Philosophy SURVIVAL

survival... seni perjuangan hidup dalam hutan
User avatar
rembau
Pemegang Amanah GO
Posts: 1394
Joined: 06 Dec 2005, 08:41

Re: Philosophy SURVIVAL

Post by rembau » 31 Jul 2007, 09:33

gunakan kaedah ini..STOP
Stop...
Think..
Observe..
Plan
bro macam best je isitilah nie....leh terang lebih sikit :lol:

Tindakan pertama melambangkan pergerakan seterusnya...menunggu bermakna perasaan takut menghantui kita...bergerak adalah harapan ..semangat adalah kasih utk kekal hidup...
Dan Kami jadikan di bumi gunung-ganang yang menetapnya, supaya bumi itu tidak menggegar mereka; dan Kami jadikan di celah-celahnya jalan-jalan laluan, supaya mereka mendapat petunjuk.(Surah Al-Anbiyaa':31)

nazryst
Pendaki Terlampau
Posts: 650
Joined: 16 Feb 2006, 12:17
Location: Natural Geography
Contact:

Post by nazryst » 01 Aug 2007, 08:13

Salam,

Tahniah memang dah mantap sangat informasi ikhtiar hidup, kalau boleh cuba selit kan sedikit bagaimana ikhtiar hidup itu boleh bermula. Mungkin ada pihak berfikir ikhtiar hidup ni akan berlaku ketika sesat atau apa sahaja untuk keluar ke kehidupan yang bertamadun.

Tetapi mungkin kepada pendaki atau tracker yang berpengalaman ikhtiar hidup akan berlaku tidak kira apa jua keadaan sekali pun. Mungkin ada sesetengah pihak mengatakan bahawa walau sekadar mengalami kecederaan di kaki, ini akan memberi kesan yang serius (sebagai contoh) kepada keseluruhan perjalanan atau ekspidisi. Dan ikhtiar hidup perlu di lakukan sama ada meneruskan perjalanan atau sebaliknya.

Mungkin ada ahli GO boleh berkongsi sedikit sebanyak pengalaman yang boleh di aplikasi kan kepada saya dan kawan kawan yang lain.

Kalau boleh berikan level ikhtiar hidup itu sendiri serta tips tips atau checklist atau guideline, hukum hukum, al maklum geografi di malaysia ni TERLALU MELAMPAU GANAZZZNYA, dari hutan kebun boleh menjadi rimba sekelip mata. Dari denai manusia boleh menjadi track akar seumpamanya. Jadi ada antara kita yang ada petua petua yang boleh di kongsi bersama. Mungkin dah tiba masa untuk praktik.


Adakah IKHTIAR HIDUP itu sama dengan DARURAT HIDUP????? Berapa peratus yang di kata kan ikhtiar dan berapa peratus yang dikata kan darurat, sama ada dari segi fizikal atau apa apa jua yang berkaitan??? Terima kasih..

User avatar
rembau
Pemegang Amanah GO
Posts: 1394
Joined: 06 Dec 2005, 08:41

Post by rembau » 28 Aug 2007, 12:56

Salam,


Adakah IKHTIAR HIDUP itu sama dengan DARURAT HIDUP????? Berapa peratus yang di kata kan ikhtiar dan berapa peratus yang dikata kan darurat, sama ada dari segi fizikal atau apa apa jua yang berkaitan??? Terima kasih..
best2 nie...tak terfikir pon sampai tahap mana aku kena makan benda yg tak patut aku makan....mintak jauh le....

bro adakah iktiar hidup bagi bro melambang 1st step to Darurat Hidup?
Dan Kami jadikan di bumi gunung-ganang yang menetapnya, supaya bumi itu tidak menggegar mereka; dan Kami jadikan di celah-celahnya jalan-jalan laluan, supaya mereka mendapat petunjuk.(Surah Al-Anbiyaa':31)

gununganang
Pendaki Gunung
Posts: 23
Joined: 21 Oct 2009, 14:12

Re: Philosophy SURVIVAL

Post by gununganang » 03 Nov 2010, 00:07

fuuuuuh banyak betul ilmu yg aku tak tau.....thanks

User avatar
JeNaL
Pentadbiran
Posts: 1758
Joined: 27 Mar 2007, 16:07
Location: sri kembangan
Contact:

Re: Philosophy SURVIVAL

Post by JeNaL » 04 Nov 2010, 10:38

"SAYA NAK HIDUP & SAYA PERCAYA SAYA BOLEH " mungkin ini juga antara kata kunci bagi Philosophy of SURVIVAL

sebagai contoh bagi Kes Umai di Tahan. dengan meminum air sungai sahaja pun dapat bertahan selama 19 hari.

selagi ada keinginan nak hidup selagi itu akan ada usaha kearahnya dgn apa cara sekali pun.
--· ··- -· ··- -· --· --- -· ·-·· ·· -· ·
W a r i s a n K h a z a n a h P e r g u n u n g a n
·--- · -· ·- ·-··
Pentadbir GunungOnline
9W2WZL
http://jenal.multiply.com

nazryst
Pendaki Terlampau
Posts: 650
Joined: 16 Feb 2006, 12:17
Location: Natural Geography
Contact:

Re:

Post by nazryst » 19 Nov 2010, 11:24


best2 nie...tak terfikir pon sampai tahap mana aku kena makan benda yg tak patut aku makan....mintak jauh le....

bro adakah iktiar hidup bagi bro melambang 1st step to Darurat Hidup?
Introduksi

Sebagai pendaki baru, aku percaya pada Limitation iaitu had. Had ini bergantung pada tahap atau level. Level ini ada dua jenis perangkaan, 1. diri sendiri 2. Persetujuan ramai. Level dan tahap diri juga akan berkadar langsung dengan level dan tahap kesukaran dari rentetan peristiwa. So kat sini boleh diambil kira sebagai kualitatif atau kuantitatif kepada Individu Vs Kesukaran. Begitulah perjalanan ikhtiar hidup dan seterusnya DARURAT. Tahap pecahan level ini adalah kerana tekanan emosi yang akan menyebabkan migrasi psikologi dan akan memangkinkan anatomy badan bekerja keras dan menjadi tiada had. Bukan semua mereka yang berjaya berubah dari manusia menjadi naluri haiwan. Proses Darurat ini boleh dikatakan Humanoid menjadi Predator sepenuhnya.

Peperangan psikologi vs perubahan diri dibahagikan kepada 3, ini adalah pengalaman melalui proses evolusi aku:-

Level 1. Takut (Fear) - Perasaan yang akan sentiasa akur. Menghadkan pergerakan keseluruh perjalanan. Lebih cenderung kepada sifat pasif dan sedikit aktif. Masih membuat pengiraan dan kewarasan berubah ubah. Konflik diri serta was was membataskan kebolehan diri. Konteks pemikiran buruk lebih banyak dari kebaikan. Ketika diwaktu ini, meneruskan perjalanan dan berpatah balik, melakukan kesilapan berlarutan, banyak berfikir dari bekerja. Kesannya akan membuang tenaga dan masa akibat tekanan mental.

Level 2. Fobia (Hilang pedoman) - Ini adalah tahap kronik, yang sememangnya tidak boleh dibantu. Pemikiran kaku dan hanya berdiam diri, adakala ketawa dan menangis tanpa melakukan apa apa. Sememangnya pasif. Sekiranya orang datang membantu, tidak akan memberi kesan. Dan akhirnya pengsan oleh kerana mental jammed, dan body pun turut kaku.

Level 3. Psycho (Hilang pertimbangan) - setelah proses diatas berlaku, sekiranya mental berjaya memotivasi dan memujuk diri, maka proses ini yang sangat bahaya sekali. Ini kerana tiada kata dua dalam kamus hidup. Ikhtiar akan menjadi Darurat sepenuhnya. Sifat alam dan hukum alam akan diaplikasikan sepenuhnya. Diri akan mula kurang bercakap, dan segalanya akan menjadi aktif. Jangan tak percaya, apabila orang dalam keadaan begini, Hantu, Harimau, Gajah dan apa sahaja dah tak menjadi makna. Hanya satu sahaja kamus hidupnya "Mati dalam tangan, hidup belum tentu".

Kepada pendaki lama atau yang berpengalaman, sudah semestinya mereka mempunyai cara tersendiri dalam mentransform kan diri dari Orang bandar dan seterusnya menjadi orang gunung:-

Set mental akan berubah mengikut had dan level tadi:-
1. Dari berkumpulan dan menjadi solo
2. Dari siang berubah menjadi gelap
3. Dari mempunyai kelengkapan sehingga tiada pakaian
4. Dari cuaca kering menjadi hujan dan sejuk melampau
5. Dari ada track sehingga track tidak kelihatan

Dan banyak lagi, perubahan alam, diri dan aplikasi akan berkadar langsung.

Apakah yang terjadi selepas sifat dan level psycho dilepasi? Ia akan kembali tenang, dan proses memotivasi dan memujuk diri untuk tidak terus menjadi sifat kebinatangan perlu dilakukan. Ia perlu fluctuate untuk mengawal momentum supaya tidak pergi lebih jauh.

Apabila tiba waktu matangnya, ia akan selesa. Sifat darurat akan menjadi habitat serta budaya ketamadunan diri sendiri.

Ilmu hutan Vs Ikhtiar hidup Vs Darurat hidup kepada setiap individu tidak akan sama... kerana ada yang akan tewas pada level 1 lagi dan akan diuji ke level 2 hinggalah ke level 5 (Holocaust and Damnn Hard Core). Tidak mustahil untuk membolehkan diri mempelajari ilmu survival, melainkan diri sendiri dapat menawan diri, dapat mengawal dan mematangkan keadaan.

Percayakah anda, apabila tiba dan waktunya, perkataan dan sifat takut dan berani tiada lagi bertahta didalam hati dan diri, yang ada hanya JIWA KOSONG.

Apabila JIWA KOSONG... anda adalah spesis yang lebih bahaya dari T-REX.....

kambinggurun
Senator Gunung
Posts: 557
Joined: 26 Jan 2006, 23:01
Location: gua kayu batu
Contact:

Re: Philosophy SURVIVAL

Post by kambinggurun » 20 Nov 2010, 00:07

gilos mung nazryst!
::SRC-Total Outdoor::

User avatar
fulltimesinner
Pendaki Gunung
Posts: 102
Joined: 23 May 2010, 06:22

Re: Re:

Post by fulltimesinner » 20 Nov 2010, 21:50


Apabila JIWA KOSONG... anda adalah spesis yang lebih bahaya dari T-REX.....
hahahaha.. gila best ayat ni :D caya la en.nazryst

setuju 100%, tak la sampai tahap T-REX tapi pernah la makan benda yang tak sepatutnya di makan... bila dah terpaksa nak buat camana..
just a small time adventurer :D

Post Reply