapi dapat dirasai. Ilham dan petunjuk Illahi samada secara mimpi dan nyata boleh membantu dalam membuat keputusan. Alam dan kehidupan sekitar adalah antara sumber yang membantu.

2. Sistem pemakanan


Pemakanan adalah bersifat zahir. Dimana tubuh memerlukan makanan( unsur tanah) dan minuman (unsur air). Dalam keperluan untuk membekalkan tenaga dalam tubuh ianya juga beperanan dalam diri ahli survival tersebut. Sifat yang zahir ini dapat diterangkan dengan pemahaman dan kemahiran yang diperolehi secara fizikal iaitu sains survival. Sesuatu yang boleh dikaji akan sifat tersebut dan ditambah baikkan terhadap yang dipelajari.

3. Sistem Tenaga(Perbuangan najis)

Setelah unsur tersebut diatas diperolehi. Tenaga akan diperolehi. Sumber tenaga utama alam adalah matahari(unsur api). Tetapi dalam diri tenaga utama adalah keyakinan kepada Allah yang Esa.
Peluhan dan najis buangan adalah sisa yang dikeluarkan oleh tubuh setelah tenaga digunakan. Tenaga ini perlu digunakan sebaiknya dengan seoptimum mungkin kerana bekalan tenaga adalah bersifat terhad dan ianya perlu dipulih kembali. Solat,rehat, medatasi adalah salah satu cara merehatkan tubuh. Ianya satu proses bagi melancarkan aliran tenaga dalam tubuh.

Sebagai ringkasan,bagi menjayakan jentera-jentera ini maka ianya memerlukan hati yang bersih dan akal pemikiran (otak) sebagai pam pengerak yang mengarah pergerakkan seseorang.
Last edited by rembau on 20 Sep 2006, 10:33, edited 1 time in total.
Dan Kami jadikan di bumi gunung-ganang yang menetapnya, supaya bumi itu tidak menggegar mereka; dan Kami jadikan di celah-celahnya jalan-jalan laluan, supaya mereka mendapat petunjuk.(Surah Al-Anbiyaa':31)

User avatar
seper4alif
Kerabat Gunung
Posts: 2100
Joined: 01 Jun 2006, 09:42
Location: gelanggang TokMeor
Contact:

Post by seper4alif » 19 Sep 2006, 17:35

Kesimpulan

Ini adalah satu daripada beberapa aplikasi Seni 4 Unsur Alam. Ianya mempunyai banyak ilmu falsafah survival dari berbagai cabang-cabang seni yang boleh diaplikasikan oleh seorang survivor. Seorang survivor yang baik bukan sahaja mampu mengadaptasi seni ini malah mampu membuka cabang-cabang ini untuk menajamkan lagi nalurinya dalam hubungannya dengan alam. Diantara aplikasi yang lain termasuklah;

2.melahirkan idea pada hubungan manusia - haiwan

3.melahirkan idea pada hubungan manusia - alam.

Sebarang kejadian elemen-elemen alam ini mempunyai kesamaan dengan tingkah-laku dan peradaban manusia di dalam kehidupan. Mempelajari dan mengamati kejadian-kejadian alam lantas mengaplikasikan terhadap sistem survival diri dalam kehidupan memerlukan keupayaan kemahiran yang tinggi. Melaluinya, sebarang kesilapan yang di sebabkan oleh faktor emosi atau ketidak-cekapan pemikiran akan dapat di minimakan. Bagaimanapun kemahiran ini memerlukan latihan dan bantuan pengalaman dari individu yang cekap untuk mentafsir dengan tepat. Elemen alam boleh mencetuskan idea untuk mereka strategi survival di dalam kehidupan

Seni 4 Unsur Alam adalah satu dari berbagai konsep yang ada di dalam seni survival manusia berasaskan seni ruang zahir- alegori kepada unsur logik dan retorik di dalam falsafah survival. Manakala aplikasi melahirkan idea pada hubungan sesama manusia di dalam Seni 4 Unsur Alam adalah satu dari beberapa aplikasi Seni 4 Unsur Alam. Maknanya, ilmu di dalam seni tampak falsafah survival adalah luas. Apatah lagi untuk diukur ilmu survival di dalam seni metafizika (unsur ketuhanan) dalam pemahaman ritualik. Oleh itu manusia sebagai khalifah di mukabumi ini perlu menyedari kekerdilan diri sebagai perbandingan kepada kurniaan ilmu oleh Pencipta itu sendiri.
hem dah macam guru gua lah lu nih :arrow:
panduan yg bro orga citer nih pon masih ada lagi kitab dia kat umah, malah dalam buku hakikat insan"tok kenali" pon ada rasanyer petunjuk tentnag ilmu diri dan dunia.. 4 unsur alam nih bukan sahaja ada pada dunia, malah pada diri kita sendiri mengikut susunan dan aturun kelahiran dalam keluarga. kat situh pon dah bleh kita praktikan... erk cam dah lari tajuk lak gua nih :D .. nih yg rasa nak bukak kitab balik nih.........


seper4alif
seper4alif
:::masuk tempat orang bawak otak bukan pisau:::
Image ImageImage

User avatar
rembau
Pemegang Amanah GO
Posts: 1394
Joined: 06 Dec 2005, 08:41

Post by rembau » 19 Sep 2006, 17:44

Unsur Alam Pada Jasad

Unsur-unsur ini penting untuk kekal hidup bernyawa dan bertenaga. Kekurangan sesuatu menyebabkan sistem badan akan menjadi bertambah lemah dan tidak bermaya. Kehendak tubuh pada unsur ini tidak dapat dinafikan dan ianya hendaklah disediakan didalam keseimbangan tersendiri. Secara ringkas saja nie:

1. Unsur tanah semenagnyaterdapat didalam badan manusia (batu karang), najis dikeluarkan mengandungi pelbagai unsur bumi

2. Unsur api dari bahang tubuh mengeluarkan haba / aura yang panas. Aura yang boleh mempengaruhi diri seseorang

3. Unsur air adalah element paling banyak dalam tubuh manusia . Air dalam tubuh boleh dibayang kepada beberapa jenis air dalam kehidupan yang lain rupanya dan rasanya. Air mata, air telinga air hidung dan air mulut. Air mata masin, air telinga pahit, air hidung masin dan air mulut tawar

4. Unsur angin didalam ianya terjadi dengan pengambilan oksigen dan pengeluaran karbon dioksida


Hati Survival
Jiwa dan hati seorang survival adalah jelas dan nyata. Keputusan yang dibuat adalah berdasarkan kepercayaan yang jitu.

Setiap manusia dibekalkan hati. Hati pada dasarnya adalah alat tempat letaknya jantung untuk mengepam darah. Ianya juga melambangkan jiwa seseorang.

Hati akan berasa gelisah apabila berlaku suatu kesalahan dan tenang bila melakukan yang benar. Ianya pulak sebenarnya disokong oleh akal.

Hati inilah melahirkan perasaan kasih dan sayang yang merupakan kunci kepada keinginan untuk terus kekal hidup dalam kebahagian untuk mencari keredhaan Illahi.
Last edited by rembau on 20 Sep 2006, 10:34, edited 3 times in total.
Dan Kami jadikan di bumi gunung-ganang yang menetapnya, supaya bumi itu tidak menggegar mereka; dan Kami jadikan di celah-celahnya jalan-jalan laluan, supaya mereka mendapat petunjuk.(Surah Al-Anbiyaa':31)

User avatar
rembau
Pemegang Amanah GO
Posts: 1394
Joined: 06 Dec 2005, 08:41

Post by rembau » 19 Sep 2006, 17:52

Keseimbangan Survival

Didalam survival, faktor keseimbangan adalah element yang menjayakan seseorang untuk kekal hidup. Ianya digambarkan dengan keseimbangan anggota tubuh
1. Keseimbangan zahir
Keseimbangan zahir- adalah keseimbangan yang diperolehi apabila tubuh stabil dan berdiri dengan kukuh.

Keseimbangan anggota luar adalah perlu bagi menjalani hari-hari getir seseorang. Mata, telinga, tangan, kaki adalah contoh tuntutan keseimbangan dalam diri.

Disamping keseimbangan keseimbangan anggota dalaman; organ-organ penting tubuh.

Kehilangan keseimbangan akan membuat kita berasa sakit dan kurang selesa dengan diri ini.

2. Keseimbangan batin

Manusia dilahirkan dengan sifat sebagai makhluk yang berkehendak kepada Tuhan, Allah Esa. Keinginan untuk mempercayai zat yang Maha Besar perlu untuk meluah perasaan dengan cara menyembahnya. Tuntutan unsur batin seperti kasih sayang, benci, dendam,amarah, penyabar dan sebagainya adalah sifat bagi makhluk.

Sifat ini perlu ada untuk memberi keinginan untuk hidup dan terus kekal berjuang untuk mencapai yang dihajati( kasih sejati). Redha Illahi adalah yang dicari dalam diri sebagai umat Islam.
Last edited by rembau on 20 Sep 2006, 10:27, edited 1 time in total.
Dan Kami jadikan di bumi gunung-ganang yang menetapnya, supaya bumi itu tidak menggegar mereka; dan Kami jadikan di celah-celahnya jalan-jalan laluan, supaya mereka mendapat petunjuk.(Surah Al-Anbiyaa':31)

User avatar
rembau
Pemegang Amanah GO
Posts: 1394
Joined: 06 Dec 2005, 08:41

Post by rembau » 20 Sep 2006, 10:26

Pemikiran Survival

Pemikiran manusia adalah berdasarkan akal yang bersandarkan gerakan hati. Keputusan berdasar kepada hati selalu bercanggah dengan keputusan nafsu atau unsur lain yang boleh mendatang keburukkan dalam mempertimbangkan sesuatu keadaan.

Survival juga tidak terlepas dari unsur tekanan, keletihan, semangat, rasa bersalah dan sebagainya yang boleh mengganggu dalam memutuskan sesuatu perkara.

Akal manusia adalah berbeza yang diberikan kepada haiwan atau makhluk lain. Akal manusia membolehkan kita berfikir dan membuat keputusan berdasarkan fahaman.

Pengetahuan dan kemahiran adalah element yang membantu dalam menetapkan sesuatu keputusan tetapi ianya masih dikawal oleh hati seseorang.
Dan Kami jadikan di bumi gunung-ganang yang menetapnya, supaya bumi itu tidak menggegar mereka; dan Kami jadikan di celah-celahnya jalan-jalan laluan, supaya mereka mendapat petunjuk.(Surah Al-Anbiyaa':31)

User avatar
rembau
Pemegang Amanah GO
Posts: 1394
Joined: 06 Dec 2005, 08:41

Post by rembau » 20 Sep 2006, 10:32

Kawalan Survival

Kebolehan mengawal diri dan keadaan adalah element penting kejayaan seseorang ahli survival. Antaranya ialah

1. Kawalan Minda & Pemikiran
Dalam keadaan terdesak dan tertekan; minda yang kurang rehat boleh menyebabkan keputusan yang dibuat kurang tepat dan salah.

Merehatkan minda dengan Tidur adalah sebaiknyakerana otak yang terdiri dari 3 bahagian akan direhatkan semaksimumnya ketika tidur. Diketika inilah cip yang rosak akan diprogramkan kembali dan diperbaiki

2. Kawalan Penggunaan Tubuh
Tubuh yang sihat tanpa rehat boleh membahayakan. Rehat untuk tubuh boleh mengurang tekanan pada anggota yang sering digunakan. Jikalau ianya digunakan tanpa mengira sebarang kemungkinan seterusnya akan menyebabkan daya ketahanan tubuh mula lemah.
Kepenatan yang amat sangat menyebabkan tubuh akan minta direhatkan; iaitu pengsan. Jikalau pengsan terjadi didalam hutan, kemungkinan fauna akan mengambil kesempatan terhadap tubuh.

3. Kawalan Tenaga dan Keringat
Setiap manusia mempunyai daya yang terhad. Kebolehupayaan seseorang dalam membuat tugasan adalah bergantung kepada keupayaan tenaga. Keadah pemambahbaikkan perlu bagi menjimatkan tenaga.
contohnya: Jikalau ada lighter kenapa pula perlu menggunakan kaedah kuno sebagai cara yang terbaik. Pembaziran tenaga akan berlaku. Guna tenaga dengan seoptimum mungkin.

4. Kawalan Hati & Perasaan
Hati & perasaan adalah element yang dapat membantu atau mematikan seseorang didalam survival. Ianya membuat kita berasa sensitive akan sesuatu perubahan dan bersedia menghadapi perubahan tersebut.
Dan Kami jadikan di bumi gunung-ganang yang menetapnya, supaya bumi itu tidak menggegar mereka; dan Kami jadikan di celah-celahnya jalan-jalan laluan, supaya mereka mendapat petunjuk.(Surah Al-Anbiyaa':31)

User avatar
rembau
Pemegang Amanah GO
Posts: 1394
Joined: 06 Dec 2005, 08:41

Post by rembau » 20 Sep 2006, 10:38

Naluri Survival

Mata adalah deria penglihatan seseorang. Secara kasarnya mata adalah anggota tubuh yang berfungsi untuk melihat. Dengan mata sebarang penilaian terhadap sebarang kemungkinan dapat dibuat sebaiknya.

Mata hati atau naluri adalah anggota yang tersirat dalam diri seseorang. Naluri adalah pancaindera ke enam dari lima pancaindera manusia. Ianya dapat dibuka apabila hijab seseorang dibuka dan tidak dapat diterangkan secara ilmiah.

Petunjuk dan pendoman akan berlaku nya sesuatu perkara dapat dirasai secara batiniah. Perasaan yang keruan, darah yang berkecemamuk, jiwa yang resah, hati yang berkocak, iman yang bergoncang adalah antara petunjuk yang perlu didalami. Sifat-sifat ini menunjukkan akan berlaku perkara yang buruk tetapi sifat baik adalah bertentangan dengannya.

Petunjuk jugak dapat diberikan dalam perubahan dan pergerakan alam yang berlainan dari kebiasaannya.
Dan Kami jadikan di bumi gunung-ganang yang menetapnya, supaya bumi itu tidak menggegar mereka; dan Kami jadikan di celah-celahnya jalan-jalan laluan, supaya mereka mendapat petunjuk.(Surah Al-Anbiyaa':31)

User avatar
rembau
Pemegang Amanah GO
Posts: 1394
Joined: 06 Dec 2005, 08:41

Post by rembau » 20 Sep 2006, 10:40

Koordinasi Survival
Dalam melakukan displin survival ianya hendak dikordinasi dan seiringan serta serasi untuk tujuan yang telah ditetapkan. Setiap indakan dan tindakbalas adalah diadun dengan sempurna bagi menghasilkan yang terbaik.

Ini dapat dilihat juga dalam sistem tubuh. Sistem tubuh yang kompleks dan canggih dapat berjalan seiringan tanpa percanggahan untuk melakukan sesuatu tindakan atau tindakbalas. Jikalau kita makan tanpa berfikir dan secara automatik mulut ternganga, tangan menyuap, hidung bau dan sebagainya. Namun apabila perbuatan tersebut perlu dirancang dan dikaji susun atur agar sempurna maka koordinasi inilah yang diperkatakan. Dari saat mula kan sesuatu kerja sehingga selesai.

Kcekapan seseorang melambangkan kemahiran ianya menghadapi situasi tersebut. Tanpa perlu diselidiki dengan detail ianya sudah dapat menentukan yang terbaik diatas sesuatu tindakan yang diambil. Had masa, tenaga dan kelengkapan membataskan diri daripada kehidupan seharian yang dijalani.

Jikalau koordinasi ini terganggu maka akan terhasil cacat pada tindakan tersebut atau seperti cacat/sakit pada anggota tubuh
Dan Kami jadikan di bumi gunung-ganang yang menetapnya, supaya bumi itu tidak menggegar mereka; dan Kami jadikan di celah-celahnya jalan-jalan laluan, supaya mereka mendapat petunjuk.(Surah Al-Anbiyaa':31)

User avatar
rembau
Pemegang Amanah GO
Posts: 1394
Joined: 06 Dec 2005, 08:41

Post by rembau » 20 Sep 2006, 10:50

Zikir Survival

Pada anggota tubuh, mulut merupakan suara kedengaran yang berpunca dari peti suara. Suara atau kata-kata yang diucapkan dapat tujuan komunikasi sesama manusia dan memberi semangat dari bentuk spiritual dari segi yang lain.

Zikir adalah kunci untuk merapatkan diri dengan Allah. Untuk mengenal Allah maka kita perlu mengenal makhluk ciptaan nya dan memuji serta berfikir ke arah yang sepatutnya. Mengenal diri adalah proses untuk mengenal apa yang berada disekitarnya.

Kesimpulan
Sistem insan itu sendiri dapat memberi pelbagai petunjuk dan perlu diambil berat sebelum unsur alam dan kehidupan itu difahami. Namun sains survival adalah cabang ilmu lain yang perlu diselaraskan bagi memudahkan menjalani Survival.

Dengan itu kita sebagai makhluk mempunyai haq untuk memohon pertolongan dan Allah mempunyai haq untuk mengurniakan kepada yang terpilih. Sebagai mahkluk sentiasa bersujud dan terimakasih kerana manusia diciptakan oleh Nya.

Setiap yang den nyatakan adalah berdasarkan pengalaman & pengamatan aku sahaja. Kaji dan selidik serta Jangan diterima semuanya.Ada persoalan PM atau bawah fly saje le.kerana aku masih mencari Siapa Aku?

Sekian dariku Rembau.
Dan Kami jadikan di bumi gunung-ganang yang menetapnya, supaya bumi itu tidak menggegar mereka; dan Kami jadikan di celah-celahnya jalan-jalan laluan, supaya mereka mendapat petunjuk.(Surah Al-Anbiyaa':31)

User avatar
rembau
Pemegang Amanah GO
Posts: 1394
Joined: 06 Dec 2005, 08:41

Post by rembau » 12 Oct 2006, 11:50

tambahan....

Komunikasi

Ianya penting baik dalam apa juga bentuk...pertahan negara, peperangan ,sosial atau dalam badan manusia

Komunikasi ini dapat dizahir dengan penghantaraan maklumat. Didalam tubuh ianya dibahagi kepada dua:
1. Perlahan/ mendatar.....
2. Sepantas kilat/menegak

Secara tidak langsung ianya boleh mengambarkan teknik komunikasi dalam survival....

Otak dan Jantung adalah dua anggota yang lembut tetapi ianya dilindungi oleh perisai yang kuat iaitu tengkorak dan lapisan organ badan bagi jantung ...seolah-olah melambangkan ianya perlu dijaga dan disemai dengan sebaiknya....lidah pula terkeluar yang merupakan organ yang boleh membinasakan manusia...kerana mulut badan binasa

Sekian
Last edited by rembau on 12 Oct 2006, 11:59, edited 2 times in total.
Dan Kami jadikan di bumi gunung-ganang yang menetapnya, supaya bumi itu tidak menggegar mereka; dan Kami jadikan di celah-celahnya jalan-jalan laluan, supaya mereka mendapat petunjuk.(Surah Al-Anbiyaa':31)

User avatar
rembau
Pemegang Amanah GO
Posts: 1394
Joined: 06 Dec 2005, 08:41

Post by rembau » 12 Oct 2006, 11:50

untuk pendaki muslim kenapa kita perlu sujud dalam Solat:

http://www.islam-guide.com/frm-ch1-1-d.htm
Dan Kami jadikan di bumi gunung-ganang yang menetapnya, supaya bumi itu tidak menggegar mereka; dan Kami jadikan di celah-celahnya jalan-jalan laluan, supaya mereka mendapat petunjuk.(Surah Al-Anbiyaa':31)

User avatar
forestgump
Pendaki Terlampau
Posts: 520
Joined: 19 Apr 2006, 20:17
Location: KL
Contact:

Re: Philosophy SURVIVAL

Post by forestgump » 18 Oct 2006, 01:39

Nak berfalsafah mengenai SURVIVAL mudah - mempraktikkanya samada sebagai latihan ataupun melalui pengalaman TERPAKSA lainlah ceritanya.
Begitu juga.. dari operational military maupun secara recreational maupun tugasan biasa seperti tersesat ketika mengukur dsbnya.
Bila tersedar akan keaddan emergency yang boleh menyebabkan anda terpaksa survive pada apa yang anda ada..ataupun ada di sekeliling... gunakan kaedah ini..STOP
Stop...
Think..
Observe..
Plan
FIKIR2KANLAH APA YG DI MAKSUDKAN!
Aku nak post jugak...heheh walau aku tau kat sini ramai Otai dari aku...sebab banyak Otai-otai kat dalam nie boleh kongsi ilmu

S -Size Up the Situation
U -Use All Your Senses, Undue Haste Makes Waste
R -Remember Where You Are
V -Vanquish Fear and Panic
I -Improvise
V -Value Living
A -Act Like the Natives
L -Live by Your Wits, But for Now, Learn Basic Skills
The worst day in the jungles is ALWAYS better than the best day in office!

User avatar
ryu_kyo
Senator Gunung
Posts: 251
Joined: 21 Aug 2006, 16:04
Location: JB
Contact:

Post by ryu_kyo » 21 Jul 2007, 09:33

kat Discovery chanel skang ade dokumentari man vs wild.byk gak teknik2 survival yg ditunjukkan walaupun ade sesetengah tempat praktikal dia tak sama ngan iklim kita.tapi kite leh amik asasnya dan sesuaikan dengan kawasan kite.

bagus gak rancangan ni,die cite teori pastu siap praktikal skali.
"do what u love,love what u do - sonnie trotter"

Image
http://champsrc.multiply.com

Post Reply